Followers

Friday 28 December 2012

BERILAH SAYANG PELUANG BAB 7




 OLEH:NUR DAEYA
“Abang..cepat selamatkan dia. Sayang takutlah, bang.”Nur Adriana keresahan. Waktu ini memang dia terlalu takut. Harap-harap Datin Zafiah tidak tahu apa yang terjadi pada Zeril Iskandar ketika ini.

Wan Zubair terasa hati dengan sikap tunangnya. Terlalu mengambil berat sangat akan lelaki itu. Kuatlah iman didada. Jangan tonjolkan cemburu. Nanti berlaku pergaduhan.

“Sayang, abang harap sayang tenangkan diri. Abang tak sukalah sayang terlalu ambil berat pasal dia. Abang cemburu tau tak? Please? Jangan ambil berat pasal dia. Abang tahu nak buat apa pada dia.”Wan Zubair bersuara tegas.

“Abang lakukan yang terbaik, ya? Sayang harap sangat-sangat.”rayu Nur Adriana.

“Abang akan lakukan yang terbaik kalau sayang ikut cakap abang. Sayang duduk situ diam-diam, abang nak masuk bilik pesakit. Duduk aje situ. Jangan nak pergi mana-mana.”pesan Wan Zubair. Walaupun hatinya terselit perasaan cemburu yang amat kuat, dia berjanji akan berusaha untuk menyelamatkan pesakit lelaki yang disebut tunangnya.

“Terima kasih, abang. Sayang abang.”ucap Nur Adriana dengan nada manja.

Tersentuh hati Wan Zubair tatkala tangan lembut Nur Adriana melekap di tangannya. Bagaikan satu renjatan elektrik yang mengalir dengan pantas. Dia tersenyum. Untuk Nur Adriana, dia akan lakukan yang terbaik.
“Abang masuk dulu. Jangan pergi mana-mana. Tunggu sehingga abang keluar.”Wan Zubair turut melakukan aksi yang sama. Mengelus lembut tangan tunangnya.

Nur Adriana mengangguk pantas. Dia akan menunggu! Menunggu sehingga kesihatan Zeril Iskandar kembali normal.

Sesudah itu, Wan Zubair meninggalkan Nur Adriana. Tugas sebagai seorang doktor bagi merawat pesakit yang berada dalam keadaan kritikal  perlu dilaksanakan segera.

Nur Adriana memandang Wan Zubair  yang pergi meninggalkan dirinya. Dia menunduk ke bawah lantai. Menyesal atas kelewatannya membawa Zeril Iskandar ke hospital. Jika tidak, perkara sebegini tidak akan berlaku.

Patut ke aku telefon Datin Zafiah pasal hal ini?

Kerana sakit yang ada pada Zeril Iskandar, fikiran Nur Adriana teramatlah rungsing!

****
Duduk bersendirian di kerusi berwarna hijau didepan bilik kecemasan membuatkan Nur Adriana terasa sepi. Tadi, puas dia bermanja dan bergelak ketawa dengan tunang tersayang, sekarang ini kegembiraan itu lenyap dengan serta-merta. Hanya kesedihan yang terpancar diraut wajahnya. Sememangnya kesedihan didalam hati tidak dapat dibendung lagi. Dia tidak betah menunggu disini tanpa menunggu jawapan yang pasti. Dia teringin sangat masuk ke dalam bilik kecemasan. Hatinya sebak tiba-tiba. Bagaimanalah keadaan Zeril Iskandar ketika ini? Adakah makin tenat ataupun sudah kembali normal?

Sementara menanti keputusan dari Wan Zubair, ada baiknya dia menggunakan peluang untuk berehat sebentar didalam kereta milik Zeril Iskandar. Kunci kereta Lamborghini Aventador itu masih setia didalam poketnya.

‘Hmm..baik aku tidur dulu. Badan terasa letih teramat sangat ni. Dari petang tadi tak dapat rehat. Kalau dapat tidur kat kereta Zeril, mesti nyenyaklah. Ada aircond lagi tu.’gumamnya sendiri.

Nur Adriana bangun dari kerusi berwarna hijau itu. Seketika, dia merenggangkan bahu dan ototnya yang agak lemah. Sudah tiba masanya untuk dia berehat. Dia memandang pintu bilik kecemasan yang masih ditutup rapat. Mungkin mengambil masa yang agak lama untuk dia mengetahui apa sebenarnya penyakit yang dialami Zeril Iskandar.

Dalam dia merenggangkan otot-ototnya yang sengal itu, dia terdengar sayup-sayup suara dari belakang. Seakan ada dua orang yang sedang berbisik dibelakangnya. Dia mengalih pandangannya ke belakang, namun tidak kelihatan apa-apa. Dari mana pulak datang suara itu?  Entah-entah, dia yang mengelamun sendiri tak? Mana ada orang awam yang datang ke sini? Kalau dekat bahagian lobi utama Bahagian Kecemasan ini, memanglah riuh dengan suara-suara dari tetamu yang datang  ke sini.

‘Aku ni dah mamai kot.’ Nur Adriana mengetuk kepalanya.

Apabila kakinya baru melangkah setapak, dia mendengar lagi suara dari belakang. Dia jadi takut. Matanya dikerling ke kiri dan kanan. Hospital ni ada hantu ke?  Setahunya, penjara yang selalu ada hantu. Itu pun dibilik hukuman gantung bagi pesalah.

Nur Adriana perlu keluar dari sini sekarang juga! Perasaan takut kian menebal dalam diri. Dia menderapkan kakinya selaju mungkin. Tidak mahu menoleh ke belakang. 

Nur Aisyah dan Fatyn yang berada disebalik dinding sama-sama mengeluh. Inilah padahnya jika menyorok dilorong yang sempit ini. Semata-mata untuk mendengar perbualan diantara doktor Wan Zubair dan perempuan itu, mereka berdua sanggup untuk memerhati pasangan itu bercakap.

“Haa..Kau tengok, dia dah lari. Kau lah, suara kuat sangat!”marah Fatyn pada Nur Aisyah. Tahu yang kawannya cemburu melihat pasangan itu berpegangan tangan.

“Aku bukannya sengaja nak cakap kuat-kuat sampai dia boleh dengar. Aku  tak tahu pulak yang dia tu jenis penakut. Kau jangan nak salahkan aku pulak.”balas Nur Aisyah dengan nada yang sama seperti Fatyn. Masing-masing tidak mahu mengalah.

“Lain kali kalau kau nak dengar perbualan orang secara senyap-senyap, mulut kau kena zip kan dulu. Ini tidak, cakap sampai orang tu boleh dengar. Lain kali jangan buat macam tu tau. Kalau tidak, aku tak nak follow kau bila kau ajak aku dengar perbualan orang secara rahsia.”Inilah aktiviti harian mereka. Ada sahaja perkhabaran yang tidak elok didengar, mereka akan cepat-cepat menerjah. Selalunya yang menjadi mangsa, doktor Wan Zubair. Nur Aisyah memang tak boleh dengar kalau ada perempuan yang rapat dengan doktor hensem itu. Pasti dia akan mengajak rakan sekerjanya, Fatyn untuk melihat sendiri apa yang doktor Wan Zubair bualkan.

“Suka hati aku lah nak cakap ke tak. Dia kan kekasih gelap aku. Takkan aku nak biarkan dia orang berpegangan tangan sampai macam itu sekali. Haram tau tak!”luah Nur Aisyah tidak berpuas hati.
“Bila masa pulak doktor Wan Zubair cakap kau kekasih gelap kau?”Mencerlung mata Fatyn apabila mendengar kenyataan tidak munasabah dari Nur Aisyah.

“Dia tak cakap, tapi aku yang cakap”.balas Nur Aisyah dengan bangga.

“Eeii..ada jugak aku cakap dengan Amar nanti. Kejap lagi aku suruh Amar datang jemput kau. Nak tak?”gertak Fatyn. Biar padan muka Nur Aisyah. Memandai betul perempuan ini. Dah jadi tunang pun masih nak suka kat orang lain. Doktor pulak tu!

“Cakaplah! Macam dia datang pagi-pagi buta ni.”Nur Aisyah mencebik. Dia berpeluk tubuh.

“Oh. Kau nak tengok dia datang sini, boleh aje. Sekejap. Aku call dia”. Fatyn menyeluk poketnya yang mengandungi telefon bimbit. Dia memang pantang dicabar. Ada orang yang mencabar, dia tidak akan sekali-kali mengalah.

Nur Aisyah mula takut dengan ugutan dari Fatyn. Nampaknya Fatyn benar-benar serius! Aduhai..kalau betul lah Fatyn hendak menelefon Amar, memang perang dunia kedua akan meletus semula! Mesti berlaku pergaduhan diantara dia dan tunangnya. Dia tidak mahu semua itu berlaku! Sebaik-baiknya dia perlu merampas telefon Fatyn agar rakannya tidak menghubungi tunangnya.

Belum sempat Fatyn melekap telefon ditelinga, Nur Aisyah sudah merampas telefon Fatyn . Terkejut beruk Fatyn dibuatnya!

“Woi! Yang kau rampas telefon aku, apahal? Bak sini telefon aku balik!”Fatyn berang.

“Tak nak!! Nur Aisyah menjelir lidah. Lantas, dia berlari anak meninggalkan Fatyn yang masih terkaku di depan bilik kecemasan itu.

“Nur Aisyah!!”jerit Fatyn kuat. Dia pun mula mengejar Nur Aisyah. Berani betul dia rampas telefon aku!

***
Nur Adriana melabuhkan punggungnya ditempat pemandu yang dibawa sebentar tadi. Enjin kereta dibuka bagi  Air cond memenuhi ruang dalam kereta ini. Akibat terlalu takut mendengar suara yang mendebarkan hatinya sebentar tadi, dia terus masuk ke dalam kereta. Memang dia tidak betah untuk berlama-lama didepan bilik kecemasan itu. Menakutkan!

Kerusi pemandu dibawahkan sedikit supaya dia dapat berehat . Walaupun tidaklah selesa seperti diatas katil namun itulah tempat yang dia ada untuk merehatkan diri. 

‘Argh! Rindunya katil kat rumah’. Gumam Nur Adriana sendiri.

Dia memejamkan mata. Dua jam lagi,azan subuh akan berkumandang. Lebih baik dia tidur dulu. Badannya perlukan rehat. Dari tengahar tadi dia tidak dapat merehatkan diri. Dah dapat tidur ni, baik dia rehat sepuas-puasnya.

Dengkuran halus mula meniti dibibirnya..

****
Serius perbincangan diantara Wan Zubair dan doktor pakar didalam bilik kecemasan. Ketika itu, Zeril Iskandar masih tidak sedarkan diri. Fikri Johari disuruh Ketua Jabatan Unit Kecemasan dan Trauma, Prof. Dr. Azmi memintanya agar meletakkan ubat pengembangan salur darah (GTN) dibawah lidah Zeril Iskandar.
“Doktor Wan, semasa saya memeriksa dada pesakit sebentar tadi, saya dapati denyutan jantung pesakit ini  agak luar biasa. Jantungnya berdengup antara 350 hingga 700 kali seminit.” Serius Prof. Azmi berkata.
Wan Zubair terperanjat mendengar kenyataan dari Perunding dihadapannya. Dia turut merasa dada Zeril Iskandar. Sememangnya denyutan lelaki itu amat luar biasa.

“Kemungkinan besar, pesakit ini menghidap strok.”ujar Prof. Azmi tanpa berselindung lagi.

“Strok?!” Lagilah Wan Zubair terperanjat. Dipandang lama wajah lelaki yang bersama Nur Adriana tadi. Tergeleng-geleng kepalanya.

“Jangan terperanjat, Doktor Wan. Ini adalah sebahagian daripada simptom serangan strok.”Prof. Dr. Azmi memegang bahu Wan Zubair. Menenangkan doktor muda itu.

“Kalau macam tu, pesakit ini akan lumpuh lah ya?soal Wan Zubair ingin tahu.

“Kemungkinan besar akan pesakit ini akan lumpuh. Tapi saya akan melakukan pemeriksaan kembali, samada pesakit ini akan lumpuh sebelah tubuh ataupun keseluruhan badan. Nasib baik dia dibawa ke hospital dengan lebih awal. Jika tidak, pesakit ini akan maut.”

Wan Zubair menarik nafas lega. Nur Adriana sepatutnya diberikan pujian kerana membawa lelaki ini ke hospital. Patutlah Fikri Johari menyatakan padanya yang lelaki ini mengalami denyutan jantung yang amat kuat. Tidak normal rupanya jantung lelaki ini.

Prof. Dr.Azmi merasa denyutan jantung di dada Zeril Iskandar. Nampaknya, denyutan pada  jantung Zeril Iskandar masih tidak berubah.

“Doktor Wan, boleh saya berjumpa dengan ahli keluarga pesakit? Ada benda yang saya ingin bincangkan pada mereka.”soalnya sambil tersenyum. Hilang riak seriusnya tadi.

“Err..actually, pesakit ini tidak membawa ahli keluarga, doktor. Pesakit ini datang dengan kawannya.”jawab Wan Zubair tanpa sembunyi.

“Awak kenal pesakit ini?”Tangan Prof. Dr.Azmi ditujukan pada Zeril Iskandar.

“Saya tidak kenal pesakit ini, Prof. Tetapi, saya kenal kawan pesakit ini.”kata Wan Zubair.

“Oh, Great!”Prof. Dr.Azmi tersenyum.”Temukan saya dengan dia. Ada sesuatu yang saya ingin katakan pada dia. Kawan dia tu lelaki ke perempuan?”suara doktor itu bertukar teruja.

“Perempuan, Prof.” kata Wan Zubair dengan suara yang kendur.  Cemburu dia datang lagi!

“Wow! Bagus ni. Tapi nak buat macamana, selepas ini saya kena balik rumah. Seharian berada didalam wad kecemasan ini membuatkan tenaga saya agak lemah. Better saya pulang ke rumah sekarang. Nanti apa pulak kata isteri saya.”Prof.Dr.Azmi ketawa kecil.

Wan Zubair mendengus geram. Dah ada isteri pun masih nak tackle tunang orang. Tak sedar diri! Harap saja pangkat tinggi, akal hilang entah ke mana.

“Saya rasa, lebih baik saya terangkan pada dia sendiri. Mungkin dengan ini, dia akan memahami apa yang saya katakan.”jelasnya lagi.

“Awak adarelationshipdengan perempuan itu ke?”

“Yup! Perempuan itu tunang saya.”ujar Wan Zubair dengan senyuman terukir dibibir. Pengakuan berani itu mengejutkan Prof.Dr.Azmiyang sedang membetulkan stetescopedi leher.

“Err..tunang awak?”Prof.Dr.Azmi berasa malu sendiri.

“Benar. Dan saya sangat sayangkan tunang saya.”kata Wan Zubair penuh semangat.

“Nanti dah kahwin, jangan lupa jemput saya ya.” Prof.Dr.Azmi membuka sarung tangan berwarna putih ditangan lalu dibuangkan ke dalam tong sampah kecil yang berhampiran dengan laci katil pesakit.
“Saya pasti jemput Prof.”penuh yakin Wan Zubair menjawab.

Mereka berdua ketawa serentak didalam bilik kecemasan itu.

Tanpa diduga, sedang mereka bergembira, badan Zeril Iskandar bergerak. Naik turun badan Zeril Iskandar. Mereka berdua terpana!

“Doktor Wan, pesakit ini sudah mula sedar. Tapi kenapa badannya bergerak pantas?”Prof. mula kelam-kabut. Wan Zubair bertambah kalut. Ingatkan mereka boleh membiarkan pesakit ini lena sehingga keesokkan harinya.

“Fikri Johari. Awak berikan saya alat renjatan elektrik. Dia tidak stabil sekarang ini.“kata Prof dengan  muka yang mula serius. Perkara sebegini tidak boleh dilengahkan. Kenapa tiba-tiba pesakit ini nafasnya turun naik?
Fikri Johari yang sudah gelabah itu cepat-cepat memberikan alat renjatan elektrik kepada Prof. Dr.Azmi. Dia menjadi takut. Selama dia bekerja menjaga pesakit yang dalam keadaan kritikal ini, tidak pernah sekalipun dia berjumpa dengan pesakit yang tiba-tiba. Apa yang menyebabkan dia menjadi begini?

Sepanjang perbualan dengan doktor Wan Zubair, matanya memerhati tindak-tanduk pesakit ini. Pada mulanya, dia melihat sedikit pergerakan pada mata pesakit. Itu menunjukkan tanda positif pada pesakit yang dia akan kembali normal. Apa yang menyebabkan badan pesakit ini turun naik yang menjadi persoalan. Mungkinkah ada kaitan dengan perbualan nya dengan doktor Wan Zubair sebentar tadi?

“Okay, Doktor Wan. Awak pegang tangan kiri pesakit ini dan awak pulakFikri, pegang tangan kanan dia. Tahan tangan dia supaya tubuhnya tidak jatuh.”Wan Zubair dan Fikri Johari akur dengan arahan yang diberikan.

“Saya akan lakukan renjatan elektrik padanya, sekarang. 1…2…3 mula!”kata Prof.Dr.Azmi sedikit kuat. Renjatan elektrik itu dilekapkan ke dada Zeril Iskandar.

Badan Zeril Iskandar terangkat dengan sendiri apabila renjatan elektrik itu berlaku ditubuhnya. Prof.Dr.Azmi sedaya upaya melakukan yang terbaik agar pernafasan Zeril Iskandar kembali normal.

“Lagi sekali Prof, nafasnya masih lagi lemah.”Wan Zubair pula yang menjadi takut melihat Zeril Iskandar dalam keadaan tenat.

Sekali lagi Prof.Dr.Azmi melekapkan renjatan elektrik didada Zeril Iskandar. Namun, cubaannya tidak berjaya. Prof meletakkan alat renjatan elektrik itu ke tempat asal. Dia hampa. Ini pertama kali dalam sejarah kerjayanya, dia tidak berjaya memulihkan pesakit. Selama di unit kecemasan ini, pesakit yang dalam keadaan tenat berjaya diselamatkan. Dia mengeleng-gelengkan kepala.Diraup kepalanya. Tanda kecewa .

Wan Zubair melepaskan tangannya. Nampaknya, lelaki ini masih tidak sedarkan diri. Dia merapati Prof.Dr.Azmi yang kelihatan kecewa.

“Prof…kenapa tak teruskan?”Wan Zubair bertambah kalut. Mata Zeril Iskandar sudah terpejam. Adakah ini pengakhirannya?

“Doktor Wan. This is my first time in my career, I’ve ever seen such patients like this. I was very disappointed when the patient is still not aware.”luah Prof.Dr.Azmi dengan nada kesal. Tangannya  melekap di dinding.

That means, pesakit ini akan mati?”bergetar suara Wan Zubair.

“Betul. Harapan pesakit ini cuma tinggal 50-50 sahaja.”kendur suara Prof.Dr.Azmi.

Wan Zubair terdiam. Jauh di sudut hati, dia berasa kasihan dengan Nur Adriana. Penat tunangnya membawa pesakit ke sini untuk pemeriksaan lanjut, ini kesudahan yang diperolehi.

“Kita perlu beri semangat pada dia semoga kesihatannya pulih seperti sediakala. Walaupun harapan hanya 50-50, kita cuba juga. Harap-harap ada keajaiban yang berlaku selepas ini.”

“Insyallah, Prof. Saya harap akan ada sinar buat pesakit ini. Kalau dalam masa beberapa jam lagi dia tidak sedar jugak, nampaknya kita terpaksa hentikan jantungnya.”ujar Wan Zubair
Wan Zubair memandang muka Zeril Iskandar yang dari tadi terpejam. Pucat wajah pemuda ini.

‘Kesiannya dia…’



bersambung... :D
psstt... eya harapkan apa yang ditulis ini akan difahami oleh pembaca semua..

















Thursday 27 December 2012

PULANGLAH PADAKU BAB 9




 OLEH:NUR DAEYA
 
Airmata tuanya jatuh buat kali kedua. Baginya, apa yang didengar  tadi amat memeritkan hatinya. Seorang perempuan yang dianggap seperti cucunya sendiri telah bercerai tanpa pegetahuannya. Tambah memilukan, dua orang yang disayangi diberhentikan kerja pada hari yang sama! 

“Apa semua ni, Ray?”merembes airmata Puan Hadijah tanpa henti. Terkaku Rayyan ditempat dia berdiri. Aduhai. Ini semua kesalahannya. Bercakap kuat-kuat sehingga orang luar boleh dengar.

“Nek..Ray minta maaf sebab membelakangkan nenek dalam hal-hal yang berkaitan Dhia. Ray tak nak nenek kecewa dengan apa yang Muzaffar telah buat. Rayyan serba-salah sekarang ini bila tengok Dhia jadi begitu. Kehidupannya bertambah perit. Ingatkan Ray nak beritahu nenek masa Ray baru balik dari outstation tu. 

Tapi bila Ray lihat nenek masuk bilik Ray dan tengok album Ray, perkara itu tak jadi nak maklumkan pada nenek. Semuanya hilang begitu sahaja.”panjang lebar Rayyan menjawab.

“Kesian, Dhia. Muda-muda lagi dah jadi janda.”keluh Puan Hadijah. Airmatanya diseka Rayyan yang berdiri dihadapannya.

“Ini pun salah Ray jugak, nek. Ray terlalu rapat dengan Dhia sehingga Muzaffar sudah berfikiran negatif.”
“Ray, kamu rapat dengan Dhia tidak salah. Tetapi ada hadnya. Mungkin Muzaffar bila tengok kamu berdua terlalu rapat sangat hingga cemburu menguasai dirinya, itu yang sampai ke tahap penceraian.”balas Puan Hadijah lagi.

“Muzaffar tengok melalui CD, nek. Itu yang membuatkan dia menceraikan Dhia tanpa usul periksa.”jawab Rayyan berterus-terang.

“CD? Dari mana dia dapat CD itu?”Puan Hadijah merasa aneh.

“Itu Ray tidak pasti. Ray tak sangka ada orang rakam perbualan kami masa di hotel kelmarin. Dhia yang beritahu Ray tadi.”

“Nenek dengar Dhia dapat CD dari seorang lelaki yang tidak dikenali. Siapa lelaki itu?”soal Puan Hadijah. Ingin tahu.

“Itu Ray tak berapa pasti. Tapi Ray rasalah, CD itu mesti salah seorang dari kawan Muzaffar. Dia yang hantar pada Dhia tadi. Mahu tunjukkan pada Dhia kesalahan yang dilakukan sehingga wujudnya perceraian itu.”

“Ada lelaki hantar CD pada Dhia? Huh! Apa motif Muzaffar sebenarnya?

“Ray tahu itu adalah satu muslihat dari Muzaffar sendiri untuk melihat Dhia sengsara selepas mereka bercerai. Mungkin Muzaffar tidak berpuas hati melihat ketenangan yang ada pada diri Dhia selepas diceraikan secara drastik.

“Muzaffar memang dah berubah! Dulu masa kecil, selalu nenek ajak dia duduk rumah ini. Main-main dengan kamu. Bila dah besar, perangai dia tak macam dulu dah. Makin teruk!

“Jadi, apa yang kita perlu buat supaya Muzaffar tidak menganggu ketenteraman Dhia lagi nek? Ray takut Muzaffar akan lebih berdendam pada Dhia.”

“Dhia sebenarnya tidak bersalah dalam hal ini. Muzaffar yang berfikir bukan-bukan. Sekarang ini, Muzaffar dah kahwin dengan Mariana, pembantu peribadi dia.”

“Apa? Mariana? Si perempuan jalang tu?”

“Uiks, nenek kenal dia?”Wah! Neneknya memang pakar dalam bab-bab mengetahu hal orang ni.

“Mana pulak nenek tak kenal dia. Dia kan teman wanita Adam Muhammad, kawan kamu masa kat universiti dulu.

“Adam Muhammad?”Itu memang kawannya. Agak lama juga dia tidak berjumpa dengan lelaki itu. Kali terakhir mereka berjumpa sewaktu.

“Aah, Adam. Dia tak khabarkan dekat kamu ke yang dia ada teman wanita  yang namanya Nur Mariana? Kamu kata tadi dengan nenek kamu keluar tengah malam kan? Tak jumpa ke si Adam tu?”

“Dia tak ada semalam, nek. Dia pergi luar negara. Nak ambil angin katanya.”

“Huh! Dia mesti frust menonggeng bila Mariana kahwin lain, sebab tu dia pergi ambil angin kat luar negara. Muzaffar ni tak selidik betul-betullah dengan siapa dia berkahwin. Patutnya dia berfikir dua kali sebelum kahwin dengan perempuan jalang tu”.

“Habis tu, macam mana sekarang, nek? Takkan kita nak biarkan Muzaffar tu?”Rayyan mahu tahu pendapat dari neneknya pula.

“Kita tunggu dan lihatlah. Nenek ada satu rancangan.”kata Puan Hadijah dengan bangga.

Dalam diam, Rayyan memuji neneknya yang mengambil berat akan hal yang berkaitan sahabatnya. Nenek memang dahsyat!

“Nenek rasa, patut ke Ray bawa Dhia jumpa si Muzaffar tu?”tanya Rayyan. Dia perlukan pendapat neneknya. 

Nenek mengangkat tangan kemudian digerakkan jari telunjuknya. “Tidak perlu. Ray tak payah bersusah payah nak mengadap lelaki keparat itu. Biar nenek yang uruskan semuanya. Dia menyesal tak nak buat lagi.
Jelas kerisauan terbit diwajah Rayyan. Apa yang nenek nak buat sebetulnya? Takkan dia nak bertumbuk kot?Eh! Mana boleh! Nenek kan dah tua, nak pukul orang pun tak mampu. Setakat piat telinga dan cubit tangan itu dikira boleh lagi. Hmm..risau-risau.

“Lepas ni, Ray nak jumpa Dhia. Ray nak minta keizinan dari nenek untuk keluar. Nenek bagi tak?
“Ray nak jumpa Dhia? Buat apa?

“Ray cuma risaukan keadaan Dhia. Dia tengah berehat kat ruma. Katanya, dia sakit kepala. Jadi Ray nak lawat dia bagi memastikan kesihatan dia tak adalah teruk sangat. So, macam mana, nek? Boleh tak?

“Pergilah. Nenek izinkan. Tapi ingat!”suara Puan Hadijah bertukar tegas. Rayyan tersentak.

Gulp! Nenek dah bagi amaran. Rayyan menelan air liur.

“Jangan nak mengatal jumpa perempuan lain. Nenek dapat tahu, siap kamu!”amaran tegas dari nenek membuatkan air liurnya tersekat dikerongkong. Jangan main-main dengan amaran nenek. Kalau tak ikut, nahaslah!

“Ya, nek. Nenek kena percaya dengan Ray. Ini cucu nenek lah. Mana boleh ingkar arahan!”balas Ray dengan bangga.

“Hah! Tahu pun! Pergi rumah Dhia tu balik pukul berapa?”Aduh! Perangai nenek inilah yang dia paling tidak suka. Asyik nak ambil tahu hal orang lain sahaja.

“Aik? Ray belum pergi dah tanya balik pukul berapa? Nenek ni..Ray belum nak pergi lagilah. Mandi pun belum, nak pergi rumah Dhia buat apa? Ray rasa malam nanti kot Ray nak keluar.”jawabnya.

“Malam? Kenapa nak pergi waktu malam? Sekarang tak nak pergi ke?

“Hmm..tak kot. Ray nak duduk lama sikit kat rumah Dhia. Rindu nak pergi rumah dia.”

“Hish, budak ni! Rumah sendiri ada, nak rindu kat rumah orang buat apa?”kata Puan Hadijah dengan nada tidak berpuas hati. Rumah sebegini besar, nak rindu kat rumah dua tingkat tu buat apa?

“Ala, nek. Sekali aje. Lepas ni Ray tak rindu rumah dia. Ray rindu rumah ini sahaja.”gurau Rayyan.

Yalah..yalah. Tapi ingat apa yang nenek cakap tadi. Jangan sesekali pergi jumpa perempuan lain. Kalau kamu nak kena piat telinga kamu kuat-kuat, kamu buatlah! Nanti nenek potong telinga kamu!

“Ish nenek ni! Potong telinga Ray buat apa. Tak sayang Ray ke?”

“Nenek sayang. Sayang sangat-sangat.”Puan Hadijah menjengilkan mata. Rayyan ketawa besar. Kelakar melihat mata nenek yang membulat itu.

Sudahlah dari melayan kamu, baik nenek pergi solat asar dulu. Lepas ni nenek nak keluar, nenek hendak bertemu seseorang.”Puan Hadijah tersenyum manis.

“Amboi, nek. Senyum-senyum ni..nak jumpa pakwe ya?”Rayyan tersengih-sengih. 

“Aip! Apa Ray ni. Nenek dah tua nak ada pakwe? Tolong sikit! Nenek setia pada yang satu tau. Hanya atuk dihati nenek. Tak ada yang boleh lawan atuk kamu.”

“Fuh! Nenek jiwang.”Rayyan ketawa lagi.

“Jiwang? Tak ada maknanya. Dahlah, nenek keluar dulu. Layan kamu lebih-lebih, boleh gila nenek kat sini.
“Hah, nenek keluarlah. Pintu tutup rapat-rapat ya, nek. Rayyan nak mandi.”

“Mandi aje? Sembahyang?”perli Puan Hadijah. Dia menekan perkataan sembahyang.

“Err..”Rayyan tergagap-gagap. Hah! Soalan ini paling susah nak dijawab. Nenek ni, dah tahu orang ‘kurang’ dalam bab tu, lagi dia nak tekankan perkataan tu. Dahlah susah nak jawab soalan tu.

Secara jujurnya, Rayyan akui dia memang kurang dalam bab sembahyang. Bila tiba waktu solat sahaja, dia akan sengaja buat-buat tidak tahu. Tak mengapalah bila dah kahwin nanti, dia akan belajar sikit-sikit tentang solat. Walaupun solat lima waktu ditinggalkan, namun solat jumaat tidak dia tinggalkan. 

“Nenek, Ray mandi dululah.”Rayyan menukar topik. Sengaja soalan nenek tidak dijawab.

“Mengelaklah tu. Nenek keluar dulu lah ya.”Puan Hadijah keluar dari bilik Rayyan dan terus menutup pintu bilik cucunya

“Horayy!! Nenek nak keluar!”Rayyan meloncat-loncat kegembiraan. Petang ini dia boleh buat apa yang dia suka.

****
Mariana mendengus geram. Kerja yang berlambak diatas meja terbengkalai. Gara-gara perempuan yang dibenci mengetahui semua rahsianya. Apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur. Dan dia menyesal sangat kerana membuat perkahwinan secara besar-besaran. Patutnya dia membuat kenduri kecil-kecilan di rumah Muzaffar.

“Hish! Perempuan tu memang nak kena dengan aku. Oh..dah pandai nak mengugut aku. Ingat aku takut kalau kau sebarkan pada semua orang yang ada dalam syarikat ini? Huh! Aku tak takutlah. Kalau aku beritahu Muzaffar yang kau masuk dalam pejabat ni, tak pasal-pasal kena fired!

Muzaffar yang tidak keluar bilik sejak dari pagi tadi terus keluar. Ingin berjumpa isterinya.

Apabila pintu bilik ditutup. Muzaffar terkejut melihat meja isterinya yang sedikit berselerak. Mukanya merah membahang.

What’s wrong with you, Mariana?”jerkah Muzaffar. Moodnya memang tidak begitu baik hari ini. Pekerja yang berada disekitar mereka hanya tunduk membisu. Meneruskan kerja masing-masing.

Mariana terkejut. Mukanya serta-merta ditundukkan. Rasa bersalah menghantui diri. 

“Encik Muzaffar..maaf. Saya tak perasan encik Muzaffar keluar dari bilik. Ada apa bos?”Nafasnya ditarik sedalam mungkin. Memang nahaslah kau, Mariana! Dah lewat petang macam ini pun Muzaffar masih dalam keadaan tiada mood.

“Saya tanya awak, awak tanya saya balik? What’s wrong with you, Mariana?”

“Err..maafkan saya, encik Muzaffar. Saya tidak tahu apa salah saya.”takut-takut Mariana memandang wajah suaminya.

“Tak tahu apa salah awak?”Mata Muzaffar membulat. 

Mariana mengerling ke kiri ke kanan. Nampaknya, pekerja yang berada di sini semua memerhatikannya. Malunya aku…

“Kenapa meja awak bersepah macam tongkang pecah? Tak reti nak kemas ke?”jerit Muzaffar tanpa menghiraukan pekerja lain yang memandang tingkahnya.” Hish! Aku cukup pantang betul bila bersepah macam ini.”Muzaffar bercekak pinggang. Marahnya makin memuncak. Semuanya gara-gara Rayyan dan Dhia tidak hadir ke pejabatnya.

“Saya..err..saya”.tergagap-gagap Mariana menuturkan kata. Sesungguhnya Muzaffar terlalu kejam hingga memalukan dirinya.

“Aku tak kira, hari ini aku nak kau balik lewat malam! Siapkan kerja yang tertunggak. Selagi kau tak siapkan kerja kat atas meja kau ni, aku takkan benarkan kau balik, faham?”jeritnya lagi. Muzaffar memberi amaran keras pada isterinya.

Muzaffar terus berlalu pergi tanpa memandang wajah Mariana yang kelihatan tersentap dengan riak wajahnya.

Mariana seperti ingin mengalirkan airmata apabila mendengar ayat Muzaffar yang agak keras ditelinganya. Dia bangun dari tempat duduknya.

“Kenapa dia buat aku macam ini? Sedihnya hati”. Dia menekan dadanya. Ayat dari suaminya memberi impak di hatinya. Terlalu sedih.

“Mariana, kau okay tak ni?salah seorang pekerja yang berdekatan dengan tempat duduk Mariana datang ke meja yang didudukinya.

“Kau pergi! Jangan ganggu aku!!”Mariana pula yang menjerit. Kawan sepejabatnya terkejut. Dia pulak yang kena marah. Segera dia kembali ke tempat asal. Orang nak pujuk, dia pulak yang nak marah-marah. Macam hebat sangat!

Mariana mencampakkan fail diatas meja ke bawah lantai tanpa rasa bersalah. Dia berlari anak masuk ke dalam tandas.  Membiarkan fail dilantai tanpa mengambilnya kembali.

***
Didalam tandas, Mariana berulang kali membasahkan muka tanpa henti. Membiarkan air paip mengalir keluar dari singki. Rambut depannya basah terkena air. Ditatapi mukanya dihadapan cermin. Ada segelintir pekerja dari department lain yang masuk ke dalam tandas wanita itu hanya memerhatikan kelakuan anehnya.
“Aku masih bersabar dengan kau, Muzaffar. Tetapi, kenapa kau tidak memberikan aku peluang untuk mencintai kau? Apa salah aku?” jerit Mariana kuat. Terketar-ketar bibirnya menahan sebak di dada.

 .Dipandang teliti dirinya dicermin tanpa menghiraukan pekerja lain yang sedang membisikkan sesuatu dibelakangnya. Dia boleh melihat apa yang mereka buat dibelakang. Mesti dia orang ingat aku gila.
Mariana berpaling ke belakang. Memandang tajam ke arah mereka yang sedang memerhatikan dirinya.

“Kau, kau dan kau!!Ditunding satu-persatu wajah yang berada dihadapannya. “Tak faham-faham lagi ke nak blah dari sini? Yang kau nak tajamkan telinga kau orang dengar rungutan aku buat apa?”Mariana menjerkah mereka semua.

“Hey! Kita orang bukan saja-saja nak dengar. Tapi, bila kau dah memekak kat sini macam hantu pontianak mengilai, ingat kita orang tak bengang ke? Ini bukan tandas bapak kau, ini tandas awam, faham?”jawab salah seorang pekerja yang dipanggil Mia. 

Mariana mula naik angin. “Kau kata suara aku macam pontianak mengilai?”matanya terbeliak besar.Dah lama aku tak buat orang ni.

Mia ketawa besar. “ Dah tau, buat apa nak tanya lagi? Faham-faham ajelah.”cebiknya. Rakan sekerja Mia yang lain turut sama ketawa. 

Mariana apalagi, terus tangannya hinggap ke wajah pekerja yang mengutuknya tadi. Tamparan yang menyakitkan.

Mia tergamam. “ Kau tampar aku?”Kemarahan Mia makin naik mendadak. Rakan sekerja lain terus keluar tanpa mempedulikan mereka berdua didalam tandas ini. Takut mereka pula yang akan ditampar.

So what? Kau ingat kau bagus sangat?”tempelak Mariana.

“Kurang ajar!”Mia dengan geram membalas balik apa yang Mariana buat sebentar tadi. Rambut Mariana ditarik kuat bagi melepaskan geram. Ketinggian yang sama membuatkan Mia senang menarik rambut Mariana.

“Woi! Sakitlah sial!! Kau tarik rambut aku apahal?”jeritan Mariana begitu nyaring sehingga suaranya boleh didengar diluar.Dia cuba untuk melepaskan tangan perempuan itu dari menarik rambutnya, namun dia gagal. Perempuan itu 

“Huh! Kau yang mula dulu, aku balaslah balik. Perempuan macam kau ni patut tak payah nak kerja kat sini. 

Baik kau kerja jadi nenek kebayan kat rumah hantu. Lagi bagus!”Mia mencemuh. 

 “Sakitlah!! Lepaskan rambut aku!!

“Kau minta maaf balik apa yang kau buat pada aku tadi. Cepat!”

“Aku takkan minta maaf selagi kau tak lepaskan aku. Lagi kau tarik rambut aku, selagi itulah aku takkan minta maaf pada kau.”kuat jeritan Mariana.

“Oh..dah pandai nak main tarik tali ya. Hah! Sekarang kau rasakan pulak penampar sulung aku pada kau.”Mia mengangkat kepala Mariana dengan kasar. Ditegakkan wajah Mariana.

Kau nak rasa sangat kan? Nah! Rasakan penampar sulung aku.

Papp!!terjatuh Mariana dilantai.

Mia menepuk kedua belah tangannya. Dendamnya terbalas jua.

“Padan muka kau!”ejek Mia. Kot hitam yang dipakai dirapikan semula. Dia membetulkan rambutnya dihadapan cermin supaya menjadi seperti asal.

“Lain kali jangan nak tunjuk bagus sangat ya?”Mia terus keluar dari tandas wanita tanpa berpaling lagi.
Argh!! Mariana menjerit sekuat hatinya. Airmata turun membasahi bumi. Kuat esakannya tanpa mempedulikan orang yang mula masuk ke tandas wanita.




BERSAMBUNG... :D
P/S:  eya harapkan apa yang ditulis ini akan difahami oleh pembaca semua..