OLEH:NUR DAEYA
“Abang..cepat
selamatkan dia. Sayang takutlah, bang.”Nur Adriana keresahan. Waktu ini memang
dia terlalu takut. Harap-harap Datin Zafiah tidak tahu apa yang terjadi pada
Zeril Iskandar ketika ini.
Wan Zubair terasa hati
dengan sikap tunangnya. Terlalu mengambil berat sangat akan lelaki itu. Kuatlah
iman didada. Jangan tonjolkan cemburu. Nanti berlaku pergaduhan.
“Sayang, abang harap
sayang tenangkan diri. Abang tak sukalah sayang terlalu ambil berat pasal dia.
Abang cemburu tau tak? Please? Jangan
ambil berat pasal dia. Abang tahu nak buat apa pada dia.”Wan Zubair bersuara
tegas.
“Abang lakukan yang
terbaik, ya? Sayang harap sangat-sangat.”rayu Nur Adriana.
“Abang akan lakukan
yang terbaik kalau sayang ikut cakap abang. Sayang duduk situ diam-diam, abang
nak masuk bilik pesakit. Duduk aje situ. Jangan nak pergi mana-mana.”pesan Wan
Zubair. Walaupun hatinya terselit perasaan cemburu yang amat kuat, dia berjanji
akan berusaha untuk menyelamatkan pesakit lelaki yang disebut tunangnya.
“Terima kasih, abang. Sayang
abang.”ucap Nur Adriana dengan nada manja.
Tersentuh hati Wan
Zubair tatkala tangan lembut Nur Adriana melekap di tangannya. Bagaikan satu
renjatan elektrik yang mengalir dengan pantas. Dia tersenyum. Untuk Nur
Adriana, dia akan lakukan yang terbaik.
“Abang masuk dulu.
Jangan pergi mana-mana. Tunggu sehingga abang keluar.”Wan Zubair turut
melakukan aksi yang sama. Mengelus lembut tangan tunangnya.
Nur Adriana mengangguk
pantas. Dia akan menunggu! Menunggu sehingga kesihatan Zeril Iskandar kembali
normal.
Sesudah itu, Wan Zubair
meninggalkan Nur Adriana. Tugas sebagai seorang doktor bagi merawat pesakit
yang berada dalam keadaan kritikal perlu
dilaksanakan segera.
Nur Adriana memandang
Wan Zubair yang pergi meninggalkan
dirinya. Dia menunduk ke bawah lantai. Menyesal atas kelewatannya membawa Zeril
Iskandar ke hospital. Jika tidak, perkara sebegini tidak akan berlaku.
Patut ke aku telefon
Datin Zafiah pasal hal ini?
Kerana sakit yang ada
pada Zeril Iskandar, fikiran Nur Adriana teramatlah rungsing!
****
Duduk bersendirian di
kerusi berwarna hijau didepan bilik kecemasan membuatkan Nur Adriana terasa
sepi. Tadi, puas dia bermanja dan bergelak ketawa dengan tunang tersayang,
sekarang ini kegembiraan itu lenyap dengan serta-merta. Hanya kesedihan yang
terpancar diraut wajahnya. Sememangnya kesedihan didalam hati tidak dapat
dibendung lagi. Dia tidak betah menunggu disini tanpa menunggu jawapan yang
pasti. Dia teringin sangat masuk ke dalam bilik kecemasan. Hatinya sebak
tiba-tiba. Bagaimanalah keadaan Zeril Iskandar ketika ini? Adakah makin tenat
ataupun sudah kembali normal?
Sementara menanti
keputusan dari Wan Zubair, ada baiknya dia menggunakan peluang untuk berehat
sebentar didalam kereta milik Zeril Iskandar. Kunci kereta Lamborghini Aventador itu masih setia didalam poketnya.
‘Hmm..baik aku tidur
dulu. Badan terasa letih teramat sangat ni. Dari petang tadi tak dapat rehat.
Kalau dapat tidur kat kereta Zeril, mesti nyenyaklah. Ada aircond lagi tu.’gumamnya
sendiri.
Nur Adriana bangun dari
kerusi berwarna hijau itu. Seketika, dia merenggangkan bahu dan ototnya yang
agak lemah. Sudah tiba masanya untuk dia berehat. Dia memandang pintu bilik
kecemasan yang masih ditutup rapat. Mungkin mengambil masa yang agak lama untuk
dia mengetahui apa sebenarnya penyakit yang dialami Zeril Iskandar.
Dalam dia merenggangkan
otot-ototnya yang sengal itu, dia terdengar sayup-sayup suara dari belakang.
Seakan ada dua orang yang sedang berbisik dibelakangnya. Dia mengalih
pandangannya ke belakang, namun tidak kelihatan apa-apa. Dari mana pulak datang
suara itu? Entah-entah, dia yang
mengelamun sendiri tak? Mana ada orang awam yang datang ke sini? Kalau dekat
bahagian lobi utama Bahagian Kecemasan ini, memanglah riuh dengan suara-suara
dari tetamu yang datang ke sini.
‘Aku ni dah mamai kot.’
Nur Adriana mengetuk kepalanya.
Apabila kakinya baru
melangkah setapak, dia mendengar lagi suara dari belakang. Dia jadi takut.
Matanya dikerling ke kiri dan kanan. Hospital ni ada hantu ke? Setahunya, penjara yang selalu ada hantu. Itu
pun dibilik hukuman gantung bagi pesalah.
Nur Adriana perlu
keluar dari sini sekarang juga! Perasaan takut kian menebal dalam diri. Dia
menderapkan kakinya selaju mungkin. Tidak mahu menoleh ke belakang.
Nur Aisyah dan Fatyn
yang berada disebalik dinding sama-sama mengeluh. Inilah padahnya jika menyorok
dilorong yang sempit ini. Semata-mata untuk mendengar perbualan diantara doktor
Wan Zubair dan perempuan itu, mereka berdua sanggup untuk memerhati pasangan
itu bercakap.
“Haa..Kau tengok, dia
dah lari. Kau lah, suara kuat sangat!”marah Fatyn pada Nur Aisyah. Tahu yang
kawannya cemburu melihat pasangan itu berpegangan tangan.
“Aku bukannya sengaja
nak cakap kuat-kuat sampai dia boleh dengar. Aku tak tahu pulak yang dia tu jenis penakut. Kau
jangan nak salahkan aku pulak.”balas Nur Aisyah dengan nada yang sama seperti
Fatyn. Masing-masing tidak mahu mengalah.
“Lain kali kalau kau
nak dengar perbualan orang secara senyap-senyap, mulut kau kena zip kan dulu.
Ini tidak, cakap sampai orang tu boleh dengar. Lain kali jangan buat macam tu
tau. Kalau tidak, aku tak nak follow kau bila kau ajak aku dengar perbualan
orang secara rahsia.”Inilah aktiviti harian mereka. Ada sahaja perkhabaran yang
tidak elok didengar, mereka akan cepat-cepat menerjah. Selalunya yang menjadi
mangsa, doktor Wan Zubair. Nur Aisyah memang tak boleh dengar kalau ada
perempuan yang rapat dengan doktor hensem itu. Pasti dia akan mengajak rakan
sekerjanya, Fatyn untuk melihat sendiri apa yang doktor Wan Zubair bualkan.
“Suka hati aku lah nak
cakap ke tak. Dia kan kekasih gelap aku. Takkan aku nak biarkan dia orang
berpegangan tangan sampai macam itu sekali. Haram tau tak!”luah Nur Aisyah
tidak berpuas hati.
“Bila masa pulak doktor
Wan Zubair cakap kau kekasih gelap kau?”Mencerlung mata Fatyn apabila mendengar
kenyataan tidak munasabah dari Nur Aisyah.
“Dia tak cakap, tapi
aku yang cakap”.balas Nur Aisyah dengan bangga.
“Eeii..ada jugak aku
cakap dengan Amar nanti. Kejap lagi aku suruh Amar datang jemput kau. Nak
tak?”gertak Fatyn. Biar padan muka Nur Aisyah. Memandai betul perempuan ini.
Dah jadi tunang pun masih nak suka kat orang lain. Doktor pulak tu!
“Cakaplah! Macam dia
datang pagi-pagi buta ni.”Nur Aisyah mencebik. Dia berpeluk tubuh.
“Oh. Kau nak tengok dia
datang sini, boleh aje. Sekejap. Aku call dia”. Fatyn menyeluk poketnya yang
mengandungi telefon bimbit. Dia memang pantang dicabar. Ada orang yang
mencabar, dia tidak akan sekali-kali mengalah.
Nur Aisyah mula takut
dengan ugutan dari Fatyn. Nampaknya Fatyn benar-benar serius! Aduhai..kalau
betul lah Fatyn hendak menelefon Amar, memang perang dunia kedua akan meletus
semula! Mesti berlaku pergaduhan diantara dia dan tunangnya. Dia tidak mahu
semua itu berlaku! Sebaik-baiknya dia perlu merampas telefon Fatyn agar rakannya
tidak menghubungi tunangnya.
Belum sempat Fatyn
melekap telefon ditelinga, Nur Aisyah sudah merampas telefon Fatyn . Terkejut
beruk Fatyn dibuatnya!
“Woi! Yang kau rampas
telefon aku, apahal? Bak sini telefon aku balik!”Fatyn berang.
“Tak nak!! Nur Aisyah
menjelir lidah. Lantas, dia berlari anak meninggalkan Fatyn yang masih terkaku
di depan bilik kecemasan itu.
“Nur Aisyah!!”jerit
Fatyn kuat. Dia pun mula mengejar Nur Aisyah. Berani betul dia rampas telefon
aku!
***
Nur Adriana melabuhkan
punggungnya ditempat pemandu yang dibawa sebentar tadi. Enjin kereta dibuka
bagi Air cond memenuhi ruang dalam
kereta ini. Akibat terlalu takut mendengar suara yang mendebarkan hatinya
sebentar tadi, dia terus masuk ke dalam kereta. Memang dia tidak betah untuk berlama-lama
didepan bilik kecemasan itu. Menakutkan!
Kerusi pemandu
dibawahkan sedikit supaya dia dapat berehat . Walaupun tidaklah selesa seperti
diatas katil namun itulah tempat yang dia ada untuk merehatkan diri.
‘Argh! Rindunya katil
kat rumah’. Gumam Nur Adriana sendiri.
Dia memejamkan mata. Dua
jam lagi,azan subuh akan berkumandang. Lebih baik dia tidur dulu. Badannya
perlukan rehat. Dari tengahar tadi dia tidak dapat merehatkan diri. Dah dapat
tidur ni, baik dia rehat sepuas-puasnya.
Dengkuran halus mula
meniti dibibirnya..
****
Serius perbincangan
diantara Wan Zubair dan doktor pakar didalam bilik kecemasan. Ketika itu, Zeril
Iskandar masih tidak sedarkan diri. Fikri Johari disuruh Ketua Jabatan Unit
Kecemasan dan Trauma, Prof. Dr. Azmi memintanya agar meletakkan ubat
pengembangan salur darah (GTN) dibawah lidah Zeril Iskandar.
“Doktor Wan, semasa
saya memeriksa dada pesakit sebentar tadi, saya dapati denyutan jantung pesakit
ini agak luar biasa. Jantungnya
berdengup antara 350 hingga 700 kali seminit.” Serius Prof. Azmi berkata.
Wan Zubair terperanjat
mendengar kenyataan dari Perunding dihadapannya. Dia turut merasa dada Zeril
Iskandar. Sememangnya denyutan lelaki itu amat luar biasa.
“Kemungkinan besar,
pesakit ini menghidap strok.”ujar Prof. Azmi tanpa berselindung lagi.
“Strok?!” Lagilah Wan
Zubair terperanjat. Dipandang lama wajah lelaki yang bersama Nur Adriana tadi.
Tergeleng-geleng kepalanya.
“Jangan terperanjat,
Doktor Wan. Ini adalah sebahagian daripada simptom serangan strok.”Prof. Dr.
Azmi memegang bahu Wan Zubair. Menenangkan doktor muda itu.
“Kalau macam tu,
pesakit ini akan lumpuh lah ya?soal Wan Zubair ingin tahu.
“Kemungkinan besar akan
pesakit ini akan lumpuh. Tapi saya akan melakukan pemeriksaan kembali, samada
pesakit ini akan lumpuh sebelah tubuh ataupun keseluruhan badan. Nasib baik dia
dibawa ke hospital dengan lebih awal. Jika tidak, pesakit ini akan maut.”
Wan Zubair menarik
nafas lega. Nur Adriana sepatutnya diberikan pujian kerana membawa lelaki ini
ke hospital. Patutlah Fikri Johari menyatakan padanya yang lelaki ini mengalami
denyutan jantung yang amat kuat. Tidak normal rupanya jantung lelaki ini.
Prof. Dr.Azmi merasa
denyutan jantung di dada Zeril Iskandar. Nampaknya, denyutan pada jantung Zeril Iskandar masih tidak berubah.
“Doktor Wan, boleh saya
berjumpa dengan ahli keluarga pesakit? Ada benda yang saya ingin bincangkan
pada mereka.”soalnya sambil tersenyum. Hilang riak seriusnya tadi.
“Err..actually, pesakit ini tidak membawa ahli
keluarga, doktor. Pesakit ini datang dengan kawannya.”jawab Wan Zubair tanpa
sembunyi.
“Awak kenal pesakit
ini?”Tangan Prof. Dr.Azmi ditujukan pada Zeril Iskandar.
“Saya tidak kenal
pesakit ini, Prof. Tetapi, saya kenal kawan pesakit ini.”kata Wan Zubair.
“Oh, Great!”Prof. Dr.Azmi tersenyum.”Temukan
saya dengan dia. Ada sesuatu yang saya ingin katakan pada dia. Kawan dia tu
lelaki ke perempuan?”suara doktor itu bertukar teruja.
“Perempuan, Prof.” kata
Wan Zubair dengan suara yang kendur.
Cemburu dia datang lagi!
“Wow! Bagus ni. Tapi
nak buat macamana, selepas ini saya kena balik rumah. Seharian berada didalam
wad kecemasan ini membuatkan tenaga saya agak lemah. Better saya pulang ke rumah sekarang. Nanti apa pulak kata isteri
saya.”Prof.Dr.Azmi ketawa kecil.
Wan Zubair mendengus geram.
Dah ada isteri pun masih nak tackle
tunang orang. Tak sedar diri! Harap saja pangkat tinggi, akal hilang entah ke
mana.
“Saya rasa, lebih baik
saya terangkan pada dia sendiri. Mungkin dengan ini, dia akan memahami apa yang
saya katakan.”jelasnya lagi.
“Awak adarelationshipdengan perempuan itu ke?”
“Yup! Perempuan itu
tunang saya.”ujar Wan Zubair dengan senyuman terukir dibibir. Pengakuan berani
itu mengejutkan Prof.Dr.Azmiyang sedang membetulkan stetescopedi leher.
“Err..tunang awak?”Prof.Dr.Azmi
berasa malu sendiri.
“Benar. Dan saya sangat
sayangkan tunang saya.”kata Wan Zubair penuh semangat.
“Nanti dah kahwin,
jangan lupa jemput saya ya.” Prof.Dr.Azmi membuka sarung tangan berwarna putih
ditangan lalu dibuangkan ke dalam tong sampah kecil yang berhampiran dengan
laci katil pesakit.
“Saya pasti jemput
Prof.”penuh yakin Wan Zubair menjawab.
Mereka berdua ketawa
serentak didalam bilik kecemasan itu.
Tanpa diduga, sedang
mereka bergembira, badan Zeril Iskandar bergerak. Naik turun badan Zeril
Iskandar. Mereka berdua terpana!
“Doktor Wan, pesakit
ini sudah mula sedar. Tapi kenapa badannya bergerak pantas?”Prof. mula
kelam-kabut. Wan Zubair bertambah kalut. Ingatkan mereka boleh membiarkan
pesakit ini lena sehingga keesokkan harinya.
“Fikri Johari. Awak berikan
saya alat renjatan elektrik. Dia tidak stabil sekarang ini.“kata Prof dengan muka yang mula serius. Perkara sebegini tidak
boleh dilengahkan. Kenapa tiba-tiba pesakit ini nafasnya turun naik?
Fikri Johari yang sudah
gelabah itu cepat-cepat memberikan alat renjatan elektrik kepada Prof. Dr.Azmi.
Dia menjadi takut. Selama dia bekerja menjaga pesakit yang dalam keadaan
kritikal ini, tidak pernah sekalipun dia berjumpa dengan pesakit yang
tiba-tiba. Apa yang menyebabkan dia menjadi begini?
Sepanjang perbualan
dengan doktor Wan Zubair, matanya memerhati tindak-tanduk pesakit ini. Pada
mulanya, dia melihat sedikit pergerakan pada mata pesakit. Itu menunjukkan
tanda positif pada pesakit yang dia akan kembali normal. Apa yang menyebabkan
badan pesakit ini turun naik yang menjadi persoalan. Mungkinkah ada kaitan
dengan perbualan nya dengan doktor Wan Zubair sebentar tadi?
“Okay, Doktor Wan. Awak
pegang tangan kiri pesakit ini dan awak pulakFikri, pegang tangan kanan dia.
Tahan tangan dia supaya tubuhnya tidak jatuh.”Wan Zubair dan Fikri Johari akur
dengan arahan yang diberikan.
“Saya akan lakukan renjatan
elektrik padanya, sekarang. 1…2…3 mula!”kata Prof.Dr.Azmi sedikit kuat.
Renjatan elektrik itu dilekapkan ke dada Zeril Iskandar.
Badan Zeril Iskandar
terangkat dengan sendiri apabila renjatan elektrik itu berlaku ditubuhnya.
Prof.Dr.Azmi sedaya upaya melakukan yang terbaik agar pernafasan Zeril Iskandar
kembali normal.
“Lagi sekali Prof, nafasnya
masih lagi lemah.”Wan Zubair pula yang menjadi takut melihat Zeril Iskandar
dalam keadaan tenat.
Sekali lagi
Prof.Dr.Azmi melekapkan renjatan elektrik didada Zeril Iskandar. Namun,
cubaannya tidak berjaya. Prof meletakkan alat renjatan elektrik itu ke tempat
asal. Dia hampa. Ini pertama kali dalam sejarah kerjayanya, dia tidak berjaya
memulihkan pesakit. Selama di unit kecemasan ini, pesakit yang dalam keadaan
tenat berjaya diselamatkan. Dia mengeleng-gelengkan kepala.Diraup kepalanya.
Tanda kecewa .
Wan Zubair melepaskan
tangannya. Nampaknya, lelaki ini masih tidak sedarkan diri. Dia merapati Prof.Dr.Azmi
yang kelihatan kecewa.
“Prof…kenapa tak
teruskan?”Wan Zubair bertambah kalut. Mata Zeril Iskandar sudah terpejam.
Adakah ini pengakhirannya?
“Doktor Wan. This is my first time in my career, I’ve
ever seen such patients like this. I was very disappointed when the patient is
still not aware.”luah Prof.Dr.Azmi dengan nada kesal. Tangannya melekap di dinding.
“That means, pesakit ini akan mati?”bergetar suara Wan Zubair.
“Betul. Harapan pesakit
ini cuma tinggal 50-50 sahaja.”kendur suara Prof.Dr.Azmi.
Wan Zubair terdiam.
Jauh di sudut hati, dia berasa kasihan dengan Nur Adriana. Penat tunangnya
membawa pesakit ke sini untuk pemeriksaan lanjut, ini kesudahan yang
diperolehi.
“Kita perlu beri
semangat pada dia semoga kesihatannya pulih seperti sediakala. Walaupun harapan
hanya 50-50, kita cuba juga. Harap-harap ada keajaiban yang berlaku selepas
ini.”
“Insyallah, Prof. Saya
harap akan ada sinar buat pesakit ini. Kalau dalam masa beberapa jam lagi dia tidak
sedar jugak, nampaknya kita terpaksa hentikan jantungnya.”ujar Wan Zubair
Wan Zubair memandang
muka Zeril Iskandar yang dari tadi terpejam. Pucat wajah pemuda ini.
‘Kesiannya dia…’
bersambung... :D
psstt... eya harapkan apa yang ditulis ini akan difahami oleh pembaca semua..
Wah cemas ni. Nak lagi nak lg :)
ReplyDeleteCemas ya kak..sian Zeril 2.. ;(
DeleteSeriously story makin mendebarkan....
ReplyDeleteTak sabar nak baca sambungan....
akk sbg pnulis krya BAP ni pun trasa suspen..apath lg nuratiza..hehe
Deleteerk!
ReplyDeletemyibuk la nur aisyah tu...hahaha...
anywy ziqa dh dpt byg kn ape yg jd lepas ni...hehehe...
*abaikan di ats...
good job akk!
haha..aip! x baik tau ckp Nur Aisyah mcm 2..nangis d nnt..hehe
Deleteadik dpt bykn ap yg brlaku?hmm..
mgkn ap yg adik bygkn x sme ngn ap yg akk bygkn kot..hehe
novel ni ape yg akn terjd pd zeril iskandar,bleh taw novel ni dh kluar n terbitan mna bleh bg taw 0178706973
ReplyDelete