Oleh:Lela Vanila
Mak Jah membawa
Farisya pergi ke
salah satu anak
Syarikat,dia menerangkan satu
–persatu perkara yang
patut dia buat dan
tak patut dia
buat. Sempat juga dia
menasihati Farisya agar
jangan buat perkara
yang tak senonoh,
bukan dia tidak
tahu perangai si
Farisya yang selamba
badak ni. Farisya
hanya mengganggukkan kepala
tanda mengerti padahal
masuk telinga kanan
keluar telingga kiri.
Mereka menuju ke
pantri pejabat.
“Assalamualaikum Ita,
awal kamu sampai
hari ni” Sapa
Mak Jah kepada seorang
wanita yang berada
dalam lingkungan umur
20-an. Wanita itu
tersenyum.
“waalaikummussalam Mak Jah,
saja datang awal
hari ni banyak
kerja belum siap”
jawabnya sopan. Farisya
yang ada disebelah
Mak Jah dipandang. Mereka
berbalas senyuman.
“kamu dah
sarapan?” soal Mak Jah
kepada Norita yang
sedang leka membancuh
air. Dia hanya menggeleng.
“belum Mak Jah,
baru nak buat
air. Ingatkan nak
lawan dengan biskut
aje untuk alas
perut”
“kenyang
ke makan biskut
aje? dah ni
Mak Jah ada beli
nasi lemak lebih
ni, Mak Jah saja
beli lebih tahu
dah kamu ni
memang susah makan
pagi. Sikit-sikit makan
biskut mana kenyang,
dah jom makan
sama.” pelawa Mak Jah.
Dia meletakkan bungkusan
nasi lemak diatas
meja.
“terima kasih
Mak Jah” ucap Norita
berbahasa. Mak Jah hanya
mengangguk. Farisya hanya
jadi pemerhati. Dari
tadi dia hanya
berdiri dimuka pintu,
tidak berkutik walau
sedikit. Norita memandangnnya pelik.
“hah! Yang
kamu tu duk
menonggok macam patung
cendana kat pintu
tu kenapa? teringin
nak jadi ‘pak guard’ ke?kalau rasa teringin boleh Mak
Jah kenalkan dekat pakcik pengawal yang janggut panjang tu hah!” seloroh Mak Jah.
Tersentak Farisya. Dia
tersenyum kambing.
“dah orang tak pelawa duduk kita berdiri aje
lah macam patung cendana”balas Farisya selamba. Dia menarik kerusi lalu
duduk.Dia memandang Norita sambil tersenggih-senggih.
“kenapa pandang akak macam tu?”Soal Farisya
pelik. Farisya sudah ketawa kecil.
“saja,akak
comellah tu pasal saya tengok aje akak”jawab Farisya spontan.Dia menongkat dagu
lalu melihat saja Norita yang baru duduk disebelahnya. Merah muka Norita. Mak
Jah yang datang sambil membawa dua biji cawan sudah tersenyum.
“hah!mulalah tu nak menyakat kakak ni.Kamu
ni tak habis-habis”potong Mak Jah yang sudah lali dengan perangai Farisya.Dia
menghulurkan cawan kepada Farisya.
“betullah Mak
Jah kakak ni comel”sakat Farisya lagi.
Semakin merah muka Norita dibuatnya.
“ishh..ada-ada saja lah kamu ni,kamu ni
Wirdani Farisya kan?”Tanya Norita cuba mengubah topik. Farisya hanya menggangguk.
“betullah tu
macam mana tahu?”soalnya.
“Mak Jah
cerita.” Farisya hanya mengangguk mengerti.
“kakak pulak siapa nama?”
“Nama kakak
Norita,tapi orang panggil kak Ita saja”balas Norita.
“umur kamu berapa ni?”
“sembilan belas
kak”
“Sembilan belas!
muda lagi.Kamu tak nak sambung belajar?”soal Norita tiba-tiba memeranjatkan
Farisya.Tersedak dia yang baru meneguk air yang diberi Mak Jah.Nasib baik tidak
disemburnya air itu kemuka Mak Jah yang duduk didepannya. Dia terbatuk
kecil. ‘soalan maut seh!akak ni tujukan
kepada aku’ngomel hati Farisya.
Dia tersenyum
tawar.
“kenapa Risya?”sampuk Mak Jah.Terkejut dia
melihat Farisya yang tersedak tiba-tiba. Norita yang berada disebelahnya
menepuk perlahan belakangnya.
“okey tak
ni?”tanya Norita risau. Farisya hanya menggangguk. Soalan Norita dibiar sepi
tiada jawapan.
Mereka
bersarapan dengan selera sekali.kadang-kala diselitkan gurau senda dan
menyebabkan riuh pantri itu dengan suara mereka bertiga.Nasib baik Pejabat itu
masih belum didatangi para pekerja kerana jam baru menunjukkan pukul 8.30 pagi jadi tiada siapa yang akan marah mereka jika
membuat riuh.
********************************
“Eh!cleaner kau
sini kejap”panggil satu suara dari belakang Farisya memeranjatkan dia yang
sedang mengelap tingkap.Dia menoleh. Berkerut dahinya melihat penampilan wanita
yang memanggilnya. Farisya memandangnya atas bawah,atas bawah. ‘peh!minah ni nak pergi parti ke apa?bukan
main lagi pakaian dia,skirt atas lutut.Muka dah macam cina opera.Aku fikir
hantu cina mana lah tadi nasib baik tak terkena serangan jantung aku’ omel Farisya
dalam hati.
“eh!aku cakap dengan kau ni,kau dengar
tak?”panggil wanita itu lagi.Dengan pantas Farisya mengganguk.Dia menuju kearah
perempuan itu.
“ada apa
cik?’tanya Farisya sopan.
“Aku nak kau
bersihkan ruang mesyuarat.Kejap lagi kita orang ada meeting.Pastikan semuanya
bersih..okey!”lantang wanita itu
bersuara. Farisya hanya mengganguk untuk kesekian kali.Dah macam burung belatuk
dah rupa. Perempuan itu memandangnya sinis.
Pergi saja
perempuan itu,Farisya sudah sumpah seranah.
“kerek nak
mampus!pakai baju macam tak cukup kain!nak berlagak dengan aku geli
jelah”Farisya sudah membuat muka meluat.Nak saja dia baling botol pencuci
ditangannya. ‘Sabar Farisya sabar!sabar itu separuh daripada iman’Nasihat
Farisya kepada dirinya sambil mengurut dadanya yang sudah membara.
Dia menuju ke ruang mesyuarat selepas
menyiapkan tugasanya sebentar tadi.Sambil menuju ke ruang pejabat sempat lagi
dia membebel itu dan ini. Dah macam orang gila dah rupa. Sampai saja dia di
depan pintu bilik mesyuarat dia menolak daun pintu.
“Masyaallah,bersepah!dengan cawan tak
berangkat.Kertas sana sini.Tak tahu pulak aku ada pejabat macam ni. Syarikat
saja besar tapi pekerja semua pengotor.”omel Farisya sambil tangannya ralit
menyusun cawan-cawan yang kotor kedalam dulang lalu diletakkan
dipantri.Kemudian dia menuju ke bilik Mesyuarat kembali. Dia menyapu sampah
yang berselerak di lantai.Akhir sekali dia mengelap meja sambil menyanyi kecil.
“Hoi!dah siap
belum?”Sergah satu suara dari muka pintu.Habis terpelanting kain lap dengan botol
penyembur ditangannya.Dia mengurut
dadanya berombak kencang. ‘kus semangat minah ni,memang nak bagi aku mampus
cepat.Salam tak ada tiba-tiba hoi aje..Dahlah aku ni ada penyakit terkejut.Tapi
ada ke penyakit macam tu?ah..lantak ah..’seloroh hati Farisya.
“aku tanya ni
dah siap belum yang kau pergi berangan tu kenapa?”tengking perempuan itu
lagi.Terjongket bahu Farisya. ‘sebijik macam nenek kebayan’kutuk hatinya.
“sudah cik puan!tunggu masuk duduk saja”jawab
Farisya selamba. Perempuan itu memandangnya sinis. Cantik sangatlah konon.
Farisya mencebik.
“Dah kalau dah
siap kau boleh keluar sekarang,kejap lagi bos aku dengan klien nak
masuk”sambung perempuan itu. Hanya anggukan diberi Farisya. Perempuan itu
berlalu. Sempat dia menjelingnya.Darah Farisya sudah mendidih ketahap tunggu
masa untuk meletup.Dia mencapai kain lap yang berada dilantai lalu
dilemparkannya kearah pintu.Sangkaannya tiada sesiapa alih-alih kain itu
melekap dimuka salah seorang yang berada dimuka pintu.Mereka baru saja ingin
masuk untuk bermesyuarat.
Farisya sudah
terkejut babun.Mulutnya tercegang .Kedua-dua tangannya ditalakan kemulut.
‘Alamak!salah
sasaran.Mampus aku.Mak Jah tolong..’jerit hati Farisya. Dia sudah kekalutan.Dia
hanya berdiri menegak macam patung.Tak tahu apa nak dibuatnya.
Tengku Danial
yang terkejut dengan balingan kain lap tadi kemukanya menarik kasar dari
mukanya.Dia mendengus geram. ‘tak
guna!’getus hatinya.Malu dia dengan klien-klien yang ada bersamanya.Mereka
semua sudah ketawa kecil,ada yang tersenyum saja. Dia mencari manusia yang
membaling kain lap itu kemukanya.Tiada.
Salah seorang
kliennya menunding jari kearah bawah meja.Kelihatan Farisya sedang
merangkak-rangkak dibawah meja.Sambil mengomel sendirian.Tengku Danial sudah
tersenyum kemenangan.Dia berdiri betul-betul dihadapan meja. Farisya yang
sedang merangkak tiba-tiba terhenti bila melihat sepasang kasut jenama Bally
betul-betul dihadapanya.Dia terkedu. ‘mampus aku’Desis hatinya.
BERSAMBUNG..... :D
No comments:
Post a Comment