Followers

Thursday 13 December 2012

AKU YANG BERDOSA BAB 2





Dia resah bila mengetahui anak perempuannya itu berpesta sepanjang malam di salah sebuah banglo tiga tingkat di bukit Antarabangsa. Dia tidak kisah jika Mawarnis pandai menjaga diri dan maruah keluarganya ,tetapi di cukup kecewa ketika ini. Tidak di sangka Mawarnis sanggup berkelakukan begitu, masih terbayang lagi gambar aib yang di lihatnya sewaktu di pejabat pagi tadi.

Siapa pengirimnya dia tidak tahu. Dia takut gambar-gambar itu jatuh ke tangan pesaing, pasti mereka akan mengunakan gambar itu untuk menjatuhkan empayar perniagaannya. Fikiran Dato Khalil begitu, resah, susah hati dan tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini. Andai arwah isterinya masih ada pasti Mawarnis tidak akan  berkelakuan seperti di dalam gambar itu.Pasti gadis itu tak seliar kini.

‘Aira..abang gagal menjadi seorang ayah yang baik untuk anak kita. Abang gagal mendidik dia sayang’, Dato Khalil merintih didalam hati . Dia meraup wajahnya. Setitik airmatanya  jatuh jua akhirnya apabila Dato Khalil terkenang akan arwah isteri yang dicintai.

Jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Tetapi Dato Khalil masih setia duduk di sofa sambil menyandarkan tubuhnya ke sofa. Dia akan menunggu anaknya pulang. Mata Dato Khalil terarah pada  pintu utama, perlahan-lahan matanya terpejam.

********

Tepat pukul dua pagi sebuah kereta mewah memasuki perkarangan banglo tiga tinggkat milik Dato Khalil.

“Thanks dear and....”

“Love you..” ungkap Mawarnis manja sambil memegang pipi Randy.

“I love you more than you love me.”, Randy menggenggam jari jemari runcing Mawarnis lalu dikucup lama jari jemari itu. Selepas itu dia mencium pipi Mawarnis pula.

Mawarnis tidak membantah, malah dia ketawa manja apabila menerima ciuman di pipinya. Randy yang melihat Mawarnis seakan-akan membenarkan perlakuannya itu mula menunduk mencari bibir mungkil milik gadis yang berada di dalam pelukannya.

Nafas Randy kini mula tidak stabil, rentak nalurinya mula kucar kacir melihat lenggok tubuh Mawarnis yang seperti mengoda dan seksi pada pandangan matanya. Baru sahaja bibirnya hendak mendarat di bibir mungil milik Mawarnis, ada jari runcing menegahnya untuk meneruskan perlakuannya itu. Randy mengeluh.

“Eeeee....you ni kan... nakal tau. Nanti kalau Daddy I nampak macam mana? Tak pasal-pasal lepas nie kita tak boleh jumpa dah”, Mawarnis mengekek manja bila melihat buah hatinya merajuk disebabkan niat  dia terbantut. Mawarnis yang nampak Randy memalingkan wajah ke arah lain, terus memaut lengan jejaka itu di terus melentokkan kepalanya di bahu Randy.

“Owwhh....come on dear. Janganlah marah kat I. Nanti I tak ada tempat nak bermanja lagi. Kalau you nak ‘lebih-lebih’ apa kata you hantar rombongan meminang I.”, seloroh Mawarnis. Randy yang mendengar terus memagut dagu Mawarnis dan kini mata mereka bertentangan. Perlahan-lahan bibir mereka bersatu lama. Randy mengeluh bila tautan bibirnya dan Mawarnis terungkai. Dia melihat Mawarnis sudah membuka pintu kereta sambil melambai-lambai tangan ke arahnya.

;Takpe You dah jadi milik I. Dan sekali You jadi milik I selamanya akan tetap jadi milik I’, bisik hati Randy. Masih terbayang diruangan matanya setiap lekuk tubuh gadis itu. Malam itu dia berjaya menakluki semua milik Mawarnis. Dia tersenyum puas.

“Love you” , Mawarnis mengerakkan bibirnya perlahan.

“Love you too honey”, gerak bibir Randy membalas , disertakan ‘flaying kiss’ khas untuk  Mawarnis.

Mawarnis berjalan terhoyan-hayang melangkah memasuki halaman rumah banglo tiga tinggkat milik keluarganya itu, sambil menjinjing beg tangannya. Setelah sampai di hadapan pintu utama, dia mengeluh.  Mahu saja di mengetuk pintu itu tetapi dia tidak boleh berbuat begitu. Pasti nanti Daddynya akan terjaga, lalu dia menyeluk tangannya ke dalam beg tangan untuk mencari kunci rumah. Dia tersenyum setelah mengenggam segugus kunci. Mawarnis yang mabuk itu cuba memasukkan kunci ke dalam lubangnya, tetapi gagal.
Dia merengus.

“Issshh.....”, belum sempat dia mencuba membuka pintu untuk kali kedua,  pintu sudah dikuak dari dalam. Mawarnis tersenyum lebar, dia pasti orang yang membuka pintu dari dalam itu ialah Mak Mimah.

“Terima kas...”, ayat terakhir tidak dapat dihabiskan. Dia terkaku dan terkejut apabila wajah begis Daddynya yang sedang berada didepan pintu. Tekaannya salah. Bukan Mak Mimah yang membuka pintu tetapi daddynya.

Daddy !” , Mawarnis tergaman sebentar. Mengapa Daddy ada di rumah? Bukan tadi Daddy berpesan yang dia akan berangkat ke korea selama tiga hari. Dia meerhatikan Daddynya yang masih lengkap berpakaian pejabat biarpun jam sudah menginjak ke angka  2.30pagi. Mawarnis cuba bersikap seperti biasa di hadapan Dato Khalil.

Daddy . Bila Daddy balik? Mawar tak tahu pun. Daddy kata dekat Mawar, yang Daddy akan ke korea masa sarapan pagi tadi”, Mawarnis cuba beseloroh untuk menuntup gugupnya.

“Dad....”, Panggg....! Belum sempat Mawarnis menyebut nama Daddynya, tubuhnya sudah terjelepuk jatuh ke lantai. Mawarnis yang separa sedar tergamam dan matanya tajam merenung ke arah Dato Khalil. Dia melihat rahang Daddynya bergerak-gerak akibat menahan marah di saat itu. Tapi apa salahnya sampai Daddy sanggup menamparnya? Kenapa Daddy memperlakukannya begitu? Apa yang dia tahu, Daddy tidak pernah menyakiti tubuhnya. Tapi pagi ini dia benar-benar tergamam dan terkejut. Pipinya yang perit dipegang. Perit.

“Kenapa Daddy  tapar Mawar? Apa salah Mawar sampai Daddy sanggup tampar Mawar?”, soal Mawarnis yang masih dalam keadaan terkejut akibat tamparan Dato Khalil sebentar tadi. Dia mengosok-gosok pipinya yang perit itu.

Jika di ikutkan hati yang panas, mahu saja Dato Khalil melempang pipi Mawarnis berkali-kali,  sampai hatinya puas dengan apa yang anaknya telah lakukan padanya. Tetapi dia masih punya kewarasan. Dia tidak tega melukai satu-satu anaknya dengan arwah isterinya. Dia amat menyayangi anaknya itu. Sehingga segala kemahuan anaknya itu diturutkan sahaja. Tapi kali ini dia harus bertegas. Bertegas demi kebaikan anak tunggalnya.

“Mawar kamu ke mana tadi? Baru sekarang kamu nak balik?”, tanya Dato Khalil, sedaya upaya dia cuba untuk meredakan kemarahannya.

“Mawar keluar dengan kawan ke kelab”, dengan selamba Mawarnis membalas soalan Dato Khalil.

”Kenapa?Takkan sebab Mawar keluar pergi kelab dan balik lewat, Daddy  sanggup tampar Mawar?”, Mawarnis menyoal Daddynya pula.

Dato Khalil merenung tajam anaknya. Kemarahannya kini naik begitu mendadak apabila anaknya dengan lancang menjawab setiap soalan yang ditanyanya. Kini anaknya pula menanyanya. Dato Khalil mencapai briefcase lalu di keluarkan sampul yang di terimanya pagi tadi. Dato Khalil mengeluarkan segala isi yang berada di sampul itu.

“Mawar nak tahu kenapa Daddy tampar Mawar? Cuba kamu tengok apa yang Daddy  dapat pagi tadi? Tengok gambar siapa? Apa yang dah kamu buat dalam gambar tu? Apa yang kamu dah buat Mawar?”, herdik Dato Khalil sambil melontarkan ke semua gambar-gambar yang berada dalam sampul berwarna coklat itu. Dia melontarkan kesemua gambar itu ke arah Mawar yang masih duduk di atas lantai akibat tamparannya tadi. Dato Khalil memejamkan matanya sejenak. Dia malu melihat gambar-gambar yang bertaburan di atas lantai itu. Mawar perlahan-lahan mencapai beberapa keping gambar yang bertaburan di lantai. Matanya membulat melihat imej yang tertera di dalam gambar tersebut. Terkejut.

“What?” , Mawar terkedu. Kini baru dia sedar punca kemarahan Daddynya. Ayah mana yang tidak marah jika melihat gambar anaknya yang begitu mengaibkan di dalam gambar itu?. 

‘Memang patut Daddy tampar aku’, kata hati Mawarnis.

“Sekarang Mawar nak jelaskan apa dekat Daddy?”, tanya Dato Khalil pada anaknya. Mawar meraup wajahnya, sesalnya tidak berguna lagi selepas kejadian malam itu. Sesal dahulu pendapatan, Sesak kemudian tiada gunanya.

Tetapi tidak dia sangka Randy sanggup mengaibkan dia sebegini rupa. Bukan lelaki itu sudah berjanji akan bertanggungjawab ke atas dirinya. Kenapa Randy sanggup buat ini semua? Kejadian malam itu mula terlayar di fikiran Mawarnis. Malam yang penuh dengan seribu penyesalan. 

********

“Tak kuasa aku nak balik. Aku ada idea”, belum sempat Sally meneruskan percakapannya,  dia mendengar getaran telefon milik Mawarnis yang diletakkan di atas meja. Dia melihat Mawarnis mencapai dan membelek skrin telefon bimbitnya. Seketika dia melihat Mawarnis menjawab panggilan yang diterima. Sally merenung  wajah Mawarnis yang tersenyum lebar ketika menjawab telefon. Dia tahu senyuman dari Mawarnis mempunyai erti. Dia yakin itu.

“Weii beb, apasal kau tersengih je? Siapa yang call kau sekejap tadi sampai wajah kau berseri-seri ini?”, soal Sally pada Mawarnis. Dia teruja ingin mengetahui siapakan gerangan si pemanggil yang sudah membuatkan wajah temannya itu berseri-seri.

“Kau rasa? Cuba kau teka siapa yang call aku tadi?”, Mawarnis cuba berteka teki dengan Sally.

I don’t know? Who?”, Sally sudah mengerutkan dahinya tanda dia tidak tahu siapakah si pemanggil ‘misteri ‘itu. Dia sengaja mengelarkan si pemanggil itu dengan gelaran ‘misteri’
“Ohh....come on Mawar, jangan bagi aku kena heart attack kat sini?”, ucap Sally.

“Cepatlah bagi tahu dekat aku, siapa yang call kau tadi.”, Sally mula bosan . Dia tidak sabar mahu tahu berita apa yang di sampaikan si pemanggil yang membuat sahabatnya tersenyum lebar.

“Kelly!” , jawab Mawarnis.

“What Kelly? Apa dia nak? Mesti dia ada projek baru yang gempak nak kita join kan?”, soalan bertubi-tubi keluar dari Sally. Dia begitu teruja ingin mengetahui berita apa yang disampaikan Kelly kepada Mawarnis sehingga Mawarnis tersenyum lebar.

“Yup..dia ada projek baru yang pasti akan buat kita enjoy hari ini. Kelly jemput kita ke parti di rumah banglo dia.”, ujar Mawarnis sambil tersenyum lebar. Dia akan berparti malam ini. 

“Party is on!”, ucap Mawarnis sambil bersorak gembira. 

“Eehh....kejap, berani pulak dia buat dekat rumah?”, soal Sally pelik. Setahu dia, keluarga Kamelia atau lebih mesra dikenali sebagai Kelly bukanlah keluarga yang suka berparti.

“Harus lar dia berani. Kau nak tau sebab apa?. Sebab parents dia tak ada dekat sini,  mereka semua pergi bercuti di London. Kelly malas nak ikut trip Holiday Family dia, itu pasallah dia nak adakan party.”

“Wah! Ini yang aku tak sabar nak tunggu ni. Serius aku jamin mesti Kelly adakan parti yang hebat dan meriah. Mawar, kita enjoyyy.......”, kata Sally kegembiraan.

“So.....Mawar apa yang kita tunggu lagi?”, ujar Sally sambil melompat kegembiraan.
Mawarnis tersenyum.Segera dia mengangkat tangan menggamit pelayan untuk membayar minuman mereka. Mereka bangun dengan senyuman lebar. Mawarnis mendekatkan wajahnya ke arah telinga Sally, dia membisikan sesuatu.

“Kau pergi panggil Randy, aku tak mahu dia ketinggalan nanti.”, Mawarnis mengarahkan Sally memberitahu Randy tentang rancangan mereka. 

“Sally aku tunggu kau dan Randy dekat car park tau!”, teriak mawar pada Sally. Sally yang mendengar terus  menaikkan ibu jarinya tanda ok.

Selepas membayar dan memberi tips kepada pelayan kelab, dia terus berlalu keluar dari kelab itu. Mawarnis masih tersenyum lagi. Malam ini dia pasti akan enjoy, berhibur bersama kawan-kawan yang satu kepala dengannya. 



BERSAMBUNG :D.....

No comments:

Post a Comment