Ammar
yang sedang duduk di halaman rumah mengambil angin malam. Dia masih memikirkan
kejadian yang berlaku beberapa minggu lalu sewaktu dia ke Melaka bersendirian.
Masih terasa kesan tumbukan gadis yang seiras sepupunya Rissa terus-terusan
mengasak fikirannya memikirkan siapa gerangan gadis tersebut. Tak mungkin ada
dua orang yang mempunyai wajah seiras melainkan dia kembar? Atau itu kembar
Rissa yang terpisah dari kecil? Tapi kalau betul kenapa kembar Rissa nampak
kasar? Pelbagai persoalan yang timbul di benaknya.
Megat
Ilman yang baru turun dari kereta melihat anak lelakinya seperti
mengelamun. Perlahan-lahan dia menghampiri anaknya. Sudah lama dia dan anaknya
tidak bercakap dan bersantai bersama. Jika dulu dia, isteri ,dan anaknya
sentiasa mempunyai masa bersama sambil berborak. Tapi sejak isterinya meninggalkan
dia, dia bagai merasa satu kehilangan besar masanya banyak di habiskan di
pejabat dan di luar daripada di rumah.
Sampai
dia terlupa yang anaknya kini semakin jauh darinya dan semakin dewasa.Tidak
pernah dia melihat Megat Ammar memberontak atau membangkang segala keputusan
darinya. Cuma satu sahaja yang di risau kini, amanat terakhir dari arwah
isterinya dan arwah Rahmah Khalissa. Dia takut jika anaknya dan mamanya tidak
bersetuju dengan pesan terakhir dari Aina Ainur dan Rahmah Khalissa. Megat Ilman
menghampiri Megat Ammar yang masih tidak perasan lagi kehadirannya yang lama
merenung wajah anak bujangnya.
“Assalamualaikum..boleh
papa join anak papa ini?”
“Papa
tengok Amm jauh termenung? Teringatkan siapa? Cuba bagi tahu papa siapa yang
dah buat anak papa ini termenung jauh sampai papa dah berdiri 10 minit dekat
depan Amm pun Amm tak perasan.”
Megat
Ammar yang tersentak terus memandang papa yang masih lengkap berpakaian
pejabat lagi. Dia tersenyum dan menggelengkan kepalanya.
“Eeerr…tak ada apa-apalah papa Amm ambik
angin kat luar sekejap.”
“Duduk,
pa” ujar Megat Ammar dengan senyuman.
“Nah
tadi sebelum papa ke sini Mak Leha ada buat kita berdua kopi untuk kita malam
ini.” Megat Ilman menyuakan cawan kopi panas yang terletak di atas meja untuk
anaknya.
“Amm
dah makan?” Soal Megat Ilman pada anaknya.
“Amm
dah makan, pa. Perut Amm pun dah kenyang pasal Mak Leha hari ini masak makanan
ala-ala kampung.” Megat Ammar berseloroh.
“Baguslah
kalau macam tu.” lama wajah anak bujangnya di pandang.
“Amm,papa
minta maaf …” ujar Megat Ilman dengan keluhan perlahan. Ammar tersentak
mendengar ungkapan yang lahir dari bibir papanya.
“Kenapa
papa minta maaf dengan Amm. Papa tak ada salah pun dekat Amm” Megat Ammar
memandang wajah papanya yang suram. Dia bagai tidak sedap hati melihat papa
walaupun dia dan papa jarang bertemu dan bersua muka di rumah, tapi sikap
papanya tidak pernah lepas tangan papa tetap menyediakan semua keperluan yang
dia perlukan.Papanya sentiasa mengambil tahu segala perkembangannya dari Mak
Leha. Dia tahu itu.
Megat
Ilman tersenyum hambar. “Papa tahu Amm tak pernah bahagia lagi sejak mama
tinggalkan kita. Keluarga kita tak seperti dulu lagi.” ujar Megat Ilman
perlahan. Dia tahu mesti anaknya terasa kehilangan seperti yang di rasakannya
tapi Ammar tidak pernah meluahkan padanya. Mungkin Ammar takut dia akan
bersedih lagi jika dia bertanya mamanya.
“Papa
tahu papa banyak habiskan masa papa di pejabat dari di rumah sampai papa
abaikan Amm, seolah-olah Amm tak wujud di mata papa…”
“Tapi
papa bangga mempunyai anak seperti Amm. Papa bersyukur mama lahirkan Amm jadi
anak papa. Walaupun papa tak selalu di sisi Amm satu pesan dari mama Amm tak
pernah tinggalkan, Amm tak pernah memberontak seperti anak-anak kawan papa yang
sebaya umur dengan Amm. Amm sentiasa menjaga nama baik keluarga kita dan Amm
pandai bawak diri.” Megat Ammar terdiam. Apa yang mahu di jawab, pun dia tidak
tahu. Apa yang terluah dari mulut papanya ada benarnya.
Sejak
mama meninggal dunia papa tidak lagi betah di rumah. Papanya sering menghabiskan
masa di pejabat. Yea keluarganya tidak seperti dulu lagi. Dia pasti papanya
dapat merasa kesunyiannya. Walaupun papa hanya sibuk di pejabat seharian tapi
papa tidak pernah mengabaikannya segala keperluan dirinya dan tangungjawab
sebagai papa. Semuanya sentiasa di penuhi.
“Papa
Amm faham perasaan papa. Tak ada apa yang papa perlu risau dengan Amm. Am akan
jaga diri dan nama keluarga kita.” Balas Megat Ammar sekadar menyedapkan hati
tua yang berada di depan, padahal dia terasa hati bila papanya berubah sejak
mama meninggal dunia. Dia tidak akan sesekali memberontak atau melawan kata
papanya. Kini hanya papa saja yang tinggal tempat dia bergantung seperti mana
dia pernah berjanji dengan mama, bahawa dia akan menjaga papa.
“Eeemm..terima
kasih Amm sudi maafkan papa.”
“Amm
duduklah bersantai sambil mengambil angin malam, papa nak masuk ke dalam nak
salin pakaian dan tidur. Esok papa ada meeting
kat Melaka.”
“Nanti
jangan tidur lewat sangat.” Jika dia tidak ada urusan esok pasti dia akan duduk
lagi bersama dengan anaknya sambil berborak bersama.
Megat
Ammar menggangguk kecil sebelum dia tersenyum memandang papanya yang sudah
berkira-kira untuk masuk ke dalam rumah.
“Papa..”
Megat Ilman berpaling memandang Ammar dengan riak kehairanan. Wajah anaknya di
tatap tepat menanti kata-kata yang ingin keluar dari bibir anaknya.
“Papa!
Anak Uncle Ihsan kembarkan ke? Maksud
Amm Rissa ada kembarkan?”Serta-merta Megat Ilman tersentak dengan soalan yang
keluar dari mulut anaknya. Apa anaknya sudah tahu yang dia tahu di mana keberadaan
Fika Farisya?
“Kenapa
Amm tanya?”Soalan anaknya tidak di jawab tapi Megat Ilman pula memberi anaknya
soalan.
“Nothing….Sebab Amm macam pernah jumpa
dengan kembar Rissa sewaktu Amm turun ke Melaka beberapa minggu lepas. Muka
mereka sama persis papa tak ada bezanya kalau mereka kita gandingkan.” Megat
Ilman tersenyum, dia tidak jadi melangkah masuk tapi langkah kakinya kembali ke
tempat duduk di halaman rumahnya.
“Yea,
Uncle Ihsan memang mempunyai dua anak
perempuan kembar. Anak kembar yang tak pernah kita kenal dan tengok pembesaran
dia, Puteri Fika Farisya. Dia adik kembar Rissa.”
“Kenapa dia dah tak ada di rumah tu lagi
papa?”
“Ke
mana isteri Uncle Ihsan?”Soal Megat Ammar lagi.
“Dia
masih ada Amm, tapi hanya kenangan dia yang tinggal di rumah itu. Dimana mereka
berada papa tak tahu.”
BERSAMBUNG :D......
Nak lagiiiii n3.....
ReplyDeletesalam Acu sabo2 ini nak up lagi satu tuk kamu semua...amboiii lagi errkk :D
Deletebest2
ReplyDeletesalam....terima kasih ;)
Deletekak fika,nape pendek sangat..tak puas sya nak baca..kak fika,nak lagi!!
ReplyDeletesalam arifuka~~ sat2 ini DJ tengah up n3 baru tuk KSK lagi satu biar lepas rindu kamu... :D terima kasih dik sudi sokong kami...
Deletebest best best...nak lagi pleaseeeeeeeee...agaknya bilalah fika akan jumpa dengan rissa dan ayah dia.
ReplyDeletehihi~~ bila tu DJ tak dapat jawab FN yg dapat jawab..insyallah kang DJ minta FN temukan depa semua... :D terima kasih
Deletependeknyee...nak lagiiiiiii
ReplyDeletependek...ok2 kang DJ up lagi... :D terima kasih
Delete