Followers

Friday 28 September 2012

AKU YANG BERDOSA BAB 1






Di dalam sebuah kelab, kedengaran muzik yang kuat membuat manusia di  dalamnya bagaikan orang gila yang terangguk-angguk mengikut alunan. Pengujung tidak putus-putus masuk ke kelab yang sememangnya amat terkenal di ibu kota.

Kelihatan gadis dan lelaki leka berpeleseran menari sambil meneguk minuman keras. Warga kota menghilangkan tekanan pada malam minggu, hari-hari biasa, dengan menari, menjerit dan berhibur sehingga subuh menjelang.

Mawarnis duduk di satu sudut sambil kepalanya digoyangkan menghayati rentak yang di mainkan oleh DJ kelab itu. Dia senang berkunjung ke kelab dan terasa bebas berada di situ. Pasti semua masalah yang dihadapinya bagaikan berterbangan hilang entah ke mana.

“Hai..sayang!”

Sentuhan lembut yang dirasai dari arah belakang membuatkan dia segera menoleh.
Bibir Mawarnis mengukir senyuman manis sebaik saja terpandang jejaka yang sering menemaninya hampir setiap malam di kelab itu.

“Kenapa you lambat dear?”, tanya Mawarnis sambil tangannya mencapai minuman keras. Dia meneguknya dengan rakus.

“Sorry dear, I lambat. Maklumlah I kena tunggu Mummy I masuk tidur dulu baru I boleh jumpa you sayang.”, Balas Randy lalu melabuhkan punggungnya di sisi gadis yang dikenali setahun lalu. Tangan Randy memaut mesra bahu Mawarnis. Randy mengambil kotak rokok lalu disuakan sebatang rokok kepada Mawarnis. Tangannya masih setia memaut tubuh  Mawarnis sambil dia turut menggoyangkan kepala mengikut retak muzik yang sedang rancak.

“Mana Sally?”, tanya Mawarnis yang separuh menjerit di cuping telinga Randy untuk melawan bunyi muzik yang kuat di kelab itu. Mawarnis nampak Randy menjungkitkan bahu tanda tidak tahu.

“Apa kata sayang call dia.”, ungkap Randy di cuping telinga Mawarnis.

“Tadi I dah call dia”, kata Mawarnis. Dia kata on the way ke sini. Sepatutnya dia dah sampai. Biasanya di antara kami berempat, dia yang sampai dulu”, sambung gadis manis itu lagi.

“Sayang tak payahlah risau pasal mereka. Apa kata kita menari, hilangkan tekanan”, bisik Randy sambil tangannya meliar mengusap pipi Mawarnis. Randy terus menarik lembut tangan Mawarnis ke pentas dipenuhi orang yang sedang khayal menari tanpa memikirkan keadaan sekeliling. Mereka dengan dunia mereka.

Hampir setengah jam Mawarnis dan Randy menari mengikut rentak yang dimainkan. Kini Mawarnis terasa kakinya lenguh kerana terlalu banyak melompat dan menari. Dia rasa letih dan mood dia bagai hilang untuk meneruskan lagi tariannya. Mawarnis memeluk leher Randy dan berkata dengan manja.

“Dear, I penatlah. You menarilah sorang-sorang ye? Nanti I join balik”, Mawarnis cuba merungkai pelukan Randy di pinggangnya.

“Oh, come on sayang! Kita baru nak enjoy. Malam masih muda sayang”, pujuk Randy. 

Tangannya masih memeluk erat pinggang Mawarnis biarpun gadis itu meronta-ronta minta untuk dilepaskan. Tiba-tiba perasaannya tidak sabar untuk memiliki Mawarnis menguasai diri.

“Please dear, I penat sangat ni ”, rayu Mawarnis minta dilepaskan.

“Okey..but you hutang I tau”, dengan rasa terpaksa Randy melepaskan tangannya dari pinggang Mawarnis. Dia yakin tidak lama lagi gadis itu bakal jatuh ke dalam pelukannya. Tidak lari gunung yang di kejar.

Mawarnis melangkah ke tempat mereka biasa duduk. Di situ dia melihat Sally yang sedang duduk , terangguk-angguk mengikut rentak muzik sambil bercakap di talian. Dia pasti Sally sedang bercakap dengan  Lufie. Sampai saja di sana, dia terus melabuhkan punggung duduk di sisi kawannya.

“Wei! Apasal kau lambat pulak hari ini?”, tanya Mawarnis sebaik sahaja melabuhkan punggung disebelah kawannya itu.

“Sorry lar Mawar... Kau macam tak faham pulak keadaan aku macam mana . Lainlah kau Mawar. Kau bebas nak keluar ke mana-mana. Tak ada siapa yang akan soal siasat kau.”, ujar Sally.

“Daddy kau sporting. Tak macam ibu dan ayah aku , 24 jam asyik membebel kat telinga aku ni!” , protes Sally meluahkan ketidakpuasan hatinya.

“Wei Sally! Siapa kata tak ada orang membebel dekat aku?”, tanya Marwanis.

“Daddy aku kalau tahu aku keluar malam, mesti dia akan membebel kat telinga aku ni” , ungkap Marwanis pada temannya itu.

“Okay, kita tutup pasal cerita ni! Jangan cerita tentang perkara ni lagi. Kita datang ke sini nak enjoy, bukannya nak buat perbahasan tentang family kita.”, kata Mawarnis.

“Hilang mood aku , kalau asyik bercerita pasal parents kita”, protes Mawarnis pada Sally. Mawarnis melihat Sally mengangkat tangan tanda mengikut saranannya.

“Mawar! Cuba kau tengok apa yang Randy buat dekat awek tu?” , Sally bersuara sambil mata mereka menghala ke arah Randy yang rancak menari dengan seorang gadis. Sally memandang Mawarnis dan cuba mengesan riak cemburu di wajah sahabatnya tetapi hampa. Bukan riak cemburu yang terukir di wajah Mawrnis tetapi sebuah senyuman sinis terukir di bibir gadis itu.

“Wei Mawar, apasal kau senyum? Kau tak marah ke tengok Randy tengah peluk mesra awek tu?” , tanya Sally. Matanya  masih memandang perlakuan Randy yang asyik merangkul pinggang gadis itu. Tangan jejaka itu meliar di setiap lekuk tubuh gadis itu.

 Randy langsung tidak menghiraukan perasaan sahabatnya yang turut melihat perlakuan mereka.

“Kau tak cemburu ke Mawar, tengok Randy buat kau macam tu?” , tanya Sally kehairanan. Sally pelik melihat Mawarnis sedikit pun tidak cemburu melihat Randy yang sedang menari sambil memeluk pinggang gadis itu. 

Mawarnis tersenyum lebar lagi. Kepalanya menoleh pada Randy bersama gadis yang sedang khayal dengan muzik yang dimainkan. Dia sudah arif benar dengan  perangai  Randy yang memang suka mengambil kesempatan ke atas gadis berdahi licin. Semua dia nak sapu. Dia cukup faham dengan perangai Randy yang satu itu. Baginya itu hak masing-masing. Dia tidak akan sesekali marah atau cemburu.

“Cemburu? Sorry to say Sally. Itu bukan aku”, balas Mawarnis selamba sambil mengambil gelas yang mengandungi minuman keras di meja yang sedang mereka duduk. Diteguknya minuman itu dengan rakus. 

“Sikit pun aku tak cemburu”, sambung Mawarnis lagi.

“Ikut suka kau la Mawar. Tapi kalau  boyfriend aku, memang dia menempah maut lar jawabnya! Memang dia sengaja nak merasa parang aku, kalau perangai dia macam Randy kau tu!”, jari telunjuk Sally mengarah ke arah Randy.

“Cool beb, janganlah marah . Jom kita minum dulu.” , Mawarnis melagakan gelasnya dengan gelas Sally. 

“Beb, lepas ini kita balik terus ke? Tak ada plan ke malam ini?”, tanya Sally.

Mawarnis menggelengkan kepalanya. Jika dia balik pasti dia akan sunyi di rumah besar itu. Hanya dia, Pak Mamat dan Mak Mimah saja yang ada di rumah. Dia bosan untuk pulang ke rumah. Daddy asyik sibuk dengan perniagaannya sejak mummy meninggal dunia.

*******

Dato Khalil menghempaskan briefcase ke sofa. Rasa marah kini membara di dalam hatinya. Dia ingin segera bersemuka dengan anaknya.  Anak tunggal yang ditatang bagai minyak yang penuh. Segala kemahuan anaknya itu dituruti sahaja. Tidak pernah dia melarang kehendak anaknya itu. Puas dia mencari Mawarnis di ruang tamu namun tidak kelihatan.

“Tentu dia keluar dengan kawan-kawan yang tak senonoh tu.”, Dato Khalil berkata. Geram dengan sikap anak perempuannya yang seorang itu.

Sudah hampir setahun anaknya menamatkan pengajian di luar Negara, namun tidak pernah terfikir untuk membantunya di syarikat. Puas dia memujuk dan memaksa anak tunggalnya itu bekerja di syarikat miliknya tetapi pelbagai alasan yang diberikan oleh  Mawarnis untuk mengelak.

 “Mimah, mana Mawar?” , Dato Khalil menyoal pembantu rumahnya yang sedang menghidangkan air untuknya. Jelas sekali wajah dan suara Dato Khalil sedang menahan marah.
 
“Saya tidak pasti Dato. Petang tadi dia ada, tapi tadi kawan-kawannya yang menjemput dia. Sampai sekarang dia belum balik lagi Dato”, ujar Hamimah dengan wajah gerun.

“Dahlah!” , regus Dato Khalil. Dato Khalil mengambil keputusan menunggu sahaja kepulangan Mawarnis. Dia mencapai akhbar. Namun akhbar itu tidak langsung menarik minatnya. Fikirannya kusut dan kuathir memikirkan hala tuju anak tunggalnya itu.





Bersambung.... :D
    

Tuesday 25 September 2012

KU AKUI PART 5








“Kau rasa layak ke kau nak bergandingan dengan orang macam aku? Jangan mimipi di siang hari lah aku sudi nak terima kau apa lagi nak jadi isteri kau. Aku tahu taktik orang miskin macam kau lah Adi tak payah kau nak berangan . Aku tak sudi nak terima cinta kau. 

"Berapa nilai cinta kau aku bayar !” Teriak nadia. Tanpa mempedulikan beberapa pasang mata yang sedang lalu untuk masuk ke restron Starbuck.

“Tak pun mak kau yang suruh kau pancing ikan yang boleh buat dia senang kelak” Nadia tetap hendak menyakiti hati Adi.

Pang!! Nadia tersentak.

How dare you!” Nadia memegang pipinya yang terasa pijar akibat tamparan dari Adi. Matanya tajam memandang Adi.

“Memang saya berani tampar awak, memang saya orang miskin tapi saya tak sehina itu. saya ingat selama saya kenal awak, awak seorang wanita yang sentiasa buat saya berdebar dan awak jugak wanita yang berjaya membuka pintu hati saya untuk bercinta tapi sayang awak tak seindah yang saya gambarkan.”

“Awak ego sebab menafikan apa yang dah berputik di hati awak. Awak tak mempuyai hak untuk menghina saya dan cinta saya, cinta saya tak ada nilai angka yang boleh orang macam awak beli Cik Nadia. Jangan cik Nadia menyesal suatu hari nanti, tiada lagi peluang kedua”

“Maaf jika luahan saya buat cik Nadia begini. Lagi satu saya tak rela keluarga saya di hina dan di babitkan atas keterlanjuran saya mencintai cik Nadia.”

Adi melangkah ke kereta membuka pintu di bahagian penumpang, Adi menoleh ke arah Nadia yang masih berdiri disitu.

“Mari saya hantar cik Nadia balik ke office”ujar Adi lalu masuk ke dalam kereta dan di hidupkannya.

Nadia yang tersentak dengan teguran dari Adi terus menuju ke kereta.Setelah Nadia masuk ke dalam kereta Adi membawa kereta tanpa menoleh ke sebelah perasaannya ketika ini sakit.Tak di sangka Nadia sanggup beranggapan seperti itu terhadapnya.

“Abang!!”

Adi tersentak, lamunan 2 bulan lepas terbang bagai di bawa angin lalu. Dia menoleh ke arah belakang. Dia melihat adik kembarnya sedang bercekak pinggang. Adi tersenyum lalu di tarik tangan adiknya untuk duduk di sisinya.

Yea…wahai puteri abang, ini kena muncung ini? Maaf abang tak dengar adik panggil tadi. Ada apa cari abang?” soal Adi.

Akma Aliya mencebikkan bibirnya.

“Semalamkan abang dah janji nak bawak kita orang untuk beli hantaran untuk abang? Majlis abang pun tak lama lagi. Umi mesti dah bising abang macam tak serius je nak kawin adik tengok.” Protes Akma Aliya.

“Jadi ini abang dah siaplah ini jom kita pergi. Adik pergi panggil Anis.” Ujar Adi.


**************  


Tengku Nadia memberhentikan keretanya di hadapan rumah Adi. Matanya meneliti kawasan sekeliling. Sunyi dan aman kampung ini tanpa sebarang pencemaran. Pintu keretanya dibuka. Dia menarik nafas perlahan, dan mula melangkah menuju ke arah pintu rumah Adi.

“Assalamualaikum…..” Tengku Nadia memberi salam, namum masih tiada siapa yang menjawab salamnya .Dia mencuba memberi salam lagi sekali.

“Assalamualaikum….” Tengku Nadia menguatkan suaranya sedikit.

“Waalaikumusalam….” Terdengar suara seorang wanita yag menjawab salamnya.
Pintu rumah Adi terbuka dari dalam.Terpancul Puan Hakimah.

Yea. Anak ini cari siapa? Apa yang boleh makcik tolong” ujar Pn Hakimah.

Nadia tersenyum dan terus melangkah menuju ke arah Pn Hakimah. Tangan Pn Hakimah di ciumnya dengan tertib.Hati Pn Hakimah terdetik, dia seperti pernah melihat gadis ini.Gadis ini saling tak tumpah dengan gadis yang berada di atas meja anaknya, Adi. Mungkin ini gadis yang menolak cinta Adi sehingga Adi sanggup menerima cadangannya untuk di jodohkan dengan Sheila anak abang Majid, kawan sekolah Adi.

“Saya Nadia, makcik. Tujuan saya datang ke sini nak mencari Adi.”Jawab Tengku Nadia.

“Betul ke Adi tinggal di sini makcik? Makcik ini mak Adi ke?” soal Nadia.

“Betul ini rumah Adi, makcik ini umi dia.Tak payahlah anak panggil makcik panggil Umi dah cukup. Semua yang kenal makcik panggil umi.” jawab Puan Hakimah dengan Nadia.


Hmmm…masuklah dulu nak. Mari masuk ke rumah makcik yang tak seberapa ini” pelawa Puan Hakimah pada Nadia.

Dia pasti kedatangan Nadia mesti mencari Adi. Hati tuanya yakin kedatangan Nadia ke sini untuk meraih semula cinta Adi, tapi sayang gadis ini terlambat hanya dua minggu dari sekarang Adi bakal bergelar suami  kepada Sheila. Adakah Adi akan menerima Nadia semula dan melupakan apa yang telah di rancang kini. Puan Hakimah runsing memikirkan pekara yang akan berlaku sekiranya Adi lebih memilih Nadia banyak hati yang akan terluka. Nadia yang sedang duduk bertentangan dengan Puan Hakimah pelik melihat umiAdi seperti memikirkan sesuatu.

“Umi ada apa yang boleh saya bantu?”

Eehh…umi termenung pulak tak ada apa-apa umi cuma terfikir kenapa Adi dan adik-adiknya belum sampai kalau tak salah umi mereka dah dari pagi tadi ke pekan.”

“Takpe lah umi nak masuk solat dulu, kalau kamu nak ambik makanan kamu ambik je di dapur, jangan segan-segan kat rumah umi ini.”

“Baiklah.” Ujar Tengku Nadia.

Nadia melihat sekeliling rumah di satu sudut ada beberapa hantaran yang masih di gubah. Gubahan berwarna biru dan pink,dua gabungan warna yang sinonim. Dia menyentuh hasil gubahan itu satu persatu hasil gubahan di sentuhnya. Dalam Nadia yang sedang asyik melihat gubahan itu ada sepasang mata yang merenung tajam ke arahnya.Akma Aliya dan Akma Anis turut tercegat di hadapan pintu abangnya merenung tajam ke dalam rumah. Mereka berdua mengalihkan pandangan ke arah sudut rumah mereka. Aliya dan Anis nampak seorang perempuan cantik di situ. Lalu tanpa salam mereka terus menuju ke arah perempuan itu.

“Akak ini siapa? Kenapa masuk ke rumah kami?” Anis dan Aliya menyoal serentak.  

Nadia yang sedang asyik membelek barangan hantaran yang berada di sudut ruang tamu terkejut dengan sergahan gadis yang sedang berdiri dan merenungnya. Dia tersenyum dan menghadiahkan senyuman untuk si kembar. Pasti ini adik kembar Adi.

"Akak car......"

Belum sempat Nadia bersuara Adi meluru ke arahnya.Tangannya di pegang dengan erat oleh Adi. Adi membawanya turun ke paking di depan rumahnya. Nadia yang tidak tahu tindakan drastik Adi menurut langkah ke pakin.

“Adi tangan saya sakit ini, lepaskan boleh” Nad merasa pergelenggan tangannya di genggam erat oleh Adi. Adi yang mendengar rengekan sakit dari Nadia cepat-cepat melepaskan tangan Tengku Nadia.

“Maaf….”

“Ada apa Cik Nadia datang ke kampung saya. Dan perlu apa Cik Nadia ke kampung orang miskin macam saya ini” sinis suara Adi.

“Adi saya datang ini nak minta maaf atas ketelanjuran saya pada awak. Sekarang saya sedar yang saya salah cinta awak memenuhi hati saya Adi.”

“Maaf saya terlambat mengakui cinta pada awak. Saya akui selama awak bekerja dengan saya perlahan-lahan hati saya mula berbunga bila bersama awak tapi saya bodoh Adi, saya tolak perasaan yang berputik di hati saya kerana saya takut di sakiti.”

Nadia tidak peduli lagi apa yang diharapkan kini Adi sedia memaafkan kesalahannya dan mencintainya seperti dulu lagi. Hanya itu yang di fikirkan ketika ini. Nadia melihat Adi langsung tidak bersuara pandangan matanya tidak menghadapnya.

“Adi…..boleh saya mendapat peluang kedua mencintai awak?”

“Adi……Saya sedar sekarang yang saya mencint…..” belum sempat Nadia menghabiskan ayatnya,tiba-tiba di jawab oleh Adi.





Bersambung....:D

Monday 24 September 2012

KU AKUI BAB 4












 “Apa pendapat Nad tentang saya?”Akhirnya terluah juga soalan. Sudah agak lama dia berdiam diri.

“Tentang awak? Bunyi macam seronok je pertanyaan tu. Soalan ini ada pilihan jawapan tak?” Nadia tersenyum. Soalan yang baru saja keluar dari mulut Adi bukan soalan biasa. Soalan yang mempunyai seribu kemungkinan. Tidak mungkin dia soal kalau tidak ada mempunyai maksud di sebalik soalannya tadi. Nadia mengerut dahinya sambil merenung Adi.

“Yap, tentang saya. Saya cuma nak tahu apa pendapat Nadia tentang diri saya mengikut mata Nadia itu je.”

Hhhmmm..Awak baik, pendengar yang baik, semua orang suka bekerja dengan awak, pekeja yang efisyen dan saya suka berkerja dengan awak.” Nadia masih mampu mengawal riak wajahnya akan kelihatan tenang pada pandangan mata Adi. Mana tahu pulak tiba-tiba dia boleh terlepas luahan perasan pulak tak kena naya nanti. Rahsia hati biarla rahsia.
Adi masih merenung Nadia.Serius saat tu Nadia rasa nak cungkil je mata Adi. Kenapa la mata dia mengancam sangat. Keluh Nadia.

“Nad percaya pada cinta kedua?” Soalan dari Adi kali ini membuat Nadia terdiam dan merenungnya tajam. 

“Kenapa?” soal Tengku Nadia.

“Saja nak tahu, apa pendapat Nad tentang cinta kedua?” ujar Adi.

“Cinta kedua? Cinta pertama pun saya dah tak percaya. Saya tak percaya pada cinta, cinta itu menyakitkan setelah kita memberi dengan tulus dan ikhlas maka cinta akan di khianati. Cinta itu membuat kita lemah. Saya tak mungkin akan jatuh cinta lagi pada lelaki…saya benci lelaki.”

“Saya benci lelaki. Lelaki pandai bermanis mulut. Semua lelaki sama je!” sambung Nadia. Suara Nadia mula bertukar. Nada marah jelas tergambar diwajahnya kini.

Tak semua lelaki macam bekas tunang Nad” pujuk Adi. Cuba mengawal kemarahan Nadia. Jelas di wajah Nadia perasaan benci. Benci pada insan yang bergelar lelaki dalam meraih cinta. 

“Awak berhak untuk bahagia dan jatuh cinta sekali lagi, bukan semua lelaki akan mengecewakan awak Nad”  ujar Adi dengan tenang.

“Cinta dan lelaki adalah satu kesakitan buat saya” Tegas Nadia.

“Saya tak nak rasai kesakitan itu lagi” rintih Nadia. 

“Nad saya nak awak dengar betul-betul apa yang saya nak ucapkan pada awak ikhlas dari hati saya. Jujur saya tak pernah rasai perasaan ini, tapi bila bersama awak perasaan sentiasa berdebar bila berada dekat dengan awak, Nad.”

“Saya…..eerrr…saya rasa”… suara Adi mula tersekat-sekat. Hisshhh…kenapa pulak aku gagap ini tadi ok je’ gumam Adi di dalam hati. 

Nadia mengerut dahinya. Terasa pelik dengan situasi yang sedang di hadapinya. ‘Tadi bukan main lancar si Adi ini bercakap sekarang dah jadi gagap pulak.’soal Nadia sambil merenung Adi yang ada dihadapannya.

“Apa yang awak nak cakap sebenarnya, Adi?” Tengku Nadia menyoal Adi.

“Saya tahu awak benci lelaki, tak percaya dekat lelaki. Tapi saya yakin yang saya boleh bahagiakan awak Nadia” Adi menarik tangan Nad dan digenggamnya dengan erat.

“Adi apa ini..Lepaskan tangan saya” ronta Tengku Nadia.

“Saya nak beritahu awak yang saya…saya dah jatuh cinta pada awak!” lambat-lambat Adi memberitahu .

Akibat terkejut dengan pengakuan dari Adi pantas tangannya ditarik dari genggaman Adi. Nadia terus bangun dari kerusinya lalu melangkah ke luar dari Starbuck. Dia tidak menyangka selama ini tekaan Hana tentang Adi tepat. Adi mempunyai perasaan cinta terhadap dia. Susah untuk menerima semua yang diucapakan oleh Adi bila hati sudah tiada. 

Kenangan lalu cukup mengajarnya untuk menutup rasa cinta dihati. Belum jauh Nadia melangkah pergelangan tangannya di retap oleh Adi. Belum sempat Nadia berlalu, teras langkahnya disekat. Matanya jatuh ke arah tangan bila terasa sakit. Adi. Dia mengeluh.
 
“Awak nak pergi mana saya belum habis bercakap lagi dengan awak.”

“Lepaslah sakit” marah Nadia. Nadia melangkah tanpa menghiraukan panggilan dari Adi.

“Nad..! Dengar ini…”

“Saya cintakan awak Tengku Nadia Nadirah Tengku Mizan izinkan saya ubati hati awak yang pernah terluka. Saya akan buat hari-hari awak selalu ceria sehingga awak akan lupa akan kejadian yang menimpa awak dulu. Cinta saya pada awak ikhlas Nad izinkan saya membahagiakan awak sehingga nafas saya yang terakhir.”

Nadia terpaku dengan pengakuan lagi tidak di sangka Adi melamarnya. Hatinya mula ingin menoleh ke belakang dan berlari mendapatkan Adi, tapi egonya tetap menengah untuk menolak dan tidak akan sekali-kali lagi jatuh cinta.

Nadia kembali menoleh kebelakang. Dia mula melangkah mendekati Adi.Tiba-tiba Nadia menolak Adi.

“Kau ingat senang ke aku nak percaya semua yang kau lafaz kat aku?”

Eehhh… sedar lah diri kau nama pun dah orang kampung ada hati nak menumpang kekayaan aku dan keluarga aku. Jangan kau ingat aku akan terima cinta kau. Pergi jahanamlah dengan cinta kau!” jerit Nadia.




 bersambung..... :D