Followers

Friday 20 September 2013

GAY ITU SUAMI AKU? BAB 5,6&7




 BAB 5


Sudah hampir dua jam ummi dan babah Khaliff dirawat dalam wad kecemasan. Khaliff benar-benar risau dan tidak senang duduk. Sekejap bangun, sekejap berdiri. Mundar-mandir dia ke sana ke mari.

 “Sabarlah abang. Banyakkan berdoa agar ummi dan babah abang Khaliff selamat.” 

Dania juga turut mengikut Khaliff ke hospital kerana dia benar-benar risaukan keadaan mangsa kemalangan yang diselamatkan itu. Lagipun, Khaliff yang memintanya memangku umminya yang luka parah di kepala. Begitu kusut dan serabut sekali diri Khaliff tatkala ini. Dia benar-benar diamuk resah dan bimbang. 

“Terima kasih Dania kerana dah selamatkan nyawa ummi dan babah abang. Kalau Nia tak keluarkan mereka dari kereta tu, abang tak tahulah bagaimana nasib mereka. Abang berhutang nyawa dengan Nia.” Ucap Khaliff dengan suara yang begitu lirih.

 Matanya sarat dengan kesedihan dan kerisauan. 

“Tak apa. Dah menjadi tanggungjawab Nia tolong mereka. Abang jangan risau, Nia yakin mereka akan selamat. Banyak-banyakkanlah berdoa...” Syukur alhamdullilah, doktor yang merawat ummi dan babah Khaliff memaklumkan yang mereka selamat serta tiada kecederaan yang serius. Babah Khaliff telah pun sedar dan tulang tangannya patah manakala umminya masih belum sedar tapi pendarahan di kepalanya sudah berhenti dan dia dilaporkan stabil.


Dania dan Khaliff masuk melawat ummi yang masih belum sedar kemudian melawat babah Khaliff pula yang sudah pun sedar. 

“Babah...babah okey?”Soal Khaliff dengan risau. 

Johari tersenyum kemudian matanya tertancap ke arah seraut wajah yang sudah berjasa kepadanya. 

“Babah okey. Nak, terima kasih kerana selamatkan pakcik dan makcik. Budi baik anak, hanya Allah sahaja yang membalasnya,” ucap Johari dengan penuh terharu.

 Dania tersenyum. “Yang penting pakcik dan makcik selamat. Saya hanya menolong sekadar yang termampu sahaja.”Luah Dania dengan lembut. 

Johari mengangguk. Tiba-tiba Dania teringatkan sesuatu. Mulutnya terlopong dan mukanya cemas. 

“Ya Allah, dah lama Nia kat sini. Nia tinggalkan ayah saya sorang-sorang...”kata Dania dengan wajah risau.

 Bimbang dengan keadaan ayahnya yang lumpuh itu menguruskan dirinya seorang diri. 

“Jom abang hantarkan Nia balik. Babah, Khaliff hantarkan Dania pulang. Nanti Khaliff datang semula..” Babah Khaliff mengangguk tanda mengerti.



“Ya Allah!!!!!!!!” Terbeliak mata Dania melihat kepulan asap yang terbit dari api yang marak, begitu rakus menjilat rumahnya. Dania segera berlari keluar dari kereta. Jantungnya bagaikan tercampak keluar, dia benar-benar cemas dan bimbang dengan keselamatan ayahnya. 

“Ayah!!!!! Ayah!!!!!!!!!!!” Jerit Dania dengan kuat sekali. Air mata terus jatuh berjuraian ke pipi. Pihak bomba dan penyelamat sedang bertungkus lumus memadamkan api. Dania terus menjerit-jerit dan berlari pantas ke arah rumahnya. Tiba-tiba badannya disambar. Dania terus meronta-ronta sambil matanya tidak lepas-lepas memandang ke arah rumahnya yang sedang dijilat api yang marak itu. Dia memikirkan betapa menderitanya ayahnya yang terpaksa menahan kepanasan. Ya Allah selamatkan ayah aku....

 “Lepaskan Nia...ayah ada kat dalam tu....ayah lumpuh, macam mana dia nak selamatkan diri dia ...Ya Allah, selamatkan ayah....Ayah....Tunggu Nia, Nia nak selamatkan ayah....Ayah....” Dania terus meraung dalam tangisan. 

Khaliff terpaksa memeluk Dania yang sudah seperti hilang akal itu. 

“Nia, sabar Nia. Api sedang marak tu…Bomba sedang memadamkan api…” Pujuk Khaliff yang berusaha menenangkan Dania yang sudah hilang kawalan. 

“Macam mana Nia nak bersabar? Ayah Nia ada dalam rumah. Ayah Nia lumpuh…ayah Nia lumpuh! Macam mana ayah nak selamatkan diri dia. Ya Allah….tolonglah…. Lepaskan Nia…lepaskan Nia, Nia nak selamatkan ayah Nia…Nia nak selamatkan ayah Nia…….” Jerit Dania bersama air mata yang bercucuran. 

Dania terus meratap sayu, menangis dan meraung sekuat hatinya. Ayahnya tidak dapat diselamatkan kerana api sudah semakin marak menjilat rumah Dania. Setengah jam kemudian, barulah api berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya. Dania terduduk lemah di hadapan rumahnya. Dia meraung sekuat hati.
“Ayahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”


Hampir seminggu pemergian ayah Dania ke rahmatullah kerana terkorban dalam kebakaran itu. Rupa-rupa kebakaran itu dirancang. Budin yang merupakan dalang kejadian itu telah pun ditangkap polis dan didapati bersalah atas cubaan membunuh. Dania benar-benar tidak menyangka sekejam itu Budin. Semoga lelaki itu mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya. Khaliff sentiasa berada disisi Dania menguruskan tempat tinggal dan makan minumnya. Siapa lagi yang harus diharapkan? Rumahnya hangus dijilat api. Dania kini anak yatim piatu yang tidak mempunyai saudara mara terdekat. Dia sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana tinggalnya saudara mara arwah ayah dan emaknya kerana kebanyakannya tinggal di Sarawak. Lagipun ayah dan emaknya tidak pernah menceritakan apa-apa pun padanya mengenai saudara maranya disana dan tidak pernah saling menghubungi antara satu sama lain. 

“Dania, makan sikit. Dah seminggu Dania hilang selera makan.” Pujuk Khaliff dengan lembut. Mak Munah, orang gaji Khaliff telah di bawa ke sini untuk menjaga Dania di Home stay yang di sewa untuk Dania tinggal. 

Khaliff rasa bertanggungjawab atas segala yang berlaku. Sangat kasihan memikirkan nasib Dania. Kalau Dania tidak bersamanya menyelamatkan umi dan babah tempoh hari, mungkin nasib Dania tidak begini malang. Ya Allah, tabahkanlah hati Dania untuk menempuhi segala dugaan ini. Berikanlah dia kekuatan untuk meneruskan hari mukanya. Dia masih muda untuk berdepan dengan dugaan berat ini. 

Dania mengelengkan kepalanya. Selera makannya bagaikan mati. Wajahnya murung dan sedih. Air mata berlinangan lagi. Matanya tertancap ke arah slip peperiksaan STPM nya yang baru diambil pagi tadi. Dia mendapat 5 prinsipal, dengan gred A dalam semua mata pelajaran. Dia merupakan pelajar terbaik STPM di sekolahnya. Sepatutnya berita gembira ini dikongsi bersama ayahnya yang pasti berbangga dengannya. Ucapan tahniah yang datang silih berganti dari guru dan teman-temannya tidak mampu mengusir kesedihan yang dirasainya kini. Dia hilang tempat bergantung dan dia sudah bergelar anak yatim. 

“Dania...”panggil Khaliff lembut tatkala melihat mata bundar itu menerbitkan mutiara jernih entah kali ke berapa. 

“Abang tahu, Nia sedih tapi Nia kena kuatkan semangat. Mati itu pasti bagi sesiapa sahaja. Semua ini takdir, redakan pemergian ayah Nia, kalau arwah tahu yang Nia asyik menangis siang malam, sampai tak lalu makan, arwah tentu sedih dan tak tenang bersemadi disana. Hidup perlu diteruskan. Nia jangan risau, memang kita ni tiada pertalian, tapi abang tak akan biarkan Nia sendiri. Abang akan berada disisi Nia. Abang akan jaga Nia seperti menjaga nyawa abang sendiri.” Pujuk Khaliff lagi yang sejak seminggu tidak pernah berputus asa memberikan kata-kata semangat untuk Dania bangkit dari kesedihan. 

Mendengarnya membuatkan Dania berada dadanya mahu pecah menahan sebak.

 “Nia dah tak ada siapa-siapa lagi...Nia dah jadi anak yatim piatu...mak dah tinggalkan Nia, ayah dah tinggalkan Nia...Siapa lagi yang Nia ada? Semua dah pergi tinggalkan Nia, apa salah dan dosa Nia,” hilang semangat Dania meluahkan kepiluan hatinya. tiba-tiba bahunya disentuhnya. 

Dania segera menoleh. Ummi, Khaliff? Wanita sebaya arwah emaknya itu tersenyum padanya. 

“Siapa kata Nia bersendiri? Nia ada ummi, Nia ada babah. Mulai hari ini, kami adalah keluarga Nia. Nia dah selamatkan nyawa ummi dan babah, kami terhutang nyawa dengan Nia. Izinkan kami menganggap Nia sebagai anak kandung kami sendiri.” Pujuk Maimun dengan lembut. 

Dania terkesima mendengarnya. Ya Allah, beginikah nasibnya? Hidup menumpang atas ehsan orang lain? Dia tidak mampu menyusahkan orang lain terutama dari orang yang tidak dikenalinya. Siapa Khaliff, ummi dan babahnya? Dania akui, dia kini bergantung hidup dengan Khaliff yang begitu prihatin dengan keperluannya. Tapi, jika dia bersendiri kemana dia harus pergi? Dia sudah tiada sesiapapun dalam dunia ini. Rumahnya sudah hangus terbakar. Dia sudah hilang tempat bergantung dan tempat berteduh.
“Nia tak mahu hidup menyusahkan orang lain. Nia tak mahu berhutang budi seumur hidup....”balas Dania dengan sayu.

 Maimun memeluk Dania dan mengelus rambut Dania dengan lembut seakan menumpahkan rasa kasih seorang ibu kepada Dania. 

“Nia. Sebenarnya, ummi dan babah yang berhutang budi dan nyawa dengan Nia seumur hidup kami. Kalau Nia tak selamatkan ummi dan babah, entah macam mana nasib kami sekarang ni. Ummi sebenarnya teringin nak mempunyai anak perempuan semanis Nia, Alhamdullilah hari ini doa ummi telah pun dimakbulkan.Nia jangan fikirkan yang Nia akan menyusahkan kami kerana kasih sayang kami pada Nia tak ubah seperti anak kandung kami sendiri. Pertama kali ummi tengok Nia, ummi dah jatuh sayang dengan Nia. Ummi dan babah berjanji, tak akan sia-siakan Nia dan pastikan Nia akan gembira dan bahagia bersama kami. Masa depan Nia pun, tak akan kami sia-siakan. Percayalah......” Air mata Dania diseka oleh Maimun dan Dania terus mengeratkan pelukannya kerana rasa terharu. 


BAB 6 



PERTAMA kali melangkah kaki di banglo milik keluarga Khaliff membuatkan Dania rasa kagum melihat hiasan dalamannya yang kreatif dan menarik. Cantik, mewah dan menenangkan kerana warna hijau lembut menatari seluruh ruang banglo mewah ini. Tiba-tiba Dania rasa dirinya begitu kerdil disini. Tidak layak untuknya menikmati kemewahan ini kerana dia hanyalah anak seorang pemandu lori. Hidupnya hanya serba sederhana. Dania rasa benar-benar berasa rendah diri. 

“Nia, tunggu apalagi? Jom masuk sayang?”Ajak Maimun dengan mesra sambil memeluk bahu Dania.

 “Nia, babah harap Nia janganlah rasa rendah diri ke malu ke.... anggap ni adalah rumah Nia juga. Mari....”Ajak Johari pula. 

Khaliff tersenyum lega melihat layanan keluarganya pada Dania. ‘Adik’? Rasanya, tempat Dania dihatinya bukan seorang ‘adik’ tapi tempat Dania ‘istimewa’. 

Dania akhirnya akur. Keluarga baik begitu baik melayaninya. Dia diberi sebuah bilik tidur yang begitu cantik, luas dan selesa. Perabotnya juga mewah. Bertuah aku, kerana menjadi anak angkat mereka? Tidak, walau macam mana sekalipun baiknya mereka terhadap aku, mereka tetap orang luar dan aku hanya menumpang ehsan mereka. Aku tidak harus berdiam dan bergoyang kaki di sini. Aku harus membantu ummi membuat kerja-kerja rumah, kalau aku menjadi orang gaji pun aku sanggup. Usai solat maghrib, Dania keluar dari kamar beradunya. 

Perlahan-lahan melangkah ke ruang dapur. Dalam perjalanan, kakinya bagaikan dipaku tatkala matanya terpandang potret seorang lelaki yang berambut paras bahu sedang tersenyum manis. Serta merta jantung Dania rasa berdebar dan bagaikan hanyut dibawa ke dunia lain. Begitu tampan sekali, dia berkulit cerah, matanya yang bening beralis lentik dan berkening lebat, hidungnya mancung dan bibirnya yang merah menawan dan tubuhnya yang sasa. 

“Kacakkan?” Suara Maimun membuatkan Dania tersentak. 

Dania kalut sendiri, merah padam mukanya menahan malu kerana membiarkan dirinya terpukau sehingga Maimun boleh tersedar melihat tingkahnya. 

“Ummi....Errr.....Nia...errr, Nia saja tengok gambar family ummi ni.” Dania terus sahaja menunjukkan gambar Khaliff sekeluarga. 

Rupa-rupanya mereka cuma dua beradik. Tapi kenapa wajah Khaliff dan lelaki ini agak berbeza? Khaliff berkulit hitam manis sedangkan lelaki itu berkulit cerah. Maimun tergelak kecil. 

“Ini anak tunggal kesayangan ummi. Hensem kan? Namanya Afiff. Dia sekarang ni sedang sambung master di UK. Orangnya bijak pandai macam Nia juga.” Terang Maimun. 

Hairan Dania mendengarnya, anak tunggal? Habis itu, Khaliff siapa? 

“Tapi abang Khaliff.....”terus sahaja Maimun menyampuk. Nampak sedikit ketegangan diwajahnya. 

“Khaliff tu anak tiri umi. Babah pernah memadukan umi, masa tu kami dah enam tahun berkahwin tapi belum dikurniakan cahaya mata. Kerana ingatkan ummi ni mandul, babah berkahwin dengan kawan lamanya secara rahsia. Ummi memang kecewa dengan babah dan hampir-hampir bercerai. Namun ummi disahkan mengandung dan kandungan ummi itu telah menyelamatkan rumahtangga ummi dan babah. Perasaan terluka ummi terus ummi bawa sehingga ke hari ini, setiap kali ummi melihat wajah Khaliff, setiap kali itulah hati ummi bagaikan dihiris. Bila Khaliff berusia setahun, madu ummi meninggal kerana kanser hati. Sejak hari itu ummi yang membelanya sehinggalah sekarang.” Mata Maimun mula berkaca-kaca. 

Sehingga hari ini lukanya masih belum terubat pada suaminya yang pernah mengkhianati cinta sucinya, pada arwah Kartika dan pada Khaliff. Biarpun Kartika sudah meninggal, dendamnya terus membara dan dia melepaskan marahnya pada Khaliff. Sehingga ke hari ini, dia masih belum dapat menerima Khaliff dan layanannya padanya tidak pernah istimewa sepertimana layanannya terhadap Afiff. Segala kasih sayangnya tertumpah pada Afiff seorang. 

“Umi seorang wanita yang tabah, Nia kagum dengan ummi.” Puji Dania dengan ikhlas. Maimun tersenyum pahit dan menghela nafasnya.

 “Di luar memang ummi nampak tabah, tapi luka itu tidak pernah terubat Nia, walaupun babah sudah berjanji tidak akan mengkhianati ummi lagi buat kali ke dua, ummi tetap rasa curiga dan sukar untuk percaya. Tapi alhamdullilah, babah memang mengotakan janji.” Ujar Maimun. 

“Dahlah cakap fasal ni, kita ke dapur ummi. Nia cadang nak masak sesuatu untuk malam ni.”Ajak Dania dengan mesra.

 “Ishh, tak payah. Mak Munah dah masakkan untuk kita. Jom, babah dan si Khaliff dah tunggu kita kat meja makan.” Dania dan Maimun saling berbalas senyum.





  
 BAB 7 


Dania benar-benar gembira kerana berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam jurusan Bahasa Melayu dengan Pendidikan. Hasrat Dania yang ingin bergelar seorang guru akhirnya tercapai jua. 

“Nia, ingat pesan abang, belajar rajin-rajin. Ini buku akaun Nia, abang dah masukkan duit. Gunalah duit tu untuk perbelanjaan. Tiap-tiap bulan abang akan bank in lagi duit. Lagi satu, jangan sesekali nak mohon pinjaman PTPTN ke, biasiswa ke, biarlah kemudahan tu untuk mereka yang memerlukan. Nia sekarang ni dibawah tanggungjawab abang.” Pesan Khaliff.

 Dania tersenyum mendengar kata-kata dari lelaki yang sudah dianggap abang itu. Dia menyenangi budi pekerti Khaliff. Orangnya baik hati dan menghormati orang tua. Kenapa ummi begitu membenci dan mendendami Khaliff? Bukan salah Khaliff jika babah yang bertindak mengahwini arwah ibu Khaliff. Kenapa Khaliff yang harus dihukum? Kasihan Khaliff. 

Dania dapat merasakan setiap kali ummi berdepan dengan Khaliff, bahasanya agak kasar dan begitu dingin sekali melayan Khaliff  biarpun  Khaliff masih tetap berlembut dan menghormatinya. 

“Abang harap Nia dapat mencapai cita-cita untuk menjadi seorang guru. Abang akan sentiasa ada disisi Nia dan mendoakan Nia berjaya,” Kata Khaliff lagi.

 Dania mengangguk dan tersenyum mesra. “Terima kasih abang. Abang dan keluarga abang, dah banyak berjasa dengan Nia. Terima kasih sebab layan Nia dengan baik,” balas Dania. Khaliff tersenyum.

 “Apa saja untuk Nia, abang sanggup lakukan asalkan abang dapat lihat Nia senyum dan gembira. Belajar rajin-rajin tau, cikgu Dania yang cute!” Dania ketawa kecil mendengarnya. 

“Iyalah, Nia akan ingat pesanan abang Khaliff ni sepanjang masa. Budi baik abang, hanya ALLAH saja yang mampu membalasnya.” Ucap Dania. 

“Abang ikhlas Nia. Tak pernah abang mengharapkan budi baik abang akan dibalas. Baiklah abang balik dulu, kirim salam kat room mate Nia ya?” Dania mengangguk sambil mata tertancap ke arah Maizi yang sedang tersengih-sengih sambil melambai-lambai ke arah Khaliff.

 Setelah Toyota Harier Khaliff berlalu, Dania melangkah ke arah Maizi. 

“Wah, hensem lah abang Khaliff kau tu! Kau dengan dia tu, ada apa-apa ke? Kalau ada, tak apalah tapi kalau tak ada, kasi je kat aku.” Pinta Maizi tanpa segan silu. 

Dania menampar bahu Maizi perlahan. 

“Ishh, kau ni....abang Khaliff tu dah macam abang kandung aku lah. Dia dah ada kekasihlah. Namanya Arnie Shuhaida, cantik. Minggu lepas, masa aku keluar shopping ngan abang Khaliff, kami terserempak. Mesra sangat mereka..”

 “Alah, yea ke? Melepas aku! Tolong aku Nia, belum bercinta aku dah frust menonggeng. Kalau kau belanja aku ais batu campur, aku sure hilang frust aku tu!” Maizi mengeluh panjang lalu meraup wajahnya. 

“Banyaklah kau punya frust! Kalau nak minta aku belanja ABC, bagitau jelah. Tak payah nak buat drama depan aku!” Mereka sama-sama ketawa. 


Dania yang baru keluar dari dewan peperiksaan tersenyum melihat Khaliff yang sedang menantinya. Sudah hampir dua tahun Dania belajar di Universiti Malaya. Syukur alhamdullilah, keputusan peperiksaannya cemerlang dan dia pernah mendapat 4.00 pointer selama dua semester berturut-turut. Cuma semester ke tiga agak kantoi sedikit dan dia hanya mendapat 3.96 pointer berpunca dari tugasan yang diberikan oleh pensyarah Ramona tidak mendapat markah penuh. Minta-minta semester kali ini Dania mendapat 4.00 pointer lagi. 

“Macam mana last paper tadi?” Soal Khaliff. 

“Bolehlah, dari tak boleh.....” jawab Dania. 

Khaliff mengangguk faham. Setiap hari dia akan menghubungi Dania, tidak pernah lengkap hidupnya tanpa berbual dengan gadis ini. Dania memang nampak lembut, tapi seorang yang matang. Mungkin pengalaman mendewasakan dia. 

“Boleh dari tak boleh? Iya ke tu? Tapi, setiap kali keluar result, kemain lagi dia skor. Kali ni, kalau Nia dapat 4.00 pointer lagi, abang Khaliff akan belikan Nia hadiah.....” umpan Khaliff sambil menjungkitkan keningnya yang tebal. 

Dania tergelak mendengarnya. Khaliff memang selalu membelikannya hadiah. Hadiah yang menjadi kesayangan Dania adalah Teddy bear yang sebesar orang, rantai emas putih, telefon bimbit, dan laptop. 

“Ala, tak dapat 4.00 pointer abang Khaliff beli juga hadiah. Dah jadi hobi abang pun. Nia dah faham sangat dah. Abang Khaliff dah makan ke? Nia lapar lah…” Soal Dania menukar topik. Khaliff begitu memanjakannya seperti seorang adik. 

Dania benar-benar rasa disayangi. 

“Belum. Abang tahan perut tau, semata-mata nak makan dengan Nia. Jom kita makan KFC nak? Abang laparlah...” Dania terus bersetuju. 

Sebaik sahaja masuk dalam kereta, hampir hendak termuntah Dania apabila mendapat ada bau rokok yang begitu menusuk hidung. Dania segera menutup hidungnya. 

“Abang Khaliff ni, busuknya bau rokok. Ishhh, tak habis-habis dengan tabiat merokok dia. Geramnya…tak sukalah!” Dania membebel sambil menahan nafas. 

Dikeluarkan perfumenya dari dalam beg lalu disemburnya ke seluruh kereta Toyota Harrier milik Khaliff ini. Khaliff hanya mengelengkan kepala melihat tingkah Dania itu. 

“Wangi apa bau rokok?”Soal Khaliff. 

Dia memang perokok tegar, sukar untuk dia membuang tabiat merokoknya yang sudah menjadi darah dagingnya semasa remaja lagi. Dahulu dia melepaskan tekanan perasaannya dengan merokok, semua itu kerana pengaruh rakan sebaya. Bukannya dia tidak cuba berhenti, pelbagai kaedah telah digunakan untuk menghilangkan ketagihan merokoknya tapi, Khaliff tidak berupaya. Badannya rasa seperti hendak demam, mengantuk dan otaknya bagaikan tidak berfungsi.

 “Ishh, bila abang nak berhenti merokok? Merokok tak baik untuk kesihatan tau.” Leter Dania lagi sebaik sahaja kereta Khaliff meluncur laju. 

Khaliff hanya tersengih, sudah beberapa kali Dania menasihatkannya dan dia telah pun cuba berhenti, tapi tidak boleh. Dia juga tahu, padahnya merokok untuk kesihatan. 

“Kenapa? Nia takut abang Khaliff mati cepat ke? Tak sempat kita kahwin? Hehehehe, sayang juga Nia pada abang ya? Alah, ajal maut ditangan Tuhan.

 Merokok ke, tak merokok ke, kalau dah ajal kita, mati juga kan?” Jawab Khaliff selamba.

 “Tengok tu, orang bagi nasihat, degil! Mulalah nak merapu.

 Nia tak suka lelaki merokok tau, kalau nak kahwin, Nia akan pastikan bibir dia merah. Baru Nia setuju! Memanglah ajal di tangan Tuhan, kalau mati terus tak apalah, masalahnya kalau dapat penyakit yang kronik yang berpunca dari merokok tu. Sanggup menderita? Tak payah cakap lah penyakit apa, sebab abang Khaliff pun tahukan? Berhenti lah abang, Nia akan menghargai abang sangat-sangat,” bebel Dania panjang lebar. 

Khaliff menghembus nafas perlahan. Kecewa. Hurmm, nampak gayanya dia sudah tersingkir dari ciri-ciri lelaki idaman Dania.

 “Nia…. Nia, boleh tak minta sesuatu yang senang abang nak buat. Susahlah, bukan abang tak cuba, dah macam-macam cara abang guna tapi, abang memang tak boleh berhenti.Abang hanya boleh kurangnya jumlahnya sahaja. Maafkan abang, Nia. Abang tahu Nia tak suka, tapi abang memang susah nak berhenti.” Luah Khaliff dengan sayu dan tunjuk muka kasihan. 

Dania turut tersentuh mendengarnya. Nampak wajah Khaliff agak tertekan. 

“Terpulang pada abang, Nia ni tak ada hak nak memaksa. Abang berhak membuat keputusan untuk diri abang sendiri. Nia bukannya apa, niat Nia baik kerana Nia mengambil berat terhadap insan yang selama ini mengambil berat tentang Nia bila Nia sihat dan sakit.” Serta merta situasi yang ceria sebentar lagi bertukar hening. Khaliff mengerling Dania sekilas. Nampak redup air mukanya. 

“Nia marahkan abang ke? Abang betul-betul minta maaf. Nia tahukan abang sayangkan Nia, demi Nia abang sanggup lakukan apa sahaja, cuma satu perkara ni saja yang abang masih belum mampu nak lakukan. Tapi abang akan sentiasa cuba. Cuma kalau abang berhenti merokok kan, macam tak best lah pula. Sebab dah tak dengar Nia membebel lagi. Semua perangai abang jadi sempurna, dah takde cacat cela. Nak bibir yang merah, senang je. Abang pakai gincu…” Usik Khaliff lalu tergelak kecil. 



Dania menjeling dalam masa yang sama tidak mampu menahan gelak. 

“Hahahaha…. Abang ni. Eeee, ada hati lagi nak bergurau! Perasan! Hurmm….Nia, tengah bayangkan abang pakai gincu. Sedangkan Nia pun tak pakai,” Dania dan Khaliff sama-sama ketawa.







BERSAMBUNG... ;) NANTIKAN 'GISA' AKAN KE VERSI CETAK TERBITAN  GedeBook Sdn Bhd AWAL BULAN OKTOBER INSYA-ALLAH KARYA DARI MIA KIFF.

Saturday 14 September 2013

GAY ITU SUAMI AKU? BAB 3 & 4




BAB 3

Dania menyorong kerusi roda ayahnya menuju ke jalan besar. Hari ini ayahnya mempunyai temujanji dengan pakar fisioterapi. Dania juga mahu mengambil ubat ayahnya yang sudah habis. “Awal Nia balik berniaga hari ini? Dah habis ke nasi lemaknya?” Soal Aminuddin sambil terbatuk-batuk.

 Dania memandang ke kiri dan ke kanan jalan. Kelibat teksi masih belum kelihatan. “Alhamdullilah ayah. Hari ni jualan laku. Itu yang Nia balik awal. Ayah batuk ke? Alahai, kejap lagi Nia ambil ubat batuk sekali ya?” Maklum Dania bimbang.

 “Ayah batuk sikit je. Tak payahlah ambil ubat. Ubat yang wajib kena makan pun, mahal harganya. Lagipun ayah ni dah tua, sakit pun dah jadi sahabat baik. Makan lah ubat bergelen pun, tak adanya nak sembuh.” Jawab Aminuddin yang sebenarnya terharu memiliki anak setulus Dania. 

Rajin, penyayang dan bertanggungjawab. Dalam usia semuda ini, dugaan yang diterima Dania amat berat untuk dipikul. Dia tahu, Dania sedaya upaya mempamerkan ketabahannya. Dania terlalu rapat dengan arwah isterinya. Sejak kematian isterinya hampir setiap malam Dania akan menghadiahkan surah Yassin yang akan dibacanya dengan air mata yang bercucuran. Dania pula akan tidur sambil memeluk baju kurung ibunya. 

“Ishh, ayah ni. Nia nak ayah sihat. Pasal duit ayah jangan risau ya? Alhamdullilah, Nia dapat kumpul banyak minggu ni. Hishh, manalah teksi ni? Lambat pula hari ni.” Mata Dania masih tercari-cari kelibat teksi.

 Tiba-tiba sebuah kereta mewah berhenti di sisi mereka. Dania tersentak apabila Khaliff keluar dari kereta tersebut. 

“Assalamualaikum…” ucap Khaliff berbunga senyum. Dania melirik pada ayahnya dan mereka sama-sama menjawab salam. Khaliff menghulurkan tangan bersalam dengan ayah Dania. Sopan dan beradab. Sejuk hati orang tua itu. 

“Err, Nia. Ini ayah Nia ke?” Tanya Khaliff.z
A
 “Ahah, ni ayah Nia. Ayah, kenalkan ini Encik Khaliff. Dia tuan punya resort kat hujung kampung kita. Encik Khaliff ni selalu membeli nasi lemak Nia.” Cerita Dania pada Aminuddin yang terpinga-pinga tadi.

 Aminuddin mengangguk faham. “Oh….” Khaliff tersenyum. 

“Tak payah panggil saya encik. Panggil saja saya abang Khaliff. Err, pakcik dengan Nia ni, nak ke mana ya?” Tanya Khaliff.

 Aminuddin menjawabnya. “Kami nak ke Pekan. Pakcik ada temujanji dengan doktor, nak ambil ubat sekali.” Khaliff mengangguk faham.

 “Oh, macam tu ya? Hurmm, kebetulan saya pun nak ke Pekan. Apakata kalau pakcik dengan Dania pergi dengan saya?” Pelawa Khaliff membuatkan Dania tersentak. 

“Errr, tak payah encik Khaliff. Kami tengah tunggu teksi ni. Nanti adalah tu, buat susah-susah je.” Dania terus menolak. 

Aminuddin mencelah. “Ya nak, tak payah susah-susah. Menganggu kerja Khaliff saja.” 

“Jangan fikir macam tu pakcik. Saya betul-betul nak tolong. Mari saya hantarkan. Jangan risau, tak susahkan saya pun. Mari?” Pelawa Khaliff yang sudah pun menolak kerusi roda Aminuddin ke keretanya.

 Dania dan Aminuddin tidak mampu melarang. Dania lantas memapah ayahnya, dibantu oleh Khaliff untuk memasukkan Aminuddin dalam kereta. Setelah itu, kerusi roda dilipat dan disimpan di bonet kereta, Dania pun masuk ke dalam perut kereta dan duduk di sebelah Khaliff yang memandu.

 “Ayah macam mana? Okey ke?” Tanya Dania yang berpaling ke belakang. Aminuddin mengangguk. 

“Ayah okey.” “Ayah nak minum?” Dania mengeluarkan botol mineral dari dalam begnya. “Boleh juga, ayah dahaga.” Dania menuangkan air ke dalam gelas plastik yang dibawa lalu dia menghulurkan pada ayahnya. Sikap prihatin dan penyayang Dania itu menarik minat Khaliff. 

“Alhamdullilah..” ucap Aminuddin setelah selesai minum. Dania tersenyum lalu menyimpan gelas. 

“Pakcik okey ke?” Khaliff pula bertanya. 

“Pakcik okey, alhamdullilah. Seumur hidup pakcik, ini pertama kali pakcik naik kereta mahal. Segan rasanya pakcik. Terima kasih ya nak, sudi tumpangkan kami.” Ucap Aminuddin. 

Khaliff tersenyum mendengarnya. “Pakcik ini, segan saya. Saya tak ada masalah nak tolong pakcik dengan Dania. Apa salahnya kita saling membantu kan? Harta yang saya ada ni, hanya pinjaman. Apa salahnya saya berkongsi sikit dengan orang. Tak luak pun. Errr, pakcik….pakcik dah lama tinggal dalam kampung ni kan? Pak Samad kata, pakcik antara yang terawal yang membuka kampung ni. Iya ke pakcik? Teruja saya mendengar, tentu pakcik ada banyak pengalaman kan?” Tanya Khaliff ramah. 

Dania mengerling Khaliff yang begitu mesra dengan ayahnya. Hatinya sedikit tersentuh. 

“Hurrmm….betul tu. Masa pakcik membuka kampung ni, pakcik berumur 23 tahun. Pakcik merantau dari Sabah ke sini. Dulu kampung ni, hutan banat. Sekarang ni, barulah ada jalan raya, klinik desa, elektrik, air. Dulu kalau kami nak mandi, kami mandi kat Kuala Sungai tu aje. Itu pun kena hati-hati, sebab ada buaya.” Maklum Aminuddin yang semakin suka berbual dengan anak muda yang langsung tidak sombong ini. 

Sampai ke Hospital Taiping, Khaliff tidak meninggalkan mereka sebaliknya Khaliff menemani Dania dan Aminuddin mengambil ubat dan bertemu doktor. Dania sedang menunggu ayahnya yang sedang menjalani fisioterapi berbual-bual dengan Khaliff yang duduk disebelahnya. 

“Encik tak ada kerja ke? Menyusahkan encik je. Saya dan ayah saya, boleh je baik naik teksi bila balik nanti.” Beritahu Dania yang sopan memakai baju kurung cotton warna pink dan menyarung tudung berwarna sama.

 “Hurmm…saya sebenarnya tak ada kerja pun. Kebetulan, saya saja je nak keluar tadi. Awak janganlah risau, saya okey je. Tak kisah pun. Awak boleh tak jangan panggil saya encik? Panggil je saya ni, abang Khaliff.” Dania segan mendengarnya.

 Kadang-kadang muncul dibenaknya juga, kenapa Khaliff baik dengan dia dan ayahnya? Tapi, wajah Khaliff yang jernih itu membuatkan Dania tidak menaruh sebarang syak wasangka. 

“Iyalah, errr…abang Khaliff. Maaflah menyusahkan abang Khaliff.” 

“No hal. Err, Nia ambil STPM ye tahun ni? Jurusan apa?” 

“Nia ambil bidang sastera.” 

“Oh…bakal sasterawati Negara lah ni…” Dania tersenyum mendengarnya. 

“Ishhh, mana ada. Nia biasa-biasa jelah.” 

Khaliff membalas senyum itu. Pesona Dania semakin menyelesakan Khaliff untuk terus berada disisi gadis itu. Semakin dia mengenali Dania, semakin dia rasa kagum dan dekat dihati. 

“Hurmm, abang rasa selesa kenal dengan Nia. Err…boleh tak, kalau abang nak kenal dengan dia, dengan lebih rapat lagi?” Tanya Khaliff. 

Dania terkedu mendengarnya. 

“Rapat? Err, rapat macam mana tu? Adik angkat, abang angkat ke?” Tanya Dania dengan lurus bendulnya. Khaliff tergelak. 

“Nia ni, tak takut ke, kalau beradik abang angkat, kang terangkat sekali, macam mana?” Dania mengaru kepalanya. Tidak faham. 

“Abang Khaliff cakap apa ya? Nia tak jelas…” Dania tersenyum tawar. Wajah Khaliff direnungnya.

 Khaliff tergelak. “Okeylah, abang berterus-terang saja. Abang sukakan Nia. Kalau boleh, abang nak kita kenal lebih mendalam. Abang harap Nia terima abang. Abang ikhlas…” Dania terkejut mendengarnya.

 “Mak….maksudnya?” Khaliff hanya tersenyum melihat Dania yang sudah mengelabah itu. 

Dania tersentak apabila ayahnya disorong keluar oleh doktor. Perbualan mereka terhenti di situ sahaja. Setelah mengambil ubat, Khaliff membawa Dania dan ayahnya makan tengah hari di Hotel Seri Malaysia. Dania begitu tersentuh dengan layanan lelaki itu pada ayahnya. Ayahnya pula begitu ramah dan mesra dengan Khaliff. Sampai di rumah, Dania dan Aminuddin mengucapkan terima kasih pada Khaliff. 

“Tak apa pakcik. Saya dah anggap pakcik, macam ayah kandung saya sendiri. Saya sebenarnya kagum dengan ketabahan Dania dan sikap bertanggungjawab dia sebagai anak. Dalam usia yang muda, dia menghadapi segala dugaan hidupnya dengan matang dan kuat semangat. Banyak hal yang saya belajar dari Dania, pakcik.” Maklum Khaliff. 

Dania tersentuh hati mendengarnya. Dia sebenarnya tidak kuat menempuhi dugaan ini. Hampir setiap malam dia menangis, namun demi ayahnya, dia menguatkan semangat. Dia sanggup melupakan cita-citanya demi ayahnya. 

“Hurmm….pakcik sebenarnya inginkan yang terbaik untuk Nia. Dia masih muda lagi. Perjalanan dia masih panjang. Pakcik kecewa juga, bila dia sanggup tolak tawaran ke matrikulasi semata-mata nak jaga pakcik yang sakit ni. Pakcik kalau boleh nak dia belajar tinggi-tinggi. Dia tu bekas pelajar terbaik sekolah. Tapi entahlah…bila keadaan jadi macam ni, susah.” Aminuddin membalasnya dengan suara lirih. 

“Ayah, ayah janganlah cakap macam tu. Pasal Nia ayah janganlah fikir ya? Nia tak ada masalah. Nia bahagia dengan apa yang Nia buat. Dah menjadi tanggungjawab setiap anak, untuk berbakti pada orang tuanya.” Dania mengelus bahu ayahnya lembut. 

Mata dua beranak itu saling bertaut. 

“Pakcik bertuah memiliki anak sebaik Nia. Itu yang buat saya tertarik nak kenal dengan Dania. Err, pakcik saya balik dulu ya? Pakcik baik-baik ya? Jangan lupa makan ubat, jaga kesihatan ya…” Khaliff meminta diri. 

“Err, Khaliff singgahlah dulu.” 

“Sebenarnya saya baru dapat call dari supplier, ada barang baru sampai kat tapak pembinaan. Insha-Allah pakcik, saya akan datang lagi ya lawat pakcik. Saya pergi dulu ya, assalamualaikum…” 

“Waalaikumussalam, baik-baik nak. Kalau ada kelapangan, datanglah ya.” Khaliff mengangguk dan sempat melontar pandang pada Dania. 

“Abang balik dulu ya Nia? Jaga ayah baik-baik.” Dania mengangguk. 

Khaliff masuk dalam perut kereta dan berlalu. Dania dan Aminuddin yang masih berada di luar rumah melihat kereta Khaliff pergi hingga hilang dari pandangan. Budin yang sejak dari tadi berdiri di tepi tiang rumah mereka memerhati tajam dua beranak itu. Dia melangkah menghampiri Dania dan ayahnya.

 “Amboi, pakcik! Bukan main lagi rapat pakcik dengan mamat Bandar tu?” Tanya Budin, sinis. 

Aminuddin dan Dania berpaling pada Budin. Salam pun tidak diberi, tiba-tiba marah tidak tentu pasal. 

“Budin, kamu rupanya. Bila kamu sampai?” Tanya Aminuddin yang tidak selesa denga kehadiran anak muda ini. 

Sudah beberapa kali Budin berpesan padanya agar Dania menjadi isteri dia dan tidak diberikan pada lelaki lain. “Dah lama. Hurmm, pergi mana berjemput menghantar dengan mamat Bandar tu?” Tanya Budin kasar. 

Dania mengelengkan kepalanya. Tidak suka dengan sikap kurang ajar lelaki ini pada ayahnya. Dania menjawab. 

“Encik Khaliff tu, tumpangkan kami ke hospital tadi. Kebetulan teksi tak ada lalu lalang. Yang abang Budin sibuk sangat ni kenapa?” Marah Dania.

 “Abang bukannya apa, mamat tu tetiba baik pula. Tentu ada niat jahat. Ingat Nia, jangan termakan budi sampai tergadai body pula.” Tegur Budin sinis.

 “Abang Budin, Nia dah biasa berdikari. Nia tahu jaga diri. Abang Budin tak payah sibuk nak ambil tahu pasal Nia boleh tak?” Balas Dania, geram.

 “Hei, abang kena ambil tahu juga. Nia tu bakal isteri abang tak lama lagi. Hah pakcik, macam mana pinangan saya minggu lepas? Saya tak nak tunggu lama-lama lagi. Saya nak kahwin dengan Nia.” Maklum Budin.

 Dania terkedu mendengarnya. Kahwin dengan Budin? “Apa? Kahwin dengan abang Budin? Apa abang merepek ni? Nia tak nak kahwin lah. Nia muda lagi. Ayah, apa ni? Ayah tak cakap kat Nia pun?” Wajah ayahnya ditatap.

 Aminuddin tenang menghadapi Budin. “Budin, pakcik dah cakap, anak pakcik ni muda lagi. Dia nak belajar lagi. Nak kejar cita-cita dia. Lagipun, kamu tu tak ada kerja lagi. Belum layak nak jadi suami orang.”

 “Alah pakcik, saya tahulah apa yang saya buat. Pakcik tak payah nak mengajar saya pulak. Buat apa nak letak hantaran mahal-mahal. Perempuan yang baik, murah je wang hantaran dia. Yang penting nikah. Pakcik walikan kami. Saya dah lama pesan kat pakcik, Nia ni milik saya. Tapi pakcik degil. Pakcik ingat saya tak tahu ke, pakcik memang ada niat nak bagi Dania pada mamat Bandar tu kan? Hah, eloklah tu…entah-entah kaki penipu. Dijualnya Dania nanti kat sindiket pelacuran kat Kuala Lumpur.” Budin menabur fitnah dan lantang mengemukakan hujahnya. 

“Astafirallahalazim, Budin. Tak baik kamu menuduh orang macam tu. Boleh jatuh fitnah, berdosa besar Budin. Pakcik belum terfikir lagi, nak kahwinkan anak pakcik. Dengan siapa-siapa pun. Nia masih muda lagi…” jawab Aminuddin lembut. 

Budin tergelak sinis mendengarnya. “Pakcik jangan ingat saya bodoh, pakcik. Pakcik memang bercadang nak kahwinkan Nia dengan mamat Bandar tu. Saya tahulah, mamat Bandar tu pun memang ada hati pada Nia. Ingat pakcik, saya minta elok-elok pakcik tak bagi, pakcik sombong ya dengan saya. Saya hanya nak Dania. Jadi saya akan dapatkan dia walaupun apa cara sekalipun. Faham?” Tengking Budin yang sempat meludah ke tanah kemudian berlalu. 

Dania mengelengkan kepalanya. Kurang ajar. Tak ingin aku lelaki macam kau ni, tak tahu hormat orang tua langsung. Aminuddin berasa tidak sedap hati. 

“Biarlah dia ayah. Kurang ajar, dia ingat dia siapa agaknya. Orang tak nak, nak dipaksa-paksa. Ingat kita anak ayam ke, apa?” Marah Dania. 

Aminuddin mengusap tangan anaknya yang singgah atas bahunya lembut. 

“Hurmm, apapun Nia kena hati-hati. Lelaki macam Budin ni, sanggup buat apa saja, asalkan hati dia puas. Ayah risaukan keselamatan Nia.”

 “Ayah, ayah jangan risau ya? Pandailah Nia jaga diri. Kita mohon perlindungan Allah ya, ayah.Allah selalu ada untuk kita.” Aminuddin mengangguk dan tersenyum lega. 

Wajah anaknya ditatap dalam-dalam. Aminuddin melepaskan keluhan yang berat. Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul. Sedih memikirkan nasib anaknya ini. 

“Nia. Ayah ni dah tua, bila-bila masa ajal akan datang menjemput ayah.Ayah sentiasa mendoakan kebahagiaan dan keselamatan Nia. Berjanji dengan ayah, walau apa pun yang akan terjadi selepas ni, Nia bersabar ya? Jangan berputus asa dari rahmat Allah. Teruskan kejar cita-cita Nia sampai Nia berjaya, ayah sayang Nia!!” Aminuddin mengelus lengan Dania.

 Dania yang mendengar berasa tidak sedap hati kerana tiba-tiba sahaja kata-kata ayahnya bermain dengan emosi. Hatinya begitu terusik. 

“Ayah ni kenapa cakap macam tu? Nia sayang ayah tau. Nia dah tak ada siapa-siapa lagi. Nia cuma ada ayah je dalam hidup Nia. Ayah tak kesiankan Nia….Ayah janganlah pergi tinggalkan Nia.” Dania sebak.
 Matanya mula memberat. Aminuddin mengelus bahu Dania yang duduk dihadapannya. Wajah anaknya itu ditatap sayang. Kecantikan Dania persis arwah isterinya. Rindunya dia pada arwah isterinya. Kenangan saat bersama tertayang di ruang mata. 

“Nia. Kalau nak diikutkan hati, ayah memang tak nak tinggalkan anak ayah ni. Tapi, perancangan Allah kita tak tahu. Ayah akan selalu mendoakan kebahagiaan Nia ya? Insha-Allah semuanya baik-baik saja. Nia mesti tabah menerima dugaan hidup. Allah uji Nia, sebab Allah sayang Nia.” Aminuddin memujuk anaknya itu. 

Entah mengapa, dia rasa tidak sedap hati. Dania mengangguk lemah. Dania tidak sanggup menghadapi satu lagi kehilangan. Cukuplah dia kehilangan arwah emaknya. 










 BAB 4


“Assalamualaikum…” Aminuddin tersentak. Ucapan salam dari luar rumah menghentikan kerja-kerja meracip buluh untuk dijadikan sangkar burung. Aminuddin mengesot perlahan ke pintu. Rupa-rupanya Khaliff yang datang. 

“Waalaikumussalam. Khaliff rupanya. Masuk nak… masuklah…” Khaliff tersenyum dan mengangguk. Beg plastik yang mengandungi barang-barang dapur dibawanya masuk. 

“Ni ada sedikit barang untuk pakcik.” Hulur Khaliff. Aminuddin tersentuh mendengarnya.

 “Lah, buat susah-susah je. Kamu datang melawat pakcik pun, pakcik dah cukup berbesar hati. Terima kasih lah, nak. Duduklah. Macam nilah, orang susah. Duduk atas tikar mengkuang je. Nia tak ada ni, tinggal pakcik sorang-sorang kat rumah.” Aminuddin menerima pemberian itu dengan senang hati. 

Khaliff mengangguk faham. “Oh, tadi saya ternampak Nia kat simpang sana. Saya tegur dia, katanya dia ke kedai sebentar. Hurmm, cantiknya sangkar burung ni pakcik. Pakcik ke, yang membuatnya?” Tanya Khaliff yang ralit membelek sangkar burung yang telah siap dengan penuh minat. 

Aminuddin tersenyum mendengarnya. “Ahah, saja suka-suka. Jemu juga asyik duduk je, tak buat apa-apa kerja.” Balas Aminuddin. 

“Pakcik ni berbakat besar. Buatlah banyak-banyak pakcik, boleh jual ni kalau sangkar burung secantik ini.” Puji Khaliff. 

“Iya ke? Hurmm….pakcik rasa biasa jelah. Kamu berkenan ke? Kalau berkenan, nah! Ambilah, pakcik hadiahkan untuk kamu.” Aminuddin menghulurkan sangkar burung yang sudah pun siap. 

Khaliff gembira mendengarnya. “Betul ke, pakcik bagi pada saya ni? Wah, terima kasih pakcik. Saya bayar pakcik ya? Penat-penat pakcik buat ni..” 

“Tak perlu. Pakcik memang nak bagi pada kamu. Ambillah…” Khaliff tersenyum senang. 

Dia memerhatikan rumah batu setingkat yang kemas, tersusun dan bersih walaupun tidak dihiasi perabut yang mahal. Hanya ada sebuah televisyen dan tikar mengkuang sahaja. 

“Terima kasih pakcik. Gembira saya dapat kenal dengan pakcik. Hujung minggu ni, saya dah nak balik KL. Projek resort saya dah hampir selesai. Saya rasa berat hati sangat nak tinggalkan kampung ni. Terutamanya nasi lemak Dania yang sedap tu. Belum pernah saya makan nasi lemak sesedap yang Dania masak.” Cerita Khaliff mengundang senyum penuh makna Aminuddin. 

Hurrmm…anak muda masakan bisa menyembunyikan gelora hati dari orang berpengalaman sepertinya? Mudah sahaja Aminuddin membacanya. 

“Kenapa perlu rasa berat hati?” 

“Entahlah pakcik. Err, saya rasa macam tenang je, tinggal di kampung ni. Itu yang rasa sayang nak tinggalkan.” Khaliff cuba menyembunyikan isi hatinya. 

Semakin hari, hatinya semakin terpikat pada Dania. Setiap pagi, dia akan memborong Nasi Lemak Dania. Hubungan mereka pun semakin mesra. 

“Sayang nak tinggalkan kampung atau sayang nak tinggalkan seseorang dalam kampung ni?” Khaliff tersentak mendengarnya. 

Ayah Dania seakan dapat membaca isi hatinya. 

“Errr, ermmm, boleh jadi juga pakcik.” Khaliff menunduk segan. 

Dia tersenyum. “Pakcik pernah muda, nak. Kamu sukakan anak pakcik, Dania kan?” Aminuddin meneka. Khaliff tergamam mendengarnya.

 “Err, mana pakcik tahu? Aduhai, segan saya macam ni. Tapi, saya ikhlas pakcik.” Aminuddin mengangguk faham. 

“Pakcik tahu. Tapi Nia tu masih muda lagi.” Maklum Aminuddin. Besar harapannya ingin melihat Dania berjaya dalam pelajarannya. 

“Saya tahu pakcik. Dania masih muda. Sebab tu saya pendamkan saja perasaan saya. Soal jodoh tu, saya boleh letak ke tepi dulu. Kalau boleh, saya nak bantu Dania melanjutkan pelajarannya nanti. Syarikat saya, boleh menaja pengajian Dania. Itu adalah salah satu cara kami menyumbang pada orang yang memerlukan. Itu yang saya nak bincangkan dengan pakcik.” Terang Khaliff, sopan. 

Aminuddin semakin berkenan dengan sikap lelaki ini. 

“Iya ke nak? Pakcik kalau boleh, nak sangat Dania belajar tinggi-tinggi. Masuk universiti. Dapat kerja yang baik-baik yang menjamin masa depan dia. Bukannya duduk terperuk di kampung, menjual nasi lemak saja sampai ke tua. ” Khaliff mengangguk.

 “Pakcik jangan risau, saya akan membantu Nia ya? Saya juga akan pastikan pakcik akan mendapat rawatan dari doktor pakar. Saya nak pakcik kembali sihat.”

 Aminuddin tersentuh mendengarnya. Mulia sungguh hati budi lelaki ini. 

“Nak, soal pakcik tak perlulah kamu bersusah payah. Pakcik redha atas segalanya. Yang pakcik risaukan sekarang ni, adalah masa depan Dania. Pakcik ni dah tua, bila-bila masa akan dijemput Allah. Pakcik cuma fikirkan Dania, bila pakcik tak ada nanti. Pakcik tak sanggup tengok masa depan Dania, musnah begitu sahaja. Entahlah, dua tiga hari ni pakcik rasa tak sedap hati. Rasa macam sesuatu yang buruk akan berlaku.” Aminuddin memegang dadanya yang sudah mengundang batuk.

 Khaliff turut sama mengosok dada Aminuddin. 

“Pakcik okey?” Segelas air masak dihulurkan pada Aminuddin. Segera diteguknya. Lega rasa tekak. Khaliff menyambung kata. 

“Pakcik janganlah fikir yang bukan-bukan. Ingat Allah. Insha-Allah tak ada apa yang akan berlaku. Semuanya akan baik-baik saja. Percayalah…” Khaliff memujuk. 

“Entahlah nak, macam-macam yang pakcik fikirkan. Hmmm… Nak, pakcik tahu, kamu sukakan Dania kan? Pakcik sebenarnya dah tak ada siapa-siapa lagi untuk pakcik harapkan. Pertama kali pakcik pandang muka kamu, pakcik dapat rasakan, kamu ni adalah lelaki yang dikirimkan Allah untuk membantu pakcik menjaga Dania. Boleh tak berjanji dengan pakcik, kalau apa-apa terjadi pada pakcik, tolong jagakan Dania baik-baik ya? Kami dah tak ada saudara yang lain…” lirih sekali suara Aminuddin membuatkan Khaliff terusik hatinya.

 “Baiklah pakcik. Pakcik jangan risau ya. Saya janji, saya akan jaga Nia baik-baik. Amanah pakcik, tak kan saya sia-siakan.” Khaliff mengenggam erat tangan Aminuddin. 

“Eh, mana Dania ni? Katanya sekejap je, keluar ke kedai? Kenapa pakcik rasa berdebar-debar ni? Khaliff, pakcik rasa macam ada yang tak kena je ni? Ya Allah, minta-minta tiada yang buruk akan berlaku.” Aminuddin dilanda kerisauan memikirkan anak gadisnya itu.

 “Iya ke pakcik? Kalau macam tu, biar saya pergi tengokkan Dania. Saya pergi dulu ya pakcik…”


Dania turun dari basikalnya kerana tayar sudah pancit. Dia berdecit geram. Masam mencuka mukanya. Sudah lewat petang, rumahnya pula satu kilometer lagi.

 “Hai sayang!” Tegur Budin tersengih-sengih. 

Sejak dari tadi, dia memerhatikan Dania dari kedai Pak Seman lagi. Sengaja dia meletakkan paku berdekatan tayar basikal Dania. Dania tersentak lalu tidak menghiraukan lelaki yang baru turun dari motosikal Honda EX5 nya itu.

 “Kenapa ni? Masam je dengan abang? Marah ke?” Dania menolak basikalnya. Dia mahu segera meninggalkan tempat itu. 

Sunyi semacam ler pula. Seram. Basikal Dania dipegang Budin. Tidak terdaya menolak lagi kerana tenaga lelaki itu melebihi tenaga Dania. 

“Apa ni? Jangan ganggu orang boleh tak? Nia nak balik ni, dah lewat.” Marah Dania. 
 
Budin tersenyum sinis. “Sombong ya Nia dengan abang sekarang sejak ada mamat Bandar tu? Nia memang ada hubungan dengan mamat tu kan? Sampai lupakan abang, sebelah mata pun tak pandang abang. Ingat abang tak tahu, mamat Bandar tu selalu datang rumah Nia kan?” Tengking Budin membuatkan Dania terhenjut bahu. 

“Apa abang cakap ni? Sejak bila pula kita ada hubungan? Nia tak pernah cakap apa-apa pun kat abang Budin. Boleh tak jangan nak merepek? Dah la, Nia nak balik. Boleh tak, jangan menyibuk hal Nia?” Dania cuba menolak basikalnya, namun Budin menarik basikal itu dan mencampakkannya dalam semak. 

“Abang Budin? Apa ni?” Marah Dania. Budin menarik tangan Dania dan merangkul kasar dagu gadis itu. 

“Auchhh, sakitnya. Apa ni abang? Lepaskan Nia…” Budin mendekatkan mukanya ke muka Dania. 

“Nia dengar sini. Nia hanya milik abang. Tak ada sesiapapun boleh memiliki Nia. Kalau abang tak dapat Nia, tak ada sesiapapun boleh dapat Nia. Abang sanggup tengok Nia mati, dari lihat Nia jatuh ke tangan lelaki lain.” Tengking Budin dengan hati yang sakit. 

Cemburunya meluap-luap melihat Dania begitu mesra disamping mamat Bandar itu. Dania kecut perut mendengarnya. Air liur yang ditelan terasa kesat.

 “Ni….Nia… Ni…Nia…tak…tak ada hu…hubungan apa-apa dengan Encik Khaliff tu…” Dagu Dania dicengkam kasar. 

Tubuh gadis itu dirangkul. Mata Dania ditenung tajam. Dania meronta-ronta. Cuba meleraikan pelukan yang erat itu. 

“Abang nak Nia jadi milik abang. Orang tua nak mampus tu, tak lama lagi akan melutut di kaki abang, merayu-rayu suruh abang kahwin dengan Nia. Dia berlagak sangat kan?” Budin yang penuh dendam cuba mengapa-apakan Dania. 

Dania yang mendengarnya bertambah panik. Cuba melepaskan diri. 

“Apa abang Budin nak buat ni? Lepaskan Nia! Tolonglah lepaskan Nia! 

Tolong…….tolong……….” Jerit Dania.

 Namun mulutnya ditutup. Dania diseret ke dalam semak. ‘Ya Allah, tolonglah hambaMU yang tidak berdaya ini….Ya Allah…Tiada daya dan kekuatan, melainkan dengan pertolonganMu.’ Dania berdoa dengan deraian air mata ketakutan. 

Buk! 

Satu tumbukan tepat mengena muka Budin. Dania membukakan matanya. Khaliff! Khaliff datang menyelamatkan dia. Syukur alhamdullilah, tepat pada masanya pertolongan tiba. Khaliff terus menumbuk dan memukul Budin bertalu-talu. 

Namun Budin berjaya meloloskan diri dan hilang dalam semak. “Tak guna, jantan dayus!” Marah Khaliff dengan muka merah padam. 

Mujurlah dia tiba sebelum segala-galanya sudah terlambat. Dania yang menangis ketakutan itu didekatinya.

 “Nia tak apa-apa?” Dania mengangguk dalam tangisannya.

 “Kita pergi balai polis. Buat laporan.” Dania mengelengkan kepalanya. 

“Nia tak nak, Nia takut…” Dania mengeletar ketakutan. Fobia atas segala yang berlaku. Dia benar-benar tidak menyangka Budin akan berkelakuan sejahat ini.

 “Negara kita ada undang-undang. Nia jangan takut. Kalau Nia diamkan diri, selepas ni dia akan buat lagi. Kali ni Nia selamat, tapi lain kali, macam mana? Abang bukannya selalu ada dengan Nia, nak selamatkan Nia?” Dania berfikir sejenak. 

Betul juga kata Khaliff. “Baiklah. Tapi abang janji dengan Nia, jangan beritahu ayah ya? Nia tak nak ayah risau… ayah kan tak berapa sihat. Janji ya abang?” Pinta Dania. 

Khaliff mengangguk. Dania, Dania…dalam keadaan begini pun, dia masih memikirkan keadaan ayahnya itu. 

Dania mengayuhkan basikalnya selaju yang mungkin untuk sampai ke rumah. Selepas jualan nasi lemaknya habis awal tadi, dia terus ke pasar untuk membeli barang-barang basah kemudian ke pejabat pos untuk membayar bil elektrik dan bil air. Ramai betul orang di pejabat pos tadi, membazir hampir dua jam di situ. 

Sudah hampir dua minggu Khaliff memborong nasi lemak Dania. Wajib seratus bungkus setiap hari. Ramai yang merungut-rungut kerana sudah beberapa hari tidak dapat makan nasi lemaknya kerana kehabisan. Pernah juga suatu pagi tu, hujan turun dengan lebatnya. Jualan nasi lemak agak merosot pagi itu. Boleh pula Khaliff ni datang memborong semuanya. Rasanya hampir-hampir 250 bungkus. 'Kadang-kadang pelik memikirkan pelanggan aku yang sorang tu, terlebih suka benar membeli nasi lemak aku ni! Dah tahap kronik sangat, katanya sudah ketagih. Hishh, ingat aku ni jual air ketum ke? Tiap kali dia datang, suka tenung muka aku lama-lama. Sampai aku ni dah perasan, tapi belum sampai ke tahap syok sendiri. 

Dania akui sejak kejadian semalam, hubungan dia dan Khaliff semakin rapat. Sekarang ini polis sedang mencari Budin untuk memberkas lelaki itu. Tidak menyangka, lelaki itu berdendam kerana pinangan ditolak. Disebabkan bimbang akan keselamatan Dania, Khaliff telah menghadiahkan sebuah telefon bimbit untuk dia. Katanya, senang untuk dia menghubungi Dania kalau ada apa-apa kecemasan atau masalah. Dania akui, dia selesa mengenali Khaliff. Lelaki itu baik dan ikhlas. Hubungan Khaliff dengan ayahnya juga mesra dan rapat. Dania lebih selesa berkawan. ‘Lagipun sekarang bukan masanya untuk aku memikirkan soal lelaki. Banyak benda lagi aku kena fikir dan ayah adalah keutamaan aku sekarang.

 Aku nak kumpul duit banyak-banyak, nak rawat kaki ayah sampai sembuh. Alhamdullilah, dalam minggu ini sahaja aku dapat simpan RM1000. Ingat jual nasi lemak, tak boleh cari makan ke? Kalau laku, memang boleh buat duit tau!’ Dalam kesungguhan Dania mengayuh basikalnya tiba-tiba sahaja sebuah kereta mewah dipandu dengan begitu laju melewati Dania. Kelajuan yang sangat menakutkan. 

“Hisyy, apalah orang ni bawa kereta laju gila. Tak takut accident ke? Nak mati kot agaknya?” Sebaik sahaja menghabiskan katanya, tidak semena-mena kereta yang laju tadi hilang kawalan, merempuh pokok besar di tepi jalan. 

Kedebummmmmm!!!!!! Berdentum bunyinya! Dania terlopong dan terkesima melihatnya. Mata dikerdipnya berulang kali. ‘Ya Allah, masinnya mulut aku! Aku sedang menyaksikan secara langsung, kemalangan depan mata aku. Biar betul?….’ Dania menelan air liurnya.

 Dia memerhati sekitarnya. Tiada kereta mahupun motosikal yang melewati jalan. Air liur ditelan kesat. Ya Allah, apa aku nak buat ni? Dania meluru ke arah kereta itu dan segera dia menunduk untuk melihat mangsa kemalangan dalam kereta. Kereta itu remuk teruk di bahagian hadapan kerana menghentam pokok besar itu. Kelihatan sepasang suami isteri bermandian darah terperosok di dalam kereta itu. Dania menekup mulutnya kerana terlalu terkejut. 

“Err....encik....encik!!” Panggil Dania dengan kuatnya. Sambil itu matanya meliar mencari kelibat manusia disekitar tempat kejadian. 

“Ya Allah....apa aku nak buat ni? Tolong.....!!! Tolong!!!!” Dania menjerit meminta pertolongan. Tiba-tiba dia terbau sesuatu, petrol kereta mula tumpah atas jalan. Dania memegang kepalanya, Ya Allah! Janganlah kereta ini terbakar pula kat sini. 

“Encik,...encik....” Panggil Dania. Lelaki itu bergerak sedikit begitu juga pasangannya. 

“To....tolong...kami nak....”pinta lelaki itu dengan nada suara yang lemah. Dania bertambah panik mendengarnya. Kepalanya digaru. Aduhai, apa yang aku nak buat ni? 

“Encik, encik kena keluar cepat-cepat dari kereta ni. Petrol dah tumpah. Saya bimbang kalau-kalau kereta kebakaran je…” Dania cuba membuka pintu. 

Berkali-kali. Lelaki yang sebaya ayahnya membuka central Lock. Akhirnya pintu berjaya di buka. Dania memapah pakcik yang cedera di lengan dan kakinya perlahan-lahan keluar dari kereta itu. 

“Arghhhhhh….Ya Allah sakitnya….” Pakcik itu menjerit kesakitan. 

“Sabar ya pakcik…Ingat Allah. Istighfar..” Dania mendudukkan pakcik itu agak jauh dari kereta tersebut. 

“Tolong, selamatkan isteri saya…tolong…” Dania mengangguk dan segera berlari ke arah kereta. Dania berhati-hati menarik keluar isteri pakcik tersebut yang cedera di kepalanya. Kedengaran suaranya mengaduh sakit. Mujurlah mangsa tidak tersepit. Di papahnya makcik tersebut.

 Berat gila badan makcik ni, namun digagahi juga. 

“Sabar ya makcik......” sempat lagi Dania turut sama berkongsi sakit itu. Namun Dania panik apabila makcik itu melurut jatuh tidak sedar diri. Dia sedaya upaya memapah makcik tersebut. 

“Makcik…Makcik!” Pipi makcik tersebut ditepuk berulang kali namun tiada tindak balas. Darah di kepala membasahi tudungnya. Percikan api mula kelihatan di kereta tersebut kemudian api menjadi besar, menjilat rakus keseluruhan kereta tersebut.

 Dania menarik nafas lega. Mujurlah mangsa sempat diselamatkan oleh Dania. 

“ Pakcik tunggu di sini ya? Saya pergi dapatkan bantuan...” Dania segera berlari ke arah basikalnya lalu mengayuh basikal selaju yang boleh menuju ke telefon awam yang terletak di hujung jalan sana. 

Dalam kecemasan begini, boleh pula tiada satu kenderaan pun lalu lalang. Tidak dinafikan jalan Kemboja yang menghala ke arah laut itu, agak sunyi sepi. Dania tiba di pondok telefon. Ganggang segera diangkat. Namun, dia benar-benar kecewa dan marah apabila telefon itu rosak dan tidak dapat digunakan. Aduhai, time-time macam ni rosak pula. Apa aku nak buat ni? Pergi minta bantuan orang lah! Dalam kekalutan Dania mencari bantuan, kereta milik Khaliff berhenti disisinya.

 “Dania, kenapa ni? Awak nampak cemas sangat ni? Ya Allah, darah! Kenapa dengan awak ni? Jatuh basikal ke? Mari saya bawa awak ke hospital...” Khaliff menarik lengan Dania dengan segera. 

Risau betul dia akan keselamatan Dania. Dania segera menahan sambil menarik nafas yang tercungap-cungap keletihan. Dania hanya mampu mengelengkan kepalanya dulu. 

“Bukan darah Nia, tapi ada orang kemalangan kat hujung jalan sana tu. Mangsa cedera parah, keretanya langgar pokok dan terbakar. Nia tengok depan mata Nia sendiri. 

Kebetulan tak ada siapa pula yang lalu lalang. Phone ni rosak, Nia tak tahu nak buat apa ni? Tolong abang Khaliff, Nia buntu!!” Dania mengurut dadanya berulang kali kerana keletihan.

 Khaliff terkejut besar mendengarnya. 

“Ya Allah, jom kita ke sana sekarang. Basikal ni, Nia letak dulu kat sini. Mari naik kereta abang! Abang call ambulans sekarang!” Sampai ke tempat kemalangan, Khaliff berganda terkejut dan cemas. 

Rupa-rupanya ummi dan babahnya yang menjadi mangsa kemalangan itu. Mengucap panjang Khaliff. Terus bergegas membawa mereka untuk mendapatkan rawatan dengan segera.




BERSAMBUNG... ;D (NANTIKAN GAY ITU SUAMI AKU KE VERSI CETAK INSYA-ALLAH BLN OKTOBER INI)