Followers

Monday 23 July 2012

KU PERCAYA ADA CINTA DI HATI PART 1



Mata Nurul Arina melilau mencari pemuda yang bernama Miqael Hakimi.Arina rasa menyesal kerana menolak luahan hati pemuda itu 2 minggu lepas.Kini Arina akui yang dia juga mula menyintai Miqael sedikit demi sedikit walaupun Miqael selalu menyakitkan hatinya.

Didalam Arina mencari Miqael,tiba-tiba Arina terlihat suatu susuk tubuh yang membelakanginya.Ye,  dia kenal susuk tubuh tersebut yang kelihatan gagah dan tampan dari pandangan sudut yang berlainan.Arina mula mengatur langkah setapak demi setapak menghampiri Miqael.

Belum sempat Arina melangkah lagi dia menghentikan langkahnya.Lalu menarik nafas panjang.Dia perlu memujuk Miqael semula untuk menerima dirinya kembali.Arina memberi salam kepada Miqael dan Ezery yang ketika ini sedang menikmati makanan di café kolej mereka.Miqael yang sedar akan kedatangan Arina hanya menjeling dan menyumbat kembali mee goreng yang sedang  di makannya.

“Miqa…”Arina memanggil Miqa dengan nada yang lembut.Miqa yang mendengar hanya buat acuh tak acuh je.Miqael  tahu yang  Arina sedang memujuknya setelah dia berputus-asa,  bagaimana cara nak merebut hati Arina, Tetapi di dalam hatinya miqael berasa mahu melompat- lompat kanggaru.  Akhirnya, Arina sanggup merayu cintanya kembali.

Arina berasa susah hati kerana Miqael tidak menyahut panggilannya sebentar tadi.Kali ini dia sanggup merendahkan egonya untuk meraih kembali cinta Miqael.

“Miqa..”


“Saya nak minta maaf dekat awak pasal kejadian di bilik kuliah tempoh hari.”


“Kini saya akui yang saya memang mencintai awak.Setelah awak beritahu yang awak tak akan ganggu saya dan tak akan cari saya lagi,saya berasa mula sunyi dan mula merindui awak Miqa.”
“Sudi tak awak terima saya kembali dan maafkan saya Miqa” Arina memulakan bicaranya.

Miqael yang mendengar terus bangun dari kerusi yang didudukinya.Lalu menjeling tajam terhadap  Arina yang berdiri di tepinya.Dia mula ingin melangkah tapi dihalang oleh Arina yang tiba-tiba memegang lengannya.

"Awak tolong jangan pergi, saya sayang awak sangat"  kata Arina sambil pegang lengan  Miqael.
 Pada masa itu Arina dah tak peduli pasal haram dan halal bagi dia, Miqael perlu di halang dia kerana  tidak sanggup untuk kehilangan  orang yang dia saying sekali lagi.  Memang di akui yang dia memang sudah jatuh cinta kepada Miqael.


"Arina, saya terpaksa pergi sebab awak dah tak perlukan kan saya, lagipun awak bukan nya cintakan saya kan?  Saya aje yang terhenggeh-henggeh nak berkawan dengan awak, walaupun saya tahu yang awak tak akan berkawan dengan saya sebab awak masih ingat masa lalu awak kan?", soal Miqael dengan perasaan kecewa. Dia akui dia sudah jatuh cinta pada  Nurul Arina binti Tan Sri Saeni. Bila dia jatuh cinta?entah dia pun tak tahu bila, sebab cinta tu hadir dengan sendiri.


Arina yang melihat Miqa yang mahu melangkah kembali terus memegang kejap lengan Miqael.Dia tidak rela kehilangan Miqael.Hanya Miqael yang berjaya mengetuk pintu hatinya ketika ini setelah dia gagal dalam bercinta dahulu.Arina tidak peduli apa yang perlu dia sekarang ialah luahkan perasaan cintanya.Dia tidak akan membiarkan cintanya pergi begitu sahaja.


" Awak,  saya nak bagi tahu awak nie,  yang sebenarnya  saya cinta kan awak dan saya sayang awak, saya pun tak tahu bila perasaan ini muncul dan macam mana saya boleh jatuh cinta pada awak?tapi yang saya tahu saya dah memang jatuh cinta dekat awak. Miqa, saya tahu awak masih cintakan saya Dan saya janji akan cuba menerima awak dan melupakan masa lalu saya...saya janji awak yang saya akan setia dan cinta pada awak.”


“Tolong beri saya peluang untuk buktikan yang saya betul-betul cintakan awak Miqa. Saya tak akan berubah walaupun badai yang melanda, awak please jangan tinggal kan saya ye", Arina berkata dengan lafaz janji dari hati yang ikhlas. Dikala ini dia sanggup buat apa sahaja, janji Miqael tidak akan meninggalkan dia.Dia sanggup merendahkan egonya untuk bersama Miqael. Kemudian,  Arina melihat Miqael melangkah meninggalkan dia yang masih berdiri di tengah kafe kolej yang bising dengan keletah pelajar-pelajar yang mula beli makanan. Lalu dia pun pergi dari situ untuk mencari miqael, sebelum itu, dia perlu cari sahabat dia, fika.


*****************************************************************************


“Alhamdulillah...." Miqael ucap syukur.Ezery angkat kening duduk menghadap Miqael.

"The best of perfomance?"Ezery keliru.

"Publisiti murahan menjadi..." Air teh o ais disedut
.
"Maksud kau?" soal Syabil Ezery pada Miqael.


“Maksud aku yang lakonan aku ketika kita makan dekat café kolej pagi tadi menjadi.”


“Arina datang merayu cinta dekat pada aku. .aku dah cakap yang tak ada seorang pun perempuan boleh lepas dari kena penangan cinta aku. Semua yang aku ayat mesti tunduk dengan aku punya” Miqael yang bersuara bongkak kerana berjaya meraih cinta Arina.


“Kau jangan cakap kat aku yang kau hanya main-main Nurul Arina Tan Sri Saeni.Kau jangan cari pasal dengan dia Miqa.aku takut yang kau nanti betul-betul jatuh cinta dekat Arina,  baru kau tahu”ujar Ezery menasihati Miqa.


Sudah banyak kali dia menasihati Miqael jangan mempermainkan perasaan perempuan,tapi jauh disudut hatinya Miqael mula tetarik dengan perwatakan Arina dan dia yakin yang Miqael juga mencintai Arina.Tapi disebabkan ego Miqael,Miqa sanggup menafikan perasaan yang mula berputik dihatinya. Tanpa mereka sedari ada empat pasang mata yang mendengar perbualan Miqael dan Ezery.Arina yang mendengar memandang Fika yang berada disebelahnya,belum sempat Fika bersuara,Fika melihat Arina  melangkah mengambil sebaldi air yang kebetulan berada di depan pintu toilet.


Arina yang mengangkat baldi tersebut dan berjalan menuju kearah Miqael dan Ezery.Belum sempat Fika menegah perbuatannya,  Arina mengangkat dan membalikkan baldi berisi air di atas kepala Miqael . lalu Miqael  menjerit setelah Arina  ‘memandikan’ dengan sebaldi air.


"Ini dia publisiti murahan!"Tiba-tiba satu baldi air disimbah ke atas kepala Miqael.

Ezery tercengang melihat Miqael basah lencun. Muka Miqael nampak kasihan.Dia nampak Miqael  terus bangun dari kerusi yang didudukinya dan berpaling ke arah belakang. Mata Miqael membulat melihat Arina yang berada dibelakangnya.Dari wajah Arina dia tahu yang Arina sudah mendengar segala perbualan antara dia dan Ezery.Arina memandang Miqael dengan pandangan tajam dan sinis.


"Oh...jadinya semua yang awak buat selama ini bohong lah.Awak sengaja malukan saya depan kawan-kawan saya, ucap love me love me... sayang sayang.... awak ingat saya ini apa?”


“Perempuan yang tak ada maruah?”


“Cermin lah dulu muka awak tu wahai encik berlagak bagus!"Jerit Arina kepada Miqael,Arina tidak peduli orang yang sedang memandang kearahnya ketika ini dia merasa yang dirinya bodoh dan ditipu hidup-hidup oleh Miqael.


Setelah puas Arina melepaskan amarahnya pada Miqael, dia bercekak pinggang. Sementara,  baldi yang sudah kosong dicampak ke tepi dan menarik tangan sahabatnya untuk beredar dari situ Dengan jelingan yang tajam dari Arina, terus melangkah beredar tanpa melihat kebelakang lagi.Hatinya berasa sakit sangat dan Arina merasakan air mata seakan-akan mahu turun.



Miqael yang lecun di badannya akibat disimbah air oleh Arina hanya berdiri bagai patung cendana.Dia tidak dapat membalas setiap kata-kata yang di lontarkan oleh Arina tadi.Miqael kehilangan kata-kata.Dia hanya mampu memandang kelibat Arina dan Fika hilang dari pandangannya.Pada ketika ini,  di dalam hati Miqael terasa kehilangan sesuatu setelah Arina mengucapkan kata putus padanya.Bukankah ini yang diminta oleh hatinya iaitu hanya mempermainkan perasaan Arina supaya Arina melutut di kakinya dan mengakui cinta padanya.Tapi kenapa hatinya merasa sakit bila Arina berlalu seperti itu.Seakan-akan Masih terdengar lagi suara Arina yang menjerit membenci dirinya dan menyesal mencintainya.Hatinya sakit ketika ini.Fikirannya mula menyoal dirinya sendiri.Adakah aku betul-betul sudah jatuh cinta pada gadis yang bernama Nurul Arina Tan Sri Saeni?Hatinya berkata-kata.


“Hahahahaha….”


Miqael tersentak dari lamunannya.


Ezery ketawa terbahak-bahak,melihat Miqael  yang bagaikan  patung cendana yang basah akibat di simbah oleh Arina.


"Ooo kau ketawakan aku ya?”

“ Nah!"

Miqael terus mengambil minumannya yang baru di minum sedikit lalu di simpah air teh o ais yang berada di dalam gelas ke arah Ezery.Kelihatan Ezery pun basah lencun macam Miqael dan Miqael berasa puas hati terhadap tindakanya sebentar tadi.

‘Tak apa Nurul Arina Sayuthi…ada pelangi ada bintang, kau berani aku tentang! Gumam Miqael dalam hatinya.... suatu hari nanti kau akan jatuh cinta pada aku juga!


Miqael yakin yang suatu saat Arina akan jatuh cinta dengannya.Dia pasti akan datang hari itu.Dan di akui juga kini bahawa hatinya mula mencintai Arina kali ini dia memasang tekad untuk meraih kembali cinta Arina.

***********************************************************************
Arina masih mengenggam tangan Fika dan di bawa sahabatnya tu menemaninya.Di kala ini dia perlukan Fika.Mereka duduk dibelakang kolej mereka yang berbukit sedikit.Arina terus melabuhkan duduk sambil menudukan kepalanya ke lutut.Mendengar esakan kecil dari Arina, Fika melabuhkan duduknya disebelah Arina sambil memeluk bahu sahabatnya.

“Kalau kau nak nangis….baik kau keluarkan jangan di tahan sebab aku sudi pinjamkan bahu aku untuk kau Rina’’


“Kenapa dia sanggup buat aku macam ini Fika?”


“Kenapa setelah aku mencintai dia baru aku tahu yang selama ini dia hanya mempermain-mainkan perasaan aku?”


“Fika aku dah terlanjur sayang dia Fika,Aku dah bagi dia masuk dalam hati aku”


“Hati aku sakit lagi,kenapa aku selalu gagal dalam cinta aku?”Arina menyoal sahabatnya.

“Sebab tuhan sayang dekat kau,tu yang dia uji kau dengan cara ini?” Tuhan nak tengok sama ada kau kuat ke dalam menghadapi ujian dari-NYA’’


“Aku nak kau ingat yang Tuhan tak akan menguji di luar kemampuan kita.Sebab DIA nak tahu sama ada kita reda tak dalam ujian dari-NYA.Kita sebagai manusia tak boleh leka Rina dan  setiap ujian yang diberi oleh-NYA pasti ada hikmah disebaliknya.’’


“Sujud pada-NYA Rina insyallah tiada kata-kata keluhan lagi dan hati kau akan tenang Rina dengan setiap ujian dari-NYA.


Sejurus Fika berkata begitu,airmata Arina mengalir deras jatuh ke pipinya lagi.Dia teresak-esak menangis mengenangkan dirinya yang culas untuk sujud kepada-NYA.Betapa dia alpa selama ini.


Melihat keadaan Arina,Fika memeluk erat sahabatnya.Wajah sahabatnya yang basah dengan airmata diseka,lalu dia berkata pada Arina


“Rina!!,aku yakin yang Miqael juga cintakan kau,aku yakin itu cinta kau akan kembali Arina.”


“Mari kita balik,aku nak masak special untuk kau.”


“Bak sini kunci kereta biar aku yang bawak nanti kalau kau bawak mahu ke hospital dalam keadaan kau yang macam ini.”Fika bersuara ceria bagi menghimburkan hati Arina.


Arina memucungkan bibirnya.Dia menyeluk saku seluar dan mengeluarkan kunci kereta lalu di beri kepada Fika.Fika menyambut huluran kunci kereta yang di beri oleh Arina.Setelah kunci kereta bertukar tangan Arina mahu melangkah namun belum sempat Arina  membuka pintu kereta sebelah pemandu Fika tiba-tiba menarik pergelangan tangan Arina.Arina mengerut dahinya.

“Kalau kau nak naik kereta dengan aku kau mesti janji yang kau akan sentiasa senyum tak kira aku ada atau tak ye “


“Kenapa kau ini,selagi kau ada disisi aku,aku akan selalu ceria dan tersenyum sentiasa sebab kau selalu ada di kala aku sedih,ketawa.Aku sayang kau Fika.”


“Aku sayang kau dan keluarga kau lebih satu dari korang,sambil ketawa dia mengenyiitkan matanya pada Arina.Lalu Fika terus ke tempat memandu kereta. Sebelum Fika bergerak, Fika membaca doa kenderaan untuk tujuan keselamatan.


**********************************************************************************


Miqael yang sedang memandu ke rumah Ezery.Semalaman dia memikirkan bagaimana cara mahu diraih kembali cinta Arina untuknya.Dia tidak mahu kehilangan perempuan yang bernama Arina kerana kini hati dan fikirannya hanya di penuhi wajah marah, gembira, senyuman dan jelingan manja Arina.Dia pasti dan yakin yang kini dia sedang di lamun cinta Dan dia terpaksa akui semua yang di perkatakan oleh Ezery  bahawa dirinya kini benar-benar sudah jatuh cinta.Setelah tiba di pintu pagar rumah banglo Ezery.Miqa membunyikan hon keretanya


‘’Pon..ponn!!”


Miqael mahu membunyikan hon lagi tapi dibatalkan hasratnya setelah nampak kelibat Ezery.Miqael yang melihat Ezery menyalami mummynya berlari anak menuju kearah keretanya.


“Sorry Miqa, aku lambat bangun tadi lepas itu kereta kesayangan aku meragam pula,”Ezery menerang satu persatu masalah yang dihadapinya pada Miqael.


Ezery mengerutkan dahinya melihat Miqa hanya diam membisu tanpa menjawab segala penerangannya.Ezery menelan air liur.Dia tahu ada sesuatu yang Miqa fikirkan dan Dia yakin melihat senyuman Miqael yang lain macam pasti berkaitan dengan gadis yang bernama Nurul Arina Tan Sri Saeni.


Miqael tersengih-sengih sendiri.Senyuman itu meralat sampai ke telinga.Tidak syak lagi Miqa sedang senang hati.Mulutnya kembali termuncung gara-gara mahu bersiul.Siulan kebahagian melucur laju menjadi irama yang paling indah.


"Orang gila dah terlepas!Tolong!"Ezery terpekik melihat Miqa tersenyum dan bersiul.


Miqa menoleh di sebelah tempat duduk pemandu itu.Ezery yang faham akan pandangan sinis dari Miqa segera menarik seat belt dengan muka panik.


"Kau kenapa?"Mika berkerut dahi sambil menyoal Ezery.Miqa kembali tersenyum dan memandang ke hadapan.Pedal minyak ditekan. Mahu melajukan kenderaannya.Pancuan empat roda Myvi SE warna Oren meluncur laju sebaik sahaja lampu hijau hampir bertukar merah.‘Nasib baik sempat!’Gumam Syabil Ezery sambil mengurut dadanya.


"Kau ni macam orang tak betul!"


"Ya memang.Kau fikir Arina tu betul-betul sayangkan aku ke tak?" Tiba-tiba sahaja nama Arina meniti di bibir Miqa.


"Ah! lupakan sahaja dia tu. Banyak lagi awek lain yang kau boleh buat kawan. Kau lupa ke masa dia simbah kau dengan air hari tu?Kalau aku dah menyorot dalam guni dah, malu besar beb!"Ezery pula yang terlebih emosi.Mahu membela nasib kawan sendiri kut.


"Dia dah merayu kat aku supaya jangan tinggalkan dia. Siap pegang-pegang lengan aku lagi. Fuh... rasa macam dia tu dah betul-betul jadi awek aku..."


“Excusee..me!!”


“Itu dulu sebelum dia tak tahu lagi pekara sebenar, sekarang aku rasa kau susah nak dapatkan dia balik sebab dia dah tahu yang kau hanya main-main perasaan dia je.”


“Aku dah pernah cakap kat kau yang kau pasti akan jatuh cinta dengan dia kau tak nak dengar,sekarang siapa yang susah kau jugak.Tu la aku nasihat kau tak pernah dengar sekarang kau juga yang terhenggeh-henggeh kat dia nak merayu cinta dia.”


“Aku rasa baik kau lupakan je keputusan kau nak rujuk dengan dia balik”,ujar Syabil Ezery.


“Aku yakin yang Arina mesti balik pada aku semula,aku tahu dia masih cintakan aku walaupun aku dah sakitkan hati dia”,potong Miqael.


"Perasan!Wei... meninggalkan dia adalah keputusan yang tepat, Miqa."


"Aku acah je."Kereta membelok ke kanan.


"Okey, aku rekemankan kau dengan awek baru bergetah punya kerja pam minyak."


"Tidak!kalau aku kena simbah dengan minyak pulak lepas ni macam mana?"soal Miqa sinis pada Ezery.


“Aku tak nak Arina salah tafsir kalau aku mendekati mana-mana perempuan nanti.Aku nak jaga hati dia”kata Miqa sambil tersenyum.


“Kau rasa kalau aku dekat dengan awek yang ada mesti dia jeleskan?Miqael menyoal Ezery


"Maksud kau Arina nak jeles ke kat kau?Katakan bahawa kau dengan dia tak ada apa-apa hubungan sebenarnya, please.Dia tu singa period tau," Ezery mengerling.


Mika muncung mulut.


"Singa period no hal beb, aku lagi suka.Lagi dia garang lagi aku suka.Perempuan ni kalau dah suka dekat lelaki, kau suruh dia lompat katak pun dia sanggup." Seloroh Mika.


“Kau tengok lah mesti dia akan melutut dan merayu kembali pada aku.”


Lantas mereka berdua ketawa serentak.


*****************************************************************************




Di malam yang hening, Miqael duduk di laman ketapangnya,port yang selalu dia merehatkan otak dan badannya setelah seharian di kolej.


Dia duduk sambil di tangannya ada kertas dan pen.Dia memandang keatas langit melihat bintang dan bulan sambil menghirup udara malam.Dia memandang sekeliling rumahnya yang sunyi dikala ini,banglo dua tingkat yang dihadiah oleh mamanya sempena hari jadinya yang ke-23.




Tangannya mula menari menconteng warkah puitis untuk sang kekasih.Kertas yang mula kosong dan berwarna putih telah dicoret dengan luahan isi hatinya di kala ini.Dia terbayang seraut wajah yang dirinduinya yang sentiasa bermain di fikirannya.

Rindu Jadi Sepi.
Lambang Dari Hati.
Ku lukiskan rumah kita, itu rumah cinta
ku calitkan warnanya dengan kasih
ku paku dengan kesetiaan
ku atapkan dengan harapan
mana mungkin dikau akan terbiar panas
mana mungkin kau akan lencun kebasahan
kala malam tiba, aku selimutkan dikau dengan kerinduan
bila siang menjelma akan aku pastikan kau bangkit dengan senyuman...
Embun malam tadi menitis sayang...
embun itu dingin menyapa lembut sang pipi
saat kita berbumbung langit,
kau rebahkan kepalamu di bahuku...
saat bintang bersinar,
kau tatap mengukir damai
aku bahagia sekali...
Namun,
itu sekadar lukisan sayang...
lukisan yang tidak kau mengerti
sedangkan ia lambang dari hati...



Ezery yang masuk kedalam sebentar tadi melihat Miqael sedang asyik menulis sesuatu.Dengan langkah yang berhati-hati tanpa sebarang bunyi Ezery menghampiri Miqael.Setelah tiba di belakang Miqael,Ezery menundukan wajahnya untuk membaca bait-bait yang di tulis oleh Miqael.Ezery yang menahan ketawanya dari tercetus tidak tahan setelah membaca separuh dari sajak yang di tulis oleh Miqael.Tanpa dapat di tahan Ezery tergelak dan berkata kepada Miqael.


"Perh!!! Miqa! Macam siot kau ini, jiwang karat."Tidak semena-mena suara Ezery memetir.Terkejut Miqa saat bersendirian melayani perasaan.



"Hoi!kau skodeng apa kes?" Marah Miqa. Ezery sengaja mengintai apa yang ditulis Miqa.


Miqa sedang syok lepak sorang-sorang bawah pohon ketapang berasa tidak selesa, Ezery datang tanpa diundang.


‘Hisshh,dia ini spoil mood aku je”bisik hati Miqael.


Pen diletakkan ke tepi, puisi yang tertulis tadi disorokkan dekat belakang. Ezery meminta untuk membaca tapi Miqa tidak kasi. Penyibuk!


"Untuk siapa puisi tu?"Tanya Ezery lalu melabuhkan punggung di kerusi batu.


"Untuk buah hati."Miqa memberi jawapan pada Ezery.



ok cerita baru.... rase2 sajak tu sape ye?ye la kn miaqael nie playboy..... enjoy reading... :)

9 comments:

  1. salam....
    ada beberapa perlu diedit tanda baca...
    keseluruhan menarik...
    gud luck...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkslm kak ria...
      ok2.. terima komen....
      insylllh akn di perbaiki...
      insyllh :)

      Delete
  2. Cerita yg mnarik :) , troskan yerr ^_^

    ~Fae~

    ReplyDelete
  3. hoho..finally cerita ni dh mncul kt blog.. all the best kpd team yg berusaha mnyiapkan cerita ni (:..kita tggu sambungannya~

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.. kerana nnti kn cerita nie.... insyllh smbungan ye akn datang akn muncul tak lama lagi... :)

      Delete
  4. Tanpa mereka sedari ada empat pasang mata yang mendengar perbualan Miqael dan Ezer..

    sepatutnya bukan mata yg mendengar..TELINGA... 2 pasang telinga.. ada ayat yang berulang2 dan ada ayat tak bersambung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. to mr anonymous tq sbb komen.. insyllh akn di perbaiki akn datang.... :)


      harap tak jemu nak nak tegur ape yang salah.. :)

      Delete
  5. syabas semoga maju jaya ku ucapkan ^ ^

    ReplyDelete