Followers

Friday, 7 December 2012

CINTA MATA HATI BAB 5




OLEH : HIDAYATUL AHMAD

Hari ini aku ada temujanji dengan doktor di hospital.Dah nama pun temujanji dengan doktor,mestilah dekat hospital.Takkan lah di restoran pulakkan? Itu dah tak dinamakan temujanji dah tapi ‘dating’.Ok berbalik ke tujuan asal.Benda paling boring yang kena aku lalui tiap kali pergi temujanji dekat hospital kerajaan ini ialah menunggu giliran.Lambat giler!

Tapi ada satu benda best yang aku nak share dengan korang kalau tiap kali aku pergi temujanji di hospital ialah bila dapat jumpa doktor comel yang aku dah cop dia sebagai admire aku hehe.Orang dia kecik aje tapi comel.Berkaca mata tu standardlah kalau dah namanya doktorkan? Memang cukup pakejlah! Sekali pandang saling tak tumpah macam AllyIskandar.

“Izz Zahra binti Ahmad,sila masuk bilik satu.” Turn aku dah sampai.

Walaweii..sekali ‘secrect admire’ aku lah yang akan ‘check’ aku.Gumbiranya rasa.

“Macam mana keadaan awak sekarang?” ayat standard tiap kali jumpa doktor!

Dengan suara yang ala-ala perempuan Melayu terakhir.aku menjawab.

“Alhamdulillahdoktor.Sihat aje.Cuma kadang-kadang letih sikit.”

“Ubat ada makan tak?”

“Ada saya makan.”

“Cuba awak genggam tangan saya kuat-kuat.” Terus dia suakan tangan dia dan aku pun mulalah genggam kuat-kuat.Ikut arahan!

Tapi aku dah mula cuak bila mata doktor tu tajam pandang mata aku.Tangan aku pulak,bila masanya tertukar.Dia pulak genggam tangan aku.Aku yang mula mengelabah plus malu terus tunduk kepala.Malu ar kena tenung macam tu.Dia pun macam tersedar,terus lepas tangan aku dan tersenyum.Senyum mungkin sebab dia tengok muka aku sudah merah macam udang panggang aje atau tersenyum sebab dia dah sedar keterlanjuran sikap dia merenung aku tanpa sebab.Aduh..memang boleh kena meroyan bila aku tengok senyuman dia.

“Ok,awak boleh tunggu diluar.Nanti ‘nurse’ akan bagi kad temujanji dan resit ubat.”

Lepas ucap terima kasih aku terus meninggalkan bilik tu.Aku asyik terfikir pasal tindakan doktor itu tadi.Cara dia tenung mata dan genggam tangan aku macam ada ‘something’ yang berat untuk dia lepaskan.Tapi apa ya? Aduh..kusut-kusut.

Empat bulan kemudian,aku kena hadiri temujanji di hospital lagi.Nasib aku memang baik betul apabila sekali lagi nama aku dipanggil masuk ke bilik yang menempatkan si ‘secrect admire’ aku.Tapi sebaliknya,dia lepaskan aku kepada rakan setugasnya yang lain.Kepala pun tak angkat bila dia keluarkan arahan itu.Sadis betul! Padahal time tu dekat dia mana ada pesakit lain.Memang turn dia yang kena check aku.Bengang pulak rasa.Macam nak mengelak aje!

“Awak pergi dekat doktor seorang lagi tu ya.” Dia memberi arahan.

Weiii…tak sudi ker nak check aku ni? Aku punya lah excited nak tengok muka dia.Dia boleh buat derk je!

Lepas segala pemeriksaan dibuat,aku terus menunggu diluar.Sempat aku jeling tengok muka ‘Dia’,tapi dia tunduk menatap kertas dihadapannya.Aku terus terfikir.mungkin perangai pelik dia pada temujanji dulu ada kena-mengena dengan perangai dia hari ini? Agak-agaknya dia dah dapat agak kami mungkin tak berkesempatan nak jumpa lagi.Walaupun di hospital yang sama tapi kami tetap tidak bertemu walaupun berselisih di tepi jalan.Nak berselisih di tengah jalan apatah lagi,memang tak adalah.Arghh..lantak kau lah labu!

Akhirnya,aku tidak lagi perlu menghadirkan diri di klinik itu kerana aku bakal ditempatkan ke klinik yang lebih sesuai dengan penyakit dan umurku.Huhuhu..sedihnya.Dan itulah kali terakhir aku pandang muka si ‘secrect admire’ aku tu.Kenang daku dalam doamu wahai doktor comel!

Tapi kejap aje aku sedih dan sentap,lepas dapat jumpa doktor dekat klinik baru itu pulak,tetiba aje terjumpa doKtor lain yang tak kurang kacaknya.Aku ni pulak spesis mudah mengagumi ciptaan Allah untuk makhluk Adam ciptaan-Nya ini.So,dah dapat jumpa doKtor segak baru,si secrect admire aku dulu dapatlah aku lupakan dengan mudah.Hehehe…kejam tak? Mestilah takkan? Aku cuma mengagumi keindahan ciptaan-Nya yang terindah itu aje.





bersambung... :D

2 comments:

  1. haha... lawak la.. hahahaha
    tapi best.. hehe

    ReplyDelete
  2. thanks ruunna.teruskan menyokong CMH ya. :)

    ReplyDelete