Followers

Friday 3 August 2012

KU PERCAYA ADA CINTA DI HATI PART 2



"Kau jangan cakap kat aku puisi tu untuk Arina." Ezery mengeleng-gelengkan kepalanya.


"Memang untuk dia." jawab Miqael ringkas.


"Singa garang tu kau nak beri dia puisi ke? Alamatnya dalam tong sampah la jawabnya puisi yang kau tulis tu. Kau lupa?Atau kau sengaja buat-buat lupa? "Ezery menyoal Miqael.


"Lupa apa?" Miqeal bertanya kepada Ezery.


“Kau dah lupa, yang kau pernah cakap dekat aku bahawa Arina dah ada teman yang ada iras-iras hero korea tempohari?”  Ezery menyoal Miqael.


"Kau ingat kau tu ada rupa hero Korea ke?Ada ke hah?"


"Apa yang kau merepek ni?"dahi Miqeal mula berkerut dengan soalan yang diberi oleh Syabil Ezery.


"Arina suka Korea.Kau jangan mimpi... dulu ya dia merayu-rayu nak dekat kau, tapi kau pulak egois.Tadi aku nampak mamat mana entah  rupa ala-ala Hyun Ki Joon duk usha dia dalam bilik kuliah tadi. Haiyoo... budak junior duk usha senior oiii... kau tak jeles ke?" Sakat Syabil Ezery.


Kata-kata Ezery itu membuatkan kertas yang di tulisnya tadi  di gumpal.Lalu dibuang ke longkang yang berada diluar rumah banglonya.


Betul ke?Miqa seolah-olah tidak percaya. Aku ni Mat Romeo Hindustan. Hati Miqael mula berbisik sendiri.


“Hai..mana mampu nak lawan Mat Korea..Tak silap aku nama budak yang iras-iras korea tu budak junior tapi siapa nama dia?Kenapa dia rapat dengan Arina?Aku yakin yang budak junior itu tentu suka dengan Arina. Aku tengok dari  cara dia tenung Arina je dah lain dari lain” ujar Ezery lagi.


 Miqael pulak  sudah menunjukan rasa  gelisah dan mula berfikir bahawa dia mempunyai lawan sekarang. Lalu, Miqael mula buka langkah masuk ke dalam rumah dengan hati tak tenang dan terus meninggalkan Ezery yang berada di halaman.Dia sudah tak peduli dah.





***************************









Sejak kejadian Arina merayu agar Miqael memberi peluang kepadanya.Arina banyak termenung.Fika Najwa risau melihat keadaan sahabatnya.


"Hissshhh......Rina ini banyak termenung macam orang baru lepas putus cinta je aku nampak, padahal ini baru kali pertama aku nampak dia jatuh cinta dengan lelaki.Angau tak sudah.Aku boleh terima lagi kalau lelaki lain tapi Mamat Sengal Bajet Bagus tu jugak dia nak.Apa lah istimewanya Miqael tu...hmm"...Gumam hati Fika Najwa teman serumah Arina.


“Rina!!!!, Kau kenapa ini banyak termenung je aku nampak cuba share ngan BFF kau nie.Aku sudi dengar luahan hati kau bak kata kawan nurse Rahmah kita “curhat” aka curahan hati.” Fika berkata sambil melabuh punggung di sebelah Arina yang berada di balkoni rumah  mereka.Suasana yang nyaman di tambah angin sepoi-sepoi bahasa datang menyamankan perasaan mereka berdua.


"aaaa......aa...aaku sihat jew tak ada masalah pun Fika.Aku okey...jangan risau ye. Betul aku ok” Arina bersuara lemah seperti tiada hati hendak berbicara dengan Fika.


"Aku sihat jew tak ada masalah pun" Fika Najwa mengajuk balik kat-kata Arina.


“Aku tahu kau tak ok lagi kan sebab mamat sengal tu kan? Dah sengal, jual mahal pulak bila orang dah terima nyampah aku. Eiii… benci-benci…”  Fika nenebak sambil meluah perasaan yang tidak puas hati terhadap Miqael.



“Weiii!!!”

“ Kau ini Fika tak baik tau cakap Miqa macam tu" kata Rina membela Miqael.


"Hhhmmm..kalau dah jatuh, semuanya nak di bela walaupun perangai buruk kan?Oh please lah…"Fika bersuara sinis.


“Bukan dia yang tak mahu terima aku Fika tapi aku yang tolak dia mentah-mentah.Kau pun tahu kan prinsip aku selama ini, aku tak akan suka lelaki selagi kita study tapi dia lain,dia cuba segala cara nak tambat hati aku sampai aku malukan dia depan orang ramai,tapi dia still nak aku lagi.


"Tapi aku terlambat Fika...terlambat tahu yang aku jugak dah mula mencintai dia.Aku  sangat mencintai dia Fika ,sangat mencintai dia" Kata Arina yang bersuara sayu dan matanya mula berkaca-kaca.Bila-bila masa sahaja, air mata akan gugur.


Fika yang melihat mengeluh panjang sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Lalu dia menarik nafas panjang dan mula melontarkan vokal yang terpendam untuk menghiburkan Arina.


“Cukup....cukup.....sudahhhhhh....cukup sampai di sini saja dari pada batin terseksa lebih baikkkk...kau ikut aku pergi tescoooooo.....lalalala~~~” Fika tersengih selepas melontar vocal yang agak mantap. Agak-agak masuk mentor lepas tak.Hahaha.



“Weiii!! aku tengah serius kau main-main pulak.. "


“Alah kalau aku tak buat macam tu mesti kau dah menangis sampai banjir sekarang.Nanti tak jadi aku nak masak chop stik ayam untuk kau.Apa macam nak tak?"


"Kalau nak pergi lah bersiap aku tunggu kat dalam kereta" Fika mengarah Arina supaya bersiap.


“Ehhhh..ehhh kejap...kejap apa kau kata, kau nak tunggu aku kat dalam kereta?" Tanya Arina.


"Yela,aku tunggu kat dalam kereta kenapa kau tak percaya yang aku nak bawak kereta ke?" kata Fika sambil mengangkat kedua keningnya sambil menuju  kereta Produa Myvi yang berwarna ungu yang berada di garaj rumah mereka.


"Oh..no..no…" bisik Arina sambil menggeleng-geleng kepalanya tanda dia tidak setuju dengan cadangan Fika Najwa.Bukan dia tak tahu kalau Fika dah memandu mahu kelajuan kereta di tahap F1 dirasanya. Boleh kalah Micheal Shumacer. Hehe


“Tak payah lah biar aku yang bawak kereta. Kau tu bukan aku tak tahu, asal pegang stereng kereta mula lah nk merempit tak bertempat.Lepas tu merempit tak kenal tempat tak kira jalan besar ke kecik main selit je, mahu gugur jantung aku nie kalau kau yang bawak"  kata Arina dengan penuh geram.


Fika terus melangkah keluar.Dia dah biasa mendengar leteran dari Arina pasal pemanduan dia.Belum sempat Fika keluar dia berhenti lalu berpusing.


“Ada aku kisah"Fika membalas dengan ayat pendek.


"'Oh…ya aku rasa kau cakap salah tentang aku suka merempit. Bukan merempit tapi aku suka driff.Hahaha. Baru betul ayat tue Rina” Fika memperli Arina.


Arina membesarkan matanya sambil bibirnya di muncungkan.


 ‘Hantu kau Fika kau kenakan aku balik!!’ jerit Arina dalam hati sambil tersenyum.


Arina bersyukur di dalam hati di pertemukan dengan sahabat aka BFF yang kamceng dan suka buat lawak di kala hatinya sedang dilanda kesedihan.Terima kasih Fika.Kau menceriakan hidup aku.Semenjak kau hadir dalam keluarga aku dunia aku penuh dengan gelak dan bahagia.terima kasih.



********************


“Grrrrrr.. geram…geraaaaaaammmmmmm” Fika menjerit di dalam kereta dah hampir 20 minit mereka berada di parking lot tapi satu pun tak ada parking lot yang kosong.Apalah nasib Fika hari ini.


"Beb sabar la kejap lagi ada la tu yang kosong. Ini aku nak pesan beb orang sabar di  sayangi tuhan beb... so sabar ya.” Nasihat Arina pada Fika.Dia pun faham perasaan Fika kali ini sebab dia pun bengang juga tak ada parking kosong. Nak kata kan hari ini public holiday pun bukan. Hari ini merupakan hari biasa.Sabar lah wahai hati.


"Mana aku tak marah dah 20 minit kita dekat sini.Asyik keliling parking lot je dari tadi.Bila nak masuk membeli barang?” Fika bernada marah.


“Beb kau jangan lah marah aku.Nanti aku sedih lagi kang,baru tahu " kata Arina sambil matanya dibundarkan lagi seperti mata kucing.Ingat kiut la tu kalau buat mata macam itu.


“Haaa..tu..tue beb,cepat-cepat aku nampak ada parking lot kosong kat depan kita” kata Arina sambil menepuk bahu Fika.Tanpa berlengah lagi Fika segera menekan pedal minyak.


“Vroooommmmmmmmmmm.....”


Kereta meluncur laju masuk ke parking lot.Mahu kecut aku kalau Fika nie bawak.Memang minah merempit lah dia ini,errkk salah kaki Drif.’ Kutuk Arina dalam hati.


“Hey kau tak nak keluar ke?Aku dah parking kereta dah?Apa lagi keluar lah dari kereta tu...” Arah Fika menyuruh Arina keluar.


‘Grrrrr… geramnya aku dengan Fika nie,kita dah kecut dia buat.Boleh...boleh dia buat muka MD dia macam tak ada berlaku apa-apa." Kutuk Arina dalam nada geram sambil mulut kumat-kamit .


Dah banyak kali Arina menegur cara pemanduan Fika.Tapi Fika tetap dengan pemanduan yang sangat berhematnya juga.Sudah dileteri Fika bahkan bukan dia sahaja malah  mama,papa,abang Aidil dan kak Jasminnya penat menasihati Fika.Asal dileteri Fika akan membuat muka MDnya.MD aka Muka Dono.




************************








Setelah hampir sejam menghabiskan masa dalam pasaraya Tesco,dengan membeli stok harian mereka. Akhirnya mereka ke kaunter pembayaran untuk membuat pembayaran.Arina yang melihat troli mereka padat dengan bahan makanan dan bahan mentah.Memang setiap bulan mereka berbelanja bersama sejak Arina mengambil keputusan untuk hidup berdikari sendiri tanpa bantuan dari keluarga Arina.


“Beb cukup tak semua barang yang kita ambik ini, baik kau cek..aku mana reti nak tengok bahan-bahan masak ini.Kalau stok makanan tambahan, aku rasa semua dah ada..”Rina berkata setelah lama mereka membisu menuju ke tempat bayaran.


Fika meneliti setiap barang yang ada di dalam troli mereka.Dia mengambil list yang di buat dirumah.Di tik satu persatu barang yang ada di dalam troli sambil menyebut satu persatu barang yang di bacanya.


“Sayur ada...salad ada...lada hitam..,daging ...rose mary....ice-cream..biskut oreo… biskut chipmore...bla.bla. Alamak ada lagi satu bahan yang tak ada.  Serbuk lada hitam knowrr tu bahan penting nak buat sos cop stik.”



"Tak apa.Aku pergi ambik dekat rak hujung sebelah sana. Kau pulak pergi beratur nanti I follow You...”ucap Fika kepada Arina.



“Weeii!!kau nak kena sekeh apa dengan aku apa... siap ber I.. You dengan aku geli aku dengar,”Potong Rina sambil menunjukkan aksi geli terhadap apa yang di dengar dari Fika.Fika terus beredar dari situ sambil ketawa.


Apabila sampai giliran Arina terus  mengeluarkan satu-persatu barang yang ada di dalam trolinya, untuk di buat pembayaran sambil matanya melilau mencari Fika yang mengambil serbuk Knowrr.


"Mana pulak minah ini melencong cakap nak ambik serbuk tu aja." Kata Arina dengan wajah gelisah sebab juruwang sudah habis scan barang yang di belinya.


“Cik,semuanya RM 120.00”


“Cik boleh tunggu kejap tak kawan saya pergi ambik barang lagi”potong Arina kepada juruwang.


Tiba –tiba Fika datang tercunggap-cunggap.Kemudian Fika memberi barang yang di ambilnya tadi kepada Arina.Setelah mereka membuat bayaran dan mula meninggalkan kaunter pembayaran tersebut.Lalu Fika bersuara sambil menolak troli yang mengandungi barang- barang yang di beli oleh mereka..


“Lepas ini kau belanja aku makan ya Rina”,ujar Fika tersengih-sengih sambil mengangkat dua jari tanda ‘peace’.



Arina menggeleng-gelengkan kepalanya.Ada-ada saja sahabatnya yang seorang ini tiap kali keluar mesti berhenti makan, tak makan, berhenti tengok baju.Kalau tak di paksanya dia masuk dan keluar kedai-kedai yang ada di tesco ini.


“Ehh..tadi bukan kau dah makan ke?” ujar Arina mengingatkan Fika.


“Tu tadi,sekarang dah lapar balik pasal aku kan berlari tadi,tu yang tenaga aku dah berkurangan ini” rengek Fika dengan manja sambil memeluk lengan Arina yang sedang menolak troli.


Arina hanya ketawa melihat gelagat sahabat baiknya tu.Dia tahu Fika akan berubah manja bila berdua dengannya.Tapi kalau bila di kolej perwatakan Fika akan berubah menjadi Cikgu Garang dan bermuka serius kalau soal pasal assigement.


“Okey jom kita pergi cari KFC yang ada kat dalam tesco ini” Arina bersuara. Belum sempat Arina melangkah,lengannya ditarik oleh Fika.


“Ok tapi,sebelum itu kita singgah kat butik itu dulu boleh,” ajak Fika sambil mengalihkan pandangan matanya ke arah sebuah butik yang menjual pakaian wanita dan pakaian lelaki.


“Kau nak beli apa kat butik tu?” soal Arina.



“Aku ingat nak belikan baju untuk mama, papa, abang Aidil,dan kak Jasmin.Kau fikir macam mana?kitakan dah lama tak jenguk mereka. Apa kata minggu depan kita jenguk mereka.Itu yang aku nak beli hadiah untuk mereka” Fika bernada riang.


Arina hanya mendiamkan diri sambil berfikir.Dia tahu Fika meminta buah fikirannya dengan cadangan yang di ucapkan tadi.


“Suka hati kau lah Fika aku ikut je”jawab Arina.Wajah Arina acuh tak acuh sahaja menjawab.


“Kau marah ke? kau penat ini eerrkk? Tak baik tau marah-marah nanti Iskandar Miqael Hakimi reject kau baru tahu”,sakat Fika Najwa.


“Dah..dah jom kita pergi survey hadiah apa yang kita nak bagi pada mereka nanti” potong Arina.kalau dibiarkan Fika mengusiknya makin berbulu telinganya nanti bukan dia tak tahu Fika suka menyakatnya.



Arina yang mengekori Fika masuk ke dalam sebuah kedai pakaian itu. Kedai tersebut  menjual pelbagai baju wanita dan lelaki, aksesori wanita dan perempuan turut di jual di kedai itu. Mereka melangakah masuk dan kemudian jurujual kedai tersebut menegur mereka.


“Boleh saya bantu cik berdua?ujar salesgirl


“Kami nak survey dulu”,potong Arina.


“Baiklah.Silakan.”ujar salesgirl tadi.


“Arina!! sini kejap. Cantik tak tali leher ini untuk papa dan baju  kemeja berjalur ini untuk abang Aidil?” Fika berkata sambil menunjukkan tali leher yang berwarna hitam dan baju kemeja yang berwarna biru.Tali leher yang berwarna hitam itu boleh di padan dengan pelbagai baju kemeja pelbagai warna.Manakala baju kemeja yang berwarna biru sesuai dengan kulit abang Aidil yang putih melepak.Mesti handsome dan segak.hehe


“Hhhmm…cantik” Arina memberi pendapat tentang barang yang di pilih oleh Fika.Arina mengangguk tanda di bersetuju dengan pilihan Fika.Mereka menuju ke kaunter bayaran di kedai tersebut.


“Berapa semuanya dik?”Arina bertanya kepada juruwang.Namun belum sempat cahsier tu bersuara Fika menjerit perlahan.


“Nanti dulu aku rasa ada barang yang kurang kat sini Rina?”


“Apa yang kurang Fika?” hampir terkejut jantung Arina terdengar jeritan Fika.



“Mama dengan kak Jasmin punya tak ada lagi.Sekejap aku nak pergi cari .Arina kau tunggu sini tau.Tunggu tau”


Fika terus bergerak ke arah pakaian dan aksesori perempuan.Dia memilih sepasang jubah berwarna kelabu yang dihiasai labuci di bahagian leher dan hujung lengannya, manakala untuk kak Jasmin dia memilih sepasang baju kurung yang berwarna pink bermotfkan batik asbtrak.Tidak ketinggalan Fika juga memilih tudung dan selendang yang sesuai untuk mama dan kak Jasminnya.Arina yang melihat hanya tersenyum dan membiarkan Fika memilih hadiah untuk keluarganya.Dia tahu sejak Fika hadir di dalam keluarganya,dia mula merasa keluarganya semakin erat dan ceria dengan keletah dia dan Fika.Dalam leka Fika memilih hadiah dia mengalihkan pandangannya ke kaunter.


“Cantik tak baju dengan tudung ini untuk mama?”Selendang ini pulak untuk kak jasmine?” Eeehh…kau tak nak pilih sekali ke?soal Fika pada Arina.


“Okey lah tu,terbaik.Kau pilih je lah. Aku ikut je”potong Arina sambil mengangguk kepala.


Setelah hampir setengah jam menghabiskan masa untuk memilih baju yang di kehendaki.Akhirnya Arina dan Fika berpuas hati dengan barang yang bakal mereka hadiah untuk mama,papa.abang Aidil dan kak Min.  Arina dan Fika juga tidak ketinggalan membeli sepasang baju kurung untuk di pakai ke kolej nanti.


“Terima kasih,datang lagi”,ujar cashsier itu sambil tersenyum pada mereka.


“Sama-sama jawab Arina dan Fika serentak”.


Mereka berjalan sambil berborak menuju ke Restoren KFC.Tiba-tiba dalam mereka berjalan Fika menjerit memintanya untuk berhenti.


“Rinnnnnnaaaaaaaa.... stoppppppppppppppppppp!!!!” Fika menjerit nama Arina.




bersambung.....




p/s salam.. maaf lambat post cerita sbb ada sebab tertentu. maaf kn saya ye.... ok saya nk pengumuman yang tajuk ARINAMIQAEL da tukar ke KU PERCAYA ADA CINTA DI HATI. harap mklum.. harap anda enjoy dengn entri kali nie.. segala ksalahan saya minta maaf dan tolong tunjukkan kesalahan semoga saya dapat perbaikai lagi. tq :)

- FIKA RAINA-



No comments:

Post a Comment