OLEH : NUR DAEYA
Dulang yang dibawa ke
biliknya semalam diletakkan ke dalam singki. Terlupa pulak Nur Adriana untuk
letak dulang itu ke singki tengah malam tadi selepas dia sudah selesai menjamu
selera.
Makanan yang dimakan
semalam pun tidak berapa mengenyangkan. Hanya biskut oat crunch dan air fresh orange
sahaja belum cukup untuk menghadam perutnya yang kempis itu.
Usai membasuh dulang
dan diletakkan disebelah singki, dia mengelap tangannya pada kain putih bersih
yang tergantung di tingkap.
“Lapar pulak perut
ni.”Seperti biasa, perutnya yang kempis itu disentuh. “Nak makan apa kat dapur
ni?”ditoleh ke kiri, kanan dan belakang. Mencari-cari makanan yang boleh
dijamah namun satu makanan pun dia tak jumpa. Hmm…rasanya ada makanan kat depan
cuma makanan tu dia tak berapa minat nak makan sebab hasil tangan perempuan tak
guna tu.
Tapi perut dah lapar
sangat ni! Nak makan ke tak kuih tu?fikirnya sendiri. Matanya tertumpu pada
meja makan yang masih mempunyai kuih talam berserta teh susu panas. Tertelan
air liurnya apabila melihat kuih yang berwarna putih dibawah dan hijau diatas
itu. Kakinya bagaikan tidak sabar-sabar untuk melangkah ke ruang tamu. Patut ke
dia merasa kuih buatan tangan ibu tirinya? Bukankah dia sudah maklumkan pada
ayah dan ibu tirinya yang dia memang tak suka kuih talam itu?
Namun, apa boleh buat.
Rezeki yang terhidang diatas meja tidak sanggup ditolak. Perut yang lapar tak
boleh dibiarkan kosong.
Dilihat ayah dan
perempuan tak guna tu tiada diruang tamu, dia segera menjejakkan kakinya ke
ruang tamu.
Cepat-cepat dia
mengambil piring kecil di bawah cawan yang tertangkup itu lalu diletakkan tiga
kuih talam itu. Air teh susu di tepi kuih talam itu dituang ke dalam satu cawan
yang kosong tanpa piring.
Tanpa membuang masa
lagi, dia membawa makanan dan minuman naik keatas. Perut dah lapar sangat ni!
Puan Farzana yang baru
sahaja keluar dari bilik air terkejut melihat anak tirinya mengambil kuih talam
yang dibuat pagi tadi. Aik?Kata tak suka kuih talam dia. Memang sah-sah dasar
pembohong! Depan kata lain, belakang bukan main. Kata kuih talam dia ibarat kuih
talam mukalah tapi makan jugak! Maknanya perempuan tu talam dua muka jugaklah
kan?Dia tersengih sendirian.
Idea tiba-tiba datang
di fikiran. Ada baiknya dia kenakan perempuan bermulut kurang ajar tu! Cakap
kuih dia macam-macam kan?Nah!Rasakan.
Usai sahaja dia masuk
ke bilik dan menutup pintu, makanan dan minuman itu diletakkan diatas meja
solek. Dia duduk di meja solek itu dan menikmati makanan kuih talam buatan ibu
tirinya.
Hmm...sedap jugak ye
kuih talam dia ni. Patutlah ada je orang tempah dekat dia.
Sedang asyik dia
menikmati kuih talam itu, pintu bilik diketuk kuat.
Hesy! Sapa pulak yang
kacau dia ni?Orang nak makan pun tak senanglah. Ada aje orang menganggu! Dia
bangun dari kerusi itu dengan hentakkan kaki. Mesti perempuan tu yang ketuk
bilik dia ni.
Pintu dibuka. Seperti
yang diketahui, ibu tirinya datang
mengetuk biliknya. Dia melihat perempuan itu tersengih-sengih sambil mulutnya
dicebikkan. Apahal pulak dengan perempuan ni?Datang-datang terus nak buat muka
ayam berak kapur aje.
“Kau tersengih-sengih
macam kerang busuk ni kenapa?Dah buang tebiat?”tanya Nur Adriana dengan
selamba. Dipeluk tubuhnya sambil matanya menjeling perempuan tak guna itu.
Rimas betul bila ada orang datang bilik dia lagi-lagi perempuan ni.
Puan Farzana masih
tidak mematikan sengihannya malah makin lebar apabila anak tirinya memandang
jelik kearahnya. Inilah masanya untuk mengenakan perempuan tu!
“Kau makan kuih talam
aku ke?”
Nur Adriana terkejut
apabila ditanya soalan itu. Aduhai…manalah perempuan ni boleh tahu dia makan
kuih talam dia ni?Rasanya takde orang kat ruang tamu tadi. Dia buat-buat
selamba dengan pertanyaan itu.
“Eheh, bila masa pulak
aku makan kuih talam kau? Aku ada kat bilik je tau. Kau jangan nak tuduh-tuduh
pulak.”Nur Adriana sengaja menegakkan kebenaran padahal dia yang makan kuih tu.
“Ala, kau tak payah nak
tunjuk lagak kaulah, cik Nur Adriana oii! Kau ingat mata aku buta ke sampai tak
boleh nak tengok keadaan sekeliling?Aku keluar dari bilik air lepas tu aku
nampak kau tengah ambik kuih talam aku. Jadi, kau tak payah nak bohong akulah
kan?”Puan Farzana mencekak pinggang.
Nur Adriana terdiam.
Laa..dia ada kat bilik air ke masa dia tengah ambik kuih tu? Macam mana dia nak
buat ni? Perempuan tua ni sound dia
pulak dah. Nasib kaulah Nur Adriana…
“Kau diam tu maknanya
betullah kan?Huh! Kalau dah dasar pembohong, pembohong jugaklah kan?”bentak
Puan Farzana dengan selamba badaknya. Hati dia puas dapat mendiamkan perempuan
ini. Semalam dia yang kena ‘belasah’ hebat dengan kata-kata perempuan tu,
sekarang ni dia pulak yang membalasnya. Baru adil kan, tak gitu?
“Apa masalah kau
sebenarnya ni? Kau nak kenakan aku ke? Apehal kau tiba-tiba cakap kasar dengan
aku?”Nur Adriana naik berang.
“Huh! Semalam kau
kenakan aku anak beranak, sekarang aku kenakan kau pulak! Ooo…dah sedap-sedap
makan kuih aku lepas tu cakap tak makanlah apalah. Kau pun sebenarnya talam dua
muka jugak kan?”balas Puan Farzan tidak mahu mengalah.
Nur Adriana mengetap
bibir menahan marah yang makin memuncak disaat ini. Rasa nak tengelamkan kepala
perempuan ni dalam kolam renang. Biar dia strok lepas tu. Tak payah nak cakap
banyak-banyak lagi.
“Kau nak aku cakap
dengan ayah ke pasal apa yang kau buat selama ni dibelakang ayah aku? Tak
pasal-pasal kau kena halau dari rumah ni dan diceraikan serta-merta. Bukan talak
satu aje ayah aku jatuhkan dekat kau. Talak tiga! Talak tiga tau tak?!”Ditunjuk
tiga jarinya tepat-tepat didepan muka perempun itu dengan aksi lagaknya.
Bergetar bibir Puan
Farzana ketika ini. Perempuan ini sudah melampau! Tak nak mengalah jugak perempuan
ni. Dia menyinsing lengan bajunya hingga naik ke atas. Geramnya pada perempuan
yang bertaraf bekas banduan ini tidak dapat disangkal lagi.
Akhirnya, kegeramannya
terbalas jua dengan menarik rambut anak tirinya yang kurang diajar tu. Ditarik
sekuat hati hingga perempuan itu menjerit kesakitan.
“Sakitlah,
bongok!.”jeritnya kuat.Rambut Nur Adriana bagaikan hendak putus apabila
perempuan itu menarik rambutnya dengan kuat. Hebat jugak perempuan ni bila
tarik rambut.
“Hah, rasakan! Baru
puas hati aku. Dendam aku terbalas jugak akhirnya. Kau sedarlah diri tu
perempuan banduan. Jangan kau ingat bila balik rumah ni kau boleh tunjuk bagus
sangat depan aku. Aku lagi bagus
daripada kau tau tak?”
Nur Adriana mendapat
sedikit kekuatan. Dia memusingkan badannya yang terbongkok ke bawah lalu dibawa
tangannya ke rambut perempuan itu. Dia menarik rambut perempuan yang dibiarkan
lepas itu sekuat hatinya.
Terlepas tangan Puan
Farzana dari menarik rambut Nur Adriana tatkala anak tirinya merentap rambutnya
pula.
“Lepaskan aku
perempuan.Sakit rambut aku lah.”tempiknya kuat.
Nur Adriana tetap tidak
mahu melepaskan rambut ibu tirinya. Dia ketawa besar. Geramnya masih menebal.
“Ehem…ehem…assalamuaikum!”
Terlepas cengkaman
tangan Nur Adriana yang berbisa itu. Puan Farzana yang mengerang kesakitan itu
tergamam apabila ada suara selain mereka berdua. Dia mengeluh kelegaan. Orang
yang muncul memang tepat pada masanya! Memang kenalah perempuan banduan
ni!gelaknya dalam hati.
****
“Dahsyat betul kan
‘pertarungan’ tadi?sindir Wan Zubair tanpa mempedulikan raut wajah Nur Adriana
yang sudah berubah. Tempat parking yang kosong tanpa kereta Myvi Nur Adriana
Puan Farzana leka
melihat adegan berlaku di tepi tingkap yang dilitupi langsir. Baginya, ia
sesuatu yang mengujakan. Biarlah perempuan tu dimarahi tunang sendiri. Eh,
bukan. Bekas tunang.
Rancangan yang diatur
rapi oleh dia dan bakal mertua tak jadinya berjaya dilaksanakan. Mungkin Wan
Zubair masih menganggap perempuan banduan itu tunangnya namun sebenarnya dia
dan perempuan banduan itu telah berpisah sebelum perempuan banduan itu
dimasukkan ke penjara lagi.
Sengaja bakal mertua
tak jadinya, Puan Kamariah Adnan ‘menyeksa’ perempuan banduan itu dengan
menyuruhnya balik lewat malam agar tidak bertemu dengan Wan Zubair.
Wan Zubair dan suaminya
tidak tahu akan hal ini. Hanya dia dan Puan Kamariah Adnan sahaja yang tahu.
Fida dan Farah tahu jugak akan pertunangan cuma mereka berdua tidak ambil
pusing pasal hal itu.
Yang perempuan banduan
tu tak payah tahu pun takpe pasal pertunangan diaorang dah terputus. Diam-diam
sudah.
“Ibu!Terkejut dia
tatkala Farah menepuk bahunya dari belakang. Dia yang sedang asyik melihat
adegan diluar rumah tidak perasan pulak anaknya yang bongsu itu keluar dari
bilik.”
“Shh!!Farah jangan
cakap apa-apa, ibu nak dengar diaorang cakap ni.”arahnya. Farah yang tidak tahu
apa-apa hanya mengikut kata ibunya.
Kesan tamparan kakak
tirinya semalam sudah tiada lagi dipipi. Dia ingat nak pergi kerja dengan Fida
tadi sebab bos nak datang kat kilang tapi dia rasa malas pulak. Takut pekerja
lelaki yang bekerja dikilang itu mengusiknya dan mengatakan dia dicium kerana
pipinya merah.
Dia baring disofa
dengan kakinya melunjur. Bosan mahu mendengar perbualan diantara kakak tiri dan
bakal abang ipar tiri tak jadinya itu. Lebih baik dia tidur. Bukan senang nak
dapat cuti kerja ni. Asyik sibuk memanjang.
Puan Farzana menoleh ke
belakang melihat anaknya tidur semula. Dia mengelengkan kepala namun hanya
sementara sebelum meneruskan mendengar perbualan secara lansung di luar rumah.
Suaminya agaknya balik lambat kut. Maklumlah majlis didewan muafakat tu
“Abang kenapa bila
dengan sayang asyik bad mood aje? Sayang tak sukalah.”
“Aku lagi tak suka
kalau kau buat ibu tiri kau macam tu.”kasar nada suara Wan Zubair.
Nur Adriana kaku tidak
bersuara diatas simen itu. Dia tak salah dengar kan apa yang tunangnya cakap?
Kau?!
Kau?!
Wan Zubair menyeluk
poket baju doktornya. Dia tidak memandang wajah tunangnya. Hatinya sakit. Sudah
dua perkara yang membuatnya tiada mood dengan Nur Adriana. Disebabkan Zeril Iskandar yang mengatakan dia tahu nama
Nur Adriana, dia sanggup tinggalkan kerja dihospital dan datang ke sini.Tapi
bila dah sampai ke sini, perkara lain pulak yang berlaku. Adakah dia sudah
benar-benar kenal dengan perempuan yang bernama Nur Adriana Binti Jamil? Benarkah
selama ini panggilan antara ibu tiri dan tunangnya hanya kau dan aku?
Fikirannya kusut,
jiwanya buntu dengan sikap yang baru dia nampak dalam diri Nur Adriana. Tidak
pernah dia mendengar lagi panggilan ‘kau untuk’ ibu dan anak.
Puan Farzana sudah terkekeh-kekeh
ketawa.Wan Zubair dah marah perempuan banduan tu. Sukanya!!
“Abang! What’s wrong with you? Did I did something wrong?”katanya
dengan suara yang sudah mula bergetar. Dia tak sukalah Wan Zubair cakap ‘kau’.
“Kau perempuan kurang
ajar! Aku tak suka pada perempuan yang kurang ajar dengan ibu sendiri. Kau
talam dua muka!”bentak Wan Zubair bagai manusia yang tiada perasaan.
Airmata Nur Adriana
jatuh buat kesekian kalinya. Berani Wan Zubair berkata dia talam dua
muka.Kenapalah semua orang yang berada disekelilingnya terlalu kejam pada
dirinya? Satu persatu nama yang tidak elok diberikan padanya.
Semalam perempuan
sundal, perempuan banduan sekarang ni perempuan kurang ajar.
Kepalanya kusut. Dia
tidak mahu bersedih didepan tunangnya. Lebih baik dia masuk dalam menenangkan
fikiran. Jika Wan Zubair hendak memutuskan pertunangan pun, apa dia peduli.
Sejak dia keluar dari penjara lagi dia sudah memasrahkan segala-galanya.
Biarlah orang yang bukan ahli keluarganya hendak mencaci atau memaki hamun
berkaitan dirinya namun dengan perempuan tua tak sedar diri dan
anak-anaknya dia tidak akan sekali-kali
membiarkannya.
Nur Adriana mengetap
bibir. Dia mengesat airmatanya.“Kau tak nak pandang muka aku kan? Baik kau
berambus dari sini. Kita putus tunang. Aku benci kau!!”pekik Nur Adriana dengan
kuat sekali. Dia pantas berlari masuk ke dalam tanpa memandang muka Wan Zubair
lagi.
Cukuplah sampai disini
hubungan mereka berdua.
Wan Zubair berpaling ke
belakang. Nur Adriana benci dia? Putus tunang? Ya Allah! Apa yang dia dah buat
ni? Perasaan bersalah mula terbit didalam hati. Dia ingin memujuk tunangnya.
Harap tunangnya tidak akan memutuskan pertunangan mereka. Dia sayang Nur
Adriana. Hanya Nur Adriana yang layak
menjadi isterinya hingga ke akhir hayat.
Dia keluar dari rumah
itu dengan macam-macam perasaan. Kesal dengan apa yang dikatakan pada Nur
Adriana tadi. Nanti dia akan pujuk tunangnya. Biarlah hati Nur Adriana tenang
dulu.
***
Nur Adriana merenung
tajam perempuan tak sedar diri itu yang sedang berdiri ditepi tingkap bersebelahan
dengan pintu depan rumahnya, Perempuan ni memang tak pernah serik dengan apa
yang dia dah buat tadi. Nasib baik
ayahnya tidak melihat adegan tarik menarik rambut didepan biliknya.
“Puas hati kau tengok
adegan kat luar tu?Puas?!” tempiknya kepada Puan Farzana. Dia terus berlari
naik ke biliknya. Malas dia hendak mendengar jawapan perempuan tak guna itu.
Sakitnya hati!!
Farah yang terbaring
lena diatas sofa itu terus terjaga apabila mendengar suara kakak tirinya. Tak
habis-habis lagi ke pertengkaran semalam?
“Ibu. Apahal pulak tu?
Asyik nak marah-marah je. Orang nak tidur pun tak senanglah.”rungut Farah. Dia
tidak boleh menjawab kata-kata Nur Adriana. Dia tidak mahu ditampar buat kali
kedua. Cukuplah sekali!.
Puan Farzana tersenyum
riang. “Ibu tak kisah pun dia marah ibu. Sekarang ibu gembira sangat-sangat!
Pertunangan yang baru terputus diantara Nur Adriana dan Wan Zubair akan dimaklumkan pada ibu kandung Wan Zubair sendiri dan yang paling penting suaminya!
Pertunangan yang baru terputus diantara Nur Adriana dan Wan Zubair akan dimaklumkan pada ibu kandung Wan Zubair sendiri dan yang paling penting suaminya!
‘Mereng jugak ibu aku
ni.’omel Farah dalam hati. Tiba-tiba aje nak gembira sakan. Macam budak kecik!
Dia baring semula
setelah suara kemarahan kakak tirinya tidak lagi didengar.
***
Airmatanya berjujuran
diatas bantal yang seringkali menjadi peneman tidurnya. Sedihnya hanya Allah
yang tahu. Dia tidak redha dengan apa yang dikatakan Wan Zubair.
Pasrah adalah jalan
yang terbaik untuknya. Mungkin tiada jodoh buatnya dan Wan Zubair.
Ayahnya? Insya-allah
dia akan beritahu nanti.
Beg sandang yang dibawa
sejak keluar dari penjara diambil ditepi katil. Sengaja dia sangkut dibesi
katilnya supaya perempuan tak guna dan anak beranaknya tidak menyelongkar
barang didalamnya.
Cincin yang ada didalam
beg itu akan dipulangkan semula ke pemilik tuannya. Setelah dia masuk penjara,
semua barang kemasnya yang dipakai semasa hari dia ditangkap mencuri duit
syarikat dirampas dan tidak dipulangkan semula. Nasib baik cincin yang diberi
tunangnya…erk?bekas tunang! Masih tersimpan kemas didalam dompet. Bila dia
berjumpa Wan Zubair semula, dia kan pulangkan.
Begnya dibuka dengan
malas. Dia mahu melihat cincin pertunangannya sebelum dikembalikan semula
kepada tuannya.
Sebaik sahaja dia
membuka beg itu, dia terkesima. Ada dompet yang berada disebelah dompetnyaAgak
lama jugak dia tidak membuka beg sandangnya. Kali terakhir pun sewaktu dia
menelefon Datin Zafiah di public phone.
“Beg dompet? Dompet
siapa pulak ni?”katanya perlahan.
Apabila dia membuka
sahaja beg dompet itu, matanya terbeliak.
“Ini Zeril Iskandar
punya beg dompet ni!”katanya lagi. Aduh, masalah…masalah!
BERSAMBUNG... :D
nnt eya smbung lg y..
ReplyDelete