OLEH : NUR DAEYA
“Jangan
pergi…”rintih Zeril Iskandar perlahan tanpa memandang wajah Nur Adriana.
Kepalanya masih berat untuk memandang ke kanan dan kiri. Matanya yang terbuka
sedikit itu merenung syiling atas. Dia ingin sekali melihat wajah perempuan
yang telah membantunya disaat dia sakit. Tetapi, apakan daya, dia tidak mampu
berbuat begitu.
Nur Adriana yang
sedari tadi kaku, berjalan menghampiri Zeril Iskandar. Dia dengan apa yang
dikatakan Zeril Iskandar. Biar betul mamat ni tak kasi aku pergi? Apa motif
sebenar dia berkata begitu? Nak suruh aku duduk sini temankan dia ke?
“Zeril, maafkan
saya sebab tak dapat temankan awak. Saya kena balik. Ayah saya dah tunggu saya
kat rumah. Saya harap awak faham dengan situasi saya.”katanya lembut. Tidak
guna lagi dia bercakap kasar kepada lelaki ini.
“Jangan pergi…please.”rintih Zeril Iskandar lagi. Dia
bukan sahaja mahu perempuan ini menemaninya bahkan dia mahu berterima kasih
kepada perempuan ini kerana sudi menyelamatkan nyawanya. Dia mula berasa
menyesal dengan apa yang dia telah berapa hari lepas. Minum arak dan makan pil
yang haram dari segi syarak membuatkan dirinya hilang kawalan diri. Ini semua
disebabkan tekanan yang diberikan Irma Amanda kepadanya. Jika tidak, dia tidak
kan sentuh dua benda haram itu.
Nur Adriana terdiam.
Hah! Masalah baru dah timbul. Zeril Iskandar nak aku temankan dia? Aku dahlah
nak balik ni. Dia pulak cakap macam tu. Tak ke haru namanya? Dahlah kejap lagi
Datin Zafiah dan mamat sengal tu nak datang! Kalau mamat sengal tu tengok aku
dalam bilik ni, memang kena penampar sulunglah jawabnya. Aku dahlah kurang ajar
dengan dia.
“Saya perlu
balik. Tak ada gunanya saya temankan awak kat sini. Saya tolong hantarkan awak
sampai sini dah cukup baik. Lagipun, kejap lagi mama awak datang. Mama awak
yang akan temankan awak selepas ni. So, apa guna saya duduk sini lagi.
Segala-galanya telah selesai. Awak pun dah sedar.”
“Mama aku? Dia
nak…datang?”bergetar suara Zeril Iskandar apabila mendengar perkataan mama.
Maknanya mama dah tahulah yang aku masuk hospital. Ni mesti perempuan depan aku
ni bagi tahu mama. Habislah aku kalau mama tahu aku minum arak dengan makan pil
ekstasi. Mesti mama marah sungguh-sungguh kat aku.detiknya dalam hati.
Nur Adriana
mengangguk. “Yup. Saya telefon mama awak tadi. Awak jangan salah anggap pada
saya. Saya takkan bagi tahu mama awak yang awak minum arak dengan makan pil
haram tu. Saya just call mama awak
nak beritahu yang awak ada kat hospital ni. Rahsia pasal arak dan pil tu saya
takkan bongkarkan. Percayalah cakap saya.”kata Nur Adriana dengan yakin sekali.
“Baguslah macam
tu. Harap rahsia tu akan tersimpan kukuh. Saya tak nak mama saya sedih sebab
saya buat benda tak baik dibelakang dia. Saya tahu saya salah sebab tinggalkan
dia tanpa sebab. Saya kecewa masa tu. Disebabkan seorang perempuan, saya tak
balik rumah. Disebabkan perempuan jugalah saya mula menjebakkan diri dari semua
ni.”sayu suara lelaki ini meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Nur Adriana
yang mendengar berasa kesian pula mendengar cerita lelaki ini. Benarlah tekaannya.
Zeril Iskandar merana disebabkan seorang perempuan.
“Dahlah awak.
Baik awak berehat. Saya nak balik dah ni. Mama awak nak datang tu. Saya tak
boleh lama-lama kat sini. Kunci kereta awak saya dah letak kat tepi badan awak.
Sorry ye sebab saya berehat kat dalam
kereta mewah awak tu. Jangan marah erk? Saya minta maaf kalau buat awak marah
selama saya kita berjumpa secara tak sengaja ni.”
Bibir Zeril
Iskandar bergetar saat Nur Adriana menuturkan kata maaf. Sesungguhnya perempuan
ini terlalu jujur dengan setiap kata-katanya. Apa yang dikatakan semuanya
secara terus-terang. Tidak sedikit pun menipu. Dia akui, sewaktu matanya masih
terpejam…dia dapat menangkap suara perempuan ini dibilik belakang.
“Betul kau nak
pergi? Tak nak tunggu sampai mama aku datang?”Matanya mengerling kearah Nur
Adriana. Cepat betul perempuan ni nak pergi. Aku keseorangan lagilah jawabnya…
Erk! Zeril
Iskandar ni macam tak nak bagi aku pergi je. Aku kat sini dah rasa serba-salah
pulak tengok mata dia yang tertoleh kat
arah aku. Bagaikan merayu-rayu agar aku tidak keluar dari bilik kecemasan ni.
“Saya rasa tak
perlu kut. Tunang saya dah nak datang tu. Awak tunggu ajelah mama awak datang.
Saya mintak diri dululah ye. Assalamualaikum…selamat tinggal Zeril
Iskandar.”Tanpa menanti balas dari Zeril Iskandar, dia segera keluar dari bilik
itu. Tidak sanggup dia melihat wajah sedih Zeril Iskandar yang mengharapkan dia
kekal berada disisinya. Dia tidak sanggup!
Cukuplah sampai
disini sahaja pertemuan mereka berdua. Cukuplah…
Zeril Iskandar
memejamkan matanya. Tanpa dipinta, airmata mengalir dipipinya. Ini kali pertama
dia bersedih terhadap perempuan yang baru dikenali. Tidak sempat untuk
mengucapkan maaf kepada perempuan itu, dia sudah pergi meninggalkan dirinya.
Dia langsung tidak
terfikir untuk menanyakan nama perempuan itu tadi. Semuanya berlaku secara
pantas. Fikirannya hanya satu. Cuba untuk memujuk perempun itu supaya
menemankan dia disini. Tadi pun dia hanya memanggil ‘kau’ sahaja. Hish! Kalau
aku tahu nama dia, boleh aku kata kat mama nanti yang perempuan itulah yang
membantu menyelamatkan nyawanya.
Selamat tinggal
perempuan…itu sahaja yang mampu diucapkan. Dia kembali memejamkan mata. Biarlah
perempuan itu pergi. Dia baring diatas katil ini dengan fikiran yang kosong.
***
Diluar pintu
bilik kecemasan, Nur Adriana meninjau Zeril Iskandar disebalik cermin kecil
yang ada dipintu bilik itu. Sebak rasanya apabila melihat airmata lelaki itu
jatuh. Walaupun bukan dihadapannya, namun dia rasakan yang Zeril Iskandar
betul-betul memerlukan dirinya. Dia pulak yang rasa bersalah kerana
meninggalkan Zeril Iskandar keseorangan dibilik itu.
Hmm..apa boleh
buat. Aku nak jaga dia walaupun sekejap, tapi hati ni dah berkobar-kobar untuk
pulang ke rumah. Dia sudah berjanji kepada Prof.Dr.Azmi tadi, sekarang di
mungkiri pulak janji itu.
Dia mahu keluar
dari sini secepat mungkin. Balik ke rumah dan memulakan kehidupan seperti
biasa.
Badannya berpaling ke depan semula dengan muka yang menunduk ke bawah. Walaupun
sayu, dia tetap akan meneruskan janjinya untuk pulang ke rumah. Selepas ini, dia
akan menelefon Wan Zubair untuk membawanya keluar dari hospital ini.
“Ehem…ehem…cik
adik, sedih ye?”kata satu suara yang membuatkan dia mengangkat muka lalu
berpaling ke kiri. Mulutnya terlopong melihat wajah yang segar itu. Terangkat
bahunya kerana terperanjat. Nasib baik dia tidak melatah. Rupa-rupanya Wan
Zubair yang bersuara!
“Abang, bila
abang sampai?! Sayang terkejut tau.”Nur Adriana mengusap dada. Dia gembira
kerana tunangnya datang tepat pada masanya. Tidak perlulah dia tunggu disini
terlalu lama.
Wan Zubair
tersengih-sengih. Dia suka melihat tunangnya terkejut. Tunangnya terkejut mesti
terangkat kedua-dua bahu. Nampak cute sangat.
“Abang baru aje
sampai. Abang ingat nak temankan sayang kat bilik tu.”katanya dengan nada
bersungguh. Jari telunjuknya dihalakan ke bilik Zeril Iskandar. “Sayang keluar
ni nak pergi mana?
Prof.Dr.Azmi dah balik ke?”
Hati Nur Adriana
kembali tenang. Tengok muka tunangnya sudah cukup untuk menghilangkan rasa sayu
yang terbuku dihatinya sejak tadi.
“Cepatnya abang
sampai sini! Mandi kerbau erk?”usiknya selamba. Dia gembira saat ini. Sudah
lama dia tidak bergurau dengan tunang sendiri.
Wan Zubair
ketawa berdekah-dekah. Nakal betul sayang dia ini. Tapi bagus jugak dia berperangai
seperti ini. Dia suka usikan dan gurauan yang ditonjolkan tunangnya. Tidak
seperti yang sebelum-sebelum ini. Masam dan sedih saja mukanya.
“Amboi!! Dah
pandai bergurau pulak sayang abang ni. Abang dah mandilah. Bau wangi lagi tau.
Sayang tu dah mandi sangat ke?”Kali ini ketawanya lebih kuat. Kata orang tak
mandi, diri sendiri tu mandi sangat ke? Baju dah macam peminta sedekah aje.
Selekeh betul!
Nur Adriana
menjengilkan mata. Dia mencekak pinggang. Sengaja dia menunjukkan marah kepada
Wan Zubair. Tunangnya pun ada je nak mengenakan dia.
“Hesy! Sayang
memanglah tak mandi lagi. Sajalah tu buat-buat tak tahu. Tak nak kawan, huh!Nur
Adriana mula menunjukkan protes. Merajuk dengan tunangnya. Dia berpusing
membelakangkan Wan Zubair. Kakinya mula melangkah meninggalkan tunangnya.
Merajuklah katakan! Padahal saja je nak uji. Hehehe…
“Eheh…sayang!
Nak pergi mana pulak tu?”Wan Zubair tiba-tiba merasa risau. Dia merajuk dengan
akulah tu! Dia mula berlari anak.
Nur Adriana
melangkah lebih laju. Biarkan Wan Zubair berlari mendapatkan dirinya.
“Haa! Dapat pun
tangkap! Nak lari mana sayang??ujar Wan Zubair manja.Tatkala dia merapati Nur
Adriana, segera dia memaut pinggang tunangnya. Nur Adriana terkesima. Tangkas
betul Wan Zubair berlari. Maknanya tunangnya sayang kat dialah! Dia pun
mestilah sayang kat tunang sendiri!
“Hesy!! Apa ni
main pegang-pegang pinggang sayang ni. Malu tau orang lain nampak.”Nur Adriana
memukul manja tangan Wan Zubair agar melepaskan pautannya. Dia tidak suka
lelaki bukan mahram menyentuh tubuh badannya.
Wan Zubair
mengekek ketawa. Tau pun rasa malu! Dia melepaskan pautannya. “Dah tahu malu,
kenapa buat-buat merajuk dengan abang? Abang cakap aje. Itu pun nak merajuk
ke?”
Nur Adriana
membuat mulut muncung. Matanya menjeling tajam ke tunangnya. “Eleh, dia pun
merajuk, cakap je orang.Huh!”cebiknya.
“Abang tak
merajuk tapi abang marah bila Zeril Iskandar pegang tangan sayang. Sayang tu je
yang mengada-ngada sampai lari tinggalkan abang.”
“Dahlah. Tak nak
cakap pasal ni lagi. Sayang saja je nak bergurau dengan abang. Lepas ni sayang
rasa sayang balik rumahlah. Nak mandi, nak jumpa ayah. Abang hantar sayang
balik boleh?”
Berkerut dahi
Wan Zubair mendengar permintaan tunangnya. Dia terdiam seketika. Biar betul
sayang aku nak balik rumah hari ini? Tunangnya dah fikir masak-masak ke nak
balik rumah sekarang?
“Abang ni, kita
tanya dia boleh buat diam pulak.”rungutnya sambil mulut dimuncungkan.
“Haa?”Wan Zubair
tersedar. Dia malu sendiri. Pelbagai persoalan yang terbit difikirannya hingga
terlupa orang tersayang disebelah.
“Sayang tanya
abang, abang tanya sayang balik. Hesy! Luku kepala tu karang baru tau!”ugut Nur
Adriana mengangkat tangan kanannya.
“Abang bukan
apa…abang cuma terkejut je bila sayang cakap nak balik rumah, nak jumpa ayah.
Sayang dah betul-betul bersedia nak balik rumah ke?”tanya Wan Zubair ingin
kepastian.
Nur Adriana
tersenyum lebar. “Betullah, abang. Sayang dah tak sabar sangat nak balik rumah.
Dah lama tau sayang tak jumpa ayah. Kalau sayang jumpa ayah, sayang nak peluh
ayah kuat-kuat. Bagi ayah tak bernafas.Hehe…”guraunya.
“Uikss…sampai
nak bagi ayah tak bernafas? Sayang jangan…tak pasal-pasal masuk penjara kali
kedua nanti.”usiknya selamba diselangi dengan nada sinis. Nur Adriana berdebar.
Bab-bab penjara ni yang paling dia tak suka dengar ni. Baru nak merasa
kehidupan yang selesa diluar penjara, tunangnya mengungkit pula.
“Abang boleh tak
jangan sentuh lagi pasal penjara lagi? Sakit telinga, hati, jantung sayang
mendengarnya. Abang cakap pasal penjara lagi…sayang tak nak hiraukan abang
lagi. Sampai bila-bila.”ugutnya. Tinggi sedikit suaranya.
“Dahlah…dahlah.
Sayang janganlah emosional sangat. Jomlah. Abang hantar sayang balik. Abang
faham sayang rindukan ayah sayang. Ayah sayang…ayah abang jugak kan?”pujuk Wan
Zubair.
“Kita gerak
sekarang ye? Sayang tak nak mama Zeril Iskandar tahu wajah sayang macam
mana.”pintanya penuh pengharapan. Tadi pembantu peribadi yang sengal itu kata
akan datang secepat mungkin.
“Mama Zeril
tahulah ni anak dia masuk hospital?”tanya Wan Zubair ingin meminta kepastian.
Nur Adriana mengangguk. “Aah. Sayang telefon mama dia tadi. Oklah tu mama dia
nak datang, daripada sayang kena jaga dia sampai dia sihat. Eeii…tak naklah
sayang jaga dia. Dia kan anak orang kaya, mesti mama dia bawa orang gaji jaga dia.”
“Baguslah kalau
sayang fahami situasi yang sebenarnya. Sayang tu milik abang. Kalau sayang jaga
dia, hati dia terpaut kat sayang pulak. Ingat abang suka ke tengok korang
berdua-duan kat dalam bilik tu? Abang boleh sakit jantung macam dia tau kalau
sayang asyik tengok muka dia je. Ini abang cakap secara jujur tau. Abang tak
suka sayang rapat dengan lelaki lain. Bukan tak suka je…benci
sekali.”sambungnya lagi.
“Hesy!Sampai
macam tu sekali abang ni. Dahlah. Cakap banyak-banyak kat sini tak bergerak
pulak kaki ni. Jom abang! Bawa Sayang balik rumah. Sayang tak sabar dah
ni.”kata Nur Adriana dengan wajah gembira. Tiada muka masam dan muncung panjang
di bibir.
“Wah!!
Bersemangat betul sayang abang ni. Abang pun bertambah semangat nak hantar
sayang balik. Tapi sebelum tu, kita pergi makan dulu ye. Sayang mesti lapar
kan?”soal Wan Zubair.
“Aah. Sayang
laparlah.”rengek Nur Adriana manja. Dia mengusap perutnya yang makin kempis
itu.
Sejak dia keluar dari penjara , perutnya tidak dijaga dengan rapi. Dalam
sehari, hanya sekali sahaja dia makan. Itu pun dia perlu berjimat cermat
menyimpan duitnya yang semakin habis. Jika dulu semasa di alam pekerjaan,
penjagaan makanan dan kesihatanlah yang paling dititikberatkan.
“Okay…okay.
Sayang tunggu kat lobi utama dulu, abang pergi ambik kereta abang bawa pergi
situ.
Kereta abang ada kat parking staff. Dalam masa sepuluh minit, abang
sampai depan lobi tu ye. Abang pergi dulu tau.”pohon Wan Zubair. Nur Adriana
tersenyum gembira. Membiarkan Wan Zubair mengambil keretanya.
Yahoo! Kejap
lagi makan! Ini yang aku rasa nak makan banyak-banyak ni. Hehe…orang kebulurlah
katakan. Akan ku paksa tunangku membeli makanan banyak-banyak!
***
Seperti yang
dijanjikan, Nur Adriana menanti tunangnya membawa kereta di depan lobi utama.
Dikemaskan rambut yang nampak agak bersememeh dan kusut itu dengan serapi yang
mungkin. Beg tangan yang tetap utuh dibahu kirinya dibetulkan agar kelihatan
stabil. Biarlah orang nak labelkan dia selekeh ke atau perempuan tak mandi ke,
dia tidak kesah. Asalkan hatinya senang dan gembira.
Biarkan hari ini sahaja
dia nampak selekeh dan bau badan kurang enak, esok lusa duduk kat rumah badan
bau wangi balik. Dah lama jugak dia tidak menggunakan minyak wangi ditubuh. Tak
apa.
Nanti balik, akan ku wangikan balik badanku ini.
Dia menunggu
tunangnya di depan pintu automatik lobi utama itu dengan senyuman yang lebar.
Tidak sabar rasanya hendak menikmati makanan yang lazat dan yang paling
penting…balik ke rumah sendiri!
Sebelum dia
melangkahkan kaki diluar tadi, dia perasan ada seorang jururawat yang berada di
kaunter depan unit kecemasan ini merenungnya tajam. Pelik jugak dia melihat
tingkah laku perempuan itu. Ada yang tak kena ke dengan muka aku ni? Ke dia tak
puas hati sebab nampak aku bawa kereta mewah zeril Iskandar
tadi?Hmm..lantaklah. Nak pandang tajam ke aku tak kesah. Janji aku dah keluar
dari hospital ni.
Apabila
mengingatkan kembali berapa jam yang lalu, sewaktu dia tidur di kereta mewah
milik Zeril Iskandar, dirinya rasa amat bertuah. Tidur di kereta yang eksklusif
memberikan satu kepuasan di hati.
Angan-angannya untuk membawa kereta mewah
tercapai juga. Dia memandang kereta mewah Zeril Iskandar disudut tepi
pokok-pokok rendang itu. Disitulah dia berehat tadi.
Hampir sepuluh
minit berlalu, dia mula geram. Mana pulak tunang aku ni? Lama betul ambik
kereta.
Matanya melilau
mencari kereta Wan Zubair. Sedang asyik dia mencari kelibat tunangnya, sebuah
kereta Mercedes Brabus datang tepat-tepat di hadapannya.Dia buat tak layan.
Sekarang fokusnya hanya Wan Zubair sahaja.
Seorang lelaki
telah keluar dari kereta itu. Memakai kot hitam disertai baju putih didalam
menampakkan gaya eksklusif pada diri lelaki itu. Lelaki itu berlari anak dan
memintanya agar memberi peluang untuk membuka kereta.
“Maaf, cik. Sila
ketepi sikit. Saya nak buka kereta.”kata lelaki itu hormat. Uikss…ingatkan
kereta ni milik lelaki itu. Rupa-rupanya dia tersilap meneka. Pasti orang VVIP
ni dan lelaki itu pasti pembantunya.
“Silakan…”katanya
dengan lembut.
Pintu kereta
belakang dibuka dengan hormat. Seorang wanita yang dianggarkan umur 50 tahun
keluar dari kereta mewah itu. Nampak macam Datin je ni. Siap bimbit beg tangan
kat lengan lagi.
Gulp! Datin?
Tertelan air liurnya seketika.
Alamak! Takkan
dua orang manusia dihadapannya ialah Datin Zafiah dan pembantu peribadi Datin
Zafiah?!!
Ya Allah!
Berilah aku kekuatan. Janganlah si lelaki sengal ni cam suara aku. Aku tak nak
nak!!
BERSAMBUNG... :D
smbng lgi ♥
ReplyDeletebest best
insyaallah..lpas ni kak eya smbung ye... ;)
ReplyDeleteBest..... #^_^
ReplyDeleteHope dapat cepat-cepat sambung....
insyallah...nnt eya smbung y..secepat mungkin
ReplyDeleteCabut adriana!! Cabut cepat . Buat bodo je
ReplyDeletehehe...sememangnya dia akan cabut selepas ni.. ;)
ReplyDeletenk lagi..smbg cpt2..:D
ReplyDeleteinsyaallah...eya akan up cpt2.. :)
Deletebest giler cter ni sambung la lagi erk...
ReplyDelete