Followers

Monday 29 October 2012

PULANGLAH PADAKU BAB 3








 Keputusan Dhia muktamad. Dhia harus mendapatkan penjelasan dari mulut suaminya. Dengan adanya Rayyan yang sentiasa berada disisi menghulurkan bantuan tatkala dia dalam kesusahan, dia jadi cukup kuat untuk berhadapan dengan Muzaffar, Mariana dan Ibu mentuanya.

Langkah mereka berjalan seiringan kembali ke khemah. Cermin mata hitam yang tersangkut ditengah baju diambil lalu dipakai. Biar terlindung matanya yang agak basah dengan air mata, agar tidak nampak terlalu ketara kesedihannya.


Mereka masuk ke bawah khemah yang menempatkan meja makan pengantin ditengah-tengah. Nampaknya suaminya dan Mariana sedang duduk bersantap dengan hidangan yang menyelerakan. Termasuk Ibu mentuanya yang duduk di sebelah kanan Muzaffar.


“Kau rasa, perlu ke aku berjumpa dengan suami aku sekarang ni?” soalnya sambil memandang sekilas ke arah sahabatnya. Patutkah dia mengganggu pasangan pengantin itu yang sedang enak menjamu selera? Kalau berjumpa nanti, hilang pula selera makan madunya melihat mukanya nanti.


Rayyan tersenyum sambil mengamati cermin mata yang dipakai sahabatnya. “Why not?” Ini peluang kau nak buktikan pada mereka yang kau tak bersalah.”jawabnya dengan selamba.


Dhia mengangguk setuju. Betul jugak cakap Rayyan. Inilah peluangnya. Biarlah ibu mentuanya memandang sinis terhadapnya. Dia tidak kisah tentang itu. Yang penting, dia harus berbincang dengan suaminya.


“Kau tunggu sini. Nanti kalau Muzaffar sudi nak slow talk dengan aku dekat mana-mana tempat, kau ikut aje aku pergi mana tau.”pesannya kepada Rayyan sebelum Dhia melangkahkan kaki perlahan-lahan meninggalkan sahabatnya keseorangan di situ. Sempat juga dia berpaling ke belakang sebentar dan mengangkat tangan tanda “tunggu”.


Rayyan hanya membalas dengan anggukan sahaja. Terus dia ke meja panjang yang menempatkan makanan dan minuman. Mahu minum seteguk gelas air sirap. Sejak sampai di situ tadi, langsung tidak menjamah apa-apa makanan atau minuman. Sekejap lagi, dia mahu mengajak Dhia makan bersama-sama dengannya selepas habis perbincangan dengan Muzaffar. Dia sanggup menunggu.


Harap-harap perbincangan Dhia dan Muzaffar berjalan lancar tanpa pergaduhan.



********


Dengan langkah berani, Dhia menuju ke arah meja pasangan pengantin itu, biarpun ketika itu semangatnya hanyalah 50-50.


Dhia kini berdiri betul-betul di hadapan suaminya. Muzaffar yang sedang mengambil lauk mencedok dihadapannya ternyata terkejut dengan kedatangan isterinya. Sudu yang dipegangnya terjatuh di sisi pinggan berwarna putih itu. Apatah lagi Mariana dan ibu mentuanya. Mereka benar-benar terkedu melihat kedatangan Dhia.


Tajam pandangan mata mak mentua dan madunya. Segera ibu mentuanya bangun dari tempat duduk itu, meninggalkan meja makan pengantin itu dengan hati yang geram. Muka Mariana sudah berubah menjadi keruh, menunjukkan rasa benci dengan kedatangan Dhia.

“Anja…” Suara Dhia kedengaran perlahan ketika memanggil suaminya. Dia bimbang andai tetamu-tetamu VIP yang berada di meja pengantin itu akan mengesyaki yang dia ialah isteri Muzaffar. Biarlah rahsia itu tersimpan rapi di hatinya.


Sejak dari dulu lagi, ramai yang tidak tahu bahawa dia merupakan isteri kepada pengasas syarikat percetakan terkemuka, IPU Press Sdn Bhd. Bahkan majlis perkahwinan mereka juga diadakan secara senyap-senyap. Sejak dari awal lagi, dia sudah memberitahu suaminya sebelum mereka berkahwin, dia mahu membuat majlis seringkas mungkin, hanya di pejabat agama. Ini kerana bapanya sudah meninggal dunia semenjak dia masih kecil lagi ketika dia berumur 6 tahun. Nasib baik Muzaffar dan ibu mentuanya setuju dengan cadangan yang diberikan. Akhirnya mereka berkahwin dengan berwalikan hakim.


Selama setahun dia berkorban segala-galanya untuk membahagiakan suaminya, memberikan yang terbaik dalam setipa layanannya, rupa-rupanya ini balasan atas kasih sayangnya yang begitu tulus selama ini. Tapi, apa yang berlaku sekarang ini? Dimana janji dan sumpah setia yang dilafazkan pada malam perkahwinan mereka dulu yang kononnya tidak akan berpaling pada perempuan lain? Sepatutnya kata-kata lelaki yang suka bersumpah seperti suaminya tidak perlu dipercayai! Dasar lelaki tak guna, penipu!


“Kau nak apalagi ni?” Puan Halimah berdiri betul-betul di sebelah Dhia. Kasar sungguh bahasa ibu mentuanya walaupun tidak didengari tetamu-tetamu di meja kanan dan kiri yang sedang enak menjamu selera.


. Mariana yang berada di sisi Muzaffar mencebik. “Padan muka kau, Dhia. Kan dah kena sebijik dengan minah tua tu!” Hatinya puas melihat adegan yang berlaku di depan matanya. Biar Muzaffar benci nak melihat muka perempuan itu. Rasakan!


“Dhia nak jumpa suami sendiri. Takkan itu pun tak boleh, ibu?” balasnya dengan wajah selamba. Tajam matanya memandang wajah ibu mentua di sebelah.


“Kau tak nampak ke sekarang ni tengah ramai tetamu? Malam nanti tak boleh ke?” soal Puan Halimah dengan nada geram. “Perempuan ni dah pandai menjawab sekarang!” Hatinya mendengus.


“Dhia perlukan jawapan sekarang, ibu”jawabnya dengan berani. Dipandang muka suaminya yang sudah mula keruh. Perkara seperti ini tidak perlu dilengah-lengahkan lagi.


“Jawapan apa yang kau perlukan lagi? Dah terang-terang suami kau kahwin dengan Mariana, nak jawapan apalagi?” bentak Puan Halimah yang nampaknya sudah tawar hati untuk bercakap dengan menantunya itu. Kalau boleh, dia mahu anaknya menceraikan Dhia sekarang juga. Tapi dia tahu, hati anaknya masih berbelah-bagi meskipun dua minggu lalu Mariana telah menceritakan kecurangan Dhia dengan sahabat baik sendiri. CD yang diberi Mariana telah menjelaskan segala-galanya.


Dhia diam sahaja mendengar jawapan daripada ibu mentuanya itu. Ketakutan mula menyelubungi dirinya. “Patutkah aku undur diri dan balik sahaja ke rumah?”bisik hatinya. Dia jadi buntu.


“Dah tak tahu nak jawab apa kan? Lebih baik kau pergi dari sini, merosakkan majlis anak aku aje!” kata Puan Halimah dengan nada kasar tetapi perlahan.


Puan Halimah kembali semula ke tempat duduk sebelah kanan Muzaffar tanpa memandang wajah menantunya. Pantas tangannya mencedok lauk yang terhidang dihadapannya.
Mariana tersenyum. “Kan dah kena marah. Takkan la minah ni tak faham-faham lagi kot?” bisiknya, sinis.


Dhia masih tidak berganjak dari situ. Nampaknya dia masih lagi berani berhadapan dengan mak mentuanya. Dia tidak jadi mengundurkan diri. Direnung wajah ibu mentuanya yang sedikit pun tidak mempedulikan dirinya.


Lalu dia bersuara.”Ibu! Kenapa ibu begitu membenci Dhia?”


Muzaffar yang berada di situ langsung tidak berkata apa-apa pun. Usahkan hendak menyokong dirinya, memandang mukanya pun tidak mahu.


Dhia rasa seperti mahu menangis apabila ibu mentuanya sanggup mengeluarkan kata-kata sedemikian di depan suami dan madunya. “Sampai hati ibu!” rintihnya di dalam hati. Nasib baik ibu kandungnya, Puan Suria tidak mempunyai sikap yang sebegitu. Syukur alhamdulilah, Ya Allah!


Puan Halimah masih tidak memberi sebarang tindak balas terhadap pertanyaan dari menantunya. Lebih baik dia makan daripada menghadap menantu yang curang seperti Dhia itu. Diteruskan suapan demi suapan.


“Fine, kalau ibu tak nak jawab.” Dia pasrah. Tujuan dia datang ke mari situ bukan untuk bertikam lidah dengan mak mentuanya, tapi untuk berbincang dengan suaminya.
“Anja, sekarang ni sayang nak tanya Anja pulak.” Dihalakan pandangannya tepat ke arah ke muka suaminya.


Muzaffar mengangkat kening. Suapannya berhenti dengan tiba-tiba. Kacau betul!dengusnya. Pasti Dhia akan bertanyakan tentang perkahwinan dia dan Mariana yang diadakan secara mendadak itu.


Mungkin dia harus membawa Dhia ke suatu tempat yang tiada orang ramai agar senang mereka berbincang dan meluahkan perasaan.


Muzaffar mengambil napkin di tepi gelas kaca itu lalu mengelap mulutnya. Dia bangun dari kerusi, terus menuju ke arah isterinya. Mariana dan Puan Halimah terkejut dengan tindakan drastik Muzaffar yang tiba-tiba bangun itu. Dhia apatah lagi, turut tergamam di tempat dia berdiri itu.


“Mari, ikut aku.” Tegas suara Muzaffar ketika ini. Panggilan Anja sudah ditukar menjadi aku. Dhia rasa sedih.


Tanpa rasa malu di hadapan tetamu yang ramai, Muzaffar memaut erat tangan isterinya dengan kasar. Tersentak Dhia dengan perlakuan suaminya yang agak menakutkannya ketika ini. Adakah sikap Muzaffar sudah mula berubah selepas berkahwin dengan Mariana? Takkan secepat ini dia berubah?



*********


Dhia dibawa suaminya ke laman rumah belakang yang kosong tiada penghuni. Disitulah tempat dia dan Muzaffar berkumpul bersama-sama ketika cuti bekerja. Rumput yang menghijau memudahkan mereka berbual atau berbincang dengan tenang.


Pergelangan tangannya yang dipegang suaminya dilepaskan dengan agak kasar. Terasa sakit apabila dicengkam dengan agak kuat. Suaminya memang benar-benar sudah berubah dengan mendadak!


“Puas hati kau kan? Puas?” jerkah Muzaffar dengan kuat. Begitu ketara sekali kemarahan suaminya. Dhia rasa takut. Bimbang nanti suaminya akan naik tangan pipinya.


“Anja, apa yang sayang dah buat pada anja sampai Anja marah-marah macam ni? Apa salah sayang pada Anja?”lembut dia menuturkan kata.


“Argh!”Songkok pengantin yang dipakai Muzaffar ditarik kasar hingga jatuh ke atas rumput. Dhia tersentak. Nampaknya kemarahan suaminya semakin menular dan dia perlu meredakannya sekarang!


Dhia menarik nafas. Dipandang raut wajah suaminya yang masih tegang tanpa senyuman.


“Sayang minta maaf sebab buat Anja marah.”suaranya berubah kendur. Dia perlu mengalah dalam hal ini. Demi menyelamatkan rumahtangganya yang seakan-akan mahu punah, dan yang pasti dia mahu suaminya tetap akan sayangkannya walaupun Muzaffar berkahwin dua. Dalam terpaksa, dia perlu merelakan Mariana menjadi madunya mulai saat dan hari ini.


“Kau!”Muzaffar tanpa ada perasaan bersalah melayangkan penampar ke pipi isteri. Tersembam Dhia di atas rumput.


Rayyan yang berdiri di sebalik anjung rumah berlari dan terus meluru mendapatkan Dhia. Sejak dari tadi lagi, dia hanya mengekori sahabatnya itu selepas meneguk minuman di meja yang menyediakan makanan tadi. Dia dah agak, perkara begini mesti akan berlaku juga.


“Dhia!”Badannya dibongkokkan. Lantas kedua-dua bahu Dhia dipegang dan diangkat badan sahabatnya agar kembali stabil. Muzaffar betul-betul sudah melampau!


“Sakit..”Dhia memegang pipinya. Terasa ngilu. Pertama kali dalam sejarah hidupnya, dia ditampar oleh orang yang disayangi. Pedih di hati hanya Allah yang dapat merasakannya.
Muzaffar mengetap bibirnya. Dirinya tidak sanggup melihat Rayyan memgang isterinya.Dia cemburu!


Sekarang dia mengakui CD yang diberikan kepadanya melalui Mariana di atas meja pejabatnya pada dua bulan lepas ternyata benar. Dhia memang curang dan bukti sudah ada didepan matanya. Apa yang kurang pada dirinya sehingga isterinya bertindak mencari orang lain? Sahabatnya pulak tu!


Dia perlu berpatah balik ke khemah bagi meneruskan acara makan di meja pengantin. Nanti apa pulak kata tetamu VIP yang bersantap dengan mereka sekali? Takkan nak cakap yang aku tengah bergaduh laki bini kat belakang laman ni kan?


Songkok pengantin yang dijatuhkkan sebentar tadi di atas rumput diangkat semula. Dikibas-kibas songkok itu agar tiada kekotoran melekat disitu. Kerongsang yang berada ditengah-tengah songkok itu dibetulkan semula kedudukannya. Kemudian dia memakainya semula.


Tanpa memandang muka Rayyan dan isterinya, Muzaffar dengan selambanya melangkah kaki ke pagar utama untuk keluar. Namun dengan secara tiba-tiba, Rayyan bangun dan memegang bahu kanannya. Dhia dibiarkan duduk diatas rumput itu.


“Apa sentuh-sentuh ni?”Dia rasa rimas dengan sentuhan Rayyan dibahunya. Bila rasa marah didalam hati, semuanya yang berkaitan dengan diri sahabatnya tidak elok dimatanya.
“Wait! Jangan pergi dulu. Kita perlu berbincang.”terangnya.


“Kau nak bincang apa? Tiada apa yang perlu dibincangkan lagi.”kasar suaranya. Pandangan mereka bersatu.


“Ok. Straight to the point! Kenapa kau kahwin tak beritahu isteri kau sendiri?”soalnya dengan agak kasar. Jika Muzaffar berkata kasar kepadanya, kenapa tidak dia? Pasal Dhia, dia tidak kisah mempertaruhkan maruahnya dengan bergaduh dikhayalak ramai. Apa guna sahabat kalau tidak ditunjukkan sikap sayang?


Muzaffar tergelak kecil.“Perlu ke aku beritahu pada perempuan curang ini yang aku kahwin dengan Mariana?”Jari telunjuk kanan Muzaffar yang ditujukkan ke arah Dhia membuatkan Rayyan terasa ingin menumbuk sahabatnya disaat itu juga!


“What are talking about?”Terbeliak matanya mendengar kata Muzaffar. Nampaknya kemarahan Rayyan sudah sampai ke kemuncaknya.


Dhia jadi takut. Janganlah Rayyan memulakan pergaduhan semata-mata ingin mempertahankan dia.


Tak sangka suaminya menggelarkan dirinya sebagai perempuan curang. Tapi, bila masa pulak aku curang dibelakang suami sendiri?Setahunya, dia pergi seminar ke Melaka bersama Rayyan. Tidak ada lelaki lain yang merapatinya selain sahabatnya. Takkanlah Muzaffar marah sebab dia keluar bersama Rayyan? Sedih rasanya bila suami yang dicintai berkata demikian. Tadi ibu mentuanya, ini suaminya pulak yang mengungkapkan kata-kata yang tidak enak didengar.Dengan semangat yang hampir luntur, dia bangkit dari situ. Pipinya dipegang.


 Ternyata bukan sahaja pipinya yang sakit, darah pekat mengalir dicelah-celah pelipisnya.

“Anja, sanggup Anja menuduh sayang perempuan curang. Apa yang membuatkan Anja berubah sikap sampai muka sayang tak mahu dipandang lagi?”Airmatanya sudah mengalir keluar.


“Jangan berani kau menuturkan perkataan Anja lagi. Jijik aku mendengarnya.” Kata Muzaffar dengan nada angkuh.


“Anja!”matanya terbeliak. Ya Allah, apa yang telah terjadi kepada suamiku ini?Dia kata jijik?Astagfirullahalazim…


“Sampai hati Anja berkata begitu! Apa salah sayang sampai Anja langsung tidak mahu dengar penjelasan dari sayang? Sayang ingatkan bila balik ke rumah ini, dapatlah sayang merasa kasih sayang dari Anja selama dua minggu sayang berada diseminar. Tapi bila balik rumah ni, tak sangka sayang dapat kejutan yang menyakitkan.”luahnya dengan nada kesal. Mukannya ditundukkan.


“Terkejut kan dengan apa yang berlaku hari ini?”Serta-merta kepala Dhia tegak kembali. Ibu mentuanya! Mariana pun turut serta berada disisi Puan Halimah. Mungkin kedatangan mereka berdua akan menghentamnya dengan lebih teruk lagi.


“Mak cik jangan campur urusan kami disini.”Sedaya mungkin Rayyan menjawabnya. Rasa hormat pada perempuan yang bernama Puan Halimah ini semakin luntur.


“ Ray, kenapa kurang ajar dengan Mak cik? Mana sikap hormat Ray terhadap Mak cik selama ini? Takkan sebab Ray dah bercinta dengan perempuan ni sampai rasa hormat tu hilang?”


Dhia terkejut. Bila pulak kami bercinta? Dia dan Rayyan berpandangan sesama sendiri. Ini mesti ada orang yang dengki dengan persahabatan mereka yang telah lama wujud selama ini.


Adakah Mariana yang menjadi dalang kepada pergelutan rumahtangga Muzaffar dan Dhia yang selama ini bahagia tanpa apa-apa pergaduhan?Persoalan itu dibiarkan dulu. Apa yang penting sekarang, Rayyan perlu menjawab soalan Puan Halimah dulu.


“Mak cik, Ray tak pernah pun bercinta dengan Dhia, kami hanya kawan sahaja. Tak lebih dari itu.”jelasnya.


“Eleh, mulut kata lain, hati kata lain.”Mariana pula mencelah. Mulutnya dicebikkan.


Rayyan membeliakkan mata. Nampaknya perempuan perampas ni dah mula tunjuk taring dihadapannya. Dulu dia diperkenalkan oleh Muzaffar sebagai pembantu peribadi di IPA Press Sdn Bhd. Muka nampak baik. Cakap bukan main sopan bila dia datang menjenguk sahabatnya di office. Tapi bila perempuan itu berkahwin dengan Muzaffar, sikap baik itu hilang dengan serta-merta.


“Kau diam Mariana. Jangan nak jadi penyibuk kat sini!” jerkahnya.


Muzaffar yang sejak tadi hanya mendiamkan diri mula bersuara. Dia mahu pergaduhan ini habis disini sahaja. Dia tidak mahu para tetamu dapat menangkap pergaduhan mereka disini.


“Ok, straight to the point. Sejujurnya, aku tak sangka kawan baik aku sejak dari kecil dalam diam menaruh hati pada isteri aku. CD yang seseorang berikan pada aku telah membuktikan segalanya. So, apa gunanya lagi kalau aku pegang title suami kepada Nurul Haifa Nadhiya kan?Puan Halimah dan Mariana tersenyum sesama sendiri.


Hal ini perlu ditamatkan dengan segera. Keputusan sudah lama dibuat dan tidak perlu dilengah-lengahkan lagi supaya tidak berlaku perselisihan faham diantara dia dan isterinya lagi.


Terlopong Dhia mendengarnya. Dia tidak mahu perkara yang paling dibenci Allah s.w.t diperdengarkan ditelingannya. Dia tidak sanggup mendengar semua itu. Pastinya ibu mentua dan Mariana akan bersorak kegirangan selepas ini!


“Ya Allah, bantulah hambamu ini.”bisik hatinya.


Airmata Dhia sekali lagi jatuh mengalir. Matanya dipejam rapat. Cuba mencari kekuatan.


“CD apa yang kau cakapkan ini Muz? I cannot understand.”Rayyan mengeleng kepala. Tanda tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan sahabatnya itu.


“Aku takkan tunjukkan pada kau apa yang terkandung dalam CD tu.Apa yang aku tahu, kau dua orang telah menipu aku dalam diam! Bibir Muzaffar terketar-ketar menahan marah. Sudah sampai masanya perkataan itu dituturkan kepada isterinya.Muzaffar menarik nafas panjang sebelum memandang Dhia dengan pandangan yang tajam.


“Dengan ini, aku Mohd Muzaffar Ikram Bin Arshad menceraikan Nurul Haifa Nadhiya dengan talak satu. Bersaksikan ibuku dan isteri baruku, Nur Mariana.”ucapnya dengan jelas. Ini bermakna Dhia bukan isterinya lagi buat selama-lamanya.


Rayyan terkaku disitu. Manakala Dhia pula dengan tidak semena-mena jatuh tersembam diatas rumput. Pengsan.


Dengan muka yang agak serius, Muzaffar terus melangkahkan kakinya meninggalkan Rayyan dan Dhia diiringi dengan senyuman sinis dari Puan Halimah dan Mariana. Mereka terus pergi dengan hati yang lapang.


“Astagfirullahalazim! Kenapa nasib kau jadi begini Dhia? Please, bangun!”Rayyan resah. Dipaut kedua-dua bahu Dhia dengan erat lalu tanpa segan-silu dipeluknya badan sahabatnya itu. Tidak patut Muzaffar melafazkan cerai terhadap Dhia. Tidakkah Muzaffar tahu yang dia sangat bertuah memiliki isteri yang sangat menyayanginya sepenuh hati. Kalau dirinya menjadi Muzaffar, dia akan menjaga Dhia bagaikan menatang minyak yang penuh.


Ketara sungguh airmata dipipi Dhia apabila mata sahabatnya masih terpejam. Hari ini sahaja sudah berapa kali sahabatnya itu menangis dan menangis. Kejam sungguh hati mereka semua. Janjinya, dia tidak akan menjalinkan apa-apa hubungan persahabatan atau kekeluargaan dengan Muzaffar dan Puan Halimah. Biarlah tamat disini sahaja.


“Muzaffar. Kau bukan sahabat aku lagi.”Itu tekadnya mulai hari ini.Lantas, dikendong Dhia yang masih tidak sedarkan diri itu keluar dari rumah itu.


*******










Sewaktu di pertengahan jalan, Dhia tersedar. Terkelip-kelip matanya melihat manusia yang berada dihadapannya. Rayyan! Terbeliak matanya. Muka dia dan sahabatnya terasa hampir. Takkan sahabatnya itu sedang mendukung dia?


“Kat mana aku ni?”soalnya kepada Rayyan Terus dia turun dengan sendirinya. Malu dirinya didukung oleh orang bukan mahramnya.


“Err..”Rayyan rasa mulutnya terkunci untuk bersoal jawab dengan Dhia.


“Kau kat luar.”jawabnya dengan agak tergagap gagap.


“Eh, bukan aku dibawa Muz..”Mulutnya secara tiba-tiba dikatup Rayyan. Tersentak Dhia dibuatnya.


“Hish! Apa ni. Malulah”Segan dirinya dibuat begitu didepan orang ramai.


Dhia tahu sahabatnya itu tidak mahu dia mengimbas kembali apa yang berlaku sebentar tadi. Dirinya sudah diceraikan talak satu oleh suaminya. Apa boleh buat.Mungkin jodoh dia dan bekas suaminya tidak kesampaian hingga ke akhir hayat.Fikirannya hanya satu. Pasrah dengan dugaan yang berlaku pada dirinya. Mulakan hidup baru dan tidak menoleh kebelakang lagi.Walaupun rasa sedih dengan kehilangan suami yang amat dicintainya, dia tidak akan tunjukkan kesedihan itu didepan Rayyan. Biarlah sahabatnya itu tahu yang dia tabah dengan apa yang berlaku.


“Dhia, aku harap kau tabah ya. Ada hikmahnya apa yang berlaku pada hari ini.” Kata-katanya itu terbit dari hati yang ikhlas sebagai seorang sahabat.


“It’s okay. Jangan risau. Aku akan kuat dan tabah dengan semua ini.”


“Betul ni?”


“Yup!”Sengaja diceriakan suaranya bagi sahabatnya tidak berfikiran yang bukan-bukan.Senyuman terukir dibibir Rayyan.


“Kalau macam tu, aku bawa kau keluar dari sini nak?soalnya.


“Pergi mana?”Dhia pelik.


“Pergi rumah ibu kau la.”jawabnya selamba. Mesti Dhia suka apabila menyebut nama ibu kandungnya, Puan Suria.


“Biar betul?”Teruja Dhia bila mendengar perkataan ibu. Selepas ini Rayyan akan menghantarnya tinggal dirumah ibunya. Hatinya tidaklah rasa terlalu sakit sangat.
Rayyan hanya mengangguk.


“Tapi sebelum tu, aku nak buat sesuatu kat sini. Kau ikut aku ya?”katanya dengan nada gembira. Dia tidak mahu sedih buat masa ini. Biarlah kesedihannya ditangisi keseorangan.
“Buat apa?”Pelik pulak bila mendengar Dhia hendak membuat sesuatu disini. Janganlah dibuat yang bukan-bukan.


“Adalah. Jom!”Dia menarik tangan Rayyan mengekorinya hingga masuk ke khemah.



***************



“Kau dengar tu..”


Rayyan memandang Dhia dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Biar betul Dhia nak menyanyi time-time begini? Tak pernah dibuat orang! Perempuan lain kalau baru diceraikan mesti menangis, meraung dan seangkatan dengannya. Ini tidak, nak menyanyi?


Dia nampak Dhia langsung tidak tertekan dengan perpisahan yang berlaku. Malah tersenyum dan gembira sahaja. Tapi biar betul Dhia nak menyanyi? Tidak pernah sekalipun dia mendengar sahabatnya itu menyanyi.


“Sekarang jam tangan saya sudah menunjukkan pukul 4 petang. Tetamu sudah pun mula berkurangan. So, para tetamu yang still ada di sini, apa kata kita jemput salah seorang tetamu yang boleh menghiburkan kita semua dengan sebuah lagu di dalam khemah ini.” Pengacara majlis itu dengan wajah ceria mengumumkannya.


Dengan penuh semangat didada, Dhia meninggalkan sahabatnya disitu dan melangkahkan kakinya ke arah pengacara majlis itu.


“Encik, saya mahu nyanyi.”Confident dia menuturkan kata. Terpaku para tetamu disitu termasuk Muzaffar, Mariana dan Puan Halimah yang masih lagi berada di meja makan pengantin bila Dhia betul-betul berada dihadapan emcee tersebut.


“Ok. Nama awak siapa? Awak nak nyanyi lagu apa?”soal pengacara majlis itu. Mikrofon ditangan emcee itu diunjurkan kepada Dhia. Tapi dia tidak menyambut malah dibisikkan sesuatu ke telinga emcee tersebut.


Rayyan yang memandang dari jauh hanya mengeleng-gelengkan kepala. Lagu apalah yang Dhia nak nyanyi sangat tu?Harap sedaplah suara sahabatnya itu nak menyanyi didepan orang ramai ni. Nanti ramai tetamu yang tutup telinga pulak kalau Dhia nyanyi tak sedap.


“Tanpa membuang masa, Cik Nadhiya akan memperdendangkan lagu nun jauh dari Indonesia yang dinyanyikan oleh penyanyi Desy Ratnasari, Tenda Biru.” Dihulurkan mikrofon yang berwarna hitam itu kepada Dhia. Dia tidak memberitahu nama penuhnya kepada emcee kerana tidak mahu tetamu mengenalinya sebagai isteri Muzaffar. Opss, silap! Bukan isteri lagi, tapi bekas isteri.


“Lagu ini saya tujukan khas buat bekas suami saya yang kini sedang berbahagia bersama isteri kedua. Diharap mereka berbahagia hendaknya dan cepat-cepatlah menimang cahaya mata.


Tepukan gemuruh dari para tetamu dan Rayyan yang menonton nyanyiannya membuatkan dirinya semakin bersemangat untuk menyanyi kan lagu itu tanpa rasa malu.


Di meja makan pengantin, Dhia sempat melihat bekas suaminya yang tertunduk. Dia tahu, Muzaffar tidak mahu melihat mukannya lagi. Tidak mengapalah. Dia bukan suamiku lagi, buat apa nak terhegeh-hegeh kan?


Dia memandang pula wajah Mariana dan Puan Halimah yang dilihat keruh. Mesti tak puas hati dirinya menyanyi didepan para tetamu. Biarlah… Sekarang ini aku hanya tetamu sahaja. Korang tak layak nak marah aku lagi”cebiknya dalam diam.


Lagu yang bakal dinyanyikan sudah mula mengeluarkan rentak dari radio. Dhia menarik nafas. Air liurnya ditelan sebelum mendekatkan mikrofon yang diberikan emcee tadi ke mulutnya.


Tak sengaja lewat depan rumahmu

Ku melihat ada tenda biru


Dihiasi indahnya janur kuning


Hati bertanya pernikahan siapa


Tak percaya tapi ini terjadi


Kau bersanding duduk dipelaminan


Airmata jatuh tak tertahankan


Kau khianati cinta suci ini


Tanpa undangan diriku kau lupakan


Tanpa putusan diriku kau tinggalkan


Tanpa bicara kau buat ku kecewa


Tanpa berdosa kau buat ku merana


Ku tak percaya dirimu tega


Nodai cinta khianati cinta



Diulang rangkap lagu itu sebanyak tiga kali. Setelah tamat lagu itu, dia mengucapkan “Thank you.” kepada tetamu yang sudi mendengar suaranya.Kepalanya ditundukkan. Mikrofon diserahkan semula kepada emcee dihadapannya. Tepukan gemuruh sekali lagi bergema. Dhia hanya tersenyum. Lalu dia melangkahkan kaki ke arah sahabatnya.

Lagu yang dinyanyikan tadi diharap dapat menyedarkan bekas suaminya betapa menyesalnya menceraikan dia yang langsung tidak pernah mengkhianati cinta yang diberikan.

Dhia kembali ke sahabatnya dengan senyuman. Rayyan turut ikut sama tersenyum.
“Wah! Tak sangka sedap jugak kau nyanyi ya. Boleh buat aku tak tidur malam ni.”Rayyan tersengih nakal.

“Apasal pulak sampai tak boleh tidur?”Dhia merasa pelik. Rayyan ni memang suka bergurau. Tapi gurauan itulah yang membuatkan dia senang sekali bersahabat dengan Rayyan Zikri.

“Suara kau tu mengkagumkan aku. Malam nanti mesti aku angau nak dengar suara kau lagi.”Rayyan tersengih lagi. Jujur di dalam hati, dia akui suara Dhia seakan-akan artis Dayang Nurfaizah. Mendayu-mendayu aje.

Dhia membeliakkan mata.“Nakalnya dia. Cubit karang, nak?”ugutnya.

“Please, tak nak. I tak nak! Biru nanti tangan I” Kedengaran manja suara sahabatnya. Dia tergelak kecil. Geli pulak bila Rayyan berkata dengan nada manja dengannya.

“Tau takut. Jom, kita keluar dari sini. Majlis ni pun nampaknya dah kekurangan tetamu. Better, kita keluar sekarang.”ajaknya tanpa berlengah lagi. Dia perlu keluar dari sini secepat mungkin. 

Biarlah pakaian miliknya ditinggalkan dirumah ini. Terpulang pada mereka nak buang bajunya atau sedekahkan pada orang luar, dia tidak kisah. Nasib baik didalam kereta sahabatnya masih ada pakaian yang dibawa ke seminar itu. Tidaklah dia membuang duit mahu membeli baju baru lagi.

“Let’s go.” Terus mereka melangkah seiringan keluar dari khemah itu dan menuju ke tempat letak kereta Rayyan tanpa memandang ke belakang lagi.Kali ini mereka benar-benar keluar dari rumah itu dengan hati yang lapang.

“Stop kejap”.Tangan Rayyan menahan Dhia dari melangkah. Dia tergamam. Fuh! Nasib baik tak terkena bahagian dadanya. Kalau tidak, mana nak letak muka ni…

“ What’s wrong?”Bertambah pelik Dhia dengan sahabatnya ini.

“Err..kau tak nak ambil baju kau kat rumah kau ke?”katanya dengan tergagap-gagap. Takut Dhia terasa hati pula. Sebenarnya dia tidak mahu menambahkan lagi tekanan di fikiran sahabatnya.

Dhia tersenyum. Nampaknya Rayyan masih takut-takut mahu bercakap tentang tadi. “Mungkin dia takut aku sedih lagi kot.” Detik hati kecilnya.

“Hmm..beg aku dah ada kat dalam kereta kau. Rasanya tak payah kot nak ambil baju-baju kat rumah tu lagi. Bila aku tinggal dengan ibu aku nanti, aku akan beli la baju sedikit demi sedikit. Lagipun ada hikmah aku pergi seminar selama 2 minggu. Dapatlah bawa baju banyak sikit kan?jelasnya.

Rayyan berpuas hati dengan jawapan yang diberikan sahabatnya. Sampainya di tempat parking keretanya, ditekan train key Volvo C70 miliknya dan dibuka pintu kereta. Mereka masuk kedalam kereta. Rayyan duduk ditempat pemandu, manakala Dhia duduk disebelahnya.

Enjin kereta berbunyi. Stereng kereta dipegang. Harapannya, biarlah penderitaan yang dihadapi Dhia cukup setakat ini sahaja.

Selamat tinggal Muzaffar dan Puan Halimah…

Kereta milik Rayyan terus meluncur pergi meninggalkan rumah yang meninggalkan kisah pahit dalam hidup Dhia.





Bersambung…. :D
p/s terima kasih sudi menanti n3 terbaru dari nur daeya....

Thursday 18 October 2012

KASIH SI KEMBAR PART 11







Ketukan pintu rumahnya yang di ketuk bertalu-talu dari luar membinggitkan telinganya. Fika melangkah pantas ke arah pintu rumahnya yang berkunci rapat.Perasaan marah mula menular di dalam dirinya setelah mendengar ketukan yang kasar dan kuat, seperti nak pecah pintu rumahnya.Mulut Fika sempat merunggut tanda dia tidak senang untuk menerima kehadiran tetamu di kala dia mahu bersendirian.Dilihat jam di dinding.

“Siapa?” Fika masih berdiri di depan pintu yang masih berkunci.Tiada sebarang jawapan dari luar.“Siapa kat luar?”Fika menguatkan suaranya.Hatinya sedikit ragu untuk membuka pintu, memandangkan waktu kini sudah jauh malam.

“Fika aku ini…”suara itu menjawab, tapi masih kurang jelas kedengaran di telinga Fika Farisya.

“Siapa? Zaf kau ke kat luar itu?” Tanya Fika Farisya sambil membuka pintu.

“Zaf kau ke?” sapa Fika lagi.Dia tidak nampak wajah yang dihadapannya.Wajah itu menunuduk menyukarkan dia untuk mengecam tubuh tetamu itu ditambahkan dengan keadaan di waktu tu agak samar-samar.

Tiba-tiba tubuh Fika rebah di rempuh dengan kuat oleh lelaki yang tidak dikenalinya. Fika cuba bertenang.Ketika itu dia dapat dapat mendengar bunyi ketawa dari lelaki itu. Dia melihat lelaki yang merempuhnya menuntup pintu dan di kuncinya.Fika cuba bangun perlahan-lahan.



“Sakitlah bodoh,” suara Fika antara dengar dan tidak. “Kau siapa?” Fika bertanya pada lelaki yang tidak di kenalinya. “Kau nak apa?” bertalu-talu soalan Fika Farisya tika itu.

Dia melihat lelaki dihadapannya masih ketawa. Malah ketawanya lebih kuat dari tadi.YA-ALLAH! Kau lindungilah hambamu. Doa Fika di dalam hati. Fika tahu kini dia keseorangan di rumah.Sudah tiga minggu dia menumpang di rumah Zafril setelah meminta kebenaran untuk pulang kembali ke rumahnya.Fika berundur sedikit.Dia berdiri tegak sambil matanya memerhatikan pergerakan lelaki yang tidak dikenalinya.

“Aku Hakim!” lelaki itu menjawab.Fika mengerut dahinya.Seperti dia pernah berkenalan dengan lelaki ini. Kalau tak silap dia,waktu rehat semasa di sekolah dia ada menangkap seseorang yang sedang merokok di tandas sekolah dan budak yang di tangkap juga namanya Hakim.

“Apa kau nak datang rumah aku?”

“Apa kau naklah. Kau ingat tak siapa aku? Kalau kau tak ingat mari aku tolong ingatkan. Akukan budak yang kau tangkap merokok di tandas sekolah.” Bangga sekali nada suara itu.

“Bagus betul orang yang mengupah aku, suruh datang rumah kau malam-malam ini. Aku dapat upah lumayan dari dia. Duit aku boleh cari. Kalau dapat temankan kau dan merasa tubuh gebu kau mesti sedapkan” Kata Hakim dengan mata yang galak. Tubuh Fika Farisya di teliti dari atas hingga bawah.

“Siapa yang upah kau haa!! ”Fika menyoal tapi hampa tiada jawapan dari lelaki yang ada dihadapannya.Hanya senyuman yang penuh sinis dari pemuda itu.



“Kau tak perlu tahu siapa yang upah aku janji aku akan bagi kau puas sayang!”

"Mari...mari sayang aku tolong kau macam mana nikmatnya.Mesti kau suka"



 Hakim mula melangkah perlahan-lahan mendekati Fika yang kelihatan tenang dan masih berdiri tanpa riak takut di wajahnya.Mata Hakim galak merenung Fika dari atas ke bawah.Tiba-tiba langkah Hakim terhenti melangkah.Dia teringat pertemuannya pada waktu petang tadi.Berlegar kata-kata Shahrini dimindanya.

“Aku nak kau takutkan dia.Biar dia takut dan malu dekat kampung ini.Tapi kau jangan usik dia lebih-lebih, Kim. Aku cuma nak kau bagi dia rasa takut je. Jangan sampai nanti aku dengar kau buat yang bukan-bukan pulak” kata-kata amaran itu muncul dibenaknya.
Hakim kembali memandang wajah Fika yang sedang merenungnya tajam.Dia tersenyum dan matanya mula meliar ke seluruh tubuh Fika yang berseluar jeans dan t-shirt longgar merah.

Arrgghh….peduli apa aku dengan amaran Shahrini! Sekarang Fika dah ada dekat depan aku.Dari aku kempunan melepas merasa tubuh dia.’ hati busuk Hakim berkata. “Sekarang aku akan jadikan kau milik aku.”

Tanpa menunggu lama Hakim mula melangkah menuju ke arah Fika Farisya.Sebaik sahaja Hakim ingin menarik tangan Fika dengan pantas pergelangan tangan Hakim di cekak dan dipulas ke belakang.Terjerit kecil Hakim bila tangannya di pulas, kakinya di pijak oleh Fika. Hakim terkejut dengan tindakan dari Fika Farisya.Dia tidak sangka Fika ada ilmu tentang seni mempertahankan diri. Fika mula menundukan wajahnya ke arah Hakim dari belakang.

Eeehh…mak kau tak pernah ajar ke cara-cara nak hormat perempuan? Bapak kau tak pernah ajar ke cara adap masuk ke rumah orang?” jerit Fika di telinga Hakim. “Yea pun kau kemaruk sangat dengan perempuan baik, kau pilih siapa saja untuk kau buat jadi bini!” Fika yang geram melepaskan tangan Hakim yang di pulas kini sebiji penumbuk di hadiahkan bertalu-talu di perut Hakim.

Hakim terasa senak di perut akibat tumbukan Fika. Bukan calang-calang penumbuk yang dia dapat dari seorang perempuan.Dia melihat Fika melangkah membuka pintu rumahnya yang di kuncinya tadi. Dalam kesempatan itu, Hakim bangun perlahan-lahan dan dengan pantas menerkam Fika dari arah belakang dan memeluk Fika. Namun dengan pantas Fika menghayunkan sikunya ke perut Hakim.Sekali lagi perut Hakim senak akibat dari penanggan Fika.Tidak cukup dengan itu Fika sekali lagi mengangkat sikunya dan memusing separuh badannya lalu menyiku dagu Hakim.Tersembur darah merah yang mengalir di mulut Haklim. Lelaki itu terjelopok menahan kesakitan yang teramat sangat. Dia memandang Fika yang tersenyum sinis dari mulut gadis itu. Dia cuba bangun.

“Perempuan macam ini yang aku suka baru ada nafsu aku nak merasa, bak kata pepatah  alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan”  kata Hakim perlahan tapi di dengar oleh Fika Farisya.

Fika yang mendengar hanya mencebikan bibirnya. Ada hati nak merosakkan maksud peribahasa.Ini lah orang tua suruh sekolah benda lain yang difikirnya.

Uiiitt….. ada hati lagi nak merasa penendang aku ini, baru dia nak behenti kot’ Bisik hati Fika sambil kepalanya digelengkan.Inilah manusia kalau dah nafsu menguasai diri kata syaitan yang di ikut.Tak kenal baik atau buruk tindakan yang dia ambil.

 Eehhh…nanti aku kata kau bodoh kau marah mana ada orang guna pepatah dalam kerja-kerja terkutuk ini.”Sinis bicara Fika. “Kau dengar aku punya pepatah pulak. Air yang tenang jangan di sangka tiada buaya. Aku nak kau berambus dari rumah aku sebelum lunyai kau aku kerjakan.” Fika memberi amaran.

Fika sudah bersedia dengan apa jua yang bakal berlaku ilmu yang di pelajari akan di praktiskan sebaik mungkin untuk melindungi dirinya.Fika melihat tangan Hakim yang menyeluk poket seluarnya dari belakang jelas kelihatan ditangannya kini pisau lipat.Pisau lipat sudah yang berada di tangan Hakim.

“Aku yakin malam ini kau akan jadi milik aku Fika. Dah lama aku tunggu saat ini.” Dengan pantas Hakim terus meluru ke arah Fika dan menujah pisau lipat ke arah Fika.Fika sempat menghadang dengan lengannya.

Zapp!! Darah mula mengalir keluar dari lengan Fika.Wajah Fika dikala ini merah padam. Kemarahan dalam diri Fika semakin memucak.Hakim kelihatan ingin menhunuskan pisau lipat ke arah mukanya kali ini. Fika mempratikkan apa yang di pelajarinya dengan pantas Fika terus menangkap pergelangan tangan Hakim, lalu dipulasnya sekuat hati ke belakang. Pisau yang berada di tangan Hakim terus terjatuh.

“Apa salah aku dekat kau haaa!!”

“Aku ada buat salah dekat kau ke? Setahu aku, kenal pun tidak dengan kau!” Jerit Fika kuat.

 Fika yang leka memarahi Hakim tidak sedar ada seorang lagi kawan Hakim yang berjaga dibelakangnya dan hendak memukul Fika dari arah belakang.Lelaki yang berada di belakang Fika mula mengangkat kayu yang di pegangnya lalu dihayunkan ke arah Fika Farisya.Hayunan dari lelaki terbabit tidak tepat mengena Fika apabila lelaki yang berada di belakang Fika terhumban ke belakang akibat tedangan yang cukup kuat dari Zafril Zafuan.Fika tersenyum, sambil menyenitkan matanya ke arah Zafril Zafuan. Pasti tendangan dari Zafril tadi teruk di perut lelaki tadi. Lelaki tadi terus bangun dan berlari keluar dari rumah Fika tanpa membantu Hakim yang tangannya masih setia di pulas oleh Fika.Fika dan Zafril yang melihat lelaki itu berlari lintang pukang.Mereka ketawa kecil. Fika menundukan wajahnya ke arah Hakim yang sedang melutut dibuatnya.

“Kau dengar apa yang aku nak pesan dekat kau, aku akan lepaskan kau tapi kalau aku nampak kau lagi kat kawasan rumah aku. Hari itu jugak aku lunyai kau sampai kau tak boleh bangun lagi berjalan seperti biasa kau faham!” amaran Fika Farisya.Hakim yang kesakitan segera mengangguk kepalanya.

 Owhh…satu lagi aku lupa nak pesan kat kau.Tolong sampaikan salam sayang aku pada orang  yang dah upah kau.Cakap dekat dia dalam mimpi ajelah dia dapatkan takutkan aku, jangan kau dekati orang-orang yang aku sayang faham” tegas Fika Farisya sambil melepaskan tangan Hakim yang dipulas tadi.Hakim yang terasa tangannya dilepaskan segera meloloskan diri dari situ.Zafril memandang Fika. Ternyata apa dia dan keluargnya risau terjadi.Nasib baik hatinya tergerak hendak melihat keadaan Fika Farisya tadi.kalau tidak pasti Fika Farisya di timpa musibah angkara dua orang pemuda tadi.

“Kenapa kau baik sangat? Asal kau pergi lepaskan mamat tu?” berang Zafril Zafuan. Rasanya Fika buat baik pada tempat yang salah. “Kan elok kita masukkan je dia dalam lokap biar dia meringkuk kat sana” marah Zafril tidak puas hati melihat Fika melepaskan lelaki itu pergi begitu sahaja.

“Biarlah. Akukan dah kerjakan dia, apa salahnya kita bagi peluang kat dia bertaubat” ujar selamba dari Fika Farisya.

“Ini yang aku tak suka dekat kau ini mudah memaafkan orang bagi peluang, tapi kalau aku nampak mamat itu lagi kacau kau habis aku kerjakan dia” Zafril Zafuan masih tidak puashati.

“Dahlah hari dah jauh malam aku pun dah ngantuk ini kau balik lah Zaf, kalau tunggu kau merunggut mahu sampai besok pagi tak habis lagi” potong Fika Farisya.

“Menghalau nampak” sinis Zafril Zafuan.

“Aku bukan halau kau dah memang aku nak masuk tidur. Badan aku pun letih pasal mamat tu suruh aku senaman tengah malam ini” Fika Farisya berseloroh.

“Aku tak nak balik selagi tangan kau tu tak dibersihkan”

“Aku tengok luka ini dalam ini,jom kita pergi klinik Fika,” sambung Zafril. Jelas riak risau tergambar diwajahnya.

Ala Zaf luka sikit je ini. Aku tak ada apa-apalah”cantas Fika Farisya.

Mereka tidak sedar pertengkaran kecil mereka di dengar oleh Haji Hassan dan Hajar Kahdijah yang sudah berada di bawah tangga rumah Fika Farisya. Hajar Khadijah yang melihat lengan Fika berdarah terus berlari masuk ke dalam rumah untuk mengambil peti kecemasan.

Eehemm…”Haji Hassan berdeham menyedarkan mereka yang asyik bertengkar. Fika dan Zafril terdiam.Akibatnya Fika terpaksa mengikut Haji Hassan, Hajar Khadijah dan Zafril yang membawanya ke klinik kerana pendarahan dari lengannya tidak mahu berhenti. Fika yang berada di dalam kereta memandang cermin depan kereta dia nampak Zafril tersenyum lebar mengejek dirinya.Akhirnya Fika Farisya tersenyum sendiri.

‘Ibu…tak payah risau akan diri Fika.Fika tak kesunyian ibu’ detik hati Fika.





Bersambung... :D maaf FN lambat post sejak akhir2 ini....