OLEH : NUR DAEYA
Tidak dapat dilafazkan dengan kata-kata
tatkala mendengar perempuan yang memakai baju berwarna hitam itu mengucapkan satu
ayat yang membuatkan Nur Adriana terasa sangat bersyukur kepada yang maha Esa.
“Mulai
esok, awak boleh keluar dari sini!”
Walaupun nada perempuan
itu sangat tegas, namun dia tidak peduli.Apa yang penting, dia harus keluar
dari sini dan memulakan kehidupan baru sebagai seorang wanita yang boleh dibanggakan
dan berjanji tidak akan berdendam dengan sesiapapun diluar sana. Dia sudah
serik untuk berada dipenjara lagi!
Enam bulan dia disumbat ke dalam
penjara akibat mencuri wang syarikat yang bernilai RM7,800 didalam laci kecil
bilik bosnya. Dia tahu itu adalah kesalahan besar sebagai seorang pekerja, tapi
dia tidak peduli itu semua. Janji apa yang dihajatkan dapat ditunaikan.
Sudah lama dia berdendam dengan bosnya,
Puan Kamariah Adnan.Seringkali dia dihukum bosnya membuat kerja sehingga lewat
tengah malam. Akibatnya, dendam didalam hati semakin hari semakin membara
sehinggakan syaitan bagaikan merasuk otaknya untuk membuat sesuatu diluar
jangkaannya iaitu mencuri!
Dan inilah akibatnya! Terperuk didalam
penjara selama enam bulan tanpa dikunjungi oleh sesiapapun diluar sana! Ayah
dan ibu tirinya langsung tidak menjenguk apatah lagi ingin mendengar luahan
hatinya sepanjang dia berada disini. Sampai hati mereka semua!
Jeriji besi berwarna hitam itu
digenggam kuat.Alangkah seronoknya jika jeriji besi ini dapat dikerat-kerat dan
dia dapat keluar dari sini secepat mungkin. Tidak sanggup dia berlama di sini
walaupun hanya seminit!
Selama berada disini walaupun hanya
enam bulan, namun dia gembira kerana ada yang sudi menegur dengannya.Alhamdulilah,
tiada yang bersikap sombong atau sinis dengannya.Semuanya baik-baik
sahaja.Ternyata berada di penjara ini menyedarkannya tentang mana yang baik dan
yang buruk.
Nur Adriana berharap akanada sirna
kebahagiaan pada dirinya apabila dia keluar dari Penjara Wanita Kajang ini dan
masyarakat akan menerimanya semula. Amin…
********
Sejak disahkan akan keluar dari penjara
ini, malam itu dia sanggup tidak memejamkan matanya kerana mahu mendengar suara dari pegawai
wanita yang kerap kali meronda ke kawasan penjara yang didudukinya membuat
pengumuman.
“Bilalah aku dapat keluar ni?”rungutNur
Adriana . Memang dia tak boleh tunggu lama-lama.
Dia mula terfikir. Mungkin esok dia
akan keluar dengan memakai pakaian formal semasa dia ditahan polis di office enam bulan yang lalu. Teringat
kembali pakaian formalnya ketika dipejabat dulu.Elegan dan menarik perhatian
pekerja-pekerja lelaki di syarikat yang dia bekerja.
Sekarang ini, dia hanya memakai baju
lusuh penjara yang berwarna orange sahaja.Tanpa
dipenuhi dengan rantai dan gelang bertatahkan berlian, kini dia rasa selesa.
Insyallah, tatkala dia meninggalkan penjara ini, dia akan cuba tidak
menonjolkan kecantikannya di depan orang ramai nanti. Itu janjinya.
Matanya perlu dipejamkan sekarang. Dia
berharap waktu akan berputar dengan cepat.Dituju ke katil yang berwarna putih
disertakan bantal yang senada lalu dibaringkan dirinya diatas katil itu.
Bismillahirahmanirahim…Matanya ditutup
rapat diiringi dengan senyuman.
************
Pagi itu, pegawai penjara
mengejutkannya diluar jeriji besi menggunakan kayu keras berbentuk bulat.Agak
kasar bunyi pukulan itu.
“Nur Adriana, bangun solat subuh!”suara
tegas itu membuatkannya tersedar dari tidur. Terpisat-pisat dia hendak bangun
pagi. Itulah padahnya kerana tidur lambat! Kan dah susah nak bangun.gumamnya
sendiri.
“Ya, Puan, saya bangun ni.”Lemah suaranya.Rasa
malas pulak mahu bangun.Tapi digagahkan juga dirinya untuk bangun.Nanti tak
pasal-pasal kena melenting dengan pegawai penjara yang hanya mahu dikenali
sebagai Puan Hamidah.Tak ke niaya?
Puan Hamidah membuka pintu jeriji besi
yang diduduki Nur Adriana itu. Diberi laluan untuk banduan itu keluar mengambil
wuduk di luar.
“Terima kasih, Puan.” Ucapnya dengan
senyuman yang terpaksa dibuat-buat.Maklumlah.Dia masih dalam keadaan mengantuk
lagi.
“Pergi cepat.Nanti terlepas pulak
sembahyang jemaah beramai-ramai.”tegas suaranya Puan Hamidaha memberi arahan.
“Baik Puan. Saya pergi sekarang.”akur
dengan arahan itu lantas dia terkoncoh-koncoh ke surau yang berdekatan dengan
penjara yang didudukinya.
Nur Adriana meninggalkan pegawai
penjara itu dan segera mengambil wuduk.Sesudah itu, dia masuk kedalam surau itu
dan memakai telekung yang disediakan diatas meja.
Dengan senang hati, dirapatkan dirinya
berdekatan dengan banduan yang sudah berdiri menghadap kiblat.Dia menarik nafas
sebelum berniat menunaikan solat subuh.
********
“Sebelum keluar dari penjara ini,
sarapan dulu sebelum memulakan perjalanan diluar.”kata Puan Hamidah usai solat
subuh di surau.
“Baik Puan. Tapi waktu bila saya akan
keluar dari sini, Puan?”soalnya. Dia teruja sebenarnya untuk mengetahui pukul
berapa yang dia akan keluar dari sini.
Puan Hamidah meneliti jam tangannya.
“Rasa-rasanya dalam pukul 9 pagi nanti awak dah boleh keluar dari
sini.”balasnya dengan nada tegas.
Nur Adriana tersenyum lebar. Lagi
berapa jam aje lagi. Masih sempat lagi untuk dia menukar baju banduan yang
dipakai selama empat bulan ke baju yang formal.
“Awak boleh siap sekarang. Kemas apa
yang patut. Jangan tinggalkan apa-apa barang peribadi pun.”ujarnya.
“Terima kasih, Puan Hamidah.Segala budi
baik Puan selama saya disini tidak mampu saya membalasnya.Saya menginsafi apa
yang telah berlaku pada diri saya.”jawabnya dengan jujur.
“Sama-sama.Awak boleh berkemas
sekarang.Beg pakaian awak boleh minta ke pembantu penjara”tuturnya yang tadi
tegas sudah menjadi lembut sedikit.Dia rasa lega. Tiadalah nada tegas yang akan
didengarinya nanti.
“Saya pergi dulu.”ucapnya dengan
senyuman. Terus dia meninggalkan Puan Hamidah yang turut sama meninggalkan
dirinya walaupun diarah yang berlainan.
******
Beg pakaiannya sudah diambil. Nampaknya
dia perlu menukar pakaian banduannya sekarang.Tanpa berlengah lagi, segera dia
menuju ke tandas dengan hati yang sangat gembira. Jam sudah menunjukkan pukul
8.00 pagi.
Berapa minit selepas itu, Nur Adriana
keluar dengan berpakaian formal yang berwarna hitam dan biru itu sambil tangan
kanannya memegang baju banduan.
Dia menarik nafas lega.Akhirnya…
setelah lama pakaian ini tidak disarungkan ditubuhku, barulah hari ini dia
berjaya memakainya semula.
Baju banduan yang dipakainya tadi
diserahkan kepada Puan Hamidah.Sekarang ini, tugasnya sebelum keluar dari sini
hanya makan. Lepas itu, dia akan keluar dari sini.
Sampainya dikantin, ramai yang terkejut
dengan penampilannya yang lain dari yang lain. Masing-masing saling berbisik.Nur
Adriana tahu, mesti ramai banduan yang merupakan kawannya juga tertanya-tanya
dengan penmapilan barunya.Namun, dia hanya tersenyum sahaja.
Tanpa melengahkan masa, Nur Adriana
beratur panjang sambil mengambil cawan dan pinggan plastik yang diletakkan
kedalam baldi biru.
Menu hari ini hanya nasi lemak.
Hmm..makanan yang sama lagi.”keluhnya dalam hati. Tapi tak mengapa. Selepas dia
keluar dari sini, dia akan makan sepuas hatinya.
******
Puan Hamidah berdiri tegak disisinya
ketika dia sedang membasuh pinggan dan cawan.“Dah pukul 9.00pagi Nur
Adriana.Awak boleh keluar dari sini sekarang.”tegas suaranya walaupun
kedengaran perlahan.
“Saya tahu, Puan.”Nur Adriana
mengangguk. Yeah! Masa yang ditunggu dah tiba!kata hatinya.
Pegawai penjara itu hanya mengikut
kemana sahaja dia pergi. Sampainya di bilik pembantu penjara, beg pakaiannya
sudah tersedia di atas meja.
“Ini dompet awak, Nur Adriana.”
Pembantu peribadi yang sedang duduk diatas kerusi menyerahkan kepadanya beg
dompet yang berwarna kelabu kepunyaannya sambil diperhatikan Puan Hamidah yang
setia dibelakangnya.
“Terima kasih, Puan.”lebar senyumannya
tatkala ini. Dompetnya sudah berada ditangannya. Ingatkan tadi pembantu penjara
ini memberikan kesemua barangnya termasuk beg dompet. Tapi tidak.Mungkin mahu
mengambil langkah berjaga-jaga kerana ramai yang berada disini merupakan
banduan yang mengamalkan gangsterisme.Itu sebab tidak diberi kepadanya.
“Mari ikut saya.Saya akan temankan awak
sehingga ke luar pintu.”ajaknya dengan nada tegas.
“Baik Puan.”tanpa berlengah lagi, Nur
Adriana hanya menurut perintah Puan Hamidah.
Sampainya mereka di depan pintu utama
yang berwarna merah gelap itu, langkah pegawai penjara itu berhenti.
“Sampai dilaluan ini saja yang saya
dapat hantarkan awak Nur Adriana.Selamat jalan!”Tangan Puan Hamidah dihulurkan
ke arahnya.Tanda mahu berjabat tangan, Faham dengan kehendak itu, Nur Adriana
terus menyenyuh tangan pegawai penjara itu lalu dikucup tangannya.
“Terima kasih Puan”ucapnya sekali
lagi.Dengan langkah penuh bersemangat, dia terus keluar dari Penjara Wanita
Kajang itu tanpa memandang ke belakang lagi.
Puan Hamidah hanya memandang pemergian
Nur Adriana dengan senyuman…
bersambung...:D e-novel baru dari nur daeya penulis pulanglah padaku harap setia menyokong adik eya kita...terima kasih sudi baca ..mai2 kita drop komen tuk adik eya kita :)
jalan cerita menarik ni..jarang org buat banduan wanita.. biasa lelaki kan..eh rasa tak ada kot.. teruskan ..nk tgk apa jadik kt adriana neh.. garapan pon ok je..tersusun.. teruskan usaha ye.. (senyum)
ReplyDeleteta kak Rehan, insyallah sy akn wat yg terbaik utk enovel baru saya ni..BERI AKU PELUANG.. :)
Delete