OLEH : MYA AZLISHA
Jam
di dinding dikerling, sudah pukul 2.00 petang. Kifayah mengesat peluh di dahi.
Sempat mencuri masa untuk solat zohor, itu pun dileteri maknya kerana banyak
kerja yang harus diselesaikan di dapur. Sejak dari pagi tadi, kerjanya asyik
memotong bahan-bahan untuk dilambakkan atas laksa, laksam, bihun sup, bakso dan
moi sup.
Emaknya
pula sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja memasak. Adiknya, Eja sedang memotong
daging untuk diisi dalam bungkusan bihun sup. Selalunya pukul 4.00 petang,
emaknya akan bergerak ke Pasar Malam untuk berniaga. Dalam seminggu, empat hari
emaknya akan berniaga.
“Mak,
pergilah solat dulu.” Tegur Kifayah sambil mata mengerling ibunya yang ralit
memasukkan bihun dalam bungkusan.
“Kejap
lagi, banyak kerja ni. Alah sempat lagi nak solat. Korang berdua ni bukannya
boleh harap. Pemurah tak kena tempat, jual sebungkus RM 2.50 tapi, bubuh bahan
bukan main banyak. Macam harga RM 10 sebungkus. Eja, potong daging tu
nipis-nipis, jangan tebal-tebal. Bankrap mak nanti, barang semua mahal-mahal sekarang
ni.” Leter Rafeah seperti biasa.
Eja
hanya mendengar. Kasihan kakaknya, Kifayah yang akan mengambil peperiksaan STPM
tidak lama lagi. Langsung tidak berpeluang hendak belajar. Harus menolong emak
berniaga saja sejak Kak Rihanna berkahwin.
“Tak
baik lewat-lewatkan solat mak. Sikitnya bihun mak isi. Nak buat tahi gigi pun
tak cukup.” Tegur Kifayah tidak puas hati.
Kadang-kadang
emaknya ini kedekut yang tahap melampau. Bila ditegur, tidak pernah mahu
mendengar, degil lebih pada budak-budak.
“Mak,
Kifa tak nak ikut mak berniaga hari ni boleh tak? Adik jelah yang ikut. Kifa
nak belajar, tak lama lagi kan nak STPM.” Pinta Kifayah dengan harapan agar
emaknya bersetuju.
Sejak
kakaknya berkahwin, dia pula membantu emaknya berniaga di Pasar Malam hampir
setiap malam, kalau dulu dia akan bergilir-gilir dengan kakaknya.
Kalau
mengikut emaknya berniaga di Pasar Malam, mesti sampai ke rumah dalam pukul
11.00 malam kerana emaknya akan menunggu sampai jualannya habis, baru akan
balik. Bila balik, badan pun penat. Sudah tidak larat untuk belajar.
Hujung
minggu beginilah, dia boleh menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran. Dia
juga menganyam impian ingin belajar tinggi-tinggi. Keputusan percubaannya tidak
berapa baik sangat. Hanya dapat Bahasa Melayu C, Sejarah B, Pengajian AM D,
Kesusateraan Melayu B dan Pengajian Perniagaan B.
“Kalau
Kifa ikut mak, Kifa lagi cekap buat kerja dari adik. Adik tu tak berapa cekap
lagi. Lagipun, peperiksaan percubaan Kifa bukannya ada A pun, tak payah nak
bagi alasan.
Kalau dah tak pandai tu, pulun belajar 24 jam, tak kan pandai punyalah! Lagipun boleh percaya ke nak belajar? Entah-entah nak tengok TV, nak menaikkan bil elektrik dalam rumah ni!” Rafeah tidak menerima alasan.
Opah
Jah, ibu pada Rafeah yang sedang makan sirih mencelah. Dari tadi dia sibuk juga
membantu anaknya itu mengupas bawang merah.
“Kamu
ni, Peah. Bagilah peluang Kifa belajar. Sebab keputusan percubaan dia tak elok
lah, dia nak belajar bagi dapat elok. Cubalah kasihankan anak-anak kamu ni
sama. Hidup mati, asyik berniaga saja. Biarlah dia nak belajar, mana tau dapat
peluang nak pergi universiti.” Tegur Opah Jah membuatkan Rafeah ketawa besar.
“Mak,
mak agak-agaklah nak cakap pun. Anak-anak Peah semuanya tak bertokoh langsung
nak masuk U. Percayalah cakap cucu mak tu, nak belajar konon? Entah-entah
berlingkar buat tahi mata dalam bilik. Lebih berfaedah kalau ikut Peah
berniaga,” beritahu Rafeah.
Sudah
jadi tradisi dari anak sulungnya, belajar setakat SPM lepas itu dia akan
menerima pinangan dari lelaki kaya yang akan memberikan duit bulanan untuknya.
Hanya Kifayah yang tiba-tiba lepas sampai ke peringkat STPM hasil sokongan Opah
Jah. Kalau tidak jangan harap dia akan benarkan anaknya itu belajar lagi.
Hidayah,
anak sulungnya telah berkahwin dengan tauke balak, Hussein. Rihanna, anak ke
duanya pula sudah dikahwinkan sebulan yang lalu dengan anak Ketua Kampung,
Rosli yang mempunyai banyak kebun-kebuh getah. Hantaran anaknya saja berpuluh
ribu, memang membuatkan dia bangga dan dipuji oleh seluruh orang kampung.
Kifayah juga pastinya bakal dikahwinkan dengan orang kaya
BERSAMBUNG... ;D
Amboi..maknya pula yang mata duitan ! Tak patut sungguh!
ReplyDeletesalam sayang,
Pa'ah Mohd Isdris
Tqvm ataa komen yg diberikan...
Deleteflow perlahan sedikit dari bab 1 - tapi masih best
ReplyDeleteada beberapa kesilapan kecillah...
tak besar, kecil aje...
....emaknya ini kedekut yang tahap melampau... cuba baca betul2
....emaknya ini kedekutnya yang tahap melampau
....emaknya ini kedekut tahap melampau
....emaknya kedekut tahap melampau
mana lebih bagus?
TQVM atas teguran...akan diperbetulkan...Insha-allah
Deletedegilnya lebih pada budak
ReplyDeletedegilnya lebih daripada budak-budak
hanya dapat bahasa melayu
hanya mendapat bahasa melayu
tradisi dari...
dari digunakan utk tempat/masa selain itu gunakan daripada
anak ke duanya
anak keduanya
TQVM atas teguran, akan diperbetulkan....sy akui masih byk kelemahan utk karya ini..
Deletegud lak. utk bab ni, penulis berjaya timbulkan mood menyampah pembaca terhadap cik Peah. Buatkan pembaca tertanya-tanya sbb nak tahu apa jadi pd cik peah kerek tu...
ReplyDeleteTQVM...setia membaca DMKH dimasa akan dtg...Maaf jika terdpt sebarang kekurangan. sy masih dlm proses utk belajar menulis
Delete