“Maaf…peluang hanya datang sekali.
Saya rasa Cik Nadia mesti ingat apa yang saya cakap tempoh hari yang peluang
kedua tiada selepas Cik Nadia menolak saya.”
“Dan saya harap Cik Nadia jangan
ganggu keluarga dan diri saya. Sebab saya tak nak dan tak selesa dengan
kehadiran Cik Nadia di sini. Lagipun dalam dua minggu dari sekarang perkhawinan
saya akan berlangsung. Kita memang tak di takdir bersama.”
Tengku Nadia bagaikan hilang
kata-kata.Bibirnya digigit menahan rasa hati atas penolakan cinta Adi.
Beginikah rasa bila cinta di tolak. Airmatanya cuba di tahan. Dia tidak akan
sesekali menyerah. Dia rela merayu pada Adi agar menyambut cintanya. Dia tahu
Adi juga masih mencintainya. Dia yakin satu pekara itu.
“Saya rasa Cik Nadia dah tengok
segala barang hantaran di atas rumah saya tadi, saya akan berkhawin. Jadi baik
Cik Nadia balik je.”
Tengku Nadia menggeleng, dia tidak
percaya.
“Adi awak tipu sayakan. Awak
sengajakan cakap awak nak khawin. Saya yakin perasaan awak masih mencintai
saya. Saya yakin itu Adi.”
“Terserah Cik Nadia nak percaya atau tidak. Adi mula
mengatur langkah tapi pergelangan tangannya di pegang oleh Nadia.
“Adi betul ke awak tak cintai saya lagi? Tak ada ke peluang
kedua untuk saya meraih cinta awak ,Adi” Nadia tergelak kecil.
“Memang betul kata awak bila saya sedar mungkin masa tu saya dah kehilangan
awak,Adi?” Suara Tengku Nadia sayu.
“Dahlah Cik Nadia saya rasa Cik Nadia
berhenti mencintai saya, sebab saya tidak mungkin mencintai Cik Nadia. Bukaklah
pintu hati Cik Nadia untuk orang lain, jika suatu saat dia hadir jangan di
tolak mentah-mentah. Terima kasih Cik Nadia.Terima kasih Cik Nadia sudi
mengakui cinta pada saya, walaupun cinta yang saya rasa buat seketika dulu.
Terima kasih sudi datang mengakui cinta dihati Cik Nadia. Seperti yang pernah
saya cakap sekali saya melangkah dan sekali Cik Nadia menolak saya, saya akan
pergi jauh dari hidup Cik Nadia. Saya dah kotakan semua janji saya untuk tidak
muncul di hadapan Cik Nadia.”
“Saya harap Cik Nadia jangan buat
kecoh di sini kerana tak lama lagi saya bakal menjadi suami orang. Saya sudah
mula mencintai bakal isteri saya.”Adi Irwansyah membohongi dirinya.
Adi terus berlalu pergi, dia takut
dia akan tewas jika Nadia merayunya.Yea,dia
akui sehingga sekarang dia masih tidak dapat melupakan gadis itu. Cintanya
untuk gadis itu masih bernadi di dalam hatinya. Ada sepasang mata yang melihat
di sebalik jendela kayu itu. Tengku Nadia yang melihat Adi berlalu pergi
terjelupuk ke tanah, airmatanya yang ditahannya kini jatuh jua. Cinta yang
ingin dikejar akhirnya kecundang. Adik kembar Adi yang masih berdiri diberanda
rumah mereka terus meluru ke arah Nadia yang terjelupuk ke tanah.
“Kak…bangun kak” Di pegang bahu
Tengku Nadia.
Nadia yang terasa bahunya seolah-olah
di pegang segera melihat gerangannya. Nadia tersenyum lalu tangannya laju
menghapuskan airmatanya.
“Akak…okey tak ini?” Akma Aliya
menyoal Tengku Nadia.
“Maaf…sikap abang Adi kami pada akak.
Mungkin dia tengah rungsing pasal perkhawinan dia yang tinggal dua minggu lagi.
Tengku Nadia tersenyum hambar.H
atinya sakit bila mendengar kata-kata adik kembar Adi. Tengku Nadia bersuara
pada Akma Aliya.
“Dik…..boleh akak peluk adik
sekejap?”
Akma Anis memandang kakak kembarnya.
Anis melihat Kak Lia mengganguk kepalanya.
“Boleh kak.”
Setelah mendengar persetujuan dari
adik kembar Adi. Tengku Nadia meluru memeluk erat tubuh gadis di hadapannya.
Sebaik tubuhnya bersatu dengan adik kembar Adi,pecah segala tangisan yang
ditahan dari tadi. Akhirnya dia menangis di dalam pelukkan Akma Anis. Akma Anis
yang tidak tahu kenapa Tengku Nadia menangis membiarkan sahaja. Setelah lama Nadia
memeluk adik kembar Adi,dia merungkaikan pelukannya. Sambil tersenyum Tengku
Nadia mengucapkan terima kasih. Dia ingin berlalu dari situ, dia merasa
seakan-akan tidak kuat menghadapi orang yang di sayang bakal menjadi milik
orang.
‘Papa…..Mama Nad tak kuat lagi. Cinta
yang Nad kejar dah hilang. Papa….Mama Nad tak dapat memiliki cinta Adi yang dah
beralih arah, Nad terlambat mengakuinya.’ hatinya bermonolog.
Anis dan Aliya yang melihat Tengku
Nadia menuju ke arah kereta hanya memandang sayu. Belum sempat Tengku Nadia
masuk ke dalam kereta. Puan Hakimah bersuara menegah Nadia pulang. Hati tuanya
yakin yang anaknya masih mencintai gadis ini. Tapi dia tidak dapat menolong
kerana dia sudah terlanjur menjodohkan anaknya dengan Sheila.
“Eeehhh….Nadia
nak balik ke? Kenapa awal sangat nak balik kata Nad cuti dua minggu dan nak
menghabiskan cuti Nad kat sini.” Puan Hakimah melihat Nad hanya tersenyum
hambar.
“Hhhhmmm….tak pelah Makcik kimah lagi pun Nad singgah
sekejap je nak jumpa Adi.”
“Mari masuk ke dalam hari pun dah nak
masuk senja. Kalau Nadia balik pun mesti penat memandu dari Kuala Lumpur ke
Kedah. Bukan jarak antara Kuala Lumpur mau 5jam. Dah mari naik rumah Ummi.”
“Haaaa….Anis,
Aliya yang kamu tercegat kat sini lagi kenapa pergi siapkan makan malam
kita.”Anis dan aliya segara berlalu ke dalam rumah.
Tengku Nadia terpaksa akur dengan
permintaan Puan Hakimah. Lagipun dia yang terlanjur berjanji yang akan menginap
di rumah Adi selama dua minggu sepanjang dia bercuti. Adakah dia sanggup orang
yang di cintai bakal menjadi suami orang.
Sebaik sahaja Adi masuk ke dalam
rumah kepalanya di sofa. Benar ke aku tidak mencintai Nadia lagi kenapa hati
aku sakit semasa aku menafikan perasaaan sendiri? Benar bakal isteriku bisa
membahagiakan aku kelak? Dapatkah aku mencintainya seperti mana aku mencintai
Tengku Nadia. Tapi jika betul kenapa setiap kali berjumpa bakal isterinya yang
bernama Sheila, hatinya tidak merasa apa-apa perasaan terhadap Sheila. Sheila
pun begitu, dia merasa seolah-olah Sheila juga tidak mencintainya. “Apakah
keputusan aku betul?”Adi mengeluh.
“Assalamualaikum….” Adi terdengar umminya
memberi salam.
“Waalaikumusalam.Ummi masuklah dah
nak masuk waktu mahgrib. Mari kita sama-sama berjemaah.” Belum sempat Adi
berlalu ke dalam biliknya, dia terdengar umminya bersuara menyuruh seseorang
masuk ke dalam rumahnya.
“Masuk nak,” Pelawa Puan Hakimah pada Tengku Nadia.
“Jangan segan-segan buat macam rumah
Nadia sendiri.”
Tengku Nadia tersenyum. Terkejut Adi
bila mendengar nama itu. Adi menoleh ke arah pintu masuk rumahnya. Jelas di matanya
kini Tengku Nadia masih ada di sini.
“Umi…kenapa?” Adi menyoal Umminya.
Dia tahu umminya sudah tahu siapa Tengku Nadia tapi kenapa umminya masih ingin
mengajak Nadia bermalam di sini.
“Ummi Nad rasa lebih baik Nad balik je” Tengku Nadia merasa kehadirannya
tidak diperlukan di sini kerana dia melihat bertapa bencinya Adi padanya kini.
“Adi, tak baik buat tetamu macam tu. Umi tak ajar anak Umi layan tetamu macam ini.”
“Ummi, tak payah gaduh-gaduh
sebab Nad. Takpe biar Nad menginap
kat hotel je. Pagi esok Nad datang tolong Ummi buat persiapan untuk kenduri
khawin Adi.” Tengku Nadia mula melangkah ke arah pintu.
“Nadia..Ummi tak suruh kamu keluar.”
Potong Puan Hakimah menegah Tengku Nadia dari keluar.
Tengku Nadia yang mendengar Puan
Hakimah membahasakan dirinya Ummi membuat Nadia terkelu dan langkahnya terus
mati depan pintu.Dia kini di dalam dilema akibat terlanjur berjanji dengan Pn.Hakimah
hendak menghabiskan cuti dengan bercuti di kampung Adi.Adi yang tidak senang
dengan sikap umminya mengeluh panjang.
“Umi….apa ini? Umi tahukan siapa Tengku
Nadia pada Adi. Adi harap Ummi paham perasaan Adi yang Adi tak senang
dengan kehadiran dia di sini.”
Tengku Nadia memejamkan matanya.
Hatinya kini terasa sakit. Kini dia akan mengajar hatinya untuk berpijak di
bumi yang nyata bahawa cinta Adi tidak ada lagi untuknya. Tengku Nadia tidak
tahan lagi di situ, dia sudah menuruni anak tangga kedua.
“Nadia, masuk hari dah maghrib…”tegas
suara Pn Hakimah menyuruh Tengku Nadia masuk ke dalam rumah.Nadia terpaksa akur
dengan arahan dari Pn Hakimah.
“Adi…umi tahu dulu kamu sangat
mencintai Nadia tapi sekarang ini kamu tidak mencintainya lagikan. Jadi kamu
tak payah risau. Dia tidak akan mengganggu kamu sepanjang dia berada di rumah Ummi
sebagai tetamu.
“Anisssss…!” Puan Hakimah menguat
suaranya memanggil anak kembarnya.
Anis yang mendengar Umminya memanggil
dirinya segera meninggalkan dapur dan berlalu ke ruang tamu depan.
“Yeaaa...Ummi
adik datang”
“Tunjukan bilik hujung itu pada kak
Nadia.”
“Baik..Ibu” jawab Anis.
“Jom kak,”ajak Anis dengan mesra.
bersambung......:D
saya lg suka cite ni dari kasih si kembar..segalanya2..garapan n susunan ayat.. menarik
ReplyDelete