Followers

Wednesday 7 November 2012

CINTA MATA HATI BAB 1







OLEH : HIDAYATUL AHMAD

 Jumaat,7.16 pagi. 

Assalamualaikum... 

Hai dairi,jumpa lagi ye kita.Hari ni dah masuk hari kedua aku tak pergi sekolah.Kenapa? Sebab aku tak sihat kerana diserang selsema,sakit kerongkong dan batuk.Aku tak taulah nak buat macam mana lagi dah.Aku ni baru aje keluar wad.Ini kalau buat hal lagi,kena ke dalam (wad) pulaklah aku.Cikgu pun satu,langsung tak faham-faham yang aku ni sakit.Selalu keluar masuk wad.Mungkin Cikgu Suhardi dan Cikgu Zakiah kot yang faham tapi tak taulah pulak cikgu aku yang lain.Sememangnya aku diuji bermacam-macam dugaan.Tapi aku kenalah sabar.Mungkin ada hikmah disebaliknya.Ini juga membuatkan aku tabah,kuat dan adakalanya sabar dengan segala macam dugaan yang diberikan oleh-Nya.Aku terfikirlah jugak,kalau-kalau aku meninggal dalam masa terdekat ini,macam manalah aku nak menjawab dengan-Nya? Dahlah bekalan tak cukup,yang lain-lain itu pun tak cukup untuk aku jadikan bekalan disana.Aku kalau boleh nak belajar sampai peringkat tertinggi selagi termampu.Aku nak jadi lawyer. 


"Ya Allah...kalaulah aku meninggal dalam masa terdekat ini,Kau ampunilah segala dosaku,dosaku terhadap mak,ayah dan adik-beradikku yang lain,orang sekeliling yang mengenali aku dan semuanya.Kau halalkanlah makan minumku.Aku minta maaf kepada mak,ayah dan adik-beradik aku yang lain jika selama ini aku ada buat salah terhadap diorang."


"Ya Allah...Kau panjangkanlah umurku selama yang boleh untuk aku membuat persediaan (bekalan) untuk aku bawa kesana.Aku ingin sangat nak tolong mak dan ayah dengan hasil titik peluh aku sendiri.Dan aku nak buktikan dekat orang yang selalu pandang rendah dekat aku selama ini yang aku boleh berjaya dan aku harap sangat penyakit aku ini boleh sembuh secepat mungkin." Amin ya rabbal a'alamin.


Izz Zahra segera menyapu air mata yang mengalir dipipi kemudian terus menutup dairinya dan menyimpannya ditempat tersorok didalam almari.Selepas itu,Izz Zahra terus merehatkan diri.Entah bila masanya dia terlelap.


"Ya Allah...budak ni tak bangun lagi.Matahari tegak atas kepala dah anak dara oii!!" Terus mak mengejutkan anak daranya.Kalau diibiarkan tidur,alamat tak berasaplah dapur.


"Zahra...bangun cepat! Tolong mak masak apa yang patut kat dapur tu.Asyik membuta aje." bebel mak aku lagi.


Izz Zahra terus bangun sambil mengeliat badan.Tangannya terus mencapai telefon bimbitnya yang terletak diatas almari yang bersebelahan dengan katilnya.


"Mak aih! Dah pukul 11.30 ke? Patut mak mengamuk sakan.Macam manalah aku boleh terbabas tidur pulak ni?"


Izz Zahra terus mencapai tuala lalu menapak ke bilik mandi.





Bersambung... :)

No comments:

Post a Comment