Followers

Monday 25 June 2012

MR. OREO PART 2









Hafiz berlalu menuju ke biliknya sampai di pintu bilik Hafiz mengeleng-gelengkan kepalanya melihat betapa lenanya Adi tidur.

“Ooooo lepas subuh kau tidur balik,Errkk..aku ajak kau ke sini bukan nak membuta tapi nak minta tolong fikir masalah negara yang aku alami macam mana aku nak cairkan ais kutub utara yang melekat kat dalam badan abang Muhklis.

"Kau ini menjejaskan imej aku je depan keluarga Azzah”Hafiz berbisik sendiri.Sambil tersenyum Hafiz mengambil sesudu kecil garam lalu garam itu  masukan garam  ke dalam mulut Adi sedikit demi sedikit. Kemudian,Hafiz melihat muka Adi berkerot-kerot sana sini dah macam rupa unta terlebih makan garam..kah..kahh.” Hafiz ketawa di dalam hati.

Adi yang lena tadi terbeliak menahan masin didalam mulutnya sambil meludah garam yang ada di dalam mulutnya.

“Puehhhhhh....pppuuueeeehhh....hantu nyah kau Hafiz.Kau nak bagi aku darah tinggi ke sebab terlebih dos garam” kata Adi sambil memuncungkan mulutnya.

Hafiz tidak dapat menahan ketawa sampai habis bergema satu bilik dengan gelaknya.Hahaha.
“Eeee!!gelak dah macam pontianak versi lelaki nyah aku tengok Hafiz ini” bisik hati Adi sambil mencebik bibirnya.Dengan sisa ketawa Hafiz berkata.
“Aku bukan ajak kau datang sini nak bagi kau membuta.Aku bawak kau kes ini sebab nak minta tolong fikirkan macam mana aku nak tambat hati abang ipar aku tu yang keras macam ais kutub utara.”
“Eeeehhhh..eehhh..pembetulan..errkkk bukan abang ipar ok tapi B.A.K.A.L. A.B.A.N.G  I.P.A.R”Hafiz melihat Adi megeja satu persatu ejaan bakal abang ipar. Memang Adi ini tak boleh ajak aman.

“ Dah..dahhhh kau tak payah nak sogok aku dengan ceramah murahan kau tu, sekarang kau pergi bersiap dan mandi aku ada projek nak buat.Di jamin kau pasti suka dengan projek aku ini”

“Beb lain macam je aku dengar tentang projek kau ini?kau jangan nak cari masalah kat sini pulak Fiz?"


"Masalah kau dengan abang si Azzah yang macam gajah yang naik minyak itu kalau berhadapan dengan dia belum selesai"

"Kalau projek kau tak elok kau sorang je lah buat.Aku tak nak join dari aku yang tak ada masalah terus ada masalah nanti baik aku duduk rumah je” kata Adi kepada Hafiz.Aku melihat Adi macam takut sahaja.Teruskan aku geleng kepala.

“Woiiiii!!!kau ini."


"Kenapa lah otak kau tercipta penuh dengan fikiran yang buruk jew? Cuba kau jernihkan sikit pemikiran kau atau kau luaskan pemikiran dengan pekara yang baik-baik je."

Macam manalah kau boleh kerja kat syarikat besar itu”Aku mengeluh dapat kawan macam berfikiran macam ini.Apalah nasib aku ini.

“Kau la cakap tak sampai maksudnya, mesti bengkang-bengkok cuba kau bagi tahu sesuatu yang kau nak buat tu sampaikan sekali dengan format yang betul. Bukan suruh aku buat andaian yang bukan-bukan."


 Dahh..dahhh..la pergi la cepat mandi kang terbantut lak projek aku rangka untuk kita hari ini sebab dengar ceramah kau baik kau pergi turun mandi sebelum aku tambah dos garam tuk kau” kata Hafiz dengan perasaan puas hati.

"Ssshhuuuhh....shhuuuuhhh...Hafiz membuat isyarat tangan yang menghalau Adi keluar dari bilik."

Adi  keluar dengan mulut mencebik belum jauh langkahnya Adi berpaling sambil tersenyum menunjukan baris gigi yang rapi dan putih  lalu Adi bercakap.
“Kau nak aku ikut kau kan?” lantas Hafiz mengangguk kepala menunjukkan  tanda ya.Aku melihat Adi ingin bercakap lagi.Lalu Hafiz bersandar pada birai katil bilik yang menempatkan aku dan Adi.

“Jadi apa kata kau tolong aku kemaskan katil yang dah berselerak tu kembali kemas ok...apa yang aku tahu,  lepas aku mandi aku nak tengok katil tu, kemas kalau kau tak kemas aku tak nak ikut kau buat projek hari ini ada paham” ugut Adi pada Hafiz.

Hafiz yang tergaman dengan kata-kata Adi mengambil bantal peluk yang berada diatas katil lalu membalingnya ke arah Adi.Adi mengelak balingan bantal peluk yang di baling ke arah Adi.

"Gedussssshh...."bunyi kepala orang yang kena ke diding papan berbunyi.Adi berpaling dengan mata terbeliak sambil menunjukan dua ibu jari tanda peace.Adi beredar dari situ sebelum dia kena sembur dengan GNM aka gajah naik minyak.Laju langkah Adi tanpa berpaling ke belakang.

“Alamakkkkk...terkena GNM lah...yang Adi pergi elak buat apa kan dah terkena kat si Mukhlis ini.Yang dia pun satu yang sibuk-sibuk lalu kat depan pintu bilik kami orang buat apa kan dah kena balingan mesra dari bakal adik ipar" Hafiz berkata sendirian di dalam bilik.Nasiblah kamu wahai bakal abang iparku sayang.






“Asal kau bawak aku kat sini Fiz?Apa kita nak buat kat sini Fiz?” Tanya Adi bertubi-tubi.

“Tu lah kalau aku kata kau lambat pikap dengan bodoh.Kau marah, dah terang-terang kita tadi baru siap buat pancing kayu dari buluh jadi kita nak pergi memancing lah Encik Adi Irwansyah Dato Khalid” lantas mulut Aku melihat mulut Adi berbentuk O.Belum sempat Adi menyambung aku potong. 


“Kalau tang kerja kau bukan main tip top aku nampak beres dan lancar je...tu aku tak dapat sangkal yang kau memang kalau buat kerja pantas dan telit.

"Eh beb aku nak tanya kau la? Kau jangan marah errkk..macam mana kau nak cairkan hati abang si Azzah yang dah macam kutub ais utara?Kau tak ada perasaan ke dia pelekehkan kita? Dia selalu cari salah kita ada je yang tak kena dekat mata dia tentang perangai kita” aku melihat Adi berwajah tidak berpuas hati melihat sikap abag Muhklis terhadap kami.Macam tak suka je aku dengan Azzah.

“Eeemmmm… entah lah Adi tapi bagi aku apa jua yang dia kata pada aku.Aku tak ambik hati pun.Selagi aku belum mendapat restu dari keluarga Azzah.Aku tak akan berundur walaupun setapak.Aku kena bukitkan yang aku ini lelaki yang boleh menjaga anak dan adik mereka dengan baik dan bertanggungjawab jika aku khawin dengan Azzah tanpa restu dari keluarga dia. Hidup kami kelak tak akan bahagia ...bahagia yang kami capai hanya sementara Adi aku tak nak rumahtangga yang aku bina berlandaskan nafsu semata-mata.Aku nak bahagia dan restu dari orang yang aku sayang."


"Andai suatu hari nanti aku tiada di dunia ini,aku tak nak Azzah kehilangan arah dan aku tak nak dia menangung semuanya sendiri.Itu yang aku sanggup menunggu restu dari kedua ibu ayah dan abang Azzah andai aku pergi dulu aku nak Azzah ada tempat berteduh dan dia tidak bersendirian di dunia ini dia masih punya keluarga yang akan menyayanginya bila aku tiada lagi di dunia andai ada jodoh aku dengan Azzah.Insyallah."

"Andai tiada jodoh antara kami aku akan berdoa dia bahagia bersama orang yang dia sayang itu doa aku.” bicara Hafiz terhadap Adi dengan penuh semangat.Kalah muka bila berhadapan pasukan kegemaran aku Portugal berlawan dekat UERO 2012.

“Wowowo aku salute la kat kau Fiz.kau berani menyahut seru iilah” Adi berkata sambil tangan kanannya membuat isyarat tabik ke arah Hafiz yang sedang duduk di tunggul kayu yang berdekatan dengan sungai.Aku teruskan dengan membaling pancing ke dalam sungai.Harap-harap dapat lah rezeki hari ini.

“Hotakkkkk kau seruan iilahi, kau ingat aku nak meninggal apa nak aku seru-seru maut” aku melihat Adi tersengih

 
“Okey..okey...meh aku betulkan,menyahutt..seruan..seruannn memikat hati bakal abang ipar dan seluruh keluarga Azzah...”sambil Adi memerhati yang batang pancing yang aku pacak tadi  bergerak-gerak tandanya ikan sudah memakan umpannya.Hafiz yang mengikut arah mata Adi yang melihat batang pancing sudah mengena.






Hafiz menarik batang pancing dengan menaikkan mata kail dengan tinggi.Hafiz melihat seekor ikan keli sedang meronta-ronta untuk melepaskan diri dengan pantas Hafiz meletakkan ikan ke tanah yang berjaya di tangkapnya lalu di lepaskan mata kail dari ikan keli tersebut dan mengarahkan Adi mengambil besen.

“Adi cepat pergi ambik besan merah yang kita bawak tadi” Adi terus aku dengan kata lalu berlari-lari anak mengambil dan kembali ke situ sambil menghulurkan besen merah tersebut ke arah Hafiz.


Hafiz memasukan ikan tersebut kedalam besen tadi.Lepas itu,Hafiz menjerit kesakitaaan.
“Adoooiiiiiiiiiiiii.... tooooloooongggggg akuuuuuu Adddiiii!!!...tolongggggggggg aku Adddiiii aku kena bisa....Adiiiiiiii... tooolong aku!!!!!”

Adi yang terdengar jeritan Hafiz berpaling dan kalut sebentar dia memandang sekeliling jika ada orang yang akan lalu lalang di bendang tapi sayang seorang manusia pun Adi tak nampak.Adi melihat Hafiz yang hampir rebah dan terus berlari-lari anak lantas di peluk tubuh Hafiz dan kepala Hafiz di letak di ribaanya.

“Beb kau jangan main-mainkan aku...kau guraukan..kan? Fiz jangan takutkan aku beb aku lemah semangat ini” kata Adi yang kelihatan risau.

“Beb… kau ingat aku suka..suka ke nak buat buat sakit kena bisa.Kau tahu dah bisa itu dah merebak ke dalam badan aku ini.Aku rasa aku tak lama lagi ini Adi”

“Haaaa… kau kena patuk ular errkk Fiz?”Adi meneka.

“Adi, sebelum aku menutup mata kau kena janji dengan aku yang kau kena sampaikan pesan aku yang terakhir pada insan yang aku sayang kau kena tolong aku Adi...tooolonggg.!!!” Hafiz berkata sambil menarik kolar baju Adi.
Aku melihat Adi yang mula menitiskan airmata lantas mengangguk kepalanya tanda dia akan sampaikan pesan temannya..Adi melihat mimik muka Hafiz yang menanggung kesakitan di dalam badannya.
“Tolonggg....,sampaikan pesanan yang aku sayang dekat mama dan papa aku katakan pada mereka halalkan makan minum aku selama aku menjadi anak mereka, katakan pada mereka aku sayang dan sangat mengasihi mereka dan sampai kepada Azzah yang aku tak dapat nak menunaikan janji bahawa aku akan menyunting dia menjadi surihati aku dan penyeri di dalam rumahku katakan yang aku sangaaatt mencintaiii... katakan padanya aku minta maaf padanya sebab aku mungkir janji yang pernah aku lafazkan pada dia."

"Adiiiii kau janji yea…Adi kau akan sampaiiii...kan pesanan aku untuk mereka” Hafiz berkata dengan nafas yang tak tertahan.

Adi yang tidak terkata mengangguk saja...dia tidak boleh mengeluarkan sebarang kata melihat kawannya tenat dan nak mati di pangkuan dia.

“Adiii.....sebelum aku pergi maafkan aku sebab tak boleh jadi kawan yang terbaik untuk kau dan aku nak buat pengakuan kat sini yang kereta kau pernah kemek kan...iii..tttuuuu aku yang buuuuaaatt Adiii....aku yang buat ...Adiii aku harap kau maafkan lah aku...masa itu aku tak sengaja terlanggar dinding waktu nak masuk parking kat syarikat”

Hafiz melihat Adi mengeleng-gelengkan wajahnya tanda menyuruh Hafiz senyap.Dengar terketar-ketar Adi mengeluarkan suara dengan payah.Aku tak nak kau diam dan jangan  teruskan bercakap Fiz.
“Aku ..aku maafkan semua kesalahan kau Fiz kau kawan aku yang terbaik yang pernah aku jumpa.Walau kau tak mengaku aku tahu kau yang buat tapi kau bertanggungjawab dan membayar semua kos kereta aku.Kau kawan yang baik Fiz” sesudah Adi berkata perlahan-lahan Hafiz memejamkan matanya.Adi yang melihat mata Hafiz terpejam terus menjerit.

“Hafizzzzzzzzzzzzzzzz!!!....jangan perrgggiiiiiii bangun Hafizzzz!!!”sambil Adi menggoncang-gocang badan Hafiz.Akhirnya teman yang selalu melindungi dia telah pergi buat selamanya.

Hafiz membuka sedikit matanya untuk melihat keadaan Adi.Hafiz melihat Adi sedang mengalirkan airmata jantannya untuk dia.


Tiba-tiba bergema bunyi orang ketawa dari arah belakang.Adi berpaling dan melihat Azzah, Nadia,Dhiya,dan Kak Rina sedang memegang perut masing-masing sambil tergelak kuat.Kemudian, Adi yang sedang berpaling ke belakang terus berpaling ke bawah dan melihat Aku sedang elok tidur atas bendang sambil memegang perut dan menghamburkan ketawa.

Hafiz melihatAdi yang memuncungkan mulut.

“Woiii!!!Adi kau ini memang kawan yang sejati aku tengok dan lelaki yang penuh kelembutan didalam hati rupa-rupanya taman kupu-kupu ada kat dalam hati ka?” Kata Nadia kepada Adi.


 Aku,Kak Rina,Dhiya,Azzah yang tergelak terus tergelak melihat bertambah panjang muncung mulut Adi bila di usik Nadia.

“Gelak-gelak lah… gelak korang dah macam pontianak yang dah tak pernah gelak setahun aku nampak” Adi berbisik sambil muka merah menyala bila kena usik dengan Nadia.

“Kau ini gila Fiz.Mati-mati aku ingat kau nak mati boleh pulak kau usik aku macam ini.Aku tak nak bercakap dengan kau lagi.Aku nak balik”kata Adi kepada Hafiz sambil berlalu.





*********************


 

“Abang...Azzah takut lah bang yang kita tak akan bersatu..Azzah malu dengan abang sebab abang Mukhlis selalu cari masalah dengan abang semenjak abang berkampung kat rumah Azzah.Bukan tu je, abang Mukhlis selalu perlekehkan abang.Kalau abang tak tahan baik kita berpisah je bang.Azzah tak sanggup tengok abang merayu macam orang tak ada maruah diri je Azzah tengok.Azzah tak sanggup bang”


Hafiz tersentak mendengar ucapan perpisahan dari mulut Azzah.Lalu dia berpaling ke arah sisinya.Dia melihat Azzah menunduk.
 
“Ssshhhh....sshhhhhhhh... tengok abang, Azzah” aku bercakap dengam lembut dengan Azzah. Azzah masih menunduk.
“ Azzzzaaaah.....tengok abang sayang”perlahan-lahan Azzah mengangkat mukanya dan melihat tepat kedalam mata Hafiz saat itu mata mereka bertentangan.

“Azzah, di sini abang nak tegaskan kepada Azzah jangan sesekali minta perpisahan dari abang lagi.Abang tak sanggup nak berpisah dari Azzah.Azzah tahukan betapa abang mencintai Azzah sepenuh hati abang.Abang lakukan ini untuk masa depan kita bersama sayang.Tak kira berapa lama abang akan mendapat restu dari keluarga Azzah."


 "Abang akan tunggu hari, detik dan waktu itu...insyallah percaya pada-NYA yang kita akan mendapat restu dari NYA kelak...insyallah kita akan terus berdoa dan berdoa moga jodoh kita di perkenankan oleh-NYA..jangan mudah menyerah sayang abang pasti kita akan bersatu dan bahagia,kelak pasti insyallah kalau di izin kan tuhan sayang."

"Kalau kita khawin tanpa restu kita cuma bahagia sementara je.Abang tak nak macam itu abang nak bersama dengan Azzah tanpa kita melukai hati orang-orang yang kita sayang.Abang tak mahu kita bermusuhan kelak.Sebab tanpa mereka kita tak akan ada di dunia ini sayang sebab dengan kasih sayang merekalah kita hidup sampai sekarang dengan doa mereka la kita berjaya dan abang nak Azzah tahu waktu pertama kali abang melihat Azzah abang dah jatuh sayang."

"Mula-mula abang sangkal apa yang berputik untuk Azzah tapi lama kelamaan abang mengakui yang abang sayang sangat kat Azzah abang nak Azzah jadi isteri dan ibu kepada anak-anak abang kelak.Kita akan mendidik mereka sehingga berjaya dan berbakti pada orang-orang di sekeliling nya.Abang nak Azzah bersabar insyallah doa kita akan di perkenanan kan sayang..insyallah” Aku melihat Azzah yang kelihatan  terharu mendengar kata-kata Aku kepada nya yang penuh ketulusan hati.

“Sshhhhhh...sshhh abang tak sanggup nak melihat airmata Azzah simpan airmata Azzah masa kita di satukan nanti sayang” ingin sahaja aku mengesat air mata Azzah dari bercucuran tapi keadaan kami yang masih belum halal menghalang aku berbuat demikian.

“Woiiii!!!uda dan dara tak mahu balik ke? kami kat sini nak balik dah? kami dah bosan melihat babak cinta corneto korang ini sakit mata kami menahan dari memandang babak juliet ngan romeo korang berdua” kata Kak Rina... Aku mengangkat ibu jari tanda ok.

“Jom sayang kita balik hari da nak masuk senja ini.Karang risau pulak mak sayang terutamanya kekanda Mukhlis”


Hafiz hampir ketawa melihat wajah cemberut Azzah.Aku melangkah beriringan dengan Azzah.Tak akan aku lupakan kenangan ini. Aku berasa gembira.Kalau boleh aku nak tulis dalam diari, nak bagi anak-anak aku dengan Azzah baca dengan kisah cinta kami berdua.



************************





 


“Kinah ooii…. sudah- sudah lah itu,bukan mereka pergi terus.Karang budak-budak ini cuti.Mereka  balik la ke kampung lagi” pujuk pak cik Iskandar iaitu bapak kepada Azzah.

Aku melihat sambil mengelengkan kepala melihat mak cik Kinah menangis mengalah budak kecik sahaja.Malu dia di buatnya.Hafiz dan Adi berpandangan kala ketika mata bertembung sambil mengangkat bahu tanda tak tahu. “Dah  macam jejak kasih pulak aku tengok” hati aku berkata besendiri bersama menyibukan diri dengan berpura-pura mengemas dan memasukan barang ke bonet.

“Mak cik jangan nangis, kan dah tak cantik bakal mak mertua Hafiz ini” usik aku sambil berkata lagi.

“Insyallah kalau ada masa lapang lagi.Kami akan bercuti lagi dekat kampung ini” Aku bercakap dengan lembut dan aku mengucap syukur alhamdulilah. Setelah dua minggu dia berkampung disini, pintu hati ayah dan ibu Azzah terbuka untuk  merestui hubungan mereka. Hanya  tinggal seseorang sahaja yang tidak sudi merestui hubungan Aku. Tak apa aku akan kuatkan semangat untuk berusaha untuk menambat hati abang Mukhlis kelak. Go go chaiyok. Aja aja fighting.

Mak cik Amera Sakinah mengesat airmata kerana sedikit terubat mendengar kata-kata Hafiz.Makcik Amera Sakinah kembali tersenyum walaupun ada kesan ai rmata di wajah ibu tua itu.

“Hhmmmmm..apa kata makcik dan pakcik ikut kami semua balik ke Kuala Lumpur. Di sana saya akan  bawak makcik dan pakcik jalan-jalan sambil boleh berkenalan dengan mama dan papa saya” Aku memberi cadangan kerana cadangan aku melihat kkelihatan bernas kerana boleh mengeratkan silaturohim sambil boleh kenal-kenal antara satu sama lain.

Pak cik Iskandar hanya tersenyum  kerana dia tahu hati isterinya akan menolak ajakan Hafiz. Mereka lebih suka suasana kampung yang tenang dan nyaman dari pencemaran dan bunyi bising di bandar.Aku melihat makcik Amera Sakinah sudah pun reda dari menangis.Aku bimbang jika kami masih lama di situ pasti makcik Amera Sakinah menangis semula.Aku  memandang Kak Rina dan memberi isyarat agar mereka harus bergerak sekarang juga. Kak Rina yang paham isyarat dari Aku dan terus  berdeham.

“Eemmmmm..makcik pakcik kami nak berangkat dulu. Karang lambat pulak kami sampai di Kuala Lumpur” kata Kak Rina. Kemudian, Nadia,Dhiya, Adi,Hafiz dan Kak Rina sudah berada di dalam kereta.

“Dah..lah itu Azzah pergi lah.Kawan-kawan kamu tunggu kamu tu.Karang lambat pulak sampai di Kuala Lumpur” kata pak cik Iskandar.

Azzah melangkah ke kereta belum sempat masuk ke dalam kereta.Azzah berlari mendapatkan mak lantas Azzah memeluk maknya dengan erat seperti tidak mahu berpisah lagi.Sebelum pelukan aku dirungkai oleh mak.Mak sempat berpesan pada aku yang mak dan abah merestui hubungan aku dengan Hafiz andai itu yang akan membahagiakan aku dan aku kena jaga diri elok-elok.


***********************




Setelah merempuh perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Akhirnya, aku dan yang lain selamat sampai di rumah kak Rina.

“Kak Rina ini nak letak kat mana ini” kata aku sambil menjerit dengan tangan penuh beg mereka semua.

“Letak semua barang tu dekat ruang tamu je fiz.Nanti  biar kami semua selongkar apa yang di kirim oleh mak long.”

“Baik kak”


Aku terus mengangkat semua barang ke ruang tamu rumah kak Rina.Kemudian aku melihat Adi dalam mengusha si Nadia.Alahai  kawanku seorang ini nak tunjukkan gentlemen ke?Aku berbisik sendiri. Kemudian aku melihata Azzah yang kelihatan sembab.Mungkin semasa perjalanan balik tadi dia tak habis menangis.

“Eerr....hai Nad assalamualaikum, Nadia nak abang tolong angkat barang Nad  tak?”.kata Adi kepada Nadia sambil menolong sikit barang-barang Nadia di dalam bonet kereta ALPHARD.

“Heyy!!...sejak bila pulak kau jadi abang aku ini”..protes Nadia kepada Adi.

“Eeeerrr… sejak abang dah jatuh cinta dengan Nadia lah.Abang dah mula sayang dekat Nad” muka Nadia membahang merah setelah Adi meluahkan perasaannya tadi.Nadia menjadi kelu tiba-tiba mendengar luahan perasaan Adi.

“Eerr..tak ape Nad boleh angkat barang Nad sendiri. Tak payah susah-susahkan kau” . Dhiya yang menyaksikan gelagat Nad tersenyum sendiri.

“Tak ape.. biar abang angkat barang bawak masuk kat dalam.Nad tak payah angkat apa-apa. Biar abang yang buat semua” Adi terus angkat barang Nadia ke dalam rumah.Nad mencebik bibirnya macam lah aku tak reti nak angkat sendiri  tapi dalam hati Nadia mekar tersenyum.Taman kupu-kupu daah berterbangan.

Adi yang melihat wajah kekasih hatinya mencebik “Alahai cantiknya dia” bisik hati Adi.

“Eehhh....Nad, tunggu kat sini abang nak pergi ambik sesuatu kat dalam kereta” Adi menahan Nadia dari masuk ke dalam rumah sewa kak Rina.


Nadia yang kehairanan menunggu Adi yang pergi mengambil barang yang di maksudkan nya dan melihat melangkah kepadanya dengan membawa sesuatu. Lalu dia bertanya.







 

“Apa yang kau nak bagi kat aku?”

“Tadaaaaa… abang beli khas tuk Nad ambik lah.Abang tahu Nad suka makan biskut oreo ini macam abang Hafiz jugak kan”

“Eeerr..terima kasih wak..saya masuk dulu. Errk..awak terima kasih sebab belikan biskut ini untuk saya” Adi yang terdengar Nadia membahasakan dirinya awak dan saya rasa bagaikan mimpi lalu hati Adi menjerit kegirangan yang tanda Nadia sudi menjalinkan hubungan dengan dia walaupun Nadia tak bercakap dengan dia secara lisan tapi perbuatan mengatakanya cukup menyatakan bahawa cintanya tak bertepuk sebelah tangan.


Aku menghampiri Adi yang macam patung tegak di depan pintu rumah kak Rina sambil tangan Aku  menunjal dahi Adi.

“Woii!!!mangkuk ada ke patut kau angkat barang Nadia sahaja yang lain kau serah bulat-bulat kat aku” Hafiz berasa marah terhadap Adi. Adakah patut dia bawa barang Nadia. Barang yang lain aku yang kena angkat. Penat pulak tu. Apa lah yang di bawa oleh keluarga si Azzah.

“Alaaa… bukan selalu pun aku suruh kau buat.Cuma kali ini bagi la aku peluang nak pikat Nadia pulak. Masa kau pikat Azzah dulu aku yang sokong kau kan. Kiranya kau balas balik pulak jasa aku tu” kata Adi yang masih tegak dekat pintu rumah kak Rina.

“Banyak kau punya balas.Dah jangan kau duduk angau kat sini.Jom balik, aku dah masukkan semua barang kita kat dalam kereta jom.Sekarang ini aku nak jadi boss besar pulak. Kau pulak jadi diver aku so encik diver sila bawak aku balik sebab rumah sekarang aku dah  penat dan dah mengantuk ini” arah Hafiz  kepada Adi yang sedang melangkah ke dalam kereta.

“Sedia menjalankan khidmat tuan sila kan tapi tuan sebelum tu tak nak ke minta diri dekat pegarang jantung kau ke?”

“Ehh..lupa pulak aku.Ini semua kau punya pasal lah.Buat aku lupa nak cakap dekat buah hati aku yang comel tu”Hafiz berkata sambil melangkah kepada Azzah yang sedang menunggu di pintu rumah kak Rina.Aku memberi senyum kepadanya.

“Azzah, abang balik dulu yea.Sayang jaga diri baik-baik.Jangan nakal-nakal, bila abang tak ada yea...bye sayang” Aku berkata sambil ingin melangkah pergi keluar dari perkarangan halaman rumah kak Rina.

“Assalamualaikum abang, elok-elok bawak kereta tu. Nanti kalau dah sampai jangan lupa call Azzah ye”pesan Azzah kepada aku.

“Baik sayang.Segala perintah sayang abang akan laksanakan” Aku dan Adi lantas hidupkan enjin kereta dan cepat pergi dari situ.



**************************


Setelah 2 jam perjalanan.Akhirnya, aku dan Adi selamat sampai ke rumah sewa kami. Aku terus meninggal kan Adi dengan membawa beg ke dalam bilik. Aku terus mandi dan solat magrib.Aku terus menghantar mesej ke nombor Azzah yang mengatakan aku dah sampai.Aku terus turun ke bawah.Aku melihat Adi yang tengah syok layan movie Transfomer. Aku teringin nak join tengok movie tu tapi aku teringat sesuatu lantas pergi ke ruang tamu melihat beg yang masih belum aku naikkan ke dalam bilik aku.




 


“Woii!!!tepi la apa yang kau cari dari tadi ini.” jerit Adi kerana dia rasa semak tengok aku yang serupa tak betul.

“Aku cari sesuatu yang aku beli tadi?”Sambil tangan aku mencari dan selongkar barang-barang dekat dalam bonet kereta.

“Kau cari apa?meh aku tolong carikan jugak.Mana tahu cepat dapat  aku dapat layan movie ini. Dah  macam kehilangan bini aku tengok, tercari-cari kesana sini buat spoil mood aku je nak tengok movie” kata Adi.

“Aaakuuu…aku tengah cari biskut kegemaran aku yang aku beli kat hentian rehat petang tadi.Aku teringin nak makan tapi aku tak nampak pun bayang biskut oreo tu kat sini? Aku rasa aku dah masukan dekat dalam kereta tadi sebelum aku angkat barang-barang budak-budak tu.Tak mungkin tinggal atas kereta kak Rina pulak.


Hmmm…kau ada nampak tak biskut oreo aku tu?”Hafiz bertanya kepada Adi mana tahu dia tahu.

“Hisssh..kenapa la dia boleh ingat jugak biskut oreo tu. Aku ingat dia takkan ingat bila dah bercakap dengan Azzah tadi” bisik hati Adi.Adi tertelan airliur.

Muka Adi aku pandang dengan pandagan yang tajam.Aku melihat Adi yang mula tertelan air liur kerana aku pasti dia yang ambik.Aku  merenung wajah Adi yang kalut semacam sambil kening Aku jongket tanda bertanya kepada Adi.


“Matiiiiiiii......lah kau dengan mamat hantu oreo malam ini....Nadia sayaang tolong abangmu ini” jerit hati Adi.

“Kauuuuuuuu.....jangan cakap kau yang ambik oreo aku Adiiii....?” Adi menunjukkan dua jari tanda peace sambil tersengih-sengih tanda dia yang mengambilnya.Adi menayangkan giginya yang putih dan rata lagi bersih kepada Aku.dah macam iklan ubat gigi pulak.

“Oooo...!! rupanya kau yang ambik aku punya biskut oreo yea”  tanpa menunggu lama Aku terus melangkah ke arah Adi lalu menghimpit badan Adi di atas sofa sambil menyekeh kepala Adi.

“Berani kau ambik oreo aku.Siapa izin kan kau buat macam tu?” kata Hafiz dengan nada marah.

“Maaf aku terambik dan terbagi kat Nadia tadi” kata Adi dengan nada cemas.

“Banyak kau punya terr!!...ter.. Aku tak kira aku nak belasah kau sampai lunyai macam  perasaan aku sekarang sebab tak dapat makan biskut oreo cecah susu” kata Hafiz kuat ke telinga Adi.

“Wowowowo… Hafiz aku mengaku...aku mengaku aku salah. Tolong maafkan aku. Nanti aku ganti double.Aku janji lepas tu selama seminggu aku jadi driver kau....cepat lah alihkan badan kau yang macam badak ini nampak je kurus tapi tulang berat nak mampus” protes Adi.

“Dan lagi satu sebab biskut oreo kau tu Nadia mula lembut hati dengan aku.Terima kasih Hafiz aku sayang kau lalu” kata Adi lalu Adi mencium pipi Hafiz.

“Woiii!!!kau ingat aku gay ke, nak kau cium-cium ini. Geli aku kau tahu...nak ucap terima kasih tak payah la nak cium-cium aku eeeee....geli tujuh keturunan aku” sambil aku mengesat pipi  yang ada kesan ciuman si Adi.



******************






Rina memerhatikan Azzah sejak makan malam tadi Azzah banyak mengalamun. Ini tak lain mesti ingat dekat si Hafiz ini. Memang angau betul kak Rina tengok si Azzah ini.Kuat betul penangan cinta si Hafiz ini dekat adik sepupu kak Rina.Aku  tersedar bila ada seseorang menyentuh bahu Aku.

“Ehh kak Rina tak tidur lagi ke?”

“Macam mana nak tidur.Kalau ada orang tu tak tidur dengan lampu yang menyala terang ini”

“Maaf kak Rina.Tak perasan pulak Azzah yang kita sedang kongsi bilik pulak. Azzah ingat Azzah sekarang dalam bilik Azzah tadi”

“Mana nak ingat bilik awak itu di ambil dengan Dhiya dan Nadia” Aku melihat kak Rina tersenyum manis. Patutlah abang Mikail suka dekat kak Rina sebab kak Rina ini cantik bila senyum.

“Maaf kak Rina. Biar Azzah tutup lampu bilik dan  kak Rina dapat tidur lepas ini”Aku  melangkah untuk mematikan suiz lampu tapi di tegah oleh kak Rina.

“Tak  payah meh sini duduk dengan kak Rina. Mari sini, kak Rina nak tahu cerita apa yang merunsingkan adik  kak Rina ini? cerita lah apa masalah Azzah tu. Mana tahu kak Rina boleh tolong selesaikan?” kata Arina sambil mnelabuh punggungnya untuk duduk berdekatan dengan aku yang berada di katil.

“Entahla kak.Azzah berasa sangat risau ?”

“Azzah risau pasal apa pulak ini?” kak Rina menyoal Azzah.

“Azzah takut abang Hafiz bosan tunggu Azzah di sebabkan abang Muhklis tak mahu merestui hubungan Azzah kak.Azzah takut kalau abang Hafiz pergi tinggalkan Azzah.Kalau betul-betul jadi kak, Azzah tak mampu nak hadapi kak.Azzah tak sanggup dan Azzah takut kecewa kak...takut sangat-sangat”Azzah meluahkan isi hatinya kepada kak Rina.Air mata Azzah mula mengalir di saat ini.

“Azza, kak Rina rasa Hafiz seorang lelaki gentleman dik. Dia tak mungkin buat adik macam tu."


"Walaupun kak Rina tak kenal dia secara rapat tapi kak Rina tahu yang dia bukan orang yang cepat berputus asa adik dan dia ada pegangan agama yang sebati dalam diri dia dik.Kak  Rina nampak Hafiz sangat mencintai Azzah dan dia sanggup melalui ini semua untuk Azzah. Itu  tandanya dia dah fikir panjang nak jadikan Azzah suri di hati dia dan dia sanggup menunggu Azzah sampai pak long, mak long dan abang Muhklis merestui hubungan Azzah dan dia. Itu  tandanya dia seorang yang bertanggungjawab dengan apa yang di buat."

"Jadi kak Rina harap Azzah banyak berdoa dan bersujud pada-NYA. Insyallah doa Azzah akan termakbul suatu hari nanti dan Azzah jangan lupa untuk sembayang hajat dan Istikarah minta petunjuk dari Allah. Insyallah, ALLAH akan tunjukkan kepada kita. Jangan lupa  berkat kesabaran Hafiz dan Azzah, pak long dan mak long dha mula merestui hubungan kalian betul tak?” Tanya kak Rina.Azzah mengangguk kepala sebagai tanda betul dan setuju dengan penyataan dari kak Rina.

“Insyallah pintu hati abang Muhklis akan menjadi lembut dan merestui hubungan Azzah dan Hafiz. Adik kena  yakin pada-NYA..Dah  jangan  kusut kepala tu nanti pening dan seterusnya jatuh sakit, macam mana?siapa akan susah.?Dah jom tidur. Karang  esok nak bangun pagi susah pulak tapi satu nasihat dari kak Rina kalau ada jodoh korang tak akan ke mana sabar yea” kata kak Rina dengan lembut.

“Terima kasih kak Rina sebab sudi dengar luahan hati Azzah dan nasihatkan adik.Insyallah adik akan buat apa yang kak Rina cakap dan Azzah akan sabar  dengan apa jua dugaan yang melanda dalam hubungan kami."


"Sayang kak Rina” aku terus peluk kak Rina.
“Sama-sama adik, apa gunanya kak Rina sebagai kak sepupu kamu kalau tak nasihatkan Azzah. Nanti kalau ada apa-apa jangan segan silu nak berkongsi dengan kak Rina.Kak Rina selalu ada untuk Azzah. Dah jom tidur, dah pukul berapa ini” kata kak Rina sambil turun dari katil untuk mematikan suis lampu yang berdekatan dengan meja solek.
“Okey.Insyallah.Kalau Azzah ada masalah. Azzah akan berkongsi dengan kak Rina yea."

"Okey selamat malam kak Rina” Azzah mengucapkan selamat malam kepada kak Rina sambil menarik selimut hingga ke paras dada lalu memejam mata sambil ingin mimpi indah dengan Hafiz.




**********************


Seperti hari-hari biasa, kak Rina sudah bangun lalu mandi dan sembayang subuh.Kemudian kak Rina turun bawah untuk membuat sarapan untuk kami semua.Aku terus bangun dari katil sambil tersengih melihat kak Rina yang berpakaian baju blouse dan kain kembang dia."Oh ye aku lupa yang hari ini, kak Rina  kerja hari ini."
“Azzah, kak Rina keluar dulu yea, nak bangun budak bertiga ini dan nak buat sarapan sebelum kak Rina pergi kerja.Nanti kak Rina lambat pergi kerja” kata kak Rina sambil pakai make up di mukanya.Kak Rina nampak cantik sangat hari ini.
“Ok, kak.. Azzah pergi mandi dulu yea. Nanti Azzah turun yea.Kak Rina.Kalau kak Rina lambat masuk kerja.Big boss tak marah lah kak sebab abang Mika faham” kata aku sambil tarik tuala yang sangkut di tempat sangkut dan terus melangkah ke bilik air untuk mandi dan mengambil wuduk.Sebelum aku tutup pintu bilik air, aku nampak muka kak Rina dah merah sebab malu.

"Yelah tak kan abang Mika nak marah kak Rina sebab datang lambat. Kalau abang Mika marah, gerenti abang Mika kena pujuk kak Rina yang merajuk.Hahaha.

Selepas, aku mandi dan sembayang subuh.Aku bersiap hendak turun bawah. Aku berpakaian biasa sebab hari ini aku tak ada kuliah.Tiba-tiba, aku mendengar getaran telefon yang berada dalam beg tangan lalu aku meyelongkar beg untuk menjawab telefon yang di matikan bunyinya. Aku melihat skrin telefon tertera nama abang Muhklis.Cepat-cepat aku tekan butang hijau.

“Assalamualaikum abang, ..abang sihat? Ada apa abang telefon Azzah pagi-pagi? Aku bertanya kerana abang Muhklis tak pernah nak telefon pagi-pagi tak kiralah sebab ada hal atau tak.Aku berasa curiga tapi bersikap tenang sebab takut apa yang aku fikirkan tak sama dengan kata abang Muhklis.

“Waaalaikumusalam..haaa abang sihat ini. Abang telefon ini  sebab nak bagi tahu satu pekara. Semalam ada orang masuk meminang kau.Jadi abang dah terima pinangan dari orang tu.Lagi pun abang dah bincang dengan mak dan abah.Mereka setuju adik di jodohkan dengan orang yang meminang adik semalam” kata abang Muhklis dengan suara yang tegas.



Bersambung....


 

p/s:so apa komen anda tentang part ini..best tak?ada kelakar?hihi….so apa agaknya reaksi azzah yang abng dia kata yang abang dia dah terima pinangan orang lain? Ada yang nak marah muhklis tak hihi… kalau nak tahu apa yang akan terjadi akn datang. Nantikan part akan datang. Komen anda kami amat hargai dengan ikhlas. Kalau komen bagilah komen yng jelas supaya kami boleh nilai ape yang kurang dalam karya kami. tq



Sunday 24 June 2012

KASIH SI KEMBAR PART 1



Megat Ihsan  baru selesai bermesyuarat dengan ahli lembaga pengarah pagi tadi.Syarikat yang diusaha hasil titik peluhnya sendiri tanpa bantuan dari mamanya.Dia yang baru keluar dari bilik mesyuarat melangkah menuju ke biliknya.

 “Tuan Megat..ada sampul di atas meja Tuan Megat saya dah letak diatas meja Tuan Megat”.Setiausahanya, Maria  berkata sebelum Megat Ihsan masuk ke biliknya.

“Ya,terima kasih.Maria”..ucap Megat Ihsan dengan tersenyum.Lantas Megat Ihsan meneruskan langkahnya ke biliknya.

Dia dapat melihat sampul surat yang dinyatakan oleh Maria tadi.Dia terus duduk di kerusinya lalu mencapai surat itu.

“Urrmm..takde  nama pengirim pada sampul surat ni?Surat apa ni?”.soal Megat Ihsan sendirian sambil membelek-belek sampul surat itu.

Tersirap darah Megat Ihsan apabila dia melihat isi kandungan sampul surat tersebut.

Dia bagaikan tidak percaya apa yang dilihat di sampul surat itu, yang mengandungi gambar isterinya sambil berpelukan dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.

Hancur hatinya saat itu apabila isteri yang amat dia sayangi selama ini sanggup menduakan cintanya.Wajah Megat Ihsan merah padam.

“Perempuan tak sedar diri..Aku sanggup belakangkan keluarga aku untuk  hidup dengan kau,ini yang kau balas dekat aku..Memang betul kata mama aku, yang kau ini bukan perempuan baik untuk keturunan aku.”ucap Megat Ihsan dengan perlahan sambil menumbuk cermin yang berada di ruangan bilik pejabatnya, sehingga menyebabkan tangannya berdarah.Mukanya berkerut menahan sakit tetapi tidak sesakit di dalam hati.  


************************************


Rahmah Khalissa yang berada di dapur sedang bertungkus-lumus menyiapkan makan malam untuk keluarganya.Dalam dia memasak,ada seorang anak kecil yang berusia lima tahun menarik bajunya.

“Ibu…ibu.. adik dengan kakak laparlah?Si kembar menyoal ibunya.Rahmah Khalissa memandang kembarnya dengan penuh kasih sayang.Dia tersenyum manis.

“Alala…anak ibu berdua ni dah lapar ye..kejap lagi kita makan..kita tunggu ayah dulu..Mesti ayah dalam perjalanan balik.Sabar ye sayang.”jelas Rahmah Khalissa kepada kembarnya sambil mencium kedua-dua pipi si kembar sebelum menyelesaikan tugasnya..

‘’Kakak!!..Bawak adik naik ke atas..Nanti ayah dah balik, ibu panggil anak-anak ibu nanti?.”tambah Rahman Khalissa.

“Baik ibu..’’ jawab si kakak sambil mengangguk kepalanya.

“Adik jom kita naik atas dulu..’’ ajak si kakak kepada adiknya sambil menarik tangan adiknya untuk keluar dari dapur.

“Tak nak,adik nak tunggu ayah kat sini!”ujar si adik kepada kakaknya.Si kakak pun mengalah.

Rahmah Khalissa tersenyum sambil mengeleng-geleng kepala melihat gelagat kembar kesayangannya.Sudah mencecah 6 tahun usia perkhawinannya dengan Megat Ihsan.Syukur kepada hadrat Ilahi kerana  dikurniakan anak kembar yang comel.Sekarang usia mereka sudah 5 tahun.

Rahmah Khalissa memanggil kedua-dua anak kembarnya, yang sedang bertengkar diruang tamu lalu mendepangkan tangannya.

“Kakak,adik mari dekat ibu sayang..”

Si kembar yang sedang bertengkar tadi saling berpandangan dan terus meluru mendapatkan ibu mereka.Rahmah Khalissa mengeratkan pelukannya terhadap kembarnya.

“Ibu sayang anak-anak ibu ini..Esok kalau ibu ditakdirkan  tak ada lagi di sisi adik dan kakak.. ibu nak kamu berdua  jaga antara satu sama lain..Dan jangan lupa, jaga ayah untuk ibu.”pesan Rahmah Khalissa kepada si kembar.

“Biar adik sayang ibu ,kakak sayang ayah..”ujar si adik.

“Mana boleh macam tu..kakak nak sayang dua-dua mana boleh pilih-pilih..kan bu??..’’ bidas si kakak pada si adik.

Si adik mencebikkan bibirnya apabila kakaknya  berkata seperti itu.

“Kakak dengan adik mana boleh gaduh-gaduh macam ini.. Bila besar nanti, Ibu nak kamu berdua saling bertolak-ansur dan sayang antara satu sama lain..Kalau adik mahupun kakak ada buat salah..ibu nak kamu berdua saling memaafkan antara satu sama lain..anak ibu baik kan.”jelas Rahmah Khalissa kepada si kembar sambil mengucup ubun-ubun anaknya.Si kembar hanya mengangguk-angguk kepalanya.

Entah kenapa pada malam ini…Dia merasa tidak sedap hati, seperti ada sesuatu yang bakal berlaku..Rahmah Khalissa lantas merungkaikan pelukan terhadap si kembar, apabila anaknya mendengar deruman enjin suaminya.

“Ibu…ibu ayah dah balik itu!.” Teriak anak-anaknya dengan riang sambil berlari untuk mendapatkan ayahnya.

Setelah usai Megat Ihsan memakir keretanya, dia melihat kembarnya meluru berlari mendapatkannya.Dia tersenyum lantas dia mendepangkan tangannya untuk menyambut kembarnya.Dia memeluk si kembar lalu mencium kedua-dua pipi anaknya.Hilang penat lelahnya serta masalahnya tadi, apabila melihat wajah si kembar yang cukup ceria.Terasa damai hatinya.

“Anak ayah berdua dah makan??..”ujar Megat Ihsan.

“Belum ayah..kami tunggu ayah..”si kembar menjawab serentak.Megat Ihsan tersenyum.

“Kalau macam tu..kakak dengan adik tunggu kat meja makan dulu..ayah nak naik atas jap..nak mandi..nanti kita makan sama ye sayang..”ujar Megat Ihsan.Si kembar mengangguk kepalanya..


*********************************


Sewaktu hendak naik ke atas, dia melihat isterinya sedang menunggu kepulangannya seperti biasa.Selama 6 tahun membina mahliga bersama, Rahmah Khalissa tidak pernah sekalipun tidak menyambutnya pulang dari kerja.Namun pada saat ini dia merasa benci yang amat sangat terhadap isterinya, apabila terkenangkan gambar isterinya yang berpelukan dengan lelaki lain di office.


 “Assalamualaikum abang..”ujar Rahmah Khalissa dengan wajah yang manis, sambil menghulurkan tangan kepada suaminya.

“Hhhmm…”jawab Megat Ihsan terus berlalu naik ke atas tanpa mempedulikan huluran tangan isterinya.

 Riak wajah Rahmah Khalissa berubah. Dia berasa hairan dengan perlakuan aneh suaminya.Selalunya pasti akan ada pelukan dan cium yang hangat di dahinya.Tapi hari ni dia berasa ada yang tidak kena dengan suaminya sejak  sampai ke rumah.Lantas dia mengekor suaminya naik ke bilik mereka.Belum sempat Megat Ihsan menutup pintu biliknya, ada tangan yang menghalang, lalu dibiarkan pintu itu terbuka.Rahmah Khalissa  yang telah berada di bilik itu segera menutup pintu lalu mendekati suaminya bagi menanyakan segala yang ada di fikirannya.

“Abang…kenapa ini??..Lissa tengok muka abang macam ada masalah je??..” Jelas kerisauan terpamer di wajah Rahmah Khalissa.


Megat Ihsan memandang tajam isterinya.Wajahnya yang putih mula kemerah-merahan menahan marah.


“Aku tak sangka kau sanggup menduakan cinta aku..Tak cukup ke kasih sayang aku berikan kepada kau..Kenapa kau cari jantan lain jugak..Tak cukup sempurna ke aku di mata kau, Lissa..??!!!..Jawab!!!..jawab Lissa!!!…Aku kata jawab la!!!!..”.tengking Megat Ihsan kepada Rahmah Khalissa sambil mencengkam kedua-dua bahu isterinya.


Tengkingan Megat Ihsan itu membuatkan Rahmah Khalissa terperanjat.Sungguh dia tidak menyangka perwatakan Megat Ihsan yang baik dan ceria itu boleh berubah  sekelip mata.Wajah Rahmah Khalissa pucat lesi.


“Apa yang abang cakap ni...Lissa tak paham??..Mana ada Lissa menduakan cinta abang..”jawab Rahmah Khalissa dengan tenang sambil meminta suaminya menjelaskan perkara sebenar.

Megat Ihsan merungkaikan cengkaman tangannya di bahu isterinya, lantas dia menuju ke meja solek dan membuka briefcase nya untuk mengambil gambar yang diterimannya pagi tadi.Gambar tersebut dilemparkan ke muka isterinya.

“Sekarang..,kau nak cakap ape lagi..Dah terbukti yang kau curang dengan aku..Aku  tak sangka kau semurah itu..Sanggup berpelukan dengan lelaki lain.Aku menyesal tak ikut kata mama aku dulu sebelum menikah dengan kau!!....Perempuan murahan..”marah Megat Ihsan sambil merenung tajam ke arah isterinya.

Rahmah Khalissa tergamam melihat gambar-gambar yang dilemparkan oleh suaminya tadi di kutipnya.


**********************************


Ya, dia mengaku yang di dalam gambar itu adalah dia dengan Zainal yang sedang berpelukan tapi, ketika itu Zainal hanya ingin menyelamatkan dia daripada dilanggar motosikal.Bukan seperti yang digambarkan oleh suaminya.Air mata mula menitis lembut dipipi Rahmah Khalisah.

Airmata mula menitis lembut dipipi Rahmah Khalissa.Dia mendekati suaminya lantas mengenggam kedua-dua tangan suaminya.Namun telah direntap oleh Megat Ihsan.Dia berasa jijik tangan disentuh oleh isterinya ketika itu.

“Bang..ini bukan seperti yang abang sangkakan…Ini salah faham bang..,Lissa boleh jelaskan pekara sebenarnya.. Memang benar dalam gambar itu Lissa bang..Tapi maksud gambar itu bukan seperti yang abang fikirkan..Kalo abang tak percaya..abang boleh tanya mama…..”.belum sempat Rahmah Khalissa menjelaskan Megat Ihsan terus merengus marah..

“Arrggghhh...!!!!.Kau jangan nak babit-babitkan mama aku ye…Kau yang buat salah..Sekarang kau nak tuduh mama aku yang hantar semua gambar-gambar tu kat aku..Apa faedahnya??..”.Marah Megat Ihsan kepada isterinya.Wajahnya masih tegang sehingga menampak urat-uratnya.

“Bukan macam itu bang..,Lissa tak menuduh sesiapa pun dalam hal ini..,yang Lissa nak tegaskan Lissa di perangkap bang..Gambar itu mesti diambil masa Zainal tolong Lissa..”.jelas Rahmah Khalissa.

“Kau ingat aku nak telan je semua penjelasan kau itu haa!!..Kau masih nak nafikan ke Lissa..Kau ni kan sama saja dengan perempuan yang aku kenal..Hanya nak harta aku je!!..”.. Lantang kedengaran suara Megat Ihsan bergema disetiap penjuru biliknya.Rahmah Khalissa hanya mendiamkan diri.

“Betul kan  apa yang aku cakap kat kau?.Kenapa kau diam?.Kau takut rahsia yang selama ini kau rahsiakan dah terbongkar kan?.Kalau kau tak bahagia dengan aku.., kenapa harus kau buat macam ini??..”.desak Megat Ihsan sambil melihat isterinya masih membisu.

“Aku tak sanggup nak jadi lelaki dayus dan aku tak sanggup nak simpan perempuan murah macam kau ini!!!..”.kata-kata Megat Ihsan bagaikan petir yang menyambar hati Rahmah Khalissa bagai terbakar hangus dengan kenyataan suaminya.

Lama Rahmah Khalissa memandang suaminya tanpa berkelip.Kejam ucapan yang dikeluarkan.Tidakkah dia tahu setiap helaan nafasnya adalah cinta  buat suaminya.Segala hidupnya dan jiwa raganya telah diserahkan buat suaminya setelah ijab dan qabul dilafazkan..

Tidak cukup kuatkah cintanya kepada suaminya selama ini ..Sampai suaminya tega menuduh dia curang, sedangkan tiada sekelumit pun rasa di dalam hatinya untuk mengkhianati kepercayaan dan cinta suaminya.

Melihat isterinya yang bagaikan terkaku..,lantas Megat Ihsan menghampiri isterinya.., lau bahu isterinya digocang-goncang.

“Kenapa kau...kenapa kau sanggup lukakan hati aku…kenapa kau sanggup curang dengan aku..,Baik mulai sekarang aku tak nak tengok kau tinggal lagi kat rumah aku..Aku benci kau.!!!..benciii..!!! kau tahu!!!..”.jerit Megat Ihsan sambil teresak-esak.

Kali pertama dia menitiskan air mata sebab seorang perempuan yang amat disayangi.Lantas dia menyapu air matanya.

“Kau dengar sini baik-baik aku Megat Ihsan bin Megat Aziz dengan ini mence…”.belum sempat Megat Ihsan meneruskan ayat seterusnya, lantas isterinya memotong.

Rahmah Khalissa menjerit sambil air mata masih setia mengalir di pipi.

“Jangan!!..Jangan!!.. Jangan sama sekali abang ucapkan kata-kata itu.., walaupun sekarang abang dah benci Lissa.. Seberapa banyak penafian yang Lissa cuba nyatakan pada abang, abang tetap  tak akan dengar penjelasan dari Lissa..Abang tetap menyatakan  Lissa yang salah dalam hal ini..Kalau itu yang abang nak..Lissa akan turuti kemahuan abang untuk keluar dari rumah ini..Tapi satu je, tolong jangan rampas status Lissa untuk menjadi isteri abang dunia dan akhirat.”..ujar Rahmah Khalissa dengan suara yang sayu.

“Sebelum Lissa pergi..Lissa nak abang tahu yang Lissa sangat bahagia hidup dengan  abang dan anak-anak kita..”tambah Rahmah Khalissa.Megat Ihsan hanya memandang isterinya sekilas.


“Kau tak payah cakap banyak lagi..Baik kau pergi dari sini sekarang jugak!!!..”.teriak Megat Ihsan menghalau isterinya.


*********************************


Megat Ihsan terus mencapai beg yang berada diatas almari lalu memasukan semua baju-baju isterinya..Setelah itu, dia melempar beg itu ke arah isterinya.

Rahmah Khalissa yang  melihat terus airmatanya mengalir deras di pipinya.Dia mengutip beg yang dilemparkan oleh suaminya dan mula melangkah perlahan-lahan ke arah pintu bilik mereka.

Sebelum keluar Rahmah Khalissa berpusing kearah suaminya yang menghadap ke arah dinding bilik terus mengambil tangan suaminya.., lalu dicium tangan suaminya lama dan berkata.

"Maafkan Lissa selama  berada di dalam rumah ini..,halalkan makan minum Lissa ampunkan segala dosa-dosa Lissa.., Izinkan Lissa keluar dari rumah ini dengan redha abang..Terima kasih sebab abang sudi menjaga Lissa..”…Rahmah Khalissa bangun lalu mencium kedua-dua belah pipi suaminya sebelum melangkah..Tanpa menoleh kebelakang lagi.

“Bencinya abang pada Lissa’’ bisik hati Rahmah Khalissa.

Megat Ihsan yang kaku dan terasa hatinya bagai ditusuk pisau yang menghiris hatinya dengan setiap kata-kata isterinya.Dia bagai mahu mengalah  dan memeluk isterinya tadi tapi ego sebagai lelaki perlu dijaga dia tak mahu isterinya memperlakukan dia dengan sewenang-wenangnya..Dia ada maruah yang perlu dijaga..


Rahmah Khalissa turun satu persatu tangga dengan berhati-hati sambil membimbit beg pakaiannya.Sampai saja dibawah…Dia memandang keseluruh rumah yang pernah dihuninya saat matanya terpandang meja makan..

Air matanya laju mengalir deras di wajahnya apabila melihat wajah anak-anak kembarnya yang sedang menangis di meja makan..

Dia tahu anak-anaknya sudah mendengar pertengkaran dia dan suaminya…, lalu dia meluru mendapatkan kembarnya dan memeluk kedua-dua dengan erat.., sambil mencium pipi mereka sambil berpesan pada anak-anaknya.


‘’Kakak…adik…ibu nak pergi sekejap..Nanti ibu balik ambik sayang..,sayang tinggal dengan ayah yea.., jangan nakal-nakal bila ibu tak ada..Dengar cakap ayah yea sayang..’’. kata Rahmah Khalissa pada si kembar.

Dia kemudian  bangun dan mula melangkah ke arah pintu utama.., belum sempat dia melangkah keluar..Kakinya dipeluk oleh Fika Farisya.


“Ibu…ibu nak pergi mana?.Kalau ibu nak pergi  bawak adik dengan ibu.., adik tak mahu tinggal dengan ayah?..Ayah jahat buat ibu menangis..”.petahnya si adik berkata-kata.

“Sshyyy…sayang tak baik cakap macam itu.., sayang tunggu ibu kat rumah ini..Nanti ibu mesti balik ambik adik..Ibu janji..”ujar  Rahmah Khalissa sambil memeluk dan menyeka airmata anaknya.

“Tak nak..Nanti ibu tak balik lagi..Adik tak kira..Adik nak ikut ibu jugak..”.kata si adik.

“Nanti siapa nak main dengan kakak kalau adik ikut ibu kesian kakak tinggal sorang-sorang..Nanti kakak  tak ada kawan nak main..”.. Tegah  Rahmah Khalissa.

Dia tidak mahu anaknya mengikut dia..Sebab dia juga belum tahu arah tujunya yang masih kabur dan dia tidak mahu anaknya hidup susah..Belum sempat Rahmah Khalissa memujuk anaknya terdengar suara suaminya di tingkat atas.

“Kau bawak dia sekali dengan kau,kau dengan dia sama.., degil macam kau!!.. Biar kakak aku yang jaga kat sini!!!..” Teriak suaminya dari tingkat atas.

Wajah Rahmah mendung sambil menjenguk ke tingkat atas sama ada bayangan suaminya ada ataupun tidak.

Rahmah Khalissa tidak menyangka suaminya percaya akan gambar-gambar itu daripada mendengar penjelasan darinya.Begini akhirnya mahligai yang dijaga dan disirami dengan kasih sayang..

Sebelum melangkah keluar dari rumah.., Rahmah Khalissa  memeluk kembarnya yang seorang lagi yang tetap berdiri di sebelah meja makan.Dia mencium kedua-dua belah  pipi anaknya sambil berbisik perlahan pada anaknya.

“Kakak!!.. ibu sayang kakak.., jaga diri.., solat jangan lupa.., kakak selalu ada dalam hati ibu..Biar pun kita berjauhan mungkin suatu hari nanti…Sebelum ibu menghemfuskan nafas ibu yang terakhir kita akan bertemu lagi..”ujar ibunya sebelum keluar dari rumah.

Fhyka Arissa memandang adik kembarnya dalam dukungan ibunya..Adiknya langsung  berhenti menagis.Dia masih berdiri tegak disebelah meja makan sambil melihat bayangan adik dan ibunya hilang dari pandangan matanya.
Dan di sebalik tingkap langsir ada sepasang mata memerhatikan kedua beranak itu.

Bersambung..........


********************************************


p/s: selamat terhibur dengan karya yang tak seberapa dari saya….maaf andai karya saya membosankan anda semua....di sini saya mengharap komen-komen dari anda bagi meningkatkan hasil mutu penulisan saya….so apa tggu lagi sila2 la komen….hehe…terima kasih….peace………  >_____<….