Oleh:Lela Vanila
BAB 6
“okey ke pakai
macam ni?”
Farisya
memusing-musingkan badannya didepan cermin.Dia membetulkan tudungnya yang sedikit sengget.Baju kurung berwarna
coklat cair dan tudung warna yang sama
tersarung cantik ditubuhnya.
“Bolehlah.Aku
pergi kerja bukan nak cari suami”ngomel Farisya sendirian.Dia ketawa kecil.Hari
ini merupakan hari pertama dia mula berkerja sebagai Pembantu peribadi.Hatinya
berkobar-kobar bercampur takut.Mampukah dia?tak cuba tak tahu.Farisya cuba
menasihati dirinya.
Selepas puas
membelek bajunya didepan cermin dia mencapai beg sandangnya diatas kerusi. Jam ditangan
dibelek. Sempat lagi ni. Hari ni dia terlambat bangun akibat tidak dapat tidur
dengan lena apabila memikirkan
tanggungjawap yang perlu dia lakukan bila menjadi seorang Pembantu Peribadi.
Dahlah terpaksa bekerja dengan majikan
yang menyakitkan hati.Farisya mengeluh.Dia melangkah keluar dari
biliknya.
“Kau dah siapkan
sarapan?”terjah satu suara tiba-tiba.Kaki kiri Farisya yang baru saja melangkah keluar ditarik semula.Dia
dapat mengagak siapa.Dia berpaling.Senyuman paling manis dihadiahkan untuk ibu
tersayang.Tetapi seperti biasa tiada balasan.
“Sudah ibu. Ada
dekat dapur tu.”balas Farisya.Mak Siah menganggukan kepalanya.Dia merenung
Farisya tanpa berkelip.Bertapa dia benci melihat wajah itu.
“ibu,Farisya
pergi kerja dulu” Mak Siah hanya membatukan diri.Menyahut tidak mengangguk pun
tidak.Farisya mendekatinya untuk bersalaman.Farisya menghulurkan tangannya
tetapi tidak disambut.Lama.Farisya tunggu akhirnya hulurannya disambut jua oleh
ibunya walaupun acuh tak acuh.
Farisya cuba
memaniskan wajahnya.Sebaris senyuman terukir dibibirnya walaupun tawar.Dia
melangkah pergi meninggalkan perkarangan rumah dengan hati yang sedikit
kecewa.Bilalah agaknya dia dapat merasai kasih sayang daripada seorang ibu yang
disayangi dan kasih sayang daripada kakak-kakaknya.Keluhan terbit
dibibirnya.Mak Siah hanya melihat Farisya berlalu pergi.Sesungguhnya hati dia masih belum
bersedia untuk menerima gadis ini didalam hidupnya.Hati Mak Siah sememangnya
sekeras batu kerikil.Sekeras mana pun hati dia,lama-lama akan lembut jua.
****************************
“assalammualaikum,kak
ita.Selamat pagi”tegur Farisya kepada Norita yang berjalan
menghampirinya.Mereka terjumpa didepan Lif.Norita tersenyum memandang Farisya.
“waalaikummussalam.Selamat
pagi.Wah!Cantik Farisya hari ni”puji Norita ikhlas.Farisya tersimpul malu.
“Ada-ada aje kak
Ita ni.Mana ada,Kak Ita lagi cantik.Merah gitu”puji Farisya pula.Dia tersenyum
nakal.Norita melihat pakaiannya.Dia tersenyum.Baju blaus merah yang dipakainya
betul-betul menyerlah.Sengaja dia pakai warna sebegini agar semua orang
memerhatikannya.Sajalah tu nak perhatian.Ceh!
“kalau lembu
nampak sure kena kejar punya”sambung Farisya lagi.
Meletus tawanya.Wajah
Norita berubah kelat.Budak ni kalau kerja mengenakan orang nombor satu.Kalau
satu hari tidak menyakat orang tak sah.Norita mengigit bibirnya.Geram.Melihat
Farisya yang tidak berhenti-henti ketawa Norita juga turut sama ketawa.Geli
hati dia melihat gelagat Farisya yang melucukan.Gadis ini kalau dimarah pun
bukan makan saman.Norita akhirnya mengelengkan kepala.
Pintu Lif
terbuka.Norita dan Farisya melangkah masuk kedalam perut Lif bersama.Beberapa
orang pekerja turut sama melangkah masuk kedalam lif.Sampai saja ditingkat 5
mereka sama-sama keluar.Farisya mengambil nafas.Hatinya berdebar-debar.Mukanya
tiba-tiba berubah pucat.Seperti baru saja terlihat hantu melintasinya.
“macam mana dah
sedia nak jadi PA Tengku Danial?”Soal Norita sambil kakinya laju melangkah
menuju ke meja kerja.Hanya gelenggan diberi Farisya.Sememangnya dia masih belum
bersedia.Pengalaman tidak ada tiba-tiba kena jadi Pembantu Peribadi.Betul-betul
kerja gila.
“Tak
apa,perlahan-lahan okey”nasihat Norita.Farisya hanya mengangguk lemah.Terasa
lemah saat kakinya melangkah mengikuti Norita.
Norita
tersenyum.Dia menyusun kertas diatas mejanya yang berselerakan.Dia mengambil
satu buku dairi didalam lacinya.Kemudian diberikan kepada Farisya.Tapi
hulurannya tidak disambut.Kening Norita terangkat.Pelik.
‘apasal pulak
bagi aku buku dairi ni?tak akan nak suruh aku tulis diari macam mana pengalaman
aku bekerja bersama Tengku Danial pula’seloroh hati Farisya.Matanya bulat
merenung Norita.
“nak buat apa ni
kak?”soal Farisya bodoh.Dia mengaru lehernya.
“Ni jadual
Tengku Danial,Farisya”Norita mengelengkan kepalanya.Sudah terang lagi
bersuluh.Nampak sangat yang si Farisya ni tak tahu apa-apa dalam bidang
sebegini.Norita tersenyum.Nasib kamulah Farisya.Gadis itu hanya tersengih.
“oh”hanya itu
yang terlintas difikirannya.Kepalanya digaru.Buku dairi yang baru saja
berpindah tangan dibelek-beleknya.
“Sudah-sudahlah
tu belek bukunya.Kak Ita rasa lebih baik kamu pergi ke tempat kerja kamu sekarang,rasanya Tengku
Danial dah sampai tu.Kamu ikut saja apa yang kak Ita ajar okey.Ku Danial ni tak
banyak kerenah kamu ikut saja arahan dia.Semua ada dalam jadual tu.Kamu ikut
saja okey!”arah Kak Ita.Dia tersenyum mesra.
Bahu Farisya
diusap lembut.Dia tahu Farisya dalam dilema.Kesian pula dia melihat
Farisya.Terasa bersalah pula dengan kata-katanya.Kalau Tengku Danial tidak
banyak kerenah masakan ramai Pembantu Peribadinya yang berhenti kerja sebab
tidak sanggup bekerja dibawah Tengku Danial.Norita memaniskan wajahnya.Dalam
hati dia memohon maaf kepada Farisya.
“baiklah bos”balas Farisya nakal.Tangannya
diletakan ke dahi seolah-olah menabik.Norita ketawa kecil.Dia menghantar
Farisya dengan lirikan matanya sahaja.Hatinya berdoa semoga Farisya mampu
menguruskan segala tugasannya dan sanggup bertahan dengan perangai Tengku
Danial.Dia mengeluh kecil.
***************************
TOKK!TOKK!
Farisya berdiri
dibelakang pintu.Dia menarik nafasnya panjang.Tangannya diletakkan didada.Dia
mengucap panjang.Tiba-tiba perasaan takut mula datang kembali.Tapi dia kena
kuat.Sabar Farisya.Dia menghembuskan nafas untuk membuang segala ketakutannya.
“masuk”Kedengaran
suara garau dari dalam bilik menyahut ketukan Farisya.
Perlahan Farisya
melangkah masuk kedalam ruang bilik Tengku Danial.Jantungnya berdebar. Kakinya
terasa mengigil seperti hendak terkencing.
“Assalammualaikum bos”Ucap Farisya perlahan
cuba menahan getar.Dia berdiri agak jauh dari meja Tengku Danial.Kening Tengku
Danial terangkat.
‘Bos?’hatinya menyoal.Tidak pernah-pernah
Norita memanggilnya bos.Tiba-tiba pula hari ini berubah panggilan.Dia yang
masih menumpukan perhatiannya di skrin komputer malas mengambil
pusing.Pandangannya tidak beralih walaupun sedikit untuk melihat orang yang ada
didepannya.Baginya semua itu tidak penting.
“waalaikummusalam,apa
appointment kita hari ini Ita?”Suara Tengku Danial mula
kedengaran.Farisya membuka dairi yang diberikan Norita kepadanya.Sekejap dia
menyelak muka surat kekanan sekejap dia menyelak pula kekiri.Dia mengaru
kepalanya yang tidak gatal.Satu apa pun dia tidak faham.Habis segala ajaran
Norita kepadanya hilang begitu sahaja seperti kapas yang ditiup angin.Ketakutan
lebih berkuasa kini difikirannya.
‘mana satu
ni?aduh,kak Ita tolong!’Farisya kalut.Tangannya mengeletar.Muka surat masih
diselaknya.
“Ita!Saya cakap
dengan awak ni.I’m waiting..”Suara Tengku Danial sudah berubah sedikit
keras.Semakin kelang kabut Farisya dibuatnya.Pandangan Tengku Danial masih pada
skrin Komputer.Kedengaran dia mengetuk perlahan tertikus yang ada diatas
mejanya.
“Ita,Saya tak
ada masa nak...Eh! kau buat apa dekat sini?”Jerkah Tengku Danial selepas
mengangkat wajahnya.Dia yang tidak sabar menunggu jawapan daripada Norita
terkejut melihat Farisya yang berada dihadapannya.Habis terpelanting segala
benda yang ada ditangan Farisya apabila disergah sebegitu.Akhirnya,Farisya
berdiri kaku merenung Tengku Danial.Dugaan apakah ini.Hati Farisya
merintih.Hari-hari kena marah.Malang betul nasib dia.
“aku tanya kau
buat apa dekat sini?”Tengku Danial masih menyoal Farisya.Mukanya berubah
tegang.Dia sudah berdiri.Kedua-dua tangannya diletakkan diatas meja.Dia
merenung Farisya tajam.
“Sa..saya..saya
buat bodoh bos”balas Farisya tergagap-gagap dalam nada perlahan.Dia mengusap
tangannya yang dingin.Dia betul-betul gugup.Jantungnnya berdegup laju terasa seperti nak tertanggal.Farisya
beristighfar mencari kekuatan.
“apa?”Jerit
Tengku Danial.
“Tak ada
apa-apa”Farisya mengelengkan kepalanya berkali-kali.Terjongket bahunya bila
disergah sebegitu.
“Aku tanya kau
betul-betul ni,Kau buat apa dekat sini?Norita mana?”Suara Tengku Danial sudah
berubah tinggi.Farisya boleh merasakan api kemarahan menyala-nyala diseluruh
tubuh Tengku Danial.Perlahan-lahan Tengku Danial melangkah keluar dari ruang
mejanya.
“Kak
Ita,dia...hah..dia..”Farisya mengaru lehernya kemudian beralih ke
kepalanya.Habis sengget bengget tudung dia dibuatnya.Tangannya diletakkan
dibibir pula.
“Dia apa?”
“dia pergi
tandas”latah Farisya.Dia betul-betul terkejut.Farisya menutup mulutnya.Entah
apa yang terbit dari bibirnya dia pun tak tahu.Otak dia dah tak boleh
berfikir.Takut memandang Tengku Danial yang merenungnya tajam.Tengku Danial
mendengus.Geram dia sebab Farisya bermain-main dengan soalannya.
“Kau ni
kenapa?aku soal lain kau jawab lain?”Kesabaran Tengku Danial sudah sampai
kemuncak.Dia menyandarkan tubuhnya disisi meja.Wajah Farisya masih
direnungnya.Comel pula bila Farisya ketakutan.Hati Tengku Danial berbisik.Dia
tersenyum kecil.
“Sebenarnya,Saya
gantikan kak Ita bos...”balas Farisya selepas gugupnya reda.
“Kau gantikan
Ita buat apa?Kau gantikan dia buatkan air untuk aku ke?Kau dah jadi tealady aku ke?”duga Tengku Danial
sambil memeluk tubuhnya.Matanya masih memandang Farisya.Gadis itu mengangguk
kemudian menggeleng.Masakan gadis cun macam dia diangap tealady.Agak-agaklah.Farisya mencebik.
“Eh!tak-tak,Saya
ganti Kak Ita jadi PA bos”balas Farisya kalut.Dia tersenggih kambing cuba
menyembunyikan getar dihatinya tatkala ternampak senyuman Tengku Danial
sebentar tadi.
“What?”Tengku
Danial berdiri tegak.Matanya membutang.Terkejut dengan kenyataan Farisya.Betul
ke?Farisya dipandang atas bawah.Mata Tengku Danial terbeliak.Gadis macam ni
jadi PA dia.Tak mungkin!
“Siapa yang buat
keputusan?”Soal Tengku Danial angin satu badan.
“Tengku
Tajudin”balas Farisya lurus.Wajah Tengku Danial sudah berubah merah.
Papa dia yang
buat keputusan.Siapa yang bagi kebenaran?Dia tidak pernah pun suruh papanya
mencarikannya PA.Dia masih boleh uruskan segalanya dengan sendiri.Dia tak
perlukan Pembantu yang hanya tahu makan gaji buta saja tapi tidak tahu
menjalankan tugas.Nafasnya turun naik.
‘Papa,what are
you doing’Tengku Danial mengosok rambutnya kasar.Dia mendengus.Pantas
langkahnya diatur keluar dari bilik.Farisya termangu.Apa yang dah berlaku?Dia
mengaru kepalanya yang tidak gatal.Tudungnya dibetulkan.
‘Lantaklah!’malas
mahu berfikir Farisya keluar dari bilik Tengku Danial.Dia tak tahu apa yang
terjadi.Kelihatan Tengku Danial macam tidak tahu saja yang dia akan menjadi
Pembantu peribadinya.
Marah ke Tengku
Danial pada Tengku Tajudin?Semua ni salah aku.Farisya mengeluh.Kakinya berjalan
tanpa arah tuju.Otaknya sarat memikirkan apa yang akan terjadi.Kena berhenti
kerja ke dia?Matilah kalau dia diberhentikan.Baru sehari dia bekerja tak akan
dah kena buang.Aduh!Farisya mengeluh lagi.Hatinya kacau.
******************
“Pa!explain to
me now,what you doing.How dare you Pa?”Tengku Danial meluru masuk kedalam bilik
Tengku Tajudin tanpa mengetuk pintu.Dia betul-betul benggang dengan tindakan
papanya yang suka suki membuat keputusan tanpa persetujuannya.
“Danny tak suka
papa buat keputusan untuk Danny.Do you know i don’t like personal Assistant and
now you hire her to be my Personal
Assistant.You out your mind”Tengku Danial betul-betul marah dengan tindakan
papanya.Dia mendengus.Tengku Tajudin yang sedang sibuk menyemak kertas kerja
hanya tersenyum mendengar bebelan anaknya.Memang dia dah jangka Tengku Danial
pasti akan datang ke biliknya dan memarahinya apabila mengetahui dia yang
mengambil Farisya bekerja sebagai pembantu peribadi untuknya.Lebih-lebih lagi
budak itu selalu mencari gaduh dengan Tengku Danial.Pasti Tengku Danial akan
membangkang keputusannya.Dia kenal sangat dengan anaknya. “I’m talk to you
pa!Do you listen me?”Tengku Danial menyilangkan tangannya.Dia menyandarkan
tubuhnya dipintu.Tangan disilangkan.Papanya direnung.Tengku Tajudin hanya
tersenyum.Kening Tengku Danial terjongket.
“I’m listen
you.Come sit”Tengku Tajudin memperlawa Tengku Danial duduk dihadapannya.Tengku
Danial hanya menurut.Dia mengeluh.
“Papa tahu apa
yang bermain difikiran kamu.Ada sebab kenapa papa ambil dia bekerja sebagai
pembantu kamu.Dia ada potensi untuk membantu kamu.Don’t worry”Tenang sekali
Tengku Tajudin berkata.Tengku Danial pula mengangkat kedua-dua tangannya tanda
tidak percaya.
“What your
reason?”soal Tengku Danial masih tidak berpuasa hati.Wajahnya betul-betul
bengis.
“someday you
will know what i’m talking about”Tengku Danial merenung papanya yang tersenyum
kecil.
“Danny tak tahu
apa alasan papa,budak tu pencuci aje pa.Belajar pun entah-entah tak habis.Macam
mana dia nak uruskan semua ni”Tengku Danial tidak percaya dengan kebolehan
Farisya.Dudak kampung seperti Farisya tidak mungkin mampu nak uruskan hal
syarikat lebih-lebih lagi urusan dia.Tak mungkin.
“bagi dia
masa”pujuk Tengku Tajudin.Seboleh-bolehnya dia ingin mempertahankan budak
itu.Dia sendiri tidak tahu kenapa.Tetapi perasaan kasih dan sayang dia sangat
kuat saat bersama Farisya.Dia dapat rasakan ada sesuatu yang istimewa ada pada
Farisya.
“sampai bila
pa?”
Soalan itu
mematikan lamunan Tengku Tajudin seketika.Dia merenung anak bujangnya.Kalau dia
cakap pun Tengku Danial tidak akan faham.Suatu hari Tengku Danial akan
mengetahuinya sendiri.
“i don’t
know.Tapi papa harap sangat Danny boleh bagi dia peluang”mulut Tengku Danial
ternganga.Tak faham apa yang papanya cuba katakan.
“apa maksud
papa?”soal Tengku Danial pelik.Rambutnya dikuak kebelakang.
“Dia masih
budak,Kita bantu dia.Masa depan dia masih jauh tetapi dia tak ada peluang untuk
mencapai impian dia.Papa nak bantu dia dan papa harap Danny pun dapat bantu
dia.”Suara Tengku Tajudin berubah serius.Kening Tengku Danial terangkat.Dia
semakin tidak faham dengan apa yang papa dia cuba sampaikan.Dia mengeluh.
“Baiklah,Danny
boleh bagi dia peluang bekerja dengan Danny.Tapi...kalau Danny masih rasa dia
tu tak layak bekerja dengan Danny.I hope,papa tak akan halang Danny untuk
memecatnya.”Akhirnya Tengku Danial telah membuat kata putus.Nak atau tidak
Tengku Tajudin kena juga setuju dengan keputusan anaknya.Hanya anggukan dibalas
Tengku Tajudin.Tengku Danial sudah tersenyum senang. ‘Habis kau budak
kampung’desis Tengku Danial.
*********************
“Bos panggil
saya!”ujar Farisya selepas masuk ke dalam bilik Tengku Danial.Dia yang sedang
seronok makan tengah hari bersama kak Ita di pantry tiba-tiba dipanggil
seseorang yang mengatakan Tengku Danial ingin berjumpa dengannya.Nasib baik tak
tercekik dia dibuatnya.Tak bagi salam tiba-tiba disergah.Termasuk semua nasi
yang dimakannya bila nama Tengku Danial disebut.Hilang selera dia.
‘ada apa mangkuk
ni nak jumpa aku agaknya’monolog Farisya sendirian.Dia masih menunggu kata-kata
daripada Tengku Danial.Lelaki itu masih tidak memandangnya.Farisya cuba
memandang Tengku Danial tetapi wajahnya dilindungi komputer.Kening Farisya
terjongket.Dia merasakan dirinya seperti tunggul bila soalannya tidak dilayan.
“bos!”Farisya
memberanikan dirinya memanggil Tengku Danial.Tetapi masih tiada jawapan.Farisya
semakin pelik.Kepala yang gatal digaru.
“Assalamualaikum,bos!masih
ada ke?”Farisya sudah meninggikan sedikit suaranya.Geram pula dia.Dia
membongkokkan badannya sedikit cuba mencari wajah Tengku Danial yang
tersembunyi disebalik komputer.
“Duduk situ
diam-diam boleh tak.Memekak aje kerja kau.Tunggu sekejap.Bos!bos!”Tiba-tiba
Tengku Danial bersuara.Garang.Binggit telingga dia mendengar Farisya asyik
memanggilnya dengan perkataan bos.Farisya menarik nafas lega.Masih bernyawa bos
dia ni ingatkan dah tak bernafas.Farisya ketawa kecil.
“Apasal kau
ketawa sorang-sorang?Gila!?”Tengku Danial merenung Farisya yang terkedu.Habis
hilang segala tawa Farisya.Gadis itu mengatup mulutnya dengan tangan.Baru nak ambil
‘feeling’ dah kena kacau.Dia mengelengkan kepalanya.
“maaf”ucap
Farisya perlahan.Dia berdiri kaku dihadapan Tengku Danial.Naik kebas dia
menunggu.Bos dia ni nak membunuh ke apa?Dah dekat satu jam dah dia berdiri.Kata
sekejap.Jam ditangan dekerlingnya.Farisya mengetuk-getuk perlahan kakinya yang
kelenguhan.Dia memandang Tengku Danial yang masih fokus dengan kerjanya.
‘ingat aku ni
tunggul kayu ke apa,suruh berdiri kat sini berjam-jam.Aku ni manusialah tahu
penat.Dasar bos tak ada hati,limpa perut betul.’ngomel Farisya tidak berpuas
hati.Rasa macam nak bersila aje kat atas lantai kalau susah-susah sangat nak
bagi dia duduk.
“bos,sampai bila
nak saya berdiri macam ni?”Soal Farisya geram.Tangannya masih ligat mengurut
kaki yang kepenatan.Wajahnya diangkat mencari kelibat Tengku Danial yang masih
berdiam seribu bahasa didepannya.
“yang kau
berdiri saja dekat situ kenapa?”Farisya mengetap bibirnya.Ada juga yang mati
tercekik makan penumbuk aku ni karang.Farisya menarik nafasnya perlahan-lahan
kemudian dilepaskan.
“bukan ke bos
suruh tunggu tadi!Kata sekejap ni dah dekat satu jam setengah dah saya tunggu
ni..”balas Farisya cuba menahan sabar.Dalam hatinya nak saja baling kasut dia
untuk kali kedua.Nasib baik kasut tu kasut pinjam.Belas ehsan daripada kak
Ita.Kalau tidak memang dia bekerja pakai selipar jepun sajalah nampaknya.
“memanglah tapi
tak suruh kau berdiri macam tu”Nafas Farisya sudah turun naik.Darahnya
menyirap.Nak saja dia karate mamat berlagak nak mampus ni.Baru saja dia nak
melawan kata-kata Tengku Danial lelaki itu bersuara lagi.
“Dah duduk!”arah
Tengku Danial.Farisya terkedek-kedek berjalan seperti budak baru belajar
berjalan menuju ke tempat duduk di bahagian tetamu.Dia menahan sakit
dikakinya.Rasa macam nak tercabut kaki dia bila disuruh berdiri macam
tu.Farisya melepaskan nafas lega bila pungungnya menjejak tempat duduk yang
empuk.
“Aku bukan suruh
kau duduk kat situlah.Sinilah!”Tengku Danial memandang Farisya tajam.Dia
memuncungkan bibirnya menunjukkan tempat duduk yang ada di depannya.Gadis itu
mengeluh.Memang kejam kau Tengku Danial.Farisya yang baru saja melabuhkan
punggungnya disofa empuk bangun menuju kekerusi didepan Tengku Danial.Hatinya
menyumpah Tengku Danial.Sakitnya hati.Lelaki itu hanya tersenyum sinis.Dia
memang sengaja mahu membuli Farisya.Baru gadis itu tahu siapa dia sebenarnya.
“Nah!ambil ni
baca..”Tengku Danial menghulurkan sekeping kertas kepada Farisya.Farisya
memandang Tengku Danial pelik.
“apa ni bos?”
“kan aku suruh
kau baca,pekak ke?”Tengku Danial memulangkan paku buah keras kepada
Farisya.Gadis itu mencebik.Tanya pun salah.Sikit-sikit nak marah.Macam nenek
kebayan.Kutuk Farisya.
“Syarat-syarat
menjadi Pembantu Peribadi Tengku Danial.Apakah?”Mulut Farisya ternganga.Dia
mengaru kepalanya.
“apa benda
ni?”soal Farisya bodoh.
“Syarat untuk
jadi Pembantu Peribadi akulah.Aku nak kau ikut segala benda yang tertera diatas
kertas itu.Kalau kau rasa kau tak mampu,dipersilakan meletakkan jawatan kau
sekarang.”Dengan bangganya Tengku Danial berkata.Dia tersenyum sengget.Semakin
lebar mulut Farisya ternganga.Tengku Danial memeluk tubuhnya.Matanya tidak
lepas daripada memandang Farisya.
“Tapi masa
Tengku Tajudin ambil saya bekerja dia tak ada pun bagi tahu saya tentang
syarat-syarat ni”Farisya membelek-belek kertas yang ada ditangannya.Dia memandang
Tengku Danial pelik.Lelaki itu tersenyum sinis memandangnya.
“Betul!memang
Papa aku tak ada cakap semua itu.Masalahnya kau bekerja dengan aku bukan dengan
papa aku.Jadi segala keputusan terletak ditangan aku sekarang.Kau setuju ke
tidak aku tak perduli.Faham!”Jerkah Tengku Danial.Dia menghentakkan tangannya
diatas meja.Farisya tersentak.
“Tapi..”
“Tak ada
tapi-tapi..Aku tidak perduli mulai sekarang kau kena ikut segala arahan aku
tanpa bantahan.Kalau kau cuba menbangkang arahan aku.Tanpa segan silu aku akan
mengambil tindakan terhadap kau”Mulut Farisya terganga lagi.
‘Apa benda yang
Tengku Danial cuba lakukan?Adakah dia sedang cuba mempermainkan aku.’Keluh
Farisya.
“Macam mana?”
“Baiklah,saya
akan ikut segala arahan bos?”Akhirnya Farisya mengalah.Tengku Danial tersenyum
sebaris.Hatinya melompat kegirangan.Sekarang nasib Farisya terletak
ditangannya.Hatinya berubah ketawa jahat.Terasa seperti tanduk mula tumbuh
diatas kepalanya.
“Mulai
sekarang,aku akan mengambil kau bekerja dengan aku secara rasminya.”Farisya
tersenyum hambar.Nak atau tidak dia terpaksa juga setuju demi ibunya.Dia
sanggup melakukan apa sahaja demi ibu yang tersayang.Farisya mengeluh.
‘Bagus,kau buat
keputusan yang bagus sekali’Bisik hati Tengku Danial.Dia tersenyum sinis.Dia
menyandarkan tubuhnya.Farisya direnungnya tajam.Hatinya ketawa sepuas-puasnya.
BAB 7
“Farisya!”Kedengaran
nama Farisya dilaung kuat dari dalam bilik Tengku Danial.Farisya yang sedang
termenung,tersentak.Kertas-kertas diatas mejanya disusun pantas.Buku dairi
disisi dicapai.Pantas kakinya melangkah menuju ke pintu bilik Tengku Danial.
“Bala apa
lagilah yang mangkuk ni nak bagi dekat aku”Ngomel Farisya perlahan sebelum
mengetuk pintu bilik majikannya.Baru seminggu dia kerja dekat sini,macam-macam
bencana yang Tengku Danial bagi dekat dia.Kejam betul dapat bos macam
ni.Farisya mendengus.Teringat dia akan kata-kata kak Ita.
“Ku Danial ni
tak banyak kerenah kamu ikut saja arahan dia.Semua ada dalam jadual tu.Kamu
ikut saja okey!”Farisya mengeluh.Nampak sangat dia dah kena tipu.Tak banyak
kerenah konon!puih..perangai mengalahkan budak-budak.Marah hati Farisya.
Dia mengempalkan
penumbuk terasa nak saja ditumbuk-tumbuk muka Tengku Danial.Nasib baik pintu
itu menjadi penghalang kalau tidak pasti Tengku Danial nampak apa yang dia cuba
lakukan.
“Masuk!”Kedengaran
suara Tengku Danial menyuruhnya masuk.Hilang segala lamunannya.
“Ada apa bos
panggil nama saya?”soal Farisya perlahan.Dalam hati sumpah seranah.Nak saja dia
cekik-cekik batang leher bos dia ni.Apa yang Tengku Danial tidak puas hati
dengan dia entah.Semua yang dia buat salah.Hari-hari kena herdik.Pening kepala
Farisya dibuatnya.Nasib.
“Lunch nanti kau
ikut aku”Mulut Farisya terlonggo.Pelik.Tidak percaya bosnya mengajaknya keluar
makan tengah hari bersama.Farisya menelan air liurnya.Kelat.
“Bos!nak belanja
saya makan ke?”soal Farisya lurus.Dia tersenyum.
“Siapa cakap?”
“erkk..Tadi bos
ajak saya keluar?”Farisya merenung Tengku Danial.Lelaki itu ketawa sinis.
“Aku suruh kau
ikut aku.Bukan ajak kau keluar makan”Tawa Tengku Danial masih
kedengaran.Farisya mengetap bibir.Sangkaannya meleset sama sekali.Tidak mungkin
bos dia yang bakhil ini hendak membelanjanya makan.Mimpi pun tak akan.Farisya
mencebik.
“Tapi itu kan
waktu untuk saya berehat.Tak akan waktu lunch pun bos nak saya bekerja
juga”Farisya meluahkan ketidak puas hatinya kepada Tengku Danial.Geram.Dari
pagi dia tidak makan apa-apa.Fikirnya waktu tengah hari nanti dapatlah dia
mengisi perut yang kosong ni.Tiba-tiba pula bos mangkuk hayun dia ni suruh dia
bekerja juga.Memang bos tidak ada hati perut,limpa ayam betul.Dia mendengus
geram.
“Kisah pula
aku.Aku tak kira..kau kena juga ikut aku keluar masa lunch nanti.Aku ada benda
nak beli.Kaukan PA aku.Ingat perjanjian kita.Kau kena ikut segala arahan aku.Semua
itukan dah tertera dalam syarat yang aku bagi kau.Kau dah lupa?”
“Memanglah..Tapi...”Belum
sempat Farisya menghabiskan kata-katanya Tengku Danial sudah memotong.
“Tak ada
tapi..tapi..Aku tidak perlu persetujuan kau.Ini arahan.Faham!”Farisya hanya
menunduk dan mengangguk lemah.Perutnya diusap.Kesian kau perut.Tengku Danial
tersenyum puas.
********************************
“Bos!Tunggulah
saya...”Laung Farisya.Tangannya yang sarat dengan beg kertas diperbetulkan.Dia
mengeluh.Tengku Danial yang berjalan dihadapan langsung tidak mengedahkan
panggilannya.Langkahnya tetap laju diatur.
‘Dasar mangkuk
hayun betul bos aku ni..Mana dia nak pergi entah.Semua kedai dia dah masuk,apa
lagi dia nak beli agaknya.Dahlah semua beg dia aku yang pegang.Aku ni PA dia
bukan kuli dia.Tak tahu agaknya perut aku ni dah lapar’omel Farisya dalam
hati.Kakinya masih mengikuti langkah Tengku Danial.Dia menghentak-hentak
kakinya tanda protes.
Pasaraya
Midvalley telah habis ditawafnya.Sejak dari tadi dia mengikuti langkah Tengku
Danial dari satu kedai ke satu kedai.Naik lenguh kakinya.Kedua-dua tangannya
sudah dipenuhi beg kertas.Ikutkan hati nak saja dia campak beg ini semua ke
atas lantai.Farisya mengeluh.Dia berhenti.Beg kertas diletakkan diatas
lantai.Dia mengetuk-getuk kakinya yang terasa lenguh.Mahu tercabut kaki dia
kalau hari-hari macam ni.
“Wei!perempuan..Cepatlah”Panggil
Tengku Danial setelah perasan Farisya tidak mengikutinya masuk ke dalam sebuah
kedai kasut berjenama.Farisya menjuirkan bibirnya.
“ye..Kejap”Farisya
berjalan dengan malasnya menuju kearah Tengku Danial.Beg kertas dipegangnya
malas.
“Lembab!”kutuk
Tengku Danial.Farisya mendengus.Kakinya dihentak.Farisya membuat pergerakkan
seakan-akan mahu menumbuk Tengku Danial dari arah belakang.
‘Bos
kejam!!”jerit hati Farisya.
“Kau
pilih..”Kening Farisya terangkat.Tidak percaya dengan apa yang diucapkan Tengku
Danial.Dia pilih?
Kasut-kasut yang
tersusun kemas diatas raknya dipandang Farisya satu persatu.Tidak akan Tengku
Danial mahu menyuruhnya memilih kasut yang cantik-cantik ni.Dia mana ada duit
nak beli kasut semahal ni.Selama ini pun dia beli kasut dekat pasar malam
je.Mulut Farisya terganga apabila dapat melihat kasut yang cantik dengan
matanya sendiri.Selama ini dia hanya melihat di kaca televisyen dan
sekarang....wah!
“aku suruh kau
pilih bukan terganga”perli Tengku Danial.Farisya mengatup mulutnya yang sedikit
terganga.Dia tersengih malu.
“maaf
bos..”Farisya mengaru kepalanya.
“Dah cepat
pilih..”Arah Tengku Danial lagi.Dia memandang Farisya yang terlonggo.Farisya
menoleh kekanan,kemudian kekiri.Dia tidak tahu mana yang harus
dipilihnya.Terlalu banyak pilihan,semuanya cantik-cantik.Naik juling mata
Farisya melihat kasut yang bersinar-sinar.
“Eishh!orang
suruh pilih pun susah..Kau duduk sini”Tengku Danial menarik Farisya kemudian
menyuruhnya duduk disalah satu kerusi yang tersedia dikedai tersebut.Dia
berdiri kemudian menilik satu persatu kasut yang terdapat dikedai
tersebut.Farisya pula hanya jadi pemerhati.
“Cuba ni”Tengku
Danial menghulurkan sepasang kasut bertumit sederhana tinggi berwarna kelabu
kepada Farisya.Simple tapi menarik.Terdapat sedikit manik-manik dihias indah
diatas kasut tersebut.Perlahan-lahan Farisya menyambut huluran Tengku Danial.
‘Cantinya’desis
hati Farisya.Tidak sangka dia dapat menyarung kasut secantik itu.Seakan-akan
sedang bermimpi.
“Saya ke yang
cuba bos?”soal Farisya bodoh.Kening Tengku Danial terjongket.Dia berpeluk
tubuh.
“Eh!tak adalah
aku suruh kakak sebelah kau ni cuba”Ambil kau.Sekali kena dengan Tengku
Danial.Farisya menunduk.Terasa salah dengan kata-katanya.Tak pasal-pasal dia
dipersendakan Tengku Danial.Farisya memuncungkan bibirnya.Dia menyarung kasut
itu perlahan-lahan takut terosak pula.Farisya tergamam.
‘Yaallah,cantiknya
kasut ni.Tengku Danial nak bagi aku ke?Beruntungnya aku’gumam Farisya sambil
merenung kasut yang tersarung dikakinya.Dia memandang kasut itu penuh
teruja.Tengku Danial pula hanya tersenyum sebaris.Dia dapat mengagak apa yang
bermain difikiran Farisya.Gadis itu tidak tahu apa yang dirancangkannya.
“Emm..Sesuai..okey
kak saya ambil kasut ni”Kedengaran Tengku Danial berkata dengan seorang pekerja
yang melayani mereka.Pekerja itu hanya menganggukkan kepalanya.Farisya
menongkat dagunya.Terasa sedih pula bila menanggalkan kasut itu dari
kakinya.Matanya melihat saja pekerja itu berlalu membawa kasut itu ke kaunter.
“Bos beli untuk
saya ke?”soal Farisya setelah urusan jual beli Tengku Danial selesai.Mereka
melangkah keluar dari kedai tersebut.Soalan Farisya tidak dijawab.Tengku Danial
menghulurkan beg kertas berisi kasut tadi kepada Farisya.
“Tak adalah
untuk adik aku”
Wajah Farisya
berubah.Tiba-tiba hatinya sayu.Ingatkan Tengku Danial mahu belikan untuk dia
tanda ganti rugi atas kasut dia yang telah dibuang Tengku Danial.Farisya
mengeluh.Tengku Danial disebelah sudah ketawa didalam hati.Suka hati dia
melihat Farisya yang hampa.Dia memang sengaja menyuruh Farisya memilih.Jahatkan
dia.Farisya dijeling kejap.
“Dah!jom”Tengku
Danial melangkah meninggalkan Farisya termangu seorang diri.
“Bos tunggu!kita nak pergi mana lagi ni.Waktu
lunch dah lama habis..Waktu kerja pun dah nak habis dah..”Farisya mengejar
Tengku Danial yang semakin jauh.
“Bos tunggulah
saya.Penatlah macam ni asyik main kejar-kejar je.Dahlah saya dari pagi tak
makan lagi ni.Habis dah tenaga saya nak main kejar-kejar dengan bos”
Tiba-tiba
langkah Tengku Danial terhenti.Terbit perasaan simpati dihatinya.Tidak tahu
pula dia yang budak ni tidak makan dari pagi.Dia pun belum makan dari
tadi.Perut dielusnya.Farisya yang sedang berlari kearahnya tidak sempat
berhenti.Tubuh Tengku Danial yang sasa dilanggarnya.Habis semua beg kertas yang
ada ditangan Farisya terpelanting.
“Aduh!”Farisya
mengosok dahinya yang sakit akibat terlanggar dada bidang Tengku Danial.Dia
yang jatuh terduduk hanya mengosok dahinya.Tengku Danial ketawa terbahak.Kelakar
melihat muka Fairysa yang berkerut-kerut menahan sakit.
“Kau okey
ke?”soal Tengku Danial dia duduk
mencangkung menghadap Farisya.
“Sakit
tahu”marah Farisya sambil mengosok dahinya.Tengku Danial ketawa lagi.Farisya
tergamam tatkala melihat Tengku Danial ketawa.Selama ini dia hanya melihat
lelaki ini hanya tersenyum dan ketawa sinis saja apabila berada
dengannya.Tetapi hari ni dia nampak tawa Tengku Danial betul-betul
ikhlas.Farisya terpaku.
“Hello!hello!kau
menungkan apa tu?aku tanya ni..”Tengku Danial memetik-metik jarinya didepan
Farisya.Dia tersentak.
“hah,apa dia
bos?”soal Farisya.Matanya terkebil-kebil memandang Tengku Danial.
“Aku tanya kau
okey ke tak ni?boleh bangun tak?”soal Tengku Danial.Barang-barang yang
bertaburan diatas lantai dikutipnya lalu dimasukkan kedalam begnya
semula.Farisya juga melakukan perkara yang sama.
“Saya okey
bos..Tak ada hal lah..Sikit saja ni”balas Farisya sambil tersenggih
kambing.Tengku Danial hanya mengelengkan kepalanya.
“Dah jom”Tengku
Danial membantu Farisya bangun.
“Mana bos?”
“ikut
sajalah..kau kata kau lapar kan.Aku nak bawa kau pergi makanlah ni”Tengku
Danial tersenyum sebaris.Keningnya terangkat-angkat.Farisya memandang bosnya
pelik.
‘Kenapa semacam
saja muka bos aku ni..Tiba-tiba saja berubah baik dengan aku.Ada apa-apa
ke?’Hati Farisya menembak.Dia hanya mengikuti Tengku Danial dari belakang.Beg
kertas tadi semuanya dibawa Tengku Danial.Farisya tersenyum.Tidak sangka masih
ada sifat kemanusian dalam diri Tengku Danial.
******************************
“Kita nak kemana
ni?”soal Farisya setelah hampir setengah jam dia berada didalam kereta Tengku
Danial.Naik bosan dia.Pungungnya sudah hampir kebas duduk lama-lama.Soalan
Farisya dibiarkan sepi.Farisya memandang Tengku Danial yang duduk
disebelahnya.Tenang.Farisya memeluk tubuh.Pemandu Tengku Danial,Pak Yakob turut
mendiamkan diri.
“Aku cakap
sorang-sorang rupanya.Kita duk penat cakap dengan dia.Dia boleh pula duk
melayan ipod.Hemm..bos!bos!”Farisya mengelengkan kepalanya apabila melihat
Tengku Danial sedang memejam mata sambil melayan ipod ditangannya.Kelihatan
kepalanya sedikit bergerak mengikuti rentak lagu.Farisya menoleh lagi memandang
majikannya.Keningnya terjongket.
“Bos!”Farisya
melambai-lambaikan tangannya dihadapan muka Tengku Danial.Tiada respon.
“Tidur dah
ke?”Farisya meletakkan tangannya didagu.Comel sangat apabila Tengku Danial
tidur.Farisya tersenyum nakal.
Farisya
mengambil peluang mengamati wajah Tengku Danial.Sejak bekerja dengan Tengku
Danial belum pernah dia nampak wajah Tengku Danial setenang ini.Selalunya wajah
Tengku Danial selalu tegang apabila dengannya.Farisya tersenyum sendirian.
“Tak sangka bos
aku ni,kacak juga.Mulut dia merah,mesti tak hisap rokok.Kulit dia
bersihnya.Macam perempuan,kalah aku.”Ngomel Farisya perlahan sambil memerhati
wajah Tengku Danial.Sekejap-kejap dia ketawa sendirian dengan
kata-katanya.Tiba-tiba pandangannya terhenti pada mata Tengku Danial.
“wah!bulu mata
Tengku Danial ni panjanglah.Kata orang bulu mata panjang ni comel tapi kuat
cemburu.Betul ke?Entahlah..”sambung Farisya.Dia mendekatkan wajahnya untuk
melihat lebih dekat wajah Tengku Danial.Air liur ditelan.Dia cuba untuk bermain
dengan bulu mata Tengku Danial tapi dimatikan hasratnya takut Tengku Danial
terbangun.Dia memerhati wajah itu.Lama.Tiba-tiba hatinya terasa senang melihat
wajah tenang Tengku Danial.Hatinya berdegup kencang.
“Hemp..Kau dah
habis tilik muka aku?”Tiba-tiba Tengku Danial bersuara.Rupa-rupanya dia perasan
yang Farisya menilik wajahnya.Dia sengaja berpura-pura tidur.Pada asalnya dia
memang mahu melelapkan mata tetapi tidurnya tergangu semasa Farisya
melambai-lambaikan tangan dihadapan wajahnya.Sengaja dia tidak memberi sebarang
respon.Dia ingin mendengar apa yang Farisya ingin katakan tentangnya.Lagu yang
sedang dimainkan juga dimatikan untuk mendengar apa yang diperkatakan
Farisya.Tetapi apabila Farisya mendekatkan wajahnya,denyutan jantung Tengku
Danial tiba-tiba berubah laju.Itu yang dia menegur Farisya agar tidak lebih
dekat dengannya.Kalau tidak mahu pecah jantung dia kalau terus-terusan Farisya
mendekati wajahnya.
Farisya
tersungkur sedikit apabila ditegur sebegitu oleh Tengku Danial.Pantas dia
mengalihkan pandangannya keluar tingkap.Malu.Wajahnya berubah merah.Terasa
bahang tiba-tiba.Dia mengetuk kepalanya berkali-kali.Perlahan saja tak kuat.
“Tak payahlah
kau nak ketuk-ketuk kepala tu.Karang biul aku juga yang susah.”Perli Tengku
Danial.Dia yang duduk disebelah ketawa kecil.Pak Yakob yang sedang memandu
hanya tersenyum.Farisya hanya tersenggih kambing menutup malu.Macam mana dia
boleh tertangkap.Segannya.Farisya mengigit bibirnya sambil memandang keluar
tingkap.
***************************
Mulut Farisya
terlopong apabila menjejakkan kakinya di rumah agam yang betul-betul
mempersonakan.Perhiasan diluar rumah saja sudah mampu membuatkan orang tergamam
apabila melihatnya.Tanaman pokok bunga tersusun indah dan sesuai
ditempatnya.Kelihatan seorang perkebun yang sedang menyapu daun-daun kering
tersenyum mesra memandang Farisya.Dia hanya membalas sambil menundukkan sedikit
kepalanya.Selepas itu dia menyambung melihat setiap ruang yang ada.
“Apasallah aku
dapat PA yang jakun macam dia ni”Tengku Danial mengaru kepalanya.Dia hanya
melihat kelakuan Farisya.Tiba-tiba senyuman terukir dibibirnya.
‘kenapa dengan
aku ni.Apasal aku baik sangat dengan dia ni.Bukan ke aku nak buat hidup dia
sengsara’Tengku Danial mengelengkan kepalanya berkali-kali.Hasutan syaitan mula
berlegar-legar dikepalanya.
“Bos!ni rumah ke
istana bos?”Farisya meluru kearah Tengku Danial.
“Bos!bos!Kan aku
dah cakap panggil aku ku Danial.Dah,ikut aku”suara Tengku Danial sudah berubah
tegas.Kening Farisya terangkat.Matanya juga terkebil-kebil.Tidak faham dengan
perangai bosnya yang mudah berubah-rubah.Barang-barang yang dibeli Tengku
Danial diambil daripada tangan Pak Yakob.Pantas dia mengatur langkahnya menuju
masuk kedalam rumah agam tersebut.
Tegahan Tengku
Danial agar tidak memanggilnya bos juga malas diambil pusing oleh Farisya.Suka
hati dialah nak panggil apa pun.Kecoh!Marah hati Farisya.
“Mak ai..Ini
rumah ke istana?”soal Farisya sedikit teruja.Baru saja kakinya melangkah masuk
kedalam rumah agam yang besar itu.Dia tergamam.Dia berpusing-pusing melihat
keindahan yang ada didalam rumah tersebut.Tiba-tiba dia terasa seperti sedang
bermimpi.Dia mencubit pipinya.Sakit.Digosoknya pipi yang sakit.
“Kau buat apa
tu?”Tengku Danial memandang Pembantu Peribadinya pelik.Dia yang sudah duduk
diatas sofa hanya memerhati Farisya yang masih berdiri dipintu.
“Bos!besar betul
rumah bos kan”Farisya merapati Tengku Danial.Matanya masih memandang sekeliling.Tengku
Danial tersenyum bangga.
“Ni bukan rumah
aku..”
“Habis..”Farisya
memotong percakapan Tengku Danial.Opss..Farisya menutup mulutnya.Maklumlah
tengah teruja.Mulut tercabul sikit.Tengku Danial hanya memandangnya tajam.
“Ni..rumah..”
“Danny dah
balik”Lagi sekali percakapan Tengku Danial dipotong.Kelihatan seorang wanita
separuh abad merapati mereka diruang tamu dengan bantuan tongkat
ditangannya.Mata Farisya terkebil-kebil memandang wanita itu.Siapa pula ni?
“Nenda.Baru
saja”balas Tengku Danial sambil menyalami tangan wanita separuh abad
itu.Fariysa hanya jadi pemerhati.
“Ni siapa?”soal
Tengku Hamidah,Nenda kepada Tengku Danial.Dia tersenyum sebaris memandang
Farisya.Farisya menundukkan kepalanya tanda hormat.
“Oh!ni Farisya
PA Danny.Farisya,this is my lovely Grandma.”Tengku Danial memperkenalkan diri
mereka.Tengku Danial memaut kedua-dua bahu Nendanya.
“Assalammualaikumm..err..”Farisya
tergagap-gagap.Tangannya dihulur untuk bersalaman.
“Waalaikumussalam.Panggil
saja Nenda.Nama Nenda Tengku Hamidah tetapi Nenda lebih suka orang panggil saja
Nenda.”Huluran Farisya disambut.Perlahan Farisya mengucup tangan tua
itu.Tiba-tiba hatinya berubah sayu.Kenapa dia dapat merasakan ada satu perasaan
sedang mengalir dilubuk hatinya.Tengku Hamidah juga merasakan perkara yang
sama.
“Farisya ni
bukan rumah aku.Tapi Nenda aku yang tersayang ni..”Tengku Danial memeluk bahu
Tengku Hamidah.Farisya tersentak.Perasaan yang baru saja mengalir tiba-tiba
hilang.Dia hanya tersenyum hambar.
“Nama kamu
Farisya ye..”Hanya anggukan dibalas Farisya.
“Wirdani
Farisya,Nenda”Farisya tersenyum mesra.Tengku Hamidah terkedu.Mukanya
pucat.Wajah Farisya dipandangnya.Lama.
“Kenapa
Nenda?”Tengku Danial disebelah pelik dengan perangai Nendanya.
“Tiada
apa-apa.Jemputlah Farisya duduk.Nanti Nenda mintak Mak Som buatkan air.”Ujar
Tengku Hamidah teragak-agak.Dia berlalu meninggalkan Tengku Danial dan Farisya
berduaan.
Kening Tengku
Danial terangkat.Dia memandang Farisya didepannya.Gadis itu hanya mengangkat
bahunya.Mereka masing-masing berpandangan.Pelik.
‘Aku salah cakap
ke?’ Farisya mengaru kepalanya.Tudung yang sedikit sengget dibetulkan.Akhirnya
Farisya mengeluh.
Tengku Danial
pula sudah menghilangkan diri.Katanya mahu menukar pakaian.Farisya mengambil
tempat duduk disofa.Permandangan dirumah itu masih diamatinya.Kalaulah dia anak
orang kaya mesti hidupnya juga seperti ini.Farisya termangu seorang diri.Sempat
dia berangan seketika sambil menunggu majikannya menukar pakaian.
BERSAMBUNG ..... :D
Best.... #^_^
ReplyDeleteTq ..
ReplyDeleteYou ѕhοuld tаκе ρaгt in a сontest for onе
ReplyDeleteof the finest blogs on the internet. I'm going to recommend this web site!
Visit my weblog: ipad repair selangor
cerita ni sedap, jalan ceritanya sangat menarik,tapi susunan ayat nya ada sikit celaru, bahasa english yg di gunakan mcm salah aje.....
ReplyDeleteharap writer hati2 len kali.
walau mcm mana pun saya sangat suka kan cerita ini.
tahniah.
Hello there, You've done an incredible job. I'll defіnitеlу
ReplyDeletedigg it and perѕonally suggest to my friends.
I'm confident they'll be benefіtеԁ from this wеb site.
Look intο mу ωeb sіtе ::
ipad 3 screen repair kl
I'm really enjoying the design and layout of your site. It's
ReplyDeleteа very easy on the eyes ωhich makеs іt much moгe enjoyable foг me to сome herе and viѕit more often.
Did you hiгe оut a dеsignеr to
create yοur theme? Eхcellent wοrk!
Mу weblog iphone repair kl
Hello my familу membеr! I wаnt to say that
ReplyDeletethis аrtіcle is aweѕome, nice wгitten and include aрproximаtely
all signifіcant infos. Ӏ'd like to look extra posts like this .
my weblog ... ipad repair malaysia
I've been browsing online more than 2 hours today, yet I never found any interesting article like yours. It is pretty worth enough for me. In my view, if all web owners and bloggers made good content as you did, the net will be much more useful than ever before.
ReplyDeleteHere is my homepage :: iphone repair pj