Kadang-kadang kita
perlu hidup berdikari supaya kita belajar sesuatu di dunia. Walaupun dunia ini
hanya yang penuh dengan dugaan dan pinjaman buat kita. Aku selalu mengingatkan
diri sendiri supaya ,aku tidak alpa dengan segala kesempurnaan yang aku miliki.
Aku selalu melihat teman-teman sekelasku yang miskin bertapa susahnya mereka
mengumpul duit untuk membeli buku dan membayar yuran sekolah tapi aku… aku still beruntung kerana aku dilahirkan di
dalam keluarga yang agak senang. Hanya petik jari semua akan berada di hadapan
mata. Syukur alhamdulilah aku tidak
pernah lupa diri atas kemewahan yang melimpah padaku.
Tengku Haziq termenung
di balkoni biliknya. Di kala ini kebosanan melanda sejak dia tamat SPM sampai
sekarang dia asyik memerap di rumah. Jika diberi pilihan antara menghabiskan
masa di rumah ataupun luar dia akan memilih duduk di rumah. Dia lebih gemar
berada di rumah dari melepak bersama-sama kawan-kawannya yang banyak
menghabiskan masa dengan mengunjungi kelab-kelab malam di sekitar Kuala Lumpur.
Tiada life la lepak kelab malam lebih
baik lepak dekat masjid. Sejuk hati pahala pun dapat. Tak gitu.
“Hhhmm….bosannya aku duduk rumah ini, bukan ada sesiapa pun di rumah
mummy sibuk dengan persatuan
wanitanya manakala daddynya sibuk
dengan perniagaannya”
“Aku rasa aku nak cari
kerjalah..Biasanya hari-hari macam ini aku mesti study dengan kawan-kawan aku tapi sejak SPM dah berakhir seminggu
lebih, kawan-kawan aku pun dah bawak
haluan masing-masing ada yang dah kerja ada yang menganggur sampai keputusan
SPM keluar.”
“Aku tak boleh tangguh
lagi.Lagi lama aku tangguh lagi lama aku buat keputusan aku mesti tanya
pendapat mummy dan daddy yang aku nak bekerja di luar. Aku
tak nak bekerja dengan daddy aku nak
berdikari berjuang dengan tulang empat keratku hasil titik peluhku. Malam ini
aku mesti bersuara menanyakan pendapat mummy
dan daddy tentang rancangan aku.”
Tengku Haziq bermonolog sendiri.
*****
Selepas makan malam
bersama keluarganya, Tengku Haziq menyertai mummy
dan daddynya yang berada di halaman
rumah mereka untuk menghirup udara malam. Rutin yang selalu di amalkan oleh mummy dan daddynya bila mereka berdua berada di rumah. Aku selalu mengimpikan
kehidupan yang romantik seperti mummy
dan daddyku suatu hari nanti. Aku
mengatur langkah perlahan-lahan menuju ke arah mereka.
“Mummy…Daddy…” Tengku Haziq mengambil tempat dihadapan kedua
ibubapanya. Tengku Osman dan Tengku Maria yang mendengar namanya di
panggil terus menoleh ke arah anak lelakinya.Mereka tersenyum.
“Haa..Ziq ini mesti ada
pekara yang nak di bincangkan dengan mummy
dan daddykan?” Tebak Tengku Maria.
“Ehh...mummy ini macam tahu je Ziq ada pekara
nak di bincangkan..”Tengku Haziq. Aku menarik nafas yang panjang sebelum
memulakan bicara.
“Daddy..Mummy sebenarnya Ziq nak kerjalah tapi bukan dekat syarikat
kita. Ziq nak cari pengalaman dekat luar sebelum Ziq meneruskan perniagaan
keluarga kita kelak, boleh ke?”
Tengku Osman dan Tengku
Maria mata mereka bertentangan buat seketika memikirkan permintaan anak mereka.
Mereka cukup masak dengan perangai anak mereka ini.Tengku Haziq lebih senang
berdikari dari meminta pertolongan dari mereka tu satu sifat yang berada di
dalam diri anak kedua mereka.Tengku Haziq yang melihat Mummy dan Daddynya hanya
mendiamkan diri mula gelisah dan tidak senang duduk. Setelah lama mereka mendiamkan diri, aku
terdengar daddyku mula berbicara.
“Haziq nak berkerja di
mana?”
“Hhhmm…Haziq nak ikut Daniel ke penang, berkerja di salah sebuah
hotel dekat penang sebagai waiter.”
“Haziq yakin nak bekerja sebagai waiter walaupun Haziq tahu yang Haziq boleh bekerja di syarikat kita dan lebih tinggi gajinya dari seorang waiter?” Tengku Osman menguji anaknya. Aku tertelan air liur bila daddyku sudah bersuara. Kini aku yakin dengan keputusanku aku yakin sebelum aku melangkah ke university aku hendak cari pengalaman.
“Yea..Ziq yakin dengan
apa yang Ziq buat. Ziq nak berdikari dan cuba cari duit dari hasil titik peluh
Ziq sendiri.” Dengan yakin aku menjawab.
“Kalau itu keputusan
Haziq Daddy dan Mummy merestui kamu nak, walaupun berat hati kami nak melepaskan
kamu daddy dan mummy tak mungkin akan dapat menghalang kamu pergi.”
“Pergilah tapi ingat
jika ada apa-apa masalah jangan pendam sendiri cakap pada kami” Tengku Osman
memberitahu anaknya .
“Baik ...bos” tangan di tabik ke dahinya tanda
hormat. Gembira akhirnya dia dapat memenuhi hajat dihati.
“Ini bila kamu nak
pergi?” soal Tengku Maria.
“Kalau tak ada halangan
mungkin hari isnin ini kami bertolak mummy.”
“Nanti dah kerja jangan
lupa pulak kamu kena selalu telefon kami dari semasa ke semasa nanti” tegas
suara Tengku Maria hatinya berat melepaskan anaknya pergi tapi dia tidak boleh
memaksa Tengku Haziq kerana dia tahu perangai anaknya semakin di larang dia
tentu akan buat jugak.
“Hhmm…mummy, daddy Ziq masuk dulu. Ziq nak call Daniel tentang ini yang Ziq ikut
dia bekerja kat Penang dengan dia.”
“Hmm..Pergilah”
serentak tengku Osman Dan Tengku Maria bersuara.
Aku mula melangkah
masuk, hatiku mula berlagu riang. Restu kedua orang tuaku dah dapat, mahu tak
tersenyum sampai ke telinga nampaknya aku ini dah macam orang tak berapa betul
lak. Aku segera mencapai telefon bimbitnya lantas mendail nombor telefon
Daniel. Lama Haziq mendengar deringan tapi tiada orang yang mengangkat telefon
Daniel.
“Hhmm...Tak ada orang angaktlah...Mana Daniel ini pergi? Takpe lah
aku kirim sms je bagi tahu dia yang
aku ikut dia pergi Penang.”
‘Assalamualaikum Daniel,aku nak bagi tahu kau
yang aku jadi ikut kau ke Penang minggu depan. jadi kau dataang ambik aku kat
rumah okey!’
Butang send di tekan. Hatinya kini tenang
setelah meluahkan segala yang terpendam kepada orang tuanya.
*****
“Ingat… jaga diri kat
sana nanti, jangan lupa selalu call mummy
dan daddy kat sini”
“Solat jangan lupa”
Masih terdengar lagi
suara mummynya yang berpesan padanya
sebelum dia bertolak ke Penang bersama dengan Daniel. Aku termenung lagi di
rumah sewaku dan kawanku, jauh aku merantau nak memerah tulang empat kerat aku
ini dan esok aku ada interview kerja di sebuah hotel di Penang. Jika interview
tu berjaya aku dan Daniel mungkin jadi waiter
kat hotel tu sebelum keputusan SPM aku keluar.
“Woii…Daniel aku nak bagitahu kau sesuatu sebelum kita pergi interview esok pagi.”
“Woii…Daniel aku nak bagitahu kau sesuatu sebelum kita pergi interview esok pagi.”
“Ahh…katakan”
“Aku nak kau tolong
rahsiakaan identiti aku sebagai anak tengku aku nak orang kenal aku Haziq. Kau
ingat tu” Tengku Haziq menguatkan suaranya tanda dia serius dengan apa yang di
pinta.
“Relax..Bro ini akulah
kau tak payah risau mulut aku sentiasa terkunci kalau kau dah cakap macam itu.”
“Maknanya bolehlah aku
buli kau nanti errkk” Daniel
berseloroh.
Terbeliak mata Tengku
haziq mendengar kawannya hendak membulinya.T angannya di angakat terus di kepal
penumbuk ke arah Daniel tanda bergurau bersama. Kini ruang tamu bergema dengan
gelak ketawa mereka.
*****
Kini dah dua minggu aku
dan Daniel bekerja di hotel ini sebagai waiter.
Aku dan Daniel tidak lagi duduk di rumah sewa yang mula-mula aku dan Daniel
sewa kerana ia jauh dari tempat kerja kami. Kini kami duduk bersama ketua di
tempat kami berkerja, kebetulan ketua kami mencari teman serumahnya yang telah
berpindah memulakan hidup baru bersama pasaangannya. Ketuaku seorang bujang
terlajak mungkin terlalu memilih je kerja dia nak cantik je pasal tu sampai
sekarang tak laku dan jadi bujang lapok. Di tempat kerja perwatakan ketuaku
pasti berubah dari sporting dan suka
menyakat jadi tegas dan garang mungkin kerana jawatan yang di sandangnya. Dalam
aku tengah membuat kerja, aku terdengar ada orang memanggil aku.
Lalu aku menoleh ke belakang. Kelihatan Danial berjalan menghampiri
aku.
“Ziq, ketua panggil kau
kat pejabat dia sekarang”
“Ehh..Beb kenapa ketua panggil aku? Aku buat salah ke beb?” Soalan
bertubi-tubi dari keluar dari mulut Tengku Haziq.
“Entah mana aku tahu,
apa kata kau pergi je pejabat ketua
kita mungkin bukan pasal kerja kau kot”
Danial menyuruh Tengku Haziq pergi menemui ketua mereka. Di dalam
hatinya berdoa agar bukan seperti yang Tengku Haziq bayangkan.
“Okeylah. Beb aku ciow
dulu,nanti kalau ada berlaku sesuatu aku roger
kau balik”
“Thanks Danny.”
Di dalam perjalan ke
pejabat ketuanya, Tengku Haziq masih memikirkan kenapa ketuanya mahu berjumpa
dengannya. Ketuanya kalau tidak ada kesalahan dari pekerja tak mungkin ketuanya
mencari pekerja di hotel melainkan salah laku. Tapi aku ada buat salah ke?
Jantung aku pun pun dan tak sekata iramanya, perut aku pun dah mula memulas
memikirkan apa yang ketua nak sampaikan pada aku, jangan di pecatnya aku sudah. Kini aku sudah
berada betul-betul di hadapan pintu yang bertulis di pintunya ‘PENGURUS
HOTEL’. Nafas panjang di tarik sebelum aku mengetuk pintu bilik.
“Masuk…”
“Selamat tengahari,
bos.”
“Haa…Haziq duduk ada pekara yang saya nak bagitahu awak ini.”
nada tegas dari ketuanya membuat Tengku Haziq semakin gugup.
“Eerrr….ada apa bos cari saya? Saya ada buat salah ke bos?”
“Ini aku nak cakap kat
lobi hotel ada seorang Dato nak berjumpa kau, kau gugup semacam ini kenapa? Aku
tak sempat tanya Dato mana pulak tak sempat aku nak fikir kau fikirlah sendiri,
mungkin dia nak jadikan kau menantu dia kot”
“Ehhh... Bos ini melawak pulak mana ada orang suka saya yang hanya
berkerja sebagai waiter nak jadi
menantu Dato, bos. Saya tak layak.”
“Tu aku tak tahu Ziq
tapi sejak Dato dan anak perempuannya menginap kat sini aku perhatikan anaknya
selalu perhatikan kau dari jauh, macam dia syok kat kau je aku tengok” Ketuanya
berseloroh dengannya. Tengok aku dah cakap sekarang dah datang mood sporting dia kalau tak mau muka dia ketat serius je. Sebelum
sampai ke sini aku dah fikir yang bukan-bukan tadi punya lah aku melangkah laju
tadi, habis basah ketiak aku sebab berjalan kaki menapak ke sini.
“Yang kau tercegat kat
sini kenapa? Pergilah kat lobi tu” tengok dah datang aura bos tegas. Terkejut
semua urat aku dibuatnya.
“Baik bos saya keluar
dulu.”
Tengku Haziq segera
melangkah ke arah lobinya di maksudkan oleh ketuanya tadi. Di situ dia melihat
ada sepasang pasangan. Seorang lelakiyang agak berusia dan seorang gadis
mungkin dalam 20-an. Mungkin itu orang yang dimaksudkan oleh ketua sebentar
tadi. Kelihatan mereka sedang menantinya di sofa yang disediakan oleh pihak
hotel tempat dia bekerja. Dengan berhemat dia memberi salam kepada pasangan
itu.
“Assalamualaikum Dato…”
“Ada apa Dato cari saya
dan apa yang boleh saya bantu?” soal Tengku Haziq.
“Sila duduk dulu ada
pekara yang saya nak bincang dengan encik…” nada suara itu terhenti
seketika.
“Haziq. Panggil saya
Haziq.”
“Okey...Encik Haziq”
“Saya Dato Kamaruddin.”
Lelaki itu memperkenalkan dirinya.
“Apa yang Dato mahu
bincang dengan saya?” ujar Tengku Haziq.
“Bukan apa saya cuma
tetarik pada Haziq. Lagipun sekarang ini syarikat yang saya usahakan sedang
mencari muka-muka baru untuk dijadikan model. Saya boleh bayar Haziq dengan
gaji yang lumayan. Angka yang syarikat saya tawarkan boleh mencecah RM 10K, itu
pun kalau Haziq setuju boleh buat appoiment
terlebih dahulu. Syarikat saya beroperasi di Kuala Lumpur” terang Dato
Kamaruddin.
“Ini kad nama saya”
Dato Kamaruddin, menghulurkan kad pada Tengku Haziq.
“Terima kasih atas
tawaran Dato pada saya. kalau boleh Dato tolong bagi saya masa untuk memikirkan
tawaran Dato ini, insyallah saya akan
mempertimbangkannya.” Jawab Tengku Haziq.
“Take your time Haziq saya sentiasa menati jawapan positif dari anda”
Dalam leka dia sedang
berbual-bual dengan Dato Kamaruddin.Tengku Haziq perasan renung dari puteri
Dato Kamaruddin yang dari tadi duk merenung
dirinya. Dalam diam dirinya memuji kecantikan puteri Dato Kamaruddin.Pandai
bergaya dan penuh karisma sebagai usahawan wanita yang berjaya kelak, mungkin
dia akan mengikut jejak langkah Dato Kamaruddin kelak. Tapi entah kenapa hati
Tengku Haziq tidak tenang dengan renungan anak perempuan Dato Kamaruddin.
‘Hhhisshh…minah ini buat jantung aku macam nak keluar je tengok renungan mengoda dari dia ini.
Nasib baik aku kuat iman lagi kalau tak mau
tangkap lentok aku dengan renungan dia. duk
usya-usya aku dari tadi, macam ada
hati je dengan aku minah ini. Kalau syok pergi kat rumah mummy dan daddy pi pinang aku’ Tengku Haziq berseloroh
sendiri.
Dato Kamaruddin perasan
anak perempuannya dari tadi duduk merenung pemuda yang sedang berborak
dengannya. Hati tuanya kuat menyatakan anaknya jatuh cinta lagi setelah
gagal bercinta dengan tunangnya dua tahun lepas. Jodoh mereka tidak
kesampaian tunang anaknya yang bakal menantunya kemalangan dan mati di tempat
kejadian. Mungkin hati anaknya mula terbuka untuk bercinta lagi.
*****
Pejam celik sudah masuk
6 bulan Tengku Haziq dan teman rapatnya Daniel bekerja di hotel di
penang. Kini dia dan Daniel berdebar menanti keputusan SPM yang sudah lama
mereka nantikan. Lusa keputusan SPM akan keluar maka akan tamatlah kontrak dia
dan hotel di mana dia bekerja. Sebelum, lusa dia akan kembali ke Kuala Lumpur.
Tentu kos pembelajaran aku nanti mahal macam mana aku nak bayar yuran
pengajiannya. Kalau boleh dia langsung tidak mahu mengunakan duit keluarganya
untuk membayar segala kos pembelajarannya. Dia sudah punya perancangan tentang
masa depannya sendiri. Dia sudah merancaang untuk bekerja sambil belajar.
Tawaran dari Dato Kamaruddin 6 bulan lepas masih menanti jawapan darinya.
Tengku Haziq mengambil telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon Dato Kamaruddin.
“Assalamualaikum… Boleh saya bercakap dengan Dato kamaruddin?”
“Waalaikumusalam… kalau
tak keberatan siapa di talian?”
“Nama saya Haziq..Saya
telah di tawarankan Dato Kamaruddin sebagai model sambilan di syarikat beliau. Boleh
saya bercaakap dengan Dato” terang Tengku Haziq pada pemanggil yang berada di
talian.
“Encik Haziq sila
tunggu sebentar di talian nanti saya sambungkan Encik Haziq pada Dato
Kamaruddin.”
“Baiklah….”
Alhamdulilah keputusan
SPMnya dapat straight ‘A’. Dia
mendapat banyak tawaran di dalam Negara mahupun di luar negera. Semua
tawaran dari intitusi pengajian banyak menawarkan dia pekerjaan Doktor tapi dia
tidak berminat untuk menjadi Doktor minatnya lebih cenderung pada seni bina
lalu dia mengambil kos kesukaannya iaitu arkitek. Setelah di timba-tara
dia tidak sanggup berpisah dengan mummy
dan daddynya maka dia memilih university utara Malaysia sebagai
tempat dia menimba ilmu sebelum menjadi seorang arkitek yang berjaya kelak. Dia
jugak boleh berkerja sambil belajar, tawaran dari Dato Kamaruddin telah di
terimanya. Kini semua masalah tentang kewangan tidak lagi menjadi masalah
padanya.
*****
Suasana di kampus
banyak mengajar Tengku Haziq tentang kehidupan. Sejak dia bergelar model
separuh masa dan seorang pelajar banyak ragam yang dialaminya sendiri. Macam
–macam yang menimpa Tengku Haziq masih segar di ingatannya setiap apa yang
berlaku di UUM masa dia masih pelajar junior.
Dia tipu oleh rakan sekuliahnya, di fitnah tapi dia mengambil semua yg berlaku
sebagai pengajaran dalam hidup yang akan datang. Cuma satu di ingatannya tidak
boleh dilupuskan dibelasaah beramai-ramai hanya disebabkan seorang perempuan
yang hendak berkenalan dengannya sampai dia di masukakan ke hospital tanpa
pengetahuan mummy dan daddynya nasib baik teman sebiliknya,
Rafiq membantu. Semua yang berlaku hanya di pandang cool oleh Tengku Haziq dia yakin pasti ada hikmah di sebalik
kejadian yang menimpanya. Sedang asyik memikirkan apa yang dia lalui di kampus
datang teman rapatnya menyergah.
“Woiii!” Haziq
tersentak dengan segahan itu.
“Assalamualaikum ….” Sindirnya.
“Eeerr... Waalaikumuslam
temanku yang ku sayang…” ujar Rafiq yang mengaru kepalanya yang tidak gatal
menutup malu barangkali.
“Kau ini memang tak
pernah nak berubah,tak habis lagi perangai kau suka sergah-sergah orang ini.”
Marah Tengku Haziq sambil mengelengkan kepalanya.
“Bro …kau janganlah marah aku. Maaf lain kali aku tak buat lagi.”
“Banyaklah kau maaf.
Maaf tak ada makna kau minta maaf
tapi kau ulangi perangai tak berapa betul kau tu.”
“Okey..Kali ini aku janji dengan kau. Tengok kalau kau membebel aku
lupa apa yang aku nak sampaikan kat kau tadi.” Tengku Haziq mengerut dahinya
seribu.
“Apa yang kau nak
bagitahu aku?”Soal Tengku Haziq. Tanpa kata Rafiq terus memeluk Tengku Haziq
dan membisikan sesuatu kepadanya. Tengku Haziq yang geli dipeluk begitu oleh
Rafiq terus menolak tubuh Rafiq ke tepi. Naik lemas dia di peluk macam ini kang orang fikir aku gay pulak, dah satu kerja tersebarnya
cerita yang hot kat UUM ini.
“Eee… kau ini kalau nak cakap just
cakap je lah tak payah nak peluk-peluk aku..! Geli kau tahu.”
“Aku tak nak join kau mengorat awek baru yang kau bisikan tadi kau tackle lah sendiri aku datang sini nak belajar bukan nak mencari C.I.N.T.A
kau paham!” tegas Tengku Haziq menjelaskan pendirian dirinya.
Dari jauh ada sepasang
mata memerhatikan dua sahabat ini bertengkar dan berbual. Dia mula melangkah
mendekati dua pemuda itu dari belakang yang sedang leka berbual tanpa mereka
sedari dia sudah berdiri di belakang pemuda tersebut. Tanpa salam di menyentuh
bahu Tengku Haziq dengan lembut sehingga Tengku Haziq berpaling dan terkedu
dengan ke hadiran dia. Tengku Haziq yang terasa seperti bahunya di ramas dengan
lembut terus menoleh ke belakang alangkah terkejutnya dia melihat gerangan
perempuan yang selamba menyentuhnya. Tangan gadis itu masih terletak di atas bahunya
lagi, lalu di tepis dengan lembut dan sambil tersenyum dia bersuara di dalam
hati tanda pelik dengan kedatangaan gadis tersebut ke Universiti tempat dia
belajar.
“Eehh… Apa yang Cik
Sofea ini buat kat sini?” Setahu aku dia tak
belajar kat sini dia belajar kat UITM macam mana pulak dia boleh terpacak kat
sini.
‘Apa yang dia buat kat
sini? Dia cari aku ke? Tapi aku tak ada sebarang urusan dengan dia?’ Kata-kata
yang hanya terlontar di dalam hatinya saja.
Sofea yang agak terasa
dengan Haziq mula menyedapkan hatinya yang dia tahu Haziq tidak suka di pegang
oleh perempuan yang bukan muhrimnya. Dia yakin suatu hari nanti Haziq bakal
menjadi miliknya, itu pasti Sofea menanam cita-cita untuk memiliki Haziq. Dia
terseyum manis di hadapan Haziq dan temannya.
“Maaf…I tak sengaja kejutkan you all’s”
“Takpe.. Ziq dah biasa
dah”
“ Cik Sofea buat apa
kat sini?” Tengku Haziq cuba beramah walaupun dia tiada hati nak beramah dengan
anak majikannya.
“You tak tahu ke Ziq yang I
dah pindah U so, I pilih UUM boleh dekat dengan you…”
nada Sofea Ilyana manja.
Haziq terkejut dengan
kenyataan dari Sofea yang menyatakan dia turut belajar di sini. Lepas ini masak
aku ke hulu dan ke hilir macam diawasi oleh Sofea Ilyana. Dia tidak senang
dengan anak majikan dia ini seperti obsess terhadap dia tak kira tempat pasti
dia akan muncul dengan tiba-tiba, seperti setiap pergerakan dia di perhatikan
oleh seseorang. Dia terpaksa tersenyum untuk menyambut kedatangan Sofea Ilyana
sebagai pelajar baru di ‘U’ nya.
“Oowwhh…maknanya Sofea baru daftar masuklah ke UUM ini. Sofea ambik
kos apa?”
“I ambik kos kesenian dan photography”
“Fuhh...Nasib baik tak
sama kos dengan aku kalau tak habis aku nak melayan perangai gedik dia ini”
ujar Tengku Haziq antara dengar dan tidak.
“Apa you cakap I kurang dengarlah”
“Eehh…Tak ada apa-apa”
Tengku Haziq tergagap sedikit.
“Haziq you bukan ambik full time ke jadi model?”
“Eehh…Taklah Ziq ambil part
time je kerja sebagai model untuk tampung kos pembelajaran Ziq dekat sini”
jelas Tengku Haziq pada Sofea Ilyana.
“Ooo..I ingat you fulltime
jadi model kat syarikat papa I”
sambil tersenyum mengoda Sofea Ilyana melirik manja.
‘Dia orang ini buat aku
macam tak wujud pulak. Si Haziq ini satu
mentanglah perempuan cantik cari dia aku yang ada kat sebelah ini macam
dilupakan je. Ini tak boleh jadi ini
aku mesti nak buat hint bagi dia
orang sedar yang aku bukan patung kat sini nak jadi penonton babak drama
mereka.’ Rafiq mula menarik nafas panjang.
“Uhuukk...Uhuukk...”Rafiq memberi hint buat temannya.Tengku Haziq yang paham dengan perangai temannya
yang tak boleh nampak perempuan berdahi lincin mulalah dia nak bermadah tak
kena tempat.
“Ehh…Afiq kau sakit ke?
Ujar Tengku Haziq berpura-pura bertanya
macam dia tak tahu yang Rafiq memberi dia hint
untuk berkenalan dengan Sofea Ilyana.
“Eehh..Sofea, Ziq lupa
pulak nak kenalkan Sofea dengan kawan rapat Ziq, kenalkan Syed Rafiq Hazwan”
Tengku Haziq memperkenalan temannya.
“Hai saya Syed Rafiq
Hazwan” Rafiq memperkenalkan dirinya daan menghulurkan tangan untuk berjabat.
“Hai.. I am Sofea Ilyana Dato Kamaruddin. Nice
to meet you, Rafiq” Sofea menghulurkan tangan menyambut huluran Rafiq. Lama
tangannya di genggam oleh Rafiq.
“Ehem..eeehem.. Afiq aku rasa aku nak balik dulu letihlah hari ini,
esok aku ada test pagi. Sofea, Ziq nak balik dulu nanti kalau ada apa-apa kita
jumpa lain kali. Selamat datang ke dunia UUM”
“Sofea beboraklah
dengan Rafiq. Biar Rafiq bawak Sofea jalan-jalan kat UUM ini” tingkah Rafiq.
“Beb..Kau
nanti balik nak naik apa?" Tengku Haziq menyoal Rafiq.
“Takpe kau baliklah
dulu hari ini aku bawa kereta sendiri kau tak
payah risau tentang aku biar aku yang bawak Sofea keliling U kita.”
“Kau ingat kau bawa
anak dara orang kau jangan buat apa-apa pulak dengan dia. Kau bukan boleh
percaya kalau nampak perempuan cantik” sengaja Tengku Haziq menguatkan suaranya
sebagai peringatan buat temannya tu. Dia nampak Rafiq
menbesarkan matanya. Protes mungkin.
“See you tomorrow..Ziq balik dulu.” Pamit Tengku Haziq.
“Okeylah..Sofea saya minta diri dulu. Take care. Hati-hati dengan mamat kat sebelah ini” Tengku Haziq
berseloroh sambil mula melangkah.
Belum jauh dia
berpaling ke belakang lalu melambai ke arah Sofea Ilyana dan Rafiq sambil
memberi salam. Sofea Ilyana tersenyum lebar ternyata Haziq mengambil berat
tentangnya. Dia merasakan yang dia tidak bertepuk sebelah tangan, tak sia-sia
menyuruh papanya untuk memindahkan dia ke sini. Rafiq yang melihat Sofea Ilyana
masih memandang ke arah Haziq melayang-layangkan tangannya di wajah Sofea Ilyana.
Tengku Haziq mula
melangkah menuju ke arah bus-stop
yang di sediakan di UUM. Bukan dia tidak ada kereta, cuma dia malas hendak
mengunakan kereta yang dihadiahkan oleh ayahnya hanya ditinggalkan di paking lot tempat asramanya saja. Dia
lebih senang berjalan-jalan seperti ini. Di kejauhan Tengku Haziq melihat
sekumpulan Mat Rempit yang sedang asyik mengusik seorang gadis yang jelas
tergambar ketakutan di wajahnya. Tengku Haziq mempercepatkan langkahnya.
“Assalamualaikum...Hey bro,
buat apa tu?”
“Hoiii..! Kau jangan masuk campur urusan kami”
“Kang tak pasal-pasal kau masuk hospital kami
buat” Ujar salah seorang Mat Rempit.
“Eh...korang dengar sini
macam mana aku tak masuk campur yang
karong kacau ini buah hati aku” Tengku
Haziq terpandang wajah blurr gadis
tersebut bila dia memandai mengaku buah hati.
“Sayang…awak kalau nak
merajuk dengan saya cuba jangan buat perangai macam ini, balik sorang-sorang.
Sekarang tengok awak dah kena kacau siapa yang susah. Saya juga yang susah”
Ujar Tengku Haziq mula berlakon padahal dalam hati dah macam nak naik seram
dikelilingi Mat Rempit.
“Sa...aaya punya
keret…” Gadis itu blurr dengan
situasi di situ tak dapat meneruskan
bicaranya.
“Saya tahu kereta awak
rosakkan” tebak Tengku Haziq bila menyedari ada sebuah kereta di depan bus-stop. Gadis itu hanya mengangguk
kepalanya sahaja.
Tengku Haziq terus melangkah merapati gadis
yang dia sendiri tak tahu namanya. Dia menarik lengan gadis tersebut nasib baik
berlapik kalau tak buat dosa kering aku nampaknya.Dia melihat gadis tersebut
hanya mengekor saja. Belum sempat Tengku Haziq menarik jauh gadis tersebut dia
terasa ada tangan menarik kasar lengannya, nasib baik lengan gadis tersebut aku
dah lepas kan kalau tak dengan dia-dia sekali terseret. Badan Tengku Haziq
terdorong ke depan dan satu tumbukan dari Mat Rempit mengenai wajahnya.
Dussshhh….
“Adoii! Sakit lah bro kau
buat aku macam ini.” Adu Tengku Haziq
menahan kesakitan. Di dalam hati kesabaran dia sudah hilang tapi dia still cool kalau boleh dia mahu
mengelakkan pergaduhan dari berlaku.
“Apa ini bro, main kasar” ujar Tengku Haziq.
Salah satu dari Mat Rempit tu mencekak leher baju Tengku Haziq. Gadis itu melihat
sedikit gerun melihat Mat Rempit mencekak baju pemuda yang menolongnya.
“Aku dah cakap dekat
kau tadi jangan masuk campur tapi kau degil, apa salahnya kita share je awek kau ini dengan kita orang” nada sinis dari Mat Rempit yang
berbaju kotak-kotak. Tengku Haziq yang mendengar terus melancarkan sebiji
penumbuk, bukan calang-calang penumbuk di beri pada Mat Rempit itu. Penumbuk
berisi ilmu yang dipelajarinya sejak dia menjadi mangsa pukul tempoh hari mula
menamam azam untuk mempelajari ilmu seni mempertahannan diri.
Buukk…
Mat Rempit menahan
senak di perut akibat tumbukan dari Tengku Haziq. Dua orang Mat rempit yang
melihat kawannya tersungkur mula, menghampiri Tengku Haziq. Tengku Haziq yang melihat mereka menghampirinya
bersiap sedia untuk mempertahankan dirinya. Akan di manfaatkan segala yang
dipelajarinya. Sebaik bermula lah pergaduhan antara Tengku Haziq dengan tangkas
mengelak dan memberi penumbuk pada dua Mat Rempit yang cuba menumbuknya. Dalam
terleka bergaduh Tengku Haziq lupa seorang mat Rempit yang mula-mula
ditumbuknya telah mengambil sebatang kayu dan perlahan-lahan menhayunkan ke
kepala Tengku Haziq. Tengku Haziq yang terasa seperti ada darah pekat yang
mengalir dikepalanya mula menoleh ke belakang di sambut hayunan kedua dan
dengan padu Mat Rempit itu tersungkur kesakitan di tanah akibat tedangan dan
tumbukan Tengku Haziq. Melihat kawannya di tumbuk dan tendang dua lagi Mat
Rempit mula menghidupkan enjin motorsikal mereka dan beredar meninggalkan kawan
mereka yang sedang kesakitan. Anis yang di tolong oleh Tengku Haziq mula
melangkah ke arah Tengku Haziq seakan ingin jatuh gadis itu terus meluru memaut
tubuh Tengku Haziq memapahnya dan di bawa ke dalam keretanya. Tengku Haziq
tidak peduli keadaan dirinya dia masih bertanya pada gadis tersebut.
“Awak boleh drive?”Tengku Haziq menyoal gadis itu.
Dia melihat gadis itu hanya mengangguk mengiakan pertanyaan Tengku Haziq.
“Kalau macam itu boleh
awak tolong bawa saya ke hospital terdekat?” Tengku Haziq menahan kepalanya
yang berdenyut akibat di pukul oleh Mat Rempit tadi. Dia memejamkan
matanya. Anis yang melihat pemuda yang
menolongnya memejamkan mata segera menghidupkan enjin keretanya.
“Eeerrkk…elok pulak kereta ini tadi aku hidupkan tak boleh” Anis Saffiya berkata perlahan
antara dengar dan tidak.
Tengku Haziq yang
mendengar omelan dari gadis tersebut hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa yang
kini merasakan kepalanya amat sakit sekali dan darah masih mengalir di
kepalanya. Anis Saffiya yang sedang memandu melirik sekilas di sebelah
penumpang jelas raut wajah pemuda itu kesakitan dan sedang menahannya. Sayu
hati Anis Saffiya melihat pemuda yang
baik hati itu sudi cedera bagi menyelamatkannya dari di kacau oleh tiga orang
Mat Remnpit yang memang tak belajar tentang adap moral dan peri kemanusian
langsung apabila syaitan dah naik nafsu sering memuncak macam tu lah jadinya.
Sesampai di hospital
Anis Saffiya cuba memanggil pemuda itu. Dah lah dia tak kenal, nak panggil apa
dekat dia ini.
“Awak..Awak kita dah
sampai…”
“Awakkk!” Anis Saffiya
cuba menguatkan suaranya tapi masih gagal mengejutkan Tengku Haziq yang sedari
dari tadi semasa dalam perjalanan ke hospital telah pengsan.
*****
Mata terbias cahaya, kepalanya terasa sakit. Perlahan-lahan dia membuka matanya dan cuba mencernakan keadaan sekeliling, dia terbau ubat-ubatan dan dia masih memerhatikan sekeliling dinding putih dan aku di atas katil. Aku di hospital ke?
“Ziq..Kau dah sedar
syukurlah kau dah sedar” suara Rafiq menerjah gegendangnya.
“Aku kat mana ini?”
“Kau tak ingat ke yang
kau kena pukul,sekarang ini kau ada kat hospital ada seorang gadis yang
menelefon aku menyatakan kau masuk ke hospital akibat bergaduh dengan Mat
Rempit.” Jelas Rafiq menerangkan pada kawannya.
“Arrghh….” Tengku Haziq cuba mengingati apa yang berlaku tapi gagal.
Tapi bila temannya menyebut tentang gadis tersebut dia baru teringat yang
ketika balik dari UUM dia berjalan dan melihat ada gadis yang sedang di kacau
oleh Mat Rempit.
“Mana gadis tu Afiq?”
tanya Tengku Haziq pada Rafiq.
“Entah aku tak
tahu,tapi masa aku datang dia memang dah tak ada kat sini.”
Tengku Haziq kecewa.
Dia menghela nafasnya dengan berat. Hatinya ingin sekali mengenali gadis
tersebut. Entah bagaimana dia tertarik dengan gadis tersebut saat dia
terpandang gadis tersebut hatinya bagai seakan menyanyi lagu cinta. Tiba-tiba
pintu bilik yang menempatkan Tengku Haziq di tolak kasar dari luar, jelas
tergambar riak risau Sofea Ilyana. Tanpa salam Sofea Ilyana terus mendekati
katil yang menempatkan Tengku Haziq lantas tanpa segan silu terus di genggam
tangan Haziq dan dibelai kepala Haziq yang berbalut bandangan putih yang
melilit di kepalanya. Tengku Haziq yang tidak selesa di layan seperti itu hanya
memohon maaf yang dia tidak selesa di perlakukan seperti tu. Rafiq yang melihat
mula tumbuh bait-bait cemburu atas sikap gadis yang di minati dalam diam
melayan Tengku Haziq begitu.
“Eerr...maaf Sofi tak
sengaja”
“I cuma terkejut bila dengar berita yang you masuk hospital tu yang I
risau akan keadaan you.”
“Ziq, tak ada apa-apa
cuma kepala ini je yang rasa sakit
dan berdenyut sikit”
“Ziq, aku keluar dulu
lah nak pergi kantin cari makanan” Rafiq meminta diri. Hatinya sakit melihat
sikap ambik berat Sofea Ilyana terhadap temannya.
“Eehh…kau nak pergi mana, kau kan baru sampai kau jangan tinggalkan
kau berdua kat sini dengan Sofea tak manis kau tak payah lah pergi
mana-mana kata kau sayang aku” Tengku Haziq cepat-cepat menegah kawannya dari
berlalu meninggalkan dia berdua dengan Sofea Ilyana disini. Dia tidak selesa
berdua dengan gadis tersebut.
Sofea Ilyana yang
mendengar terus mencebikan mulutnya tanda dia tidak suka dengan apa yang dilakukan
Tengku Haziq patutnya dibiarkan sahaja Si Rafiq pergi biar dia dapat
berdua-duaan dengan Haziq. Rafiq yang tersenyum hanya mengangguk tanda dia
tidak jadi melangkah dia tahu tentu Haziq tidak selesa berduaan dengan Sofea
memandangkan Sofea macam tergedik sana sini bila berhadapan dengan temannya ini.
Terbit rasa kagum di hati Rafiq terhadap
kawannya yang sering menjaga adap sekeliling terutamanya yang melibatkan
perempuan.
Tiga hari Tengku Haziq
terlantar, tapi orang yang di tunggunya langsung tidak melawatnya. Hatinya
hamba. Gadis yang berjaya mengusik hatinya tidak muncul tiba hanya satu rantai
yang berloketkan kunci dititipkan pada nurse
di hospital untuknya. Tengku Haziq merenung rantai loket mainan kunci di
tangannya, lalu di pakainya. Sejak keluar hospital banyak nota yang dia
ketinggalan nasib baik ada Rafiq yang sudi menyalin untuknya semua tesis yang
diberi pensyarah kalau tak masak dia nak mencari. Sejak kejadian itu Tengku Haziq sering melalui jalan menuju ke
bus-stop tapi kelibat gadis yang di tunggunya langsung menghilangkan
jejaknya tanpa dapat dia kesan dan kesibukan exam terakhir berjaya melupakan sejenak gadis misteri yang
ditolongi nya.
*****
Selepas tamat degree,Tengku Haziq mendapat tawaran
bekerja di London, salah satu sayrikat yang bekerjasama dengan syarikat
papanya. Dia menerima tawaran tersebut untuk melupakan detik yang berlaku di
dalam hidupnya persahabatan dengan Syed Rafiq Hazwan musnah gara-gara seorang
perempuan yang licik. Semenjak itu dia tidak lagi bertemu dengan Sofea Ilyana.
Masih terbayang lagi terlayar di ruang fikiran bagaimana sahabat baiknya telah
melamar Sofea Ilyana didepan matanya dan Sofea Ilyana menerima tapi dia tidak
pernah tahu yang Sofea Ilyana menyimpan perasaan kepada dia. Dia telah di
fitnah oleh Sofea, gara-gara pekara itu dia putus sahabat dengan Rafiq. Sedekit
demi sedikit kejadian waktu itu terlayar di fikirannya.
“Sofea sudi tak awak
jadi kekasih saya dengan bersaksikan Haziq sebagai saksi” Rafiq dengan berani
mati melamar Sofea Ilyana.
Sofea Ilyana tergamam,
saat dia di lamar di depan semua orang yang sedang lagi makan di café UUM. Dia
hanya mengangguk tanda dia menerima lamaran dari Syed Rafiq. Rafiq yang melihat
gadis idamannya mengangguk tanda dirinya di terima mula berdiri dan mengenggem
tangan Sofea lalu di beri sebentuk cincin yang bertahtakan permata putih. Haziq
yang melihat temannya sedang asyik di lamun cinta, mula melangkah meninggalkan
paasangan bahagia itu. Jelas beban fikiran berkurangan ketika ini. Dia yakin
Rafiq boleh membahagiakan Sofea Ilyana, dan selepas ini tak akan ada lagi orang
yang suka tergedik-gedik dengan dia lagi. Terlepas satu masalah.
Dibilik asrama Tengku
Haziq dia sedang melayani lagu di youtube, tiba-tiba dia tertarik dengan sebuah
band lalu di klik lagu tersebut. Bait
lagu diikiutinya mengikut lirik yang tetera di skrin lapptopnya. Bait dari lagu
tersebut mengingatkan dia tentang seseorang. Rantai silver yang masih di
pakainya di sentuh, dia kembali mendengar lagu dadali sekali lagi. Bibirnya
menyanyi bersama.
Mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi, menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi, menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu aku sangat mencinta
Menyendiri lagi, menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta (indahnya cinta)
Maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta
Maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta (indahnya cinta)
Maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta
Aku inginkan dirimu datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu aku sangat mencinta……
Kan ku katakan padamu aku sangat mencinta……
Sofea Ilyana yang terkejut
dengan lamaran dari Rafiq terus tersedar dan menepis tangan Rafiq yang
melinggari pingangnya. Dia terus berlari sambil menangis.Rafiq yang melihat
gadis pujaannya menangis turut mengejar Sofea Ilyana yang telah berlari dahulu.
“Sofeaaa…tunggu
sayang…” teriak Rafiq memanggil teman wanitanya.
Sofea yang mendengar
terus berlari tanpa mempedulikan panggilan dari Rafiq. Dia terus berlari dan
menangis. Pagi tadi sewaktu dia menemui Haziq di sebuah kedai emas dia sudah
mula mengagak yang Haziq ingin melamar dia tapi dia salah bukan Haziq yang
melamarnya tapi Rafiq dia tidak mencintai Rafiq dia mencintai Haziq. Hanya Haziq
lelaki idamannya dia harus memiliki Haziq. Rafiq yang mengejar Sofea Ilyana
berjaya menarik Sofea Ilyana ke pelukanya. Dia cuba menenangkan Sofea Ilyana
yang tiba-tiba menangis.
“Sshyy…..sayang kenapa menangis cuba bagi tahu Fiq?” dagu Sofea Ilyana
didongak air mata dipipi gadis itu di lap. Cuba mengusir sekala kesedihan gadis
itu.
Sofea Ilyana hanya
mendiamkan diri. Dia tidak ingin bersama dengan Rafiq dia harus mencari akal
supaya dia putus dengan Rafiq tapi bagaimana caranya dia terlanjur mengiakan
lamaran dari Rafiq akibat sakit hati dengan Haziq yang hanya tersenyum bahagia
atas lamaran Rafiq terhadap dirinya. Dia perlu mencari helah. Tiba-tiba satu
akal jahat mula merasuk ke dalam fikiran Sofea Ilyana.
“Sofea tak layak untuk you, Rafiq…I tak layak”
ulang Sofea Ilyana dan terus berlakon.
“Apa yang sayang cakap
ini, apa yang tak layak?” Rafiq yang blurr terus menyoal Sofea Ilyana kembali.
“I….I….sebenarnya perempuan kotor Fiq! I tak layak untuk you. You masih sanggup nak ambik I walaupun I perempuan yang tak suci
lagi.” Sofea Ilyana nampak muka Rafiq yang seakan terkejut dia pasti Rafiq
tentu tidak mahu perempuan yang kotor macam dia walaupun dia hanya mereka
cerita.
“Youuu….tak suci lagi
Sofea” jelas tergambar kekecewaan di wajah Syed Rafiq. Dia memegang kepalanya
tanda dia tidak dapat menerima bunga yang di puja rupanya telah rosak tapi dia
tidak peduli itu semua dia tetap cintakan Sofea Ilyana biar apa orang akan berkata yang dia lelaki
dayus yang menerima sisa dari orang.
“Fiq tak kisah. Apa yang Fiq rasa sekarang
adalah Fiq cintakan Sofea, Fiq tak
kisah tentang masa lalu Sofea asalkan Fiq dapat mengubati hati Sofea yang
terluka.”
Sofea Ilyana tersentak
dengan kenyataannya sangkaan dia Rafiq akan meninggalkannya. Lain yang di
rancang lain yang menjadi, kini akalnya mencari lagi idea untuk memutuskan
hubungan. Lelaki bodoh! pekik hati Sofea Ilyana.
“Fiq…I tak boleh terima you sebab I tak boleh…”
“Kenapa…Fiq janji yang
Fiq tak akan mengungkit tentang masa silam Sofea.Asal Sofea sudi terima cinta
Fiq.”
“I tak boleh terima atau mencintai orang lain sebab I dah terlanjur mencintai orang yang I telah serah seluruh jiwa dan raga I padanya.”
“Maksud Sofea orang
yang telah merosakan Sofea?” tebak Rafiq.
“Yea..Hanya dia yang ada di ingatan I sejak kejadian yang telah menyatukan dua jasad” tanpa segan dan
silu Sofea Ilyana terus meneruskan pembohongannya.
“Siapa orangnya Sofea?”
Rafiq tidak sedar di mencengkam bahu Sofea Ilyana.
“Lepaslah. Sakit I, you buat macam ini” protes Sofea Ilyana
yang terasa sakit akibat cengkaman Rafiq dibahunya.
“Fiq nak tahu siapa orangnya Fiq kenal ke?” Rafiq
mendesak Sofea Ilyana supaya memberitahunya.
“Fiq kenal dan Fiq
rapat dengannya,dia ialah teman sebilik you
Haziq…” Selepas nama Haziq di sebut Sofea berpura-pura menangis kembali kali
ini lebih kuat.
Syed Rafiq bagai di
pukul. Dia tidak menyangka kawannya sebegitu keji perangainya. Apa yang dia
tahu kawannya itu sungguh menjaga tingkah lakunya. Tapi ternyata hanya untuk
menutup dengan semua kebaikannya. Dia tidak sangka sama sekali, sungguh perit
dia menelan semua yang terluncur di bibir gadis kesayangannya bahawa dia dan
terlanjur bersama kawannya. Kenapa kawannya masih mendiamkan diri. Dasar lelaki
tak guna habis madu kau dah sedut kau
buang dia macam itu aku patut ajar kau supaya kau tak lakukan lagi perbuatan
tak bermoral kau pada orang lain. Syed Rafiq terus mengatur langkah menuju ke
asrama yang menempatkan dia dan rakannya. Dia yakin kini rakannya ada di bilik.
Dia pergi tanpa menoleh ke arah Sofea yang menangis sendiri, hatinya kini
sakit.
Sesampai di asrama yang
menempatkannya, Rafiq terus berlari ke bilik. Pintu bilik di tolak kuat dari
luar. Matanya mula mencari kelibat temannnya, saat matanya singgah di meja
belajar dia menganturkan langkah menuju ke arah Tengku Haziq yang masih tidak
mendengar temannya yang berada di belakangnya.Tengku Haziq yang merasa seperti
ada makhluk dibelakangnya terus menangalkan earphone
dan menoleh ke belakang.
“Fiq...”
Bbuuk!
Penumbuk sulung dihadiahkan oleh Rafiq.Tengku Haziq yang mahu berdiri terus terduduk
akibat tumbukan dari Rafiq.Darah di tepi bibirnya di kesat kasar.
“Woiii! Apa hal kau ini, Fiq?”
“Itu untuk kau yang dah
merosakan perempuan,solat lima waktu tapi perangai macam setan” jerit Rafiq
pada Tengku Haziq.
“Kau ini tak layak jadi kawan aku kau tahu, harap
muka je macam muka orang baik tapi perangai macam bangkai kau tahuuuuu”
“Aku menyesal sebab
dapat kawan macam kau”
Tengku Haziq bangkit.
Dia mengepal buku lima sebelum melepaskan tumbukan yang mengenai pipi Rafiq.
Rafiq terduduk di lantai akibat tumbukan dari
Tengku Haziq.
“Itu khas untuk sahabat
yang suka bertindak melulu macam kau!”
Rafiq bangun. Pipi yang
mula bertukar warna diraba.
“Kau dah rosakan seseorang kau langsung tak mahu bertangungjawab, jangan kau
cuba nak buat tak tahu dengan apa yang kau buat”
“Rosak? Aku rosakan
siapa ini aku tak faham apa yang kau
cakap ini,Fiq?”
“Kau yang dah rosakan
Sofea, bila dah sambut cinta kau kau ragut kesucian dia. Habis madu kau hisap
kau buang dia macam itu dengan rasa tak
bersalah kau setuju je aku lamar dia jadi makwe
akukan!” Rafiq menujah-nujah dada bidang Tengku Haziq.Tengku Haziq menepis
kasar jari Rafiq yang menujah dadanya.
“Untuk pengetahuan kau
aku tak pernah lagi melakukan zina di
muka bumi ini, aku masih takut dengan ALLAH”
“Dan aku tak pernah cintakan dia, aku cintakan
gadis yang aku tolong” Tegas Tengku Haziq.
“Arrrgghhh…kau tak payah
nak berlakon konon kau cintakan gadis yang kau selamatkan. Kenapa kau nak
rosakkan gadis kau selamatkan ?” amuk Rafiq.
“Aku menyesal sebab kenal
dengan kau”
“Mulai detik ini jika
kau jumpa aku jangan kau cuba dekati atau tegur aku sebab aku tak ada kawan
yang berhati busukkk macam kau!!” sambung Rafiq. Dia beredar tanpa mendengar
penjelasannya.
Disitulah pertemuan
terakhir dan persahabatanya rosak angkara fitnah Sofea Ilyana Dato kamaruddin
pada dirinya. Dia duduk di satu bangku yang selalu dia duduk sejak menetap di
London. Dia rasa dia mula hanyut dengan lamunan tentang masa silamnya. Dia
bangkit lalu ingin berlalu dari situ. Tanpa dia tahu dia di langgar seseorang
dari arah bertentangan. Orang yang melanggarnya terduduk di timbuna salji
begitu juga dirinya yang terduduk sama akibat pelanggaran itu.Tengku Haziq
bangun perlahan-lahan dan menyapu belakangnya yang terkena salji. Dia melihat
wajah yang melanggarnya. Dia tergamam. Kaku seketika melihat seraut wajah yang
telah lama ingin di temuinya.
“Saudari okey…” Tengku
Haziq memula bicara dan menghulurkan tanganya untuk membantu gadis yang
melanggarnya bangun tapi huluran tangannya tidak bersambut. Dia paham dan mula
tersenyum.
“Maaf…maaf saya tak
sengaja langgar awak tadi”
“So..sorry Sir…” nada cemas dari gadis
tersebut tapi wajahnya masih menunduk.
“Okey je.” ringkas dari Tengku Haziq yang masih melihat wajah gadis
yang telah mencuri hatinya.Wajah kalut.
“Ahh..apa yang aw….aak caa..kaap”
tergagap-gagap Anis Saffiyah menyudahkan ayatnya.
Di saat dia mengangkat
wajah, dia terkaku dan merenung wajah yang berada di hadapannya. Wajah yang
sering menganggu mimpinya kini sudah berada dihadapan matanya. Matanya masih
bulat membesar merenung seraut wajah yang sering bermain di fikiraannya. Dia
jadi kalut, tidak di sangka dia akan bertemu jejaka yang suatu ketika dulu yang
telah menyelamatkan dari di ganggu sewaktu keretanya rosak di UUM dulu.
“Hai….Assalamualaikum”
Tengku Haziq menghulurkan salam bila melihat gadis yang berada di hadapannya
tidak terkutik merenungnya. Naik seram
pulak aku rasanya macam kena scan je
dengan mata bundar gadis ini.
“Hoii!! Eerrkk salah
hai…waalaikumusalam” jawab gadis itu.
“Saya rasa kita belum
berkenalan lagikan apa kata saya belanja saudari minum kat café di depan itu? Sudikah saudari menemani saya dengan secawan
kopi sebagai perkenalan dari saya?” Tengku Haziq membuka kata dia tidak mahu
terlepas lagi gadis yang sering ada dihatinya.
Anis Saffiyah yang
mendengar tertelan air liur di buatnya. Tidak pernah dia keluar dengan lelaki
atau di pelawa oleh lelaki kerana sifat dia yang kalut dan terburu-buru. Anis Saffiya
yang nampak pemuda yang pernah selamatkan dia dahulu terus mengangguk tanda
setuju. Mereka beringin ke café yang
berdekatan dan pemuda dihadapannya memesan semuanya untuknya macam tahu-tahu je
yang dia suka capucino.
“Maaf…saya kejadian
silam waktu saya terpaksa tinggalkan awak dekat hospital. Saya tak sengaja kerana
saya ada hal yang lebih penting untuk di uruskan” Jelas Anis Saffiya.
“Errkk…awak masih ingat lagi kejadian itu, saya pun dah lupa
kejadian tu, okey. Tak ada hal” ujar Tengku Haziq. Dia sengaja berkata begitu
untuk melihat wajah gadis yang berada di hadapannya. Jelas riak kecewa
tergambar di wajah gadis yang sehingga kini tidak di ketahui namanya. Anis
Saffiya menundukakan wajahnya tanda kecewa cuma dia seorang sahaja mengingatkan
kejadian dimana dia bertemu dengan pemuda di hadapan sedangkan pemuda di
hadapannya sudah melupakan kejadian yang telah memberi satu seribu rasa pada
dirinya.
“Encik…”
“Tak payah
berencik-encik dengan saya panggil saya Haziq” potong Tengku Haziq
memperkenalkan diri.
“Kalau saya boleh tahu
siapa nama saudari yang cantik ini?” Tengku Haziq bermain madah. Dia nampak
pipi gadis yang dipujaanya sudah mulai merah.
“Nama saya Anis
Saffiya…panggil Anis” sambil tersenyum dia pada pemuda yang berada di depannya.
Tengku Haziq terpana
dengan senyuman manis yang di lemparkan oleh Anis Saffiya padanya. Mahu gugur
imannya jika selalu terpandang wajah manis Si Anis ini.
“Anis buat apa di
London ini? Masih belajar lagi ke?”
“Yup..saya masih
belajar lagi tapi belajar sambil bekerja di salah satu kedai roti di sekitar
kawasan ini.”
“Oowwhh…”
“Encik Haziq buat apa
di London ini? Masih belajar juga ke?” tanya Anis Saffiya pada Tengku Haziq.
“Ehhh..tak saya di sini bekerja di sebuah
syarikat pembinaan di London sebagai arkitek. ”
“Boleh saya nak kenal
rapat lagi dengan Anis” Tengku Haziq beterus terang dia tidak mahu lagi
kehilangan Anis Saffiya.
“Hhhmmm…maaf saya tak
berminat nak berkenalan kalau Haziq sudi mari berkenalan dengan keluarga angkat
saya terlebih dahulu.”
“Baik…dimana mereka
tinggal? Bila boleh saya berkenalan dengan mereka?”
“Haziq rasa tak terlalu
cepat ke kita nak berkenalan paadahal kita baru sahaja suai kenal.”
“Ziq rasa tak perlu
suai kenal kan lebih elok kita dulukan pekara yang penting yang lain boleh
datang kemudian.”
“Kalau macam itu saya
minta diri dulu Haziq.” Anis Saffiya malu bila soal hati dibualkan bersama
sedangkan dia tidak pernah merasa pengalaman bercinta sebelum ini. Belum jauh
dia melangkah dia berpaling ke belakang.
“Insyallah andai ada
jodoh di antara kita tak akan ke mana biarlah masa menentukan segalanya.” Dia
terus berlalu dari situ. Tengku Haziq tersenyum lebar dan melihat sehingga
kelibat Anis Saffiyah berlalu pergi dari situ.dalam dia hendak bangun ada
tetamu yang duduk di tempat Anis Saffiya.
“Mesra nampak? You ada hubungan apa dengan dia?” bicara gadis yang sedang duduk di mejanya. Di
jemput tidak terus menanyakan soalan peribadi dengannya.
“Itu bukan urusan
anda?” tegas Tengku Haziq.
“Dah jelas itu urusan
aku, you pakwe I saayang…”
“Pleasee…am not your boyfriend
okey and not your friend.” Sindir Tengku Haziq. Dia mula bangun untuk
beredar dari situ tapi lengannya di pegang kejap oleh si gadis yang tidak di
undang.
“Pleasee..your hand girl…”
“Ooopss..so sorry sayang..”
Baru hendak melangkah
meninggalkan cafe tetapi dihalang oleh gadis tersebut.Tengku Haziq sudah bosan dengan pelbagai agenda dari Sofea
Ilyana.Kemana sahaja dia pergi, pasti gadis itu mengekorinya.
“Kau
nak apa lagi?Tak puaslagi apa yang fdah kau buat kat aku?”
“Dulu kawan aku kau hasut supaya dia membenci
aku, lepas tu keluarga aku. kau kata kau mengandungkan anak aku. Kau ini
perempuan jenis apa haa…!”Jerit Tengku Haziq dan menolak Sofea Ilyana sampai
terjatuh ke lantai. Dia tidak mempedulikan Sofea Ilyana yang terjatuh yang dia
tahu dia hanya ingin berada jauh dari perempuan yang terlalu obsess untuk
memilikinya. Perempuan seperti Sofea Ilyana tidak pernah mengenal erti kecewa
selagi hajatnya tidak di penuhi. Dia tidak akan membiarkan hubungan yang baru
terjalin antara dia dan Anis Saffiya dihancurkan oleh Sofea Ilyana.
Sofea Ilyana yang di
tolak oleh Tengku Haziq mulai bangun perlahan-lahan. Dia merengus kemarahan
pada Tengku Haziq. Dia tidak akan membiarkan perempuan yang baru duduk di sisi
Haziq tadi merampas Haziq darinya.
‘Haziq milik aku
seorang tak ada siapa yang boleh pisah aku dengan dia’ Sofea Ilyana bermonolog
dalam dirinya. Dia tekad untuk merampas Haziq tak kira terpaksa mengorbankan
banyak nyawa. Dia tersenyum sinis dibibirnya.
Pertemuan demi
pertemuan mula terjadi di antara Anis Saffiya dan Tengku Haziq. Bibik cinta
yang mereka pendam mula berbunga berkembang mewarnai taman hati masing-maasing.
Dengan restu keluarga angkat Anis Saffiya dan keluarganya, Tengku Haziq tekad pada hari ini dia ingin
melamar gadis itu. Segala persiapan di buat dengan rapi supaya apa yang
dirancangnya menjadi.Tengku Haziq memberi pesanan ringkas buat buah hatinya.
‘Assalamualaikum sayang. Nanti bersiap tau abang ambik Anis pukul 8 mlm
ini kita dinner bersama.’
Lalu tekan send
dihantar. Tidak sampai 5 minit pesanan di balas oleh Anis saffiya.
‘Waalaikumusalam abang insyallah kita bertemu malam ini..’
Sebelum bertolak Tengku
Haziq menunaikan solat maghrib. Dia tunduk di sejadahnya dan berdoa kepada yang
MAHA esa.
“YA-ALLAH
andai dia jodohku perkenankanlah doa ku untuk menyunting dia menjadi teman
sehidup dan semati buatku. Pendamping ku Dunia dan akhirat. Sesungguhnya aku
sangat mencintainya dan menyayanginya keranamu YA-ALLAH.YA-ALLAH kau
lindungilah diri ku dari hasutan syaitan yang sentiasa menyesat hambamu ke
jalan kesesatan.Kau berilah Rahmat-Mu dan petunjuk-MU. Andai benar dia tercipta
untukku kau bimbinglah kami dan kau tuntutlah hati kami Ya-ALLAH agar kami
tidak tersasar dari landasan-MU…
Aminnn”
Suasana di halaman
rumah keluarga angkat Anis Saffiya terus berubah dari bentuk taman menjadi
tempat dinner yang paling romantik
dia sediakan buat seorang wanita yang ingin di sunting menjadi teman hidup
sematinya dan penyeri untuk hari-harinya kelak, anak kepada anak-anaknya suatu
hari nanti. Anis Saffiya yang sampai di situ terpegun melihat dekorasi yang disediakan
oleh Tengku Haziq. Dia tidak menyangka Tengku Haziq dan keluarga angkatnya
menyediakan candle light dinner biarpun di halaman rumah mereka.
Mereka makan dengan tertib. Habis sahaja mereka menjamu selera, ada alunan
muzik yang menyapa di gegendang telinga mereka. Haziq tersenyum manis pabila
matanya bertentangan dengan Anis Saffiya. Anis Saffiya yang kalut terkejut
akibat senyuman dari Tengku Haziq untuknya dia jadi gelisah dan secara tak
sengaja dia telah menjatuhkan gelas.
‘Pranggg…’ Anis Saffiya yang kalut terus menunduk untuk menyutip
serpihan kaca yang pecah tapi di tegah oleh Tengku Haziq yang menyuruhnya duduk
dan bertenang.
“Macam mana aku nak
bertenang kalau dia ini asyik tengok dan renung aku mahu gugur iman yang aku
tanam ini”omel Anis Saffiya antara dengar dan tidak.
“Apa Anis cakap? Saya
tak berapa dengar” soal Tengku Haziq.
“Ahh..tak ada apa-apa saya cuma tak biasa makan macam ini. Maaf.”
Tiba-tiba Tengku Haziq
bangun dari kerusi yang didudukinya,lalu dia menyeluk saku seluarnya.Anis Saffiya
nampak Haziq mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan menghulurkannya pada
Anis Saffiya.Anis Saffiya yang mula kalut lagi menjatuhkan kotak tersebut.Tengku
Haziq tersenyum melihat sifat kalut Anis Saffiya. Anis Saffiya melihat Haziq
mengambil kotak yang berwarna biru baldu itu yang berada di tangan Haziq.
Dengan tangan terketar-ketar Anis Saffiya membuka kotak baldu biru tu dengan
perlahan-lahan.Terlopong mata Anis melihat sebentuk cincin yang
bertahtakan berlian unggu di tengahnya.
“Cantiknya..”
“Nur Anis Saffiya Binti
Muhamad sudikah kamu menemani aku hingga ke hujung nyawaku? Sudikah Anis
menjadi pemaisuri dihati saya, dan bakal ibu buat anak-anak kita kelak?
Insyallah Anis menjadi cinta pertama dan terakhir dengan izin dari -NYA.”
Anis Saffiya yang ingin
menjawab soalan yang bertubi-tubi dari Tengku Haziq terus di tegah. Tengku Haziq
menarik nafasnya dengan panjang ada satu rahsia lagi yang Anis Saffiya tak
tahu. Dia tidak mahu Anis Saffiya tahu
dari orang lain dan mungkin akan merosakakn hubungan mereka kelak.
“Anis saya ada sesuatu
nak bagi tahu awak tentang diri saya.”
Anis Saffiya mengerut
dahinya.
“Maaf jika awak marah pada saya.Tapi saya nak awak
tahu saya lakukan ini sebab saya mahu awak kenal diri saya dan bukan harta
saya.”
“Maaf saya menipu
semasa berkenalan dengan awak waktu kita bertemu semula. Disini saya ingin
memulai perkenalan kita lagi sekali tanpa ada penipuan lagi. Saya nak mulanya
dengan kejujuran saya nak awak percaya yang saya benar-benar mencintai dan menyayangi awak sepenuh hati saya. Nama sebenar saya Tengku Haziq Bin Tengku
Osman.”
“Ahh..awak anak orang
berada? Saya rasa saya tak sesuai untuk awak mungkin mama dan papa awak tak
bersetuju nak bermenantukan anak yatim seperti saya” Anis Saffiya bangun dari
tempat duduknya dan dia ingin berlalu pergi dari situ. Tapi langkahnya mati
pergelangan tangannya di pegang kejap oleh Tengku Haziq. Tengku Haziq tahu dia
yang salah sebab tidak berterus terang tentang siapa dia yang sebenarnya.
“Aniss..”
“Maafkan saya sayang
sebab merahsiakan dari awak tentang saya, saya nak awak tahu mummy dan daddy saya merestui hubungan kita kalau awak tak percaya ini mereka di dalam talian sekarang.” Tengku Haziq
menghulurkan telefon bimbitnya pada Anis.
“Assalamualaikum…” suara lembut seorang perempuan berada di talian
menyapa cuping telinga Anis Saffiya.
“Waalaikumusalam, Tengku..”
“Anis..apa pulak
bertengku-tengku dengan mummy kan tak lama lagi Anis nak jadi menantu kami. So,
mula dari malam ini tolong panggil mummy.”
“Eerr..baik teng..ku…tengok…errkk salah mummy”
“Haaa…kan sedap didengarnya lembut suara menantu mummy nasib baik mummy tak ada di sana kalau tak mau mummy ajak Anis shopping beli persiapan khawin Anis tapi mummy dah di beri amaran oleh bakal
suami Anis yang dia tak mahu adakan majlis dia hanya mahu akad dan nikah sahaja
insyallah kami akan ke London 2
minggu dari sekarang. Jadi mummy
harap Anis dah bersedia memikul tanggungjawab tuk menjaga putera mummy yang manja tu?”
“Eerrr…..” Anis Saffiya buntu mahu menjawab apa dia berasa kekok.
“Takpe mummy faham yang Anis sekarang rasa
terkejut dengan semua perancangan rapi yang di atur oleh anak mummy tapi mummy harap Anis dapat maafkan dia sebab tak jujur memperkenalkan
dirinya. Mummy boleh nampak sinar
cinta dia hanya untuk Anis dah lama dia menunggu kamu nak.”
Tengku Haziq mengambil
huluran Anis Saffiya. Dia masih memandang Anis, ketika ini dia merasa seperti
Anis Saffiya mungkin tidak dapat menerimanya. Di tundukan wajahnya tanda
kecewa, Anis langsung tidak bersuara walaupun telah bercakap dengan mummynya.Tengku Haziq yang faham ingin
cepat beredar dari situ. Dia tidak mahu airmata lelakinya jatuh di depan Anis
Saffiya.
“Anis..Terima kasih
kerana sudi meluangkan masa Anis untuk saya, maaf andai ini yang buat Anis
tidak boleh menerima saya.”
Anis
Saffiya memandang belakang Tengku Haziq yang ingin berlalu pergi. “Boleh saya
simpan cinta Anis sampai bertemu cinta yang memang tercipta untuk saya andai
saya menemui cinta baru tidak akan pernah sekali saya akan melupakan cinta Anis
pada saya, izinkan saya menyimpan cinta Anis dan memuja Anis dari jauh,boleh
tak Anis?” lembut Tengku Haziq menyoal. Anis Saffiya hanya mendiamkan diri.
“Terima kasih Anis,
saya balik dulu,”ujar Tengku Haziq perlahan.
Namun sebaik sahaja
kaki Tengku Haziq mengantur langkah, Anis Saffiya bersuara.
“Kenapa abang nak
tinggalkan Anis setelah Anis menyerahkan seluruh cinta Anis pada abang? kalau
abang pergi Anis macam mana?” Tengku Haziq meraup wajahnya dengan penuh
kesyukuran, wajahnya yang murung terus ceria mendengar apa yang di lafaz oleh
Anis Saffiya padanya. Dikala ini mata mereka bertentangan.
“Terima kasih
sayang…Ziq erkk salah abang janji
akan menjaga sayang dengan seluruh hidup abang hanya untuk sayang, dan abang
akan menjaga sayang melebihi nyawa abang sendiri .Terima kasih sayang.”
“Ingat tak apa mummy cakap kat talian dua minggu dari
sekarang Anis bakal sah dan halal untuk abang. Anis dah bersedia ke nak jadi
isteri abang dan siapakan segala keperluan abang dari segi zahir dan batin?” Tengku
Haziq menyoal Anis Saffiya.
Anis Saffiya yang
merasa pipinya merah terus masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan panggilan
dari Tengku Haziq. Tengku Haziq yang tersenyum dengan gelagat bakal isterinya
tergelak bersama keluarga angkat Anis Saffiya yang menyaksikan babak percintaan
mereka pada malam ini. Dia melihat ke arah meja pasti Anis malu sampai lupa nak
bawak kotak yang berisi cincin ini untuknya.Tengku Haziq mengangkat kotak
cincin tersebut perlahan-lahan dia cuba membukanya tapi terdengar seperti ada
oraang yang sedang memanggilnya dari atas rumah dua tingkat tu. Jelas di
matanya Anis Saffiya sedang berdiri di bakoloni rumah keluarga angkatnya dengan
tersenyum Anis melayangkan jari manisnya yang kini tersarung
cincin bertahta berlian dijarinya sambil melayangkan flying kiss buat Tengku
Haziq. Tengku Haziq tersenyum riang melihat kenakalan Anis Saffiya yang jarang
sekali dilihatnya.
‘Hhhmmm..ada kemajuan sekarang dah berani nak layang flaying kiss dengan aku erkk’ bisik hati Tengku Haziq.
*****
Akhirnya dengan sekali lafaz Tengku Haziq sah menjadi suami kepada wanita yang bernama Nur Anis Saffiya binti Muhamad. Bersaksikan mummy, daddy,kak intan, keluarga angkat isterinya dan teman-teman kuliah isterinya dan rakan sepejabatnya. Masing-masing yang berada disitu tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada Tengku Haziq dan isterinya. Kali ini Tengku Haziq akan menetap sebulan sahaja di sini sebelum dia mengambil alih syarikat daddynya untuk di teruskan memajukan lagi syarikat yang di bina oleh daddynya,manakala isterinya akan dipindahkan ke UITM untuk menyambung pelajarannya.
Setelah makan malam
bersama keluarga besar Tengku Haziq dan keluarga angkat Anis, semua orang duduk
di ruang tamu rumah dua tingkat itu berborak dan mengeratkan lagi siratulrahim.Anis
Saffiya yang sudah mengemas meminta diri untuk ke atas.
“Abang,mummy, daddy, Walid, Ummi, Kinah Anis
minta diri ke bilik nak rehat sebentar dan bersihkan badan yang dah melekit
ini.”semua yang berada di ruang tamu menagganguk kepala tanda menyiakan.
Sebaik sahaja selesai
menunaikan solat isyak, Anis Saffiya merebahkan dirinya ke katil yang di hiasi
dengan cadar yang berwarna putih. Warna kegemarannya. Saat dia mengelamun
matanya terpandang sebuah kotak kecil di atas meja solek biliknya. Dia bangun dan
melangkah ke meja solek.
“Eeerr….siapa punya ini, untuk aku ke?” Anis Saffiya meneliti kotak yang berwarna kuning keemasan, bahunya dijongketkan dan dia kembali meletakkan kotak tersebut di atas meja solek semula dan mula berjalan ke arah bakaloni ,pintu gelungsur kaca di tolak perlahan-lahan, angin malam mula terasa sampai ke tulang. Dia memeluk tubuhnya dan mula terbayang saat ketika majlis nikahnya berlangsung walaupun tiada keluarga kandung disisinya tapi dengan adanya keluarga Tengku Haziq dan keluarga angkatnya dia langsung tak merasa di pinggirkan atau merasa dia tidak mempunyai keluarga. Dia tersenyum sendiri lagi bila teringat pada gurauan Ummi dan mummynya ketika dia sah bergelar isteri kepada Tengku Haziq bin Tengku Osman dengan sekali lafaz. Ummi dan mummynya mengusik dia supaya mengambil gambar berdua, tapi dia malu dengan orang yang asyik memerhatikan dia dan Tengku Haziq.Tapi tidak pada Tengku Haziq dengan selambanya menarik dia rapat kesisi dan dikala itu dia terkedu dengan bisikan dari Tengku Haziq
“Tak payah nak malu nak
peluk abang, sebab abang pun tak malu kalau nak peluk sayang” ujar Tengku Haziq
di telinganya. Mukanya di kala itu sudah membahang merah akibat usikan dari
suami yang baru menikahinya.
“Anis….”Perlahan namaku
disebut sambil sepasang tangan melingkari pinggangku.
Anis yang sedang
mengelamun terus terbayang segala ingatannya di majlis nikahnya pagi tadi.Kini
perasaan kalut dan kaku dirasakan kini ketika pinggangnya dipeluk dari
belakang.Dia menoleh ke belakang sambil tersenyum dia meronta ingin melepaskan
pelukan Tengku Haziq,tapi pelukan semakin erat di rasakannya. Entah bila Tengku
Haziq masuk ke bilik dia tidak sedar.
“Kenapa isteri abang
yang cantik ini berdiri sorang-sorang kat sini, tak ajak abang pun? Sampai
abang masuk sayang tak sedar”
“Eeeerr…Anis tak buat apa-apa Cuma nak ambik angin malam je” Anis
Saffiya tersengih .
“Mari abang temankan
sayang ambik angin malam” sakat Tengku Haziq pada isterinya. Dia tahu isterinya
tika ini mula kalut semacam. Badan isterinya terasa kaku di dalam pelukannya.
Dia tersenyum sambil menghidu rambut isterinya.
“Sayang abang menung
apa tadi sampai abang masuk dan berdiri kat belakang tak sedar?” Pelukan
dieratkan lagi.
“Ani..ss..Aniss..”
tergagap-gagap dia cuba bersuara. Dia kekok dengan situasi ini.Ini kali pertama
dia bersama seorang lelaki berada di satu bilik. Dan seorang lelaki yang akan
mendampinginya dalam susah senang dan berkongsi segala-galanya. Tanpa sempat
dia bersuara Tengku Haziq merungkaikan pelukan dari belakang dan di pegang bahu
Anis supaya menghadap ke hadapan. Anis Saffiya yang kaku bertambah kalut bila
kini wajah mereka saling bertentangan dan mata Tengku Haziq jelas mengodanya
dan tersenyum nakal. Tangan Tengku Haziq mula membelai wajahnya dan terus di
dakapnya daku dari depan. Lama Anis berasa selesa bila diperlakukan seperti itu
oleh Tengku Haziq dia seperti rasa di lindungi dan mula merasa cintanya kini
hanya untuk Tengku Haziq iaitu suamimnya. Tengku Haziq merungkai pelukan. Dia
nampak wajah Anis yang menunduk ke lantai lantas tangannya memagut dan
mengangkat dagu isterinya supaya mereka bertentangan mata.
“Anis…kenapa Anis takut
abang baham Anis ke?” Tengku Haziq mula mengusik isterinya kembali dia suka
melihat wajah isterinya membahang merah. Terasa sungguh comel wajah Anis Saffiya
ketika itu.Satu cubitan terus mengena di lengan Tengku Haziq.
“Aduh…sayang ini sejak
bila pulak belajar sepit ketam?” sambil tertawa Tengku Haziq meraih tangan Anis
lalu di bawa ke bibirnya. Di kucup lama tangan isterinya.
“Anis..kalau Anis tak
bersedia abang tak akan sesekali paksa Anis, mari kita tidur abang tahu mesti
Anis penat seharian ini. Tapi…abang tak janji tau esok malam Anis boleh lepas
macam malam ini” Tengku Haziq mengusik isterinya lagi.Anis Saffiya yang
mendengar mula berasa malu dan terasa pipinya seakan merah kini, dia tak tahu
mana nak di larikan wajahnya. Tanpa sedar Anis membenamkan wajahnya ke dada
bidang Tengku Haziq dan memeluk erat suaminya.
“Alahai sayang ini yang
buat abang…rasa…”
Anis Saffiya yang
mendengar terus memukul dada bidang suaminya. Tangan kecil yang memukul Tengku
Haziq di sambut dan digenggan erat, mata mereka saling berpandangan dan
akhirnya mereka tertawa bersama.
“Tapi sebelum tidur
abang nak test isteri abang ini berat ke tak?” Tanpa isyarat Tengku Haziq terus
mencempung tubuh isterinya menuju ke katil.Anis Saffiya yang tergamam dengan
pelakuan suaminya hanya membenamkan sahaja wajah di dada bidang suaminya.Dapat
dirasakan mukanya kini membahang merah.Dimerasa ciuman di ubun-ubunnya.Dia
bahagia kini.
*****
Sudah empat bulan Tengku Haziq dan Anis Saffiya hidup sebagai suami isteri. Indahnya meniti kehidupan bersama. Walaupun Anis Saffiya sibuk belajar dan Tengku Haziq sibuk berkerja di syarikat daddynya. Anis tetap menguruskan makan pakai suaminya. Kini mereka suami isteri duduk menetap di Ampang. Hari ini suaminya akan pulang dia mahu menyambut kepulangan suaminya.
“Hhmm..Masak dah..Mengemas dah.. Apa lagi aku tak buat, kalau macam
itu baik aku bertolak sekarang boleh sampai cepat sampai ke LCCT”
Sesampai Anis Saffiya
di LCCT Kuala Lumpur,dia memerhatikan suasana di dalam LCCT agak sibuk pada
hari minggu ini. Anis Saffiya menunggu penuh sabar. Dia telah sampai setengah
jam lebih awal dari daripada waktu yang dinyatakan suaminya. Dia tidak mahu terlambat.
Biarlah dia menunggu daripada Tengku Haziq tertunggu-tunggu.
Tengku Haziq yang baru
tiba terus keluar, dan matanya melilau mencari isteri tersayang. Tiba-tiba
Tengku Haziq terasa ada orang memanggil sambil bahunya di sentuh dari belakang.
Dia pantas menoleh ke arah belakang dan mula lebar tersenyum.
‘Ini mesti Anis aku
ini’ Tengku Haziq bermonolog di dalam hati sambil tersenyum lebar. Tapi
senyumannya mati bila matanya terpaku pada saatu susuk tubuh yang sudah lama
tidak di temuinya. ‘Eeee…minah ini ada je kat mana aku ada, sibuk aysik
mengekor aku je dari dulu sampai sekarang. Ingat dah tak ikut aku lagi lepas
aku tertolak dia masa kat London dulu!.
“Hai…Ziq lama tak
nampak you, last kita jumpa dekat
London kan?”
“Eehh..Sofea awak buat apa kat sini?” Tengku Haziq bertanya semula
sambil matanya melilau mencari kelibat isterinya. Malas Tengku Haziq menjawab
pertanyaan dari Sofea Ilyana.
“Jom teman I minum, I hauslah lagipun kita dah lama tak jumpa sejak you pindah ke Kuala Lumpur.” Sofea
Ilyana terus memaut lengan Tengku Haziq. Tengku Haziq tergamam dengan perlakuan
Sofea gedik semacam bila berjumpa dengan dia. ‘tak hilang-hilang lagi rupanya
gedik dia ini, patutnya aku tolak dia kuat masa kat London biar system saraf dia bercantum.’
“Kalau awak nak minum,
haus ke awak pergilah sendiri. Saya tak haus lagi” Tengku Haziq merentap
lengannya yang dipegang kejap oleh Sofea Ilyana.
“Elehh..You ini sejak dah berpindah dan jadi
arkitek terkenal ini dah sombong dengan I”
“Maaf. saya tak dapat
teman awak sebab sekarang saya tengah tunggu isteri saya!” Perkataan isteri
sengaja dikuatkan biar gadis di hadapannya ini sedar yang dia sudah berkhawin.
Sofea Ilyana tersentak.
Dia bagai tidak percaya Tengku Haziq telah berkhawin. Bila? Di mana? Kenapa dia
tak tahu. Bentak hatinya mendongkol marah.
“What?You dah khawin? Dengan siapa? When?”Belum sempat Sofea Ilyana menyoal dengan soalan bertubi-tubi .Sofea
Ilyana dan Tengku Haziq terdengar satu suara lembut menyebut.
“Abang…..”
Mereka berdua menoleh
ke belakang. Tengku Haziq yang sememangnya sedia tahu yang suara itu adalah
kepunyaan isterinya terus tersenyum dan terus melangkah ke arah isterinya
sambil dahi isterinya di kucup lama. Tidak pada Sofea Ilyana yang masam mencuka
sambil bibirnya mencebik melihat kemesraan Tengku Haziq dan isterinya. Tengku
Haziq yang lupa ada sepasang mata merenung tajam ke arah dia dan isterinya
terus merungkai pelukannya. Tapi pinggang isterinya masih erat di peluk.
“Anis..ini abang
kenalkan teman masa abang study kat U
dulu, Sofea Ilyana.”
Anis Saffiya tersenyum
manis sambil menghulurkan tangannya ke arah Sofea Ilyana tanda salam perkenalan
darinya. Tangan yang duhulurkannya tidak bersambut dan perlahan-lahan dia
menurunkan tangannya dan masih setia tersenyum pada gadis yang bernama Sofea
Ilyana. Anis Saffiya yang masih merenung Sofea terus merenung gadis itu kerana
maata gadis itu seakan-akan sedang scan dirinya dari atas ke bawah.
‘Ada yang tak kena ke
pakaian aku hari ini?’ Anis Saffiya melihat penampilannya dan cuba mengesan
jika ada yang tak kena pada pakaiannya.
“Sayang…jom kita balik
abang tak sabar nak makan masakan sayang dah rindu ini” Tengku Haziq yang diam
dari tadi perasan dengan renungan tajam Sofea Ilyana yang meniti penampilan
isterinya.
“Ooo..yea Sofea saya
baalik dulu, take care friend” Tengku
Haziq terus menarik isterinya untuk beredar dari situ.
Sofea Ilyana yang masih
berdiri disitu mendongkol marah.Mukanya merah sebab menahan marah tidak di
sangka selama dia menghilangkan diri dia bakal menerima perkhabaran dari Tengku
Haziq yang sudah berkhawin dia tidak dapat menerima kenyataan ini. Dendam mula
bercambah di hati Sofea Ilyana Dato Kamaruddin.
*****
Tengku Haziq yang sedang khusuk meneliti plan projek perumahan di atas meja, diganggu dengan deringan I-phonenya.Tanpa dia melihat siapa pemanggilnya terus butang hijau di tekan.
“Assalamualaikum…”
“Hai..sayang you sibuk ke hari ini?”satu suara lembut
menyapa gegedang telinganya. Terkedu dia seketika,Sofea!
“Sayang kenapa you lambat pick phone, naik lenguh I tunggu you angkat tau” renggek Sofea Ilyana
ala-ala manja.
“Tak ada masa lain ke
kau nak call aku?Sekarang aku sibuk
tak ada masa aku nak layan perempuan macam kau.”
“Syyhhh..sayang you tak
boleh marah macam ini tak baik untuk kesihatan you sayang. I bukan nak
ganggu you, I ada pekara nak bincang
dengan you”
“Kau nak bincang apa
lagi dengan aku kalau pasal malam itu baik kau lupakan aku dah
tegaskan kat kau yang aku tak akan ubah keputusan aku kau paham!!” tegas Tengku
Haziq.
“You jangan sombong sayang I
tahu you tengah runsing pasal pekara itu? Apa kurangnya I dengan isteri you, I
lagi cantik berbanding dia. I setia
dengan you sanggup tunggu you sampai sekarang you je yang curang dengan I”
“Nanti..nanti bila masa
kita pernah jatuh cinta dan bila masa aku curang dengan kau. Kalau kau nak tahu
aku hanya jatuh cinta sekali itu pun aku jatuh cinta pandang pertama dengan
isteri aku isteri aku yang bernama Anis Saffiya binti Muhammad” Tengku Haziq
mula hilang sabar dengan permainan dan ugutan dari Sofea Ilyana. Perempuan
macam Sofea Ilyana sentiasa mencari peluang dan licik.
“Maaf aku tak berminat
berborak dengan kau. Dan Sofea aku nak tegaskan kat kau, kau patut sedar diri
kau sebelum kau jatuh cinta!” Tengku Haziq yang marah terus menekan butang
merah untuk menamatkan perbualan dengan Sofea Ilyana.Rambutnya di tarik tanda
di buntu dengan ini semua. Kedengaran dia menghembuskan nafas panjang sebelum
meneruskan kerja yang tertangguh akibat panggilan dari Sofea Ilyana tadi.
“Ziq….. Helooo Haziq!! Jerit Sofea Ilyana bila
tedengar telefon diletak oleh Tengku Haziq. Dia merengus. Marah kerana di layan
seperti ini.
“Tak guna punya
jantan!!Aku belum habis cakap dia dah letak, nanti kau Ziq kau tak akan
terlepas dari aku macam itu saja.”
“Lambat atau cepat kau
pasti khawin dengan aku juga,kau tak boleh nak elak lagi.” Habis dia
berkata-kata Sofea tergelak bagai orang gila di biliknya.Dia berhenti gelak
digantikan dengan senyuman sinis.” Kau hanya milik aku Tengku Haziq. Otak Sofea
mula merancang sesuatu agar Tengku Haziq berpisah dengan Anis Saffiya. Di reyuk
gambar Anis Saffiya.
Tengku Haziq pulang
lewat malam ini fikirannya serabut dengan gangguan dari Sofea dan desakan dari
Dato Kamaruddin. Dia pasti dia tidak dapat mengelak lebih lama lagi. Bagaimana
dia nak sampaikan pada Anis Saffiya mengertikan isterinya apa yang di alami
kini? Di takut kehilangan Anis Saffiya, dia tidak rela jika Anis meninggalkan
dirinya. Kenapa Sofea Ilyana tidak memberi dia bernafas untuk seketika. Kenapa
harus dia yang menjadi mangsa perempuan licik itu demi mencapai hasratnya Sofea
sanggup mengunakan seribu cara untuk memilikinya.
“Aggrrhhh…..” terjerit
kecil dia bila mengenangkan semua ini. Tengku Haziq mula beristifar atas
keluhannya sebentar tadi dan mula melangkah dengan longlai menaiki satu persatu
anak tangga. Tiba di pintu biliknya dia menarik nafas panjang sebelum menolak
pintu dengan perlahan dia tidak mahu kepulangannya mengejutkan isterinya yang
sedang tidur sekarang. Keadaan bilik tidurnya kini hanya diterangi lampu bilik
tidur,
samar-samar dia melangkah ke arah dia melangkah ke arah katil. Dilihat
isterinya sedang tidur dengan lena.Dia membaringkan dirinya di sebelah
isterinya. Tengku Haziq membelai kasih wajah Anis segala kasih,cinta dan sayang
tercurah buat isterinya seorang. Dia merenung lunak wajah isterinya bagai tidak
puas menatapnya,seketika masalahnya bagai hilang bila terpandang wajah lena
isterinya. Dia sangat bersyukur dan beruntung dapat memiliki seorang isteri
yang sentiasa memahaminya tidak kira dalam senang atau duka Cuma dia masih
takut untuk memberitahu tentang ugutan dari Sofea Ilyana. Dia takut isterinya
akan tinggalkan dirinya. Dia tidak dapat bayangkan jika pekara itu berlaku.
Terima kasih ALLAH telah menganugerahkan aku seorang insan yang bergelar isteri
pendamping daan penyeri hidupku dirasakan sejak dia menjadi seorang suami
segalanya lengkap dan memandai dari apa yang dia miliki. Dia memeluk pinggang
isterinya dengan erat bagai tidak mahu dilepaskan. Tidak lama selepas itu dia
terlena di sisi isterinya.
*****
Sofea Ilyana yang berdiri
di balkoni rumah banglo di atas bukit memeluk tubuh, dia tidak dapat menerima
kenyataan yang Tengku Haziq tidak mencintainya tapi mencintai gadis lain. Dia
ingat sewaktu di London semasa Tengku Haziq menolaknya dia merajuk membawa hati
yang lara dan bekerja sebagai model sepenuh masa di sana. Tidak di sangka
pertemuannya di LCCT Kuala Lumpur merupakan titik hatinya di carik oleh Tengku
Haziq. Tengku Haziq tidak nampak akan cinta yang telah disemainya sejak Tengku
Haziq bekerja di salah satu hotel yang terkemuka di Penang,lebih mencintai
gadis lain. Dia tidak dapat menerimanya. Dia pasti akan dapat terima jika gadis
yang mendampingi Tengku Haziq sama taraf dengannya, ini tidak isteri Tengku
Haziq hanya seorang anak yatim yang tak tahu di mana asal usulnya. Walaupun
malam kian berarak mata Sofea Ilyana masih segar akibat penangan daripada dadah
yang di ambilnya. Dia khayal.
“Hai..sayang? Seorang
lelaki menghampiri Sofea Ilyana dengan dua gelas minuman.
Minuman itu
dihulurkan kepada Sofea Ilyana. Sofea Ilyana tersenyum melihat gerangan yang
menegurnya dan membiarkan tangan sasa lelaki itu merayap di sekitar
tubuhnya. Sofea tahu keinginan lelaki itu membelainya.Sofea Ilyana mula rimas
dengan perlakuaan lelaki tersebut dan menolak jauh tubuh sasa yang cuba memeluknya.
“Leave me alone!”Ujar Sofea Ilyana. Dia tiada mood untuk melayani keinginan lelaki di hadapannya. Lelaki itu
tersenyum dan tidak mempedulikan kata-kata Sofea Ilyana, diletaknya minuman
ditangannya dan Sofea Ilyana di meja yang memang tersedia di bilik itu.
“Come on sayang you
janganlah marah nanti you tak cantik”
lelaki itu cuba memujuk Sofea Ilyana. Dia ingin Sofea Ilyana menjadi miliknya
seperti malam-malam yang di laluinya bersama Sofea Ilyana.
“I said leave me alone! You
tak faham ke!!” Sofea Ilyana mula naik angin.
“No, I’m never let you go honey, you be mine”ujar lelaki itu lalu
mendakap erat tubuh Sofea Ilyana. Dia yakin Sofea Ilyana pasti akan menyerah
jika dia terus membelai gadis yang kini sedang khayal. Dibelainya wajah mulus
Sofea Ilyana dengan mesra, akhirnya Sofea Ilyana yang khayal dah dahagakan
kasih seorang lelaki tewas dengan belaian lelaki itu. Bersatulah dua jasad
tanpa sebarang ikatan. Malam terkutuk untuk mereka. Tanpa rasa takut pada ALLAH
mereka melakukan zina akibat hasutan dari pihak ketiga.
‘Hindarilah
zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat.
Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan
mengurangi umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya
diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka.’
-Hadis riwayat Baihaqi-
-Hadis riwayat Baihaqi-
*****
Sofea Ilyana merebahkan
dirinya diatas tubuh lelaki itu. Kini dia harus pandai memujuk lelaki ini untuk
menjayakan semua yang di rancangnya. Dia yakin yang lelaki itu akan menurut
segala kemahuannya, sudah 8 tahun dia mengenali lelaki yang bernama Mustafa.
Lelaki itu banyak mengenalkannya dengan pelbagai-bagai minuman yang dilarang
dalam Islam dan bermacam-macam pil yang dicuba semua di ajar oleh Mustafa.
“Sayang…mungkin ini
masanya kita berbincang hal kita.” Mustafa tiba-tiba bersuara.
Sofea Ilyana yang
sedang asyik menikmati sentuhan Mustafa tiba-tiba kaku. Sofea Ilyana benci
mendengar setiap kali Mustafa menimbulkan persoalan. Dia tidak mungkin dapat
hidup bahagia dengan Mustafa yang tidak punya apa-apa hanya muka yang tampan
saje, cintanya hanya pada Tengku Haziq. Tidak mungkin dia bersama dengan
Mustafa. Mustafa hanya teman di kala dia lagi sunyi dan memerlukan belaian.
“Apa yang nak
dibincangkan? I rasa you sendiri tahu
apa yang I nak dalam hidup I?”
“Bukankah apa yang apa
yang you mahu sama dengan apa yang I mahu Sofea?” balas Mustafa. Dia
tersenyum sinis. Masih terbayang segala aksi manja Sofea Ilyana dan ciuman
mesra dari Sofea Ilyana sebentar tadi.
Sofea Ilyana bingkas bangun dari pembaringan. Matanya tajam memandang Mustafa
yang ketika itu sedang merenung ke arah pintu gelungsur kaca yang terbuka di
dalam biliknya.
“Maksud you? I
yang terhegeh-hegeh mahukan you begitu?” Suara Sofea Ilyana meningggi. Tangannya
pantas menyarungkan T-shirt putih yang longgar ke badannya. Dia melangkah turun
dari katil sambil melangkah ke meja solek. Di capainya kotak rokok dan
dikeluarkan sebatang rokok. Dihisapnya sedalam-dalamnya, asap rokok dihembus
sedikit memenuhi ruang bilik tidurnya. Mustafa tergelak sinis.
“Pandai you melenting” Sofea Ilyana menarik muka
masam, muncung bibirnya.
“I tak melenting,”ujar
Sofea tegas.
“I tahu apa yang I
rancangkan semua tak akan berjaya tanpa bantuan you.”
Mustafa hanya mendengar
dan menanti dengan sabar setiap butir bicara yang keluar dari mulut Sofea.
Sofea Ilyana menguntum senyuman. Dia bagai terlihat kemenangan yang bakal
dikecapinya. Bahagia bersama Tengku Haziq.
“Angan-angan you tinggi Sofea” Perli Mustafa sinis.
“Tengku Haziq tak akan
sebodoh tu nak menyerah pada you.You ingat dia takut ugutan dari you dan your papa Dato Kamaruddin?”
“I dah bersedia dengan sebarang kemungkinan, I nak tengok sejauh mana Haziq mampu bertahan jika isterinya
tinggalkan dia atau isterinya harus M.A.T.I.” di eja perkataan itu menunjukakn
dia tidak suka gadis yang bernama Anis Saffiya menjadi wanita yang paling di
cintai oleh Tengku Haziq.
“She must die!”
Mustafa bangkit dari
pembaringan. Dia mengambil kemejanya, lalu dikutip seluar dan di pasang.
Tangannya pantas memetik suis lampu. Kini cahaya lampu menerangi keseluruh
bilik tidur. Sofea Ilyana mengecilkan sedikit matanya yang silau dengan cahaya
lampu.
“Apa you fikir I akan duduk diam? I tak akan biarkan macam itu, you milik I?” Sela Mustafa tajam dan tegas.
“Mus.. Dari dulu I dah bagi tahu dan you patut faham dan jelas dengan pekara tersebut. You tak perlu ungkit tentang kita?”
bentak Sofea Ilyana.
“Dari dulu I tak setuju dengan plan gila you. Tapi
disebabkan I cintakan you, I
teruskan juga semua yang you rancang.
You langsung tak fikirkan perasaan I pada you, Sofea.” Mustafa menghamburkan segala rasa dihatinya.
‘Gila!’ Sofea Ilyana mencemuh
didalam hati. Rasanya di sudah banyak kali menjelaskan pekara yang
sama berulang-ulang kali. Dia tidak sanggup lagi mendengar leteran
Mustafa dan amukan ugutan dari Mustafa lagi. Dia benci akan dirinya yang berada
ketakutan jika Mustafa marah. Dan dia sering kalah bila amukan Mustafa
menakutkan dirinya, pasti Mustafa bijak mengambil kesempatan akan kelemahannya.
“You fikir you siapa? You
langsung tak ada ciri-ciri lelaki kaya yang I idamkan. I anak Dato sedangkan you hanya hidup berlandaskan layanan
baru you akan dapat duit dari I, youkan anak ikan? Macam mana you nak suruh I hidup dengan you? You ada apa? Nothing” Lancang sekali Sofea Ilyana memerli Mustafa dengan sinis.
Jelas riak wajah
Mustafa menahan marah. Dia mengatur langkah perlahan-lahan menghampiri Sofea
Ilyana. Melampau ! Bukan sekali sekali Sofea Ilyana berkata begitu padanya,
sering kali dia rasa tercabar. Ingin di carik-carik mulut lancang Sofea Ilyana.
Sofea Ilyana mencebik. Kali ini dia tidak akan gentar dengan gertakan dari
Mustafa. Dia harus berani. Di balas tatapan mata Mustafa yang tajam.
“I rasa you dah lupa
dengan apa yang kita dah buat bersama selama ini? I rasa lambat atau cepat orang akan tahu dengan apa yang kita
lakukan.Apatah lagi jika I yang
dedahkan” ugut Mustafa. Sofea Ilyana ketawa.
“Apa bukti yang you ada? Kalau orang tahu pun mungkin
masa itu I dah jadi bini si Tengku
Haziq. I pasti yang I akan hidup bahagia bersama Tengku
Haziq. Entah-entah semua bukti yang you
tunjuk dah basi tak laku atau you
yang syok sendiri dan frust akibat
cinta you di tolak oleh I”. Mustafa tersenyum. Dia dah agak
pekara seperti ini akan berlaku. Dia bukan lelaki yang bodoh bisa Sofea Ilyana
permainkan.
“Siapa cakap I tak ada bukti semua yang kita lakukan,
atau you nak I ingatkan satu persatu-satu perbuatan you dan I. Mari I tolong ingatkan you. Masih ingat ke you
tentang kejadian 8 tahun lalu yang mengorbankan nyawa bakal tunang
you? Segala yang kita lakukan aksi ranjang? I simpan semua bukti itu ,jangan
ingat I bodoh!” Bentak Mustafa. “Atau
you nak I tunjukan semua bukti tu pada papa kesayangan you Dato Kamaruddin lepas dia mati terus terkejut jantungnya lepas
itu mati.” Mustafa menyambung sambil tergelak kecil. Sofea Ilyana tertelan air
liur dan mula cuak, tapi dia buat seperti tidak takut dengan ugutan dari
Mustafa. Sofea Ilyana terkaku bila Mustafa mula mengungkit kegiatan jahat yang
di lakukannya. Sofea terasa ada tangan sedang membelai dan mencium rambutnya.
Ada suara Mustafa berbisik di cuping telinganya.
“I tahu you sayang I….I
boleh rasakan tapi I nak ingatkan you jangan main-main dengan I. You
belum kenal I siapa, Sofea” Suara
Mustafa yang perlahan di telinga Sofea Ilyana.
Sofea Ilyana yang mulai
ketakutan dan gentar, tapi cuba di kuatkan semangatnya.Dia mengantur ke arah
suis yang di pasang di biliknya. Suis itu di pasang papanya untuk tujuan jika
ada berlaku kecemasan. Suis tersebut terus di sambungkan ke pondok pengawal
yang berada di depan pagar rumah banglo dua tingkat.
“Mungkin you patut keluar sekarang, sebab
bila-bila masa papa I akan balik dan
bibik I akan masuk ke bilik I untuk
mengemas. Atau you nak I tekan suis ini!” Tindakan Sofea Ilyana
berjaya menghentikan langkah Mustafa dari melangkah menghampirinya. Mustafa
terhenti dari mendekati Sofea Ilyana, jelas tangan mulus itu bersedia menekan
suis. Tangannya di kepal erat rasa ingin menumbuk wajah cantik Sofea Ilyana.
“You ego Sofea.” Ujar Mustafa sebelum berlalu. Langkah Mustafa
berhenti di hadapan pintu bilik.
“I cakap keluar kalau tak I
tekan suis ini!” Mustafa tersenyum sinis.
“I akan kembali sayang” sambil tangannya melayankan flying kiss pada Sofea Ilyana. Sofea
Ilyana yang melihat terus menekan dan menjerit.
“Keluar!!” bergema
bunyi di pondok keselamatan yang berada di luar rumah banglo dua tingkat
.Mustafa yang mendengar terus terkoncoh-koncoh menghilangkan dirinya.
*****
Tengku Haziq membelok
keretanya masuk ke perkarangan rumahnya. Suasana di pandang ke luar, hari gelap
dan rasa nak hujan malam ini. Jam sudah menunjukkan pukul 1.30pagi,seharian dia
berada di pejabat. Dia buntut dengan ugutan dari Sofea Ilyana dan desakan dari
Dato Kamaruddin supaya dia cepat menikah dengan Sofea Ilyana. Untuk pulang ke
rumah di dia akan buntu merenung isterinya, sejak peristiwa dia menolong Sofea
Ilyana dia dan isterinya jarang bermesra atau bergurau seperti hari-hari yang
di laluinya. Dia tahu pasti isterinya terasa dengan tingkah lakunya selalu
mengelak dari bersua muka walaupun isterinya pernah bertanya padanya akan
perubahan sikapnya,tidak diendahkan pertanyaan yang keluar dari mulut isteri
sebaliknya barannya datang setiap kali sikap dan perubahannya di persoalkan.
Betapa bodohnya dia masa itu menolong Sofea Ilyana pada malam itu. Niat untuk
menolong jadi perangkap buat dirinya. Pada malam itu dia menerima panggilan
dari Sofea Ilyana yang mengatakan dia berada dalam kesusahan di sebab tiada
langsung perasaaan curiga dia bergegas ke tempat yang di maksudkan oleh Sofea
Ilyana.Sebaik dia sampai ke situ dia melihat Sofea Ilyana bergegas
mendapatkannya.
“Tolong I Ziq, teman lelaki I dah gila. Dia minta I
gugurkan kandungan I.”Suara sayu dari
Sofea Ilyana .Dari kejauhan dia melihat Dato Kamaruddin dan dua orang yang
mengiring Dato melangkah menghampiri dia dan Sofea Ilyana.
“Pang…!! “Satu
tamparaan hinggap di pipi Tengku Haziq. Tengku Haziq tersentak dengan tamparan
dari Dato Kamaruddin.
“Apa ini Dato?” terasa
pijar pipinya akibat tamparaan dari Dato Kamaruddin.
“Aku tak sangka selama
ini, aku kagum dengan kau sebab kau seorang yang berdikari walaupun kau dari
golongan berada. Aku kagum dengan kejayaan kau sebagai arkitek muda. Tapi
sayang perangai kau sama je macam anak orang berada pandai buat tapi tak mahu
bertanggungjawab!”
“Apa yang Dato cuba
saampaikan dekat saya.Saya tak faham?”
“Aku tak kira , aku nak
kau bertanggungjawab dengan apa yang kau dah buat dekat anak aku!” jelas suara
Dato kamaruddin marah. Tengku Haziq mengerut dahinya. Kenapa dia pulak yang
harus bertanggungjaawab dengan Sofea? Dia bukan pelakunya. Belum sempat dia
menjelaskan di lihat dua orang yang mengiringi Dato tadi maju dan terus di
seratnya dia ke belakang bangunan dan di situ di dibelasaah teruk-teruk oleh
dua orang suruhan Dato kamaruddin. Dia Cuma menahan sakit di segenap badannya,
dia cuba berdiri tapi terasa sakit di rasanyakan kini, dia hanya mampu
bersandar pada dinding bangunan.
Derapan bunyi kasut tinggi jelas di telinganya
menghampiri dia, dia melihat dalam samar-samar lampu malam senyuman sinis dari
Sofea. Sofea menunduk daan duduk di sisinya. Sofea mendekatkan wajahnya lalu
membisikan sesuatu.
“I harap you tak terkejut
dengan surprise yang I baagi dekat you sayang” Sambil tangan Sofea mengelus pipinya yang bengkak. Di
tepis tangan Sofea dan di merenung tajam ke arah Sofea yang masih tersenyum.
“Jangan marah sayang
nanti you bertambah sakit, I harap you bertanggungjawab seperti
yang papa I bagi tahu tadi.”Tengku Haziq bingung.
“So apa kaitan dengan I?”
Tengku Haziq bersuara walaupun di tepi bibirnya sakit.Sofea Ilyana menjungkitkan bahu dan tersenyum sinis kali
ini diiringi gelak kecil.
“I nak you jadi daddy buat anak yang ada dalam kandungan
I.”
“Pergi mampus dengan
kau punya kandungan, aku tak ada kaitan dengan anak yang kau kandungkan itu!”
Marah Tengku Haziq nada bahasa dirinya telah bertukar kasar. Sofea Ilyana masih
tersenyum dan jari telunjuknya dinaikkan di goyang ke kiri dan kanan. Dada
bidang Tengku Haziq di sentuh sambil berkata.
“Not so fast, sayang!”
“I nak you yang jadi daddy
untuk anak I hanya you yang mempunyai
semua lelaki idaman I, you lengkap
semuanya.”
“This rubbish! Aku tak akan khawin dengan kau dan bukan aku yang
buat kau mengandung!!” Jerit Tengku Haziq.
“Sofea tolonglah! Aku
dah penat dengan segala helah kau. Sejak dulu lagi aku tak mencintai kau.”
Tengku Haziq mula mengendurkan suaranya dan cuba memujuk Sofea supaya berterus
terang pada papanya.Sofea Ilyana mengeleng-gelengkan kepalanya,dan tergelak.
“I tak fikir ada orang
yang layak bergelar daddy untuk anak I selain you Haziq atau Tengku Haziq.
Pandai you sembunyikan identity you dari pandangan orang.”
“Kau gila Sofea..gila.
Kau ingat aku siapa? Pak sanggup untuk kau? Aku dah ada isteri dan aku tak
pernah sentuh perempuan lain selain isteri aku. Aku tak pernah melakukan zina!”
“Baik kau cakap siapa
bapak budak ini?” merah padam wajah Tengku Haziq menahan marahnya. Sakit yang
di rasakan tidak dirasakannya lagi akibat marahnya pada Sofea yang sanggup
melakukan perangkap untuk dirinya.
“Cold down sayang kan I
dah cakap kat you, you are the father.”
“Hei..Perempuan tak
sedar diri!!” Tengku Haziq mengumpul segala tenaganya dan mula mencekak kolar
baju Sofea. Geram! Tapi cekakannya terlepas akibat penumbuk oleh orang Dato
Kamaruddin yang masih berada di situ. Bukan setakat di tumbuk tapi disepak,
perutnya terasa senak di rasakan. Sofea menghampiri Tengku Haziq yang tak lagi
berdaya melawan, dia menundukan sedikit wajahnya.
“You akan khawin dengan I
Tengku Haziq Tengku Osman”
“Cepat atau lambat
semua family you akan tahu dengan
berita ini terutamanya isteri tersayang you,
I yakin jika I cakap mesti dia
tak sanggup nak bermadu atau dia akan lari tinggalkan you sayang” Sofea bangun dan mula melangkah perlahan-lahan ke arah
kereta jaguar hitam. Langkah Sofea terhenti bila terdengar teriakan dari Tengku
Haziq dia menoleh ke belakang.
“Cukup dengan apa yang
kau buat, sekarang ini aku nak kau dengar apa yang aku nak cakap dekat kau!”
Tengku Haziq bersuara tegas.
“Aku tak akan khawin
dengan perempuan gila macam kau, dan kau tak akan dapat cinta aku walaupun
isteri aku tinggalkan aku. Kau tak akan berjaya memiliki aku menjadi suami
mahupun ayah buat anak haram kau!” Tengku Haziq melepaskan apa yang terbuku di
dalam hatinya. Jelas kelihatan riak wajah Sofea berubah ketika dia berkata
begitu dan berlalu pergi.
Bunyi guruh di langit
malam telah mengejutkan Tengku Haziq tentang kejadian 2 minggu lepas hampir
seminngu dia tidak pulang ke rumah setelah kejadian yang menimpanya. Dia tidak
mahu jika dia pulang ke rumah masa itu pasti persoalan demi persoalan akan
keluar dari mulut isterinya. Dia melangkah kea rah pintu dengan lemah,
dimasukan kunci ke dalam lubangnya. Di kuak pintu rumahnya dengan
perlahan-lahan dia tidak mahu mengejutkan isterinya. Dia tahu ketika ini pasti
isterinya sudah lena. Di depan pintu jelas terlihat isterinya Anis Saffiya tertidur
di ruang tamu.barangkali Anis Saffiya menunggunya pulang dari kerja.Dia
melangkah ke arah sofa dan terjelepuk di lantai di sisi sofa, tubuhnya di
sandarkan. Bibirnya lama menyentuh dahi isterinya dengan penuh berhati-hati dia
tidak mahu Anis Saffiya terjaga.
“I love you sayang” bisiknya sambil membelai rambut Anis Saffiya yang
terurai. Beberapa minit berlalu, Tengku Haziq masih menantap wajah
isterinya. Tidak jemu dia menatap wajah yang membuat hidupnya sangat bermakna.
Akhirnya dengan berhati-hati,dia mengangkat tubuh kecil isterinya dan
dibaringkan di atas katil. Dia tersenyum melihat isterinya sedikit pun tidak
sedar dengan pelakuannya. Begitu lena sekali. Tengku Haziq menyelimuti tubuh
isterinya hingga ke paras dada.Setelah menyelimuti Anis Saffiya, dia melangkah
ke tempat letak baju kotor di sudut bilik tidurnya. Dicampakkan baju yang sudah
di pakainya seharian dan bergegas untuk membersihkan dirinya. Lama dia merendam
dirinya di bath-tub di bilik air.
Rasa hilang semua masalahnya buat seketika. Keluar dari bilik air, dia hanya
mengenakan seluar pendek dan T-shirt. Hujan turun dengan lebatnya pada mala
mini, sejuk terasa udara ketika dia berdiri di bakolani rumahnya. Ditutup
perlahan-lahan gelungsur pintu dengan berhati-hati supaya tempias hujan tidak
sampai ke dalam. Perlahan-lahan dia membaringkan dirinya disebelah Anis, sambil
tangannya memeluk pinggang isterinya dengan erat seperti tidak mahu di
lepaskan. Dipejamkan rapat.
Keesokan pagi Anis Saffiya
merasa ada seseorang sedang memeluknya, dia pasti itu suaminya bila dia menoleh
ke sisi sebelah di lihat suaminya lena sambil memeluk pinggangnya. Dia bahagia
di perlakukan seperti itu. Sudah lama mereka suami isteri tidak berhujung minggu
seperti biasa. Biasanya mereka akan mengisi masa mereka dengan melakukan segala
aktiviti bersama tapi kini semuanya bagai berubah dia tidak tahu apa
menyebabkan suaminya berubah diingin dengannya. Dia pasti ini mesti berkaitan
tentang seorang perempuan yang menemuinya pada 2 minggu lepas ketika suaminya
baru berangkat ke pejabat. Dia tidak mahu larut mengenakan pertemuan perempuan
itu, kali ini dia mahu merungkai apa masalah suaminya. Dia percaya akan
suaminya. Dicium dahi suaminya lama segala kasih tertumpah pada suaminya.
“Sayang abang…”bisik
Anis Saffiya di telinga Tengku Haziq.
*****
Tengku Haziq terjaga
dari lenanya setelah merasa bahang panas matahari tertebar di segenap bilik
tidurnya. Selimut yang membalutinya tubuhnya ditolak ke tepi. Di renung ruang
kosong disebelahnya. Anis sudah tiada. Hari minggu biasanya dia akan bersantai
bersama isterinya dan melakukan segala aktiviti bersama. Sudah lama dia tidak
meluangkan masa bersama isterinya di nekad akan menghiburkan isterinya pada
hari ini dia tidak mungkin mengelak lagi dari bersua muka dengan Anis. Dia
rindu senda gurau, gelak, jelingan Anis padanya. Dia bangkit dan menuju ke
bilik air untuk mandi dan turun ke bawah. Di pintu dapur Tengku Haziq melihat
isterinya tekun menyiapkan sarapan pagi untuknya sambil menyanyi lagu. Dia
melangkah perlahan-lahan, sambil kakinya terjengkit-jengkit. Dilihat isterinya
asyik membuat air Milo kegemarannya.
Demi
cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali…
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasa
Sesuatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu… biarkan aku merasuk dalam hati cinta..
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali…
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasa
Sesuatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu… biarkan aku merasuk dalam hati cinta..
Perlahan-lahan di
memeluk isterinya dari belakang. Terus mati nanyian isterinya bila dipeluk dari
belakang.
“Abang….”Anis terasa
pipinya dicium sekilas oleh suaminya.
“Selamat pagi
sayang..Assalamualaikum cinta”
“Kenapa Anis biakan
abang tidur balik lepas subuh tadi tengok abang dah terlepas peluang nak masak
dengan Anis.Anis masak apa untuk breakfeast kita pagi ini?” Tengku Haziq
menyoal isterinya. Pelukannya tidak dirungakai. Dicuit hidung isterinya,
terjerit kecil Anis dibuat. “Abang….dah mula dah tu ulat bulu dah naik dapur
pagi-pagi ini”Anis Saffiya berseloroh.
“Anis masak special pagi ini,nasi lemak lauk sotong
tumis kegemaran abang. Suka tak?”
“Eehh..Apa je yang Anis buat asal dari tangan Anis mesti abang
makan. Jom kita ke depan biar abang yang bawak air ini.” sambil dia meraih
tangan isterinya.
Tengku Haziq meletakkan
air milo yang dibancuh oleh Anis di meja makan. Dilihat isterinya menarik
kerusi sambil tersenyum padanya.
“Silakan duduk wahai
suamiku yang tercinta.” Anis Saffiya cuba menceriakan lagi suasana di hujung
minggu. Di lihat suaminya mengeleng kepala dan tersenyum melihat kenakalan dia.
“Amboiii…dah rasa macam
kat hotel enam bintang pulak.Siap ada bidadari yang menemani putera raja
makan.”
“Patik setia menemani
beta”. Tergelak Tengku Haziq. Di terasa beban yang di tanggungnya hilang
melayang apabila terhibur dengan kerenah isterinya ini.
“Baik…beta terima
tawaran tuan puteri yang sudi menemani beta hari ini, sebagai hadiah beta nak
kasi…cup…”
Terlopong mulut Anis
Saffiya mendapat cium buat kali kedua pada pagi ini, di cubit lengan suaminya.
Mukanya mula memerah menahan malu di perlakukan begitu. Dia langsung duduk
sambil menyeduk nasi lemak ke pinggan suaminya dan wajahnya masih di tundukan.
Tengku Haziq yang melihat tersenyum,dia tahu walaupun dah masuk 4 bulan lebih
dia mendirikan rumahtangga dengan Anis perasaan malu isterinya tak pernah surut
masih pemalu lagi jika dia berlagak romantik.
******
Anis Saffiya menatang
air dan cucur udang untuk mereka menikmati berhujung minggu di rumah. Matanya
tercari-cari kelibat suaminya. Dia mulai tersenyum melihat suaminya berada di
halaman rumah sedang termenung lagi. Dia melangkah perlahan sambil meletakkan
dulang yang berisi air dan cucur udang ke atas meja. Dia melabuhkan punggungnya
dan melentok manja dibahu suaminya. Tengku Haziq yang sedang termenung
tersentak dengan kehadiran isterinya, tangannya terus membelai rambut iakal
isterinya yang terlentok manja di bahunya. Dia suka sikap manja Anis. Walaupun
belum di kurniakan anak dia bahagia disisi Anis. Mungkin tuhan masih belum bagi
dia rezeki untuk menimbang anak.
“Hmm…ni Anis
lentok-lentok goda abang, mesti ada pekara yang Anis nak sampaikan kan?”
“Mana ada…Anis saja nak
bermanja dengan abang dekat taman ini. Yelalah sejak dua menjak ini nak manja
dengan abang susah.Abang asyik pergi pagi dan balik bila Anis dah tidur” protes
Anis Saffiya meluahkan isi hatinya.
“Alolo….mai sini ceq peluk. Maaf sayang abang banyak kerja di office tu yang terbawa sampai ke rumah
tapi abang rasa Anis gedik-gedik kat abang ini mesti ada pekara kan?” Tengku
Haziq menjongketkan keningnya.
“Abang ini tahu je
kalau Anis buat macam ini. Memandangkan abang dah tahu yang Anis ada perkara
nak cakap tak payahlah Anis lentok gedik lagi kan?” Anis Saffiya cuba merungkai
pelukan Tengku Haziq tapi suaminya mengetatkan pelukakan.
“Anis cakaplah abang
dengar tapi abang tetap nak peluk” potong Tengku Haziq.
“Anis minta maaf jika
pekara yang akan Anis bahas ini buat mood
mendung abang datang balik. Anis tengok sejak 2 minggu lepas abang mula
berubah? Kenapa? sharelah dengan Anis
mana tahu Anis boleh selesaikan?”
“Atau abang tengah
runsing sebab ada perempuan kejar abang?” Tengku Haziq tersenyum hambar.Dia
tidak tahu bagaimana nak disampaikan pada isterinya tentang desakan Dato
Kamaruddin dan ugutan dari Sofea Ilyana. Bolehkah isterinya percaya akan
dirinya? Tak ada apa masalah pun cuma masalah kecik je.Mana ada perempuan kejar
abang. Tapi abang memang ada rasa ada seorang perempuan cantik yang kejar abang
lepas itu siap goda abang lagi sekarang.” Tengku Haziq cuba mengelak dari
berbicara tentang masalahnya. Biarlah dia yang selesaikan tanpa melibatkan
isterinya. Anis Saffiya tersenyum manis memandang wajah suaminya.Dia tahu
suaminya tidak mahu dia susah hati tapi dia sedih melihat keadaan suaminya
sering kali tertekan apabila ada panggilan telefon. Anis Saffiya meraih tangan
suaminya lalu di bawa ke bibirnya lama dikucup tangan suami.
“Abang…Anis tahu abang
tak nak Anis risau dengan masalah abang tapi kalau abang pedam sendiri boleh
meletup tau!”
“Anis tahu sekarang
abang tengan fikiran bagaimana cara nak mengelak dari Sofea Ilyana anak Dato Kamaruddin yang duk kejar abangkan?”Terlerai
pelukan di bahu isterinya. Tengku Haziq mengerutkan dahinya sambil memandang
isterinya.
“Tidak..macam mana Anis
boleh tahu?Sofea bertemu Anis ke?” Persoalan mula bersarang di benak Tengku
Haziq. Dia gelisah kini. Takut isterinya akan termakan hasutan Sofea Ilyana.
Anis Saffiya yang melihat Tengku Haziq gelisah pada wajahnya lalu tangan
suaminya digenggam dengan erat.
“Kenapa abang pandang
Anis macam itu. Abang pelik dari mana Anis tahu pasal Sofea kan?’ Anis saffiya
melihat suaminya mengangguk.
*****
Lonceng yang berbunyi membingitkan telinga Anis
yang berada ditingkat atas rumah banglo dua tingkat.Dia tersenyum sambil turun
dari tangga satu persatu.
“Hhmm..ini mesti abang,mesti ada barang yang tertinggal lah tu?”
sambil tangganya membuka pintu dilihat di depan pagar ada seorang wanita seksi
berdiri dip agar rumahnya. Di tekan remote
automatik untuk membuka pagar. Di lihat wanita seksi itu melangkah masuk dan
melangkah ala-ala catwalk.
“Tak ada baju lagi
seksi ke dari ini?” omel Anis Saffiya sendiri.
“Assalamualaikum…Cik
ini cari siapa?”
“I Sofea Ilyana Dato Kamaruddin, dan I bakal madu you.” Anis saffiya
terkejut sedikit melopong mulutnya bila mendengar wanita itu memperkenalkan
dirinya. Di lihat wanita tu terus masuk ke dalam rumahnya tanpa izin darinya.
Wanita itu memerhati sekitar ruang tamunya lalu naik ke atas. Anis Saffiya yang
melihat mengekor wanita yang bernama Sofea Ilayana dari belakang di perhatikan
segala tindak tanduk wanita tersebut. Sofea Ilayana menolak bilik peraduan
mereka, dilihat kelihatan kemas dan cantik berserta dengan bau wangian dari
bilik tersebut.
“Maaf cik Sofea awak
tak sepatutnya masuk ke ruang privacy kami.
Sila keluar dari bilik saya.” tegas kedengaran suara Anis Saffiya yang tidak
suka kehadiran tetamu yang di undang. Di lihat wanita itu keluar dan turun satu
persatu tangga dan akhirnya duduk di sofa di ruang tamunya.
“Dahlah gedik.Masuk
rumah orang tak ada adap agaknya dia ini anak manja pasal tu tak ada harga diri
langsung sampai kenalkan diri,I Sofea Ilyana Dato kamaruddin,I bakal madu you”
bebel mulut mungil Anis yang mengajuk percakapan Sofea Ilyana tadi.
Anis yang malas hendak
beramah mesra dengan tetamunya terus duduk bertentangan.Di pandang raut wajah
wanita di hadapannya.
“Cantik tapi sayang
terlalu murah disebabkan pakaian yang tak cukup kain dia ini”desis hati Anis
Saffiya. Anis Saffiya melangkah ke dapur. Di dapur tangannya lincah menyedia
air buat tetamunya, walaupun hatinya tidak senang dengan kehadiaran tetamu yang
tak di undang ke rumahnya. Anis Saffiya melangkah dan duduk berhadapan Sofea
Ilyana selepas membawa sebiji gelas berisi minuman oren sejuk ke atas meja
tetamu dihadapan wanita yang memakai baju yang agak terdedah di bahagian
dadanya. Lama diperhatikan geri-geri Sofea Ilyana yang asyik meneliti semua
ruangan yang terdaapat di rumahnya. Tiba-tiba Anis Saffiya yang mendiamkan diri
mula berbicara.
“Cik siapa? Saya kenal
Cik ke? Apa tujuan Cik datang ke sini? Bertubi-tubi soalan yang keluar darinya.
Kedatangan wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Sofea pada pagi ini
membuatnya yang sedang bersendirian di rumah terkejut dengan kehadiran wanita
itu yang mengaku bakal madunya, kebetulan Tengku Haziq baru sahaja keluar untuk
pergi ke pejabat. Sofea Ilyana menghela nafasnya.Dia tersenyum sinis dan yakin
wanita yang ada dihadapannya bakal meninggalkan Tengku Haziq untuknya.Dia tidak
peduli akan melukai perasaan banyak orang apa yang pasti dia mahu meraih cinta
Tengku Haziq dan memiliki lelaki itu.Tidak di kira halaangan yang macam mana
dia pasti akan menghapuskan sesiapa yang menganggu dia termasuk wanita di
hadapannya ini.
Hubungan Anis Saffiya
dan Tengku Haziq mulai dingin. Sejak suaminya tidak pulang selama seminggu. Dia
melihat suaminya cepat marah dan sering mengelak dari bertembung
dengannya. Persoalan demi persoalan muncul dibenaknya tentang perubahan
suaminya tapi dia yakin pasti suaminya punyai masalah.
“I teman wanita suami you”
“Ohh..cari abang Haziq, kenapa tak cari abang Haziq kat pejabat atau
kenapa tak telefon dia aje?”
“I tahu sekarang dia ada di pejabat tapi I datang bukan nak cari dia tapi I nak cari you!” Anis Saffiya mengerut dahinya seribu.Dia datang
cari aku?Aku pun tak kenal dia? Nama dia pun aku tak tahu,tapi kenapa dia nak
jumpa aku?
“Nama I Sofea Ilyana Dato Kamaruddin, I datang ini nak beritahu you something
tentang hubungan I dan Tengku Haziq
suami you.”Akhirnya wanita yang
bernama Sofea menjawab soalan yang ditanya tadi. Anis Cuma mencari di mana dia
pernah mendengar Tengku Haziq ada menyebut tentang seoraang gadis yang obsess
memiliki cintanya dulu. Wajah wanita di hadapan Anis tenang. Sofea mengambil
air yang disediakan oleh Anis, dihirup air oren sejuk itu perlahan.Sofea
meletakkan kembali gelas itu ke atas meja.
“Hmmm…sedap pandai you
buat air”
“I tak pasti sama ada you
kenal atau tidak pada I? Tapi I kenal dengan you melalui semua cerita Tengku Haziq pada I. Untuk pengetahuan you, I bakal isteri Tengku Haziq dan tak
lama lagi kami bakal berkhawin dan Tengku Haziq bakal ayah pada anak yang I kandung sekarang. I nak you tahu I dan Haziq adalah sepasang kekasih dan I pernah wujud di hatinya sebelum you muncul merebut dia dari I”.
Sepi. Suasana di ruang
tamu rumah Anis Saffiya bagai sunyi tanpa bicara dengan penjelasan dari Sofea.
Anis tersenyum sinis dan wajahnya tenang saat perkhabaran tentang suaminya.
“Mungkin Haziq takut
nak bagi tahu dengan you tentang I, yealah kami masih berhubung dan masih
bersama semula.Walaupun dia tahu yang dia kini dah bergelar suami pada you tapi I yakin dia tak pernah cintakan you
sebenarnya Dia berkhawin dengan you
sebab simpati tak lebih dari itu. Dan dia bahagia bersama dengan I semula walaupun kami dah berpisah tapi
jodoh kami kuat”
“Apa you sanggup Haziq tinggal you atau you sanggup bermadu dengan I?” Sofea Ilyana menambah perisa. Tapi wajah Anis Saffiya tetap
tenang dilihatnya tiada riak marah atau cemburu dengan apa yang dia sampaikan
pada Anis Saffiya sebentar tadi.Wajah itu tetap tersenyum dan tenang.
“Cik Sofea Ilyana Dato
Kamaruddin! Dah habis berbicara ke?”
“Sekarang Cik Sofea
dengar apa yang saya nak sampaikan pada Cik Sofea pulak.”
“Kalau kedatangan Cik
Sofea ke rumah saya untuk menghasut saya supaya berprangsaka buruk pada suami
saya baik Cik Sofea lupakan sebab apa yang cik Sofea sampaikan pada saya tak
mungkin saya terima bulat-bulat. Saya lebih kenal siapa Tengku Haziq yang
sebenar dia Suami saya dan saya yakin dia tidak akan sesekali melakukan
zina pada perempuan yang bukan halal untuknya”
“Saya juga yakin dengan
cinta suami saya,dan tidak pernah meraguinya.Saya rasa Cik Sofea dah salah
alamat untuk memporak perandakan rumahtangga kami,dan lagi satu saya malu
sebagai perempuan tak sangka Cik Sofea sanggup merendahkan diri cik Sofea
begitu hina di mata saya sanggup menikam kaumnya sendiri tuk kepentingan diri
sendiri tanpa memikirkan kesannya pada orang sekeliling”
“Jadi tak perlu ada apa
lagi nak dibicarakan daan saya tegaskan di sini semua cerita Cik sofea tu tak
akan berjaya tuk mngaburi saya supaya benci pada Tengku Haziq kerana cinta saya
pada dia bukan kerana obsess seperti yang Cik Sofea lakukan sekarang jadi saya
harap Cik Sofea di persilakan keluar dari rumah saya sebab kedatangan Cik Sofea
tak di alu-alukan disini.” Kedengaran tegas suara Anis Saffiya sambil jari
telunjuknya menunjuk pintu.Merah padam wajah Sofea di kala ini. Tidak di sangka
Anis yang yakin akan termakan hasutannya selancang ini berbicara dengannya.
Sofea yang marah terus melangkah ke luar, sebaik kakinya mencecah ke pintu dia
menoleh ke belakang.
“I akan buat you
menyesal!” ugut Sofea pada Anis Saffiya.
Anis yang merasa
bahunya dipeluk erat oleh suaminya.Lamunan tentang kedatangan Sofea kerumahnya
hilang begitu saja.Dilihat wajah risau suaminya.Anis meraih dan mengenggam tangan
suaminya dan tersenyum manis.
“Apa Sofea pernah
datang ke rumah semasa abang tak ada?Dia buat apa kat Anis?” tanya Tengku Haziq
berang.
“Buat apa bang,mana ada
dia berani buat apa-apa kat Anis.Tak akan Anis nak biar dia belasah Anis, kalau
dia buat pasti Anis akan balas balik sehingga ke titisan akhir” Anis Saffiya
cuba berseloroh.
“Anis..baik Anis cakap
apa dia buat dekat Anis.Anis jangan tipu abang!” Tengku haziq cemas.
“Bila dia jumpa Anis
kenapa Anis tak cakap dengan abang yang Sofea pernah datang ke rumah kita.”
Tengku Haziq menyoal Anis.
“Dia ada buat apa-apa
dekat Anis? Tengku Haziq bimbang.Tubuh isterinya dibeleknya.Dia bimbang Sofea
ada mencedera kan isterinya.
“Abang…abang tenang.
Dia tak ada apa-apa kan Anis.Abang jangan risau Anis ok.”
“Maaf sebab Anis tak
sempat nak bagi tahu abang yang Sofea pernah datang ke rumah kita,Anis tak ada
kesempatan nak bincang dengan abang sebab dah dua minggu abang tak hirau dengan
Anis abang selalu elak bertemu dengan Anis.” ujar Anis Saffiya melepas
rasa di hatinya. Jelas kini mata Anis berkaca. Tengku Haziq diam.Kemudian dia
menarik Anis ke dadanya. Dia cuba menenangakan isterinya agar mutiara isterinya
tidak jatuh. Dia tahu dalam hal ini dia yang bersalah. Tengku Haziq sesekali
membelai belakang Anis dengan lembut.
“Abang tahu kenapa dia
jumpa dengan Anis.Abang minta Anis jangan percaya segala kata-katanya.Sofea
hanya nak memisahkan Anis dan abang.Abang tak anggup kehilangan Anis.Abang
sayang dengan Anis dan abang nak Anis tahu abang tak pernah khianati cinta yang
kita bina.”ucap Tengku Haziq bersunguh-sungguh menyakin kan Anis Saffiya.
“Abang minta Anis
percaya pada abaang dan yakin dengan cinta kita. Abang kenal Sofea itu,dia tak
akan berhenti selagi apa yang dia hajati tak tercapai,abang takut Anis
terpengaruh dengan dia suatu hari nanti.” Potong Tengku Haziq menambah.
Anis mendongak
memandang tepat ke mata Tengku Haziq.Anis Saffiya tersenyum manis.
“Aban….gg “belum sempat
Tengku Haziq berkata tangan jari isterinya berada di bibirnya. Pandangan mata
isterinya tajam ke arahnya. Keningnya berkerut.
“Abang jangan risau
Anis lebih kenal abang dari dia. Dia tak mungkin akan mempengaruhi Anis.Anis
percaya pada suami Anis. Kalau dia nak rampas abang dia kena langkah mayat Anis
dulu, ingat senang ke Anis nak serahkan suami Anis yang hot ini.”
“Anis tak mungkin akan
tinggalkan abang” tegas Anis Saffiya pada Tengku Haziq. Tengku Haziq
tersenyum.Jari-jemari isterinya di kucup lembut.Kemudian wajah bujur isterinya
dibelai dengan kasih. Dicium lama dahi isterinya.
“Terima kasih sayang
sebab tak meragui cinta abang,dan terima kasih sebab Anis percaya pada abang”
dipeluk erat tubuh isterinya dengan erat. Hari demi hari kasih dan cinta buat
isterinya bercambah mekar setiap hari hatinya sejuk kala memandang waajah
isterinya.
“Abang sayang dekat
Anis,dan tidak pernah terfikir nak tinggalkan Anis. Bukan senang abang nak
tinggalkan Anis tuk perempuan yang tak betul itu. Isteri abang sentiasa buat
abang hot bila berada disamping dia” seloroh Tengku Haziq. Anis yang mendengar
tergelak mukanya mula merah akibat di usik suaminya.
“Mulalah…nakal dia dah
datang”bisik hatinya sambil dia membenamkan wajahnya ke dada bidang suaminya.
“Haziq…!”
Tengku Haziq dan Anis
Saffiya sama-sama tersentak. Tengku Haziq terkejut dengan kedatangan Sofea ke
rumahnya. Serta merta suasana romantik yang tercipta antara Tengku Haziq dan
Aniz Saffiya terhenti. Sofea Ilayana memandang tajam ke arah paasangan yang
bahagia didepannya.
*****
“Pak Mat bawak saya
balik ke rumah sekarang” Dato Kamaruddin mengarah pemandunya.
Dato Kamaruddin
sangat marah akibat berita yang disampaikan padanya selepas meeting tadi. Sofea
yang berada di rumah tidak senang melihat kemesraan yang terjalin antara Tengku
Haziq dan isterinya. Di sudah buntu untuk mengambilkan langkah seterusnya.
Semua yang di lakukan semua tidak termakan oleh isteri Tengku Haziq seolah-olah
cinta mereka tidak ada bisa yang mengugat mereka. Dia mesti cepat memisahkan
Tengku Haziq dan isterinya. Dia akan merancang sesuatu supaya mereka terpisah.
Dalam Sofea Ilyana merencanakan niat jahat dia terdengar kereta papanya. Dia
tersenyum lebar, kali ini dia akan mendesak papanya supaya mendesak Tengku
Haziq untuk mengkhawani dia. Dia yakin papanya boleh memaksa Tengku Haziq. Dato
Kamaruddin turun dari kereta dan terus melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dia
mencari kelibat anaknya, akhirnya matanya terpaku pada satu susuk tubuh yang
sedang duduk di atas sofa di ruang tamu sambil melayan televisyen. Dia
melangkah laju ke arah anaknya.
“Sofea..!”
“Apa yang cuba kamu
buat?Kamu nak malukan papa?” Sofea yang tersentak dengan tengkingan papanya. Di
lihat papanya melangkah menghampirinya lalu tangan papanya naik ke pipinya.
Pang…!
Satu tamparan dari Dato Kamaruddin mengena di pipi mulus anaknya.
Terasa pijar pipi Sofea
merasa tamparaan dari papanya. Dia terkejut, selama ini papanya tidak pernah
melekat tangan ke atasnya tapi sekarang papanya menamparnya. Airmata Sofea mula
mengalir.
“Papa..! Apa ini?”
“Apa kamu cakap,kamu
tahu tak apa yang kamu buat ini boleh buat papa malu pada Tengku Osman dan Tengku
Maria. Kamu pun tahu yang syarikat kita ada kerjasama dengan Syarikat mereka.
Sanggup kamu fitnah Tengku Haziq untuk kepuasan kamu Sofea!” marah Dato
Kamaruddin.
“Apa papa cakap ini
Sofea tak paham!”
“Kamu tak payah nak
tegakkan benang yang basah semuanya papa dah tahu.Muzafar dah cerita semua
dekat papa.Anak dalam kandungan kamu tu bukan anak Tengku Haziq tapi anak kamu
dengan si Muzafar kan?” tangan Dato Kamaruddin menuding ke perut Sofea.
“Papa akan khawinkan
kamu dengan Muzafar secepat mungkin lepas ini papa tak mahu kamu menganggu
hidup Tengku Haziq dan isterinya lagi.” Tegas kata Dato Kamaruddin pada
anaknya. Dia berlalu dari situ dan membiarkan anaknya terkaku di ruang tamu
melihat papanya berlalu selepas bercakap. Sofea yang terkaku dengan ucapan terakhir
papanya,mengelengkan kepalanya tanda dia tidak sudi bersuamikan
Muzafar. Dia tidak mencintai lelaki itu.Dia harus cepat bertindak sebelum
semuanya musnah.
“Tak guna kau Muzafar”
bentak hati Sofea sambil menghentakkan kakinya ke lantai.Dia berlalu ke
biliknya.Pintu biliknya di hempas kuat.
“Haziq kau tak akan
terlepas dari aku.Kalau aku tak dapat kau tak ada siapa yang boleh memiliki
kau.kau milik aku!” Sofea berbicara sendiri. Lama dia diam dan akhirnya bergema
gelak dari Sofea.Sofea berhenti gelak,dia mendail nombor Muzafar.Dia perlu
Muzafar membantunya kali ini sebelum dia sendiri menghapuskan Muzafar dengan
tangannya sendiri.
“Heloo….” terdengar suara Muzafar di talian. Dia tesenyum cuba
melebutkan suaranya”
“Heloo.. Dear ini I
lah.Tak akan you tak kenal bakal
isteri you sendiri”
“You nak apa Sofea, kenapa you boleh kata you bakal isteri I”
“You masih nak tanya. Atau you
nak I ingatkan you, dengan apa yang you
pada I.You sendiri tahu perangai papa I.
Dia nak you bertanggungjawab dengan
apa you dah buat kat I”
“I tahu. Kenapa you tak
sudi jadi isteri I” soal Muzafar di
talian.
“I dah penat nak kejar Tengku Haziq. Baik I kejar you yang pasti
boleh bawa I khayal bila berada di
samping you sayang”.
Muzafar tersenyum
sendiri bila mendengar bahawa Sofea Ilyana akhirnya sudi memulakan hidup
bersamanya. Dia merasa rindu dengan Sofea. Dia tahu Sofea sengaja mengodanya
dengan suara begitu.
“Tapi sebelum I jadi isteri you, I nak you buat sesuatu untuk I? Boleh ke sayang?”
“Apa saja untuk mu”
“Baik kita jumpa tempat
biasa. I tunggu kedatangan you sayang. Sofea Ilyana meletakkan
telefonnya. Di yakin yang Muzafar bakal mengikut apa yang dia hendaknya. Sofea
bersiap-siap untuk berjumpa Muzafar.
“Kau bodoh Muzafar, kau
ingat aku nak kau jadi suami aku. Kau hanya tempat aku bila kesunyian dan kau
hanya permainan aku bagi mencapai impian aku untuk hidup bersama orang yang aku
cintai. Dia berlalu pergi ke bilik air.
*****
Kenduri kesyukuran di
rumah banglo dua tingkat di Bukit Cendawan kepunyaan Tengku Osman dan Tengku
Maria di penuhi sanak-saudara dan sahabat handai. Kehidupan Tengku Haziq dan
Anis Saffiya kini mula tenang dan tidak ada lagi masalah yang akan ditimbulkan
lagi oleh Sofea. Akhirnya Sofea telah selamat diijabkabulkan dengan seorang
jejaka yang mengangkui dia yang bertanggungjawab ke atas kandungan yg berada di
rahim Sofea.
Anis Saffiya duduk
bersendirian di tepi kolam,di renung kolam buatan di rumah mertuanya.Air
kolam yang berwarna
kebiru-biruan di simbah cahaya bintang dan bulan.Dia duduk sambil kakinya di
rendam ke dalam kolam sambil menguak air kolam menggunakan kakinya.Kini dia
bahagia dengan kehidupannya.Di usap perutnya yang kian memboyot,dia tersenyum
apabila merasa ada pergerakan di dalam perutnya.Di letakkan tangannya di
bahagian yang terasa tendangan si comel.
“Amboi..Nakal si comel
Ummi, ini tendang Ummi mesti ada apa-apa yang dia nak errkk!”
“Tengok si comel Ummi
tendang lagi.Okey Ummi faham mesti si comel Ummi dah laparkan?”Anis Saffiya
duduk berbisik pada si comel yang di kandungnya.Tanpa sedar kini usia
kandungannya hampir memcecah tujuh bulan.
“Anak Walid lapar
errkk. Ini Walid ada bawak makanan untuk si comel Walid.”Diusap perut
isterinya.Tengku Haziq tersenyum terasa tangan yang mengusap perut isteri
menendang.
“Amboi..si comel Walid
tak sabar nak makan lagi,sabar nanti Walid minta ummi makan untuk si comel yang
ada kat dalam ini.”
Anis Saffiya ketawa dan
melirik ke arah suaminya yang sedang duduk disisinya.Tengku Haziq yang
duduk disisi isterinya
tersenyum saat mata mereka bertentangan, tangannya terus melingkari pinggang
isterinya dan menarik rapat tubuh isterinya.
“Abang..saja nak usik
Aniskan mentang-mentang lah Anis sekarang ini banyak makan, Abang terus ambikan
untuk Anis.”
“Abang tak takut ke
Anis gemuk nanti?”
“Jangan risau abang yakin
badan Anis akan kembali seksi dan bertambah hot”seloroh Tengku Haziq. Anis
Saffiya yang mendengarnya membulatkan matanya.
“Macam mana kalau berat
badan Anis tak turun nanti lepas bersalin?”
“Lepas itu kuat makan
pulak”Anis Saffiya memandang suaminya dan menanti jawapan dari Tengku Haziq.
“Hhhmm…jujur abang cakap, abang tak berapa suka kalau Anis gemuk.
Sebab apa abang tak suka Anis gemuk sebab takut masa abang peluk dia, abang
yang akan tenggelam dalam pelukan dia.” Tengku Haziq tergelak kecil sambil menoleh
ke arah isterinya. Isterinya memuncung bibirnya.
“Anis…jangan buat mulut
macam tu kang abang cium kat sini baru tahu”ugut Tengku Haziq.
“Abang ini gatal lah
itu je yang di ingat”tangannya terus hinggap di peha suaminya.
“Aduii…sakitlah sayang.
Tengok comel, Ummi cubit Walid”Tengku Haziq mengadu pada si comel yang berada
di perut Anis Saffiya.Anis tersentak.
“Aduii….” terasa si
comel menendang di dalam. Anis Saffiya berpura-pura sakit untuk mengusik
suaminya.
“Sayang..Kenapa ini?
Nak bersalin lagi ke? Due tarikh dia
lama lagikan lagi dua bulan kalau tak salah abang”jelas riak wajah Tengku Haziq
cemas. Kedengaran gelak dari Anis Saffiya, barulah reda hati Tengku Haziq yang
di telah dimainkan oleh isterinya. Nakal bisik hatinya.
‘Cupp’ satu cium hinggap dibibir Anis.Membuat ketawanya terus
berhenti.
“Anis jangan risau
walaupun Anis dah gemuk abang dah buat persedian untuk Anis mengekalkan bentuk
badan Anis. Abang dah buat appointment
tuk Anis ke gim lepas habis berpantang semua pakej abang ambik. Abang nak Anis tahu
cinta abang bukan berlandaskan nafsu atau bentuk fizikal seseorang tapi cinta
abang pada Anis kerana Anis adalah Anis. Abang sayang Anis.”
“Anis tahu, Anis tak
pernah meragui cinta abang untuk Anis” balasnya lembut bersama lirikan mata
manja.Tengku Haziq yang mendengar terus merangkul tubuh isterinya dengan erat
dan kemas.
Tengku Osman dan Tengku
Maria yang memerhatikan kelakuan anak dan menantunya di kolam rumah mereka
hanya tersenyum dan merasa bahagia melihat kemesraan yang terjalin antara
anaknya dan menantunya.Mereka bahagia kerana Tengku Haziq tidak silap memilih
isteri.Sejak perkhabaran dari anak dan menatunya bahawa mereka akan menjadi
nenek dan atuk mereka mengambil keputusan untuk menantunya tinggal d sini
sepanjang tempoh bersalin dan berpantang.Tengku Osman memeluk erat Tengku
Maria.
*****
Pagi ini suasana cerah.Anis
Saffiya baru saja keluar dari klinik Dr Haziqah, wajahnya kini lebih
bersemangat dan ceria jika dibandingkan dengan pagi tadi yang risau akan keadaan
kandungannya yang sejak semalam terasa sakit. Penerangan dari Dr. Haziqah
sedikit sebanyak melegakan hatinya. Masih di ingat lagi kata-kata dari Dr.
Haziqah tentang kandungannya.
“Puan Anis tak payah risau itu
pekara normal untuk orang mengandung. Itu salah satu tindak balas dari si comel
yang ada di dalam perut Puan Anis. Sambil tersenyum Dr Haziqah menerangkan
dengan lancar dan jelas kepada Anis Saffiya.
Anis Saffiya melangkah sampai ke
keretanya. Dia menyelongkar handbagnya mencari telefon bimbit untuk menghubungi
suaminya dan ibu mertuanya. Pasti suami dan ibu mertuanya menunggu panggilan
darinya. Tengku Haziq tidak dapat menemaninya kerana ada mesyuarat tergempar
tentang projek di Johor, manakala ibu mertuanya tidak sihat. Belum sempat dia
menghubungi suaminya, ada panggilan masuk. Anis Saffiya tanpa melihat siapa
gerangan yang menelefon terus di tekan punat hijau.
“Anis Saffiya?Dengar sini
baik-baik! Suami kau dalam bahaya sekarang. Suami kau, Tengku Haziq ada dalam
tawanan aku sekarang!”
Jantung Anis Saffiya bagai di
retap kasar bila mendengar tentang perkhabaran dari pemanggil yang tidak
diketahui siapa. Rasa lemah seluruh tubuhnya ketika ini, mujur dia cepat
bersandar pada keretanya.
“Awwakk…siapa? Kenapa suami saya
awak tawan? Apa yang awak nak? Tolong lepaskan suami saya!” Pupuk mata Anis
Saffiya mula mengeluarkan mutiara jernih.
“Jangan banyak cakap! Kau tak
perlu tahu siap aku! Dengar sini baik aku tak akan ulang apa yang aku ucap kat
kau buat kali kedua! Aku nak kau naik teksi yang akan menjemput kau, teksi itu
akan bawak kau ke sini! Ingat jangan lakukan sesuatu yang bodoh atau cuba
menghubungi keluarga dan polis,kalau aku dapat tahu aku tak teragak-agak dan
aku jamin bunuh suami kau faham!” Anis mendengar lelaki itu ketawa. Hatinya
kini dilanda gelisah dan resah memikirkan keselamatan suaminya.
“Ingat! Orang-orang aku selalu
perhatikan tindak tanduk kau. Jangan kau berani buat apa yang aku cakap kat kau
tadi.” Amarah lelaki tersebut.
“Tuhan selamatkan
suamiku.YA-ALLAH selamatkan dia untukku dan untuk bayi yang aku kandungkan
ini.”Anis Saffiya tak berhenti-henti berdoa suaminya selamat dan lindungi.
Tengku Haziq kegelisahan
memikirkan Anis Saffiya hatinya dicuit rasa bersalah. Dia kesal membiarkan Anis
Saffiya pergi bersendirian, memang niat dia mahu menemani isterinya tapi pagi
itu dia ada mesyuarat tergempar tentang tapak projek di Johor. Dia duduk sambil
menengok jam. Kini, sudah lima jam Anis pergi tanpa menelefonnya. Tengku Haziq
buntu dia tahu Anis tidak pernah begini. Selalunya Anis pasti menelefonnya
walaupun lambat. Kini dibenaknya timbul perkara-perkara yang tidak elok tentang
isterinya.
“Mummy? Mungkin Anis dah sampai ke rumah tapi lupa nak telefon aku.”
“Assalamualaikum mummy, Anis dah balik ke?” Jelas
kedengaran getar suara Tengku Haziq.
“Haziq kamu ini kenapa cemas mummy dengar suara kamu?”
“Mummy Anis dah sampai ke rumah ke? Dia ada dengan mummykan sekarang?” Soal Tengku Haziq.
“Anis? Bukan dia ada di pejabat
ke dengan kamu?Anis tak balik lagi dari klinik, mummy fikir dia ke pejabat kamu”
“Tak ada mummy dia tak dataang sini,Ziq dah risau keadaan dia.Sepatutnya dia
akn telefon Ziq tapi sampai sekarang dia tak telefon bila Ziq cuba telefon dia
deringan ada tapi tak ada orang angkat mummy!Ziq
risau mummy.”
“Cuba kamu telefon dia lagi mana
tahu dia angkat kali ini” Tengku Maria cuba menenangkan anaknya. Hatinya kini
mula risau akan keadaan menantunya, sudah la kini menantunya berbadan dua.
“Mummy Ziq dah cuba banyak kali call hand-set dia tapi tak ada jawab
pun.Sebab itu Ziq call mummy mana
tahu Anis ada call mummy tadi.?”
“Haziq mummy rasa baik kamu balik ajak papa balik sekali kita bincang kat
rumah.”
“Mummy Ziq menyesal tak temankan Anis pergi buat check-up pagi tadi,kalau Ziq temankan
dia tadi tentu perkara macam ini tak jadi.” Terdengar suara Tengku Haziq
mengeluh.
“Ziq tak baik mengeluh, balik ke
rumah dulu nanti kita bincang macam mana nak cari Anis,nak.Mummy yakin Anis tak ada apa-apa” Tengku Maria berkata padaanaknya.
Semua orang di banglo dua tingkat
di lereng bukit risau akan keadaan Anis Saffiya yang tiada khabar berita
tentangnya. Kini sudah 36 jam Anis Saffiya hilang. Masih tiada berita tentang
isterinya lagi.Dia sudah membuat laporan polis sebaik sahaja tempoh 24 jam cukup untuk mereka melaporkan
kehilangan Anis Saffiya.
Deringan telefon dari ASP Zafri
Adam bergema. Segera lelaki itu menghidupkan pembesar suara agar maklumat yang
akan disampaikan Inspector Aryssa Najwa sampai dan dapat didengari semua orang yang berada di ruang tamu rumah
banglo dua tingkat itu.
“Tuan, kami dah jumpa kereta BMW
series 7 Puan Anis Saffiya. Kereta tu elok di terletak di parking lot. Kami
juga pergi ke klinik di mana Puan Anis Safiya mendapatkan rawatan pagi tadi.
Menurut kata penjaga kaunter, Puan Anis Saffiya memang ada datang ke klinik
pada pukul 10.10 pagi dan keluar dari klinik pada pukul 11.00 pagi seperti yang
tercatat pada buku log yang di tulis. Kebetulan kami mahu pergi ke rumah
seorang pekerja klinik bertugas syif pagi, mungkin dia boleh menolong kita
mencari di mana keberadaan Puan Anis Saffiya. Sebelum dia tukar syif dengan
Amy, Amy melihat Puan Anis Saffiya menaiki sebuah teksi yang berhenti di
belakang kereta BMWnya.” Terang salah seorang orang bawahannya.ASP Zafri Adam diam.
“Baiklah jika ada sebarang
perkembangan dan sebarang maklumat lagi sila laporkan pada saya.” Sebaik ASP
Zafri Adam memutuskan talian wajah sahabatnya di renung dalam-dalam dia tahu
ketika ini sahabatnya runsing.
“Aku rasa ada orang dah
perhatikan kau dan mengekori setiap pergerakan di rumah ini,Ziq.” Tengku Haziq
yang dari tadi diam dan menunduk wajahnya kita mendonggak ke arah sahabatnya.
Jelas kelihat kerutan di dahi Tengku Haziq.
“Maksud aku dia tahu setiap apa
yang berlaku di rumah ini. Buktinya, kau mendapat panggilan untuk mesyuarat
tergempar dan dia tahu kau tak dapat temankan isteri kau buat check-up seperti
biasa jadi tak mustahil dia buat panggilan palsu pasal isteri kau menyatakan kau ada di dalam tawanan dia atau dia
khabarkan kau kemalangan.”
“Kalau betul apa yang Inspector
Aryssa Najwa bagi tahu tadi ada sebuah teksi yang datang ambil isteri
kau.Mungkin teksi itu yang bawa Anis pergi kepada penculiknya.Teksi itu di
gunakan untuk mengaburi mata kita supaya mereka tidak di kesan oleh pihak
polis.”Asp Zafri Adam menambah kemungkinan yang terfikir di dalam benaknya.
“Tolong aku Ad, buat sesuatu. Aku
risau sangat keadaan isteri dan anak aku. Tolong cari Anis dan anak aku. Demi
aku. Demi persahabatan kita,” rayu Tengku Haziq bersungguh-sungguh pada ASP
Zafri Adam.
ASP Zafri Adam bangun dan
melangkah ke arah sahabatnya yang lesu duduk di sofa sejak perkhabaran yang
isteri hilang tanpa dapat di kesan oleh mereka.Belakang sahabatnya
ditepuk-tepuk. “Be strong friend!
Kuatkan hati kau.Tabahkan diri. Daripada kau fikir yang bukan-bukan baik kau
bawa berdoa dan dekatkan diri kau pada-NYA buat solat hajat supaya isteri kau
baik-baik saja dan di lindungi oleh-NYA.”
*****
Anis Saffiya merasa teksi yang
dinaikinya telah lama berhenti.Dia tidak dapat melihat atau menjerit meminta
tolong kerana matanya di tutup dan mulutnya di sumbat dengan kain kerana dia
dia dalam teksi meronta-ronta dan menjerit.Anis Saffiya tidak sabar hendak
menemui suaminya.Anis saffiya tersentak ketika pintu teksi dibuka kasar dari
luar.Ada suara garau menyuruhnya supaya segera bangun dan keluar dari teksi. Di
dalam hatinya semoga mummy dan daddynya sedar akan kehilangannya dan
suaminya.Semoga papa dan mummy
melaporkan pada polis akan kehilangan mereka. Dia yakin dengan kebolehan pihak
polis dalam membenteras jenayah tidak di raguinya, Polis Di Raja Malaysia cekap
dalam menyelesaikan sesuatu kes. Dia hanya mengikut gerak tarikan di
tangannya.
“Kita dah sampai, masuk!”
perintah suara garau itu padanya. Sekali lagi tubuhnya di tolak dengan kasar
untuk memasuki rumah.
“Apa ini, kau main kasar?Tak
nampak ke mata aku bertutup mana aku nampak jalan? Dengan perempuan tak berdaya
je kau berani buat macam ini hah! Tak ada rasa hormat ke dalam diri kau”Anis
Saffiya sengaja menguatkan suaranya supaya suaminya yang berada di dalam rumah
ini dengar akan suaranya.
“Shhyyyy…..kau tak payah nak jerit-jerit sebab I tak suka dengar you
bersuara, well you tak sabar nak jumpa dengan suami you nampak! Hai Anis Saffiya kita bertemu lagi. Apa khabar you dan anak dalam kandungan you ini” Anis Saffiya terasa ada usapan
di perutnya lantas di tepis tangan itu dari mengusap perutnya, dia tidak sudi.
Suara itu! Jantungnya bagai di
rentap. Suara itu sudah lama tidak didengarinya. Sangkaanya, perempuan itu
sudah bahagia bersama suaminya. Rupa-rupanya perempuan itu senyap mengatur
startegi untuk muncuk kembali untuk merosakan kebahagian dia dan suaminya.
Dikala ini darah bagai tidak
mengalir seperti biasa. Takut dan gentar? Ya hatinya takut dan gentar sedikit
kerana yang ada dihadapannya kini bukan suaminya tetapi perempuan gila yang
terlalu obses mengejar sesuatu yang pasti bukan milik perempuan ini. Dia
terkenang suaminya yang turut di jadikan tawan oleh perempuan ini. Hatinya
galau dan resah. Di manakah suaminya kini?Apa yang perempuan ini telah buat
pada suaminya. Hatinya tidak
putus-putus berdoa pada tuhan agar dia dan suaminya dilindungi. Di benaknya
kini muncul pelbagai-bagai andaian yang tidak elok.cepat-cepat di bawa istifar
di hati supaya dijauhkan dari fikiran yang tidak sepatutnya.
Anis Saffiya terasa ada hembusan
di pinggir telinganya,membuatkan Anis bergerak menjaarakkan dirinya.Dalam
keadaan mata yang tertutup dia bertanya dengan suara yang kuat supaya sesiapa
yang mendengar jeritannya bakal menolong dia.”Mana suami aku?Mana abang
Haziq?Apa kau dah buat pada dia hah?”
Kedengaran suara itu mendengus
marah.
“Tak guna you nak jerit-jerit kat sini sebab tak akan ada siapa akan jumpa you atau dengar suara you kat sini, you sekarang berada di bilik bawah tanah
jadi lupakan niat you nak teriak dan
meroyan kat sini, sebab tak ada gunanya dear”
“You nak tahu you perempuan bodoh yang dah masuk perangkap I.You
sepatutnya fikirkan tentang keselamatan you
dan anak you bukan suami you.You
sedar yang suami you memang tak ada disini tu semata-mata nak perangkap you je. Dan I nak you tahu yang I akan seksa you dan anak you ini
sampai mati, mati!” tambah perempuan itu di cuping telinganya. Tanpa Anis
Saffiya sedar perempuan itu menampar pipinya denga kuat saat pipinya di tampar
kuat badannya tidak dapat diimbangi dia jatuh terduduk di atas lantai. Pipinya
terasa perit. Kini dirasakan ari-arinya bagai mencucuk secara tiba-tiba. Namun
Anis saffiya enggan menunjukan kesakitan yang dia alami pada perempuan
dihadapannya kini.
“Kau perempuan yang tak ada
maruah kau tahu! Kau tak malu ke sering menjadi perosak dalam rumah tangga
orang!Kau gila! Sebenar kau perlu rawatan sakit jiwa!”
“Hanya perempuan gila je yang
buat macam ini,kau tak ada pedoman dalam hidup kau.Kau sesat sebab nafsu
kau.Nafsu lebih menguasai pemikiran kau dari berfikiran waras.Tahu tak?”
Lepas Anis Saffiya meluahkan isi
hatinya dia terjerit kecil akibat rambutnya di rentap dan di tarik oleh perempuan itu. Kain
yang menutup matanya dirungkai kasar. Tubuh Anis Saffiya di seret di atas
lantai tanpa ada ihsan di hati perempuan itu. Sakitnya hanya Allah yang tahu.
“You boleh cakap apa yang you
nak, tapi I nak tunjukakn sesuatu
yang boleh buat you diam. Mukanya di
pegang dan disuakan ke satu arah yang menempatkan susuk tubuh yang terduduk
sambil mataanya terbeliak ada kesan tembakan di dahinya. Darah percikan dari
kepala lelaki itu jelas ada di dinding dan masih segar bau darahnya. Tandanya
lelaki itu baru saja di tembak.
Anis Saffiya memandang perempuan yang ketawa
terbahak-bahak. Rasa takut kini menyelubungi dirinya, dia tidak mahu nasibnya
seperti lelaki yang ada di hadapannya. Dia tidak mahu mati di sini jika di izin
kan dia ingin mati di dalam pelukan suaminya. Perlahan-lahan Anis Saffiya
berbicara setelah lama dia berdiam diri melihat mayat yang tak bernyawa di depannya.
“Kaa….uuu..kauu..bunuh suami kau
sendiri Sofea? Kau bunuh dia? Kau pembunuh Sofea?”Jelas ada getaran di dalam
suara Anis Saffiya. Anis Saffiya cuba meronta-ronta melepaskan ikatan di
tangannya tapi sia-sia. Kesakitan yang dialamainya kini semakin kuat mencucuk
dirasakan kala ini. Dengan kudrat yang masih ada Anis Saffiya ,masih berani
bersuara lagi.
“Memang aku berani, kau tak payah
nak berdolak dalik lagi aku tanya mana suami aku!” jerit Anis Saffiya pada
Sofea. Anis Saffiya melihat Sofea ketawa terbahak-bahak bagai orang gila sekali
lagi. Tidak pernah Anis Saffiya melihat keadaan seperti ini. Dengan rambut yang
kusut, dengan muka yang comot dan mata yang kemerah-merahan jauh bezanya Sofea
Ilyana di waktu mereka bertemu di rumahnya suatu ketika dulu.
“You tentu terkejut I muncul balik dalam hidup you kan? You fikir I akan lepaskan you dan Tengku Haziq hidup bahagia sedangkan I terseksa dengan jatan keparat ini? Sekali lagi kedengaran tembakan yang di hala ke Muzaffar. Ngeri Anis Saffiya melihat mayat Muzafar yang di tembak lagi dengan jarak dekat oleh Sofea Ilyana.
Sofea mendekati Anis Saffiya. “Berani
you jerit-jerit kat I. You tak takut ke nasib You macam dia?” Sekali lagi pipi Anis
Saffiya di tampar kuat dan berulang-ulang kali.
“You dengar sini, I tak
tahu di mana suami you, sebab I tak akan sesekali menyakiti orang I cinta.You patut tahu dari awal ini semua perangkap dari I nak you ikut semua kehendak I. I
tak ada dendam dengan Tengku Haziq, I
berdendam dengan you orang yang merampas cinta I.” Ditunjalnya pistol ke arah
kepala Anis Saffiya. Anis Saffiya hanya berdoa di beri perlindungan sambil
matanya terpejam dan dia mengucap syukur kerana suaminya tidak ada disini.
Matanya masih dipejam, dia tahu Allah pasti melindungi dia dan kandungannya,
dan amat yakin tidak lama dirinya akan selamat.Tengku Haziq tidak akan
membiarkan diri dan kandungannya di dalam bahaya.
“Apasal you diam? You dah takut?”
sekali lagi Sofea menarik rambut Anis Saffiya.
“Memang patut you takut dan you kena rasa betapa I
terseksa hidup dengan jantan tu?”Anis Saffiya melihat Sofea yang ketika itu
sedang bangun berdiri di hadapannya dan tersenyum sinis. Anis Saffiya mengaduh
kesakitan akibat di sepak oleh Sofea,Makin lama Sofea Ilyana ketawa dan
menyepak-yepak mengelilingi.
“You akan menyesal! Dari dulu I
dah nasihat you tinggalkan Tengku
Haziq tapi you degil, so sekarang you
harus mati sebab you penghalang I mengecapi bahagia.” Kening Sofea
bercantum dan dahinya berkerut melihat Anis Saffiya masih bertenaga dan kini
gadis itu sedang gelak.
Anis Saffiya ketawa dalam
kesakitan. Dia menahan kesakitan itu.Sengaja dia menertawakan Sofea. Anis
Saffiya tahu Sofea bertindak semasa keadaannya yang tidak berdaya untuk
melawan,dengan perut yang sedang memboyot. Dia tidak akan sesekali tunduk dan takut pada Sofea Ilyana.
“Macam mana Tengku Haziq nak
jatuh cinta pada perempuan macam kau?Dan dengar sini baik-baik apa yang aku nak
sampai kat kau! Aku tak akan biarkan perempuan gila macam kau merosakkan
kebahagian aku dan suami aku dan aku tak akan sesekali tunduk dengan permintaan
kau atau takut permianan kau ini? Kerana aku yakin cinta aku dan Tengku Haziq
hanya mati saja yang akan memisahkan kami. Jangan kau bermimipi akan
mendampingi Tengku Haziq kerana kau tak akan boleh mengantikan aku di
hatinya.Kau hanya perempuan gila yang akan kesunyian sepanjang hidup kau. Kau
sakit jiwa tak ada lelaki yang nak dekat mahu pun cinta kat kau!Faham?” Sofea
yang mendengar tidak dapat bersabar. Dia tidak dapat menerima apa yang di ucap
oleh Anis Saffiya padanya. Dia harus seksa Anis Saffiya supaya bibir mungil
yang pandai berkata-kata itu tidak bias mengeluarkan suara lagi. Dia kan
membuat Tengku Haziq jatuh cinta padanya,dia tidak suka melihat Anis Saffiya sedang
mengandungkan anak Tengku Haziq,patutnya dia yang mengandungkan anak jejaka
itu. Dia tidak suka dan dia menerimanya. Kali ini dia nekad Anis Saffiya dan
anaknya harus mati. Anis Saffiya disepak sekali lagi. Dia tidak akan berdiam
diri selagi kedua-duanya mati ditangannya.
Suasana
banglo dua tingakat itu sunyi dan hening. Penghuninya resah daan runsing sejak
kehilangan Anis Saffiya, masih belum mendapat berita yang positif dari pihak
polis. Tiada sebarang petunjuk tentang kehilangan Anis Saffiya, sehingga
sekarang masih tiada sebarang panggilan yang dikesan. Dari semalaman mereka
menunggu jika ada panggilan yang berupaya ugutan atau meminta wang tebus dari
sesiapa. Hampa. Mata Tengku Maria sudah bengkak akibat terlalu banyak menangis.
Sedih hati tuanya bila mendapat tahu kehilangan anak menantunya. Terlalu banyak
yang menghuni benaknya. Kehilangan Anis Saffiya telah meninmbulkan kemungkinan
yang buruk tentang perkara yang menimpa
menantunya. Anis Saffiya hilang tanpa di kesan.
“Abang
apa salah Anis? Kenapa mereka sanggup buat keluarga kita macam ini? Apa dosa
Anis pada mereka? Tak kesian ke mereka dengan keadaaan Anis yang mengandung?”
Rintih Tengku Maria pada suaminya. Tengku Osman yang mendengar rintihan
isterinya segera memeluk bahu isterinya. Dipeluk tubuh isterinya dengan erat
untuk menenangkannya.
Tengku Haziq yang lesu hanya duduk mendengar rintihan
dari mummyya.Dia tidak
mampu bersuara, dia hanya diam tanpa sebarang riak. Tiada seorang
pun tahu bagaimana perasaannya yang menunggu khabar dari isteri tercinta yang
hilang begitu saja. Hanya doa dan tawakal kini. Tengku Osman yang melihat
kelesuan Tengku Haziq hanya mampu melihat dan memberi sokongan agar anaknya
terus tegar menghadapi ujian dari-NYA.
“Ziq,tenanglah
nak, sabar dan berdoa. Jangan pernah jemu berdoa, jangan berhenti berdoa.
Insyallah, isteri dan anak kamu selamat” Tengku Osman bersuara sambil tangannya
menepuk-nepuk perlahan bahu isterinya yang sedang teresak-esak di pelukannya.
Malam
mula melabuhkan tirainya. Tengku Haziq kini diatas tikar sejadah memohon
perlindungan dan kekuatan dari yang SATU. Airmatanya mula mengalir lagi, dikala
ini dia tidak peduli jika ada orang menyatakan dia seorang yang cengeng,
katalah selagi isterinya tidak di temui hatinya tidak tenang.
“Ya-Allah
bagaimana keadaan isteriku?Apakah yang sudah berlaku padanya?Bagaimana dengan
anak kami?Ya-ALLAH Kau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui,Kau dengarlah rayuan
hambamu ini.Tolonglah..Tolong selamatkan isteri dan anakku,lindungilah mereka
wahai tuhan!Tolonglah…” Kedengaran
esakan dari Tengku Haziq. Selesai dia berdoa dia melangkah ke balkoni memandang
pemandangan malam sendirian. Jika isterinya ada pasti mereka bersama-sama
merenung malam. Dia memandang kosong ke luar semua perasaan bersatu kini geram,
marah, sakit hati.risau,resah bertindih di kala ini. Hatinya kuat berkata kehilangan
isterinya pasti ada kaitan dengan Sofea Ilyana Dato Kamaruddin. Dia yakin dan
pasti pelakunya Sofea yang sangat berdendam dengan isterinya yang di tuduh
mehalang kebahagiannya hidup bersama dengannya. Kalau betul apa yang
difikirkannya Anis Saffiya berada di dalam tawanan Sofea, maka nyawa isterinya
di dalam bahaya.
“Ziq,Ad
nak jumpa Ziq ini”Tengku Maria berbicara.
Entah
bila Tengku Maria kebiliknya,tidak Tengku Haziq sedari bila mereka masuk ke
biliknya.
“Teksi
yang dikesan membawa Anis dah dikesan semalam. Pemilik teksi tersebut Anuar bin
Ahmad, setelah puas inspector Aryssa Najwa cari-cari dan selidik rupa-rupanya
Pakcik Anuar hanya digunakan oleh Sofea atas segala yang dia tabur pada orang
tua tu.Dan Pakcik Anuar dah membuat pengakuan yang dia sama sekali tidak
terlibat dalam penculikan Anis. Teksi itu memang miliknya tapi di sewa oleh
Sofea dan suaminya, Pakcik Anuar menyerahkan begitu saja tanpa bertanya apa
yang Sofea dan suaminya hendak buat.”
“Dia
langsung tak tahu di mana Anis berada?”Tanya Tengku Haziq pada Asp Zafri Adam.
“Dia
tak tahu dan sama sekali tak terlibat dalam penculikan kau sebab dia ada alibi
yang kukuh.Sepanjang kejadian dia hanya berada di rumah bersama keluarga dia
menyambut hari jadi anak mereka dari siang hingga ke malam”jawab Asp Zafri
Adam.Asp Zafri Adam melihat lirikan mata dari sahabatnya di tahu pasti ada
sesuatu yang ingin di sampaikan padanya tanpa di ketahui oleh mummy dan daddynya yang masih setia menanti di biliknya untuk mengetahui
perkembangan kes yang dikendalikan oleh sahabatnya.
“Mummy,Daddy Ziq rasa baik daddy dengan
mummy bawak berehat di dalm
bilik.Kita masih perlu bertenaga untuk mencari Anis”
Tengku
Osman dan Tengku Maria mengangguk serentak bila anak tunggalnya bersuara.
Sebelum mereka melangkah ke bilik Tengku Osman sempat berpesan supaya Tengku
Haziq berehat jugak. Tengku Haziq hanya menganggukkan kepalanya tanda mengiakan
saranan dari daddynya.
“Ada
sesuatu yang kau nak cakap dengan aku Ad?” Tengku Haziq meneka. Mata Tengku
Haziq memandang sahabatnya yang sedang menutup pintu biliknya.
“Ad
kalau kau ada sesuatu nak cakap mengenai kehilangan isteri aku baik kau cakap
sekarang! Jangan serabutkan kepala aku yang memang dah serabut dengan masalah
ini semua sampai aku nak muntah bila memikirkan keselamatan isteri aku!” Tengku
Haziq mendesak sambil meraup mukanya.
“Ziq,
pasukan aku dah dapat tangkap orang-orang yang menculik Anis Saffiya. Dan
mereka juga dah tunjukan dimana mereka menurunkan Anis.”
“Aku
dah arahkan pasukan aku pergi ke rumah itu sekarang pihak polis daah mengepung
kawasan rumah itu.”
“Habis
kenapa kau masih kat sini lagi?” Tengku Haziq tidak sabar untuk mengetahui
perkembangan kes tersebut.
“Sabar
Ziq, anggota aku dan mengenal pasti siapa dalang di sebalik kehilangan Anis”
“Siapa
dalang dia?”
“Orang
yang bertanggunjawab itu Sof…”belum sempat Asp Zafri Adam memberitahu nama
pelakunya Tengku Haziq memotong percakapan dia.
“Dia
Sofea dan suami dia kan? Sofea Ilyana Dato Kamaruddin dan Muzafar?”
“I knew it. It is Sofea!”
Anis Saffiya, isterinya hilang angkara Sofea dan suami Sofea. Berita yang disampaikan oleh sahabatnya lebih menakutkan. Dia tahu Sofea bukan mahu wang diinginnya. Sofea hanya mahu dia. Perempuan licik tu tak habis-habis nak susahkan kehidupan dia.
Anis Saffiya, isterinya hilang angkara Sofea dan suami Sofea. Berita yang disampaikan oleh sahabatnya lebih menakutkan. Dia tahu Sofea bukan mahu wang diinginnya. Sofea hanya mahu dia. Perempuan licik tu tak habis-habis nak susahkan kehidupan dia.
“Ziq,
macam mana kau tahu?”Asp Zafri Adam menyoal sahabatnya.Kerutan di dahi Asp
Zafri Adam jelas kelihat menanti jawapan dari Tengku Haziq.
Tengku
Haziq melepaskan keluhan sambil terduduk di atas katil. ”Dimana?” Tengku Haziq
tidak menjawaab pertanyaan dari sahabatnya malah dia menyoal sahabatnya balik.
“Dekat
bukit Cendana,Ziq. Sekarang polis dah mengepung kawasan itu. Lagi satu salah
anggota aku menemui ini” Asp Zafri Adam menghulurkan seutas gelang tangan yang
bertulis Anis Saffiya kepada Tengku Haziq.
Saat
gelang tangan itu bertukar tangan, rasa sebak mula bertandang di dalam haati
Tengku Haziq.Kini matanya berkaca-kaca,sepasang matanya merenung sayu
gelang yang bertulis nama isterinya. Yea, ini memang gelang milik isterinya dia
yang menghadiahkan gelang silver
terukir nama isterinya sempena harijadi isterinya tahun lepas. Tengku Haziq
bangun dan terus menuju ke meja solek di biliknya, di
segera mengapai kinci kereta. Dia ingin mendapatkan
isterinya.langkahnya mati bila pergelangan tangannya dipegang oleh sahabatnya.
“Ziq,
kau nak pergi mana?”
“Aku
nak cari isteri aku, Ad”
“Maaf
aku tak benarkan kau kesana. Jika kau ke sana mungkin akan membahayakan nyawa
kau dan isteri kau sendiri.”
“Kau
gila ke, Ad. Jangan cuba halang aku. Sekarang isteri aku dalam tawanan
perempuan gila kau tahu. Kau ada hati suruh aku tidur dan duduk diam bila aku
tahu dimana Anis berada?” Tengku Haziq menepis pergelangan tangan Asp Zafri
Adam.
“Ziq..!”
Panggilan dari Asp Zafri Adam tidak di endahkannya. Di lihat Tengku
haziq semakin laju menuruni anak tangga.
“Aduh!
Degil!” Asp Zafri Adam mengomel sambil berlari mendapat sahabatnya.
*****
“ Anis..Anis..”
Tengku Haziq menjerit dengan kuat. Dia tidak peduli arahan dari polis yang cuba
menghalang dia memasuki rumag banglo tersebut. Dia masih menjerit lagi
memanggil-manggil isterinya. ”Anis…Anis..abang datang sayang..” malang tiada
sahutan yang didengari hanya bunyi cengkerik yang menyahut.
Sofea
Ilyana yang terdengar ada suara lelaki menyeru nama Anis Saffiya tergelak. Sayu
dia mendengar suara Tengku Haziq yang lagi memanggil-manggil nama isterinya dah
terbaring kaku dikerjakannya. Dia yakin dengan melenyapkan Anis Saffiya pasti
Tengku Haziq merasa kehadiran dia. Dan mula mencintainya. Dia ketawa lagi,
yakin polis atau Tengku Haziq tak akan menemui bilik di bawaah tanah ini. Sofea
Ilayana melangkah ke arah tubuh kaku Anis yang berlumuran darah. Rambut Anis
ditarik sebelum menunduk ke arah cuping telinga Anis.
“Hey…you ,you
dengar tak Tengku Haziq dah jumpa kat mana You
berada. Kenapa You tak nak bangun…bangun
lah bodoh” Digongcang tubuh kaku Anis Saffiya dengan kuat, melihat tiada tanda
Anis Saffiya bangun tubuh itu dihempaskan ke lantai. Sofea Ilyana bangun dan
melangkah ke arah suis lampu dibilik tu. Belum sempat dia melangkah ke situ dia
mendengar polis berteriak.
“Tuan..kami
dah jumpa lagi satu bilik di bawah tanah ini” Sofea Ilyana yang mendengarnya
cepat-cepat mencari pistolnya yang jatuh ke lantai. Matanya dihalakan ke arah
pintu dan bersedia untuk berhadapan dengan lelaki yang di cintainya. Dia
tersenyum bila mengingatkan perbuatannya pada Anis Saffiya dan Muzafar.
Muzaffar telah di tembaknya dengan jarak dekat dia berdendam dengan suaminya
tu,segala penderaan yang di lakukan padanya telah dibalas hatinya puas
menamatkan riwayat Muzaffar. Dia tak perlukan Muzaffar untuk menolong dia, dia
boleh buat sendiri. Bila mengingatkan Anis Saffiya pula, dia tertawa lagi
tingkahnya seperti orang kurang siuman. Hatinya puas membalas semua kesakitan
yang dirasakan akibat Anis telah merampas cinta hatinya. Dia sakit hati bila melihat
gadis tu mentertawakan dirinya. Dia benci melihat Anis Saffiya mengandung anak
Tengku Haziq dia tidak layak nak mengandungkan anak Tengku Haziq hanya dia yang
layak. Masih terlayar lagi perbuatan dia, cara dia memukul Anis, menendang
tubuh Anis dengan sekuat hati. Diseret tubuh tu sehingga tubuh gadis tu kaku,
dan dia yakin anak yang di kandung oleh gadis itu telah mati seperti mana tubuh
kaku Anis yang langsung tak mengaduh kesakitan setiap kali pukulan atau
tenangan yang di hadiahkan pada tubuh gadis itu. Dia menyakiti tubuh gadis tu
seperti mana Muzafar menyakiti badannya sampai dia keguguran segala perbuatan Muzafar
di lakukan pada tubuh Anis Saffiya.
“Anis….”
Tengku Haziq terpancul di balik pintu yang dibuka oleh anggota polis yang
bertugas. Keadaan bilik itu gelap tanpa ada sebarang cahaya. Belum sempat
Tengku Haziq dan aggota polis melangkah tiba-tiba bilik itu menjadi terang
menerang, Cahaya terbias ke semua sudut bilik itu. Mata Tengku Haziq mengesan
susuk tubuh yang berdiri di satu sudut bilik itu, Sofea Ilyana. Dilihat tangan
Sofea Ilayana ada supucuk pistol. Sofea tersenyum lebar sebaik melihat Tengku
Haziq.
“Mana
isteri aku Sofea?”
“Hai
sayang…” Tegur Sofea Ilyana kepada Tengku Haziq. Tengku Haziq tidak membalas
teguran tu sebaliknya matanya melilau ke segenap penjuru bilik itu. Dia mencari
isterinya, tiba-tiba matanya terpaku pada satu tubuh yang kaku di lantai dan
berlumuran darah. Dia kenal tubuh yang terbaring itu. Dia meluru ke arah tubuh
tu dan dipangkunya tubuh sejuk tersebut.
‘Anis’
rintih Tengku Haziq.
“Apa
yang kau dah buat Sofea? Apa salah isteri aku dan anak aku pada kau? Sampai kau
seksa mereka sampai macam ini?”
“You tak nak tanya khabar I ke Ziq? Sihat ke? Kenapa perempuan itu
jugak yang you tanya dulu? I kecik hati tau!” renggek Sofea Ilyana.
“Kalau
you nak tanya juga tentang isteri you tu mari I bagi tahu macam mana I
seksa dia? I pukul dan tendang dia
berkali-kali sampai dia kaku dan berdarah. I
benci bila tengok perut dia yang buncit tu sepatutnya I yang mengandungkan anak you
bukan dia. Sekarang I dah puas isteri
you dah mati. M.A.T.I dear…hahaha..” kasar Sofea bersuara. Dia
sudah tenggelam dengan perasaan dendam.
“Tak
guna kau Sofea? Hati kau dah jadi batu ke mana pergi perasaan kau hah!”
tengking Tengku Haziq. Tengku Haziq bangun dan menepis pistol yang berada di
tangan Sofea Ilyana. Sofea tersentak. Tengku Haziq memegang bahu Sofea Ilyana
dan tangannya dilayangkan ke pipi gadis
tersebut. Sofea terasa tamparan yang berulang-ulang kali di pipinya perit dan
matanya berpinar-pinar akibat tamparan Tengku Haziq di jatuh terduduk. Setelah
puas dia mengajar Sofea dia kembali memaut tubuh kaku isterinya. Terasa sejuk
tubuh itu ketika ini.
“Sayang…sayang
bangun sayang abang datang nak bawak sayang dan anak kita balik ke rumah
kita”bisik Tengku Haziq di cuping telinga Anis Saffiya.
Dibelakang Tengku Haziq tidak sedar yang Sofea sudah bangun
dan kini berdiri di belakang Tengku Haziq. Pistol diacukan ke arah Tengku
Haziq. Sofea yang mendengar esakan dan tangisan Tengku Haziq mula ketawa
terbahak-bahak.
“You nak buat apa dengan dia, you tak tahu ke yang dia dah mati. I tak akan benarkan you bawak dia kemana-mana. Kalau you nak ikut dia sekali boleh, I
pun dah muak dengan you yang asyik
lebihkan dia dari I. I boleh hantar you bersama dengan dia di syurga.”
Tengku
Haziq diam. Dia tiada suara dan kudrat untuk menjawab segala soalan dari Sofea.
Apa yang dia tahu kini dia perasaan sedih dan sayu. Tubuh tubuh kaku isterinya
dipeluk. Dia merasa seperti tidak berguna ketika ini, janji yang di beri pada
isterinya seakan-akan satu hukuman pada dirinya. Dia pernah berjanji yang dia
akan sentiasa melindungi Anis tapi kini apa yang berlaku dia buntu. Dia memeluk
tubuh isterinya dengan erat.Disaat ini dia merasakan isterinya tidak lagi
bernafas.
Sofea
yang mula geram semua pertanyaannya tidak di jawab oleh Tengku Haziq. Kini
tangannya kembali menujah kepala Tengku Haziq dengan pistol yang ada di
tangannya.
“Kenapa
you pilih dia hah? kenapa? Apa
kurangnya I ,you tak pernah nak layan
atau balas cinta I dari dulu, kenapa?
Kalau you balas mungkin bini you tak mati terseksa.” Tengking Sofea.
Tengku Haziq diam. Kini air matanya mengalir dengan laju, dia menundukan
wajahnya ingin di kucup bibir isterinya, ingin dibisikan kata-kata cinta di
telinga isterinya. Ketika Tengku Haziq mendekatkan bibirnya ke bibir isterinya,
dia melihat bibir isterinya menghela nafas walaupun perlahan dan bibir itu mula
bergerak-gerak. Dia terpaku dan tergamam.
‘Ya-Allah..isteri
aku masih hidup lagi. ucapan syukur t .Terima kasih Ya-Allah kau makbulkan doa
ku kau selamatkanlah isteri ku.’ Tengku Haziq mengucup dahi Anis lama dan dia
bangun dan mencempung tubuh isterinya. Sofea yang melihat Tengku Haziq
mencempung tubuh Anis segera mengacukan pistol ke arah belakang Tengku Haziq
belum sempat Sofea bertindak. Polis segera melepaskan tembakan ke atas Sofea.
Sofea rebah akibat tembakan di kepalanya, sambil matanya terbeliak. Tidak
sempat mengucap kalimah syadah.
*********
*********
Tengku
Haziq berada di kamar biliknya sambil berdiri merenung malam yang nyaman.Masih
terlayar kejadian tiga bulan lepas di matanya ketika dia membawa isterinya ke
hospital. Kata-kata Dr Haziqah masih teriyang-iyang di telinganya.
“Maafkan
saya Tengku, isteri Tengku berada dalam keadaan kritikal, anak Tengku tak dapat
diselamatkan. Bayi yang berada di dalam kandungan isteri Tengku disahkan mati
di dalam perut akibat hentakan dan tendangan yang sangat kuat dan bertalu-talu
di tubuh isteri Tengku. Kami juga mengesan sejenis cecair yang sedang mengalir
di dalam tubuh isteri Tengku daan kami percaya cecair itu adalah racun,
sekarang racun yang berada di tubuh isteri Tengku dah merebak ke seluruh
badannya jadi isteri Tengku perlu di bedah dengan segera. Dan kami perlu
tandatangan Tengku dan keputusan Tengku sekarang supaya pembedahan itu di bisa
di lakukan dengan segera bagi menyelamatkan nyawa isteri Tengku”. Sebaik
isterinya selamat dibedah seminggu isterinya koma. Sebaik sahaja isterinya
sedar dia dikejutkan denga satu lagi berita yang menghiris perasannya.
“Maaf
Tengku buat masa sekarang tak boleh melawat isteri Tengku lagi sebab dia trauma
dan dia takut didekati oleh orang.” Bagai ditusuk sembilu hatinya. Keadaan
isterinya membuatkan dia lemah. Kenapa begitu hebat dugaan yang menimpa
isterinya.
Perkhabaran
itu disampaikan padanya ketika dia baru saja pulang dari Cameron dan terus ke
hospital di mana isterinya di rawat tapi lain yang jadi pada hari itu. Ketika
kakinya melangkah masuk ke wad di mana isterinya di tempatkan. Dia tersenyum ke
arah isterinya yang merenung tajam ke arahnya. Belum sempat dia mendekati
isterinya di lihat isterinya turun dari katil dan tangannya yang masih
terpasang IV di cabut, darah memancut dari tangan isterinya bila dia cuba
melangkah menenangkan isterinya. Isterinya lari ke satu sudut katil dan
badannya memeluk lutut perutnya dilindungi.
“Pergi..pergi…pergi
jauh…jangan dekat aku minta ampun kat kau” rayu Anis Saffiya.
“Sayang
ini abang sayang..bukan Sofea”Tengku Haziq cuba memujuk isterinya.
“Pergiiiiii... Jangan sakiti tubuh aku dan anak aku…jauh..jauh…”
Jeritan isterinya didengari oleh pertugas hospital dan segera meaporkan pada Doktor yang merawat isterinya. Satu suntikan di suntik ke tubuh isterinya. Jeritan dan rotaan dari isterinya mula lemah akibat suntikan ubat penenang. Alhamdulilah berkat usaha dia dan keluarganya Anis Saffiya berjaya di rawat. Kini isterinya masih di beri kaunseling, bagi memberi semangat pada diri Anis Saffiya. Walaupun tiap malam tidur isterinya masih di ganggu oleh kejadian itu tapi dia ada selalu ada disisi tak akan meninggalkan isterinya.
“Pergiiiiii... Jangan sakiti tubuh aku dan anak aku…jauh..jauh…”
Jeritan isterinya didengari oleh pertugas hospital dan segera meaporkan pada Doktor yang merawat isterinya. Satu suntikan di suntik ke tubuh isterinya. Jeritan dan rotaan dari isterinya mula lemah akibat suntikan ubat penenang. Alhamdulilah berkat usaha dia dan keluarganya Anis Saffiya berjaya di rawat. Kini isterinya masih di beri kaunseling, bagi memberi semangat pada diri Anis Saffiya. Walaupun tiap malam tidur isterinya masih di ganggu oleh kejadian itu tapi dia ada selalu ada disisi tak akan meninggalkan isterinya.
Lamunan
dia terhenti bila ada tangan halus yang sedang memeluknya dari belakang. Dia
tahu siapa yang ada dibelakangnya. Dia turut memegang erat tangan yang
memeluknya.
“Sayang
Anis berangan apa ini sampai Anis masuk tak sedar pun”
“Tak
ada apa-apa”
“Tipulah
tak ada apa-apa yang buat abang termenung ini” nada rajuk Anis Saffiya.Anis
Saffiya segera merungkaikan pelukan di tubuh suami dan mula melangkah. Tapi
langkahnya mati bila Tengku Haziq memegang bahunya dengan lembut dan
mengadapnya. Tika ini mata mereka bertentangan ada satu debaran di hati Anis
ketika ini, renungan dari suaminya seakan-akan nakal ketika ini.
“Abang..lepaslah
Anis nak tidur dah.Mengantuklah.”
“Sayang
abang mengantuk atau nak abang dodoikan dia tidur” Tengku Haziq berseloroh. Tengku
Haziq melihat pipi isterinya sedang merah dan menunduk malu bila di usik. Dagu
Anis di angkat oleh Tengku Haziq dan sebuah ciuman mendarat di bibir isterinya
lama. Bila pautan bibir mereka terlerai Tengku Haziq mencempung tubuh kecil
isterinya menuju ke arah katil. Di letak tubuh isteri kesayangannya
perlahan-lahan lalu Tengku Haziq membisikkan sesuatu ke cuping telinga
isterinya.
“Sayang…cinta
abang tak akan pernah berakhir walaupun ajal menjemput kita. Cinta sayang tetap
ada di hati, insyallah cinta kita akan bersatu di dunia dan di akhirat.
Izinkan
abang meluahkan padamu sayang….assalamualaikum”
Anis
Saffiya mengerti apa yang diiginkan oleh suami. Tanpa kata dia terus memeluk
suaminya dengan erat. Salam dari suaminya dibalas “Walaikumusalam ..Anis sentiasa
cintakan abang…..”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~the
EnD~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`
Sekian sebuah cerita dari Hafiz n FR..andai ada kekurangan dari karya yg mengabungkan kami berdua byk kekurangan harap sudi memberi komen buat kami.Terima kasih sudi membaca cerpen yg tak seberapa dari kami. :D
hadirr~~>>>> ary here.
ReplyDeletesaspen ni. . cepat2 la up yg full ye. hihi
^^
eh ingatkan dah siap....yeye akak nak baca hihihi
ReplyDeleteKeseluruhan ok, ada jalan cerita yang menarik. Tapi cara olahan yang agak kurang cikit. Ada part-part yang perlu diperbaiki lagi. Hope pas nie ada penambahbaikan... ok.. gud luck
ReplyDeleteerkkk...ada slap lah pasal u tu...kt uum x dak seni bina @ arktcr.... seni bina x byk tmpa yg ada...kt sri iskndar n uitm jer yg ada.....swta kt twntch kot....UUM universiti cos perniagaan.law,n mltmedia,accnt....
ReplyDeletehuhuhu..wlpn ade kekurangan tapi jln cerita sweet huhu
ReplyDeletebest sngat2... tapi ksian la baby mati
ReplyDeletewah! dahsyat la cerpen ni! Terbaik! tapi nasihat saya, check spelling ye..hehe...saya pon baru belajar...anyway, story THE BEST!!!
ReplyDeleteCerpen ni panjang gila...tak nak jadikan novel ke? nanti boleh cerita lagi detail...plus, cerpen ni kalau dijadikan drama atau filem mmg best! lain drpd yg lain! Tahniah kpd penulis cerita ni yg sanggup ambil risiko...:D
ReplyDeleteSalam farra DeLee terima kasih sudi menegur FN n ZIFFIZ kang DJ sampaikan depa ..owhh kalo nak buat novel tu kang DJ tanyakan kat mereka berdua...insyallah kalo depa buat novel kang mesti DJ war2kan kat blog MSF... :D
Deletecerpen yang sangat menarik. hati turut berdebar-debar. nak menangis jugak bila baca story nih :)
ReplyDeleteAssalamualaikum Dyana shazleen..
DeleteTerima kasih sudi baca gabungan pertama antara ziffiz n fika najwa ini... DJ harap semoga ceria bak pelangiii :)
Sweet and seram tgok sofea camtu
ReplyDelete