Azzah sayang. Maaf andai warkah ini
menggangumu sayang.Abang ingin memohon maaf atas segala silap abang selama kita
bersama.Abang harap Azzah dapat menjadi seorang isteri yang baik dan solehah
serta ibu yang terbaik untuk bakal-bakal anak Azzah nanti. Abang yakin Azzah
boleh menjadi seorang ibu yang penyayang dan sabar melayan kerenah anak-anak
yang bakal lahir kelak. Tiada apa yang dapat abang berikan melaian sehelai
selendang khas buat Azzah kalau boleh abang nak Azzah pakai semasa Azzah akad
nikah nanti dan senaskah buku untuk rujukan Azzah kelak. Khas untuk mu sayang. Abang
hadiahkan sebab lepas ini abang dah tak dapat nak bagi ceramah atau membebel
kat Azzah lagi. Semoga buku ini dapat menjadi pedoman untuk Azzah menempuh
hidup berumahtangga nanti. Selamat Pengantin Baru dan selamat berbahagia. Dari
abang yang pernah mencintai dan menyayangi Azzah.
Sekian dari Hafiz Hakimi Bin Dato Muiz
Zulkarnain.
Azzah mula membelek buku yang dikirim oleh Hafiz. Azzah
tertarik dengan tajuk ‘CIRI-CIRI ISTERI MITHALI’ bersama huraiannya.
*Reda
dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh ALLAH
*Menjadi
isteri yang setia kepada suami dikala susah dan senang
*Selalu
memohon maaf kepada suami
*Sentiasa
mendahulukan suami dalam segala hal
*Sentiasa
ceria apabila dipandang suami
*Taat
akan perintah suami selagi tidak bertentangan dengan syariat
*Sentiasa
menghiburkan suami dalam dia kesusahan
*Sentiasa
mendoakan keselamatan dan kesejahteraanya
*Sentiasa
hormat kepada suami
*Tidak
pernah menunjukkan wajah muram dan kasar terhadap suami
*Selalu
nampak cantik dan berhias untuk suami
*Tidak
khianat terhadap suami
*Menyambut
kepulangan suami dengan senyuman dan mencium tangannya
*Tidak
keluar rumah tanpa izin suami.
Azzah tidak dapat menahan air matanya jatuh mengalir di
pipinya setelah dia habis membaca . Pilu hatinya selepas membaca huraian-huraian
yang diberikan untuk menjadi seorang isteri yang taat dan solehah disisi
suaminya dapatkah aku menjadi isteri solehah untuk bakal suamiku? Dapatkah
bakal suamiku membimbing aku seperti mana abang Hafiz yang sentiasa menegur dan
memberi nasihat apabila aku khilaf? Sesungguhnya perasaan Azzah makin
kacau dan terdera ketika ini airmatanya bagai tidak mahu berhenti. Hanya TUHAN
sahaja yang mengetahui betapa terluka dan deritanya dia kini.
Lagi tiga hari Azzah akan menempuh saat bahagia dan akan
dinikahkah oleh ayah nya sendiri. Yea dia akan bernikah dengan pilihan abang Mukhlis.
YA-ALLAH kau kuat kan la hati ku untuk menerima jodoh yang telah tertulis untuk
aku. Berilah aku kekuatan, kuatkan la iman ku. Kau jadikan la aku seorang
isteri yang taat buat suami ku dan isteri yang solehah buatnya YA-ALLAH. Doa
Azzah ketika bersujud kepada yang maha ESA sambil airmatanya mengalir dengan
senang sekarang. Azzah telah menyerahkan segala urusan tentang pernikahannya
kepada ahli keluarganya dan Rina. Sedikitpun Azzah tidak mahu ambil tahu apa
yang berkaitan dengan persiapan yang sedang berlangsung sepanjang persiapan
itu. Azzah lebih senang menyendiri didalam biliknya, telefon bimbitnya yang
berdering dibiarkan sepi tanpa dijawab. Azzah terdengar betapa riuhnya rumah
yang dibanjiri sanak saudara dan rakan-rakannya yang turut membantu menjayakan
majlisnya nanti.
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, Azzah langsung tidak
dapat menyembunyi kesedihannya. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dan terkuak
dari luar. Terpancul wajah Puan. Amera Sakinah disebalik pintu. Senyuman
terukir dibibir emaknya. Mak andam sudah siap menyolek anak gadisnya. Azzah
kelihatan ayu berkebaya lengkap berselendang berwarna putih bajunya diserikan
lagi labuci penuh dibahgian hadapan. Namun wajah Azzah, masih kelihatan sedih
dan murung.
“Azzah ....ingat pesan mak tak? Azzah kena jadi isteri yang
baik dan taat pada suami, sayangi dan cintai dia sebagaimana suami Azzah
menyayangi dan mencintai Azzah” kata-kata emaknya terus menusuk ke hati Azzah.
Sedihnya bagai tidak tertahan lagi di hatinya airmatanya ingin mengalir tapi di
tahannya. Puan Amera Sakinah memberi isyrat kepada Rina untuk memberi
borang surat nikah yang perlu ditandatanggani oleh Azzah. Terketar-ketar Azzah
menahan rasa yang berdebar dihatinya. Rina menyerahkan borang itu dan sebatang
pen untuk dia tandatanggan. Azzah menyambut huluran kertas itu padanya lalu
tanpa dibaca Azza terus menandatanggani surat tersebut.
“Errkk
tak nak tengok ke siapa bakal suami kau Azzah?” soal Nadia.
“A’ah
la Azzah kau tak teringin ke nak tahu nama bakal suami kau?” sampuk Dhiya. Azzah
hanya mengeleng-gelengkan kepalanya tanda dia tidak mahu tahu siapa yang akan
menjadi suaminya dia reda andai ini jodohnya. Azzah dah tekad untuk memupuk
cinta buat suaminya dan melupakan kenangan dia antara abang Hafiz itu tekadnya
di hati. Airmatanya menitis lagi.
“Eehh
kenapa anak mak sedih ini tengok penat je mak adam solek kan dah rosak make-up tu. Kang tak cantik pulak anak
mak ini. Kak Kiah ooo Kak Kiah, tolong betulkan solekan si Azzah ini ahhh. Dah
rosak balik!” jerit Puan. Amera Sakinah memanggil mak andam. Setelah di
betulkan solekan Azzah Puan. Amera Sakinah memberi isyarat mata sekali lagi
kepada Rina agar membawa Azzah keluar dari bilik.
“Azzah, sudah-sudahlah itu nak bersedih. Sekejap lagi Azzah
dah nak jadi isteri orang” tegur Rina ketika di memimpin tangan Azzah menuju ke
ruang tamu dimana upacara pernikahannya akan diadakan sebentar lagi.
Begitu ramai sanak saudara, sahabat handai duduk berkumpul
untuk menyaksikan upacara pernikahannya. Debaran dihati Azzah semakin laju.
Dapatkah dia meneruskan perkhawinan ini bagaimana nanti dapatkah dia memupuk
cinta baru dihatinya untuk bakal suaminya nanti? ‘YA-ALLAH kau kuatkan hatiku
dan imanku semoga aku tidak meragui pernikahan yang akan diadakan sebentar lagi
kau tetapkan la hati ku agar tidak goyah’ bisik hati Azzah.
Azzah duduk bersimpuh disatu sudut runag tamu sambil
menundukkan wajahnya. Kalau diikutkan hatinya dia tidak mahu menghadapi situasi
ini saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh bakal pengantin dia lebih rela duduk
berkurung di dalam bilik.
BERSAMBUNG.... :)
best2
ReplyDeleteentah2 hafiz tak??
ReplyDeletemanalah tahu..teka je..