Lamuanan Megat Ilman terganggu akibat suara
Megat Ammar yang bertanya padanya. Kenangan 12 tahun lalu terbang bagai di bawa
angin malam.
“Kemana
auntie Khalissa dan Fika Farisya
sekarang?” Soal Megat Ammar.
“Hhhmm..papa tak tahu di mana mereka
berada Amm” Megat Ilman terpaksa berbohong. Dia perlu merahsiakan dulu
keberadaan Fika Farisya dari Megat Ammar. Jika Megat Ammar tahu pasti Fhyka
Arissa akan tahu. Fikirannya kini berat dengan pelbagai persoalan. Dia buntu
bagaimana dia nak memberitahu adiknya Megat Ihsan dan Fhyka Arissa bahawa
Rahmah Khalissa tiada lagi di dunia ini. Mahukah Fika Farisya tinggal bersama
mereka? Dia mengeluh perlahan lalu bangun dari kerusi.
“Amm
duduklah berehat dulu, papa nak masuk ke dalam. Papa belum solat isyak lagi.
Nanti jangan tidur lewat sangat.” Megat Ilman tiada niat untuk memanjangkan
perbualan dengan anak lelakinya. Dia takut andai lama lagi dia duduk di situ
pasti keberadaan Fika Farisya akan di ketahui oleh Megat Ammar.
Megat
Ammar mengangguk kepalanya dan tersenyum memandang Megat Ilman yang sudah
berkira-kira untuk masuk ke dalam rumah.
“Papa..”
Megat
Ilman berpaling memandang Megat Ammar dengan riak kehairanan. Wajah Megat Ammar
ditatap tepat menanti kata-kata yang ingin keluar dari bibir anaknya.
“Good night, Papa.” ujar Megat Ammar
perlahan.
Megat
Ilman tersenyum. Dia megangguk kepalanya. Di renung anaknya lama sebelum
beredar dari situ. Dapatkah anaknya menerima wasiat dari arwah isterinya nanti?
Macam mana dengan reaksi mamanya jika mendapat tahu tentang pekara itu? Detik
hati Megat Ilman.
Kata-kata
gadis yang di temui di Melaka tempoh hari mengasak fikiran Megat Ammar.
“Hey..Aku cakap kau bodoh nanti kau marah
dekat aku pulak.Kau ini masa sekolah subjek bahasa melayu kau gagal ke?Aku dah
cakap aku bukan Rissa!”
Sejak
kejadian itu dia tidak dapat melupakan sepasang mata berwarna coklat hazel yang dimiliki gadis itu sampai sekarang. Dia
seperti pernah melihat sepasang mata itu dulu. Dia menyeluk saku baju tidurnya.
Dia mengeluarkan seutas rantai berloket huruf ‘FF’ yang bertahtakan
berlian yang berwarna putih. Di renung rantai itu lama.
Rantai
yang dijumpanya 12 tahun lalu ketika dia dan mamanya balik selepas
berjumpa seseorang di pondok perhentian teksi yang tidak jauh dari banglo
mewahnya. Adakah rantai ini milik Fika Farisya? Peristiwa 12 tahun yang lalu
kini berbalam-balam semula mengunjungi kotak memori Megat Ammar.
“Lissa
!” dalam kegelapan dan hujan yang bertaburan membasahi bumi, seorang wanita dan
anak lelakinya sedang berpayung menanti Rahmah Khalissa di pondok perhentian
teksi.
“Kak
Ainur! Bagaimana Kak Ainur berada disini?” Soal Rahmah Khalissa cemas. Rahmah
Khalissa tidak menjangkakan Aina Ainur akan menunggunya disitu. Pasti Aina
Ainur keluar secara curi tanpa pengetahuan Engku Habibah dan Megat Ilman.
“Akak
keluar melalui pintu belakang. Ini pun akak terpaksa bawak Si Ammar ini. Dia
tak mahu tinggal. Lissa terima lah ini. Hanya ini yang mampu akak berikan” Aina Ainur
mendapatkan Rahmah Khalissa lalu menghulurkan sepucuk sampul surat.
“Apa
ni Kak Ainur?”
“Lissa
guna duit ni untuk kegunaan Lissa dan Fika.”
“Tapi….”
Pantas
Aina Ainur menggeleng.Perlahan-lahan dia mengusap pipi Rahmah Khalissa. Dia
sudah mengangap Rahmah Khalissa adiknya. Airmata Aina Ainur mula merembas
keluar bila mengenangkan nasib Rahmah Khalissa dan anaknya kelak. Kenapa Engku
Habibah sanggup membiarkan kehancuran rumahtangga anaknya sendiri?
“Terima
kasih, kak !”Dengan pantas Rahmah Khalissa merangkul tubuh Aina Ainur
seerat-eratnya bersama tangisan.
“Maafkan
akak dan abang Ilman kerana tak dapat membantu Lissa lebih dari ini.”
“Tidak
kak, Lissa faham. Jika Engku Habibah sudah bersuara dan membuat keputusan tiada
siapa yang boleh merubah keputusannya tu. Lissa tak pernah salahkan Kak Ainur
dan abang Ilman.” Tersentak Aina Ainur seketika apabila Rahmah Khalissa tidak
lagi menyebut ‘mama’. Dia memandang sayu wajah Rahmah Khalissa hatinya yakin
yang Rahmah Khalissa sedih,luka dan terkilan.
Aina
Ainur tersenyum hambar. Matanya kini terarah sesusuk tubuh kecil yang berada di
belakang Rahmah Khalissa. Dia menunduk sambil memanggil sekecil yang kebasahan.
“Adik,
salam dengan Maklong Ainur dan Ammar sayang ” Anak kecil yang bersembunyi di
belakang mula melangkah dan menuruti arahan Rahmah Khalissa.
Aina
Ainur yang melangkah ke arah gadis kecil tu menyambut huluran tangan anak
kecil tersebut lalu dirangkul dengan erat. Megat Ammar yang melihat segala
perbuatan mamanya dan gadis kecil yang berada di samping mamanya.
“Amm…mari
sini sayang. Salam dengan Fika, Amm”Aina Ainur memanggil anaknya yang berdiri
tidak jauh darinya. Megat Ammar hanya menggelengkan kepalanya tanda dia tidak
mahu melangkah ke arah mamanya.
Tajam
mata Megat Ammar pada gadis yang berada di dalam pelukan mamanya ada terbit rasa
cemburu di hatinya ketika ini. Mata Megat Ammar dan Fika Farisya saling
berpandangan ketika ini. Lama.
Aina
Ainur faham yang anak lelaki cemburu apabila dia merangkul Fika Farisya
sebentar tadi. Di lepaskan pelukan pada tubuh anak kecil itu dan dicium bertalu-talu
wajah Fika Farisya.
“Maafkan
akak Lissa,akak tidak boleh lama disini.”
“Lissa
faham kak. Kak Ainur pergilah balik dulu. Tolong tengok-tengokkan abang Ihsan
dan Rissa dan jaga Engku Habibah baik-baik. Tolong katakana pada anak Lissa
yang Lissa sayang padanya.” Pesan Rahmah Khalissa untuk terakhir kali.
Aina
ainur mengangguk sayu. Dia melangkah perlahan di dalam hujan yang semakin lebat
sambil menuntun anak lelakinya. Meninggalkan kedua-dua beranak tersebut
bersendirian.
Megat
Ammar sempat berpaling kebelakang ketika itu jelas di matanya sampai sekarang
sepasang mata bewarna coklat hazel
merenung melihat langkah dia dan mamanya.
Lamunan
Megat Ammar terganggu dengan detik jam di dalam banglo mewah yang berdetik dua
belas kali menandakan sudah tepat pukul dua belas malam. Megat Ammar bangun dan
melangakah masuk ke dalam rumah. Sebentar tadi dia asyik mengelamun di halaman
rumahnya. Rantai yang di genggam disimpan balik ke saku baju tidurnya.
**********
“Ayah...Ibu…Ayah…Ibu... jangan
tinggalkan adik !”Jerit Fika Farisya.
Teman
sebilik Fika Farisya, Arnina terus terjaga dari tidur, Arnina duduk di katilnya
lalu melihat Fika Farisya masih merancau-racau di dalam mimpinya
memanggil-manggil ayah dan ibunya pantas Nina mendapatkan
sahabatnya.
“Fika
bangun..bangun Fika. Kau mimpi ini!” Tubuh Fika Farisya di goyang perlahan.
Fika
Farisya yang merasa tubuhnya digoncang perlahan,tersentak. Lalu dia membuka
matanya.
“Nina,
maaf mesti aku mengigau errkk?
Maaflah ganggu tidur kau aje.” Jelas Fika Farisya separuh
berbisik. Jelas di wajah Fika Farisya peluh membasahi dahinya di lap perlahan.
Nina
tersenyum dan mengeleng. “Tak..kau tak ganggu aku pun. Aku tahu kau mesti rindu
ibu dengan ayah kau kan?” Lembut suara Arnina menyapa digegedang telinga rakan
sebilik memerangkap rakan sekuliahnya dalam bidang perniagaan di University
Of Nottingham,UK.
bersambung....:D
kak fika nak lagi..nk yg panjang2 punya..tak puas nak bacala.:D
ReplyDeletearifuka...terima kasih dik kang DJ bg tahu kat FN up lagi panjang sikit...hihi :)
DeleteNak lagi... Best ;)
ReplyDeleteterima kasih dik ...insyallah kang DJ minta FN up lagi .. :)
Deleteterima kasih ruunna...
ReplyDeletedah sampai UK?? yeah, sambung laggiii...;)
ReplyDelete