OLEH : FR
Miqael termenung di halaman rumahnya. Pemandangan disekeliling tidak menarik minatnya. Kejadian dua minggu lalu banyak merubah sikap Miqael. Dia lebih banyak termenung. Kalau dulu dia sering mengunjungi kelab malam tetapi tidak sekarang.
Perasaan
bersalah sering menghantuinya. Kejadian dimana dia nekad untuk ‘memiliki’ Rina
dengan cara yang salah. Dia masih terdengar suara gadis itu merayu-rayu sambil
menangis meminta dilepaskan. Tapi dia telah dikuasai oleh syaitan. Dia tidak
mempedulikan rayuan dan tangisan gadis
itu. Langsung tidak hadir perasaan bersalah pada ketika itu. Dia akui, dia
khilaf dalam memiliki cinta dan kasih sayang Rina. Dan dia amat pasti, sekarang
ini Rina amat membenci dirinya. ‘Tapi kenapa pada hari rina sedar, gadis itu
langsung tidak melaporkan pada pihak polis?’, Miqael tertanya-tanya. Sudah lama
dia memikirkan kenapa Rina tidak melaporkan apa yang telah dia lakukan pada
Rina dan Fika kepada pihak polis. Tapi dia tidak mempunyai jawapan.
Dia
mahu mendekati gadis itu semasa di kolej. Tapi Rina seperti mengelak dari
berjumpa dengannya. Mungkin gadis itu teramat membenci dirinya. Dan lagi satu
perubahan yang amat ketara dalam diri Rina ialah banyak mendiamkan diri dan
lebih suka menyendiri. Dia tidak lagi seperti Rina yang dulu. Rina yang sentiasa
ceria. Murah dengan senyuman. Gadis itu seperti memendam segala luka dan cuba
untuk mengubati lukanya itu tanpa orang disisinya.
Miqael
sedar bahawa perubahan gadis yang dicintainya itu adalah disebabkannya. Gadis
itu telah kehilangan insan yang sangat bererti dalam hidup. Rina telah
kehilangan seorang sahabat bernama Fika.
‘Fika...
maafkan aku Fika. Disebabkan aku, kau jatuh dari tangga. Maafkan aku Fika’,
Miqael menangis apabila mengingati kejadian yang hampir meragut nyawa Rina.
Tapi.. Fika?. Ya Allah, ampunilah segala kesalahanku Ya Allah. Aku manusia yang
tak pernah bersyukur. Aku bertaubat padaMu Ya Allah. Maafkan atas segala
kekhilafanku Ya Allah’, Miqael menangis ketika menghambakan dirinya di tikar
sembahyang. Dia tidak dapat membendung air matanya dari mengalir. Betapa
besarnya dosa dia kepada orang di sekelilingnya. Dia menangis teresak-esak di
malam yang hening. Tanpa dia sedari, ada sepasang mata turut menangis
bersamanya.
“Tolong
aku Ezrey. Aku takut... Aku banyak buat salah kepada orang di sekeliling aku”,
Miqael menangis teresak-esak.
Ezrey
berdebar. Dia merasa hairan apabila melihat wajah Miqael. Wajah Miqael pucat
seperti ada sesuatu yang berlaku. Sesuatu yang telah Miqael lakukan.
“Wei
Miqa. Kau buat lawak apa nie? Aku tahu kau saja nak kenakan aku”, ujar Ezrey
sambil ketawa. Ketawanya terhenti apabila melihat wajah Miqael yang serius.
‘Tiada perubahan pada wajah Miqael. Bererti apa yang dikatakan Miqael adalah
benar. Apa yang telah Miqael lakukan?’, Ezrey tertanya-tanya dalam hati.
“Wei
Miqa... apa yang kau dah buat? Kau cerita dekat aku sekarang. Apa yang kau
takutkan sangat nie?”, tanya Ezrey kebingungan. Miqael menarik nafas panjang
sebelum menceritakan satu persatu insiden yang berlaku didalam rumah dua
tingkat milik Rina dan Fika. Apa yang telah dia lakukan pada Rina dan Fika.
Ezrey yang mendengar tergamam. Dia tidak menyangka sama sekali Miqael berbuat
begitu.
“Apa..!
Miqael.. kau sedar taka pa yang kau dah buat?! Kau tak ada perasaan ke masa tu?
Kau tau tak yang kau nie syaitan yang bertopengkan manusia!. Aku menyesal
sangat sebab ikut rancangan bodoh kau nie! Kau tahu tak, kes kau nie dah
melibatkan nyawa orang. Kau tahu tak!”, marah Ezrey berbakul-bakul terhadap
Miqael.
Tidak
cukup dengan marah, Ezrey memberi penumbuk sulung pada Miqael sehingga dia
terjelupuk jatuh di atas tanah. Ezrey merenung tajam kearah Miqael. “ Kau
memang tak ada otak Miqa. Kau tergamak guna cara kotor semata-mata kau nak
jadikan Rina hak milik mutlak kau. Kau tau tak, dengan cara kau macam nie Rina
akan bertambah benci pada kau? Kau tau tak?!”, tengking Ezrey masih tidak
berpuas hati.
“Aku
tak sangka, sepupu yang aku sanjung selama nie rupa-rupanya bodoh. Otak cetek.
Buat sesuatu tidak fikir panjang. Aku malu ada sepupu macam kau. Mulai dari
hari ini, detik ini, saat ini, aku tak nak tengok muka kau lagi. Kau anggap
saja aku sudah mati. Kalau dekat kolej, jangan tegur aku. Anggap kita tidak
pernah kenal antara satu sama lain”,
Setelah Ezrey meluahkan segala amarahnya pada Miqael, dia terus berlalu
pergi meninggalkan banglo tiga tingkat itu.
Sudah
dua minngu Mikail dan Ezeryy tidak bertegur sapa. Hati Ezery masih panas
mengenangkan sikap Miqael. Miqael juga sedar bahawa pintu kemaafan untuknya
belum terbuka. Dia tahu dia berdosa. Dia bersalah kerana tidak pernah mendengar
nasihat sahabat dan merangkap sepupunya itu. Kini dia kehilangan Rina dan
Ezrey.
Miqael
mendekati Ezery yang sedang menyiapkan tesis. Dia duduk bersebelahan dengan
Ezery di dalam perpustaakan itu. Namun Ezery buat tidak nampak sahaja, seperti
tiada sesiapa disebelahnya. Miqael mahu meminta maaf. Walaupun hanya sekelumit
kemaafan. Sudah cukup memadai buatnya.
”Aku
nak minta maaf”.
“Bukan
pada aku yang kau patut minta maaf, tapi pada Rina dan Fika”, kata Ezrey seraya
terus melipat buku notanya dan lantas mengangkat punggung beredar dari situ.
Malas dia hendak melayan orang seperti Miqael yang bertindak tanpa berfikir.
Selama ini dia ingatkan Miqael seorang yang sangat matang dalam berfikir, tapi
sangkaannya meleset.
“Ezrey..!”,
panggil Miqael, namun panggilan itu langsung tidak diendahkan oleh Ezrey.
****
Kereta
Miqael tiba-tiba dihalang oleh sebuah kereta. Kenderaan yang dipandu Miqael
terpaksa diberhentikan serta merta. Seorang lelaki keluar dari kereta yang
menghalang kereta Miqael sebentar tadi. Lelaki itu berjalan menuju ke pinta
kereta Miqael.
“Kau
keluar sekarang”, lelaki yang tidak sikenali Miqael itu mengetuk cermin
keretanya. Kereta Miqael yang tidak kunci itu dibuka kasar oleh lelaki itu.
Pantas lelaki itu menarik kolar baju Miqael. Miqael terpaksa keluar gara-gara
lelaki itu bertindak kasar.
“Korang
nie siapa? Apa yang korang nak? Tiba-tiba tarik baju orang”, soal Miqael.
“Dah
habis tanya? Sekarang rasakanlah...”,tanya lelaki berbadan tegap itu. Kemudian
Miqael menerima tumbukan bertubi-tubi dari dua orang lelaki yang tidak
dikenalinya itu. Miqael cuba untuk melawan tetapi kudratnya tidak standing
dengan dua orang lelaki yang berbadan sasa dan bortopeng itu.
“Siapa
korang nie? Apa yang korang nak? Kalau korang nak duit, aku boleh bagi”, tanya
Miqael. Tanpa dia sedari salah seorang lelaki mengambil kayu yang berada di
tepi jalan lalu dihayunkan kayu itu ke kepala Miqael. Miqael yang tidak tahu
apa-apa, bertanya kepada dua orang lelaki itu. “Apa yang kor...”, ayat Miqael
terhenti apabila kayu itu tepat mengena belakang Miqael. Miqael tersembam jatuh
dan matanya berpinar-pinar. Perlahan-lahan matanya tertutup. Dua orang lelaki
it uterus melarikan diri setelah Miqael rebah dan tidak sedarkan diri.
****
“Beb,
aku nak tanya sesuatu. Boleh tak?”, wajah Fika begitu ceria ketika menuturkan
sebaris ayat pertanyaan itu. Itu ialah kali terakhir Rina bercakap dengan Fika
sebelum kejadian yang menimpa mereka berdua.
“Hurm..
Kau nak tanya apa?”
“Kalau
aku dah tak ada nanti, kau nangis tak? Dan.. aku nak kau cari pengganti aku.
Kau cari kawan yang boleh buat kau ketawa dan selalu tersenyum. Boleh kau cari
pengganti aku, bila aku tak ada nanti?”, tanya Fika sambil tersenyum.
“Pertanyaan
ka utu pelik. So... aku tak nak jawab”, jawab Rina.
“Ye
ke pelik? Bagi aku biasa jer pertanyaan aku tadi”, jawab Fika dengan selamba.
“Walaupun aku hanya anak angkat daalm keluarga kau, tapi aku sangat menyanyangi
keluarga kau macam keluarga aku sendiri. Banyak jasa kau dan keluarga kau pada
aku”, sambung Fika lagi.
“Stop
It! Aku tak nak kau cakap pasal nie lagi. Kau dah janji dengan aku kan, yang
kau takkan cakap lagi pasal nie. Dan soalan kau tu aku tak boleh nak jawab”,
kata Rina. Dia terus bangkit untuk beredar dari meja makan tapi belum sempat
dia melangkah pergelangan tangannya dipegang oleh Fika.
“Rina..
kalau aku mati, apa kau akan buat? Kau akan menangisi ke bila aku ‘pergi’?”,
tanya Fika.
“Fika...
Jangan sesekali kau sebut perkataan tu dekat aku”, Rina berkata dengan nada
yang marah. ‘Jika itu berlaku, aku tidak bersedia. Aku tak bersedia untuk
kehilangan kau Fika. Aku tak boleh hidup tanpa kau’, rintih Rina dalam hati.
“Mati
itu sesuatu yang pasti. Setiap manusia akan menemui mati. Dan mengigatinya
adalah sunat. Salah ke aku cakap pasal mati?”, tanya Fika.
“Aku
tahu tu. Aku tahu kita sunat mengingati mati. Tapi... aku...aku tak sedia lagi
untuk kehilangan kau Fika. Dan aku tak boleh hidup tanpa kau disisi aku. Kau
selalu ada disisi aku semasa aku senang dan susah. Kau banyak memberi sinar
baru dalam hidup aku”, sayu suara Rina. Betapa dia takut untuk kehilangan
sahabat seperti Fika.
“Arina..
aku pun sayangkan kau. Aku sayang mama, papa, abang Aidil dan kak Jasmin. Kau
dan keluarga kau amat bererti daalm hidup aku. Walaupun aku hanya orang luar
dalam dalam keluarga kau, tapi mereka layan aku macam keluarga sendiri.
Sedangkan keluarga aku.. buang aku”, ujar Fika dengan nada sayu.
“Tapi...
seandainya aku ditakdirkan pergi dulu dari kau. Aku nak kau teruskan hidup.
Jangan bersedih terlalu lama. Kau kena bangkit demi aku. Bergembiralah selagi
kau ada kesempatan di dunia ini dan bahagiakn keluarga, orang disekeliling kau.
Dan... kau harus rajin buat assignment dan memperolehi segulung ijazah. Boleh
kau janji dengan aku Rina?”, kata Fika menagih janji Arina.
Ada
tangan seseorang yang mendarat dikedua-dua bahu Arina. Arina berpaling,
rupa-rupanya mama yang berada dibelakangnya sambil tersenyum hambar. Entah bila
masa mamanya itu masuk, dia tidak pasti.
“Mama,
papa, abang Aidil dan kak Jas baru lepas melawat Fika”, kata mama Rina.
Ayat
mamanya itu menimbulkan satu persoalan dibenaknya. Namun dia tidak mampu untuk
meluahkan apa yang dia fikirkan. Dia takut untuk mendengar jawapan dari mulut
mamanya. Dia lebih rela berkurung diri di dalam bilik. Berulang alik dari kolej
dan menelaah buku setiap hari.
“Kenapa
sejak kejadian itu, Rina tak pernah sekali pun melawat Fika?”, tanya Pn.Sri
Qasidah Qaseh kehairanan.
“Rina
tak kuat mama... Rina takut. Bagi Rina masa ye mama?”, ucap Rina. Pengecut!
Pahit tekak Arina menelan perkatan tersebut. ‘Ya! Aku memang pengecut. Aku
pengecut sebab aku tak boleh terima kenyataan yang Fika sudah tidak ada lagi di
dunia ini’, bisik hati kecil Rina.
“Sampai
bila Rina nak berperang dengan perasaan Rina? Berkurung. Menyisihkan diri dari
orang. Sampai makan minum Rina pun tak jaga. Ingat dengan semua yang Rina buat
ni, dapat selesaikan masalah? Dapat merubah apa yang dah berlaku?”, Pn.Sri
Qasidah Qaseh cuba untuk menyedarkan anaknya itu.
BERSAMBUNG.... ;D
Takde sambungan ke??
ReplyDelete