Suasana di dalam kereta terasa sunyi
dan sepi.Sepatah perkataan pun tidak muncul di bibir Dhia apatah lagi Rayyan
yang sedang fokus memandu.Masing-masing melayani perasaan sendiri.Rayyan
mengerling kearah Dhia yang nampaknya lebih gemar memandang ke luar tingkap.Rasa simpatinya melimpah ruah. Dia tahu Dhia cuba
menyembunyikan segala lara dan duka dihatinya sendirian.
Timbul di benak Rayyan untuk memulakan
perbualan kerana dia bagaikan cacing kepanasan.Dia tahu Dhiya memerlukan seseorang
untuk meluahkan masalah dan kesedihannya.Dia mengerti luka yang sedang merebak
rakus dlm hati Dhia ketika ini.
“Dhia, aku faham perasaan kau.Sabarlah.
Aku pun tak sangka semua ni boleh berlaku dengan sekelip mata. Maafkan
aku.Gara-gara aku, kau diceraikan.Tapi, kau kena tahu, ini bukan salah kita.Ini
salah suami kau tu, memang tak berhati perut betul. Kau fikirkan apa ni?
Rungsing aku tengok kau macam ni?” Soalnya, ingin tahu.
Lamunan Dhia di cermin tingkap
terhenti.Rasa bersalah muncul di hatinya.Memang agak lama dia mendiamkan diri
tanpa bercakap sepatah perkataan pun.Bukan bosan kerana tiada perkara yang
perlu dibualkan, tetapi fikirannya masih lagi mengingati kejadian dia
diceraikan secara tiba-tiba oleh bekas suaminya.Jiwanya rasa kosong.
“Eh, nothing, aku cuma fikir bila aku
sampai rumah ibu nanti, apa yang aku nak cakap dengan ibu aku bila dia tahu aku
baru aje kena cerai dengan Muzaffar, aku
takut aku yang akan disalahkan,”jawabnya dengan tergagap-gagap.
Jangan nak tipu aku ler....”Rayyan
tersenyum sinis.Dari nada sahabatnya yang tergagap-gagap itu dia dah boleh tahu
jawapan yang terkeluar dari mulut Dhia betul ataupun satu perbohongan.Dipandang
sekali lagi wajah sahabatnya yang duduk menegak disebelahnya.
Kini mereka berhenti di lampu
isyarat.Dhia rasa pembohongannya dapat dihidu oleh sahabatnya.Lantas dia
menjawab dengan setenang yang mungkin supaya sahabatnya mempercayai setiap
kata-katanya.
“Betul lah. Kau ni, aku serabut
sekarang ni. Tolong, bagi aku pujuk hati aku ni. Sudahlah.. Bawa ajelah kereta
tu. Lampu dah tukar hijau tu. Jangan
banyak cakap, boleh?”arahnya dengan mata yang membulat.
“Pandai ya tukar topik.Aku tahu apa
yang kau fikirkan. Aku kenal kau bukan sehari dua,”jawab Rayyan sambil menekal
pedal kereta. Ingat dia tidak tahu apa yang
sahabatnya fikirkan?
******
Dhia
memalingkan kepalanya ke sisi, cuba menyembunyikan wajahnya dari ditatap oleh
Rayyan yang sedang memandu kereta. Airmata turun bagaikan hujan.Dia tidak mahu
Rayyan melihatnya menangis.Dia malu, malu pada lelaki itu.Tidak pasal-pasal
lelaki ini dikaitkan dengan masalah peribadinya.Namun hatinya benar-benar sudah
lemah.Tidak disangka, dia sudah bergelar janda.Bagaikan tidak percaya yang
Muzaffar tergamak menuduhnya sedemikian rupa dan menjatuhkan hukuman dengan
begitu kejam. Ya Allah, kuatkanlah hatiku...
"Dhia,
kau menangis? Sudah tu, tak guna nak tangisi lelaki tak guna tu! Memang dasar
lelaki dayus! Bodoh! Tergamak dia buat kau mcm ni!" kata Rayyan dengan
penuh amarah.
“Aku rasa takutlah Ray.”Dhia meluahkan
rasa bimbangannya. Bukan apa, dia takut ibunya akan memarahinya disebabkan
penceraiannya dengan Muzaffar.
“Kau takut ibu kau akan marah kau bila
dia dapat tahu yang kau kena cerai dengan Muzaffar, begitu?”selamba sahaja
Rayyan menyoal.
Dhia mengangguk.Wajahnya suram ketika
ini.
“Ala, kau buat relax aje. Lagipun kau
bukan orang yang bersalah dalam hal ni. Si Muz tu aje yang fikir bukan-bukan.”
“Tak patut Muzaffar buat macam ni kat
aku.”Dhia mengeluh.
“Memang tak patut pun! Sepatutnya Muz
kena faham, kau pergi seminar sebab
kerja. Bukan nak membuat maksiat. Takkan dia tak faham lagi kot tugas kau
sebagai coordinator?Rayyan meluahkan juga ketidakpuashatinya. Tangannya memukul
stereng kereta. Memang dia marah apabila Muzaffar mengungkapkan perkataan cerai pada
sahabatnya.
“Mungkin jodoh aku dengan dia memang
Allah dah tetapkan sampai hari ini aje.Aku pasrah.
“Kau ni asyik pasrah, pasrah, pasrah!
Aku tak suka kau sebut perkataan tu.”jelas Rayyan dengan nada marah. Dia rasa
Dhia terlalu lembut hati.Apa yang Muzaffar katakan, sahabatnya dengan senang
hati menurut perintah. Dia tidak suka dengan sikap Dhia sebegitu.Dia mahukan
sahabatnya yang aktif dan pandai berkata-kata seperti di alam universiti dulu.
“Ray, kau marah ke?”Dhia memandang
Rayyan yang sedang menarik nafas sambil memegang stereng kereta.
“Memang aku marah.Kau bukan Dhia yang
aku kenal dulu.”Rayyan membalas pandangan sahabatnya.
Dhia menundukkan mukanya.Memang benar
kata sahabatnya,dirinya memang sudah berubah. Dulu, dialah perempuan yang ceria
dan berani meluahkan kata-kata.Tapi selepas berkahwin, keberanian itu hanya
dipendam sahaja.
“Dah, tak payah cakap apa-apa lagi
sekarang ni. Lagi 200 meter kita nak sampai rumah ibu kau. Fikirkanapa yang
patut kau cakap dengan ibu kau.Nanti tak pasal-pasal kau menangis kena marah
lagi.”sambung Rayyan lagi.Dia membelokkan keretanya masuk ke perkarangan
kampung Malaysia Tambahan.
Dhia tersenyum nipis.Apa yang perlu aku
cakap ya?
**********
Akhirnya tiba juga mereka di rumah
teres dua tingkat berwarna coklat kepunyaan Puan Suria.Tangan Dhia mula seram
sejuk.Tanpa pamit, Dhia keluar dulu dari Rayyan yang masih berada didalam
kereta.Direnung keseluruhan rumah itu yang sudah lama tidak dijejaki dihadapan
kereta Rayya.Rasa rindu pula pada ibu tersayang.
Rayyan yang berada didalam kereta hanya
tersenyum sendiri memerhatikan Dhia yang leka memandang rumah Puan Suria.
Kunci kereta dikeluarkan .Pintu bonet
ditekan punatnya di sebelah kunci kereta berlabuh.Bagasi Dhia perlu dibawa
keluar dari keretanya. Sebentar lagi dia akan pulang ke rumahnya. Bertemu
dengan abang dan neneknya.
Dhia menekan bell ring ditepi pagar berulang kali sambil memberi salam. Berharap
ibunya akan muncul dan membuka pagar ini. Namun hampa.Ibunya tidak juga keluar
menyambutnya. Ditarik nafas perlahan lalu diucapkan salam.
“Assalamualaikum!”jeritnya dari luar.
Mana pulak ibu aku ni?bisiknya dalam hati. Takkan pergi keluar kot? Setahu
Dhia, ibunya jarang keluar. Kalau keluar pun, ke kedai Pak Din sahaja.Itu pun
tidaklah jauh mana.
Tiba-tiba, pintu depan rumah ibunya
terbuka. Hah, ibunya!Matanya membulat.
Siapa?Mata Puan Suria dikecilkan.Cermin
matanya tertinggal di dalam bilik tidur.Baru sekejap tadi dia menunaikan
sembahyang asar.Kunci pagar diambil ditepi dinding.
“Ibu, Dhia ni! Jawabnya dengan penuh teruja.Dilambai-lambai
tangannya diluar pintu pagar.Rayyan tiba dibelakang Dhia sambil membawa bagasi
Dhia.Tersenyum dia melihat keterujaan sahabatnya.
“Dhia? Ya Allah, anakku! Telekung yang
tidak dibuka sejak tadi tidak menghalang Puan Suria dari keluar menyambut
anaknya. Pagar hitam yang dikunci dibukanya dengan sedikit gopoh. Maklumlah, satu-satunya anak
perempuan kesayangan.
Lantas, dipeluk anaknya dengan erat.Dhia
turut sama membalas pelukan ibunya. Tahu yang ibunya merindui dirinya semenjak
dia pergi ke Melaka selama dua minggu.
Rambut anaknya diramas lembut.“Anak ibu
dah balik.Alhamdulilah. Ibu selalu doakan setiap kali solat Dhia akan pulang
dengan selamat.
Pelukan dilepaskan.Wajah anaknya
direnung lama.
“Ibu jangan risau, kalau Rayyan ada,
Dhia pasti akan selamat.”jawabnya sambil tersengih-sengih. Rayyan disebelah hanya membeliakkan mata.
“Ray, apa khabar nak?tegur Puan Suria
sambil menganggukkan kepala. Bila anak tersayang didepan mata, orang lain tidak
akan dihiraukan.
“Baik, mak cik.”balasnya sambil
tersenyum.
“Marilah, masuk dalam dulu Ray, Mak cik
buatkan air.”ajak Puan Suria.
“Hmm..tak mengapalah mak cik. Saya kena
balik dulu. Nanti nenek tunggu pulak kat rumah tu.”jawabnya dengan tenang.
Nenek Rayyan, Puan Hadijah memang dikenali sebagai perempuan yang sangat
cerewet.
Umurnya yang sudah menjangkau 60 tahun tidak menghalangnya dari
membuat sesuatu perkara diluar jangkaan.Pernah sekali Rayyan membawa neneknya
ke rumah ini, dia dikritik hebat kerana tidak menjaga kebersihan dapur. Dalam hati, dia menyumpah seranah nenek
Rayyan yang main sedap mulut aje mengkritik dapur orang lain. Terngiang-ngiang
di fikirannya kritikan pedas Puan Hadijah.
“Jagalah dapur Sue ni macam Sue jaga
diri Sue sendiri. Kalau tetamu datang, mereka akan datang dapur. Suka ke kalau
ada tetamu yang datang kritik dapur ni kotor?”kata Puan Hadijah dengan nada
sinis. Terdiam Puan Suria.
Ada benarnya juga kata-kata Puan
Hadijah itu, Dan sekarang, dia lebih mengutamakan kebersihan dapur.Anaknya
tiada dirumah membuatkan dirinya lebih senang untuk membersihkan dapur.
“Oh. Lupa pulak, nenek kamu ada di
rumah.Mesti dia rindu pada kamu. Dah lama tak jumpa kan?sambung Puan Suria
lagi.
Rayyan mengangguk.
“Aku lupa la nenek kau ada kat rumah.
Lama sangat aku kat Melaka tu sampai lupa nak call nenek.” Dhia menepuk
dahinya.Dia memang rapat dengan nenek Rayyan.Itulah satu-satunya nenek yang
masih dia ada di dunia ini.Walaupun tiada ikatan persaudaraan, namun nenek
Rayyan tetap menganggapnya cucu. Ramai yang sedia tahu mengenai cerewetnya nenek
Rayyan, tapi bila Puan Hadijah berada disisi dia, serta-merta cerewet itu akan
hilang.
Kadang-kadang dia berasa pelik dengan
sikap Puan Hadijah yang terlalu baik dengannya.Mesti ada sesuatu yang
disembunyikan dari pengetahuannya.
“Padan muka.Nenek merajuk, aku tak nak
tolong pujuk.”Ujar Rayyan dengan selamba.
“Apa ni, kata sahabat?”
“Sahabat tak sahabat.Apa yang penting
aku nak balik sekarang. Mak cik, saya balik dulu. Hari dah petang ni. Nanti apa
pulak kata nenek kat.”
“Tak nak sembahyang asar dulu?”
“Gulp!”Seakan-akan terhenti nafasnya
bila mendengar perkataan sembahyang dari mulut Puan Suria. Aduh! Apa aku nak
jawab ni?
“Err..mak cik, tak apalah. Saya
sembahyang kat rumah aje.Balik dulu ya semua.” Jawab Rayyan. Beg bagasi
diberikan kepada Dhia. Cepat-cepat
tangan Puan Suria diambil lalu disalaminya.
Rasanya itulah jawapan yang paling munasabah setakat ini yang dapat
membantunya menjawab soalan.
Dhia rasa hairan.Apa kenalah dengan
mamat ni? Pelik aku.
******
Fuhh! Selamat aku! Katanya sendirian
tatkala dirinya masuk ke dalam kereta.Ditarik nafas panjang.
‘Kalaulah Dhia tahu yang aku ni susah
sangat nak solat lima waktu, memang aku kena leter cukup-cukup dengan minah tu.
Mampus aku!’
Kereta Volvo C70 miliknya berlalu pergi
meninggalkan Dhia dan Puan Suria. Sempat
dia melambaikan tangan kearah mereka berdua.
Dhia dan Puan Suria membalas lambaian
Rayyan dengan senyuman.
“Apa kena dengan Rayyan tu?tanya
ibunya.
“Entahlah ibu, Dhia pun pelik.Tadi tak
adalah tergopoh-gopoh sangat masa nak datang sini.Bila dah sampai sini, cepat
aje nak balik.”jelasnya lagi.
“Hmm..Takpelah.Biarkan dia balik.Apa
yang penting, anak ibu dah balik dengan selamat.Jom, kita masuk dalam.”ajak
Puan Suria sambil tersenyum. Pintu pagar dikunci semula.
‘Jom!”balasnya dengan nada gembira walaupun
hatinya masih lagi dalam keadaan gelisah. Harap ibunya dapat terima apa yang
bakal dicakapkan nanti. Bagasinya dibawa bersama.
Mereka terus masuk ke dalam tanpa
sebarang bicara.
******
“Dah lama Dhia tak jenguk rumah ni.
Rindu pula rasanya.”katanya setelah duduk diatas sofa yang berwarna merah itu.
Diletakkan bagasinya ditepi sofa.
“Memang dah lama pun Dhia tak datang
sini. Ibu pun tinggal kat sini sorang-sorang.Takde orang nak diajak
berbual.”keluh Puan Suria. Dia duduk bersebelahan dengan anaknya.
“Ibu,
jangan cakap begitu.Dhia rasa bersalah.”Diambil tangan ibunya lalu
digenggam erat.Direnung mata ibunya.
Patutkah diberitahu ibunya tentang
kejadian tadi? Adakah ibu akan memarahinya?
Rasa takut mula menghantui diri.Kepalanya
ditundukkan dari menghadap muka ibunya.Diketap bibirnya.
“Sayang, anything wrong?”soal Puan
Suria. Ingin tahu.Rambut Dhia dibelai lembut sambil tangannya mengenggam tangan
Dhia.
“Hah?”Kepalanya diangkat semula.‘Perlu
ke aku cakap sekarang?’Ditatap wajah ibunya.
“Ibu..”
“Kenapa, Dhia? Ada sesuatu yang Ibu
perlu tahu ke?”
Dhia melepaskan tangannya dari dipegang
ibunya.Dia bangun dari sofa dan menuju ke televisyen.Bunga yang terletak di
sebelah televisyen itu disentuh.Rasa bersalah makin menebal.
“Kalau Dhia cakap Ibu jangan marah Dhia ya?
“Cuba terus-terang pada ibu.” Puan
Suria turut bangun sama. Dituju kea rah anaknya.
“Ibu..”Dipeluk ibunya seerat
mungkin.Tanpa dipinta, air mata jatuh juga.Ya Allah, berikan aku kekuatan.Aku
tak cukup kuat.
Puan Suria terkejut. Kenapa pulak anak
aku ni? Detik hatinya.
“Cuba terangkan pada ibu apa yang dah
berlaku.Muzaffar marah Dhia ke?”Diusap badan belakang Dhia dengan penuh kasih
sayang.Takkanlah menantunya ada buat perkara yang tak elok dibelakang Dhia
sehingga anaknya menangis didakapannya.
Teresak-esak Dhia menangis.Mulutnya
bagaikan terkunci untuk menjawab pertanyaan ibunya. Sanggupkah ibu menerima aku
sebagai seorang janda?
“Bukan. Tapi..Dhia baru aje kena cerai
ibu.”katanya dengan terus-terang. Segalanya telah terbongkar.Biarlah ibunya
tahu.Tangisannya makin kuat.
Puan Suria tergamam.Tangannya yang
mengusap lembut belakang Dhia terus terhenti.Dilonggarkan
pelukannya.Renungannya menikam tajam ke
mata anaknya. Bagaikan meminta kepastian dari mata itu.
“Betul ke apa yang ibu dengar ni?”bibir
Puan Suria terketar-ketar. Mungkin sebentar lagi air matanya pula akan jatuh
berderai seperti Dhia. Anaknya dah bercerai? Tak mungkin!
Terduduk Dhia di hadapan ibunya sambil
memaut kaki ibunya.Puan Suria menarik nafas panjang.
“Maafkan Dhia, ibu! Dhia tak sangka
perkara sebegini boleh berlaku pada Dhia.Dhia minta maaf sangat-sangat.Dhia tak
dapat nak jalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik.”ucapnya bersama
tangisan yang masih tidak henti turun.
“Dhia, jangan menangis nak!Ibu tak
sangka kamu diceraikan.”Airmata Puan Suria akhirnya berderai jua. Dia juga
turut terduduk sama.
Puan Suria kembali memeluk anaknya.Erat
sekali pelukannya.” Astagfirullahalazim!
Patutlah Dhia terus ke rumah Ibu.Siap
bawa bagasi lagi.Apa yang Dhia dah buat sehingga berlaku perceraian ni?”soal
Puan Suria. Adakah Muzaffar cemburu Dhia bergaul rapat dengan Rayyan sehingga
perkataan cerai meluncur di bibir menantunya?
“Dhia tak tahu ibu.Muzaffar
senang-senang aje ceraikan Dhia tanpa alasan yang kukuh.”jawabnya dengan jujur.
Memang dia sendiri tidak tahu sebab apa suaminya membenci dirinya. Bekas
suaminya ada berkata tentang CD yang diberikan oleh seseorang.Tapi siapa?
Pelukan tadi kembali longgar.Mata
anak-beranak itu saling bertatapan.Puan Suria mengelap airmata anaknya.
“Lagi satu Dhia nak bagitahu lagi.
Muzaffar dah kahwin lain! Dengan PA syarikat dia sendiri.”sambungnya lagi.
“Apa!”bulat mata Puan Suria tatkala
mendengar jawapan dari Dhia. Ya Allah!
Tak sangka anaknya mendapat dua kejutan yang berlaku secara mendadak ini.
Kesiannya anakku!
Kedua-dua bahu Dhia dipegang.Matanya
melekat pada pada pipi Dhia yang agak merah itu.Tadi muka itu dilihatnya tiada
kesan kemerahan.Adakah bekas menantunya menampar pipi anaknya? Jika benarlah
telahannya, maka dia tidak akan teragak-agak hendak menampar kembali muka
Muzaffar semula!
“Sayang, kenapa pipi tu merah?”tanya
Puan Suria.
Dhia menyentuh pipinya. Alamak! Macam
mana aku boleh lupa aku kena tampar dengan Muzaffar tadi.Memang ibu lagi
terperanjatlah jawabnya.
“Ibu tanya ni. Jangan diam.”
“Err..”tergagap-gagap Dhia hendak
menjawab. Bibirnya diketap kuat.
“Muzaffar tampar Dhia, itu yang Dhia
nak cakapkan?”
Dhia diam. Habislah aku! Ibu memang
pandai meneka.
“Betulah tu.Ibu tak sangka menantu ibu
yang sorang tu dalam diam ubi berisi.Dalam diam dia curang dibelakang
kamu.Ingatkan dia mampu jaga anak ibu dengan baik. Tapi, apa yang berlaku
sekarang ni memang buat ibu rasa nak hantukkan aje muka dia tu kat dinding! Biar
dia rasa menyesal ceraikan anak ibu yang selama ni setia pada dia. Huh! Memang
tak guna si Muzaffar tu. “ujar Puan Suria dengan geram.
Dhia menarik nafas panjang. Lalu
disentuh lembut paha ibunya yang masih memakai telekung.
“Biarlah ibu.Apa yang berlaku sekarang
sudah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Ibu jangan risau. D.ia masih kuat hadapi
semua ini.”Sengaja dia berkata begitu dihadapan ibunya.Dia tidak mahu melihat
ibu tertekan lagi dengan permasalahannya.Cukuplah ibu tertekan sewaktu ayahnya
meninggal dunia dua tahun yang lalu akibat sakit jantung yang telah lama
dihadapi.
“Sabar ya nak.Ibu ada untuk Dhia.
Hadapilah semua ni dengan tenang. Ada kebahagiaan untuk Dhia suatu hari
nanti.Ini ujian dari Allah buat Dhia.”jelas Puan Suria dengan selembut mungkin.
Dipegang tangan anaknya dengan erat.
Dhia menganggukkan kepalanya. Sekarang
ini, dia akan cuba untuk tidak menangis
dihadapan orang yang disayanginya. Walaupun hatinya bagaikan ditusuk duri yang
tajam, seboleh mungkin dia akan menyembunyikan kesedihannya. Dia akan menangis
didalam bilik atau tempat-tempat yang tiada orang sahaja.
“Sekarang ni, apa yang perlu Dhia buat
ambil wuduk dan pergi sembahyang asar.Mohon pada Allah semoga hati sentiasa
tenang apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak dingini.”
“Dhia masuk bilik ya ibu, nak
sembahyang.”Dhia mula berdiri.Dikesat airmatanya yang masih meninggalkan
sedikit kesan.
“Pergilah.”senyuman mula terukir
dibibir Puan Suria.
Bagasi yang berada ditepi sofa tadi
diambil lalu dibawanya menuju ke tangga yang berwarna coklat itu.Tatkala dia
sedang memanjat tangga membawa bagasi, sempat juga dia menoleh ke
belakang.Memandang wajah ibunya yang masih lagi duduk di tempat tadi.
“Dhia sayang ibu selamanya..”katanya
didalam hati. Terus dia melangkahkan kakinya menuju ke bilik tanpa memandang ke
belakang lagi.
Bersambung :D Salam Maal Hijrah buat semua warga pembaca blog MSF...jgn lupa tinggalkan komen tuk NUR DAEYA.....
Best2 cpt smbng yeb.
ReplyDeleteinsyallah..Nur Daeya akn smbung dlm mase terdekat.. :)
Deletebest sngat2... smbng lgi ya writer
ReplyDeleteklau bleh konflik jganlah jhat sngat tau writer
uat yg sweet2 dah le..
hehe jgan marah
mgkn kepuasan sy pd enovel sy ni lebih trtumpu ke pada cite yg byk suspen n konflik. insyallah sy akn buat konflik yang tidak lah trlalu jahat n tidaklah terlalu sweet..mknanya separuh2..tq y Ruunna Qizbal sebb sdi mmbacanya. saya appreciate sgt2..:)
Deletebest2....suke sgt2...
ReplyDeletechaiyok2 kak eya....hihihi