OLEH : NUR DAEYA
Duduk berdua-duaan dibilik belakang bersama
Prof.Dr.Azmi membuatkan Nur Adriana berasa gelisah. Hatinya berasa tidak enak
apabila duduk bersama dengan lelaki yang baru dikenalinya. Dia ingin keluar
dari situ, namun dia tahu Prof.Dr.Azmi memerlukan pertolongannya. Tetapi, dia
hairan. Baru pertama kali berjumpa, takkan senang betul Prof.Dr.Azmi ingin
meminta bantuannya. Bantuan apa yang
Prof.Dr.Azmi perlukan, dia pun tidak tahu.
“Terima kasih sebab sudi luangkan masa bersama
saya.”kata Prof.Dr.Azmi dengan senyuman melebar. Nur Adriana mengangguk perlahan
sambil bibirnya turut mengukir senyuman.
“Saya ajak awak ke sini bukan untuk berbual kosong
dengan awak, tapi saya perlukan bantuan awak dari sudut peribadi.”jelas maksud
sebenar dia membawa Nur Adriana ke sini.
Nur Adriana mengerutkan dahi. Tidak mengerti maksud
Prof.Dr.Azmi.
Prof.Dr.Azmi tergelak kecil.”Tak faham
ye?”sambungnya lagi. Nur Adriana mengelengkan kepala. Manalah dia pernah dengar
bantuan dari sudut peribadi. Setakat bantuan yang biasa-biasa adalah.
Prof.Dr.Azmi merenung tepat wajah Nur Adriana.
“Maksud saya, saya perlukan bantuan awak untuk
memulihkan kesihatan dari segi mental dan fizikal Zeril Iskandar. Saya rasa
awaklah yang paling sesuai untuk membantu saya bagi memulihkan kesihatan Zeril
Iskandar.”Ayat itu membuatkan Nur Adriana terperanjat besar. Ingatkan dia
disuruh menelefon mama Zeril iskandar dan mendapatkan maklumat penuh berkaitan
Zeril Iskandar. Rupanya tidak.
“Tapi, kenapa mesti saya?”kata Nur Adriana. Suaranya
sedikit tinggi. Dia memang tidak suka orang menyuruhnya tanpa sebab yang kukuh.
Apa? Nak suruh pulihkan sakit Zeril mental dan fizikal? Oh, please! Aku mana tahu bab-bab pulih memulihkan ni. “Tak ada
orang lain ke Prof boleh suruh? Saya tolong hantar dia sampai ke hospital ini
pun dah cukup baik. ”cebik Nur Adriana.
“Mungkin awak marah bila saya cakap pasal ni. Tapi
awak kena tahu, Zeril Iskandar tu sakit tenat. Tak lama lagi dia kena buat
pembedahan. Mana ada perempuan disisi dia sekarang ni? Hanya awak, Nur
Adriana.”luah Prof.Dr.Azmi lembut.
Nur Adriana mula bangun dari tempat duduk itu. Dia
bengang. Kenapa aku perlu masuk dalam kehidupan Zeril Iskandar dalam dua hari
ini? Dia mahu balik rumah dengan tenang. Dia mahu jumpa ayahnya!
“Saya tak boleh bantu, Prof. Apa yang saya lakukan
untuk tolong selamatkan nyawa Zeril Iskandar biarlah sampai di sini sahaja.
Saya tak mahu ada kaitan lagi dengan Zeril Iskandar. Kalau Prof mahu…”Kertas
kosong dan pensil yang berada diatas meja mesin radiologi segera diambil tanpa
meminta izin. Ditulis nombor Datin Zafiah sebesar-besarnya lalu dengan
selambanya diletakkan ke dalam tangan Prof.Dr.Azmi. “Prof telefonlah mama dia.
Saya nak keluar dulu.”kata Nur Adriana dengan tenang. Baik dia keluar dari sini
sebelum Prof.Dr.Azmi berkata yang tidak sepatutnya. Dia berpaling
ke belakang. Langkahnya diatur untuk keluar dari bilik belakang ini. Namun,
tangan Prof.Dr.Azmi pantas menangkap tangan Nur Adriana. Kejap pautannya. Dia
tidak mahu Nur Adriana keluar dari bilik itu sehingga mulut perempuan itu
mengatakan ‘Ya, saya akan membantu’.
Terkejut besar apabila Prof.Dr.Azmi memegang
tangannya. Lama dia terkaku disitu. Pandangannya melekap pada sebening mata
Prof.Dr.Azmi. Dia memang pantang jika ada lelaki yang berani memegang
tangannya. Tadi Zeril Iskandar, sekarang Prof.Dr.Azmi pulak. Mereka ingat
tangan dia ni sesuka hati aje boleh pegang-pegang? Sorry sikit! Aku ada maruah diri tau! Nur Adriana mengacip
giginya. Memang dia bengang saat ini.
“Lepaskan aku lah!”tangannya direntap kasar.
Terlepas tangan Nur Adriana dari pegangan Pengurus Jabatan Trauma &
Kecemasan itu. Dia mengadap Prof.Dr.Azmi semula. Terkedu Prof.Dr.Azmi di situ.
Sambung Nur Adriana lagi. “Yang kau berani sangat nak pegang tangan aku,
kenapa? Bini kat rumah dah tak boleh pegang lebih-lebih ke?”sindir Nur Adriana
dengan tajam sekali. Perkataan saya telah ditukar seratus peratus kepada kau.
Peduli apa dia! Lelaki sebegini patut diajar. Main pegang-pegang pulak!
Prof.Dr.Azmi mendiamkan diri seketika. Apabila Nur
Adriana memarahinya, bagaikan muncul satu kuasa yang amat kuat di dalam
tubuhnya untuk menentang perempuan dihadapannya. Sebagai lelaki, dia tidak mahu
mengalah. Perempuan ini hanya pandai berkata-kata sahaja. Dia sebagai lelaki
tidak boleh berdiam diri! Lelaki perlu tonjolkan kekuatan agar perempuan
tahu yang lelaki bukannya lemah. Dia menarik nafas lalu dihembuskan
secara perlahan-lahan. Sebelum dia berkata-kata, dia perlu tenangkan diri dulu.
“Please,
cik Nur Adriana…sila duduk semula. Kita perlu berbincang.”tuturnya lembut. Biar
lembut dulu, jika Nur Adriana berkasar dengannya, dia akan mulakan kekasaran
itu!
“Tak payah! Aku tak perlukan pujuk rayu kau.
Menyesal sangat aku masuk dalam hal ni. Aku nak balik.”ucap Nur Adriana dengan
nada tinggi. Tak perlu dia hendak mendengar segala rayuan atau pujukan dari
doktor tak sedar diri ini. Prof.Dr.Azmi sudah hilang sabar. Cakap lembut pun,
perempuan ni tetap dengan perangai degilnya. Dia merentap kasar tangan Nur
Adriana. Memang perempuan degil sebegini tak boleh cakap lembut-lembut.
Nur Adriana tergamam! Sekali lagi tangannya
disentuh. Apabila dia melihat mata Prof.Dr.Azmi yang kelihatan merah itu, dia
jadi takut.
“Kau duduk sekarang…duduk!!”garang sekali lontaran
suara Prof.Dr.Azmi. Terkejut Nur Adriana tanpa kata. Jantungnya seakan-akan
berhenti, tiada denyutan. Ternyata, kesabaran Prof.Dr.Azmi sudah menipis dikala
ini. Perkataan ‘kau’ pula yang meniti di bibir dia. Cakap baik-baik tak nak
dengar!.
Nur Adriana akur. Dia duduk semula dikerusi yang dia
duduk tadi dengan ketapan di bibir. Nampaknya kemarahan lelaki lebih hebat
berbanding perempuan. Muka Nur Adriana tunduk membisu.
“Aku cakap baik-baik, nak minta bantuan daripada
kau…kau jual mahal pulak. Harap muka sahaja cantik, hati busuk macam tong
sampah!”kata-kata kesat dilemparkan Prof.Dr.Azmi dengan selambanya. Nur Adriana
mengangkat muka. Menggigil badannya mendengar perkataan itu.Aku dikatakan hati
busuk macam tong sampah? Doktor ni memang mulut tu nak kena cili dengan aku,
baru dia diam kut.
“Dah cukup baik aku dengar arahan kau. Yang kau
sesedap rasa kata aku hati busuk macam tong sampah tu, kau ingat kau bagus
sangat ke? Kau pun harap aje muka kau hensem, tapi perangai mengalahkan bapak gorilla yang tengah mengaum. Sedarlah diri tu sikit. Aku ni pelawat
yang datang ke hospital ni semata-mata nak hantar orang yang sakit. Ramai lagi
perempuan lain yang kau boleh cari. Haa..nurse-nurse kat sini kan ramai perempuan. Kau ambil
ajelah nurse-nurse kat luar tu bagi
‘semangat’ pada Zeril Iskandar. Apa susah?”balas Nur Adriana sambil dia
berpeluk tubuh dikerusi itu. Sudah hilang rasa takutnya.
Prof.Dr.Azmi tanpa rasa segan-silu merapatkan
wajahnya kepada Nur Adriana. Terbeliak mata Nur Adriana. Apalah doktor ni nak
buat kat aku pulak ni?Aduh! Segannya mata dia bertembung rapat dengan mata
doktor ni. Doktor ni tak ada rasa segan langsung ke?
“Aku tak perlukan mereka semua. Aku perlukan kau
untuk bantu aku. Kau faham tak?”kata Prof.Dr.Azmi dengan nada lantang. Air liur Prof.Dr.Azmi sedikit menitik ke
wajahnya apabila jeritan lelaki itu begitu hampir dengan muka. Dia rasa tidak
selesa.
Nur Adriana mula berdiri. Tidak betah mukanya
terlalu hampir dengan doktor itu. Dia mencekak pinggang.“Aku tak nak faham dan
tak hingin nak faham! Kenapa kau
perlukan bantuan aku? Aku pun baru aje kenal mamat tu, kau pulak beria-ria nak
suruh aku jaga dia. Aku bukannya pandai bab-bab bagi semangat kat orang ni.
Melunturkan semangat orang adalah!”balasnya dengan nada yang sama.
Perbalahan sudah mula tercetus. Hanya mereka berdua yang
berada disitu. Orang awam mahupun pelawat yang datang sedikit pun tidak mendengar
apa yang mereka gaduhkan.
Prof.Dr.Azmi menghentakkan tangan ke meja dengan
kuat. Dia betul-betul geram. Perempuan ini masih berdegil rupanya. Macam
manalah doktor Wan Zubair boleh terpikat dengan perempuan berkepala batu ini?
Degilnya..Masya-allah!
Nur Adriana mencebikkan bibir. Dia marahlah tu!
Nafas Prof.Dr.Azmi dihela kuat.“Kau nak tahu kenapa
aku beria-ria suruh kau bantu pulihkan mental dan fizikal Zeril Iskandar? Kau
tak tahu kan?”dikerling wajah Nur Adriana yang berdiri tegak itu dengan
pandangan tajam. “Sebab aku rasakan kau adalah satu-satunya perempuan yang
boleh menurunkan kadar denyutan pantas pada jantung Zeril Iskandar. Cuba kau
ingat balik, masa kau cakap dengan dia tadi…dia sentuh tangan kau secara
tiba-tiba. Sepatutnya tangan dia tak boleh bergerak dan masih memerlukan
pantauan dari aku dan doktor Wan Zubair. Macam mana tangan dia boleh bergerak
dengan sepantas itu? Sebab dia faham apa yang kau katakan.”sambungnya lagi
dengan panjang lebar. Nur Adriana menjelingkan mata. Takkan sebab itu sahaja
yang dia beria-ria suruh aku bantu si Zeril tu?
Prof.Dr.Azmi bangun dari tempat duduknya. Jam di
dinding bilik ini dipandang sekilas. Sudah menunjukkan pukul 11 pagi. Selepas
ini, dia perlu balik ke rumah. Merehatkan diri. Pasti isterinya merindui
dirinya.
Rasanya dia perlu mengalah dalam hal ini. Tanpa diduga, dia melutut
dihadapan Nur Adriana. Demi pesakit yang bernama Zeril Iskandar, dia sanggup
melutut di depan perempuan ini asalkan perempuan ini bersetuju untuk membantu
dirinya dan memulihkan Zeril Iskandar.
Nur Adriana tergamam. Biar betul doktor ni sampai
melutut kat depan aku ni? Gaya macam nak melamar sahaja. Dia mula rasa gelabah.
“Nur Adriana, aku pohon pada kau…sekali ini aje. Aku
tak minta banyak. Aku harap kau terimalah bantuan aku. Sekali seumur hidup!.
Lepas ini aku takkan minta apa-apa bantuan dari kau. Please?”Kedua-dua tangan Prof.Dr.Azmi dinaikkan ke atas kepala.
Merayu sungguh-sungguh dia ni!
“Err..kenapa kau melutut macam ni sekali. Aku pulak
yang jadi segan. Bangunlah…!”pinta Nur Adriana. ‘Nasib baik tak ada orang kat
sini. Kalau tak, malu aku!’detik hatinya.
“Aku takkan bangun selagi kau tak cakap yang kau
akan bantu dia. Biarlah lutut aku sakit. Asalkan aku dapat persetujuan daripada
kau, Nur Adriana.”kelu lidah Nur Adriana apabila Prof.Dr.Azmi berkata
sedemikian rupa.
‘Hesy…tak faham betullah aku dengan doktor ni. Ada
jugak spesies doktor yang tak faham bahasa.’omelnya dalam hati.
Prof.Dr.Azmi mendongakkan kepalanya. Memandang
seraut wajah Nur Adriana yang masih kebingungan.
Mungkin perempuan ini sedang
memikirkan apa yang dia perkatakan. ‘Harap-harap perempuan ni setujulah dengan
permintaan aku. Lutut aku dah sakit ni. Tak pasal-pasal ‘jam’ bila bangun
nanti.’
Nur Adriana memikirkan kata-kata Prof.Dr.Azmi. Buat
apa nak panjang-panjangkan lagi cerita ini. Bertambah bergaduh lagi adalah.
Baik dia akhiri pergaduhan ini dengan menerima sahaja bantuan Prof.Dr.Azmi.
“Saya terima permohonan doktor untuk bantu pulihkan
Zeril Iskandar. Tapi beserta syarat!”katanya dengan nada riak. Keningnya
diangkat tinggi. Tiada perkataan kau dan aku lagi. Memanglah dia setuju. Tapi
setuju mesti ada syaratnya. Tiada syarat, tak ada maknalah bantuan ini.
Prof.Dr.Azmi mula bangun. Sakitnya melutut kat atas
lantai ni. Mesti merah betisnya akibat duduk melutut terlalu lama sangat. “Apa
dia?”soalnya. Berkerut dahinya apabila dia menegakkan badan. Dia sempat
memautkan tangannya di kerusi mesin radiologi itu. Bagi menstabilkan diri.
Dalam diam dia lega kerana tiada lagi perkataan kau dan aku.
“Doktor jangan beritahu doktor Wan Zubair pasal hal
ni. Saya tak suka tengok muka dia masam dan cemberut. Biarkan dia tak tahu yang
saya terima bantuan dari doktor. Lebih baik merahsiakan daripada membongkarkan.
Biarlah saya dan doktor aje yang tahu tentang hal ini.”
“Itu saja syaratnya. Tak ada syarat lain?”
Nur Adriana mengeleng-gelengkan kepala. Prof.Dr.Azmi
tersenyum simpul. Syarat yang diberikan tunang doktor Wan Zubair bukanlah payah
mana. Dia janji mulutnya akan sentiasa berjaga-jaga apabila melibatkan hal ini.
“Kalau macam itu, baguslah. Saya rasa, lebih baik
saya balik dulu. Isteri saya dah lama tunggu kat rumah. Awak tengok-tengokkan
Zeril Iskandar sepanjang saya tiada di sini. Jika doktor Wan Zubair marah awak
sebab awak jaga Zeril Iskandar, cakap sahaja saya yang suruh sebab nurse lain sibuk uruskan pesakit.”balasnya dengan lembut.
Nur Adriana mengangguk. Mengerti dengan apa yang
dikatakan Prof.Dr.Azmi. “Sebelum doktor balik, saya nak pinjam telefon kat atas
meja tu. Yang tu…,”jari telunjuknya menghala ke meja mesin radiologi itu. Sudah
lama diperhatikan telefon itu. Tadi dia berkira-kira untuk menelefon Datin
Zafiah, namun dia lupa nak ambil telefon dari Wan Zubair disebabkan doktor di
depannya ingin berbincang sesuatu dengannya. Telefon dah ada didepan mata,
biarlah dia gunakan peluang untuk menggunakannya. Hendak ke pondok telefon,
kakinya terasa malas mahu melangkah.
“Oh, awak nak pinjam telefon ini?”Prof.Dr.Azmi
memandang telefon yang diperkatakan Nur Adriana. Segera dia mengambil telefon
tersebut. Telefon direct line yang
selalu digunakan bagi menghubungkan dengan doktor dan bahagian receptionist di kaunter lobi utama.
“Boleh ke?”Nur Adriana berasa segan pula untuk
meminjam. Kalau doktor ni bagi, senanglah kerja dia.
“Boleh, apa salahnya. Awak nak telefon siapa?”
“Actually,
saya nak telefon mama Zeril Iskandar. Nak minta persetujuan dari dia tentang
pembedahan Zeril Iskandar. Kan doktor yang cakap tadi pasal pembedahan Zeril Iskandar
yang perlu dilaksanakan secepat mungkin?Saya rasa inilah peluangnya untuk saya
telefon mama Zeril Iskandar.”
“Idea yang bagus! Awak buatlah yang terbaik supaya
mama Zeril Iskandar setuju untuk melakukan pembedahan. Lagi cepat lagi bagus.”
“Baiklah. Saya akan cuba usahakan yang
terbaik.”balas Nur Adriana sambil tersenyum nipis. Dia perlu berani untuk
bercakap dengan Datin Zafiah. Biarlah dia kena marah sekalipun didalam telefon.
Dia tak kisah! Duit yang ditawarkan pun tidak diharapkan lagi.
Prof.Dr.Azmi mengangguk faham.“Kalau macam tu,
teruskan apa yang awak nak buat. Saya nak balik ni.”ujarnya sambil kot labuh
berwarna putih di tubuh ditanggalkan. Sesudah itu, dia meletakkan kot putihnya
itu dicelah lengan. Dia memandang wajah Nur Adriana. “Anyway…apa yang berlaku tadi, kira
kosong-kosong la ye. Saya harap kita boleh berkawan baik selepas ini. Terima
kasih sekali lagi sebab sudi membantu saya dalam hal ini.”
Nur Adriana melebarkan senyuman. “Kawan? Sure, boleh. Saya pun nak ucapkan terima
kasih sebab sudi rawat Zeril Iskandar dari tengah malam tadi hinggalah ke pagi
ini. Hanya Allah s.w.t yang dapat membalas segala kebaikan doktor.”
“Insyallah. Semua yang berlaku ada hikmahnya.”balas
Prof.Dr.Azmi tenang. “Friends?” tangan kanannya dihulurkan pada Nur Adriana.
Tanda mahu berkawan.
Nur Adriana menggeleng-gelengkan kepala. Dia tidak
boleh membalas huluran itu. Doktor ini bukan mahramnya. Prof.Dr.Azmi hairan.
Kenapa Nur Adriana tidak mahu menyambut huluran persahabatan darinya?
Bila dia berfikir semula, tahulah dia mengapa Nur
Adriana tidak mahu menyambut huluran salam itu. Nur Adriana sememangnya
perempuan yang berpegang teguh pada agama. Dia menarik semula tangannya. Dia
menanti kata Nur Adriana seterusnya.
“We’re friends
right now.”
Prof.Dr.Azmi mengangguk. Dia tersenyum melebar.
Mereka menjadi kawan juga akhirnya…
*****
Puan Farzana menutup telefon dengan kasar. Perasaan
sebal yang menggunung memuncak apabila mendengar kata-kata daripada warden
Penjara Wanita Kajang baru sekejap tadi. Ayah Nur Adriana..yang sedang membaca
surat khabar METRO diatas meja makan tersentak apabila telefon rumah di tepi
televisyen tutup kasar. Dia lantas melipat surat khabar itu dan seraya
menghampiri isterinya. Bengang pula rasanya apabila isterinya sesuka hati
menghentak telefon itu dengan kasar. Nak beli telefon baru, dia mana ada duit.
Nak harapkan anak kandungnya, Nur Adriana…dia masih belum pulang. Rasanya dah
lebih enam bulan dia duduk di penjara. Sepatutnya dia dah balik ke rumah. Tapi,
dimana anaknya berada?
“Kenapa dengan awak ni? Pagi-pagi macam ini dah naik
angin. Lepas tu, sesuka hati awak aje hentak telefon tu tanpa rasa belas
kasihan. Oii, Puan Farzana. Kita bukannya berduit nak beli barang kehendak
lagi.”marah Haji Ahmad. Geram betul dia dengan sikap isterinya. Pagi-pagi lagi
dah buat hatinya panas. Duit simpanan yang diberi Nur Adriana hampir habis. Dia
perlu berjimat mulai sekarang. Dulu, mungkin mereka agak mewah apabila Nur
Adriana tidak putus-putus memberikannya duit setiap bulan, sekarang ini Nur
Adriana tidak bekerja. Mana mungkin dia boleh berbelanja sakan lagi. Cukuplah
pembaziran yang dilakukan isterinya.
“Saya benganglah, bang.”luahnya dengan riak sedih.
Saja nak buat muka sedih didepan suaminya.
“Kenapa ni? Apa yang buat awak bengang sampai hentak
telefon dengan kasar?”soal Haji Ahmad sambil mencekak pinggang.
Puan Farzana memandang suaminya.“Abang tahu tak, Nur
Adriana dah balik semalam. Baru kejap tadi warden Penjara wanita Kajang telefon
saya. Sampai hati dia tak telefon kita.”sambungnya lagi. Masih lagi dalam nada
sedih.
Haji Ahmad tercengang. “Anak kita dah balik?”Dia
bersyukur. Akhirnya, Nur Adriana keluar jugak dari penjara. Tak sabar hendak
memeluk anak tunggalnya itu. Puan Farzana yang melihat keceriaan yang terpancar
di wajah suaminya, mencebikkan bibir. Nur Adriana tak layak jadi anak aku. Anak
aku ada dua orang aje tau!
“Aah. Dah balik. Tapi dia tak telefon pun kata yang
dia dah balik. Saya sedih tau.” Mulutnya sengaja dimuncungkan. Buat-buat merajuk
kerana Nur Adriana tidak memaklumkan kepada mereka yang dia akan pulang.
Padahal, dalam hati… menyampah aku dengan anak tak guna tu! Tak balik lagi
bagus. Memalukan keluarga sendiri aje!.
Tapi, kalau tak balik pun susah jugak! Siapa nak
tampung semua bil-bil dalam rumah ni? Dalam keluarga ini, Nur Adriana sahajalah
yang paling berpangkat besar. Anak-anaknya hanya bekerja di operator kilang.
Gaji pun seciput aje. Mana cukup nak tampung seisi rumah ini. Lagipun,
sepanjang Nur Adriana tiada…suami dia yang membayar segala bil-bil rumah ini.
Suaminya ada memberitahu setiap kali Nur Adriana mendapat gaji, dia akan
serahkan separuh wangnya untuk kegunaan rumah.
merapatkan
diri pada isterinya. Dia mencengkam bahu isterinya dengan lembut. Menenangkan
hati isterinya yang nampak kesedihan.
“Awak janganlah sedih. Abang kan ada. Nanti dia
tahulah nak balik rumah ni.”pujuk dengan sungguh-sungguh. Dia memeluk erat
tubuh isterinya. Memberikan kekuatan.
“Saya harap dia akan balik ke rumah ini secepat
mungkin. Saya rindu dia.”balas Puan Farzana. Dalam suaminya memeluk dirinya,
lidahnya dijelirkan sedikit. ‘Tak ingin aku nak rindu dia? Pirah!!’
Haji Ahmad tersenyum lebar. Dia terharu mendapat
isteri yang sudi menyayangi anaknya. Dia akan sayang perempuan ini sampai ke
bila-bila…
BERSAMBUNG.... :D
PESANAN PENAJA :
Apa yang eya tulis ini mungkin tidak mampu memenuhi tuntutan pembaca yang inginkan lebih baik dari itu..Ea buat dengan seikhlas hati..mgkin dh double check byk kali
ad yg salah di mata pembaca..eya minta maaf..
sesungguhnya..karya eya lebih byk kelemahan daripada kelebihan..
oleh itu, hope pembaca percaya yang eya cuba untuk membuat yang terbaik!
smbng lgi ♥♥♥
ReplyDeletejhatnya isteri dia.. huh
perempuan itu mak tiri nur adriana j..mmg jhat..
ReplyDeletehahahahah adek ... akak baru nak tanya ... pompuan tu mak tiri adrianan ke? adriana aanak bapanye ke? padan la nak benci bagai ... tau2 klik send dc lak :) ooo adriana anak tiri.....
ReplyDeleteD mak tiri nur adriana..kt bab 3/4 dh bgthu dh..biasa la 2..ibu tiri ad yg jhat..
ReplyDeleteBest.....
ReplyDeletetq, atiza..
Delete