Jendela tingkap dikuak selebar mungkin. Berharap akan ada
angin menjengah masuk ke biliknya. Kepalanya didongakkan ke atas..Langit yang
luas dan tidak bertepi itu memberikan satu rasa ketenangan dalam
dirinya.Fikiran yang bercelaru sejak tadi menjadi lapang. Indahnya ciptaan
Allah.
Mengingatkan kembali kenangan terindah bersama bekas
suaminya, Dhia berasa sedih. Semuanya punah begitu sahaja. Akuinya, bukan mudah
memegang title janda. Masyarakat akan
memandang serong kepadanya. Dia tidak mahu perkara sebegitu berlaku padanya.
Dalam beberapa hari lagi, dia akan memfailkan perceraian
dipejabat Majlis Agama Islam. Tempat yang sama sewaktu Muzaffar melafazkan akad
nikah didepan kadi.
Dhia mengeluh. Dua hari lagi dia akan bekerja seperti biasa.
Perlu ke dia beritahu pada kawan sepejabatnya yang dia telah diceraikan secara
mengejut? Nanti heboh pula satu bangunan pejabat itu.
“Nurul
Haifa Nadhiya telah diceraikan secara mengejut oleh pemegang saham
terbesar
syarikat kita.’’
Dhia tidak sanggup mendengarnya. Dia tidak
mahu diperlekehkan rakan sepejabat. Biarlah dirahsiakan dari semua lebih baik
dari membongkarkannya. Matanya masih memandang langit. ‘Ya Allah, mungkin
setakat ini sahaja jodohku dengan Muzaffar. Berikan hambamu ini kekuatan yang
bukan sedikit, tetapi melimpah-ruah.’Airmatanya keluar jua akhirnya.
Puan ??
yang berdiri disebalik pintu mengetap bibir kuat. Sedih apabila anaknya
diperlakukan sedemikian rupa. Hatinya tersayat dengan luahan dari Dhia.
“Dhia..ibu juga sentiasa berdoa agar
anak ibu ini memperolehi kebahagiaan didunia dan akhirat.”Dhia tersentak.
Badannya berpaling ke belakang. Ibu! Airmatanya dilap pantas. Tidak mahu ibu
tahu apa yang sedang diluahkan apabila dia keseorangan disini..
“Sini sayang..dekat pada ibu.”Puan
Suria mendepakan kedua tangannya. Sayang pada anaknya makin bertambah-tambah.
Janjinya, dia akan memberikan kasih sayang yang tidak terhingga pada Dhia, anak
tunggalnya.
“Ibu..”Pantas Dhia berlari mendapatkan
ibunya. Dipeluk tubuh itu seerat mungkin.
Teresak-esak Dhia menangis. Puan
Suria membalasnya sambil tersenyum. Rambut anaknya diusap lembut. Sudah lama
dia tidak memeluk anaknya dengan erat sebegini.
“Dhia kata dengan ibu, Dhia tak nak
nangis. Siap berjanji dengan ibu lagi. Mana pergi janji Dhia tu? Takkan dah
lupa kot?”gurau Puan Suria. Ayat itu membuatkan Dhia bertambah sedih. Dhia
melepaskan pelukan. Ingatkan ibunya akan memahami perasaan anaknya. Nampaknya
tidak. Airmatanya laju membasahi pipi. Dia merebahkan diri diatas katil.
Ditekup mukanya ke bantal bersaiz empat segi yang berwarna pink itu. Dilepaskan
semua kesedihannya disitu.
Puan Suria mula rasa bersalah. Tidak
sepatutnya dia berkata seperti itu. Ingatkan bila ada gurauan tadi, anaknya
akan ketawa dan tersenyum. Ini lain pulak jadinya. Dia melabuhkan badannya ke
sisi katil. Diusap-usap kembali rambut anaknya yang panjang itu.
Sayang, maafkan Ibu. Ibu saja nak
hilangkan kesedihan dihati Dhia. Dah, tak mahu nangis-nangis lagi. Dhia dah
besar panjang kan? Dah boleh berfikir mana yang baik dan buruk. Apa yang
berlaku sekarang, jadikan ia pengajaran supaya kita lebih kuat pada masa akan
datang. Cuba Dhia pandang ibu, luahkan pada ibu apa yang Dhia pendamkan lagi
didalam hati tu. Please, Dhia. Wake up!
Kata Puan Suria dengan penuh semangat. Dalam diam, Dhia mengerti apa yang
diperkatakan ibunya. Dia bangun. Bantal yang menekup mukanya tadi dibiar
disitu. Jelas kelihatan kesan air mata dibantal pink itu. Apa yang penting..perasaannya harus diluahkan
segera dan tidak perlu dipendamkan lagi.
Ibu, maafkan Dhia jugak. Malam-malam
begini sudah buat drama sedih. Dhia pun tak tahu kenapa Dhia emotional sangat.” Dhia ketawa sedikit
walaupun airmatanya masih lagi turun ke pipi. Puan Suria mengelap tubir mata
anaknya. Dalam kesedihan pun, sempat lagi ketawa kecil. Dhia..Dhia..
Puan Suria melihat jam didinding sudah
menunjukkan pukul 10 malam. Nampaknya dia perlu menyuruh anaknya tidur awal.
Esok merupakan hari pertama Dhia menaiki pengangkutan awam dan dia tidak mahu
anaknya bangun lambat untuk ke tempat kerja.
Hmm..esok anak Ibu kerja kan? So,
kenalah tidur awal-awal sebab Dhia dah cakap dengan Ibu yang Dhia nak naik
pengangkutan awam.”jelas Puan Suria. Dhia mengeluh lagi. Betul juga apa yang
ibu katakan. Ingatkan nak suruh Rayyan saja yang hantar dia pergi dan balik
mulai esok sebab mereka memang bekerja ditempat yang sama tapi awal-awal lagi
Rayyan sudah memprotes. Katanya ingin merehatkan diri sepuas-puasnya. Tak lama
mana pun, adalah dalam seminggu!
Dhia tahu pasti Rayyan ada agenda yang
tersembunyi yang cuba disorokkan dari pengetahuannya. Tapi dia tahu, cuti lama itu semestinya ingin
jalan-jalan cari teman wanita! Bukan dia tidak tahu perangai Rayyan itu. Semua
perempuan cantik yang lalu didepannya ingin dikenalinya. Memang secara
dalamannya, Rayyan memang seorang menghargai sahabatnya, tapi secara luarannya
pula..nampak perempuan cantik aje, sahabat dipinggirkan. Itulah Rayyan Zikri
yang dikenalinya. Hanya dia sahajalah kawan perempuan yang paling rapat setakat
ini.
“Dah cari baju kerja?”
“Belum lagi. Dhia tak sempat nak
keluarkan baju dalam bagasi tu.”jawabnya selamba.
Mata Puan Suria membulat.“Tak sempat?
Masyallah. Dhia dok peram lama-lama dalam beg tu buat apa? Nak bagi baju tu bau
masam ke?Habis tu macamana nak pergi kerja esok?”
Dhia mencebik“Ala, Ibu. Dalam almari
ada lagi baju Dhia yang lama-lama tu. Nanti Dhia pakailah apa yang ada dalam
almari tu.”
“Dhia jangan nak mengada. Pergi ambil
baju dalam bagasi tu. Pergi basuh sekarang, cepat!”arah Puan Suria. Muncung
mulut Dhia mendengar arahan dari ibunya. Rasa malas pulak nak basuh baju
malam-malam macam ini. Dia bingkas bangun dari katil.Dengan langkah malas,
bagasi diambil dalam almari.
“Hmm..apa nak jadi dengan anak Ibu ni.
Dah dua hari Dhia rehat kat rumah, tak basuh-basuh lagi baju tu. Anak dara tak
boleh macam ni tau.” Dhia memandang ibunya tajam.
“Bukan anak dara lagi Ibu. Dah dapat
status janda pun.”Dhia mengeluarkan bagasinya dari almari bewarna coklat itu.
Memang benar kata ibunya yang baju miliknya sendiri tidak banyak didalam
almari. Hampir kesemuanya ditinggalkan dirumah bekas suaminya. Bila difikirkan
kembali, dia mahu mengambil kesemua bajunya yang tertinggal disitu. Tapi,
seganlah pulak nak pergi situ semula. Nanti tak pasal-pasal bertembung dengan
bekas ibu mertua dan Mariana. Kunci rumahstill
dalam simpanannya. Insyallah, suatu hari nanti dia akan pulangkan semula kunci
itu kepada pemiliknya. Siapa lagi kalau bukan Muzaffar.
“Ibu nak tanya Dhia sesuatu ni.Hal personal sikit.” Dhia tersentak.
Bagasinya diangkut dan dibawa ke atas katil.
Zip bagasi dibuka sambil matanya merenung wajah ibunya. “ Personal? Bukan semua Ibu dah tahu ke?
Takkan Dhia tak pernah cakap dengan Ibu selama ni.”
“Dhia memanglah pernah cakap pada Ibu.
Tapi melalui telefon aje. Ibu nak juga kepastian tentang hubungan Dhia dengan
si Muz tu.”
“Maksud Ibu,hubungan kelamin kami
berdua, begitu? Puan Suria mengetap
bibirnya. Jangan anaknya malu sudah
dengan soalan berapi itu. Sengaja ditanya soalan begitu. Hendak melihat sejauh
mana kesungguhan Dhia dalam menjawab soalan sebegini. Biasanya, perempuan
memang malu dalam bab-bab hubungan kelamin ini.
“Aah. Macamana? Dhia pernah kata dengan
Ibu dulu yang Muzaffar hanya sentuh Dhia saja. Tapi tak pernah ‘bersama’ pun.
Maknanya, selama ini Dhia tak pernah mengandunglah ni?”
“Dhia memang nak baby, Ibu. Cuma belum
ada kesempatan lagi.”
“Semenjak kamu kahwin dengan si Muz tu,
Ibu dapat rasakan yang anak ibu ni suka sangat merahsiakan hal rumahtangga.
Kenapa Dhia? Ibu tak layak ke nak tahu apa yang ada didalam dan luar Dhia?”
“Ibu, bukan semua Dhia perlu beritahu.
Ada yang terlalu personal sampai Dhia
tak boleh nak buka mulut. Nanti ada pulak yang memandang rendah.”
“Muz mandul ke sampai sekarang tak ada
anak? Ibu tengok Muz tu orangnya ‘subur’ aje. Tergaru-garu kepala Dhia yang
tidak gatal itu dengan ayat berani ibunya. Dia pulak yang malu sendiri. Nasib
baik tiada orang lelaki yang mendengar.
Dhia membiarkan bagasinya diatas katil
itu. Pantas, dia duduk disisi ibunya sambil mengenggam erat tangan sang ibu
yang sudah berusia 50 tahun itu.
Ibu, actually Muz ada beritahu Dhia yang dia. Sebelum kahwin tu, dia ada
cakap dengan Dhia yang dia hanya boleh sentuh aje tapi tak boleh ‘bersama’.
Dhia faham. Apa yang kami boleh buat, hanya mampu berserah. Dulu ada juga pergi
jumpa doktor, nak tengok apa masalah pada sperma dia.”jujur Dhia berkata.
Biarlah, percakapan ini hanya dia dan ibunya sahaja. Mana ada orang lain
dirumah ini selain mereka berdua.
“Habis tu, doktor cakap apa?”tanya Puan
Suria ingin tahu. Direnung mata anaknya.
“Doktor cakap, Muz ada masalah mutasi
genetik dari mama dan papa. Itu sebab sampai sekarang Dhia tak boleh berikan
cucu pada ibu.Dalam erti kata lain, mati pucuk.”Dhia berterus-terang juga
akhirnya.
“Maafkan Dhia ya, Ibu sebab tak dapat bagi ibu
cucu.”luahnya.
Puan Suria mengusap pipi Dhia
lembut.“Tak mengapa. Itu adalah salah satu dugaan yang Allah berikan pada Muz
dan Dhia sebenarnya. Sekarang ni Dhia dah pun diceraikan. Ibu berdoa agar Dhia
dipertemukan jodoh dengan lelaki yang baik dan boleh berikan Ibu cucu, bukan
sikit. Tapi banyak tau! Gurau Puan Suria. Dhia tergelak kecil. Tahu yang Ibu
ingin mengembirakannya.
‘Terima kasih, Ya Allah!’
*****
Pintu bilik Dhia diketuk bertalu-talu.
Jam di dinding menunjukkan pukul 6.30 pagi. Namun, anaknya masih tak
bangun-bangun juga. Penat sangat ke menyidai baju kat ampaian semalam sampai
liat nak bangun?
Mata Dhia terbuka sedikit. Siapa pulak
yang kejut ni?katanya sendirian. Dia masih lagi dalam keadaan mamai.
Dhia, Ibu ni. Bangun-bangun. Solat
subuh. Kejap lagi kamu nak pergi kerja kan?jerit Puan Suria dari luar.
Hmm..dah pukul berapa ni?soalnya
sendiri. Terpisat-pisat matanya memandang jam di dinding. Pukul 6.00? Mata dia
terbeliak. Alamak! Aku dah terlambat bangun. Kejap lagi nak naik bas. Rayyan
pulak tak dapat ambil. Hisy! Rayyan pun satu. Masa first day nak masuk office
pun sempat lagi nak cuti.
“Cepat, Dhia. Nanti kamu lambat.”Laung
Puan Suria.
Dhia apalagi, terus mengambil tuala dan
pakaian yang telah digosok semalam masuk ke bilik air dengan tergesa-gesa.
Sepuluh minit kemudian, Dhia menarik
nafas lega setelah keluar dari bilik air. Nasib baik baju kurungnya dah siap
gosok. Tak adalah terkejar-kejar sangat.. Baju kurungnya diambil dalam almari
dan dipakai.
*****
Selesai berpakaian, Dhia membuka
tingkap bilik. Waktu pagi begini,bagus juga kalau angin masuk ke dalam
biliknya.
‘Ah..segarnya.’Disedut udara
sepuas-puasnya. Semalam tengok langit, hari ini sedut udara pulak. Dia
memandang pula ke bawah. Dilihat banyak tanaman yang ibu sudah hasilkan.
Kebanyakannya cili api dan buah jambu.
Waktu pagi bakal menyinar sebentar
lagi. Sekarang ini masih dalam keadaan gelap. Orang yang pergi bekerja pun
masih tidak ramai dilaluan rumahnya. Dia saja yang beria sangat nak pergi awal
pagi. Hendak buat macamana, kerja dia bukan dekat. Jauh sangat. Dalam area
Selangor.
Dirinya khusyuk memerhati kawasan
sekeliling rumahnya. Yalah, dah lama tidak pulang ke rumah. Rindukan suasana
nyaman begini.
Sedang asyik menikmati udara segar di
jendela, matanya menangkap kelibat seorang lelaki di depan pintu pagar
rumahnya. Siapa itu? Dia tidak pasti. Takkan Rayyan kot? Kalau Rayyan, dia akan
bawa kereta. Tapi ini lain. Dia hanya jalan kaki sahaja. Dhia melihat lelaki
itu meletakkan sekeping surat dicelah-celah pagar. Aik? Bukan ke peti surat
memang sudah tersedia ditepi pagar. Mengapa harus diletakkan disitu? Surat
untuk siapa tu? Pagi-pagi lagi dah bagi surat. Penting sangat ke?.
Matanya masih tidak beralih arah.
Diperhatikan sahaja kelakuan lelaki yang mencurigakan itu. Terniat pulak dihati
ingin memanggil lelaki itu. Namun tidak berjaya. Lelaki itu berlari dalam
keadaan tergesa-gesa.
“Encik, encik!Laung Dhiat sekuatnya.
Makin pelik pulak Dhia melihat lelaki itu berlari. Dia terkoncoh-koncoh turun
ke bawah. Puan Suria yang sedang menuang air didalam cawan terkejut dengan
perilaku anaknya yang agak terburu-buru itu.
“Dhia, kenapa laju sangat Dhia turun
tangga ni? Jatuh nanti tak pasal-pasal kena cuti kerja. Kenapa sayang?”
“Tadi, Dhia tengok ada seorang lelaki
dia letakkan surat kat celah-celah pagar depan rumah. Dhia nak pergi tengoklah
ni.”Dhia sudah sampai ke depan pintu utama rumahnya. Dia mahu keluar tetapi
dihalang ibunya.
“Cuba bawa bertenang. Dhia tak boleh
gelabah sangat. Nanti pengsan, ibu juga yang susah nanti.”tegur Puan Suria
tenang.
Dhia menarik nafas panjang. Betul jugak
cakap ibunya. Dia ni memang cepat gelabah sikit.Tak boleh lihat atau dengar
secara mengejut, mesti pengsan punyalah.
“Anak ibu dah siap kan. Jom, makan. Isi
perut dulu. Nanti kejap lagi kita tengok surat tu kat luar. Meh, makan
dulu.”ajak Puan Suria dengan penuh kasih sayang.
“Baik, ibu. Tapi sekejap aje tau Dhia
makan. Entah kenapa Dhia rasa berdebar-debar pulak sekarang ni?. Ditekan
dadanya. Jantungnya berdegup kencang. Yang pasti, dia mahu lihat surat itu.
“Ala, mesti surat dari bos Dhia tu.
Dah, jom makan. Nanti lewat pulak nak pergi kerja.”arah Puan Suria.
“Hmm..baiklah, ibu.” Dhia terus pergi
ke meja makan. Duduk disebelah ibunya sambil memenangkan diri dengan meminum
air teh panas yang dibuat ibunya. Dihirup perlahan-lahan.
Tertanya-tanya juga dia didalam hati.
Surat apakah itu?
bersambung :D DJ bawa pesanan dari penulis kita...
p/s :sorry ya..nak cepat sangat..ini ajelah yang mampu eya bagi..Bz skit lately..selamat membaca ya semua..
p/s :sorry ya..nak cepat sangat..ini ajelah yang mampu eya bagi..Bz skit lately..selamat membaca ya semua..
best2... tapi kesian kat dhia.. huhu
ReplyDeletesmbng lgi
tq y adik Qis sbb bce karya akk.. :) sedih memang sedih..tp ksedihan dalam diri dhia tu terselit satu kekuatan yg mmpu mmbuatkan d tabah mnghadapi dugaan hdup
DeleteAla sampai tpt mendebarkan terberenti plak. :( sape la yg bg surat tu. Mak dhia mcm tak kisah je mcm tau je atau mcm ada something je tu?????????? (sambil angkat kening)
ReplyDeleteAd ap ngn surat tu..nntkn bab setrusnya..hehe..kak eida..tq sbb sudi bce y..
DeleteAd ap ngn surat tu..nntkn bab setrusnya..hehe..kak eida..tq sbb sudi bce y..
DeleteAgak lama akak menunggu E3 ni..
ReplyDeletesatu plot yg menarik..dan bagi akak bila Muz menceraikannya ..teras kejam ..apabila memikirkan apa yg dibuat oleh Muz..kerana melafazkan talaq dan menghinanya tetapi ada hikmah disebalik penceraian itu..yg rugi adalah Muz..melepaskan isteri yg sebaik Dhia yg tidak tahu punca kenapa dia dilepaskan oleh bekas suaminya...Allah menduga dia..dengan memberi orang yg salah kerana dia ingin menggantikannya dengan org yg lebih baik dari bekas suaminya..Redha dalam takdirnya..seperti Allah memberikan pelangi buat kita selepas dia memberi kita kilat guruh dan hujan..
Adakah komplot yang dilakukan oleh bekas mertuanya dan mariana bekas madunya diketahui oleh suaminya kini...adakah suaminya mempercayai CD yg telah diberikan kepadanya yg menunjukkan kecurangan Dhia..tidak kah hidup bersama dengan Dhia selama ini..ia tidak mengenali peribadi isterinya sendiri..
Teruja nak tahu kesinambungan citer ni..apa isi surat itu dan apakah Rayyan dipersalahkan dalam penceraian mereka dan siapakah lelaki yg datang pada awal pagi itu..
Kak ida..tq sbb sdi bce..actually.pn halimah brkomplot ngn mariana sbb nk jtuhkn dhia slpas d tgk CD i2..
ReplyDeleteIsi surat 2..akn dbrthu pd bab strusnya..insyallah..ap yg brlku pd dhia ad hikmahnya...