BAB 8
Dania menjamah potato wedges manakala Khaliff menikmati ayam goreng di restoren KFC.
“Nia, lepas ni kita tengok wayang...”
pinta Khaliff.
“Cerita apa? Love story tak nak ek, abang ni
suka sangat tengok. Mentang-mentang tengah dilamun cinta!” Rungut Dania.
“Aik, mana Nia tahu?”Soal
Khaliff hairan.
“Sekilas ikan di air, aku tahu
jantan betinanya. Arnie Shuhaida kan? Alah jangan nak menipu, minggu lepaskan
Nia terserempak abang keluar dengan dia. Masa tu Nia keluar dengan Maizi beli
buku. Nia malas nak tegur abang, nanti kacau daun pula.” Soal Dania sambil
tergelak kecil.
“Hah? Minggu lepas? Amboi,
langsung tak tegur abang. Nia, abang keluar atas urusan kerjalah. Ishh,
langsung tak ada kena mengena dengan abang lah. Merepek Nia ni..!” Khaliff
menafikan.
Dania mencebik. “Habis tu,
siapa yang ada kena mengena?”Soal Dania.
Khaliff hanya merenung dengan
pandangan penuh makna. Dania masih menanti jawapan Khaliff itu. Belum sempat
Khaliff membuka mulut, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Khaliff hairan melihat
nama 'ummi' tertera di skrin telefonnya.
“Hello ummi, ya Khaliff
sekarang kat KFC ni. Nia? Nia ada dengan Khaliff ni....” Jawab Khaliff atas pertanyaan kasar ummi itu.
“Mana kau nak bawa dia? Bila
nak balik ni? Kan aku dah pesan, dah pergi ambik dia kat U terus sahaja bawa
balik. Jangan nak mengatal bawa dia keluar ke sana ke sini. Kau nak mengoda Nia
kan? Kau dengan mak kau, memang sama je perangai. Dah, bawa Nia balik. Jangan
nak berangan nakkan Nia tu, kau tu tak sepadan langsung dengan Nia, tau tak?”
Marah Maimun tanpa mempedulikan perasaan Khaliff yang seringkali terluka. Tidak
nampakkah Maimun kebaikannya selama ini. Dia sentiasa cuba menjadi anak yang
baik dan mendengar kata. Sakit pening Maimun selama ini dia yang ambil tahu.
“Ummi, Khaliff tak ada niat pun
macam tu. Tak apalah, lepas makan nanti kami terus balik.” Balas Khaliff, kecewa.
“Cepat sikit balik. Jangan nak
melencong ke mana-mana lagi. Bukan boleh percaya sangat kau tu. Nia tu
perempuan baik-baik. Jangan nak rosakkan dia. Faham?” Pesan ummi, nada suara
yang kasar. Lemah Khaliff mendengar amaran itu.
“Baiklah ummi.....” Talian
dimatikan.
Dania menyedari wajah Khaliff
yang bertukar muram. Faham sangat yang Khaliff baru lepas kena sembur lagi
dengan ummi.
“Abang, kenapa ni? Ummi marah
abang ke?” Hairan Dania dengan sikap ummi. Dengan babah, Afiff dan Dania bukan
main lembut lagi bercakap. Tapi kalau dengan Khaliff, asyik kasar nadanya.
Paling tidak pun dia akan menjeling tajam.
“Biasalah ummi, macam Nia tak tahu. Dah habis
makan? Jom balik.....” pelawa Khaliff yang nampak sudah hilang 'mood'.
“Eh, tadi kata nak tengok wayang?”Soal Dania.
“Tak jadilah...”
“Kenapa?” Khaliff masih
membisu.
“Ummi suruh balik cepat ke? Ada
hal penting?”Soal Dania lagi.
“Hmm. Ummi suruh balik. Tak tahulah sebab
apa.” Dania sudah dapat mengagak.
“Abang Khaliff jangan ikutkan
sangat cakap ummi tu. Abang ikut ke, tak ikut ke, ummi tetap prejudis pada
abang. Abang janganlah baik hati sangat, nak menjaga hati orang lain sedangkan
hati abang tak ada orang yang peduli pun. Memang kita harus menghormati orang
tua kita, tapi mereka pun manusia biasa juga. Tak sempurna, kalau apa yang
mereka minta tu salah, tak semestinya kita sebagai anak harus turutkan. Nia
kasihankan abang, abang anak yang baik. Tapi abang tak pernah dihargai. Abang
dihukum atas kesalahan orang lain sedangkan abang tak bersalah.” Khaliff
benar-benar terharu mendengarnya.
Ada juga insan yang
menghargainya dan nampak ketulusannya.
“Terima kasih kerana memahami
abang. Apa pun, kita doakan supaya suatu hari nanti ummi akan sedar akan kesilapannya
dan menerima abang seperti anaknya sendiri. Ummi sebenarnya seorang yang baik
cuma, hatinya yang terluka masih belum terubat. Kita sama-sama doakan ya Nia?”
Dania mengangguk dan tersenyum akhirnya.
BAB 9
Dania membantu
Maimun menyiram pokok-pokok bunga di Taman Botani yang terletak di belakang
Villa Qaseh sambil mereka berbual-bual kosong.
“Nia ada apa-apa ke dengan
Khaliff tu?”Soal Maimun dengan serius.
Dania tersentak mendengar
soalan itu.
“Apa-apa tu macam mana ummi? Nia tak faham
lah...” Soal Dania kembali.
“Maksud ummi, Dania dan
Khaliff.Ada hubungan istimewa ke? Bercinta ke?” Dania tersenyum tanda
memahaminya.
“Tak adalah ummi, kami ni tak
ubah macam adik dengan abang. Macam mana ummi boleh terfikir macam tu?” Terang
Dania sambil mengesat peluh yang menyimbah di dahinya.
“Kalau betul tak apalah. Lega
ummi dengar, ummi bukannya apa, Nia dan Khaliff tu bukannya secocok. Ummi harap
Nia jangan mudah tergoda dengan Khaliff tu, berhati-hati sikit bila berdepan dengan
orang macam tu. Takut perangainya sama sahaja dengan arwah emaknya dulu. Gatal,
tak sedar diri, perampas hak orang! ” Pesan Maimun dengan nada yang sedikit
sinis.
“Ummi, abang Khaliff tu baik.
Ummi janganlah fikir yang bukan-bukan fasal dia. Lagipun itu kan kisah lama.
Ummi jangan ingat lagi, nanti hati ummi yang sakit. Abang Khaliff kan tak ada
kena mengena dengan kisah silam ummi.” Dania cuba memujuk ummi.
Maimun merengus. “Tengok,
pandai dia berlakon baik depan Nia, sampai Nia pun terpedaya dengannya. Maknya
dulu pun macam tulah, bukan main baiknya dengan ummi, pijak semut pun tak mati
tapi tergamak merampas suami ummi. Jangan mudah percaya Nia, macam mana acuan,
macam itulah kuihnya,” pesan Maimun.
Keras betul hati ummi, begitu kukuh tembok
kebenciannya pada Khaliff. Khaliff yang mencuri dengar tidak mampu lagi menahan
air matanya. Sampai hati ummi menghina arwah mamanya dan dirinya. Mamanya
meninggal dunia pada usianya setahun. Sejak itu dia tinggal bersama babah dan
ummi namun, tugas seorang ibu telah diambil alih Mak Munah sepenuhnya. Ummi
tidak pernah melayan Khaliff sebagai anak dan dia tidak pernah mengaku yang
Khaliff adalah anak tirinya jika ada yang bertanya. Khaliff dikatakan anak
orang gaji dalam Villa Qaseh ini.
Hanya babah sahaja yang sering
membela Khaliff jika ummi bersikap berat sebelah menyalahkan Khaliff atas
pelbagai kesalahan yang tidak dilakukannya. Afiff pula ikut kepala angin dia,
kalau dia rasa nak berbaik dengan Khaliff, dia akan berbaik, kalau dia nak
bergaduh, dia akan bergaduh kerana ummi tidak suka Afiff rapat dan berbaik
dengan Khaliff Afiff dihantar belajar ke luar negara, tetapi Khaliff yang lulus
lebih cemerlang hanya menyambung pelajaran di UITM, Shah Alam. Begitu ketara
sikap berat sebelah ummi, namun kerana menghormati ummi, Khaliff hanya menurut
sahaja kehendaknya tanpa sebarang protes. Sakit pening ummi selama ini hanya
Khaliff yang mengambil peduli namun ummi tidak pernah menghargai. Khaliff
sedaya upaya menjaga hati dan perasaan ummi.
Entah bila ummi akan menerima Khaliff dan
melupakan dendam lama yang berkubu dihatinya. Khaliff akan terus berdoa
sehingga pintu hati ummi akan terbuka. Mak Munah menghampiri Maimun yang sedang
ralit menyiram pokok bunga.
“Puan, Afiff di talian…” Mak
Munah menghulurkan telefon pada Maimun yang pantas mencuci tangannya dengan
hati yang gembira. Ditekapnya ditelinga.
“Hello…Waalaikumussalam. Afiff,
buah hati Ummi. Ya Allah rindunya ummi pada Afiff. Ummi tengah menyiram pokok
bunga ni dengan Dania. Ummi sihat…Alhamdullilah. Afiff sihat?” Dania tersenyum
memerhatikan gelagat Maimun yang begitu ceria dan gembira berbual dengan Afiff
di telefon. Dia hanya mendengar.
“Bila Afiff nak balik? Iya ke?
Alhamdullilah….nanti babah dan ummi akan pergi. Tak sabarnya, ummi dah rindu
sangat ni pada Afiff. Afiff cepat-cepat balik, ambil alih syarikat pula. Babah
asyik harapkan Khaliff je, apa-apa jadi karang tak ke susah? Ya…ya…ummi faham.
Afiff nak cakap dengan Dania tak? Dia ada dengan ummi ni? Afiff cakap ya? Kenal
dengan dia…” Dania terpinga-pinga mendengarnya. Aduhai, cakap dengan Afiff? Tak
pernah-pernah. Hurmm, serentak itu terbayang raut wajah tampan Afiff diruang
mata. Berdebar jantungnya mengingatkan Afiff. Aduhai, kenapa jadi begini ya?
“Nia, cakap dengan abang Afiff
ya? Cakaplah…” Maimun menghulurkan telefon dengan teruja. Dania teragak-agak,
dalam serba salah dia mencapainya.
“Nak cakap apa ummi?” Tanya Dania, panik.
Maimun tersenyum.
“Cakap je apa-apa.” Maklum
Maimun. Dania melekapkan telefon bimbit itu ke telinganya.
“Assalamualaikum…” Jantung
Dania berdegup kencang.
“Waalaikumussalam..” aduhai,
suara romantis itu bagaikan
melantunkan jantung Dania keluar. Dia mengawal kegugupan diri agar tidak ketara
di hadapan ummi.
“Err, abang Afiff. Saya Dania,
ermmm…abang Afiff sihat?” Itu saja yang spontan keluar dari bibirnya.
“Sihat. Kenapa, kalau demam,
Dania nak datang ke?” Merah padam muka Dania mendengarnya. Aduhai, kalau Afiff
melihat reaksinya ketika ini. Malu tidak terkata.
“Err…tak..tak.. Err,
okeylah.Ummi nak cakap,” Dania terus menghulurkan semula telefon bimbit itu
pada ummi.
Tercengang-cengang Maimun.
“Lah…sekejap je cakap?” Tanya Maimun dengan senyum penuh makna.
Dania tersenyum segan. “Tak
tau…ermm…nak cakap apa ummi…” balas Dania.
Maimun terus menyambung
perbualan itu. Dania menghembus nafas lega, namun perbualannya dengan Afiff
terdengar-dengar di telinganya. ‘Sihat. Kenapa, kalau demam, Dania nak datang
ke?’ Aduhai, degup jantungnya jadi tidak sekata. Apa yang sedang berlaku ini?
Kenapa lain macam yang aku rasa? Suara romantis Afiff kedengaran lagi. Ini baru
mendengar suara. Itu pun sebaris bicara. Belum lagi melihat orangnya?
“ Hurmm, Afiff dah tamat
belajar. Konvo tak lama lagi. Kalau Dania free,
boleh ikut sekali. Tak lama lagi, Afiff akan balik. Dia takkan jauh dari mata
ummi lagi. Rindunya ummi pada dia…..rindu sangat!” Maimun menyampai kata dengan
gembira.
Dania tersenyum melihat
gelagatnya. Debaran hatinya belum lagi berhenti. Kenapa ya?
Bersambung...
TAJUK ‘GAY ITU SUAMI AKU?’
TELAH DITUKARKAN KEPADA TAJUK ‘BUKAN ISTERI SIMPANAN’ UNDER GEDEBOOK
SDH.BHD.
No comments:
Post a Comment