Followers

Monday 25 February 2013

BERILAH SAYANG PELUANG BAB 18


OLEH : NUR DAEYA

Asyik sungguh Nur Adriana meneliti dompet Zeril Iskandar yang agak tebal itu. Maklumlah, orang kaya seperti Zeril Iskandar ni memang kena berdompet tebal. Kalau tak ada duit banyak bukan orang kaya maknanya!

Tergelak kecil Nur Adriana apabila menatap kad pengenalan yang diletakkan pada poket kecil dompet itu.Tangisan yang berlagu tadi segera ditepis dan wajahnya kembali seperti asal.Kelakar gilermuka Zeril Iskandar ketika ini.Mesti pihak Jabatan Pendaftaran Negara bengang bila tengok muka Zeril yang masam tak tersenyum ini.Mungkin dia tak suka bergambar kut.Kalau tak suka bergambar, kenapa mesti ada gambar dia kat tv10 hari tu?Tapi muka dia kat tv10 masam jugak.Ish..ish..memang lelaki ni tak suka bergambar betullah!

Diperhatikan pula poket yang berisi duit. Wow, memang banyak betul seratus ringgit Malaysia! Kalau dia ada duit sebegini banyak, memang shopping sakanlah dia macam dulu! 

Ada baiknya dia pulangkan dompet ini semula pada Zeril Iskandar.Manalah tahu, pihak hospital inginkan salinan kad pengenalan Zeril Iskandar untuk dibuat rujukan. Hari tu dia terlupa untuk serahkan kepada nurse di kaunter lobi utama. Macam mana dia nak  pulangkan balik jika kemarahan Datin Zafiah masih membara terhadapnya? Terang dan jelas ditalian semalam bahawa Datin Zafiah tidak suka anaknya berada dibawah penjagaannya.

Dia perlukan seseorang untuk membantunya memulangkan semula dompet ini tetapi siapa yang boleh tolong dia ye? Nak suruh dia pulangkan,dia memang tidak mampu.

Siapa ye?Hmm…fikirnya.

Beberapa minit berfikir, dia teringat sesuatu.Kawan baiknya, Adibah dan Noreyn. Mereka orang yang sesuai untuk memulangkan dompet Zeril Iskandar!

‘Baik aku jumpa mereka sekarang.’katanya sendiri.Dia bangkit dari katil.Beg dompet Zeril Iskandar dimasukkan semula ke dalam beg sandangnya. Kunci bilik dibawa bersama. Takut dua beranak kat bawah tu akan menyelinap masuk ke dalam bilik dia dan menyelongkar barang peribadinya.Ditinggalkan wajah sedih dan kesuraman yang melanda dirinya tadi.Dia bangun dengan senyuman yang lebar.Nur Adriana ialah perempuan kuat.Tak perlu menangis sebab Wan Zubair. Ramai lagi lelaki luar kat sana. So, Nur Adriana…don’t worry, be happy!

****
Sewaktu dia keluar dari bilik, dia memerhatikan ibu tirinya dan Farah sedang enak dibuai mimpi diatas sofa.Haii..dah takde bilik ke diaorang ni sampai nak tidur kat ruang tamu?Dahlah pintu depan tak tertutup. 

Patutlah Wan Zubair senang-senang masuk rumah ni sampai naik ke bilik dia! Kan semua pasal dia dan perempuan sundal Wan Zubair dah tahu, tak pasal-pasal Wan Zubair tak suka dengan sikap dia.

Ayah pun tak balik-balik lagi dari dewan muafakat tu. Busy sangat ke ayah kat sana sampai kena duduk lama sangat kat sana? Dia kat sini rasa lonely sangat.Kalau ayah ada, bolehlah dia bergurau senda dengan ayah.Ini tidak, duduk sini bercakaran pulak dengan perempuan sundal tu.Hesy…ingat dia suka ke berlawan kata dengan perempuan tu?Tak suka tau.Menghabiskan air liur aje berlawan kata dengan perempuan tak guna tu.Apa yang dia dapat.Tarik rambut lagi adalah.

Pintu biliknya ditarik perlahan-lahan supaya mereka tidak dengar pintunya dibuka.Dia mahu keluar dari rumah ini dengan senyap.Namun bila difikir kembali ada eloknya dia menyedarkan mereka berdua dari tidur diatas sofa itu.Biar diaorang terkejut.

Pintu yang ditarik tadi dikuak lebar kemudian dihempas dengan kasar.Bunyi dentuman pintu itu ternyata memeranjatkan mereka anak beranak.Segera mereka bangun dengan reaksi terperanjat.

Nur Adriana sudah ketawa terkekeh-kekeh. Bestnya dapat kenakan dua beranak tu!Biliknya dikunci dengan senang hati.

Puan Farzana membeliakkan mata.Dia berdiri dengan tangan memegang dada yang dirasakan berdegup pantas.Farah pula tercungap-cungap nafasnya.Bagaikan orang yang lemas didalam air.

“Woi setan! Aku nak tidur dengan anak aku kat sini.Yang kau hempas pintu tu apesal? Dah takde kerja lain nak buat ke?”jerit Puan Frazana kuat. Orang nak tidur pun tak senang!

Pelik jugak dia dengan perempuan ni. Tak terkesan dalam hati ke bila Wan Zubair tak suka dengan sikap dia?

Like I care…”ejek Nur Adriana sambil tangannya mengerakkan kunci biliknya. Dia turun ke bawah tanpa perlu rasa bimbang.

“Kau memang nak kena dengan aku kan?Tak puas lagi dengan apa yang dah jadi pada kau tadi?”sambungnya lagi. Kali ini nada suaranya lebih kuat.Farah meminta ibu bersambar namun dia tidak pedulikan.Apabila berhadapan dengan bekas banduan ini sahaja, mulutnya memang tak boleh tutup.Ada sahaja balasan jawapan darinya.

Nur Adriana melemparkan pandangan ke tempat lain. Malas dia mahu menjawab persoalan ‘kasar’ ibu tirinya.Lebih baik dia keluar sekarang. Biar jelah perempuan tu nak membentak, nak bertempik depan dia, dia malas nak mendengar. Fokusnya sekarang, hanya bertemu Adibah dan Noreyn.

Pintu depan yang sudah sedia terbuka memberinya peluang untuk keluar dengan senang hati. Ya Allah! Terima kasih kerana sudi mempercepatkan langkahku.

Puan Farzana mengetap bibir bengang. Dia kat sini tercongok menanti jawapan bekas perempuan banduan itu, perempuan tu pulak senang-senang keluar tanpa menjawab persoalannya, memang hatinya panaslah!
“Huh! Kau tak jawab soalan aku kan? Selamba badak kau aje kan keluar sampai muka aku langsung tak nak pandang. Nak kau ambik ni!”Bantal yang dia baring tadi diangkat dengan kasar lalu dilemparkan ke kepala Nur Adriana.

Terjerit kesakitan Nur Adriana apabila sampai di pintu depan.Bantal yang dilempar ke arahnya sudah jatuh ke bawah lantai.Diambil dengan berbuku-buku perasaan geram dan bengangnya. Ada ke dia baling bantal kat aku?Ini memang kena balas balik ni!

Bantal itu kembalikan semula kepada tuannya.Bukan cara lembut dia membalas tetapi dengan cara yang cukup kasar.Mengerang kesakitan Puan Farzana yang berdiri didepan sofa itu.Farah berdiri dan menenangkan ibunya.

“Tata!” Nur Adriana mengangkat tangan lalu digerakkan dengan manja. Senangnya hati dapat kenakan diaorang!!Selipar dicapai lalu dia bergerak dengan lenggok seakan-akan catwalk diatas pentas.

***
“Eh, ayah!” Kedatangan ayah di lorong jalan ke rumah Noreyn dan Adibah mengembirakan hatinya.Ahmad Jamil yang melihat anaknya berjalan kaki keseorangan tanpa ditemani sesiapa memberhentikan motornya.

“Anak ayah nak pergi mana ni?Sorang-sorang aje jalan.Ibu tahu tak yang Adriana nak keluar ni?”tanya Ahmad Jamil. Dia takut jiran-jiran kawasan perumahan ini akan melihat anaknya yang baru keluar dari penjara ini. Meskipun mereka semua tidak tahu, pasti mereka akan bertanya juga ke mana Nur Adriana menghilang selama enam bulan ini. Segelintir penduduk kampung disini mengenali Nur Adriana sebagai perempuan yang pandai bersilat.Kebanyakan anak muda yang tinggal dikampung ini mempelajari ilmu silat.

“Adriana nak pergi jumpa Adibah dengan Noreyn. Dah lama tak bersua muka dengan diaorang. Rasa rindu pulak.”jawab Nur Adriana sambil tersengih-sengih.

Cahaya yang menyinar menandakan sudah masuk waktu tengah hari.Ahmad Jamil perlu plang ke rumah segera.Badannya sudah melekit terkena peluh yang merenik di badan.Kuih talam buatan isterinya sudah habis dimakan di dewan muafakat sebentar tadi.Tak sangka dia kena turut serta mengagihkan kuih-muih di dewan itu.Ramai jugak yang hadir.Penat tangannya meletakkan satu persatu kuih di dalam pinggan plastik untuk orang ramai di dewan muafakat itu.

“Nak jumpa Adibah dengan Noreyn? Bukan ke diorang kerja hari ini?”

Nur Adriana menepuk dahi.Lupa pulak dia yang Adibah dengan Noreyn kerja hari ini. Salah dia jugak sebab main keluar aje dari bilik tadi sampai lupa hari ni hari bekerja. 

“Sorry, ayah. Adriana lupa. Hmm…tak dapatlah Adriana nak jumpa diaorang.”keluhnya. Sememangnya dia terlalu rindukan dua kawan baik yang sentiasa menyokongnya dari belakang.

“Marilah, naik motor dengan ayah. Kita balik. Dah masuk tengah hari ni. Petang nanti kamu jumpalah diorang tu.”ajak Ahmad Jamil.

“Tak naklah,ayah. Adriana nak ronda-ronda sekitar kawasan jap. Bosanlah duduk rumah.”

“Kalau macam tu cakap kamu, ayah tak boleh nak paksa. Ayah balik dulu ye.Jangan meronda jauh sangat.Kamu tu jalan kaki je bukannya naik kereta.

Ahmad Jamil sudah start kan enjin. Bunyi deruman motor itu kedengaran. Dicampur sekali asap yang berhembus keluar dari lubang eksos. Mahu bertolak pulang ke rumah namun ditegah Nur Adriana.

“Ayah, mana kereta Adriana? Adriana nampak kat parking tadi tak ada pun. Fida pakai ke?”

Ahmad Jamil termangu.Dia lupa untuk khabarkan pada anaknya yang Fida telah membawa Myvi seawal pagi tadi.

“Ayah minta maaf sebab lupa nak cakap pada kamu pagi tadi. Fida nak pergi kilang naik bas.Ayah tak kasi. Ayah cakap kereta kak Adriana kamu kan ada jadi ayah bagi ajelah. Lagipun ayah tak nak Fida kena marah dengan bos dia sebab datang lambat.”

Nur Adriana mendengus geram. Ayah pun satu! Main bagi aje Fida tu guna kereta dia. Mana boleh! Ingat minyak kereta tu seposen per liter ke?jawabnya dalam hati.

“Lain kali ayah bagilah tahu Adriana dulu. Adriana tak sukalah adik-adik pinjam. Adriana bukannya kerja lagi.”rungutnya dengan mulut memuncung didepan.

Ahmad Jamil tergelak kecil. “Ala, anak ayah ni. Kamu maafkan ajelah Fida tu.Dia guna sebab terdesak. Adriana jangan marahkan dia. Adik kamu jugak kan?”pujuk Ahmad Jamil. Dia tahu anaknya cerewet bab pinjam-meminjam ni. 

Muncung Nur Adriana sedepa.Maunya dia tak marah kalau ada orang ambik barang dia tanpa izin.Kereta tu bukannya beli pakai daun. Pakai duit tau! 

“Yalah…yalah. Adriana maafkan.” Muncungnya ditarik kembali.Dia melebarkan senyuman. “Ayah baliklah dulu. Adriana gi ronda-ronda jap. Petang nanti Adriana balik.”ujarnya sebelum dia menepuk lembut bahu ayahnya.

Ahmad Jamil mengangguk.Senang dengan jawapan yang diberikan anaknya.Dia terus bergerak meninggalkan anaknya disitu.

Nur Adriana memandang pemergian ayahnya dengan dengusan nafas yang kasar.Mujur Fida sokong dia semalam. Kalau tidak, sekelumit maaf pun tak akan meniti dibibirnya!

***
Di hospital, Wan Zubair menunjukkan riak wajah yang tegang.Masuk sahaja di lobi utama wad kecemasan, dia langsung tidak mengukirkan senyuman kepada Fatyn dan Nur Aisyah.Terus dia berlalu pergi ke bilik yang menempatkan Zeril Iskandar.Dia tidak mahu beramah mesra dengan pelawat yang datang.Dia mahu memenangkan fikirannya yang kini sedang kacau-bilau.

Pintu bilik Zeril Iskandar dibuka dengan kasar. Wan Zubair masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.
Zeril Iskandar dan Datin Zafiah terperanjat besar tatkala pintu dikuak secara kasar.

“Kau kenapa main redah aje bilik ni tanpa ketuk pintu?Takde hormat ke? Kau nak bagi aku sakit jantung ke hah?”marah Zeril Iskandar. Jantung yang berdegup secara normal kini kembali kencang.Dadanya dipegang kemudian nafasnya dihembus perlahan.

“Aah, doktor Wan. Lain kali kalau nak masuk ketuklah pintu dulu. Ini tidak, main redah aje.Apa yang tak kena?”celah Datin Zafiah dengan matanya menoleh  kearah doktor Wan Zubair yang muram itu.

Wan Zubair tanpa berkata apa-apa terus menunduk hormat dan berdiri tegak semula. Salahnya juga kerana merempuh masuk ke dalam bilik Zeril Iskandar dengan cara yang agak kasar.Zeril Iskandar dan Datin Zafiah menjadi pelik dengan kelakuan doktor lelaki ini.

Kepalanya buntu teramat sangat pagi ini.Putus tunang yang diucapkan Nur Adriana memeritkan hatinya.Adakah terlalu kasar percakapannya pada Nur Adriana sebentar tadi sehingga Nur Adriana sanggup menuturkan perkataan putus itu?

“Awak okey ke doktor Wan Zubair? Pelik saya tengok awak ni.”ujar Datin Zafiah. Pagi tadi, wajah doktor lelaki ini ceria dengan senyuman , bila datang sini buat kali kedua dia nampak keceriaan itu sudah hilang. Bergaduh dengan teman wanita ke?gumamnya sendiri.

“Saya baik-baik aje, Datin Zafiah. Nothing to worry.”Senyuman terpaksa diukirkan pada Datin Zafiah.Dia terpaksa berbuat demikian kerana mahu menjaga hubungan baiknya dengan Datin Zafiah.Dia mahu menjaga tatasusila sebagai seorang doktor yang disegani dan murah dengan senyuman.

“Maaf sebab masuk tanpa ketuk pintu. Saya ada hal kat luar tadi. Itu yang lambat sikit.”sambungnya.
Datin Zafiah mengangguk faham.

Zeril Iskandar memandang hairan doktor lelaki ini. Doktor ni ada jumpa Nur Adriana ke tadi sampai muka berubah muram begitu sekali? Bergaduh ke mereka tadi?soalnya dalam hati.

Wan Zubair merenung Zeril Iskandar yang sedang memandangnya. Dia tahu Zeril Iskandar tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberinya. Tapi apa boleh buat. Rahsia

“Zeril Iskandar, awak dah maklumkan kepada Datin mengenai pembedahan yang telah awak persetujui tadi?”

Zeril Iskandar mengerutkan dahi. Aik?Tetiba cakap sopan ni, mesti dia takut dengan mama  ni.gumamnya.
“Dah!”ujarnya sepatah. Matanya masih merenung tajam wajah Wan Zubair sehingga doktor lelaki itu berasa gelisah.

“Saya bersyukur sangat sebab Zeril Iskandar setuju lakukan pembedahan ini. Terima kasih sekali lagi, doktor Wan.”sampuk Datin Zafiah. Dia menjinjit beg tangannya hingga ke paras lengan. Selepas ini, dia mahu beredar.Ada kerja yang perlu dilaksanakan.Persetujuan daripada Zeril Iskandar sebentar tadi melegakan dirinya.

“Sama-sama. Pihak hospital akan lakukan pembedahan selewat-lewatnya esok pagi. Jadi saya berharap Datin akan datang ke sini untuk menemani Zeril Iskandar sepanjang pembedahan itu.”balas Wan Zubair.

“Semestinya saya akan menemani anak saya.”jawab Datin Zafiah dengan senyuman. “Baiklah, saya dah tahu keputusan daripada Zeril, saya rasa ada baiknya saya beredar dulu. Ada hal diluar.”Datin Zafiah memberi kata putus. Dia tidak boleh berlama disini.Madz Hazrul sudah menunggunya didalam kereta.

“Mama pergi dulu ye. Jaga diri.”pesan Datin Zafiah sambil mencium dahi Zeril Iskandar dan menyentuh lembut rambut anaknya. Zeril Iskandar akur dan membiarkan mama pergi.

Wan Zubair memberi sedikit ruang kepada Datin Zafiah untuk keluar. Dengan hormat, dia menunduk sebelum Datin Zafiah meninggalkannya dan Zeril Iskandar.

Sesudah Datin Zafiah keluar, Zeril Iskandar kembali merenung tepat wajah doktor lelaki ini.Ada sesuatu yang perlu diperkatakan.

“Mama aku dah pergi. So, aku ada peluang nak cakap dengan kau sekarang.”

“Kau nak cakap apa?”Wajah Wan Zubair berubah kelat. Zeril Iskandar boleh rasa ke apa yang sedang berlaku diantara dia dan Nur Adriana tadi?

“Mungkin aku tak tahu apa yang terbuku didalam hati kau sekarang ni tapi aku tahu kau ada sembunyikan sesuatu. Dari pandangan mata aku, aku dapat rasakan kau ada masalah besar. Walaupun kau tak nak cakap, aku dapat rasakan yang kau ada masalah.”kata Zeril Iskandar dengan berterus-terang.

“Kau merepek apa ni? Aku takde masalahlah. Kau memandai aje.”jawab Wan Zubair tidak puas hati. Kan betul apa yang difikirkan seketika tadi. Zeril Iskandar memang pandai menelaah masalah manusia!

“Apa kau nak sebenarnya? Cuba cakap terus-terang! Aku tak ada msa nak bersoal jawab dengan kau. Banyak kerja menanti aku kat luar sana.”sambungnya lagi.

“Aku nak mintak sesuatu daripada kau sebelum aku buat pembedahan esok.”

“Permintaan? Permintaan apa?”Wan Zubair sudah gelabah. Ada-ada aje Zeril Iskandar ni! 

Zeril Iskandar tersenyum sinis.Permintaannya bukan mudah.Hanya Wan zubair yang dapat merealisasikannya. Hanya Wan Zubair seorang sahaja!


BERSAMBUNG... ;)







Friday 22 February 2013

BERILAH SAYANG PELUANG BAB 17


OLEH : NUR DAEYA


Dulang yang dibawa ke biliknya semalam diletakkan ke dalam singki. Terlupa pulak Nur Adriana untuk letak dulang itu ke singki tengah malam tadi selepas dia sudah selesai menjamu selera.
Makanan yang dimakan semalam pun tidak berapa mengenyangkan. Hanya biskut oat crunch dan air fresh orange sahaja belum cukup untuk menghadam perutnya yang kempis itu.
Usai membasuh dulang dan diletakkan disebelah singki, dia mengelap tangannya pada kain putih bersih yang tergantung di tingkap.
“Lapar pulak perut ni.”Seperti biasa, perutnya yang kempis itu disentuh. “Nak makan apa kat dapur ni?”ditoleh ke kiri, kanan dan belakang. Mencari-cari makanan yang boleh dijamah namun satu makanan pun dia tak jumpa. Hmm…rasanya ada makanan kat depan cuma makanan tu dia tak berapa minat nak makan sebab hasil tangan perempuan tak guna tu.
Tapi perut dah lapar sangat ni! Nak makan ke tak kuih tu?fikirnya sendiri. Matanya tertumpu pada meja makan yang masih mempunyai kuih talam berserta teh susu panas. Tertelan air liurnya apabila melihat kuih yang berwarna putih dibawah dan hijau diatas itu. Kakinya bagaikan tidak sabar-sabar untuk melangkah ke ruang tamu. Patut ke dia merasa kuih buatan tangan ibu tirinya? Bukankah dia sudah maklumkan pada ayah dan ibu tirinya yang dia memang tak suka kuih talam itu?
Namun, apa boleh buat. Rezeki yang terhidang diatas meja tidak sanggup ditolak. Perut yang lapar tak boleh dibiarkan kosong. 
Dilihat ayah dan perempuan tak guna tu tiada diruang tamu, dia segera menjejakkan kakinya ke ruang tamu.
Cepat-cepat dia mengambil piring kecil di bawah cawan yang tertangkup itu lalu diletakkan tiga kuih talam itu. Air teh susu di tepi kuih talam itu dituang ke dalam satu cawan yang kosong tanpa piring.
Tanpa membuang masa lagi, dia membawa makanan dan minuman naik keatas. Perut dah lapar sangat ni!
Puan Farzana yang baru sahaja keluar dari bilik air terkejut melihat anak tirinya mengambil kuih talam yang dibuat pagi tadi. Aik?Kata tak suka kuih talam dia. Memang sah-sah dasar pembohong! Depan kata lain, belakang bukan main. Kata kuih talam dia ibarat kuih talam mukalah tapi makan jugak! Maknanya perempuan tu talam dua muka jugaklah kan?Dia tersengih sendirian. 
Idea tiba-tiba datang di fikiran. Ada baiknya dia kenakan perempuan bermulut kurang ajar tu! Cakap kuih dia macam-macam kan?Nah!Rasakan.
Usai sahaja dia masuk ke bilik dan menutup pintu, makanan dan minuman itu diletakkan diatas meja solek. Dia duduk di meja solek itu dan menikmati makanan kuih talam buatan ibu tirinya.
Hmm...sedap jugak ye kuih talam dia ni. Patutlah ada je orang tempah dekat dia.
Sedang asyik dia menikmati kuih talam itu, pintu bilik diketuk kuat.
Hesy! Sapa pulak yang kacau dia ni?Orang nak makan pun tak senanglah. Ada aje orang menganggu! Dia bangun dari kerusi itu dengan hentakkan kaki. Mesti perempuan tu yang ketuk bilik dia ni.
Pintu dibuka. Seperti yang diketahui, ibu tirinya  datang mengetuk biliknya. Dia melihat perempuan itu tersengih-sengih sambil mulutnya dicebikkan. Apahal pulak dengan perempuan ni?Datang-datang terus nak buat muka ayam berak kapur aje.
“Kau tersengih-sengih macam kerang busuk ni kenapa?Dah buang tebiat?”tanya Nur Adriana dengan selamba. Dipeluk tubuhnya sambil matanya menjeling perempuan tak guna itu. Rimas betul bila ada orang datang bilik dia lagi-lagi perempuan ni.
Puan Farzana masih tidak mematikan sengihannya malah makin lebar apabila anak tirinya memandang jelik kearahnya. Inilah masanya untuk mengenakan perempuan tu!
“Kau makan kuih talam aku ke?”
Nur Adriana terkejut apabila ditanya soalan itu. Aduhai…manalah perempuan ni boleh tahu dia makan kuih talam dia ni?Rasanya takde orang kat ruang tamu tadi. Dia buat-buat selamba dengan pertanyaan itu.
“Eheh, bila masa pulak aku makan kuih talam kau? Aku ada kat bilik je tau. Kau jangan nak tuduh-tuduh pulak.”Nur Adriana sengaja menegakkan kebenaran padahal dia yang makan kuih tu.
“Ala, kau tak payah nak tunjuk lagak kaulah, cik Nur Adriana oii! Kau ingat mata aku buta ke sampai tak boleh nak tengok keadaan sekeliling?Aku keluar dari bilik air lepas tu aku nampak kau tengah ambik kuih talam aku. Jadi, kau tak payah nak bohong akulah kan?”Puan Farzana mencekak pinggang. 
Nur Adriana terdiam. Laa..dia ada kat bilik air ke masa dia tengah ambik kuih tu? Macam mana dia nak buat ni? Perempuan tua ni sound dia pulak dah. Nasib kaulah Nur Adriana…
“Kau diam tu maknanya betullah kan?Huh! Kalau dah dasar pembohong, pembohong jugaklah kan?”bentak Puan Farzana dengan selamba badaknya. Hati dia puas dapat mendiamkan perempuan ini. Semalam dia yang kena ‘belasah’ hebat dengan kata-kata perempuan tu, sekarang ni dia pulak yang membalasnya. Baru adil kan, tak gitu?
“Apa masalah kau sebenarnya ni? Kau nak kenakan aku ke? Apehal kau tiba-tiba cakap kasar dengan aku?”Nur Adriana naik berang.
“Huh! Semalam kau kenakan aku anak beranak, sekarang aku kenakan kau pulak! Ooo…dah sedap-sedap makan kuih aku lepas tu cakap tak makanlah apalah. Kau pun sebenarnya talam dua muka jugak kan?”balas Puan Farzan tidak mahu mengalah.
Nur Adriana mengetap bibir menahan marah yang makin memuncak disaat ini. Rasa nak tengelamkan kepala perempuan ni dalam kolam renang. Biar dia strok lepas tu. Tak payah nak cakap banyak-banyak lagi.
“Kau nak aku cakap dengan ayah ke pasal apa yang kau buat selama ni dibelakang ayah aku? Tak pasal-pasal kau kena halau dari rumah ni dan diceraikan serta-merta. Bukan talak satu aje ayah aku jatuhkan dekat kau. Talak tiga! Talak tiga tau tak?!”Ditunjuk tiga jarinya tepat-tepat didepan muka perempun itu dengan aksi lagaknya.
Bergetar bibir Puan Farzana ketika ini. Perempuan ini sudah melampau! Tak nak mengalah jugak perempuan ni. Dia menyinsing lengan bajunya hingga naik ke atas. Geramnya pada perempuan yang bertaraf bekas banduan ini tidak dapat disangkal lagi.
Akhirnya, kegeramannya terbalas jua dengan menarik rambut anak tirinya yang kurang diajar tu. Ditarik sekuat hati hingga perempuan itu menjerit kesakitan.
“Sakitlah, bongok!.”jeritnya kuat.Rambut Nur Adriana bagaikan hendak putus apabila perempuan itu menarik rambutnya dengan kuat. Hebat jugak perempuan ni bila tarik rambut.
“Hah, rasakan! Baru puas hati aku. Dendam aku terbalas jugak akhirnya. Kau sedarlah diri tu perempuan banduan. Jangan kau ingat bila balik rumah ni kau boleh tunjuk bagus sangat depan aku.  Aku lagi bagus daripada kau tau tak?”
Nur Adriana mendapat sedikit kekuatan. Dia memusingkan badannya yang terbongkok ke bawah lalu dibawa tangannya ke rambut perempuan itu. Dia menarik rambut perempuan yang dibiarkan lepas itu sekuat hatinya.
Terlepas tangan Puan Farzana dari menarik rambut Nur Adriana tatkala anak tirinya merentap rambutnya pula.
“Lepaskan aku perempuan.Sakit rambut aku lah.”tempiknya kuat.
Nur Adriana tetap tidak mahu melepaskan rambut ibu tirinya. Dia ketawa besar. Geramnya masih menebal.
“Ehem…ehem…assalamuaikum!”
Terlepas cengkaman tangan Nur Adriana yang berbisa itu. Puan Farzana yang mengerang kesakitan itu tergamam apabila ada suara selain mereka berdua. Dia mengeluh kelegaan. Orang yang muncul memang tepat pada masanya! Memang kenalah perempuan banduan ni!gelaknya dalam hati.
****
“Dahsyat betul kan ‘pertarungan’ tadi?sindir Wan Zubair tanpa mempedulikan raut wajah Nur Adriana yang sudah berubah. Tempat parking yang kosong tanpa kereta Myvi Nur Adriana
Puan Farzana leka melihat adegan berlaku di tepi tingkap yang dilitupi langsir. Baginya, ia sesuatu yang mengujakan. Biarlah perempuan tu dimarahi tunang sendiri. Eh, bukan. Bekas tunang.
Rancangan yang diatur rapi oleh dia dan bakal mertua tak jadinya berjaya dilaksanakan. Mungkin Wan Zubair masih menganggap perempuan banduan itu tunangnya namun sebenarnya dia dan perempuan banduan itu telah berpisah sebelum perempuan banduan itu dimasukkan ke penjara lagi.
Sengaja bakal mertua tak jadinya, Puan Kamariah Adnan ‘menyeksa’ perempuan banduan itu dengan menyuruhnya balik lewat malam agar tidak bertemu dengan Wan Zubair.
Wan Zubair dan suaminya tidak tahu akan hal ini. Hanya dia dan Puan Kamariah Adnan sahaja yang tahu. Fida dan Farah tahu jugak akan pertunangan cuma mereka berdua tidak ambil pusing pasal hal itu.
Yang perempuan banduan tu tak payah tahu pun takpe pasal pertunangan diaorang dah terputus. Diam-diam sudah.
“Ibu!Terkejut dia tatkala Farah menepuk bahunya dari belakang. Dia yang sedang asyik melihat adegan diluar rumah tidak perasan pulak anaknya yang bongsu itu keluar dari bilik.”
“Shh!!Farah jangan cakap apa-apa, ibu nak dengar diaorang cakap ni.”arahnya. Farah yang tidak tahu apa-apa hanya mengikut kata ibunya.
Kesan tamparan kakak tirinya semalam sudah tiada lagi dipipi. Dia ingat nak pergi kerja dengan Fida tadi sebab bos nak datang kat kilang tapi dia rasa malas pulak. Takut pekerja lelaki yang bekerja dikilang itu mengusiknya dan mengatakan dia dicium kerana pipinya merah.
Dia baring disofa dengan kakinya melunjur. Bosan mahu mendengar perbualan diantara kakak tiri dan bakal abang ipar tiri tak jadinya itu. Lebih baik dia tidur. Bukan senang nak dapat cuti kerja ni. Asyik sibuk memanjang.
Puan Farzana menoleh ke belakang melihat anaknya tidur semula. Dia mengelengkan kepala namun hanya sementara sebelum meneruskan mendengar perbualan secara lansung di luar rumah. Suaminya agaknya balik lambat kut. Maklumlah majlis didewan muafakat tu 
“Abang kenapa bila dengan sayang asyik bad mood aje? Sayang tak sukalah.”
“Aku lagi tak suka kalau kau buat ibu tiri kau macam tu.”kasar nada suara Wan Zubair.
Nur Adriana kaku tidak bersuara diatas simen itu. Dia tak salah dengar kan apa yang tunangnya cakap? 

Kau?!
Wan Zubair menyeluk poket baju doktornya. Dia tidak memandang wajah tunangnya. Hatinya sakit. Sudah dua perkara yang membuatnya tiada mood dengan Nur Adriana. Disebabkan  Zeril Iskandar yang mengatakan dia tahu nama Nur Adriana, dia sanggup tinggalkan kerja dihospital dan datang ke sini.Tapi bila dah sampai ke sini, perkara lain pulak yang berlaku. Adakah dia sudah benar-benar kenal dengan perempuan yang bernama Nur Adriana Binti Jamil? Benarkah selama ini panggilan antara ibu tiri dan tunangnya hanya kau dan aku?
Fikirannya kusut, jiwanya buntu dengan sikap yang baru dia nampak dalam diri Nur Adriana. Tidak pernah dia mendengar lagi panggilan ‘kau untuk’ ibu dan anak.
Puan Farzana sudah terkekeh-kekeh ketawa.Wan Zubair dah marah perempuan banduan tu. Sukanya!!
“Abang! What’s wrong with you? Did I did something wrong?”katanya dengan suara yang sudah mula bergetar. Dia tak sukalah Wan Zubair cakap ‘kau’.
“Kau perempuan kurang ajar! Aku tak suka pada perempuan yang kurang ajar dengan ibu sendiri. Kau talam dua muka!”bentak Wan Zubair bagai manusia yang tiada perasaan.
Airmata Nur Adriana jatuh buat kesekian kalinya. Berani Wan Zubair berkata dia talam dua muka.Kenapalah semua orang yang berada disekelilingnya terlalu kejam pada dirinya? Satu persatu nama yang tidak elok diberikan padanya.
Semalam perempuan sundal, perempuan banduan sekarang ni perempuan kurang ajar.
Kepalanya kusut. Dia tidak mahu bersedih didepan tunangnya. Lebih baik dia masuk dalam menenangkan fikiran. Jika Wan Zubair hendak memutuskan pertunangan pun, apa dia peduli. Sejak dia keluar dari penjara lagi dia sudah memasrahkan segala-galanya. Biarlah orang yang bukan ahli keluarganya hendak mencaci atau memaki hamun berkaitan dirinya namun dengan perempuan tua tak sedar diri dan anak-anaknya  dia tidak akan sekali-kali membiarkannya.
Nur Adriana mengetap bibir. Dia mengesat airmatanya.“Kau tak nak pandang muka aku kan? Baik kau berambus dari sini. Kita putus tunang. Aku benci kau!!”pekik Nur Adriana dengan kuat sekali. Dia pantas berlari masuk ke dalam tanpa memandang muka Wan Zubair lagi.
Cukuplah sampai disini hubungan mereka berdua.
Wan Zubair berpaling ke belakang. Nur Adriana benci dia? Putus tunang? Ya Allah! Apa yang dia dah buat ni? Perasaan bersalah mula terbit didalam hati. Dia ingin memujuk tunangnya. Harap tunangnya tidak akan memutuskan pertunangan mereka. Dia sayang Nur Adriana.  Hanya Nur Adriana yang layak menjadi isterinya hingga ke akhir hayat.
Dia keluar dari rumah itu dengan macam-macam perasaan. Kesal dengan apa yang dikatakan pada Nur Adriana tadi. Nanti dia akan pujuk tunangnya. Biarlah hati Nur Adriana tenang dulu.
***
Nur Adriana merenung tajam perempuan tak sedar diri itu yang sedang berdiri ditepi tingkap bersebelahan dengan pintu depan rumahnya, Perempuan ni memang tak pernah serik dengan apa yang  dia dah buat tadi. Nasib baik ayahnya tidak melihat adegan tarik menarik rambut didepan biliknya.
“Puas hati kau tengok adegan kat luar tu?Puas?!” tempiknya kepada Puan Farzana. Dia terus berlari naik ke biliknya. Malas dia hendak mendengar jawapan perempuan tak guna itu. Sakitnya hati!!
Farah yang terbaring lena diatas sofa itu terus terjaga apabila mendengar suara kakak tirinya. Tak habis-habis lagi ke pertengkaran semalam?
“Ibu. Apahal pulak tu? Asyik nak marah-marah je. Orang nak tidur pun tak senanglah.”rungut Farah. Dia tidak boleh menjawab kata-kata Nur Adriana. Dia tidak mahu ditampar buat kali kedua. Cukuplah sekali!.
Puan Farzana tersenyum riang. “Ibu tak kisah pun dia marah ibu. Sekarang ibu gembira sangat-sangat! 

Pertunangan yang baru terputus diantara Nur Adriana dan Wan Zubair akan dimaklumkan pada ibu kandung Wan Zubair sendiri dan yang paling penting suaminya!
‘Mereng jugak ibu aku ni.’omel Farah dalam hati. Tiba-tiba aje nak gembira sakan. Macam budak kecik!
Dia baring semula setelah suara kemarahan kakak tirinya tidak lagi didengar. 
***
Airmatanya berjujuran diatas bantal yang seringkali menjadi peneman tidurnya. Sedihnya hanya Allah yang tahu. Dia tidak redha dengan apa yang dikatakan Wan Zubair. 
Pasrah adalah jalan yang terbaik untuknya. Mungkin tiada jodoh buatnya dan Wan Zubair.
Ayahnya? Insya-allah dia akan beritahu nanti.
Beg sandang yang dibawa sejak keluar dari penjara diambil ditepi katil. Sengaja dia sangkut dibesi katilnya supaya perempuan tak guna dan anak beranaknya tidak menyelongkar barang didalamnya.
Cincin yang ada didalam beg itu akan dipulangkan semula ke pemilik tuannya. Setelah dia masuk penjara, semua barang kemasnya yang dipakai semasa hari dia ditangkap mencuri duit syarikat dirampas dan tidak dipulangkan semula. Nasib baik cincin yang diberi tunangnya…erk?bekas tunang! Masih tersimpan kemas didalam dompet. Bila dia berjumpa Wan Zubair semula, dia kan pulangkan.
Begnya dibuka dengan malas. Dia mahu melihat cincin pertunangannya sebelum dikembalikan semula kepada tuannya.
Sebaik sahaja dia membuka beg itu, dia terkesima. Ada dompet yang berada disebelah dompetnyaAgak lama jugak dia tidak membuka beg sandangnya. Kali terakhir pun sewaktu dia menelefon Datin Zafiah di public phone.
“Beg dompet? Dompet siapa pulak ni?”katanya perlahan. 
Apabila dia membuka sahaja beg dompet itu, matanya terbeliak.
“Ini Zeril Iskandar punya beg dompet ni!”katanya lagi. Aduh, masalah…masalah!

BERSAMBUNG... :D