Followers

Thursday 14 March 2013

KLASIH SI KEMBAR BAB 17


OLEH : FIKA NAJWA



Fika Farisya menepuk dahinya.Dia tahu dia dah terlepas kata.Dia tersengih sambil menunjukan baris gigi yang tersusun cantik.

“Uuurrmmm…..di..di..diaa sepupu aku,” spontan Fika menjawab,terus berpaling menyambung semula menaip.

“Ooo…aku ingat tadi something special boy,”sanbung Arnina.’Dia memang special di hati aku…’bisik hati Fika Farisya.

“Fika apa kata kau ikut aku balik,kau tinggal aje dengan aku nak tak?”pelawa Arnina bersungguh-sungguh.

Fika Farisya tersenyum mendengarnya.

“Hmm..okey jugak idea kau itu,lagipun kau ada beritahu aku yang kau ada dua orang abang kan?Mana tahu kalau aku tinggal dengan keluarga kau salah satu abang kau tersangkut dekat aku boleh lah aku jadi kakak ipar kau nanti.”usik Fika mengenyitkan matanya.

Arnina yang mendengar menjengkilkan matanya.

“Fika ,aku serius kau main-main pulak.”

Fika Farisya tergelak melihat keletah rakan sebiliknya.

“Apapun terima kasih Nina.Aku tak nak jauh lagi dari ayah dan Kak Rissa,aku tak nak bersendirian lagi.Aku tak nak menyusahkan sesiapa lagi.

               Arnina sudah bangun dari katil.

“Fika aku nak pergi beli makanan laparlah pulak,kau nak order tak?”

Fika Farisya hanya menggeleng namun sebaik sahaja Arnina berada didepan pintu bilik,langkahnya terhenti.Arnina berpaling melihat Fika yang sedang leka menaip e-mail di komputer riba.

“Fika ,boleh aku tanya soalan terakhir….”

Fika Farisya berhenti menaip.Wajah sahabatnya di pandang.Menanti apa yang mahu di tanya.

“Kau tak teringin ke nak panggil Mak Engku,Tok wan atau nenek?Aku tahu sejak ibu dank au di halau kau dah membahasakan panggilan Mak Engku,tapi sekarang kau dah dewasa kau tak teringin ke nak panggil dia tok wan atau nenek macam yang kau selalu dengar rakan-rakan sebaya kau panggil?”

Fika Farisya melepaskan nafasnya perlahan lalu kembali menaip.Arnina terus berpaling dan memulas tombol pintu,pasti Fika Farisya tidak berminat untuk menjawab soalan itu.Sebaik kakinya melangkah keluar…

“Biar masa yang menentukan…tapi aku akan cuba tunaikan kehendak ibu aku tuk melihat Mak Engku menerima kami dan bersatu menjadi sebuah keluarga tanpa ada perasaan benci.”Ucap Fika Farisya perlahan dengan matanya yang tidak berkalih dari skrin komputer ribanya.

Perlahan-lahan Arnina menutup pintu bilik mereka.Cerita dan kata-kata Fika Farisya  tadi terus terngiang-ngiang di telinganya.Moga kasih kau terbalas kelak ,Fika…

******

Megat Ihsan sibuk mencari fail dari dalam laci mejanya untuk digunakan semasa mesyuarat sebentar lagi.Satu persatu laci dibuka.Semasa membuka laci di tengah-tengah,pandangan matanya tertancap pada sekeping sampul surat di atas sampul surat yang berwarna coklat dan dibawahnya terselit sekeping foto lama.Di ambil sampul dan foto lama,wajah insan yang amat disayangi jelas ceria semasa mereka menyambut ulangtahun anak-anak kembar mereka dahulu.Lama foto itu dipandang makin menggebu rasa rindu yang bertandang ketika menantapnya.

Masih jelas lagi terngiang-ngiang di telinganya apabila abangnya,Megat Ilman menyampaikan berita yang menyatakan Rahmah Khalissa sudah meninggal akibat barah rahim.Betapa kecewanya dia sebaik mendengar berita itu.

“Begitu awal Lissa tinggalkan abang tanpa abang sempat menebus kesalahan abang pada Lissa dan Fika.Hidup abang kosong sejak Lissa dan Fika keluar dari banglo kecil kita sayang.Setiap hari cinta abanag pada Lissa semakin menggunung buat Lissa,rindu ini pula semakin menebal bila teringat Lissa sayang.Maafkan abang Lissa..maafkan abang.Abang janji abang akan jaga anak-anak kembar kita dan abang akan cuba buat mereka bahagia sayang ..”Perlahan-lahan foto itu di bawa ke dalam dakapannya.Lama didakap foto itu.


Mata Megat Ihsan terpandang pula sampul surat yang di ambil bersama bersama foto lama,dikeluarkan isinya.Tergaman dia melihat isi yang berada di sampul itu.Setahu dia dia telah pun membuang gambar ini ke tong sampah?Kenapa gambar ini masih ada lagi disini?Disebab gambar inilah dia menghalau isterinya tanpa mendengar penjelasan dari isterinya.Gambar-gambar ini juga yang buat anak-anaknya ketandusan kasih sayang dari seorang ayah dan seorang ibu.

“Assalamualaikum..ayah boleh kakak masuk.”

Megat Ihsan tersentak mendengar Fhyka Arissa memberi salam di sebalik pintu bilik pejabatnya.Pantas dia menyimpan sampul tersebut ke dalam laci yang di buka tadi,manakala foto lama yang lagi satu hanya diselitkan dibawah buku diarinya.Dia khuatir jika Fhyka Arissa melihat dia menantap foto lama mereka sekeluarga pasti akan mengundang kesedihan di hati anaknya itu.Dia tidak mahu membuat anak-anak kembarnya menderita lagi.Lagipun Fhyka baru sahaja balik ke Malaysia,Fhyka Arissa baru menamatkan pengajiannya di London.

“Waalaikumusalam…sayang masuklah”

“Ada apa kakak datang pejabat ayah pagi-pagi ini?Ini mesti ada sesuatu yang kakak nak bagitahu ayah kan?”soal Megat Ihsan dengan senyuman manis terukir di bibir.

Fhyka Arissa nampak ayahnya menyimpan sesuatu,dia yakin ayah pasti melihat foto ibu lagi.Jelas dipupuk mata ayah jelas ada airmata yang mengalir,tapi disapu pantas oleh ayah.Fyhka Arissa menuntup pintu dia membalas senyuman ayahnya. Fhyka Arissa sudah duduk di kerusi yang disediakan di pejabat ayahnya.

“Ini mesti ayah lupakan?Ayah,esok adik pulang ke Malaysia.Emm...yah adik tinggal dekat mana nanti?”

Megat Ihsan agak terkejut macam mana dia boleh lupa yang seorang lagi anak kembarnya akan pulang esok.Padahal sudah diingatkan oleh Fika Farisya melalui e-mail yang menyatakan dia kan pulang esok.Nasib Fhyka Arissa meningatkannya.Megat Ihsan terus menyandarkan tubuhnya pada kerusi kulit yang empuk.

“Tinggal kat mana?Ayah tak faham apa yang kakak nak cuba cakapkan.Apa masalahnya kalau adik pulang dah tentu dia akan tinggal dengan kita.”Bersahaja jawapan yang diberi oleh  Megat Ihsan.

“Ayah dah lupa satu perkara sebelum adik berangkat ke UK dulu.?Ayah yakin Tok Wan dan Ammar izinkan adik tinggal dengan kita nanti.”

Jelas kebingungan terlakar diwajah Megat Ihsan macam mana dia boleh lupa tentang perkara itu.Kini dia sudah dapat menangkap apa yang cuba disampaikan Fhyka Arissa padanya. 

“Ayah yakin yang Tok Wan tak akan minta adik tinggal dengan dia nanti?Macam mana pulak hubungan Ammar dan adik?Tak akan selamanya adik nak terperangkap dalam wasiat yang dah di amanahkan oleh ibu dan auntie Ainur?”aju Fhyka Arissa.

Megat  Ihsan diam memikirkan apa jawapan yang ingin diberi pada Fhyka Arissa.Matanya memandang tepat wajah anak kembar yang selalu di panggil ‘kakak’ yang begitu mirip mewarisi wajah isterinya,cuma mata Fhyka Arissa sahaja sama warna dengan matanya warna kelabu hitam,manakala Fika Farisya mewarisi warna mata ibunya iaitu coklat hazel.Itu perbezaan anak kembarnya.

Fhyka Arissa merapatkan tubuhnya pada meja,kedua-dua belah tangannya diletak di atas meja.

“Yah,..kakak tak nak adik menderita lagi.Ini semua tak adil untuk dia?”

Megat Ihsan sudah mahu bersuara namun Fhyka Arissa lebih pantas memotong,”Ayah dengar dulu apa yang kakak nak katakan.Kakak tahu ayah, mesti sekarang ini tak tahu nak kata apa sebab kita tak punya hak lagi ayah,yang paling berhak buat keputusan untuk kehidupan adik kini hanya Megat Ammar.Kakak takut kalau Ammar dan Tok Wan menyakiti hati adik.Cukuplah penderitaan dia semasa dia hidup berdua dengan ibu,kakak tak nak tengok adik sedih lagi yah.Kehilangan ibu cukup perit untuk kakak dan adik yah..” Beberapa titis airmata Fhyka Arissa mula jatuh bila mengenangkan nasib adiknya.

Megat Ihsan mengapai tangan anaknya,tangan anaknya digenggam penuh kasih.

“Ayah tahu sayang…ayah tak mungkin akan biarkan adik keseorang lagi tak mungkin akan berlaku lagi.Walaupun Ammar lebih berhak tapi ayah masih punya hak lagi.Hak seorang ayah.Kakak tak perlu bimbang selagi ayah masih hidup tak ada sesiapa boleh buat anak-anak ayah sedih dan terluka.Kakak tak perlu sedih.Syarikat yang ayah usahakan bersama Uncle Ilman ini semua untuk anak-anak ayah.Kakak dan adik akan berganding bahu bersama Ammar memajukan lagi syarikat kita di masa hadapan nanti.Semua syer ayah dan ibu akan ayah bagi pada kakak dan adik kelak,”Airmata yang menitis dipipi anaknya diseka.

“Insyallah ayah kakak dan adik akan majukan lagi Syarikat keluarga kita ini.Tu ayah jangan risau sebab anak-anak ayah dah berjaya memiliki segulung ijazah.Tapi Tok Wan pasti menghalang adik dan kakak dari berkerja disini?”

Megat Ihsan begitu bangga dikurniakan  anak yang bernama Fhyka Arissa dan Fika Farisya.Walaupun keluarganya terpisah lama tapi nilai yang di ajar oleh isterinya masih ada di dalam diri anak-anak kembarnya.

“Ayah mungkin senang kakak masuk dan mulakan kerja di Syarikat tapi…adik macam mana?Tok Wan pasti akan bertindak sebelum ayah.Tok Wan pasti akan buat sesuatu.”

Megat Ihsan mula menyadar semula di kerusi yang didudukinya.Dipandang wajah anaknya yang jelas mahu dia bertindak.

“Ayah..say something please,jangan diam.Ayah tentu kenal tok wan kan?Tok wan pasti gunakan Ammar untuk seksa adik.”

Megat Ihsan melepaskan nafasnya perlahan,wajah anak gadisnya di pandang kasih,”kakak tahukan yang ayah tak akan biarkan anak-anak ayah terluka,ayah tak akan izinkan perkara itu berlaku sekali lagi.Cukup kita sekeluarga merana selama ini.Setiap kali ayah menatap mata adik kamu ayah pasti teringat ibu.Penderitaan ibu dan adik sentiasa mengingatkan ayah seorang suami dan ayah yang kejam.Mungkin ramai yang tuduh ayah ini bodoh tak nak dengar penjelasan ibu dulu terus menghukum.Tapi ayah yakin qada dan qadar yang tertulis untuk kita sekeluarga…mereka tak tahu apa yang ayah rasakan.”rintih Megat Ihsan.

“Mereka tak tahu kakak..apa yang ayah lalui sepanjang ibu dan adik tiada di rumah kita lagi.Hingga hari ini ayah terus menyalahakan diri ayah kerana gagal mempertahankan keluarga kita dari hancur,tapi sayang ayah terlalu mengikut amarah dan hasutan syaitan.Bila semua yang terbongkar,ternyata ibu sama sekali tak pernah menduakan ayah.Ayah khliaf.Ayah terlambat untuk betulkan semula.Andai masa dapat diundur….”serak suara Megat Ihsan meluahkan perasaannya pada anaknya tentang apa yang dirasakan selama ini.

Fhyka Arissa rasa bersalah mendesak ayahnya,jelas kini di mata ayahnya ada airmata  yang cuba di tahan dari keluar.

“Ayah…maafkan kakak sebab desak ayah,Kakak tahu ayah runsing.Maafkan kakak ayah.” Fhyka Arissa bangun dan terus meluru memeluk ayahnya dari belakang.

“Sayang…it’s ok.Ayah faham kakak nak adik bahagia.Kakak tak perlu risau ayah masih ada untuk kamu berdua disisi.” Megat Ihsan menyakinkan Fhyka Arissa yang dia akan melindungi mereka berdua dari terluka lagi.Itu janji yang di tanam sejak mereka sekeluarga bersatu walaupun isterinya tiada disisinya kini.

Lissa,abang janji yang abang akan jaga anak kita.’detik hati Megat Ihsan.

Lama ruang pejabat Megat Ihsan sepi dan diam membisu.Fhyka Arissa masih memeluk ayahnya dari belakang.
.
“Kakak…ayah tak ada niat nak buat kakak sedih..maafkan ayah sayang…kak..”Belum sempat Megat Ihsan menghabiskan ayatnya intercome diatas mejanya berbunyi,pantas saja dia menekan butang merah.

“Tuan Megat semua dah menunggu tuan di bilik mesyuarat sekarang.”jelas suara Maria setiausaha Megat Ihsan.

“Baiklah Maria,terima kasih.Sekejap lagi saya ke sana.”Megat Ihsan bangun dan memegang bahu anaknya.Dipeluk Fhyka Arissa sambil menepuk perlahan di belakang anaknya.

“Okey..kakak,ayah ada mesyuarat sekarang,nanti kita bincang lagi dan cari jalan yang terbaik.Kakak jangan risau.” Megat Ihsan memberi jawapan pada anak gadisnya.Sebelum melangkah di cium dahi Fhyka Arissa,dia terus berlalu ke pintu.namun dipertengahan jalan dia berpusing.

“Sebelum ayah terlupa tunang kamu dah tahu ke yang adik pulang esok?Kalau belum tahu tolong kakak bagi tahu pada Zafril,dia sekarang ada kat pejabat dia.Ayah rasa kakak pun ada perkara nak bincang dengan dia kan?Sekali ayah bagi chance anak gadis ayah ini melepaskan rindu dendam pada bakal suami nanti.Tapi ingat jangan lebih-lebih erkk…!” Megat Ihsan menyakat anaknya,jelas wajah anaknya blushing,sambil tertawa kecil.

Merah muka Fhyka Arissa bila ayah bergurau dengan menyebut nama Zafril Zafuan.Ayah senjaga menekan perkataan ‘Tunang.’

“Ayah…”Fhyka Arissa cuba mencebikan bibirnya tanda dia protes di usik begitu.

“Okey sayang ayah gurau je,ayah tahu kakak memang nak jumpa Zafril.Ayah pergi dulu.Take care yourself.Assalamualaikum.”

“You too ayah..i love you.Waalaikumusalam..”Fhyka Arissa membalas perlahan sambil melihat ayahnya menutup pintu.

Berkerut dahi Fhyka Arissa.Macam mana ayah boleh tahu aku ke sini memang nak jumpa Zafril?Sah memang tak lain tak bukan ini semua mesti kerja adik!Dia tersenyum sendiri bila terkenangkan adiknya walaupun jauh tapi adiknya tu macam pemberita gosip,sentiasa tahu perkembangan orang sekelilingnya.



BERSAMBUNG... ;D











3 comments:

  1. Assalamualaikum tiza... (sesuka hati DJ je panggil kamu tiza) hihi
    terima kasih dik nanti DJ habaq kat FN....

    ReplyDelete
  2. best3..smpai nangis2..hehhe..
    sbb pham mcm mna perassan kmbar ni kalo berpisah..
    because saya ni pown kmbar...
    xdpt nk bygkan kalo berpisah mcm 2...
    :)

    from :(kd @ miss chocolate )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum ...
      terima kasih kerana suka n3 KSK kali ini kang DJ up lagi satu n3 KSK... hihi semoga ceria bak pelangi ;)

      Delete