Followers

Thursday 29 November 2012

KU PERCAYA ADA CINTA DI HATI PART 4




 
 Arina keluar sambil menolak trolinya yang sarat ke tempat letak kereta.Ketika dia terpandang keretanya,dia terus menolak troli menuju ke tempat letak kereta. Langkah kakinya dicepatkan supaya cepat sampai ke situ.Riak di wajahnya risau akan Fika.

Setelah Arina sampai di tempat letak kereta,dia langsung tidak ternampak kelibat Fika di situ.Arina mula memandang di sekeliling tempat letak kereta.Tiba-tiba dia terpandang susuk tubuh yang sangat dikenali sedang membelakanginya.

“Tu Fika,dia dengan siapa tu?” Arina mengerutkan dahinya.


Arina menyeberang jalan dan menuju ke arah gerai goreng pisang. Dia nampak Fika berbual mesra dengan seorang lelaki tua. Troli yang penuh tadi tinggalkan begitu sahaja di tepi kereta.


“Pakcik berapa semuanya?”.Fika bertanya sambil melemparkan senyuman mesra.


“Semuanya RM 6.00 nak”. Kata penjual pisang goreng.


“Nah. Baki selebihnya pak cik simpan lah ya”. Fika menyuruh pakcik yang menjual pisang goreng supaya tidak mengembalikan duit bakinya. Dia ikhlas memberinya.

“Eehh..tak boleh macam tu nak. Duit anak ini ada berbaki 4 ringgit ini.”

“Takpe pak cik saya ikhlas bagi duit baki tu dekat pakcik. Kalau pakcik tak nak duit tu pakcik bagi je kat anak pakcik yang nak beli Donut kat dalam Tesco itu.”

“Terima kasih nak. Semoga tuhan melindungi dan murah rezeki anak kelak”. Ujar pakcik penjual pisang goreng kepada Fika.

“Sama-sama pakcik,kalau macam itu saya minta diri dulu la. Nanti kawan saya tunggu pulak kat tempat letak kereta.”

Fika berlalu sambil tersenyum kepada penjual pisang goreng dan anaknya. Semasa dia hendak menoleh ke belakang dia terjerit kecil.

“Oh mak kau meletup! Kau ni Rina kalau nak berhenti tu cuba bagi bunyi sikit. Taklah kau buat aku terkejut. Nasib baik pisang goreng aku tak terjatuh ke tanah.  Kalau tak alamatnya kempunan  cacing-cacing dalam perut  aku nak makan.”

Sambil ketawa Fika menarik tangan Arina mengikut langkahnya menuju kereta. Arina yang melihat perubahan Fika terasa seolah-olah senyuman dan ketawa Fika hanya bagi menutup perasaan sedihnya. Berpura-pura ceria, ketawa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

 Dia sangat memahami sikap Fika yang satu ini. Arina hanya memandang Fika yang lincah memasukan semua barang yang mereka beli ke boot keretanya.

Ketika mereka berada di dalam kereta, suasana didalam kereta sunyi sepi. Mereka hanya di temani DJ radio  yang bising berceloteh sambil memutarkan lagu-lagu permintaan dari para pendengar. Arina memalingkan wajahnya sepintas lalu ke  arah wajah Fika yang sedang memandu.

Dia melihat wajah Fika kelihatan sangat tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi. Timbul persoalan di hatinya. Apa Fika tidak ada perasaan marah atau dendam kepada Ezery? Di mana Fika mendapat ketenangan itu? Tetapi sejak dia mengenali Fika,dia memang tidak pernah melihat Fika  marah atau menangis. 

“Dimana Fika mendapatkan ketenangan dan kesabaran selepas apa yang berlaku didalam Tesco tadi.” Arina menyoal dirinya sendiri. Pendek kata semua persoalan yang timbul di minda dijawab oleh dirinya sendiri.

Arina mula gelisah melihat semakin lama dia terasa kereta yang dipandu oleh Fika semakin laju.Dia dapat merasa denyutan jantungnya semakin laju. Dia memandang sekilas kepada Fika. Dia nampak betapa seriusnya wajah Fika ketika ini.

Kini apa yang dia takuti telah terjadi. Satu perangai Fika apabila dia dalam keadaan marah,dia akan membawa kereta dengan laju. Tetapi yang cukup mengerikan cara pemanduan Fika yang suka memotong jika kereta dihadapannya lambat atau lampu isyarat sedang kuning, dia akan menekan minyak untuk melajukan kereta sebelum lampu bertukar merah.

“Kurus  semangat aku kalau macam ini,” Gumam Arina.

Arina hanya mampu berdoa di dalam hati. Minta-minta mereka selamat sampai di rumah mereka di Taman Cahaya.

Tidak sampai setengah jam mereka telah tiba di hadapan rumah mereka. Padahal jarak Tesco dari rumah mereka boleh tahan jauhnya.

“Tengok aku dah cakap. Fika ini kalau bawak kereta laju-laju memang confirm  sampai cepat ke rumah,” hati Arina berkata-kata.



*************

Sampai saja di rumah, Fika terus keluar dari kereta menuju ke boot belakang dan mengambil semua barang, tanpa menghiraukan Arina yang berada di sebelahnya. Fika terus mengangkat semua barang yang di belinya tadi ke ruangan dapur.

 Arina mengekori Fika dari belakang dan menuju ke dapur, tapi belum sempat dia menuju ke dapur langkah kakinya terhenti apabila tendengar deringan telefon rumah berdering ketika itu. Dengan langkah malasnya Arina menuju ke sudut meja kecil yang di khaskannya untuk telefon rumah.

Helo..siapa di talian?” Lagak dah macam opereter pulak.

“Assalammualaikum…..Rina! Ini mama” ujar Puan Sri Qasidah Qaseh pada anaknya.

“Waalaikummussalam mama” ada apa mama telefon ni?”

“Rina, mana Fika?. Mama telefon dia tak dapat-dapat, kamu pun sama macam Fika. Mama telefon kamu tak berangkat, telefon Fika pula tak berjawab. Apa nak jadi dengan kamu berdua ni” marah Puan Sri Qasidah Qaseh pada anaknya.

Huurmm…..maaf mama, Rina punya handphone tertinggal tadi. Fiii….kaaa pulak handphone dia terjatuh dan pecah, alamatnya kena beli barulah untuk dia mama...” Arina cuba bergurau dengan mamanya.

“Pecah! Macam mana boleh pecah?” , tanya Puan.Sri Qasidah Qaseh.

“Jatuhlah mama, tak sengaja masa Fika langgar orang kot” ujar Arina selamba.

“Langgar orang? Habis orang yang Fika langgar tu cedera tak? Dekat mana? Kamu dengan Fika ada cedera tak? Nak mama pergi sana bawak kamu ke hospital?” Tanya Pn.Sri Qasidah Qaseh risau.

“Mama ni, tanya lah satu-satu. Ni tak , macam peluru je mama tanya soalan dekat Rina. Rina pun dah pening nak jawab yang mana satu soalan mama ”

“Bukan langgar pakai keretalah mama. Fika terlanggar orang tadi masa bercakap dengan mama. Itu  yang terputus talian, sebab Handphone dia terjatuh. Fika terlanggar orang tu dengan troli je mama dekat TESCO tadi. Orang tu tak apa-apa.” terang Arina pada mamanya.

“Okeylah mama, Rina nak tolong Fika kat dapur. Rina dan Fika baru balik dari Tesco ni mama. Kami nak masak, untuk makan malam kejap lagi. Mama janganlah risau, kami berdua  berada dalam keadaan yang baik dan sihat. Hujung minggu ni kami balik rumah ye mama.” ujar Rina kepada mamanya.

“Hurmm…lega hati mama bila dengar suara kamu dan penjelasan kamu tadi. Nanti kalau nak datang sini, telefon mama dulu tau. Boleh mama  suruh Mak Jah tolong mama masak makanan kegemaran kamu berdua.” kata Puan.Sri Qasidah Qaseh.

“Baik Madam berita faham, roger and out “, ujar Arina pada mamanya.

“Ada pulak roger and out . Hmmm….Assalammualaikum.”, ujar Puan Sri Qasidah Qaseh. Rina yang mendengarnya tersengih sambil menepuk dahinya sendiri.

“Waalaikummussalam mama, Rina sa.....yang......mama.” Ujar Rina mengakhiri perbualan dengan mamanya.

Arina melangkah ke dapur dan dia melihat Fika sedang membasuh sayur. Semua barang yang mereka beli tadi telah di masukan oleh Fika ke dalam peti sejuk. Arina mengeluh melihat perubahan Fika Najwa, jika ada masalah pasti gadis itu akan mendiamkan diri daripada meluahkan kepadanya. Arina terus memerhatikan Fika. Memang tidak dapat dinafikan kecekapan Fika di dapur. Baru sebentar tadi dia melihat Fika sedang membasuh sayur dan sekarang Fika sedang memerap  ayam  yang baru saja diperap dengan rempah.

“Tengok punyalah cepat dia buat kerja, walaupun hati dia sakit tapi masih boleh masak lagi,  kalau aku mahu sehari suntuk nak cari mood ceria” omel Arina antara dengar dan tidak. Arina masih terpaku di pintu dapur sambil memerhatikan segala tingkah laku  Fika Najwa tanpa gadis itu sedari.

‘Fika..aku kagum dengan kau, kalau aku mahu aku tak masak kalau hati aku tengah sakit or aku tengah sedih. Tapi kau sebaliknya, kau tetap masak walaupun hati kau tengah sakit. Aku kagum dan bangga dengan kau’ kata Arina dalam hati.




Bersambung :D.....

Wednesday 28 November 2012

MR OREO PART 5




 “Tak apalah.  Azzah okey. Nanti apa kata Lisa atau orang lain yang nampak kita. Apa pulak kata mereka nanti”

“Abang tahu Azzah sedih dan sekarang hati Azzah berbelah bagi. Memang Azzah akan berkhawin dengan pilihan Abang Muhklis, tapi kenapa susah Azzah nak buang abang dari hati Azzah. Sekarang ini hati Azzah cuma ingat abang ,hati Azzah cuma terpahat nama abang tak ada nama orang lain di hati Azzah sekarang. Kenapa? susah sangat nak lupakan abang?” luah Azzah.

“Azzah, Azzah sedar tak apa yang Azzah cakap ini?”

“Buat apa Azzah nak ingat dan pahatkan nama abang lagi sedangkan Azzah akan berkhawin tak lama lagi? Azzah nak buat dosa ke? Atau Azzah nak jadi isteri derhaka?” Hafiz cuba menerangkan tetapi Azzah tidak ambil pusing apa yang Hafiz ucapkan.

“Azzah yang akan tanggung semuanya, bang. Sekarang semua kenangan tentang kita datang balik semuanya macam dah melekat kat kepala ini macam mana Azzah nak lupa!” jerit Azzah. Hafiz mengeluh.

“Azzah tahu tak, suatu hari Iman Ghazali pernah bertanya pada salah seoarang muridnya apa yang paling jauh dari kita di dunia ini? Semua jawapan dari muridnya betul tapi ada satu jawapan yang tepat dari Iman Ghazali. Jawapannya ialah masa lalu. Sebab kita tetap takkan dapat dapat balik ke masa lalu walaupun apa yang kita buat. Jadi, Azzah kena berjaga hari ini dan hari-hari yang akan Azzah tempuh kelak dan setiap perbuatan mesti ikut landasan yang dan ditetapkan oleh-NYA. Kalau Azzah terus macam ini mengenang dan mengelamun tentang masa lalu kita Azzah akan berdosa pada suami Azzah kelak sekiranya Azzah sah menjadi isterinya..” Hafiz cuba menyedarkan Azzah”.

 Semakin banyak Hafiz berbicara dan berkata-kata, semakin menyucuk-yucuk tangkai hati Azzah.

“Azzah pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku abang nak Azzah tabah dan bersabar dalam menempuh ujian darinya. Insyallah Azzah boleh” kata-kata semangat dari Hafiz untuk Azzah.

“Abang...” tiba-tiba Azzah terdengar satu suara dari arah belakang yang memanggil Hafiz dengan manja dan sopan. Serentak itu Azzah dan Hafiz menoleh seorang gadis yang comel bertudung berdiri tidak jauh dari situ. Wajah gadis itu Azzah nampak layu, menunjukan yang di sedang mengantuk dan penat. Teka hati Azzah.

“Jomlah balik bang ,Lisa penat ini seharian abang bawak shopping dari pagi tadi jomlah bang”

“Mari sini kejap, abang nak kenalkan Lisa dengan seseorang” gadis itu menurut.

“Azzah ini Lisa” Hafiz memperkenalkan Lisa. “Lisa ini kak Azzah yang abang ceritakan kat Lisa”

“Oh ya? Apa khabar kak?” Tutur penuh sopan dari gadis tu. Lisa menghulurkan tangannya untuk bersalam. ‘Patut la abang cepat dapat pengganti aku baik budaknya siapa pun terpikat. Bisik hati Azzah.

“Baik akak sihat je” sambil menyambut huluran tangan gadis itu lalu tersenyum padanya. Senyum yang dibuat-buat. Azzah bagai hendak lari dari situ dia tak sanggup melihat Hafiz sudah ada pengganti dirinya.

“Maaf kak. Boleh Lisa ajak abang balik sebab Lisa penat dan mengantuk la kak penat sangat” Azzah mengangguk lemah. Matanya berkaca-kaca menghantar langkah Hafiz dan Lisa ke tempat pangking kereta.

********

          Pertemuan dengan Hafiz di Pantai Lido tempoh hari menambahkan lagi kelukaan dan kekecewaan Azzah. Mengingat setiap patah kata dari Hafiz bagai memukul dirinya sendiri. Sudah berapa hari dia mengurung diri didalam bilik sejak pulang dari bercuti. 

Pujukan dari Rina, Nadia dan Dhiya langsung tidak dipedulikannya. Dia terus menyendiri sambil melayan perasaan. Ketukan dipintu bertalu-talu dibiarkan sahaja. Sekejap Kak Rina bersuara memanggilnya.

“Azzah keluarlah, dik. Janganlah berkurung dalam bilik itu. Azzah kan nak khawin tak lama lagi nanti hilang pulak seri pengantin tu. Keluarlah kita bawak berbincang apa yang patut” Rina tidak jemu memujuk Azzah agar tidak berkurung dalam bilik. Azzah masih tetap membatu diatas katil. Memandang sepi ke arah pintu. Dia belum siap untuk keluar buat masa ini. Selang satu jam kemudian, Kak Rina megetuk pintu lagi.

“Azzah, ada bungkusan untuk Azzah ini dari Hafiz” sengaja Kak Rina menekankan nama Hafiz kuat-kuat biar Azzah tertarik untuk keluar dari biliknya. Azzah segera bangun dari katinya, sambil membetulkan rambutnya yang sedari tadi kusut-masai, dia melangkah perlahan-lahan ke arah pintu.

“YA-ALLAH” terperanjat Rina melihat wajah Azzah yang macam orang mati laki je.

“Eehhh Azzah kau ini nak jadi apa ini berkurung sampai muka Azzah, Kak Rina nampak dah macam zombie hilang laki pulak” Rina melihat wajah Azzah tak bermaya dan pucat. Tanpa bersuara, Azzah menyambut bungkusan dari tangan Kak Rina, lalu terus melangkah masuk sambil menutup pintu biliknya kembali. Azzah membiarkan Rina diluar tanpa ucap terima kasih.

‘Eehh sabar la wahai hati ku’bisik hati Rina. Rina hanya mampu menggeleng kepala lalu beredar dari situ. Azzah meletakkan bungkusan itu diatas meja solek dan merenung bungkusan itu dengan tangan yang terketar-ketar, Azzah menyiat balutan kertas minyak.

Terdampar didepannya selendang yang cantik dan berwarna putih dihiasi labuci yang cantik susun jahitannya, senaskah buku yang bertajuk ‘WANITA-WANITA YANG MENGHUNI SYURGA’ dan sepucuk surat yang terselit dicelah buku tersebut. Pantas Azzah mengeluarkannya.



Bersambung :D.....

Saturday 24 November 2012

MR OREO PART 4




 Hafiz tergamam. Dia menghela nafas yang panjang. “Abang tahu memang susah nak buang perasaan yang dah lama bertapak dan terpahat di hati kita. Abang juga mengaku yang abang tidak dapat nafikan yang abang masih mencintai Azzah. Tapi...sekuat mana pun perasaan kita. Kita tak boleh menghalang keputusan-NYA. Tak mungkin ada jodoh antara kita semua. Itu ujian untuk kita” tutur Hafiz lembut.

“Memang Azzah dah tahu dan tak ada gunanya Azzah masih mengharap lagi sememangnya cinta kita tak mungkin bersatu kelak. Cuma satu yang Azzah minta kat abang tolong jangan muncul depan Azzah lagi Azzah takut bila abang ada ada di depan Azzah, Azzah tak kuat. Azzah takut hati Azzah mula goyah balik.” Sebaik habis berkata-kata Azzah berpaling dan berlari masuk ke dalam rumah sewa Kak Rina. Membiarkan Hafiz yang terpinga-pinga di luar.

Azzah menangis semahu-mahunya. Deruman enjin kereta milik Hafiz kedengaran dan mula sayup-sayup meninggalkan pekarangan rumah sewa Rina. Hati Azzah merintih dan terluka. Esakan mula kedengaran di dalam bilik itu.

 ‘Maafkan Azzah, abang’ kata hati Azzah.

 Telefon bimbit Azzah sudah beberapa kali berbunyi dan Azzah hanya membiarkannya sepi tanpa menjawab. Sudah masuk kali keenam baru dia mencapai telefon bimbitnya. sambil melihat nombor yang tertera pada skrin, dengan teragak-agak Azzah menjawab panggilan daripada Hafiz.

“Assalamualaikum Azzah” terdengar suara mesra Hafiz menyapanya.

“Walaikumusalam.” Azzah menjawab dengan suara yang lemah. “Abang buat apa lagi telefon Azzah? Abang macam nak menyeksa jiwa Azzah je bang” sambung Azzah.

“Kenapa? Salah ke abang telefon Azzah sebagai kawan? Takkan sebab Azzah nak khawin, Azzah nak putuskan satu lagi hubungan yang kita dah terjalin lama. Hubungan persahabatan?” kata Hafiz.

“Abang! Azzah tak nak ingat semua tentang abang lagi!!” bentak Azzah. “Azzah tak nak bila Azzah dah jadi isteri orang Azzah tak boleh lupakan abang. Nanti Azzah berdosa pada suami Azzah bang” marah Azzah.

“Cara Azzah bercakap dengan abang macam orang yang berputus asa je. Azzah macam takut pada dua pekara yang akan menghantui Azzah sebab masih terkenang masa lalu dan takut menghadapi masa depan” duga Hafiz.

“Yea..memang Azzah takut nak membayangkan hidup Azzah bersama orang yang Azzah tak cinta. Azzah tak pasti sama ada hati Azzah masih boleh memupuk cinta untuk bakal suami Azzah. Azzah tak tahu macam mana Azzah nak hidup dengan dia kelak, kalau dalam hati Azzah hanya ada satu nama je yang terpahat di dalam hati Azzah” Azzah menyeka airmatanya yang meleleh.

“Azzah ....dengar kata abang, Islam melarang kita berputus asa. Orang yang kuat imannya tak akan risau,takut dan sedih sebab mereka percaya ALLAH itu Maha Pengasih dan rahmat-NYA ada di segenap alam dan kehidupan kita.”

“Abang tak payah nak bagi ceramah kat Azzah. Azzah ini bukan orang yang kuat iman macam abang”

“Azzah, abang cuma nak ingat Azzah niat abang baik. Jangan lah Azzah berputus-asa. Pasti ada hikmah disebaliknya. Dengar sini sayang, sayang yang abang kenal tak mungkin akan berputus asa macam ini”  sayang? Abang Hafiz ini memang sengaja mendera aku? bisik hati Azzah.

“Ingat tuhan banyak-banyak , Azzah Allah suruh kita jangan berasa takut menghadapi masa depan dan bersedih. Allah menyuruh kita gembira dengan memperolehi syurga yang telah dijanjikan-NYA” lancar Hafiz menerangkan satu persatu menunjukkan Hafiz benar-benar sebati dengam pegangan agamanya teguh. Semakin melimpah airmata Azzah di pipinya. Telefon bimbitnya melurut perlahan-lahan dari genggaman.

 Azzah menangis. Esakkan Azzah mula menyelubingi suasana bilik yang di huninya. Azzah langsung tidak peduli suara Hafiz yang sayup-sayup memanggil di corong telefon bimbitnya yang terdampar di atas tilam.


“Kak Rina, Nad tengok kerja si Azzah tu asyik menangis je nasib baik dia tak kerja kalau tak mahu linkup syarikat tu dia buat” ulas Nad.

Hisshh budak ini orang tengah sedih boleh lagi dia kritik. kang kena kat batang hidung sendiri baru tahu ingat senang ke nak lupakan orang yang dah bertahta kat hati kita” potong Rina.

“Kak Rina ini jangan la doakan Nad pun macam Azzah jugak. tak sanggup nad jadi macam Azzah tu. Minta-minta Nad tak jadi macam itu. Tak sanggup Nad nak berendam airmata je terus”.

“Tahu pun takut” Rina menahan tahu.

“Kak Rina Azzah nak pergi bercuti” secara tiba-tiba Azzah keluar dari bilik dengan beg pakaian yang akan berat. Dia mahu pergi bercuti dan membawa diri.

“Azzah nak pergi mana?” soal Kak Rina. Risau Rina melihat adik sepupunya.

“Azzah tak tahu lagi kak..tapi Azzah rasa nak tengok laut” beritahu Azzah sambil wajahnya ditundukkan. “Azzah pergi dulu.” Azzah bersalaman dengan kakak sepupunya sebelum beralih ke arah Nadia dan Dhiya.

“Azzah jangan la macam ini. Daripada Azzah bawak diri, lebih baik Azzah balik kampung lagipun Azzahkan nak jadi pengantin. Tak elok keluar sorang-sorang” Dhiya bersuara dan menghalang dari Azzah pergi.

“Tak apa lah Dhiya. Kau jangan risau. Aku dah besar pandai la aku jaga diri aku ini. Aku Cuma nak menyediri. Aku perlu waktu untuk menerima apa yang tersurat untuk aku jalani kelak. Aku nak cari ketenangan mental sebelum aku sah menjadi isteri buat suami aku nanti” suara Azzah tenang, tapi hatinya hanya ALLAh saje yang tahu.

“Lebih baik kau balik ke kampung, buat persiapan yang sepatutunya dan cuba berkenalan dengan bakal suami kau lagipun kau yang akan hidup dengan dia biarpun Abang Muhklis yang pilih kau berhak bertanya Azzah jangan jadi orang yang bisu dan pasrah macam ini Azzah” bentak Nadia yang tak tahan melihat sahabatnya seakan hilang pedoman dalam hidupnya.

“Nad, aku tahu kau sayang kat aku aku tahu korang sayang kat aku. Aku cuma minta kali ini je segala persiapan untuk perkhawinan aku biar la Abang Muhklis dan kedua orang tua aku yang buat kalau kau berat nak lakukan nya untuk aku. Cuma aku nak kau paham yang aku betul-betul perlukan ketenangan Nad. Aku mohon jangan halang aku kali ini. Aku janji aku akan jaga diri aku baik-baik dan aku masih waras dan tak pernah terfikir di fikiran aku nak mengambil sesuatu tindakan yang merugikan aku kelak. korang tenang aku masih ada pegangan dalam agama aku” Kak Rina, Nadia dan Dhiya tidak dapat menghalang Azzah lagi. Mereka mengiring langkah Azzah ke kereta bersama doa semoga Azzah selamat dan di lindungi -NYA walaupun di mana Azzah berada.

Azzah memandu mengikut gerak hati,kini tanpa di sedari yang dia memasuki lebuhraya menghala ke Johor Bharu. Azzah mengekalkan kelajuan pada 90km/j. Azzah memandu tanpa di temani oleh siapa-siapa hanya suara di corong radio. Akhirnya Dj memutarkan lagu tentang rasa nyanyian astrid.

Azzah ingat lagi lagu itu yang mengiringi ketika Hafiz menghantarnya pulang ke rumah setelah dia minta putus dengan Hafiz. Bait-bait lagu itu diikuti nyanyian bersama di dalam kereta
aku tersesat menuju hatimu

beri aku jalan yang indah

izinkanku lepas penatku

tuk sejenak lelap di bahumu

dapatkah selamanya kita bersama

menyatukan perasaan kau dan aku

semoga cinta kita kekal abadi

sesampainya akhir nanti selamanya

tentang cinta yang datang perlahan

membuatku takut kehilangan

kau titipkan cahaya terang

tak padam didera goda dan masa

dapatkah selamanya kita bersama

menyatukan perasaan kau dan aku

dapatkah selamanya kekal abadi

sesampainya akhir nanti selamanya

Azzah memberhentikan keretanya di tepi lebuhraya dan menghamburkan tangisannya sebaik sahaja lagu Tentang Rasa habis. Esakan tangisannya tak ada siap yang dengar. Lebih kurang empat jam perjalanan, Azza sampai di Johor Bharu. Melintasi Pandai Lido.

Selepas check-in di hotel, Azzah terus memerap didalam bilik. Berdiri ditepi tingkap menyaksikan keindahan Pandai Lido. Deringan telefon bimbit tidak di hiraukan.berkali-kali ia berbunyi.Azzah rasa terganggu kenteteramannya. Pantas Azzah mencapai telefonnya terus membuka bateri dan tanpa berfikir panjang dia mengeluarkan kad sim lalu di campak ke luar dari tingkap. Dia tidak perlu panggilan telefon dari sesiapapun. Biar sesiapa tidak dapat menghubunginya. Azzah benar-benar mahu bersendirian ketika ini.

Selesai menunaikan solat maghrib, Azzah mengantur langkah keluar dari hotel dan mula memandu ke bandaraya Johor Bharu. Dah lama dia tidak menjejaki ke sini. Dia dan rakan-rakan pernah ke sini bercuti beramai-ramai suatu ketika dulu.

Setelah puas meronda, Azzah berpatah balik ke Pantai Lido. Keretanya dipangkir di tempat letak kereta yang di sediakan. Kemudian Azzah mula mengatur langkah mendekati satu kerusi yang ada di situ. Air laut ketika tu nampak cantik disurami oleh lampu dari negara seberang tambak. Azzah mula mengenangkan saat-saat perkenalannya dengan Hafiz waktu di kantin UPM dulu. Airmatanya mengalir laju di pipi mengiringi setiap memori yang terlukis indah di ingatannya. Biar hatinya luka mengenangkan saat manis itu ,namun dia tidak mahu kehilangan saat indah bersama abang Hafiz. Hati kecil Azzah berbisik.

“Berani sorang-sorang duduk kat sini?” Satu suara menegur Azzah. Membuat Azzah tergamam. Azzah kenal benar suara itu. Hafiz! Pantas Azzah menoleh ke sisi.

 Memang benar tekaannya Hafiz muncul di sebelahnya. Ingin saje Azzah menerpa dan memeluk Hafiz saat ini namun dibatalkan niatnya. Tanpa di pelawa Hafiz melabuhkan punggung disebelah Azzah.

“Tak sangka abang jumpa Azzah kat sini” Azzah tidak menjawab. Dia sedang mengumpulkan kekuatan untuk bersuara.

“Abang cari Azzah, tapi Kak Rina cakap yang Azzah pergi bercuti nak tengok laut. Abang cuba call tapi tak angkat. Bila abang cuba balik suara perempuan lain yang jawab. Azzah nak tahu tak dia jawab apa” Azzah cuma tersenyum. Senyum terpaksa.

“Macam tak ikhlas je nak senyum dekat abang lagi?”

“Abang buat apa kat sini? abang datang sorang ke?”

“Tak abang datang dengan Lisa” Lisa? Tersentak Azzah sebelum bertanya lagi. “mana dia? Tak nak kenalkan kat Azzah ke?”

“Ada dalam kereta kat sana sebelah kereta Azzah.”

“Apa abang ini nanti dia kata apa pulak abang tinggalkan dia sorang-sorang kat sana.” Azzah cuba bergurau. Namun hatinya bagai terhiris ‘cepatnya abang cari pengganti diri dia’ bisik hati Azzah.

“Abang dah ajak dah tapi dia cakap dia malu nak jumpa Azzah. Kata dia tau, bukan abang. Abang dengan dia baru balik shopping ini pun abang nak hantar dia balik la ini tapi masa abang lewati jalan ini tadi abang macam nampak kereta Azzah tu yang abang nak pastikan tak sangka pulak betul yang Azzah ada kat sini.”

 Azzah tak sanggup mendengar bait demi bait yang keluar dari mulut Hafiz. Spotan Azzah menekup telinganya.

“Kenapa ini sayang?”

“Abang, baik abang pergi dari sini tinggalkan Azzah sorang dekat sini..balik bang! pergi balik!. Azzah nak bersendirian buat seketika. Tak elok abang ada kat sini bersama Azzah lagipun Azzah nak khawin tak lama lagi tak manis” ujar Azzah.

“Tapi abang tak sanggup nak biarkan Azzah sorang-sorang kat sini abang akut kalau jadi apa-apa kat Azzah” kata Hafiz.



bersambung :D.......