ENGKU Edry Ashman melingkarkan tangannya rapat ke
pinggang spesies kerengga milik Dorina. Model baru Agensi Modelling milik
Robert yang seringkali membekalkan dia model-model fresh and white! Dah serupa
jenama ubat gigi pula jadinya.
'Dorina, Dorina, boleh tahan
jugak perempuan ni! Cun, putih melepak, pipinya bagai pauh dilayang, kaki
panjang macam galah. Almaklumlah, model catwalk. Arghhh, tak kisahlah, janji
malam ni aku enjoy dan perempuan ni, senang je nak ikut aku balik tanpa
sebarang caj!'Engku Edry Ashman tersengih-sengih suka.
Dorina dan Engku Edry Ashman
menuju ke suite hotel yang telah di tempah. Almaklumlah, dapat model cun
kenalah tempat bilik ekslusif sikit. Senang saja hendak memikat model yang
tinggi macam galah ni, Engku Edry Ashman hanya mengumpannya dengan jambangan
bunga ros dan mengajaknya makan di restoren ekslusif di KL ini. Terus gadis ini
bersetuju menghabiskan malam ini bersamanya.
Setelah mandi bersama, mereka
berbaring atas katil sambil menonton televisyen.
“You handsome lah! First time I tengok you, I dah jatuh cinta tau? Handsome macam, er.. macam Amitabh Bachan! Kih...kih.....kih....” Puji Dorina dengan gelak besarnya.
“You handsome lah! First time I tengok you, I dah jatuh cinta tau? Handsome macam, er.. macam Amitabh Bachan! Kih...kih.....kih....” Puji Dorina dengan gelak besarnya.
Engku Edry Ashman yang
mendengar tersengih janggal. Amitabh Bachan? Tak ada iras langsung? Bayang pun
jauh sekali. Takut pula dengar Dorina ni ketawa. 'Jangan-jangan, hantu yang aku
bawa balik ni, bukannya orang.'
Engku Edry Ashman pasrah
menerimanya.Amitabh Bachan pun, Amitabh Bachan lah! Giliran dia pula mengayat
gadis setinggi galah panjang ini. Itu memang bakal semulajadinya yang tidak
dapat dinafikan lagi.
“Iya ke? Tak sangkanya muka I
macam Amitabh Bachan tu. Mesti I sangat hensem di mata you kan? Sebenarnya, I
pun dah lama meminati you, lepas menghadiri fashion show you minggu lepas,
terus I jadi gila bayang. Sampaikan tiang elektrik, pokok kelapa, Pasaraya
Tesco pun nampak seperti you.
Oh, betapa kroniknya gila
bayang I, sampaikan I pergi membeli majerin Dorina demi menghilangkan kegilaan
I pada you. Hari-hari I makan majerin tu, sampai kembung perut I.
I lega sangat sayang, you kini berada disebelah I, sudi temankan I malam ni.
Terubat penyakit angau I akhirnya. Rasa macam mimpi dalam pula. You cantik
sangat, superb macam Lady Gaga, ” bersungguh Engku Edry Ashman berkata dengan
nada yang romantis.
Matanya merenung romantis wajah
gadis ini. Pasti Dorina akan cair kerana kata orang renungan matanya sangat
seksi. Dorina yang mendengar ketawa lagi kuat. Mengilai, seram sejuk pula
mendengarnya.
Dorina menampar bahu Engku Edry
Ashman berkali-kali kerana tidak mampu menahan kelucuan sampai senget bahu
Engku Edry Ashman dibuatnya.
'Perempuan jenis apa ni,
kasarnya, nak gelak pun, control lah sikit suara tu. Mengilai-gilai macam
langsuir. Tangan pula kerja merayap je. Tak tau diam. Kalau meraba aku, syoklah
juga. Ini tidak sekejap tampar, sekejap cubit, sakit nak mampus satu badan aku
ni! Mahu lebam karang.' Desis hati Engku Edry Ashman.
“Okey, I nak urutkan badan you
boleh, sayang?” Pinta Dorina dengan gedik. Engku Edry Ashman berasa lega.
Penderitaan sudah berakhir. Dia kembali tersengih.
“Wow, sayang, baiknya hati you.
Urutlah, badan I pun sakit-sakit, lenguh-lenguh ni.”
“I baru belajar satu kaedah
urutan, namanya cakar kucing. Urutan ni bagus untuk pengedaran darah tau dan
mengeratkan kasih sayang sesama kita. I tak nak hubungan kita tamat malam ni
je, I nak hubungan kita berpanjangan,” balas Dorina.
“Hah? Cakar kucing? Apa tu? I
tak pernah dengar pun?” Tanya Engku Edry Ashman dengan pelik. Bab cakar-cakar
ni bukan benda main-main, tengoklah kuku si Dorina yang panjang tu.
Engku Edry Ashman tidak sempat
menolak kerana Dorina telah menolak badannya sehingga tertiarap. Terasa
belakangnya dicakar-cakar manja. Engku Edry Ashman tergelak geli.
“You ni urut ke mengeletek?”
Seloroh Engku Edry Ashman sambil tergelak.
“Relakslah darling, ini baru
permulaan untuk longgarkan urat belakang you dulu. Orang kata apa, pemanasan,
macam kita senaman tu. Hah, ini urutan yang sebetulnya. Ada bunyi macam kucing
sikit. Miaw!!!”
Shrekkk!!! Terus kuku Dorina
yang tajam dan panjang itu mencakar belakang Engku Edry. Terkedu dan terbeliak
mata Engku Edry Ashman dibuatnya, yang pasti mukanya merah padam menahan pedih
akibat cakaran itu. Ini cakar kucing ke, cakar harimau? Dorina ni, serigala
jadi-jadian ke?
“Macam mana darling? Rasa sedap
tak urat-urat badan you? I menuntut dari kawan I tau. Dia kata urutan cakar ni,
akan mengeratkan kasih sayang antara suami isteri. I akan praktikkan cakaran
sebelum kita jadi suami isteri. You mesti bertambah sayang kat I kan sekarang?”
Tanya Dorina dengan penuh manja sambil terus mencakar dengan tahap keyakinan
yang cukup tinggi.
Lampu yang malap, membuatkan
dia tidak nampak belakang Engku Edry Ashman yang sudah berbirat merah itu.
Engku Edry Ashman tersenyum pahit lepang. 'Teramatlah sayang pada kau Dorina,
sampai aku rasa nak humban kau dalam kandang harimau. Baru sama spesiesnya!'
Lemah rasa suara hati ini kerana sakit.
“Cukuplah sayang, I dah
bertrilion rasa sayang pada you ni.....cukup....cukup.....” Engku Edry Ashman
terus berpusing ke depan. Nafas ditarik dalam-dalam. Cuba menahan pedih dan
sakit.
'Mahunya seminggu aku
mengelupur masa mandi. Betul ke tak betul otak si Dorina ni? Model cap ayam
agaknya?' Getus hati Engku Edry Ashman.
'Ini adalah kali terakhir aku
bertemu dengan Dorina pencakar kucing, cukuplah hanya sekali aku pakai dia!'
Balas Engku Edry Ashman dengan geram.
“Abang! Baru balik? Apasal
abang ni? Macam sakit ja?” Soal Engku Evana apabila melihat muka kelat abang
yang dari tadi memegang belakang badan. Sesudah menghabiskan masa dua jam
bersama Dorina, Engku Edry Ashman terus pulang dari KL ke Villa Sentosa.
“Adik, cuba tengok belakang abang ni, apa yang dah jadi?” Soal Engku Edry Ashman menahan pedih. Berdesit dia menahan pedih.
Engku Evana menyelak belakang
baju abangnya itu. Terlopong mulutnya melihat bekas cakaran yang memerah di
belakang abangnya.
“Apa ni abang? Apasal
calar-balar ni? Siap berdarah lagi. Abang kena sebat dengan siapa ni?” Soal
Engku Evana dengan risau. Cemas dan panik mukanya.
'Tak guna! Memang gila betul
perempuan tu! Terpaksa aku kontrol macho tau tak tadi, itu yang aku tahan je,
macam tak sakit. Padahal, mahu saja menjerit satu KL tadi.' Bebel Engku Edry
Ashman dalam hati.
“Abang...errr....abang.....errrr,”
aduhai, alasan apa harus diberikan pada adiknya ini.Engku Evana mengelengkan kepalanya. Engku Evana cukup maklum perangai kaki
betina abangnya ini.
“Perempuan kan yang cakar
abang? Abang ni tak habis-habis dengan perangai playboy dia. Sejak bercerai
semakin menjadi-jadi. Menyampah betul dengan perangai abang tau tak?”
Kehidupan sosial yang
melingkari mereka sekeluarga membuatkan mummy dan daddy tidak pernah melarang
abang-abangnya untuk melakukan apa sahaja yang diingini mereka tanpa sekatan.
“Janganlah menyampah pada
abang. Biasalah orang lelaki. Itu yang abang tak bagi Eva dekat-dekat dengan
orang lelaki, sebab lelaki zaman sekarang ni ramai yang hidung belang. Eva,
tolong sapukan ubat kat belakang abang. Pedih lah!” Engku Edry Ashman menahan
pedih. Engku Evana lantas bangun mengambil krim luka.
“Padan muka abang! Tahu nak
berseronok je, tak kira siapa. Entah-entah perempuan gila yang abang tidur ni.
Janganlah bebas sangat abang, Eva takut abang tertidur dengan pembawa HIV ke,
macam mana? Berseronok tak ingat mati!” Tegur Engku Evana dengan penuh bimbang.
Krim luka terus disapu ke belakang abangnya yang berbirat luka itu.
“Eva ni membebel macam mak
nenek. Bukan abang yang kejar perempuan, perempuan yang kejar abang. Mana ada
kucing nak tolak ikan. Hidup solo macam ni, lebih banyak save tau dari membela
isteri. Perempuan-perempuan yang ikut abang tu, abang cuma perlu mengayat je,
terus cair. Tak payah nak berhabis duit pun. Jangan risaulah, abang pakai
protection.
Tak akan kena penyakit punya.
Abang pun bukan sesuka hati nak tidur dengan mana-mana perempuan. Mesti abang
siasat dulu latar belakang perempuan tu. Tapi hampeh perempuan zaman sekarang,
nampak baik, kadang-kadang tu yang bertudung pun abang sebat juga ingatkan suci
lagi, tapi dah rosak. Susah nak cari perempuan baik-baik,” jawab Engku Edry
Ashman. Dalam kebanyakan perempuan yang dipikat, semuanya sudah habis madunya.
Tinggal sisa saja untuknya.
“Lelaki macam abang, dah gitu
je perempuan yang selayaknya untuk abang. Kalau nak perempuan baik-baik,
jadilah lelaki yang baik-baik. Kalau nak isteri yang baik, jadilah suami yang
baik. Perangai macam hantu, nak isteri macam malaikat!” Bebel Engku Evana
geram.
Engku Ejah yang turun ke bawah
kehairanan melihat belakang anak sulungnya yang berbirat.
“Edry, kenapa belakang tu? Lain
macam je mummy tengok?” Tanya Engku Ejah. Engku Edry Ashman bingkas bangun,
duduk di sisi adiknya itu.
“Tak ada apalah mummy. Sikit
je, biasalah dapat yang ganas malam ni. Mummy tak tidur lagi?” Soal Engku Edry
Ashman. Masih terasa kesakitan di belakangnya. Engku Ejah mengelengkan
kepalanya.
“Macam-macam kamu ni, Edry.
Ikut suka kamulah, janji jangan abaikan kilang-kilang kita tu sudahlah. Daddy
pun, puji perkembangan kilang bawah jagaan Edry tu, tapi ingat, jangan sibuk
sangat menghabiskan duit pada perempuan.
Perempuan zaman sekarang ni,
semuanya mata duitan. Tahu nak mengikis harta orang je kerjanya.” Bebel Engku
Ejah dengan kesal.
“Tak teringin ke abang nak
kahwin lagi? Kalau lepas ni, kiranya isteri yang ke empatlah kan?” Engku Evana
tergelak lucu.
Engku Edry Ashman terdiam
seketika. Malas hendak memikirkan soal perkahwinan. Kahwin ke tidak sama
sahaja, tiada apa pun yang mengubah kehidupannya. Engku Ejah mengelengkan
kepalanya melihat anak sulungnya sedang mengelamun sendirian.
“Edry nak kahwin lagi ke? Baik
tak payah, buat membebankan je. Setakat kahwin tak sampai seminggu pun, lepas
tu dah jemu mengadap isteri. Kemudian, cerai. Lepas tu jadi satu kerja pula nak
naik turun mahkamah. Mummy dah malas nak fikir fasal masalah Edry ni. Buang
masa je Edry,” Engku Ejah terus bangun dan berlalu ke bilik.Engku Edry Ashman
cukup bersetuju dengan pendapat mummynya. Biarlah dia menduda, bukanlah susah
pun nak dapatkan mana-mana perempuan untuk melepaskan keinginannya.
BERSAMBUNG.... :D
Bila engku Eddry ni akan jumpa dgn kifayah....tak sabar rasanya....buku bertemu ruas nnt....
ReplyDelete