Followers

Tuesday 31 July 2012

KASIH SI KEMBAR PART 4







 Sejak keluar dari dewan peperiksaan mata Zafril melilau mencari Fika Farisya. Perasaannya mula risau mengenang kejadian pagi tadi di dewan peperiksaan.Terbit rasa bersalah kerana memarahi Fika dan berlalu meninggalkan gadis itu tanpa pamitan darinya. Pagi itu dia marah dengan perangai Fika yang sabar tak bertempat tu,bukan sekali Shahrini dan kawan-kawannya menganggu Fika. Mereka seperti sengaja mencari pasal dengan Fika. Memang dia dan Fika pengawas di sekolah tetapi bila tiap kali kalau Shahrini membuat onar pada Fika, pasti Fika akan menengahnya membuat report kepada guru disiplin.

Dalam diam dia mencari-cari Fika. Dia terlihat kelibat Shahrini yang bermuka masam menuruni satu-persatu tangga sekolah. Dia lantas memanggil Rini. Dia yakin melihat wajah masam Rini pasti baru lepas bergaduh dengan seseorang. Seseorang yang sedang dicarinya sekarang.

“Rini!! Nanti dulu aku nak tanya kau sesuatu ini," panggil Zafril.

Shahrini yang mendengar namanya dipanggil terus berpaling ke arah suara itu. Dia melihat jejaka idamannya sedang menuju kearahnya. Muka yang masam tadi digantikan dengan senyuman mengoda .Macam lah kalau kau senyum mengoda itu boleh goda si Zafril itu. Zafril yang melihat senyuman mengoda dari Shahrini meluat melihatnya. Kalau diberi pilihan tak hingin dia nak bercakap dengan perempuan gedik ni. Dia cuma terpaksa untuk bercakap dengan Rini kerana mahu bertanya dimana keberadaan Fika.

“Rini..saya…"

Belum sempat ayat yang mahu dilengkapkan.Shahrini terus memotong

“Rini tahu sebab apa Zaf panggil Rini,sebab Zaf nak belanja Rini kan?”

 “Zaf tak payah malu-malu nak cakap perkara itu, Rini dah tahu yang Zaf ada hati dengan Rini kan?” sambung Shahrini. Zafril yang mendengar terasa loya .Hisshh…Simpang malaikat 44 belum tentu aku pilih dia andai dia wanita terakhir yang berada di bumi ini.

“Eeehh…tak bukan itu yang Zaf nak cakap dengan Rini,” ujar Zafril yang memotong percakapan Rini. Kalau dibiar mahu perasan minah ini. Ada hati dengan Zafril konon.

“Zaf nak tanya,Rini ada tak nampak Fika sebab dari tadi Zaf cari dia tak jumpa?"

Shahrini yang meluat mendengar lelaki idamannya bukan mencarinya tapi mencari musuhnya.Shahrini memuncungkan mulutnya. Dia tidak tahu kenapa Zafril tidak memandang dirinya.Dia punya segalanya hanya dia yang padan dengan Zafril Zafuan bukan Fika. Perasan cantik lah itu,cantik pun tak guna kalau tak ada budi bahasa.

“Aku tak nampak!” rengusnya.

“Kau pergi lah cari sendiri,” Shahrini tiba-tiba melenting pada Zafril.

Dengan muka selamba Shahrini terus melangkah meninggalkan Zafril.Tidak jauh Shahrini melangkah,dia berpaling.Zafril yang masih berdiri di situ hanya memandang ke arah Shahrini.
  
“Mudah-mudah kau berjaya jumpa ‘awek kesayangan’ kau Zaf. Itu pun kalau kau berjaya jumpa dia lah,” Shahrini berkata sinis pada Zafril.

“Datang bulan sabit ke perempuan ini?” Tiba-tiba melenting tak tentu pasal tadi elok je tergedik-gedik depan aku,tapi bila nama Fika timbul terus berubah jadi hulk.

Zafril yang melihat kelibat Shahrini hingga hilang dari pandangan.Zafril mengerut dahinya.

Tadi bukan main lembut gedik semacam tapi bila nama Fika meniti di bibirnya terus berubah lembut ke kasar.Zafril hanya menggeleng kepalanya.Dia terus  melangkah menuju ke kantin sekolah dia pasti Fika berada disitu sedang menunggunya.

Zafril tersenyum sebaik terlihat kelibat Fika Farisya yang sedang duduk di kantin sekolah mereka.Dia mencepatkan langkahnya untuk cepat sampai ke kantin.Fika masih tidak perasaan akan kehadirannya disitu.Zafril terus melabuhkan punggungnya di sebelah Fika.

“Fika..” Zafril bersuara perlahan dan lembut tapi tetap tidak ada sahutan dari Fika. Dia melihat Fika seperti memikirkan sesuatu sampai kehadirannya tidak di sedari oleh gadis itu.

“Woiii perempuan! Kau kenapa? Aku cari kau lepas exam tadi. Kenapa kau tak tunggu aku?”

“Jumpa-jumpa kau dah ada duduk kat sini sambil termenung,aku yang dah duduk kat sebelah kau langsung kau tak perasan,bila aku panggil kau langsung tak menyahut.”Zafril bersuara.Nadanya tidak puas hatinya pada Fika Farisya.

 “Tadi masa aku cari kau,aku jumpa Rini tadi. Kalau kau tengok muka dia masam gila masa itu, lepas aku tegur terus tergedik-gedik. Belum sempat aku keluarkan soalan dia terus  perasan .Ada hati nak suruh aku belanja dia.”

“Eeee…geli aku nak keluar dengan perempuan macam dia."Zafril bercerita bagi menceriakan Fika.

Fika Farisya diam. Dia langsung tiada hati mahu menjawab pertanyaan dari Zafril Zafuan dikala ini. Dia merasa tidak sedap hati sejak malam semalam lagi.Ingatan pada ibunya begitu mengasak mindanya dikala ini.Satu keluhan perlahan dilepaskan.Matanya di pejamkan  untuk mencari ketenangan, namun fikiran dan hatinya tidak tenang.

Zafril yang duduk di sebelahnya dapat menangkap kegelisahan Fika Farisya.Dia tahu pasti sahabatnya risau akan ibunya di rumah. Bahu Fika di cuit perlahan.

"Fika kau kenapa? Dari kita datang sampailah dah habis paper exam aku tengok kau gelisah aje. Kau tak happy ke yang kita dah habis jawab semua kertas peperiksaan SPM?" Soal Zafril yang terus merenung wajah dan menanti jawapan dari Fika.

Fika Farisya mengetatkan ikatan dirambutnya,dia mengeluh.Dahinya berkerut seribu. Matanya dihala ke arah gate sekolah. Bibirnya diketap.

“Aku asyik teringatkan ibu aku Zaf” Fika Farisya memulakan bicaranya.

“Pagi tadi lepas aku dah siapkan sarapan didapur,aku pergi panggil ibu di dalam biliknya. Aku nampak ibu aku menangis lagi dan termenung.”

"Aku risau lah Zaf,"

“Aku tak sempat nak tanya ibu kenapa dia masih menangis,sebab aku dah lambat ke sekolah tapi hati aku kuat menyatakan yang ibu aku rindu dekat ayah dan kakak kembar aku Zaf."

 "Lagi satu masa aku minta tolong ibu buatkan lauk ikan keli sambal ijo kegemaran aku.Aku rasa senyuman ibu dan pelukan ibu macam senyuman dan pelukan terakhir darinya,"ujar  Fika Farisya meluahkan apa yang dirasanya.Dia terus memandang Zafril Zafuan yang berada dihadapannya.

“Zaf, aku nak balik” jelas getaran pada nada suara Fika Farisya.

"Aku rasa macam ibu panggil aku aje.”

“Aku nak balik sekarang jugak Zaf,’’ Fika Farisya terus bangun dari kerusi yang didudukinya. Belum sempat Fika Farisya bangun dari kerusinya Zafril Zafuan menarik
tangan Fika hingga Fika terduduk semula di kerusi.

“Ehhh kau jangan nak cari kerja, kau tak nampak ke? Langit kat atas itu dah gelap. Aku rasa nak hujan. Ayah aku kan dah pesan dekat kita, dia minta kita tunggu dia sampai dia datang.”

 “Kau tak payah risaulah.  Aku yakin  ibu kau tak ada apa-apanya lagipun sekarang aku yakin ibu aku ada temankan ibu kau kat rumah.”

“Mungkin ayah aku dalam perjalanan nak ke sini,mungkin sebentar lagi ayah aku sampai,sabar lagi pun kita memang nak balik."

Zafril memujuk sahabatnya supaya tidak risau akan ibunya.Fika Farisya sudah mula tersenyum.Dia mengangguk tanda setuju dengan pendapat Zafril.Sejak bila pulak Si Zafril ini pandai memujuknya.

“Habis apa rancangan kau lepas ini?"

“Aku rasa aku nak cari ayah dan kakak kembar aku lah Zaf?"

“Apa kau ada kembar?Kenapa aku tak tahu?”Zafril mengerut dahinya selama dia berkawan dengan Fika tidak pernah dia ketahui yang sahabatnya adalah anak kembar.
 
“Macam mana kau nak tahu, kau tak pernah tanya pun?”usik Fika.

Zafril memucungkan mulutnya.

“Kau tahu ke kat mana ayah dan kakak kembar kau tinggal sekarang?"

“Entah aku tak tahu mereka ada di mana, tapi aku yakin yang mereka masih
tinggal di rumah lama kami.”

“Aku nak ibu aku jumpa mereka, itu permintaan ibu aku sebelum dia menutup mata.Aku nak satukan keluarga aku balik Zaf,”suara Fika mula bernada sayu.

“Kalau macam itu biar aku teman kau pergi cari mereka, boleh lah aku jumpa kakak kembar kau nanti mana lah tahu ada jodoh dapatlah aku jadi abang ipar kau nanti.”

 “Lepas ini kau kena panggil aku abang," ujar Zafril yang cuba menceriakan lagi suasana.

 “Uuuiikkss…tak ingin aku nak ber..abang..abang dengan kau.Tapi kalau kau jadi abang ipar aku pun best jugak,boleh aku suruh kau jaga kakak aku itu.”

 “Ini yang buat aku sayang kat kau ini.Nasib baik kau ada kembar kalau tak kempunan aku nak cari yang sama perangai dengan kau,tapi aku yakin yang kakak kau itu orangnya mesti lemah lembut kan tak macam kau kasar,” seloroh Zafril.

Fika mencebikkan bibirnya. Dan tersenyum melihat sahabatnya mula beranggan akan kakak kembarnya.

"Tapi sebelum itu aku nak tanya kau apa kau dah buat kat Rini sampai muka dia monyok semacam,bila aku sebut nama kau je terus dia melenting marah aku.”

"Mudah-mudahan kau berjaya jumpa 'awek kesayangan' kau Zaf,"Zafril mengajuk semula perkataan yang Shahrini sebut padaanya tadi.

Fika hanya tersenyum mendengar pertanyaan dari Zafril tentang Shahrini. Dia tahu pasti ketika ini Shahrini terperanjat dengan perubahannya. Biar dia rasa,selama ini dia banyak mengalah dan bersabar. Kali ini dia tidak akan teragak-agak untuk mengajar orang seperti Shahrini dan kawan-kawannya.

“Hhmm…aku baru ‘brainwash'dia kat tandas tadi.”

“Siapa suruh dia kacau aku lagi. Sabar aku dah habis untuk dia orang so, apa lagi kena la Shahrini and the geng tadi.”

Zafril yang mengerti maksud Fika. Terus tergelak dan mengangkat ibu jari tanda bagus. Tidak di sangka akhirnya kesabaran Fika menipis juga. 

'Rini padan muka kau kan dah kena dengan tebuan yang berbisa,itu lah siapa suruh kau jolok," Zafril berkata kepada Fika sambil ketawa. Fika yang mendengar turut ketawa. 

"Dah..dah..jom..”ajak Fika.

Zafril yang tidak dapat menangkap maksud Fika terus mengerut dahinya.Tanda dia tidak faham dengan ajakan Fika.Fika yang nampak muka blurr sahabatnya terus menepuk bahu  Zafril.

“Adoiii….kau ini Fika cuba lah berlembut dengan aku sikit,ini tak asyik nak berkasar je
 kalau dengan orang lain boleh pulak kau berlembut errkk,”protes Zafril.

“Alaa..aku tepuk sikit je dah mengaduh sakit, kalau macam ini macam mana kau nak
 lindungi kakak kembar aku nanti.”Fika yang mengjoketkan keningnya.

“Dah..jom lah perut aku dah lapar ini dari tadi duduk tunggu kau kat sini,” ajak Fika.

“Kau memang asyik makan je kerja kau tapi badan tak naik-naik pun," perli Zafril pada Fika.

“Ada aku kisah”jawab Fika Farisya.

Serentak, mereka bangun dan menuju ke dalam kantin sekolah untuk membeli makanan. Dari jauh ada sepaasang mata yang melihat kemesraan di antara Zafril dan Fika. Dia melihat pasangan itu bagai susah dipisahkan sudah pelbagai cara dilakukan untuk memisahkan mereka berdua tapi semua usahanya menemui jalan buntu.Hatinya terbakar melihat gelak ceria Fika disamping Zafril. Dia benci Fika Farisya.


****************


Dalam mereka berborak Fika terpandang kelibat Haji Hassan.Keceriaan di wajah Fika hanya seketika.Dia melihat riak risau di wajah Haji Hassan.Haji Hassan menghampiri Fika dan anaknya.Haji Hassan memberi senyuman pada Fika,tapi senyuman dari Haji Hassan nampak tiada seri.Fika hanya membalas senyuman Haji Hassan,tapi senyuman darinya hambar.Di kala ini hatinya tidak tenang.

Haji Hassan memberi isyarat pada Zafril agar anaknya bangun untuk  memberi dia duduk disebelah Fika.Sebaik Haji Hassan melabuhkan punggungnya di kerusi.Dia memberi nasihat supaya Fika beristifar dan sabar dengan apa yang akan dikatakan sebentar lagi.Jelas tergambar keresahan di wajah Haji Hassan.Dia lihat Haji Hassan menarik nafas perlahan.

“Fika...Pak Hassan nak beritahu sesuatu.Pak Hassan harap Fika bersabar.Pak Hassan tahu Fika seorang anak yang kuat,tabah..”

Haji Hassan teragak-agak untuk memberitahu berita tentang apa yang terjadi di rumah tadi.Berita dari isterinya yang menyatakan bahawa Lissa sudah meninggal ketika dia muncul di hadapan pintu dapur rumah Fika.Berat mulutnya untuk memberitahu Fika bahawa ibunya Rahmah Khalissa sudah tiada di dunia ini.

Fika Farisya masih merenung wajah Haji Hassan.Tiada sebarang pertanyaan yang keluar dari mulutnya.Degupan jantungnya semakin deras di rasakannya.Perlahan-lahan Haji Hassan bersuara.

“Fika...tadi masa Pak Hassan sampai di rumah.Pak Hassan terdengar jeritan dan tangisan di rumah kamu,bila sampai di depan pintu dapur rumah kamu Mak Tija beritahu pada Pak Hassan yang ibu Fika dah tak ada.Ibu Fika dah meninggal,”jelas Haji Hassan.

Mulut Fika sedikit terlopong,lama dia memandang Haji Hassan untuk memastikan kesahihan cerita yang disampaikan oleh Haji Hassan padanya.Akhirnya,perlahan-lahan kepalanya digeleng-gelengkan.

“Tak Pak Hassan tipu…..Pak Hassan tipukan....”Fika Farisya terus menggeleng-geleng kepalanya.Suaranya mula bergetar.


Bersambung.....


Salam semua ini je yang sempat FR buat untuk kalian.Semoga terhibur ketika membaca cite si kembar :D. Terima kasih sudi menyokong FR dan mengikuti setiap cerita yang di tulis oleh FR. Setiap komen dari pembaca sanagt FR hargai untuk meningkatkan lagi mutu tulisan FR.Selamat membaca..... <3 <3

KU AKUI PART 3









Adi Irwansyah cuba memejamkan matanya. Sudah 2 bulan dia berhenti kerja. Setiap malam dia pasti tidak dapat melelapkaan matanya. Sampai sekarang dia tidak boleh melupakan seraut wajah yang sering hadir mengasak ingatannnya terhadap Nadia. Banyak yang bermain di fikirannya saat ini. Dia tidak menyangka luahan hatinya terhadap gadis kesayangannya 2 bulan lepas di tolak mentah-mentah. Betul kata sahabatnya Rizal yang Tengku Nadia sangat membenci lelaki. Bukan sahaja luahannya di tolak tapi kata-kata hinaan yang keluar dari mulut gadis kesayangan cukup membunuh hati dan perasaannya. Kejadian 2 bulan terlayar di ingatannya.

Pintu terkuak dari luar, Rizal melangkah masuk kedalam bilik sahabatnya. Adi yang melihat Rizal yang melangkah masuk tersenyum.

“Kau kenapa senyum-senyum tak tentu pasal ini?”

“Kau ingat aku masuk ini nak tengok kau senyum semacam ke?’’

“Kau kenapa Adi dah buang tabiat,”  Rizal mengerut wajahnya.

“Aku nak pergi berjuang dalam percintaan ni.” jawab Adi dengan tenang.

Rizal yang mendengar luahan Adi hanya mampu mengeluh. Dia menarik nafasnya.

“Kau yakin yang kau nak luahkan perasaan kau pada dia?” jelas tergambar riak risau di wajah sahabatnya.

“Aku yakin!”

“Aku tak boleh menahan rasa aku yang setiap hari bercambah.Setiap masa hati aku meronta-ronta untuk meluahkan cinta aku padanya. Aku nak dia tahu yang aku mencintai dia Zal.”

“Kalau kau yakin aku tetap akan sokong kau kawan,” Rizal tersenyum.

Good luck... Aku doakan kau Adi,” potong Rizal.

Dalam mereka berborak tentang rancangan Adi untuk meluahkan isi hatinya, Butang intercom diatas meja kerja Adi berkelip.

Adi terus menekan butang intercom.

“Yea Ika, Ada apa?” tanya Adi dengan suara yang ceria.

“Encik Adi,Tengku Nadia minta encik jumpa di biliknya sekarang.” 

“Baiklah...”

Selepas Adi menjawab intercom dari Ika dia terus bangun dan menghampiri Rizal.

“Zal, aku nak pergi jumpa Nadia. Kau doakan aku tau.”

“Aku sentiasa doakan kau dan semoga kau berjaya mendapat cinta yang kau dambakan selama ini.”

Nadia yang sedang khusuk membuat kerjanya terganggu dengan bunyi butang intercom yang sudah berkelip.Lalu dia menekan butang merah dan menjawab.

“Ada apa Hana?”

“ Nad, Adi ada di luar dia nak jumpa kau. Boleh ke dia masuk sekarang?”

“Okey biar dia masuk,terima kasih Hana.”

Pintu bilik Nadia di ketuk dari luar. Nadia yang mendengar ketukan itu membenarkan Adi untuk masuk ke biliknya. Matanya terarah ke arah pintu. Dia mendengar suara Hana meminta izin dari luar.

Excuse me Nad, boleh kami masuk?

“Masuk!!”

Pintu biliknya terkuak dari luar, Seraut wajah Adi Irwansyah melangkah masuk dengan tenang. Malah sempat mengucapkan terima kasih pada Hana yang masih berdiri tegak membukakan pintu untuk Adi.

Ketika Adi masuk ke dalam bilik Nadia. Dia melihat gadis kesayangannya sedang bercakap dengan seseorang di talian. Dia nampak isyarat tangan dari Nadia yang menyuruhnya duduk.Adi melabuhkan punggungnya ke kerusi lalu dia melihat wajah yang tak pernah di lupakan sejak di mengenal Nadia.

“Kenapa perkara macam ini boleh terjadi?”

“Baik sebentar lagi saya akan turun site untuk tengok tapak itu”

“Terima kasih, Kalau ada apa-apa masalah terus bagi tahu saya atau Encik Adi,” potong Nadia memberitahu orang yang berada di talian.

“Ada apa Cik Nad nak jumpa saya?” Adi menyoal Nadia sebaik sahaja  talian di matikan oleh Nadia.

“Tapak bangunan perumahan yang sedang kita bangun mempunyai masalah. Dinding bangunan itu mula retak,” terang Nadia serius. Hal ini boleh menjejaskan nama syarikatnya.

“Boleh kita pergi sekarang ke site?”

Adi yang mendengar hanya mengangguk tanda mengiakan dia akan mengikut Nadia ke tapak projek yang mempunyai masalah di dengkil.


***********


Sesampai mereka di tapak projek mereka terus berjumpa Encik Ashraf selaku penyelia di tapak projek.

“Mana dinding yang retak?” Soal Tengku Nadia.

Adi dan Nadia memandang bahagian yang ditunjukkan oleh Encik Ashraf.

“Encik Zakuan tahu  perkara yang berlaku ini?” soal Adi pada Ashraf. Kelihatan Ashraf mengeleng. Dia mengeluh.

“Takpe saya sendiri akan berjumpa Zakuan esok nak tanya sendiri. Dia sebagai Project Manager harus tahu tentang pekara ini.” Tegas Nadia. Dia perlu face to face dengan Zakuan. Kenapa hal ini boleh timbul?. Sedangkan bahan yang syarikat dia guna adalah dari bahan yang berkualiti tinggi.

“Okey Encik Ashraf , kami balik dulu. Kalau ada apa-apa masalah lagi terus beritahu Encik Zakuan.” Nadia meminta diri untuk beredar dari tapak projek.

Adi bersalaman dengan Ashraf selaku penyelia tapak projek. Dia dan Nadia terus menuju pantas ke arah kereta. Adi berpaling sekilas kearah Nadia yang sedang memakai seat belt. Ada pekara yang pelu dia sampaikan. Perkara terbesar dalam hidupnya. Dia tidak akan menunda lagi. Semakin ditunda semakin berat beban hatinya.

“Nad apa kata kita pergi lunch dulu sebelum masuk office. Lagipun kalau balik ke office kita akan sampai masa lunch time jugak.”

Nadia mengerutkan dahi sebelum mengangguk tanda setuju dengan cadangan Adi.

“Nak lunch dekat mana?”soal Nadia.

“Saya ikut Nadia nak lunch dekat mana,” ajak Adi

“Hhhmm..kita lunch dekat starbuck je lah. Saya tak lalu nak makan lah Adi.” Lembut tutur Nadia. Kepenatan.

“Okey. Segalanya untukmu” perlahan suara Adi menjawab. Antara dengar atau tidak.

“Awak cakap apa tadi Adi,saya kurang dengar tadi”. Berkerut dahi Nadia. Tadi dia rasa Adi ada cakap sesuatu.

“Ehh..saya tak ada cakap apa-apa pun kat Nad,” dalih Adi.

“Saya cakap okey kita pergi ke sana”Adi memotong percakapan Nadia. Sambil tersenyum Adi menarik nafas lega kerana Nadia tidak mendengar apa yang keluar dari mulutnya sebentar tadi.

“Okey jomlah” Ujar Nadia.

Adi tersenyum puas mendengar jawapan dari Nadia.

Adi menghidupkan keretanya, Kereta mula bergerak dan meluncur laju membelah jalan raya menuju ke starbuck Alamanda di Putrajaya. Waktu di dalam kereta diam-diam Nadia menoleh ke arah Adi yang sedang memandu di sisinya. Adi tak la hensem tapi boleh la buat dia berpaling berkali-kali. Kalau dah berkali-kali tu mesti hensemkan.

Dia terkedu melihat secara kebetulan Adi pun menoleh ke arahnya. Apa yang pasti sejak mereka di site, Nad merasa yang Adi merenungnya. Yang pasti renungan dari Adi kali ini agak berlainan. Cukup membuat hatinya bagai berlari.

‘Alamak aku terpandaang dia lah pulak tengok aku jugak.Eee....malu aku.’ Nad berkata perlahan akibat malu mencuri pandang ke arah Adi.

“Nad cakap apa tadi?” soal Adi.

Errrrr…tak ada apa-apa pun,” Nad tersenyum dan matanya cepat di alihkan ke luar. Buat malu aku je. 

Adi hanya tersenyum melihat Nad ,bukan dia tak dengar apa yang gadis itu katakan tadi. Adi menoleh sekilas pandang ke arah Nadia. Pipi gadis kesayangannya merah. Mesti malu dengan situasi tadi di mana mata mereka bertentangan.

“Alahai cantiknya Nad,dengan pipinya yg merah akibat menahan malu,”hati Adi bermonolog.

Hampir sejam mereka berdiam diri tanpa tiada seorang pun yang bersuara. Akhirnya mereka sampai di Alamanda Putrajaya, Precint 1. Adi Irwansyah memberhentikan keretanya di dalam parking lot yang di sediakan. Mereka berjalan beriringan bersama masuk ke dalam Starbuck. Mereka memilih tempat duduk di dalam cafe berkenaan. Seorang pelayan tiba di meja mereka.

Good afternoon Sir. Can I take your order please?” 

Okey wait, " Adi berpaling ke arah Nadia.

 “Nad nak minum apa?” soal Adi dengan senyuman.

“Hhhmm…bagi saya banana nut loaf dan cool lime.”

“Sir?” soal pelayan tersebut. Menanti pesanan dari Adi.

“Give us one coffee latte, one cool lime and one banana nut loaf. That’s all” Adi memberitahu pesanannya.

“Hari ini biar saya yang belanja Nad,”Adi memulakan bicara sebaik sahaja pelayan tersebut berlalu. 

Nadia tidak tahu bagaimana caranya untuk menjawab dia masih malu dengan kejadian di dalam kereta tadi. Dia menoleh ke arah Adi yang sedang tersenyum memandangnya. Renungan dari mata Adi membuat lidahnya kelu.

“Thanks, sudi belanja saya,” ujar Nadia pada Adi.

“Kasihmu selalu di terima Nad.”

Nadia terdiam dan hanya menundukan wajah selepas Adi berkata begitu. Di dalam hatinya sedang berbunga indah bagaikan taman kupu-kupu tapi cepat-cepat di cantasnya. Dia tidak akan sesekali jatuh cinta lagi. Dia tak mahu rasa sakit yang di alaminya dulu berulang kembali. Dia perlu menepis kata-kata manis dari seorang lelaki.Kepercayaannya pada lelaki kosong. Makanan dan minuman yang di pesan mereka telah tiba di meja makan.

“Err…awak minum dulu. Saya nak ke toilet.”Nadia meminta diri.

Di dalam toilet Nadia merasa debaran di hatinya kian laju. ‘Kenapa ada getar di hatinya ketika dia berada dekat dengan Adi?Adakah dia sudah jatuh cinta lagi ketika ini?’ Nad menyoal dirinya.

“Tidak…tidak aku tidak akan sesekali jatuh cinta lagi. Apa yang aku rasa sekarang bukan perasaan cinta tapi perasaan seorang sahabat tak lebih dari itu," Nadia bermonolog sendiri.

Chaiyok Nad, jangan mudah kalah dengan perasan kau,” kata-kata semangat dilaungkan cuba memberi motivasi kepada diri sendiri ajar tidak bermain dengan perasan dihatinya.

“Maaf..saya lama di toilet,”ujar Nad memohon maaf pada Adi.

“Takpe saya faham,”potong Adi.

Mereka menikmati menu masing-masing dengan tenang. Nadia menyedari seperti ada orang sedang merenungnya,dia mengangkat kepalanya perlahan-lahan. Dia menyedari renungan Adi hanya tertumpu ke arahnya.Irama di jantungnya ketika ini seperti bernyanyi dengan rancak.Jantungnya terasa mengepam laju.Kenapa Adi memandangnya begitu?Nadia serba salah ketika ini. Nak di tanya dia malu tak ditanya hatinya kian berdebar laju.

Adi memulakan langkah. Dia perlu meluahkannya pada hari ini. Nadia harus tahu apa yang di rasaakannya ketika ini.

“Saya nak cakap sesuatu dengan awak,Nad,”ujar Adi.

“Cakaplah.” Potong Nadia. Nadia mengerutkan dahinya. Dia melihat Adi menarik nafas panjang seperti ada sesuatu yang bakal di ucapkan oleh Adi. Terasa gerun pun ada bila melihat muka serius Adi tanpa sebarang senyuman di wajahnya.

Bersambung.....

 P/S:Terima kasih sudi membaca karya FR...segala komen dari kamu semua amat d hargai...selamat membaca kisah Nad dan Adi :D ......

Sunday 29 July 2012

KASIH SI KEMBAR PART 3





Fika beratur di luar dewan peperiksaan, dia menunggu arahan dari guru yang mengawasi pelajar yang menduduki peperiksaan SPM. Sewaktu dia menoleh ke belakang dia nampak Zafril melambai kearahnya dan mulut Zafril ketika tu mengucapkan good luck kepadanya sambil tersenyum, Fika membalas senyuman dari Zafril dan turut mengucapkan good luck kepadanya.
 
“Okey..”Pelajar semua sila masuk ke ruang dewan peperiksaan dengan senyap dan duduk ditempat yang mempunyai nama dan angka giliran anda,” Pengawas peperiksaan memberi arahan kepada pelajar.

 Ketika Fika melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan,bahu Fika dilanggar oleh Shahrini dan menyebabkan Fika tidak dapat mengimbangi tubuhnya lalu jatuh. Shahrini dan kawan-kawan hanya ketawa tanpa ada perasaan bersalah, mereka terus berlalu tanpa meminta maaf.
 
 Zafril yang melihat Fika dilanggar secara sengaja oleh Shahrini bergegas mendapatkan Fika.Zafril menghulurkan tangannya untuk menolong Fika bangun.Fika yang melihat Zafril menghulurkan tangannya terus menyambut tangan sahabatnya.

“Terima kasih Zaf.”

 “Kau okey tak Fika”,Zafril bertanya,ada riak risau tergambar diwajah Zafri.

“Aku okey Zaf,kau tak payah risau la.”

“Mana boleh aku tak risau, ibu kau dah bagi amanah kat aku untuk jaga kau Fika.”

“Biar aku jumpa perempuan tu, dia selalu cari pasal dengan kau.”

 “Eeeh..tak payah sekejap lagi exam nak mula,kau nak pergi serang dia buat apa, bukan pun aku cedera parah pun,aku cuma jatuh je Zaf,"ujar Fika menegah Zafril.
  
“Ini yang aku tak suka dekat kau ini,asal ada orang buat kau mesti kau cakap takpe lah..biarkan lah,sebab kau cakap macam ini lah kau selalu ditindas Shahrini dan kawan-kawan dia.”

 “Dah lah aku nak balik kat tempat aku ” Zafril yang marah terus beredar dari situ.

 Fika hanya melihat kelibat sahabatnya berlalu begitu sahaja. Dia tahu Zafril marah padanya. Fika hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya dia tahu Zafril mengambil berat tentangnya. Fika duduk di kerusi yang disediakan, dia sudah bersedia menghadapi 'perang' yang terbesar dalam hidupnya. SPM!.

Shahrini memandang ke arah Fika dan Zafril, dimatanya kini tergambar kebencian yang mendalam terhadap Fika Farisya.Dia mencebikkan bibirnya melihat kemesraan yang tercipta di antara Fika dan Zafril. Dia cemburu melihat lelaki yang dicintai dalam diam tidak pernah memandangnya kerana kehadiran Fika.

“Nanti kau Fika,kau akan menyesal aku buat,” bisik hati Shahrini yang penuh dendam dan kebencian terhadap Fika Farisya.

Setelah mendapat arahan dari pengawas peperiksaan, akhirnya peperiksaan akhir SPM berjalan mengikut jadual yang disediakan. Semua pelajar yang hadir di dewan peperiksaan menumpukan sepenuh perhatian menjawab soalan yang disediakan.
  
Fika yang mahu mula menjawab kertas peperiksaannya, tiba-tiba teringat akan ibunya yang berada di rumah. Dia tersenyum. Tidak sabar untuk bertemu ibunya dirumah dan terkenangkan yang ibunya memasak lauk kesukaannya. hatinya tidak putus dari berdoa agar Tuhan sentiasa melindungi ibunya. 

'Ibu tunggu Adik balik ibu,adik sayang ibu.'



**************************


 Selepas kertas akhir SPM berakhir,Fika melangkah menuju ke tandas. Dari jauh Shahrini yang memerhatikan kelibat Fika. Melihat Fika yang menuju ke tandas, terlukis sebuah senyuman di wajah Shahrini. Entah apa lagi rancangan dia nak mengenakan Fika. 

 Selepas kertas akhir SPM berakhir,Fika melangkah menuju ke tandas. Dari jauh Shahrini yang memerhatikan kelibat Fika. Melihat Fika yang menuju ke tandas, terlukis sebuah senyuman di wajah Shahrini. Entah apa lagi rancangan dia nak mengenakan Fika.

Shahrini ditemani oleh kawan-kawannya melangkah laju mendaki anak-anak tangga menuju ke tingkat dua bangunan sekolah.Mereka melangkah laju ke arah tandas. Sebaik sahaja mata Shahrini terpandang papan tanda ‘tandas’ di luar pintu itu. Dengan kasar terus pintu tandas itu ditolak kasar dari luar.Fika yang berada di dalam tandas tersebut terkejut dan matanya terus terarah ke arah Shahrini dan kawan-kawannya.

 “Apa yang korang buat ini? Mana pergi disiplin korang semua? Suka-suka hati main rempuh pintu.” marah Fika kepada Shahrini dan kawan-kawannya.
  
Sebagai pengawas di sekolah, dia berhak menegur jika ada pelajar yang berbuat salah. Fika melihat Shahrini dan kawan-kawannya melangkah setapak demi setapak menuju kearahnya. Dia terkepung.

"Hei Fika, kenapa kau nak report kat guru disiplin ke? Pergi lah aku tak heran lah” jawab Shahrini dengan berlagaknya.

Fika yang mendengar menggeleng-gelengkan kepalanya mendengar jawapan yang keluar dari mulut Shahrini sambil diiringi gelak oleh kawan-kawan Shahrini.Dia tidak tahu kenapa Shahrini begitu marah padanya dan selalu mencari pasal dengannya. Setiap teguran dan amaran yang diberi kepada Shahrini dan kawan-kawannya selalu di pandang sekilas  sahaja. Tidak pernah satu pun di antara mereka mahu mengambil ikhtibar dari tegurannya tentang perilaku mereka di sekolah.

Shahrini yang semakin dekat terus mendorong Fika ke dinding. Badan Fika terhentak kuat ke dinding akibat tolakan yang dilakukan oleh Rini. Fika hanya menahan sakit dan masih berdiam diri tanpa mempertahankan dirinya. Tangan Shahrini mengepung dirinya, matanya merenung tajam ke arah Fika. Lama mereka bertatapan di antara satu sama lain. Fika yang bosan,menepis tangan Shahrini yang mengepung dirinya dan ingin berlalu dari situ.

Belum sempat dia berlalu salah seorang dari teman Shahrini menghadang laluannya. Dia nampak semua mata merenung tajam ke arahnya. Fika sedikit gugup, namun dia masih tenang. Salah seoarang daripadanya mereka bersuara.

 “Hei,Fika kau tu patut cermin diri kau. Baru jadi pengawas dah berlagak. Berani nak lawan dengan kita orang”

“Kau patut sedar diri kau,sejak kau dan mak kau hadir di kampung ini kedamaian yang selama ini aman dah jadi kucar-kacir kau tahu!"Jerit Tina.

“Kau dan ibu kau cuma pendatang di kampung ini dan menumpang ehsan orang kampung dan keluarga Haji Hassan,ada hati nak berlagak”

“Entah-entah betul cakap orang kampung tentang mak kau,mak kau perempuan curang yang dah di halau dari rumah”

Fika mengerut dahinya.Telinganya mula panas mendengar apa yang di ucap oleh Tina. Kenapa harus nama ibunya disebut. Dia dan ibunya tidak pernah berbuat jahat kepada orang kampung selama mereka menetap di sini. Fika Farisya masih mampu tersenyum kelat. Dia menyabarkan dirinya agar tidak cepat melatah. Wajah Shahrini dan kawan-kawannya dikerling sekilas.

“Dah. ..dah aku tak mahu cari pasal dekat sini,malas aku nak layan korang. Korang tak tahu apa yang terjadi dengan keluarga aku jadi jangan sesekali buat andaian yang belum tentu tepat lagi tentang kami” tegas suara Fika.

“Kalau perangai mak kau baik tak adanya dia dihalau dari rumah.Tu dah terbukti yang mak kau memang perempuan yang tak elok”

“Entah-entah mak kau ini pisau cukur kot” Rini dan kawan-kawannya mula ketawa.

Fika memandang tajam ke arah Shahrini dan kawan-kawanya. Dia dapat merasa kesabarannya kian menipis. Dia yang hanya mendiamkan diri,tiba-tiba bersuara.

 “Apa masalah korang ini?”

“Apa yang korang tak puas hati dengan aku?” Fika yang menyoal Shahrini dan kawan-kawannya. Dia tidak sanggup mendengar ibunya dihina oleh mereka. 

Dia sudah lama bersabar dengan perangai Shahrini dan kawan-kawannya yang sering mencari pasal dengannya sejak dia duduk di kampung ini dan bersekolah di sini. Mereka ingat mereka anak orang kaya mereka boleh berbuat sesuka hati mereka menindas dia dan ibunya. Dia rela dirinya disakiti tapi bukan ibunya.


 “Sejak kau dan ibu kau hadir Zafril tak pernah lagi nak bermain dengan aku.”

“Dia langsung tak pandang aku lagi.”

 “Aku nak kau jauhkan diri kau dari Zafril Zafuan,sebab dia hak aku!”Jerit Shahrini,
Fika yang mendengar hanya tergelak kecil,mendengar pengakuan dari Shahrini.

"Hak?" Kini baru dia tahu kenapa Shahrini selalu mencari pasal dengannya. Shahrini mempunyai perasaan pada Zafril dalam diam.
  
“Uuurrmm..patutlah aku tengok kalau dia bercakap dengan Zafril mesti nak buat gaya mengoda dan terlentik-lentik dia.” bisik hati Fika.
  
Shahrini yang melihat segaris senyuman dari gadis dihadapannya seperti mengejeknya. Shahrini sakit hati melihat senyuman sinis yang tergaris dibibir Fika. Tanpa  disedari oleh Fika, tangannya dihalakan ke arah pipi Fika Farisya.

“Pangg!!!”Fika tersentak!

 
Pipinya berbekas merah,dihujung bibirnya terasa ada sesuatu yang mengalir.Dia memandang Shahrini yang berada dihadapannya dengan tajam. Fika sudah mulai marah dan kesabarannya kini sudah menipis untuk Shahrini dan kawan-kawannya. Sudah lama dia bersabar tapi kini dia tidak akan berdiam diri lagi.
  
Fika yang masih berdiri dihadapan Shahrini terus mengambil tangan Shahrini,lantas dipulasnya ke belakang. Shahrini yang tidak menjangka Fika akan memulas tangannya.Dia merengek kesakitan minta di lepaskan tangannya.
  
“Kau boleh marah aku atau hina aku tapi aku tak rela kau hina ibu aku dan naik tangan kau kat muka aku.”
  
“Kau tak di beri hak untuk lempang aku, kau faham.”
  
Mereka yang melihat Shahrini dipulas tangannya. Hanya memandang ke arah Shahrini. Tidak seorang pun yang berani mendekati Fika untuk menolong Shahrini. Mereka tahu Fika bukan sahaja pengawas sekolah, dia juga antara pelajar yang menang johan untuk pertandingan silat yang dianjurkan pihak sekolah mereka tahun lalu.
  
“Apa yang korang tak puas hati sangat dengan aku haaa!!" Jerit Fika kini dia tidak lagi boleh bersabar.
  
“Kau Rini,kalau kau dah kemaruk sangat nak si Zafril tu kau pikat la dia sampai dia jatuh cinta dengan kau,tapi aku yakin yang si Zafril tak minat langsung dengan perempuan macam kau ini,sebab semua lelaki kau layan.”
  
“Aku rasa kau yang patut cermin diri kau dulu Rini! Layak ke kau ini dengan dia?"
  
“Sedar lah diri kau itu ‘hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong," ujar Fika dengan nada sinis.
 
“Aku tak ada masa untuk hal remeh-temeh yang korang cipta ini. Jangan ingat aku mengalah selama ini aku lemah. Aku cuma malas nak layan korang semua,” ujar Fika dengan merenung tajam ke arah kawan-kawan Shahrini.

 
"Ini amaran terakhir dari aku. Aku tak nak nampak korang kacau aku lagi. Kalau tak lunyai aku kerjakan korang dengan ilmu yang aku tuntut ini,Faham!" Jerit Fika kepada Shahrini dan kawan-kawannya. Dia melihat Rini dan kawan-kawannya laju mengganguk-anguk kepala mengiakan ugutannya.
 
“Bagusss,”sambil Fika melepaskan tangan Rini yang dipulasnya tadi.
  
Tanpa bertangguh Fika terus meninggalkan tandas dengan hati yang puas. Ya,kini dia merasa puas kerana dapat menghamburkan segala geram dan sakit hati yang selama ini hanya dipendamnya sekian lama.
  
Gengaman tangan tangannya dilepas. Kelihatan ada bekas merah yang melingkari pergelangan tangannya. Hatinya bertambah sakit dengan apa yang terjadi sebentar tadi. Dia bertekad suatu hari nanti dia akan membalas semua perbuatan Fika. Dia memandang kawan-kawannya dengan tajam, waktu dia didalam kesusahan tak ada seorang pun di antara kawannya menghulurkan bantuan ketika dia di dalam kesusahan.
  
“Kenapa korang tengok je masa si Fika tu pulas tangan aku?”
  
“Kenapa korang tak bantu aku?"Rini menyoal kawan-kawannya. Mereka hanya menunduk dan membisu melihat kemarahan Shahrini.
  
“Aaa…ku bukan tak nak tolong kau Rini tapi aku takut, tak pasal-pasal dia keluarkan ilmu silat dia macam mana?.Dia kan johan untuk pertandingan silat, nanti tak pasal-pasal muka aku yang cantik ini lebam di buatnya.” Tina mula bersuara membela dirinya.
  
Shahrini yang mendengar penjelasan salah seorang dari kawannya mencebikan bibirnya.Dia terus melagkah keluar tanpa mempedulikan kawan-kawannya yang masih menudukakn muka ke lantai.Kawan-kawannya terkedu melihat Rini keluar begitu sahaja tanpa mengajak mereka.
 
 
“Arrgghhh….korang semua pengecut!!”

"Tak guna punya kawan!!"

 Bersambung.........


***************


P/S:salam semua terima kasih sudi menunggu karya FR.. khas untuk korang.Maaf jika di dalam kalian membacanya ada terdapat kesalahan harap maaf.Saya hanya seorang penulis yg baru belajar menulis.Komen dari pembaca di blog ini sangat saya hargai. :D