By:Lela Vanila
“Risya mak
panggil kau!”
Wirdani Farisya
yang sedang leka
menulis sesuatu dibuku
cacatannya menoleh ke pintu
biliknya selepas dipanggil
kakak sulungnya, Arisa
yang sedang berdiri
dimuka pintu.
“ibu nak
apa kak?”
“manalah aku
tahu, pergilah tanya
ibu sendiri” Arisa
keluar dari bilik
Farisya. Malas dia
nak tunggu lama
disitu, menyampah rasanya
bila lama-lama berada
disitu. Wirdani Farisya
bangun menuju ke
bilik ibunya, Mak Siah.
Kelihatan Mak Siah sedang
mengurut kakinya yang
kelengguhan selepas seharian
bekerja. Farisya duduk
dihujung kaki ibunya.
“Ibu panggil
Risya?” soal Farisya
sambil menolong ibunya
menggurut kaki. Mak
Siah menarik kakinya.
Farisya tersentak dengan
tindakan ibunya. Dia
mengeraskan diri, terasa
dengan tindakan ibunya.
“ya, memang
aku panggil kau”
Keras sekali suara
Mak Siah. “ada
sebab aku panggil
kau, aku nak
kau kerja dekat
tempat aku bekerja.
Aku nak kau
gantikan aku” sambungnya
lagi. Farisya terkedu.
‘kerja?’
“tapi ibu
Risya nak study
lagi” sampuk Farisya.
Mak Siah sudah memandangnya tajam.
“kau jangan
nak melawan cakap
aku, tak cukup
ke selama ni
aku bagi pelajaran
dekat kau, cukuplah
kakak-kakak kau saja
yang sambung belajar.
Kau jangan
nak tambah susah
aku lagi. Aku
tak kira aku
nak kau kerja
juga kat situ.”
Tengking Mak Siah membuatkan
Farisya hilang kata-kata
untuk melawan. Matanya
sudah bergenang.
“tapi ibu..”
“tak ada
tapi-tapi.. mulai minggu
depan aku nak
kau mula bekerja,
Mak Jah akan tunjuk
dekat kau apa
yang patut dibuat, kau
ikut apa saja
yang disuruh dia”
potong Mak Siah. Farisya
sudah terkedu.
“hah.. tunggu
apa lagi tu
dah pergi masuk
bilik kau, menonggok
pula kat sini
dahlah aku menyampah
tengok muka kau.
Dah-dah pergi berambus
dari bilik aku,
dasar budak bawa
malang” sinis sekali kata-kata
Mak Siah. Terjongket sedikit
bahu Farisya akibat
ditengking begitu oleh
Ibunya. Farisya bangun
dari dudukannya. Dia akur.
Air mata sudah
mula menitis keluar
dari matanya.
Kakaknya Arisa
dan Maria yang
sedang duduk diruang
tamu sudah tersenyum
mengejek kepadanya. Semakin
sebak hatinya. Dia
berlari masuk kebilik
dan mengunci pintunya.
Dia menanggis sepuas-puasnya dibelakang
pintu. ‘sampai hati
ibu buat Risya
macam ni’ rintih
hatinya sayu.
Tiba-tiba ingatannya
kembali teringatkan arwah
abahnya, Encik Roslan. Dia
teringat akan pesanan
arwah abahnya yang
menyuruhnya sambung belajar
dan jadi orang
yang berguna, Itu
juga merupakan cita-citanya selama
ini. Semakin deras
air mata yang
keluar dari matanya.
Sayu hatinya bila
terkenangkan arwah Abahnya.
‘Abah’ jerit hati
Farisya. Sungguh dia
menyayangi lelaki itu.
************************************
‘T&S HOLDING!
Ni ke syarikatnya’
Farisya melihat kertas
ditangannya diselang dengan
melihat bangunan didepannya.
“fuhlamak.. besar gila
bangunan dia” monolog
Farisya sendirian.
GEDEBUKKKK!!
“Adoi.. sakitnya
punggung aku,boleh sembelit
macam ni” Farisya mengurut
punggungnya yang sakit
akibat dilanggar seseorang.
Baru saja dia
mahu melangkah menuju
ke syarikat tersebut
tiba-tiba dia diterjah
seseorang, tak sempat
dia nak menggelak
dah jatuh terduduk.Farisya menggerang
kesakitan.
“Makcik tak
apa-apa?” tanya seorang
lelaki kepadanya. ‘makcik
dia panggil aku?
Bukan main cun
melecun macam ni
dia panggil aku
makcik’ bebel Farisya
dalam hati. Dia
mendonggakkan kepalanya cuba
memandang lelaki tu.
“opss.. maaf,
saya ingatkan Makcik
tadi, adik tak
apa-apa?” tanyanya lagi.
Dia menghulurkan tangan
untuk membantu Farisya
bangun. Farisya memandang
sepi tangan lelaki
itu. Dia cuba
bangun sendiri. Lelaki
tu menarik semula
tangannya. ‘sombong betul’ desis
hatinya.
“Maaflah Pakcik
bukan muhrim, jadi
tak boleh pegang-pegang ni
berdosa” perli Farisya keras
kepada lelaki itu.
Lelaki itu mencebik.
‘amboi.. balas nampak!
dia panggil aku
pakcik pula, berani
betul budak ni’
“baiklah suka
hati cik adiklah..
malas saya nak
layan budak
yang berpakaian macam
makcik-makcik ni” sindir Tengku
Danial Zafuan kepada
Wirdani Farisya. Membutang
mata Farisya bila
dikata begitu kepadanya.
“Eh! pakcik
mulut tu cakap
sedap sikit ya,
pakaian saja macam
makcik tapi kenyataannya saya
ni masih anak
dara tau” selamba
sekali Farisya menjawab.
Geram dia dengan
mulut laser lelaki
yang berada didepannya.
Rasa nak tumbuk
saja muka dia.
“dah
makcik-makcik jelah” Tengku
Danial Zafuan menyindirnya lagi
dan meninggalkannya sambil
ketawa menggejek. ‘Muka
aje cantik tapi
pakaian hancur’ sempat
lagi hatinya mengumpat.
‘Eh! Pakcik
ni memang cari
nahas dengan aku’
Farisya menanggalkan selipar
sandalnya yang baru
dibeli semalam lalu
dibalingnnya kearah Tengku
Danial.
“golll”jerit
Farisya sambil terloncat
kegembiraan. Dia sudah
ketawa terbahak-bahak. Tepat
sasarannya mengenai belakang
Tengku Danial. Menggerang
kesakitan lelaki tu.
Tengku Danial menoleh.
“Aikk! mana
pula minah sakai
tadi?” soal Tengku
Danial kepada dirinya
selepas melihat tiada
sesiapa dibelakangnya. ‘manalah
minah ni lari,
sandal dia dekat
aku. Aishh.. macam-macam’ Tengku
Danial menggelengkan kepalanya.
Dia tersenyum. Dia
jalan menuju kepintu
masuk syarikat, sandal
Farisya dibawanya sekali.
Farisya yang
hilang tadi sebenarnya
dia sedang menyembunyikan dirinya
dibelakang sebatang pokok
yang ada disitu.
Nasib baik badannya
kecik molek dapatlah
dia sembunyikan dirinya.
Dia mengintai Tengku
Danial yang sedang
menuju masuk ke
syarikat yang ingin
dia masuk tadi.
Dia nampak yang
lelaki tu membawa
kasutnya sekali. Dia
mengeluh. ‘kasut aku’
Farisya jalan
menuju ke syarikat
T&S HOLDING dengan kakinya
yang sebelah tiada
kasut, semua orang
yang ada disitu
melihat Farisya dengan
pandangan yang pelik.
‘mesti dia orang
ingat aku gila’
desis hati Farisya.
Dia membuat muka
selamba menuju ke
kaunter pertanyaan.
“Tumpang tanya,
bilik store cleaner
kat mana ya?” Soal
Farisya kepada seorang
wanita yang berada
dalam lingkungan 30-an.
Wanita itu menunjukkan arah
kepadanya. Dia menggangguk
faham.
“terima kasih”
“sama-sama”
********************************
“ASSALAMMUALAIKUM, Mak Jah?”
Sapa Farisya sambil
mencucuk pinggang Mak Jah
yang sedang leka
menyusun barang didalam
bilik store.
“oh!
mak kau waalaikummussalam terjun
masuk kolam” Habis
tersembur semua latahnya.
Farisya sudah ketawa
terbahak-bahak mendengar wanita
separuh umur itu
melatah. Mak Jah sudah
memandangnya geram.
“Kamu
ni Risya suka
menyakat Mak Jah, kalau
tiba-tiba Mak Jah kena
sakit jantung macam mana?
Kesianlah dekat Pak Kassim
kamu nanti, tak
adalah orang yang
nak masakkan untuk
dia” Gurau Mak Jah.
Dia duduk dikerusi
yang disediakan. Dia
memperlawa Farisya duduk
disebelahnya.
“ala.. apa
susah, Risya kan
ada boleh masakkan”
jawab Farisya Selamba.
Mak Jah sudah tersenyum.
Senang hatinya melayan
keletah gadis yang
berusia sembilan belas
tahun ni. Sungguh
periang dan cantik,
selalu buat orang
senang bila berada
dengannya. Dia amat
menyayangi gadis ini.
Dia tahu
yang kawan
baiknya Samsiah tidak
berapa menyukai gadis
ini kerana baginya
gadis ini membawa
malang kepadanya anak beranak. Suaminya
selalu manjakan gadis
Ini sehingga suaminya
ditimpa kemalangan akibat
mahu membelikan Farisya hadiah
semasa ulang tahun
kelahiran Farisya yang
ke -12 tahun dan menyebabkan
suaminya mati ditempat
kejadiaan. Sejak itu
Samsiah begitu membencinya,
hanya pada Rumjah sajalah Farisya
tumpang kasih kerana
dia tidak mempunyai
anak. Rumjah juga
merupakan jiran sebelah
rumahnya.
“Mak Jah, Risya
nak pinjam selipar
boleh tak? Selipar
jepun pun tak
apa. Asalkan ada
selipar” soal Farisya
mematikan lamunan Mak Jah.
Wanita itu memandang
Farisya pelik. Dia
menundukkan sedikit pandangannya kebawah
melihat kaki Farisya.
Keningnya terangkat.
“mana lagi
sebelah kasut kamu?”
tanya Mak Jah. Farisya
sudah tersenyum kambing
sambil menggaru kepalanya.Menahan malu.
Habis sengget bengget
tudung dia dibuatnya.
Mak Jah menggelengkan kepalanya.
“siapa lagi
jadi mangsa kamu
ni?”
“siapa apa
Mak Jah?” Farisya cuba
mengubah topik. Malas
dia mahu menjawab
pertanyaan Mak Jah, takut
dibebelnya. Wanita ini
kalau membebel bukan
boleh berhenti. ‘faktor
tua’ kutuk Farisya.
“kita tanya
dia, dia tanya
kita balik.” Mak Jah
menuju ke almari
kasut yang ada
ditepinya.
“Nah,
seliparnya” Mak Jah menghulurkan sepasang
selipar jepun kepadanya.
Farisya menyambut huluran
Mak Jah dengan senyuman
yang melebar. ‘Nasib
baik ada Mak Jah,
kalau tak berkaki
ayamlah aku nampaknya.’
“Dah jangan
berangan, jom mula
kerja!” sergah Mak Jah
membuatkan terpelanting selipar
yang ada ditangannya. Mak Jah
sudah ketawa mengekek-ngekek. ‘macam-macam budak
ni’. Dia menggelengkan kepalanya
yang kesekian kali.
BERSAMBUNG.... :D
best2....
ReplyDeletecacatannya ----> catatannya
*psst sekadar nshat...
hehehhe..
ape2 pun best... (Y)
terima kasih atas nasihat anda .. Insyaallah saya akan perbaiki lagi .. :)
Delete