Followers

Monday 8 April 2013

DILARANG MASUK KE HATIKU BAB 6

OLEH : MYA AZLISHA


ENGKU Edry Ashman melingkarkan tangannya rapat ke pinggang spesies kerengga milik Dorina. Model baru Agensi Modelling milik Robert yang seringkali membekalkan dia model-model fresh and white! Dah serupa jenama ubat gigi pula jadinya.

'Dorina, Dorina, boleh tahan jugak perempuan ni! Cun, putih melepak, pipinya bagai pauh dilayang, kaki panjang macam galah. Almaklumlah, model catwalk. Arghhh, tak kisahlah, janji malam ni aku enjoy dan perempuan ni, senang je nak ikut aku balik tanpa sebarang caj!'Engku Edry Ashman tersengih-sengih suka.
Dorina dan Engku Edry Ashman menuju ke suite hotel yang telah di tempah. Almaklumlah, dapat model cun kenalah tempat bilik ekslusif sikit. Senang saja hendak memikat model yang tinggi macam galah ni, Engku Edry Ashman hanya mengumpannya dengan jambangan bunga ros dan mengajaknya makan di restoren ekslusif di KL ini. Terus gadis ini bersetuju menghabiskan malam ini bersamanya. 

Setelah mandi bersama, mereka berbaring atas katil sambil menonton televisyen.
“You handsome lah! First time I tengok you, I dah jatuh cinta tau? Handsome macam, er.. macam Amitabh Bachan! Kih...kih.....kih....” Puji Dorina dengan gelak besarnya. 

Engku Edry Ashman yang mendengar tersengih janggal. Amitabh Bachan? Tak ada iras langsung? Bayang pun jauh sekali. Takut pula dengar Dorina ni ketawa. 'Jangan-jangan, hantu yang aku bawa balik ni, bukannya orang.'

Engku Edry Ashman pasrah menerimanya.Amitabh Bachan pun, Amitabh Bachan lah! Giliran dia pula mengayat gadis setinggi galah panjang ini. Itu memang bakal semulajadinya yang tidak dapat dinafikan lagi. 

“Iya ke? Tak sangkanya muka I macam Amitabh Bachan tu. Mesti I sangat hensem di mata you kan? Sebenarnya, I pun dah lama meminati you, lepas menghadiri fashion show you minggu lepas, terus I jadi gila bayang. Sampaikan tiang elektrik, pokok kelapa, Pasaraya Tesco pun nampak seperti you.
Oh, betapa kroniknya gila bayang I, sampaikan I pergi membeli majerin Dorina demi menghilangkan kegilaan I pada you. Hari-hari I makan majerin tu, sampai kembung perut I. 

I lega sangat sayang, you kini berada disebelah I, sudi temankan I malam ni. Terubat penyakit angau I akhirnya. Rasa macam mimpi dalam pula. You cantik sangat, superb macam Lady Gaga, ” bersungguh Engku Edry Ashman berkata dengan nada yang romantis. 

Matanya merenung romantis wajah gadis ini. Pasti Dorina akan cair kerana kata orang renungan matanya sangat seksi. Dorina yang mendengar ketawa lagi kuat. Mengilai, seram sejuk pula mendengarnya.
Dorina menampar bahu Engku Edry Ashman berkali-kali kerana tidak mampu menahan kelucuan sampai senget bahu Engku Edry Ashman dibuatnya. 

'Perempuan jenis apa ni, kasarnya, nak gelak pun, control lah sikit suara tu. Mengilai-gilai macam langsuir. Tangan pula kerja merayap je. Tak tau diam. Kalau meraba aku, syoklah juga. Ini tidak sekejap tampar, sekejap cubit, sakit nak mampus satu badan aku ni! Mahu lebam karang.' Desis hati Engku Edry Ashman. 

“Okey, I nak urutkan badan you boleh, sayang?” Pinta Dorina dengan gedik. Engku Edry Ashman berasa lega. Penderitaan sudah berakhir. Dia kembali tersengih. 

“Wow, sayang, baiknya hati you. Urutlah, badan I pun sakit-sakit, lenguh-lenguh ni.”

“I baru belajar satu kaedah urutan, namanya cakar kucing. Urutan ni bagus untuk pengedaran darah tau dan mengeratkan kasih sayang sesama kita. I tak nak hubungan kita tamat malam ni je, I nak hubungan kita berpanjangan,” balas Dorina. 

“Hah? Cakar kucing? Apa tu? I tak pernah dengar pun?” Tanya Engku Edry Ashman dengan pelik. Bab cakar-cakar ni bukan benda main-main, tengoklah kuku si Dorina yang panjang tu. 

Engku Edry Ashman tidak sempat menolak kerana Dorina telah menolak badannya sehingga tertiarap. Terasa belakangnya dicakar-cakar manja. Engku Edry Ashman tergelak geli.

“You ni urut ke mengeletek?” Seloroh Engku Edry Ashman sambil tergelak. 

“Relakslah darling, ini baru permulaan untuk longgarkan urat belakang you dulu. Orang kata apa, pemanasan, macam kita senaman tu. Hah, ini urutan yang sebetulnya. Ada bunyi macam kucing sikit. Miaw!!!” 

Shrekkk!!! Terus kuku Dorina yang tajam dan panjang itu mencakar belakang Engku Edry. Terkedu dan terbeliak mata Engku Edry Ashman dibuatnya, yang pasti mukanya merah padam menahan pedih akibat cakaran itu. Ini cakar kucing ke, cakar harimau? Dorina ni, serigala jadi-jadian ke?

“Macam mana darling? Rasa sedap tak urat-urat badan you? I menuntut dari kawan I tau. Dia kata urutan cakar ni, akan mengeratkan kasih sayang antara suami isteri. I akan praktikkan cakaran sebelum kita jadi suami isteri. You mesti bertambah sayang kat I kan sekarang?” Tanya Dorina dengan penuh manja sambil terus mencakar dengan tahap keyakinan yang cukup tinggi. 

Lampu yang malap, membuatkan dia tidak nampak belakang Engku Edry Ashman yang sudah berbirat merah itu. Engku Edry Ashman tersenyum pahit lepang. 'Teramatlah sayang pada kau Dorina, sampai aku rasa nak humban kau dalam kandang harimau. Baru sama spesiesnya!' Lemah rasa suara hati ini kerana sakit. 

“Cukuplah sayang, I dah bertrilion rasa sayang pada you ni.....cukup....cukup.....” Engku Edry Ashman terus berpusing ke depan. Nafas ditarik dalam-dalam. Cuba menahan pedih dan sakit. 

'Mahunya seminggu aku mengelupur masa mandi. Betul ke tak betul otak si Dorina ni? Model cap ayam agaknya?' Getus hati Engku Edry Ashman.

'Ini adalah kali terakhir aku bertemu dengan Dorina pencakar kucing, cukuplah hanya sekali aku pakai dia!' Balas Engku Edry Ashman dengan geram.

“Abang! Baru balik? Apasal abang ni? Macam sakit ja?” Soal Engku Evana apabila melihat muka kelat abang yang dari tadi memegang belakang badan. Sesudah menghabiskan masa dua jam bersama Dorina, Engku Edry Ashman terus pulang dari KL ke Villa Sentosa.

“Adik, cuba tengok belakang abang ni, apa yang dah jadi?” Soal Engku Edry Ashman menahan pedih. Berdesit dia menahan pedih.

Engku Evana menyelak belakang baju abangnya itu. Terlopong mulutnya melihat bekas cakaran yang memerah di belakang abangnya.

“Apa ni abang? Apasal calar-balar ni? Siap berdarah lagi. Abang kena sebat dengan siapa ni?” Soal Engku Evana dengan risau. Cemas dan panik mukanya. 

'Tak guna! Memang gila betul perempuan tu! Terpaksa aku kontrol macho tau tak tadi, itu yang aku tahan je, macam tak sakit. Padahal, mahu saja menjerit satu KL tadi.' Bebel Engku Edry Ashman dalam hati.
“Abang...errr....abang.....errrr,” aduhai, alasan apa harus diberikan pada adiknya ini.Engku Evana mengelengkan kepalanya. Engku Evana cukup maklum perangai kaki betina abangnya ini.

“Perempuan kan yang cakar abang? Abang ni tak habis-habis dengan perangai playboy dia. Sejak bercerai semakin menjadi-jadi. Menyampah betul dengan perangai abang tau tak?” 

Kehidupan sosial yang melingkari mereka sekeluarga membuatkan mummy dan daddy tidak pernah melarang abang-abangnya untuk melakukan apa sahaja yang diingini mereka tanpa sekatan.

“Janganlah menyampah pada abang. Biasalah orang lelaki. Itu yang abang tak bagi Eva dekat-dekat dengan orang lelaki, sebab lelaki zaman sekarang ni ramai yang hidung belang. Eva, tolong sapukan ubat kat belakang abang. Pedih lah!” Engku Edry Ashman menahan pedih. Engku Evana lantas bangun mengambil krim luka.

“Padan muka abang! Tahu nak berseronok je, tak kira siapa. Entah-entah perempuan gila yang abang tidur ni. Janganlah bebas sangat abang, Eva takut abang tertidur dengan pembawa HIV ke, macam mana? Berseronok tak ingat mati!” Tegur Engku Evana dengan penuh bimbang. Krim luka terus disapu ke belakang abangnya yang berbirat luka itu. 

“Eva ni membebel macam mak nenek. Bukan abang yang kejar perempuan, perempuan yang kejar abang. Mana ada kucing nak tolak ikan. Hidup solo macam ni, lebih banyak save tau dari membela isteri. Perempuan-perempuan yang ikut abang tu, abang cuma perlu mengayat je, terus cair. Tak payah nak berhabis duit pun. Jangan risaulah, abang pakai protection. 

Tak akan kena penyakit punya. Abang pun bukan sesuka hati nak tidur dengan mana-mana perempuan. Mesti abang siasat dulu latar belakang perempuan tu. Tapi hampeh perempuan zaman sekarang, nampak baik, kadang-kadang tu yang bertudung pun abang sebat juga ingatkan suci lagi, tapi dah rosak. Susah nak cari perempuan baik-baik,” jawab Engku Edry Ashman. Dalam kebanyakan perempuan yang dipikat, semuanya sudah habis madunya. 

Tinggal sisa saja untuknya. 

“Lelaki macam abang, dah gitu je perempuan yang selayaknya untuk abang. Kalau nak perempuan baik-baik, jadilah lelaki yang baik-baik. Kalau nak isteri yang baik, jadilah suami yang baik. Perangai macam hantu, nak isteri macam malaikat!” Bebel Engku Evana geram.

Engku Ejah yang turun ke bawah kehairanan melihat belakang anak sulungnya yang berbirat.

“Edry, kenapa belakang tu? Lain macam je mummy tengok?” Tanya Engku Ejah. Engku Edry Ashman bingkas bangun, duduk di sisi adiknya itu.

“Tak ada apalah mummy. Sikit je, biasalah dapat yang ganas malam ni. Mummy tak tidur lagi?” Soal Engku Edry Ashman. Masih terasa kesakitan di belakangnya. Engku Ejah mengelengkan kepalanya.

“Macam-macam kamu ni, Edry. Ikut suka kamulah, janji jangan abaikan kilang-kilang kita tu sudahlah. Daddy pun, puji perkembangan kilang bawah jagaan Edry tu, tapi ingat, jangan sibuk sangat menghabiskan duit pada perempuan. 

Perempuan zaman sekarang ni, semuanya mata duitan. Tahu nak mengikis harta orang je kerjanya.” Bebel Engku Ejah dengan kesal.

“Tak teringin ke abang nak kahwin lagi? Kalau lepas ni, kiranya isteri yang ke empatlah kan?” Engku Evana tergelak lucu. 

Engku Edry Ashman terdiam seketika. Malas hendak memikirkan soal perkahwinan. Kahwin ke tidak sama sahaja, tiada apa pun yang mengubah kehidupannya. Engku Ejah mengelengkan kepalanya melihat anak sulungnya sedang mengelamun sendirian.

“Edry nak kahwin lagi ke? Baik tak payah, buat membebankan je. Setakat kahwin tak sampai seminggu pun, lepas tu dah jemu mengadap isteri. Kemudian, cerai. Lepas tu jadi satu kerja pula nak naik turun mahkamah. Mummy dah malas nak fikir fasal masalah Edry ni. Buang masa je Edry,” Engku Ejah terus bangun dan berlalu ke bilik.Engku Edry Ashman cukup bersetuju dengan pendapat mummynya. Biarlah dia menduda, bukanlah susah pun nak dapatkan mana-mana perempuan untuk melepaskan keinginannya. 






BERSAMBUNG.... :D

1 comment:

  1. Bila engku Eddry ni akan jumpa dgn kifayah....tak sabar rasanya....buku bertemu ruas nnt....

    ReplyDelete