Followers

Tuesday, 1 January 2013

PULANGLAH PADAKU BAB 10




OLEH: NUR DAEYA

Rayyan sampai dirumah Dhia tepat pukul 8 malam.Selepas makan dan mandi dirumah, dia terus bergerak ke rumah Dhia.Ada perlunya dia berjumpa Dhia untuk mengetahui keadaannya sihat atau sebaliknya.Dibeli sedikit buah-buahan ta??

Apabila dia keluar dari kereta, dia melihat tingkap bilik Dhia.Gelap dan tidak bercahaya.Takkan Dhia tidur awal kut?Kalau dia tidur, buat penatlah aku datang sini.Dipandang pula tingkap pintu depan. Ada pulak cahaya!

“Mak cik oh Mak cik!!Laung Rayyan kuat.Garaj pintu utama digerakkan berkali-kali.Bagi orang rumah tahu yang dia datang ke sini.Sebenarnya pintu garaj tidak berkunci, dia sengaja tidak mahu??

‘Aik?Takkan tak ada orang kut? Mana pergi semua orang dalam ni? Dah keluar ke?’monolognya sendiri. Patutnya dia telefon Dhia dulu sebelum datang ke sini.Ini tidak, main datang sesuka hati.

Hmm…rasa tak  ada orang kut. Better aku chow dulu.

Baru sahaja kakinya hendak beredar dari rumah dua tingkat itu, tiba-tiba pintu rumah Dhia terbuka.Rayyan berpaling semula menghadap rumah Dhia.Tertancap matanya memerhati sekujur tubuh Dhia didepan pintu utama.

“Eh, kau Ray.Aku ingatkan siapa tadi.”Dhia datang kearah Rayyan dengan memakai selipar. Rambutnya agak kusut masai. Dia hanya memakai seluar short-pants sahaja disertai  t-shirt longgar.

Dhia membuka pintu garaj.Rayyan dengan senang hati masuk sambil tangannya memegang erat dua plastik yang berisi buah-buahan.

“Awalnya kau tidur Dhia. Baru pukul berapa aje pun.” Rayyan mengerling jam ditangan.  Lagi lima minit lagi tepat pukul 8.15 malam. Penat sangat ke Dhia ni sampai tidur awal? Tapi dia buat apa? Bukan ke dia kata kat aku yang dia pening kepala? Kalau pening kepala, mesti rehat??

“Aku tak buat apa-apa pun. Tengok tv aje. Bosanlah.”Dhia mengeluh.Rambut yang kusut-masai dibetulkan agar tampak rapi didepan Rayyan.Dia mengajak Rayyan supaya berdiri didepan pintu utama.

“Aku ingatkan kau tidur tadi.Tengok bilik kau gelap aje. Itu yang aku rasa kau tidur tu. Ibu kau mana?”Rayyan meletakkan dua plastik buah-buahan itu diatas meja sebelah rak kasut.Waktu malam begini, dia malas nak masuk rumah Dhia, takut orang sebelah pandang serong.Tak pasal-pasal jiran pergi telefon pejabat agama.

“Ibu aku?Dia pergi surau. Sembahyang kat sana. Kejap lagi ada ceramah agama.”balasnya lemah.
“Kau tak nak pergi pulak?”

“Aku?Hmm…tak kut. Pening kepala lah.”Dhia melabuhkan punggung ke lantai pintu utama.Rayyan hanya berdiri tegak dihadapannya.Hendak ajak sahabatnya masuk kedalam rumah, dia segan.Kalau ibunya ada, tak apalah juga.Ini dia dan Rayyan sahaja.Memang tidak elok lah.

“Haa…aku ada belikan buah-buahan untuk kau.Buah naga.”Rayyan mengambil kembali plastik buah-buahan diatas meja.Diberi plastik itu kepada Dhia.

“Buah naga? Buat susah kau aje belikan buah ni. Anyway, thanks a lot.”Dhia memerhatikan buah kesukaannya didalam plastik berwarna hijau itu.Saiz buah itu agak besar.Makan seorang memang tak mampu. Nanti dia akan suruh ibunya membuat air buah naga.

It’s okay. Lagipun bukannya mahal pun buah ni.”Rayyan tersenyum lebar.

Dhia bangun dari situ.Dua plastik buah naga dibawa masuk ke dalam rumah. Diletakkan ke  atas meja panjang yang berwarna coklat. Sempat juga dia tersenyum.Ambil berat juga Rayyan kat aku.Sesudah meletakkannya, dia seraya ke pintu utama kembali.Salah satu kerusi dari meja panjang itu diangkat lalu dibawa bersama.

“Yang kau datang rumah aku ni takkan nak bagi buah aje kot. Mesti ada something yang kau nak tahu kan?”Dhia memberikan kerusi berwarna coklat itu kepada Rayyan.Rayyan mengambilnya dan terus duduk.Dia pula setia duduk di lantai pintu utama.

Sorry lah. Aku tak boleh bawa kau masuk dalam rumah.Tak elok.Nanti orang nampak.Kau tahulah, penduduk kat sini ramai yang memerhati. “

“Aku tak kisah.Lagipun bukannya aku lama pun kat sini.Lepas ni aku ada hal kat luar kejap.”
“Kau nak racing ke?”soal Dhia.

“Eh, kau macam tahu-tahu aje aku nak pergi racing.Sebelum racing tu, aku nak jumpa kawan-kawan kita.Hari itu aku dah jumpa dia orang.Adam aje aku tak jumpa lagi.”

“Bestnya dapat jumpa member lama.Aku dah lama tak jumpa mereka semua.Entah dia orang ingat aku lagi ke tidak. Yalah, kau tau kan bila dah ada suami ni, tak boleh keluar ke sana ke mari. Semua kena ikut kata dia. Haa..yang kau cakap Adam tu, kenapa dia tak datang? Biasa kalau ada ‘pertaruhan’ antara member-member kita semua, dia ikut kan? Asal pulak dia tak ikut?Sakit ke?”

“Hish!Tak ada maknanya dia sakit.Dia sekarang ada kat overseas.Buat apa, itu aku tak tahu.”

“Oh..patutlah aku tak nampak dia masa kat kenduri kahwin Muzaffar hari tu. Rupa-rupanya pergi overseas.”Dhia mengangguk.

Rayyan meneliti mata Dhia yang seakan-akan baru lepas menangis.“Dhia…kau sedih lagi ke?Aku tengok mata kau sembaplah. Baru lepas nangis ke?”

“Kau macam tahu-tahu aje yang aku nangis. Yup! Aku baru lepas nangis.Menangis sebab pening kepala. Tak ada sebab lain pun.”

“Kau ni, kita kawan dah lama. Kau ingat aku tak tahu apa yang ada dalam hati kau tu?Aku pasti, kau menangis ni bukan sebab sakit kepala. Sakit hati, betul tak? Itu pasal bila kau sakit hati,kepala kau jadi pening.”

“Ray, kau sahabat yang memahami aku.Memang betul aku sakit hati.Pening kepala itu alasan sahaja. Jujur lah aku katakan, aku tak puas hati pasal surat berhenti kerja tu. Muz memang betul-betul nak menduga aku lah.”

“Hmm..selepas kau bercerai ni, makin banyak dugaan yang kau dapat. Aku harap kau bersabar aje.Mungkin hari ini kau dalam keadaan bersedih, mana tahu esok lusa kau akan menemui kebahagiaan.”

“Aku sebenarnya tak tahu macam mana nak balas balik apa yang dia buat kat aku.Aku tak ada idea untuk itu.Semuanya berjalan dengan pantas.”

“Kau jangan risau, Dhia.Sekarang ni kita berdua tak perlu buat apa-apa.”Belum sempat Rayyan menyambung, Dhia sudah menyampuk.

“Ish! Kau ni. Takkan sampai tak buat apa-apa kut? Mana adil! Dia dah buat hidup aku terumbang-ambing lepas tu kau sedap-sedap aje cakap yang kita tak payah buat apa-apa?Dhia merengus.

Rayyan mengeleng-gelengkan kepala..Belum habis ayat lagi, Dhia dah menyampuk. Dhia…Dhia…

“Kau ni, dengarlah apa yang aku nak cakapkan.Actually, kita tak perlu berbuat apa-apa sebab ada orang yang akan membantu kita dalam hal ini. Orang yang rapat dengan kita.Dia dah beritahu aku petang tadi, jangan buat apa-apa yang tak sepatutnya.Sebab dia dah tahu nak buat apa pada Muz tu.”

Siapa?Aku kenal ke orang tu?

Rayyan tersenyum lebar.”Kau kenal orang tu sangat-sangat. Dia adalah….nenek aku!

Dhia tergamam.“Nenek kau?Impossible!”Nenek Hadijah seorang yang sukar diduga!

“Mungkin kau tak percaya, tapi aku yakin nenek aku mampu buat dia jatuh tersungkur.

“Kau beritahu nenek tentang hal ini?”

“Bukan aku yang beritahu.Dia yang dengar sendiri.Bila aku cakap dengan kau masa tu, dia dah keluar bilik.Aku tak perasan pulak dia masuk bilik lepas aku habis bercakap dengan kau.Masa itu aku terkejut sangat.Nenek nangis kau tahu. Dia marah aku sebab tak bagitahu yang kau dah diceraikan jantan keparat tu. Nasib baik nenek tak marah aku.Dia nangis sekejap aje pun.Lepas tu, dia faham dan ambil tindakan seterusnya.”tutur Rayyan tenang.

“Hmm..aku bersyukur sebab ada orang yang masih sudi tolong aku. Aku hampir-hampir putus asa.Ibu aku ajelah yang paling memahami aku setakat ini.

“Aku tak memahami kau ke?Tadi kata aku sahabat yang memahami. Peliklah aku dengan kau ni, Dhia.”

Dhia ketawa kecil.”Kau memang memahami aku.Tapi memahami masa kau jumpa aku ajelah. Yang ibu aku ni, dia ada setiap masa disamping aku. Itu yang aku cakap dialah yang paling memahami aku.Kau orang ke second lah.”

Tanpa disedari, azan isyak telah berkumandang. Leka bersembang sampai tidak sedar azan berdekatan dengan rumahnya  telah berkumandang.Dhia mengisyaratkan agar Rayyan berhenti bercakap.Beri peluang untuk azan berkumandang hingga ke akhir ayat.Rayyan hanya mendiamkan diri.

Usai azan telah selesai, Dhia tersenyum memandang Rayyan yang mati kutu melihat dia mendiamkan diri.Dia tahu sahabatnya tidak pernah ambil tahu hal ini.Nampak saja remeh, namun bila menghayati secara perlahan, kita dapat rasakan betapa syahdunya azan bergema. Menyebut nama Allah disertai dengan kebesaran dan keagungan, Ya Allah! Sememangnya azan lagi sedap dari lagu-lagu yang selalu kita dengar…

“Haa..sekarang dah boleh cakap.”Dhia tersengih-sengih.

“Kau ni…aku tak habis cakap lagi, kau suka mencelah.”

“Eei..kau ni, hormatilah azan. Lagipun azan lagi sedap dari suara kau. Dahlah, lepas ni aku nak pergi solat 
isyak. Nak join aku tak?Dhia cuba menduga Rayyan yang sudah berubah wajah. Tak nak sembahyanglah tu!
“Err..aku…aku…”Rayyan menunduk sedikit. Dhia tergelak kecil.Dia mula bangun.Punggungnya agak sakit apabila duduk lama dilantai.Pening kepalanya sudah mula berkurangan.

“Aku tahu kau gelisah bila aku tanya soalan yang sukar kau nak jawab. Aku nak naik dululah.Kau dah nak keluar kan?soal Dhia selamba.

Rayyan bangun dari kerusi coklat itu.Kelakar juga bila dia duduk didepan pintu utama sambil berbual dengan Dhia.Tak pernah dibuat orang, tetamu duduk didepan pintu.

“Aku nak keluar ni. Aku tengok kau dah kurang sikit pening kepala tu. Nak join aku tak pergi racing?Aku tak ada temanlah nak pergi sana.”

Dhia menjadi teruja sekejap.”Okay jugak tu. Dah lama aku tak menghiburkan diri dalam sukan lasak ni.Tapi kau kena tunggu aku kejap.Dalam pukul 9 baru aku siap.Aku nak mandi lepas tu solat.Dari petang tadi aku tak mandi. Bau masam dah baju aku ni.”

Rayyan tergelak kuat.”Patutlah masa aku tegur kau tadi, aku dapat rasa bau something yang uwekk…nak muntah den!”guraunya selamba.

Dhia menghampiri Rayyan lalu ditampar lembut bahu sahabatnya.” Kau ni, agak-agaklah sampai nak muntah. Bau badan aku tak adalah masam sangat. Kau sengaja kan? Aku tak nak pergi, baru kau tahu.”Dhia cuba mengugut Rayyan. Main lepas cakap aje lelaki ni!

“Hehehe…mana adalah.Tak adalah bau masam mana.Adalah bau wangi sikit.Tapi dua peratus sahaja. Yang lebihnya bau masam! Guraunya lagi.Rayyan  menapak kaki ke belakang. Dia tahu yang Dhia geram apabila dia berkata begitu.Dia mahu lari, tapi sahabatnya lebih pantas menangkap kolar t-shirtnya.

Dhia membeliakkan mata.Dipandang muka Rayyan yang sudah tersengih-sengih itu.Sahabatnya memang suka mengusik betullah!” Eeii..kau ni kan, dah lama tak rasa cubitan dari tangan aku kan?”

Rayyan menepis tangan Dhia yang mencekak lehernya sedari tadi.Takut dia hendak merasa cubitan dari tangan Dhia, lengannya masih mempunyai kesan lebam.

“Kau janganlah cubit aku.Aku tahu aku salah sebab cakap kau bau masam.Jangan cubit aku okay?Dah kau pergilah mandi dan solat dulu.Aku tunggu dalam kereta.”balasnya dengan nada??

“Haa..tahu takut. Kau usik aku lagi, aku cubit kau kuat-kuat.”tegas Dhia tanpa senyuman.

“Baik, bos!Aku masuk kereta dulu, ya.Kau pergilah buat kerja kau dulu.Pakai cantik-cantik sikit. Jangan pakai macam yang kau pakai sekarang ni. Berserabai aku tengok!”

“Yalah, yalah!Aku masuk dalam dulu.”Dhia masuk ke dalam rumah dan menutup pintu sementara Rayyan sudah berpatah balik ke keretanya.

***
Mariana meletakkan kedua kakinya ke atas meja. File yang bertingkat-tingkat itu langsung tidak disentuh. Malam yang se??mengambarkan dirinya tidak ceria. Hendak turun ke bawah, dia tidak mampu.Awal-awal lagi Muzaffar telah memerintahkan pengawal keselamatan di lobi utama agar tidak membenarkan dia balik selagi dia tidak menyiapkan kerja.

Hampeh betul lah Muzaffar tu! Aku baru aje nak balik rumah nak bermanja dengan dia, dia tak kasi aku balik pulak. Sengal betullah Muzaffar ni! Hatinya panas dengan sikap Muzaffar yang masih tidak boleh menerimanya.

“Hesy, aku bosanlah.Nak buat kerja, malas pulak tangan aku nak taip.Macam mana aku nak loloskan diri dari sini.Dahlah orang tak ada kat sini. Aku tinggal sorang pulak tu.”monolognya sendiri. Teramatlah bosan hidupnya hari ini. Nak call ibu mertuanya, nanti Muzaffar marah pula. Nak call siapa ya yang boleh selamatkan aku dari duduk tempat ni?

Hah! Aku tahu siapa yang patut aku call.Kakinya diturunkan ke bawah.Dia menggunakan direct line diatas meja.Lalu dia menekan nombor yang sepatutnya dia hubungi. Siapa lagi kalau bukan Adam Muhammad!
Senyuman Mariana melebar sampai ke telinga. Dia menunggu jawapan dari sana. Harap-harap dia angkat telefon.

Adam Muhammad yang sedang bergelak ketawa dengan seorang perempuan disebuah café terhenti apabila ada seorang menghubunginya.Dia melihat pada cermin telefon bimbit itu.Rasa-rasanya ini bukan nombor French. Ini pasti dari Malaysia!

Excuse me, I got to go. My friend call me.”Adam Muhammad mula bangun dari tempat duduknya.Hari ini dia keluar bertemu dengan kawan barunya, Hasanuddin.

My pleasure. Later, you see me okay? I have gifts from client to share with you.”

Adam Muhammad hanya mengangguk.Tanpa menunggu lagi, dia keluar dari café itu. Sudah setengah jam dia berada disitu. Elok juga jika dia beredar dari situ.

Hampir tiga minggu dia berada disini, dia sudah mendapat sedikit ketenangan.Hendak pulang ke Malaysia, belum masanya lagi.Hatinya masih sakit.Kawan baik sanggup berkahwin dengan kekasih hati. Si Mariana pun satu! Dah ada kekasih pun, masih lagi suka kat Muzaffar.

Mariana pernah meluahkan padanya yang dia hanyalah kekasih gelap sahaja.Tidak lebih dari itu.Mungkin dia hanya bertepuk sebelah tangan.Tetapi, Mariana takkan tak boleh sedar.Kasih sayang yang dicurahkan selama ini, adakah tidak cukup untuk menembusi hati Mariana?Kenapa lah Mariana terlalu obses dengan Muzaffar.Dia pun kacak juga walaupun kulit sawo matang. Orang French pun boleh terpikat, takkan Mariana tak terasa apa-apa pada dirinya?

Butang hijau ditekan. Sayup suara yang ada dihujung sana. Sekarang ini di Malaysia waktu malam, ditempatnya pula pada waktu tengah hari.

“Adam? Ana ni..”tanpa salam dan ucapan selamat, terus Mariana mengungkapkan kata.
“Ana? Are you, Mariana?”Adam sedikit terkejut apabila orang yang sering dinantikan menelefinnya kembali.Agak lama dia tidak mendengar suara Mariana.

Hahaha..you still remember me. Long time no see haa…”Mariana tergelak kecil.

“I ingat. You buat apacall I ni?”

“Wah!Ingat lagi bahasa Malaysia ya, Adam.I ingatkan bila dah tiga minggu kat French, you dah lupa bahasa kebangsaan.”Mariana cuba mengusik kekasih gelapnya. Adakah Adam Muhammad masih sedih diatas perkahwinan mengejut diantara dia dan Muzaffar?

“I ingat lagi. You cakaplah you nak apa. I tak boleh lama ni, kejap lagi nak jumpa client.”

“Ohh, you buat business kat sana? Pandai you, ya. Tak beritahu I pun.”kata Mariana dengan sedikit merajuk.

“Buat apa you nak tahu, you kan dah kahwin.”ada nada rajuk dalam kata-kata Adam Muhammad.
 Sememangnya dia merajuk dengan Mariana! Itu yang membawanya ke sini.Puan Hadijah sudah mengetahuinya.Sengaja dia tidak memberitahu Rayyan dan Muzaffar dia pergi ke mana, takut mereka mencari dia nanti.

“You ni…jangan begini. I dah kahwin pun, I tetap sayangkan you.”Mariana sedikit merengek.
“Kalau you sayangkan I, you takkan kahwin dengan Muzaffar.

Mariana mencebik. Aduhai…waktu orang tengah stress lah dia nak cakap pasal sayang-sayang ni. Baik aku tak payah telefon dia tadi.

“You… kalau you balik Malaysia, I akan jelaskan segala-galanya. This time isn’t right to talk about love. I nak you tolong I.”

Adam Muhammad sedikit kecewa mendengar kenyataan dari Dhia.Baru hendak bermanja-manja.Mariana pula tak suka.

Okay lah. Straight to the point. What do you want before I off this phone?”tegas suara Adam Muhammad ketika ini.

“I dalam ofis ni. Muzaffar tak benarkan I balik selagi kerja tak siap. I nak you tolong I supaya I boleh keluar dari department ni.”suara Mariana dibuat-buat sedih. Harap Adam Muhammad dapat menolongnya.Dialah harapan untuk dia keluar dari sini.

“I nak tolong you?Are you kidding? I’m still in French you know.”

“Ala, you still in French, but you can still help me even you’re far away.”Mariana tersenyum.

Adam Muhammad mendiamkan diri buat seketika. Memikirkan sama ada dia boleh membantu Mariana ataupun tidak.

“You nak I tolong apa ni?”

Mariana mula menjelaskan apa yang sudah tersirat difikirannya sejak tadi kepada Adam Muhammad.

What?!!” You ni, nanti Muzaffar tahu…habis I tau. You ni memandai aje bagi idea mengarut.”

“I bukan bagi idea mengarut.I rasa itu sahaja idea yang terbaik setakat ini. You tahu kan, I sorang aje kat sini. Tak ada orang pun nak teman I. I nak balik cepat ni. Nanti ibu mertua I membebel pulak kalau I balik lambat. You sanggup kan buat demi I?”rengek manja Mariana mula kedengaran. Adam Muhammad memejamkan mata.Suara Mariana itulah yang membuatkan dia angau sehingga kini.

“Okay. You bagi nombor telefon dia, nanti I call dia.”jawab Adam Muhammad tenang. Sudah mendengar suara manja perempuan itu, dia rasa dirinya mendapat sedikit ketenangan dalam dirinya.

“Macam itu lah I nak dengar.Ini yang I bertambah sayang you. Ini nombor dia. Jangan lupa call,okay? I nak kemas meja kejap. Thank you ya sebab tolong I waktu-waktu emergency ni. You jaga diri.Jangan lupa pulang ke Malaysia.”

“Baiklah. You pun jaga diri jugak. Insya Allah, I akan pulang ke Malaysia dalam waktu terdekat ni. Buat masa sekarang, belum lagi. Okaylah, I got to go. I kena call dia. You jangan melencong ke tempat lain. Balik terus ke rumah.”pesan Adam Muhammad.

Fine. Okay, bye.”tanpa menunggu ucapan salam dari Adam, Mariana terus menutup telefon. Dia bangun dari kerusi. Dia perlu mengemas apa yang patut sebelum balik ke rumah. Kerja-kerja yang terbengkalai akan dilaknsanakan esok. Badannya sudah terasa penat yang amat sangat.

Akhirnya..aku dapat jugak pulang ke rumah!

****
Hish! Lama betul dia ni bersiap. Dah pukul berapa ni. Tak pasal-pasal aku tak dapat racing dengan kawan-kawan yang lain. Alahai, Dhia oii…cepatlah siap.Aku dah lambat ni.’omelnya sendiri.Memang dia sudah lambat.Hari itu dia berlawan pada waktu orang ramai sedang tidur nyenyak di rumah. Sengaja dia menggunakan highway yang sunyi sebagai medan perlawanan.

Rayyan bersandar dikereta.Sambil itu, dia memeriksa inbox nya. Tertera nama Hasanuddin di situ. Alamak, mesti dia marah aku lambat ni. Rayyan merengus. Menunggu Dhia bagaikan menanti ??.Dia berpaling mengadap rumah dua tingkat itu.Dhia masih tidak juga keluar. Hish! Manalah dia ni? Aku dah tak sabar nak race ni. Baik aku tak payah ajak dia tadi.

Hatinya tidak boleh bersabar lagi. Dhia ni memang nak kena dengan aku! Aduhai..perempuan ni kalau bersiap, memakan masa berjam-jam.Kakinya laju sahaja bergerak ke masuk ke rumah Dhia.Baru sahaja hendak menapak masuk ke rumah Dhia, dia terkaku didepan pintu pagar. Dia melihat Dhia keluar dengan berpakaian t-shirt dan seluar track suit. Nampak cute apabila sahabatnya berpakaian seperti itu.Sudah lama Dhia tidak keluar bersama dengannya pada waktu malam.Ini kali pertama Dhia keluar bersama selepas berkahwin dengan Muzaffar.

Dulu mereka bertiga ada juga keluar pada waktu malam.Masa itu mereka masih lagi berkawan baik.Sekarang, semuanya sudah berubah.Muzaffar pun tidak melibatkan diri dalam kegiatan pada waktu malam.

“Baru nak keluar?Tengah basuh baju ke?sindir Rayyan. Dhia tersenyum.Tahu itu satu sindiran buatnya.Dia bukan sengaja nak keluar lambat, tapi dia tidak tahu pakaian yang mana harus dipakai.

“Hesy, kau ni. Sindir agak-agak lah.Aku tak tahu mana satu aku nak pakai. Cari punya cari, aku jumpa lah baju ni. Kau rasa sesuai tak?”Dhia meneliti pakaiannya dari atas sampai ke bawah.Cekak rambut yang berbentuk rama-rama diatas kepalanya dibetulkan agar tidak senget.

“Okaylah tu, Hasanuddin message aku tadi.Dia suruh cepat.Nanti tak dapat race lagi.”

“Ya ke?Sorry-sorry.Jom lah cepat.Nanti aku kempunan pulak nak tengok kau race.”

Rayyan mencebik didepan kereta Mitubish nya. “Tulah, siapa suruh kau lambat siap?Kan kita dah lambat?”
“Eeii…kau ni salahkan aku aje.Salahkan diri kau jugak.Jangan cakap orang aje.”Dhia turut sama mencebik. Dalam dia geram dengan sikap Rayyan itu, dia teruja melihat kereta yang dibawa sahabatnya. Memang sesuai untuk race lah! Dipegang bumbung atas kereta Rayyan.

“Kau bawa kereta ni nenek tahu tak?”soal Dhia. Tanpa ditunggu lagi, dia terus masuk ke dalam kereta bersama Rayyan.

Rayyan menggeleng.”Nenek tak tahu aku nak pergi race.Aku just cakap dengan nenek yang aku nak jumpa kau aje. Dia tak tahu aku pakai kereta ni. Kalau dia tahu, memang kena piat telingalah jawabnya.”

“Kalau nenek tahu, mampus kau. Aku tak nak bantu.”Dhia tergelak kecil.Rayyan sudah masam muka.Dia tarik seat belt nya sambil memandang Dhia.

“Kau ni, kata sahabat. Kalau sahabat, mestilah kena tolong dan memahami kan?”Usai memakai seat belt, dia memanaskan enjin dulu sebelum bergerak ke tempat yang dituju.

Dhia membalas pandangan Rayyan yang kelihatan masam itu.Seketika, dia tersenyum melihat muka Rayyan yang keruh.Dia faham situasi yang dialami Rayyan. Agak sukar hendak meminta keizinan dari nenek Hadijah  untuk keluar malam. Dia pun sudah lama kenal sama nenek Rayyan itu. Terlalu menjaga keselamatan cucunya.

“Okey.Aku tolong cakap dengan nenek.Demi kau, aku sanggup!”kata Dhia dengan yakin sekali.

“Betul ni?Jangan cakap kat mulut aje. Tapi kesudahannya, haprak!Streng kereta dipegang. Perjalanan akan dimulakan.

“Iya! Aku akan tolong kau. Dah, cepatlah jalan.Sekarang kita jangan fikirkan soal nenek okay?Aku tak sabar nak tengok kau race.”

Rayyan kembali tersenyum. Dhia memang seorang sahabat yang memahami dirinya.“Betul…betul…betul…” Dhia tergelak.

Rayyan meneruskan perjalanan dengan tenang.Tanpa gundah-gelana tentang neneknya lagi. Adanya Dhia, semuanya selamat…






BERSAMBUNG... :D
PSSTT....BERI LAH AKU PELUANG untuk berjaya dalam penulisan ini.. ;)


































6 comments:

  1. Replies
    1. tq dik.. ik like Dhia n Rayyan! ;)

      Delete
  2. hahahahah emang dasar si rayyan ni berat betul nak solat... apa yg adam bleh buat dr francis? jauh tu ...

    ReplyDelete
  3. tq kak sbb sdi bce karya eya..adam jauh2 kt perancis 2 sbb nk sedih Mariana kawin ngn Muzaffar, kawan baik smasa di universiti dlu

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. alhamdulilah..akk cbe utk blajar mnjadi yg terbaik ;)

      Delete