OLEH :NUR DAEYA
Terlaksana sudah
apa yang dihajati Puan Hadijah. Mereka berempat memperolehi kepuasan maksimum
apabila berjaya menepati apa yang disasarkan. Ternyata, lelaki yang bernama
Muzaffar ini mudah jatuh menyembah bumi! Harap badan sahaja kuat, tapi bila
tiba bab berlawan, lelaki itu kalah!
Setelah selesai
memukul Muzaffar tadi, mereka berempat tergesa-gesa menaiki kereta dan bergegas
meninggalkan kediaman Muzaffar. Keadaan yang sunyi di lorong rumah Muzaffar
pada waktu malam memudahkan mereka melaksanakan tugas yang diberi. Dibiarkan
sahaja Muzaffar terdampar dijalan raya itu.
“Beres, Puan.
Kami sudah ajar dia cukup-cukup.”kata ketua operasi sewaktu perbualannya
ditalian bersama Puan Hadijah. Tersenyum dia sewaktu menuturkan kata. Nanti
gaji aku dapat lebih lah ni!
Puan Hadijah
ketawa berdekah-dekah. Senang hati dia apabila semuanya selesai dengan begitu
mudah. Usia yang lanjut tidak menghalangnya dari membuat apa yang dihajatkan.
Jika dia mahu sesuatu perkara, dia pasti akan menyuruh pembantunya membantu
agar terlunas perkara yang diinginkan. Kini, dia berjaya membalas dendam pada
Muzaffar. Jangan ingat dia sudah tua, dia tidak mampu melakukan apa-apa. Ini
Puan Hadijah lah!
“Nanti kamu
datang rumah saya. Saya akan beri kamu berempat duit yang saya janjikan. Tapi bukan
malam ini. Cucu saya sudah mahu pulang ke rumah. Awak datang pagi esok. Dalam
pukul lapan pagi.”kata Puan Hadijah. Rayyan kalau balik tengah malam, pasti dia
akan tidur sampai ke petang. Dia tidak mahu Rayyan tahu dengan siapa dia
meminta bantuan untuk mengerjakan Muzaffar.
Ketua operasi
itu mengeluh kecil. Baru nak merasa pegang duit yang banyak hari ini, tiba-tiba
tertangguh pulak. Hmm…
****
Mariana yang
baru sahaja turun dari teksi terkesima melihat suaminya diatas jalan raya depan
rumah mereka. Terkoncoh-koncoh dia berlari mendapatkan suaminya. Airmatanya
bergenang. Dia takut melihat Muzaffar terbaring disitu. Siapa yang begitu kejam
sekali membuat suaminya sehingga dia terbaring diatas jalan raya ini?
“Ya Allah,
abang!!”jeritnya kuat. Keadaan menjadi kalut seketika. Darah mengalir deras
dicelah bibir Muzaffar. Pemandu teksi yang berada didalam kereta segera keluar
dan melihat apa yang berlaku.
“Abang!! Jangan
tinggalkan Mariana. Abang!!”Mariana mengongoi tubuh badan suaminya. Muzaffar
tidak sedarkan diri sewaktu dia datang merapati suaminya.
“Cik, apa dah
berlaku?”Pemandu teksi datang kearah Mariana dan duduk mencangkung. Dia
terkejut melihat lelaki itu mengeluarkan darah yang agak banyak.
“Encik, tolong
bawa saya dan suami saya ke hospital yang berdekatan.”arah Mariana. Perasaan
takut kehilangan suaminya jelas terpancar di riak wajahnya.
“Baik…baik…Awak
tolong saya papah dia sekali. Mari, kita angkat lelaki ini bersama.”pinta
pemandu teksi itu. Mereka sama-sama mengangkat Muzaffar lalu dibawa ke teksi.
Muzaffar dibiarkan terbaring ke belakang, manakala Mariana duduk di bahagian
hadapan.
Mereka berpatah
balik semula keluar dari Alam Damai itu dan meneruskan perjalanan ke hospital
yang berhampiran.
****
Berkerut dahi
Rayyan dan Dhia tatkala Puan Suria memberikan ceramah tidak rasminya dihadapan
garaj rumah. Ibu mana yang tidak akan membebel jika anaknya tidak mematuhi
arahan. Keluar dengan lelaki tanpa pengetahuannya. Mana dia tidak marah. Dia
tahu Rayyan adalah lelaki yang bertanggungjawab, boleh menjaga keselamatan
Dhia. Cuma Dhia adalah perempuan yang perlu dijaga, dia tidak boleh membiarkan
Dhia sesuka hati keluar malam.
“Baru sekarang
nak balik?Kenapa tak balik malam esok aje?”soal Puan Suria. Sindiran penuh
tajam diberikan kepada Rayyan dan Dhia. Dahlah dia risau anaknya tiba-tiba
menghilang apabila dia pergi ke surau. Dia memang terperanjat apabila melihat
rumahnya berlampu tetapi tiada penghuni didalam rumah itu. Membazirkan elektrik
sahaja. Dia menunggu Dhia hingga ke pagi.
Rayyan menjawab
bagi pihak Dhia. “Saya minta maaf, mak cik sebab bawa Dhia keluar tanpa
kebenaran. Saya tahu saya salah bawa Dhia keluar malam-malam begini.”kata
Rayyan dengan sopan. Dhia disebelahnya mendiamkan diri. Tertunduk mukanya.
Serba-salah apabila dia keluar tanpa beritahu ibunya.
Puan Suria
memandang pula anaknya yang terdiam sambil menundukkan muka. Tahu pun rasa
salah! “Hah, Dhia. Ibu suruh kamu jaga rumah bila ibu tak ada, kamu pergi melencong
kat tempat lain. Ibu kan dah pesan, jangan pergi mana-mana selagi ibu tak ada
kat rumah. Nasib baik ibu ada bawa kunci pendua. Kalau tidak, rumah ini dah
dimasuki pencuri tau.”katanya dengan geram.
“Dhia tahu Dhia
salah sebab tak beritahu ibu. Dhia minta maaf ye, ibu. Lain kali Dhia akan
beritahu ibu kalau Dhia keluar.”Dihampiri ibunya. Dipeluk tubuh ibunya yang
masih dalam keadaan marah. Menenangkan hati ibunya agar dikurangkan perasaan
tertekan itu.
Puan Suria
memejamkan mata seketika. Terharu apabila anaknya memeluk dirinya. Dia memang
marah dan risau apabila Dhia keluar tanpa memberitahunya. Tetapi, dia tahu…Dhia
sebenarnya keluar untuk menceriakan dirinya yang telah diceraikan suami.
Rayyan memandang
anak-beranak itu dengan perasaan sayu. Apabila dia melihat Dhia memeluk ibunya,
tiba-tiba dia merasa rindu pada mama dan papanya yang telah meninggal dunia
sejak dia umur lapan tahun lagi. Waktu itu dia bersekolah rendah, abangnya,Razree
berumur sepuluh tahun. Mereka ditinggalkan mama dan papanya dalam keadaan
tragis. Parents nya mati ketika
menaiki feri persendirian menuju ke Pulau Tioman.
Alangkah
bahagiannya jika dia memiliki keluarga yang lengkap…
******
Selepas sesi
pujuk memujuk Dhia dan Puan Suria, Rayyan meminta diri untuk pulang. Takut
nenek pula yang akan memarahinya.Memang dia dah beritahu nenek yang dia akan
jumpa Dhia, tapi dia tidak pula maklumkan pada neneknya yang dia pergi racing
bersama rakan-rakan yang lain. Harap-harap nenek tak marahlah dia balik lambat.
Kalau nenek marah pun, dia akan cuba memberikan alasan terbaik kepada neneknya.
Puan Suria dan
Dhia memandang pemergian Rayyan bersama lambaian tangan. Setelah mereka melihat
Rayyan pergi dengan selamat, mereka terus masuk ke dalam. Mereka masuk sambil
berpegangan tangan. Terserlah kasih sayang diantara mereka berdua…
Di dalam kereta,
Rayyan yang sedang memegang stereng kereta sempat merapikan rambutnya yang agak
berserabut. Tadi sebelum memulakan perlumbaan di jalan raya, para pelumba
dikehendaki memakai topi keledar agar keselamatan terjamin atau lebih tepatnya
tidak berlaku kemalangan.
Malam itu
merupakan malam terindah baginya. Dia menang buat kali kedua berturut-turut.
Dalam asyik member-member mengucapkan tahniah kepadanya, dia teringat kepada
gadis yang menjadi model race sebagai
pembuka tirai pada perlawanan itu. Dia baru sahaja melihat gadis itu di lorong
sunyi ini. Rambut yang pendek dan diikat tepi menjadi tatapan Rayyan. Kecomelan
gadis itu terserlah pada raut wajahnya. Dalam erti kata lain, seperti baby face! Dia memang tidak boleh
melihat wajah gadis yang cantik, ada sahaja yang lalu atau berada dihadapannya,
pasti hatinya akan cepat terpaut.
Esok, dia akan
nyatakan hal ini pada Adam. Dia mahu tahu siapa gadis itu dan dimana dia
tinggal!
Senyumannya melebar. Mitsubishinya dibawa selaju yang mungkin. Hari
esok dia akan cuba mendapatkan maklumat berkaitan gadis itu.
Harap nenek
tidak membebel padanya malam ini…
*****
Muzaffar
mendonggakkan kepala ke atas. Direnung papan yang dijadikan bumbung sebagai
pelindung didalam wad ini. Dihiasi dengan lampu putih yang tidak terlalu cerah
dan terang membolehkan dia merenung lampu itu tanpa berkelip dan menyakitkan
kornea mata. Mariana yang kerap kali bertandang ke wad ini langsung tidak
dihiraukan. Matanya tetap merenung bumbung nipis diatas. Lauk yang dibawa
isterinya langsung tidak terusik. Walaupun ibunya sanggup bersusah payah
memasakkan lauk kegemarannya dan menyuruh Mariana menghantarnya ke sini, dia
tetap tidak mahu makan. Jiwanya langsung tidak terusik dengan layanan baik yang
diberikan Mariana. Perempuan ini tidak pernah merasa serik untuk meraih
cintanya. Dia tidak suka Mariana terlalu mencintainya, apatah lagi
menyayanginya.
Sudah dua hari
dia terbaring di sini. Wad Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagaikan
rumah keduanya. Hanya dua orang pelawat yang sudi datang melihatnya. Tidak lain
dan tidak bukan, pastinya ibunya dan Mariana. Pekerja mahupun saudara terdekat
?? langsung tidak menjenguknya mahupun bertanya khabar. Mungkin mereka takut
dia akan marah tidak tentu pasal. Sudahlah dua hari lepas dia memarahi Mariana
tanpa segan-silu didepan pekerja yang lain. Mesti Mariana geram dengannya.
Namun, dia peduli apa! Kalau kerja, buatlah cara buat kerja. Ini tidak, kerja
berlambak-lambak kat atas meja pun tidak disentuh. Mana hatinya tidak panas!
“Abang tak nak
makan ke? Saya bawa lauk yang ibu masakkan khas untuk abang. Makanlah,
bang.”pohon Mariana. Lauk yang diletakkan didalam polisterin itu dibawa ke
Muzaffar. Tapi Muzaffar tetap juga tidak mahu mengambilnya malah matanya masih
lagi merenung bumbung atas. Muka Mariana mencuka. Geram dia dengan sikap
Muzaffar yang masih dingin terhadapnya. Dahlah dia penat datang ke sini untuk
memberi suaminya makan namun masih juga tidak diambil mahupun disentuh! Apa yang
aku perlu buat lagi untuk tambat hati dia? Rasanya dalam beberapa hari ini, dah
banyak yang aku lakukan semata-mata untuk tarik perhatian dia. Semuanya tidak
juga berhasil! Dia sedih teramat sangat. Adakah aku menyesal kahwin dengan dia?
Tidak! Aku amat mencintainya…
Mariana
meletakkan semula polisterin itu ke atas meja kecil yang berhadapan dengan
katil. Dengan geram, dia menarik langsir berwarna oren itu dibelakangnya lalu
ditutup secara menyeluruh. Biar padan muka Muzaffar! Asyik pandang atas sahaja,
pandang muka dia tak nak!
Muzaffar
membeliakkan mata. Dia memandang tajam wajah isterinya. Hatinya mengeleggak
marah. Apasal Mariana tiba-tiba tutup langsir ni? Dia nak bangun, tapi badannya
tidak dapat bergerak. Kesan daripada luka dan tumbukan dua hari lepas
memaksanya untuk sentiasa berbaring.
“Dah puas tengok
atas?”sindir Mariana tajam. “Abang ingat saya tak geram ke bila abang asyik
pandang atas aje? Saya isteri abang tau tak! Kenapa abang tak nak pandang saya.
Saya penat bawa lauk untuk abang, abang tak sentuh pun. Abang ingat saya ni
tunggul kayu ke? Terpacak kat sini macam patung.”luahnya dalam nada sedih.
Muzaffar mendiamkan diri. Langsung tidak terusik dengan kata-kata isterinya.
Orang yang dah mati pucuk memanglah macam ini! Semuanya tak ada makna baginya…
“Abang tak nak
jawab apa yang saya katakan? Hah…sekarang ni saya memang tak tahan lagi. Abang
dah buat saya penasaran sama abang dan biarkan saya terkontang-kanting tanpa
arah tujuan sebagai seorang isteri...abang rasakan apa yang saya nak buat pada
abang!”Mariana menundukkan mukanya lalu bibir Muzaffar dipagut kasar tanpa
mempedulikan reaksi suaminya yang tersentap disitu! Mariana sudah hilang akal.
Sanggup dia mencium suaminya tatkala suaminya sakit diatas katil hospital. Tak
patut...tak patut!
Tidak puas dia
mencium dibibir Muzaffar. Mariana membuka bajunya. Terpaku Muzaffar melihat
aksi yang tidak sepatutnya dilakukan seorang isterinya. Ini isteri aku ke
pelacur?
Dengan tidak
semena-mena, Muzaffar menolak kasar Mariana hingga terdorong ke belakang. Dia
cuba juga untuk menolak walaupun dia tidak kuat. Apalah nasib mempunyai isteri
yang tiada maruah diri ini…
“Sampai hati kau
buat aku begini, Mariana. Aku sakit, kau tau tak?”jerit Muzaffar kuat sehingga
pesakit yang berada di kiri dan kanan dapat mendengar. Mariana mendengus geram.
Dia bangun semula. Baju yang tersingkap lebar tadi ditutup semula. Sakit hati
dia ditolak suaminya hingga jatuh ke lantai.
“Saya cuma
inginkan perhatian daripada abang. Itu sahaja! Kenapa abang tak pernah nak
faham naluri seorang perempuan seperti saya? Adakah saya tidak layak disentuh
dan dibelai seperti pasangan lain?”balas Mariana dengan kasar. Menitis air
matanya.
“Memang kau tak
layak! Semua perempuan dalam dunia ini tak layak mendapat belaian dan sentuhan
dari aku. Kau faham tak!”jeritnya lagi.
Doktor dan
jururawat yang datang merawat dan memeriksa setiap pesakit didalam wad tersebut
pada waktu tengah hari tergamam apabila mendengar jerkahan dan jeritan dari wad
ini. Kelihatan ada satu pesakit yang menutup langsir berwarna oren itu.Pasti
pesakit tiu yang menjerit!. Lantas, mereka menuju ke tempat yang agak kecoh
itu. Doktor itu membuka langsir itu selebar yang mungkin. Terperanjat Muzaffar
dan Mariana ketika itu.
“Kenapa ni?”kata
doktor itu. Jururawat yang berada dibelakang hanya mendiamkan diri. Mariana
malu yang teramat sangat. Baju kemeja yang dipakai tidak dikancing dengan elok.
Mukanya tidak tahu mana hendak disorokkan. Agaknya pasti doktor dan jururawat
itu fikir yang bukan-bukan pasal mereka. Baik dia keluar dulu untuk tidak
mengeruhkan keadaan.
“Saya keluar
dulu, doktor.”pinta Mariana. Beg tangan dibimbit lalu dibawa keluar dengan
perasaan malu yang menebal. Doktor dan jururawat itu memandang pemergian Mariana
dengan keadaan terpinga-terpinga.
“Apa yang berlaku,
Encik Muzaffar? Dari jauh saya dengar jeritan awak yang menganggu pesakit lain
dan kenapa awak biarkan langsir ini tertutup? Bukankah saya dah pesan, pada waktu
tengah hari, langsir perlu dibuka untuk menerima kehadiran pelawat.”ujar doktor
itu sedikit marah. Memanglah dengan pesakit, doktor perlu bersikap lembut.
Tetapi jika sudah menjerit, terpekik macam orang baru bergaduh…mana dia tidak
berang. Ini bukan tempat yang sesuai. Ini hanyalah hospital. Bukan tempat
pergaduhan!
“Lupakan apa
yang berlaku, doktor.”kata Muzaffar perlahan. Dia tidak mahu menjawab soalan
doktor itu. Selimut yang berada diatas kakinya dibawa hingga ke paras dada. Dia
mahu berehat. Doktor yang berada ditepi katil Muzaffar menoleh ke belakang dan
mengambil bekas yang mengandungi kapas dan iodin. Dia mahu membersihkan
luka-luka yang terdapat di muka dan badan Muzaffar.
“Awak jangan
berehat lagi, Encik Muzaffar. Saya mahu bersihkan luka-luka awak.”arah doktor
yang lebih dikenali sebagai Doktor Bakhtiar. Terbantut
dirinya untuk meneruskan tidur. Dia bangun perlahan-lahan. Jururawat dibelakang
doktor lantas ke hadapan membantu Muzaffar bangun.
“Pusing muka
awak ke kanan, saya nak lap luka awak tu.”arah Doktor Bakhtiar. Muzaffar akur.
Untuk memulihkan luka di muka, dia terpaksa menurut arahan. Dia bosan duduk
disini. Apa pun tak boleh nak buat!
Doktor Bakhtiar
dengan penuh santun menyapu ubat iodin di muka Muzaffar. Agak teruk jugak luka
yang terdapat di muka Muzaffar. Sambil dia menyapu ubat iodin itu, dia bertanya
soalan kepada Muzaffar. “Awak tahu siapa yang pukul awak sampai luka-luka
begini?”soalnya dengan tenang. Muzaffar menggeleng kepala. Memang dia tidak
tahu siapa yang memukulnya. Tapi dia ingat, orang yang memukulnya memakai
topeng hitam dimuka.
“Dia pakai mask,
doktor. Tak nampak muka dia macam mana.”balas Muzaffar. Dia mengeliat sedikit.
Pedih apabila diletakkan ubat iodin di muka. Kapas yang ditaruk ke muka
Muzaffar ditarik kembali. “ Pedih ye. Sorry.
Saya buat perlahan-lahan.” Kapas yang sudah digunakan diletak ke dalam bekas
yang dipegang jururawat. Kapas yang baru diletakkan ke muka. Plaster berwarna
putih itu ditampal dengan
“Saya harap awak
laporkan kepada polis seberapa segera. Hal ini tidak boleh dibawa main. Orang
yang memukul awak sepatutnya tidak boleh dibiarkan. Ibu awak dah laporkan pada
polis. Harap awak bersiap sedia untuk memberi keterangan selanjutnya. By the way…betul awak tak tahu siapa
dalang di sebalik semua ini?”soal Doktor Bakhtiar lagi.
Muzaffar
mengeluh perlahan. Dia memang tidak tahu dan tidak berapa pasti siapa dalang
yang sebenarnya. Dia bersyukur ibunya sudah mengambil tindakan dari awal
tatkala di berada di hospital ini. Namun, bila terfikirkan balik, rasanya dia
tahu siapa yang lakukan!
Mungkin dia akan
maklumkan pada pihak polis siapa dalang disebalik semua ini. Hanya nama itu
yang berada difikirannya sekarang…
BERSAMBUNG... ;D
PESANAN PENAJA: Maafkan eya sekirannya eya tak mampu puaskan hati pembaca..Eya akan tetap akan cuba yang terbaik..
best2 :)
ReplyDeletealhamdulilah..tq y Ruby..insyallah, eya akn buat se best mungkin..
Deletebest2... rayyan ♥ dhia
ReplyDeletehehe..insyallah diorg akn bersatu nnt.. ;)
ReplyDeleteDek, best2. Nanti rayyan jatuh cinta tak dgn dhia
ReplyDeleteahaha..mstilah jatuh cinta! tp siapa yg jtuh cinta pd siapa..kne tggu n lihat y kak..hehe
Deletejgnlah muzaffar tuduh "org" tu...
ReplyDeletehehehehe... :)