Dia resah bila mengetahui anak perempuannya itu berpesta
sepanjang malam di salah sebuah banglo tiga tingkat di bukit Antarabangsa. Dia
tidak kisah jika Mawarnis pandai menjaga diri dan maruah keluarganya ,tetapi di
cukup kecewa ketika ini. Tidak di sangka Mawarnis sanggup berkelakukan begitu,
masih terbayang lagi gambar aib yang di lihatnya sewaktu di pejabat pagi tadi.
Siapa pengirimnya dia tidak tahu. Dia takut gambar-gambar
itu jatuh ke tangan pesaing, pasti mereka akan mengunakan gambar itu untuk
menjatuhkan empayar perniagaannya. Fikiran Dato Khalil begitu, resah, susah
hati dan tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini. Andai arwah
isterinya masih ada pasti Mawarnis tidak akan
berkelakuan seperti di dalam gambar itu.Pasti gadis itu tak seliar kini.
‘Aira..abang gagal menjadi seorang ayah yang baik untuk anak
kita. Abang gagal mendidik dia sayang’, Dato Khalil merintih didalam hati . Dia
meraup wajahnya. Setitik airmatanya
jatuh jua akhirnya apabila Dato Khalil terkenang akan arwah isteri yang
dicintai.
Jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Tetapi
Dato Khalil masih setia duduk di sofa sambil menyandarkan tubuhnya ke sofa. Dia
akan menunggu anaknya pulang. Mata Dato Khalil terarah pada pintu utama, perlahan-lahan matanya terpejam.
********
Tepat pukul dua pagi sebuah kereta mewah memasuki
perkarangan banglo tiga tinggkat milik Dato Khalil.
“Thanks dear and....”
“Love you..” ungkap Mawarnis manja sambil memegang pipi
Randy.
“I love you more than you love me.”, Randy menggenggam jari
jemari runcing Mawarnis lalu dikucup lama jari jemari itu. Selepas itu dia
mencium pipi Mawarnis pula.
Mawarnis tidak membantah, malah dia ketawa manja apabila menerima
ciuman di pipinya. Randy yang melihat Mawarnis seakan-akan membenarkan
perlakuannya itu mula menunduk mencari bibir mungkil milik gadis yang berada di
dalam pelukannya.
Nafas Randy kini mula tidak stabil, rentak nalurinya mula
kucar kacir melihat lenggok tubuh Mawarnis yang seperti mengoda dan seksi pada
pandangan matanya. Baru sahaja bibirnya hendak mendarat di bibir mungil milik
Mawarnis, ada jari runcing menegahnya untuk meneruskan perlakuannya itu. Randy
mengeluh.
“Eeeee....you ni kan... nakal tau. Nanti kalau Daddy I
nampak macam mana? Tak pasal-pasal lepas nie kita tak boleh jumpa dah”,
Mawarnis mengekek manja bila melihat buah hatinya merajuk disebabkan niat dia terbantut. Mawarnis yang nampak Randy memalingkan
wajah ke arah lain, terus memaut lengan jejaka itu di terus melentokkan
kepalanya di bahu Randy.
“Owwhh....come on dear. Janganlah marah kat I. Nanti I tak
ada tempat nak bermanja lagi. Kalau you nak ‘lebih-lebih’ apa kata you hantar
rombongan meminang I.”, seloroh Mawarnis. Randy yang mendengar terus memagut
dagu Mawarnis dan kini mata mereka bertentangan. Perlahan-lahan bibir mereka
bersatu lama. Randy mengeluh bila tautan bibirnya dan Mawarnis terungkai. Dia
melihat Mawarnis sudah membuka pintu kereta sambil melambai-lambai tangan ke
arahnya.
;Takpe You dah jadi milik I. Dan sekali You jadi milik I
selamanya akan tetap jadi milik I’, bisik hati Randy. Masih terbayang diruangan
matanya setiap lekuk tubuh gadis itu. Malam itu dia berjaya menakluki semua
milik Mawarnis. Dia tersenyum puas.
“Love you” ,
Mawarnis mengerakkan bibirnya perlahan.
“Love you too
honey”, gerak bibir Randy membalas , disertakan ‘flaying kiss’ khas untuk Mawarnis.
Mawarnis berjalan
terhoyan-hayang melangkah memasuki halaman rumah banglo tiga tinggkat milik
keluarganya itu, sambil menjinjing beg tangannya. Setelah sampai di hadapan
pintu utama, dia mengeluh. Mahu saja di
mengetuk pintu itu tetapi dia tidak boleh berbuat begitu. Pasti nanti Daddynya
akan terjaga, lalu dia menyeluk tangannya ke dalam beg tangan untuk mencari
kunci rumah. Dia tersenyum setelah mengenggam segugus kunci. Mawarnis yang
mabuk itu cuba memasukkan kunci ke dalam lubangnya, tetapi gagal.
Dia merengus.
“Issshh.....”,
belum sempat dia mencuba membuka pintu untuk kali kedua, pintu sudah dikuak dari dalam. Mawarnis
tersenyum lebar, dia pasti orang yang membuka pintu dari dalam itu ialah Mak
Mimah.
“Terima kas...”,
ayat terakhir tidak dapat dihabiskan. Dia terkaku dan terkejut apabila wajah
begis Daddynya yang sedang berada
didepan pintu. Tekaannya salah. Bukan Mak Mimah yang membuka pintu tetapi
daddynya.
“Daddy !” , Mawarnis tergaman sebentar.
Mengapa Daddy ada di rumah? Bukan
tadi Daddy berpesan yang dia akan
berangkat ke korea selama tiga hari. Dia meerhatikan Daddynya yang masih lengkap berpakaian pejabat biarpun jam sudah
menginjak ke angka 2.30pagi. Mawarnis
cuba bersikap seperti biasa di hadapan Dato Khalil.
“Daddy . Bila Daddy balik? Mawar tak tahu pun. Daddy kata dekat Mawar, yang Daddy
akan ke korea masa sarapan pagi tadi”, Mawarnis cuba beseloroh untuk menuntup
gugupnya.
“Dad....”, Panggg....! Belum sempat Mawarnis menyebut nama Daddynya, tubuhnya sudah terjelepuk
jatuh ke lantai. Mawarnis yang separa sedar tergamam dan matanya tajam merenung
ke arah Dato Khalil. Dia melihat rahang Daddynya
bergerak-gerak akibat menahan marah di saat itu. Tapi apa salahnya sampai Daddy sanggup menamparnya? Kenapa Daddy memperlakukannya begitu? Apa yang
dia tahu, Daddy tidak pernah
menyakiti tubuhnya. Tapi pagi ini dia benar-benar tergamam dan terkejut.
Pipinya yang perit dipegang. Perit.
“Kenapa Daddy
tapar Mawar? Apa salah Mawar sampai Daddy
sanggup tampar Mawar?”, soal Mawarnis yang masih dalam keadaan terkejut akibat
tamparan Dato Khalil sebentar tadi. Dia mengosok-gosok pipinya yang perit itu.
Jika di ikutkan
hati yang panas, mahu saja Dato Khalil melempang pipi Mawarnis
berkali-kali, sampai hatinya puas dengan
apa yang anaknya telah lakukan padanya. Tetapi dia masih punya kewarasan. Dia
tidak tega melukai satu-satu anaknya dengan arwah isterinya. Dia amat
menyayangi anaknya itu. Sehingga segala kemahuan anaknya itu diturutkan sahaja.
Tapi kali ini dia harus bertegas. Bertegas demi kebaikan anak tunggalnya.
“Mawar kamu ke
mana tadi? Baru sekarang kamu nak balik?”, tanya Dato Khalil, sedaya upaya dia
cuba untuk meredakan kemarahannya.
“Mawar keluar
dengan kawan ke kelab”, dengan selamba Mawarnis membalas soalan Dato Khalil.
”Kenapa?Takkan
sebab Mawar keluar pergi kelab dan balik lewat, Daddy sanggup tampar
Mawar?”, Mawarnis menyoal Daddynya
pula.
Dato Khalil
merenung tajam anaknya. Kemarahannya kini naik begitu mendadak apabila anaknya
dengan lancang menjawab setiap soalan yang ditanyanya. Kini anaknya pula
menanyanya. Dato Khalil mencapai briefcase
lalu di keluarkan sampul yang di terimanya pagi tadi. Dato Khalil mengeluarkan
segala isi yang berada di sampul itu.
“Mawar nak tahu
kenapa Daddy tampar Mawar? Cuba kamu
tengok apa yang Daddy dapat pagi tadi? Tengok gambar siapa? Apa yang
dah kamu buat dalam gambar tu? Apa yang kamu dah buat Mawar?”, herdik Dato
Khalil sambil melontarkan ke semua gambar-gambar yang berada dalam sampul
berwarna coklat itu. Dia melontarkan kesemua gambar itu ke arah Mawar yang
masih duduk di atas lantai akibat tamparannya tadi. Dato Khalil memejamkan
matanya sejenak. Dia malu melihat gambar-gambar yang bertaburan di atas lantai
itu. Mawar perlahan-lahan mencapai beberapa keping gambar yang bertaburan di
lantai. Matanya membulat melihat imej yang tertera di dalam gambar tersebut.
Terkejut.
“What?” , Mawar
terkedu. Kini baru dia sedar punca kemarahan Daddynya. Ayah mana yang tidak marah jika melihat gambar anaknya
yang begitu mengaibkan di dalam gambar itu?.
‘Memang patut
Daddy tampar aku’, kata hati Mawarnis.
“Sekarang Mawar
nak jelaskan apa dekat Daddy?”, tanya
Dato Khalil pada anaknya. Mawar meraup wajahnya, sesalnya tidak berguna lagi
selepas kejadian malam itu. Sesal dahulu pendapatan, Sesak kemudian tiada
gunanya.
Tetapi tidak dia
sangka Randy sanggup mengaibkan dia sebegini rupa. Bukan lelaki itu sudah
berjanji akan bertanggungjawab ke atas dirinya. Kenapa Randy sanggup buat ini
semua? Kejadian malam itu mula terlayar di fikiran Mawarnis. Malam yang penuh
dengan seribu penyesalan.
********
“Tak kuasa aku nak
balik. Aku ada idea”, belum sempat Sally meneruskan percakapannya, dia mendengar getaran telefon milik Mawarnis
yang diletakkan di atas meja. Dia melihat Mawarnis mencapai dan membelek skrin
telefon bimbitnya. Seketika dia melihat Mawarnis menjawab panggilan yang
diterima. Sally merenung wajah Mawarnis
yang tersenyum lebar ketika menjawab telefon. Dia tahu senyuman dari Mawarnis
mempunyai erti. Dia yakin itu.
“Weii beb, apasal
kau tersengih je? Siapa yang call kau sekejap tadi sampai wajah kau
berseri-seri ini?”, soal Sally pada Mawarnis. Dia teruja ingin mengetahui siapakan
gerangan si pemanggil yang sudah membuatkan wajah temannya itu berseri-seri.
“Kau rasa? Cuba
kau teka siapa yang call aku tadi?”, Mawarnis cuba berteka teki dengan Sally.
“I don’t know? Who?”, Sally sudah mengerutkan dahinya tanda dia tidak tahu
siapakah si pemanggil ‘misteri ‘itu. Dia sengaja mengelarkan si pemanggil itu
dengan gelaran ‘misteri’
“Ohh....come on
Mawar, jangan bagi aku kena heart attack kat sini?”, ucap Sally.
“Cepatlah bagi tahu
dekat aku, siapa yang call kau tadi.”, Sally mula bosan . Dia tidak sabar mahu
tahu berita apa yang di sampaikan si pemanggil yang membuat sahabatnya
tersenyum lebar.
“Kelly!” , jawab
Mawarnis.
“What Kelly? Apa
dia nak? Mesti dia ada projek baru yang gempak nak kita join kan?”, soalan
bertubi-tubi keluar dari Sally. Dia begitu teruja ingin mengetahui berita apa
yang disampaikan Kelly kepada Mawarnis sehingga Mawarnis tersenyum lebar.
“Yup..dia ada
projek baru yang pasti akan buat kita enjoy hari ini. Kelly jemput kita ke
parti di rumah banglo dia.”, ujar Mawarnis sambil tersenyum lebar. Dia akan
berparti malam ini.
“Party is on!”,
ucap Mawarnis sambil bersorak gembira.
“Eehh....kejap,
berani pulak dia buat dekat rumah?”, soal Sally pelik. Setahu dia, keluarga
Kamelia atau lebih mesra dikenali sebagai Kelly bukanlah keluarga yang suka
berparti.
“Harus lar dia
berani. Kau nak tau sebab apa?. Sebab parents dia tak ada dekat sini, mereka semua pergi bercuti di London. Kelly
malas nak ikut trip Holiday Family dia, itu pasallah dia nak adakan party.”
“Wah! Ini yang aku
tak sabar nak tunggu ni. Serius aku jamin mesti Kelly adakan parti yang hebat
dan meriah. Mawar, kita enjoyyy.......”, kata Sally kegembiraan.
“So.....Mawar apa
yang kita tunggu lagi?”, ujar Sally sambil melompat kegembiraan.
Mawarnis
tersenyum.Segera dia mengangkat tangan menggamit pelayan untuk membayar minuman
mereka. Mereka bangun dengan senyuman lebar. Mawarnis mendekatkan wajahnya ke
arah telinga Sally, dia membisikan sesuatu.
“Kau pergi panggil
Randy, aku tak mahu dia ketinggalan nanti.”, Mawarnis mengarahkan Sally
memberitahu Randy tentang rancangan mereka.
“Sally aku tunggu
kau dan Randy dekat car park tau!”, teriak mawar pada Sally. Sally yang
mendengar terus menaikkan ibu jarinya
tanda ok.
Selepas membayar
dan memberi tips kepada pelayan kelab, dia terus berlalu keluar dari kelab itu.
Mawarnis masih tersenyum lagi. Malam ini dia pasti akan enjoy, berhibur bersama
kawan-kawan yang satu kepala dengannya.
BERSAMBUNG :D.....
No comments:
Post a Comment