By:lela vanilla
“eh!apa ni
pegang-pegang.Bukan muhrimlah”Herdik Farisya.Pantas dia menyentap tangannya
dari pegangan Tengku Danial.
Tengku Danial
tersenyum sinis..Perlahan-lahan tubuhnya mendekati Farisya.
“Kau nak buat
apa ni?”
Farisya sudah
ketakutan.Tiba-tiba badannya terasa dingin.Tubuh Tengku Danial semakin lama
semakin mendekatinya.Farisya undur sedikit demi sedikit kebelakang.Takut dia
melihat pandangan Tengku Danial.
Undur punya
undur Farisya tidak sedar yang dia sudah terlanggar sofa.Terduduk dia
dibuatnya.Tengku Danial masih merenungnya dengan pandangan yang tidak dapat dia
tafsirkan.Dia menelan air liurnya.Perit.
“Tengku please
jangan buat benda yang bukan-bukan!saya mohon sangat”rayu Farisya. Jantungnya
berdegup pantas tatkala melihat renungan lelaki dibencinya itu.
Tengku Danial
tidak mempedulikan rayuan Farisya,dia masih merenung Farisya.Terbit satu
perasaan yang dia sendiri tidak tahu.Melihat raut wajah yang manis,mata yang
bulat dan bibir yang comel ini membuat hatinya jadi tidak keruan.Pada asalnya
dia hanya mahu menyakat Farisya tapi entah kenapa dia tidak dapat mengawal
perasaannya daripada memandang gadis
comel didepannya. ‘aku suka kat dia
ke?’Gumam hati Tengku Danial.
“Tengku!”
Farisya menjerit
kecil.Geram dia dengan lelaki yang ada didepannya ini.Perangai entah
apa-apa.Tengku Danial yang terkejut dengan jeritan Farisya tersentak.Dia yang
perasan tubuhnya hampir dekat dengan Farisya berdiri tegak.Dia membetulkan
kemeja yang dipakainya.Dia terbatuk kecil.Cuba mengawal perasan debar yang
bermain dihatinya.
“sorry!”hanya
itu yang mampu dikatakannya.
Farisya sudah
berdiri berhadapan dengannya.Baju t-shirt lusuh yang dipakainya
dibetulkan.Tudungnya yang sengget-bengget juga
dikendalikan kepada asal.Dia berdehem kecil.
“saya keluar
dulu!”Farisya meminta izin sebelum berlalu.Dengan pantas dia menuju
kepintu.Dadanya yang berdebar tadi sudah beransur pulih.
Tiba-tiba
Farisya kaku didepan pintu selepas dibuka.
“Tengku Din!maafkan saya,saya tak perasan
tadi”kata Farisya.Dia menundukkan kepalanya.Malu dia dengan apa yang baru
berlaku tadi antara dia dengan lelaki babun yang selalu menganggu hidupnya.Dia
mengeluh kecil. ‘Tengku Din nampak ke
apa yang berlaku dekat aku dengan anak dia tadi?ala…malunya’Wajah Farisya sudah
berubah merah.Dia masih berdiri kaku dimuka pintu.
“ehemmm...”Tengku
Tajudin berdehem kecil.Tersentak Farisya yang sedang berkhayal.Dia tersenyum
melihat Tengku Tajudin.
“awak buat apa
dekat sini Farisya?”Soal Tengku Tajudin mesra.
Sudah 2bulan dia
mengenali Farisya.Dia selalu berbual dengan Farisya bila dia mempunyai masa
lapang.Gadis ini sudah dia anggap sebagai anaknya sendiri.Sikapnya yang
lincah,mulut yang tak berhenti-henti membebel membuatkan Tengku Tajudin selesa
berbual bersamanya.Dan dia juga amat kagum dengan gadis ini kerana berani
melawan anaknya kerana selama ini tiada sesiapa yang berani melawan kata-kata
anaknya.PA anaknya ramai yang berhenti kerja tidak sampai dua bulan kerana
tidak sanggup melayan perangai anaknya yang banyak kerenah.Baru-baru ni pun
seorang lagi Pembantu peribadinya yang berhenti kerja.Naik pening kepala dia
bila memikirkan hal anaknya yang seorang ni.Dia mengeluh kecil.
“Saya tolong Mak
Jah bersihkan bilik Ku Danial,Ku Din”balas Farisya.
“oh!awak dah
siap ke?”
“Sudah Tengku”
“baiklah,selepas
ni awak datang bilik saya.Saya ada perkara nak cakap dengan awak”ujar Tengku
Tajudin sebelum beredar.Tengku Danial yang dari tadi menjadi pemerhati merasa
pelik.Fikirnya Tengku Tajudin ingin berjumpa dengannya tapi sebaliknya
Cleanernya pulak yang ingin dijumpai.Keningnya terjongket sedikit.
‘Dia nak jumpa
aku!kenapa agaknya yek?’gumam Farisya sebelum menoleh kearah Tengku Danial yang
masih memandangnya.Dia merenung Tengku Danial meminta kepastian.Lelaki itu
hanya menjongketkan bahunya.Farisya mendengus.Hampeh!
***********************
“Betul ke ni?”
Farisya yang
sedang meneguk air tersedak bila diterjah Norita yang datang tiba-tiba dari
arah belakang.Terbatuk kecil dibuatnya.Norita sudah ketawa kecil melihat
Farisya yang sudah memuncungkan mulutnya tanda protes.
“okey,sorry!sorry!tak
sengaja.Akak teruja tadi bila Tengku Din kata yang kamu diambil kerja sebagai
PA Tengku Danial.Betul ke ni?”
Norita sudah
duduk disebelah Farisya yang sedang menongkat dagunya diatas meja.Farisya
menggangukkan kepalanya dengan malas.Kusut betul kepalanya bila memikirkan
perbualannya dengan Tengku Tajudin yang tiba-tiba memintanya menjadi PA Tengku
Danial yang perangai macam babun tu.Sabar sajalah..
“Apa PA Tengku Din?”soal Farisya terkejut.
Masuk-masuk saja
dia sudah ditawarkan tugas yang dia tidak pernah terfikir untuk melakukannya.
‘PA?Personal Assistant!aku jadi PA si BABUN tu?tak nak dan tak
mungkin’rintihnya.Farisya menggelengkan kepalanya berkali-kali.Mimpi ke apa
majikan dia ni.Tiba-tiba suruh dia yang kerja sebagai Cleaner menjadi PA
anaknya.Dahlah dia langsung tiada pengalaman.
Tengku Tajudin
menganggukan kepalanya.Dia tersenyum kecil.Kelakar tengok wajah Farisya yang
terkejut beruk.Dia pun tak sangka yang dia akan membuat keputusan seperti
itu.Tapi dia tiada pilihan,hanya Farisya yang mampu mengubah sikap
anaknya.Tiada lain dah.Dia buntu.Hanya itu jalan pintas.Dan dia juga tahu
WIRDANI FARISYA mampu lakukannya.Dia mengangguk pasti dengan keputusannya.
Kedengaran
Farisya mengeluh kecil.
“saya ni cleaner
aje Ku Din,pengalaman sebesar hama pun tak ada ni tiba-tiba jadi PA.Tak naklah
saya”
“saya tau kamu
boleh!Mak Jah dengan Norita pernah cakap dekat saya yang awak ni best student
kat sekolah dan keputusan SPM awak pun bagus kan?jadi apa salahnya kalau awak
mencuba.Saya percaya awak mampu lakukannya.”ujar Tengku Tajudin.Farisya
ditenungnya.Dia harap sangat Farisya terima tawarannya.
“saya tak
boleh!tak bolehlah Tengku Din”Farisya masih menolak.Satu keluhan dilepaskan
lagi.
“kamu pasti
boleh Farisya!Saya percaya awak boleh lakukan.Awak perlu yakin pada diri
awak.Ini kerja yang layak untuk awak daripada jadi cleaner.Awak pernah cakapkan
awak nak tolong keluarga awak.Jadi inilah masanya,Buktikan awak mampu”
Serius sekali
kata-kata Tengku Tajudin.Farisya menyandar lesu di kerusi yang didudukinya. Dia melihat wajah Tengku
Tajudin yang penuh dengan harapan.Serba salah jadinya.Diluah mati mak,ditelan
mati bapak.Dia betul-betul tertekan.
“Baiklah saya
setuju”akhirnya Farisya mengalah.Dia tak sanggup melihat Tengku Tajudin merayu
padanya.Siapalah dia nak melawan kata majikannya.Biarlah dia berkorban mengadap
muka musuh tidak rasminya itu.Tak apa dia pasrah..
“Jadi bila mula?”soal
Norita tiba-tiba menghapuskan segala lamunannya.
“minggu
depan”balas Farisya sepatah.Tak tahu dia apa yang nak dibuat.Nampaknya
terpaksalah dia meminta bantuan Norita memandangkan Norita merupakan pembantu
peribadi Tengku Tajudin.Jadi pada Noritalah dia bergantung harap. ‘Nasib-nasib’
“minggu depan
kenapa bukan esok”
“esokkan hari
sabtu kak Ita oi..lusa pulak ahad!jadi minggu depanlah saya kerja jadi PA si
dia tu”Terang Farisya sambil memuncungkan bibirnya.Norita sudah
tersengih-sengih menahan malu.Dia mengetuk perlahan kepalanya.
“iye tak iye
jugak kan”balas Norita menahan malu.Farisya hanya tersenyum tawar.
“akak Ita jadi
‘sifut’kita lah ye mulai dari sekarang”
“sifut?apa benda
binatang tu?”Soal Norita pelik.Tak pernah seumur hidup dia dengar perkataan
sifut kalau siput tu pernahlah.Farisya ketawa kecil.
“tunjuk ajar ku
sifulah kak”jawab Farisya.Norita menepuk perlahan tangannya.
“Lain kali cakap
biar terang”marah Norita.Tapi kenyataannya dia geli hati juga bila mendengar
Farisya mengubah perkataan ‘SIFU’kepada ‘SIFUT’.Mati-mati dia ingat makanan
laut tadi ‘seafood’.Dia ketawa geli hati.Farisya!Farisya!dalam kusut-kusut
macam ni kau masih boleh bergurau.Macam-macamlah budak ni.Norita menggelengkan
kepalanya.
**************************
“Kau jangan nak
beranganlah jadi PA,Belajar tak kemana berangan nak jadi PA!Anak Tengku pulak
tu.Dalam mimpi sajalah”kutuk Maria yang tidak berpuas hati bila membaca surat
yang diberi Tengku Tajudin kepada Farisya.Dia yang baru habis belajar pun belum
mendapat kerja.Adiknya yang bekerja sebagai cleaner tiba-tiba menjadi PA.Tak
mungkin!
Mak Siah yang
duduk memandang Farisya berdehem.Terkejut dia bila Farisya memberi surat itu kepadanya selepas makan malam
diruang tamu.Anak-anaknya yang lain pun terkejut bila membacanya,lebih-lebih lagi
Maria.Berkali-kali dia menafikannya. ‘Tak masuk dek akal betul’desisnya.
“Betul ke apa
yang kau cakap ni?Tengku Din nak kau jadi PA anak dia?”Soal Mak Siah .Jelas
diraut wajahnya dia tidak setuju dengan keputusan Tengku Tajudin yang ingin
mengambil Farisya menjadi PA anaknya.Farisya hanya menundukkan kepala.Hanya
anggukan kecil dibalasnya.Maria sudah mendengus kasar.Sebijik macam badak sumbu
mengamuk.Arisa yang duduk disebelah Mak Siah mencapai surat diatas meja selepas
dicampak Maria.Dia melepaskan keluhan kecil.Di pandangnya Farisya.Kemudian
beralih kepada Maria yang sedang berdiri
menyandar dinding sambil menyilang tangan.Jelas riak ketidak puas hati
diwajahnya.
“kakak izinkan
kamu bekerja sebagai PA Tengku Danial”tersentak Farisya dengan kenyataan kakak
sulungnya.Tidak disangka kakaknya menyokong keputusannya. ‘Sayang kak Ris
ketat-ketat’Farisya sudah tersenyum lebar.
“Aku tak
setuju”bangkang Maria.Dia mendengus lagi.Arisa
merenung tajam kearahnya.
“apa hak kau?dah
ni rezeki dia..kenapa kita nak halang!selama ni dia yang cari duit beri makan
kat kau yang menganggur tu.Kau tak sedar ke?sekarang kau nak marah dia bila dia
dapat kerja bagus macam ni”templak Arisa.Geram dia dengan perangai Maria yang
tahu ikut angin dia saja.Mak Siah hanya mendiamkan diri.Berfikir barangkali.
“Tapi dia tu
belajar sampai SPM aje!kita ni sampai ijazah tapi satu kerja pun tak ada”balas
Maria tidak mahu mengalah.
“Sekurang-kurangnya
keputusan dia bagus tak macam kau,harap muka saja cantik tapi otak tak ada”Herdik
Arisa.Kemarahan dia sudah mencapai tahap maksima.Dia pun tak tahu kenapa dia
merasakan kasihnya kepada adik bongsunya ini mula mengalir dilubuk hatinya.Baru
dia sedar selama ini bukan salah Farisya yang menyebabkan kematian bapanya.Itu
semua takdir.iya!itu semua takdir allah.Kematian bapanya sudah ditentukan
oleh-NYA.Dia dan keluarganya harus terima kenyataan itu.Farisya tidak patut
dipersalahkan.
“Peduli apa
aku!”Balas Maria sinis.Dia dan Arisa berbalas renungan.Farisya yang diam dari
tadi mula mahu bersuara.Tidak selesa dia bila melihat kakak-kakaknya bergaduh
kerana dia.
“kalau Kak Maria
tak nak Risya kerja sebagai PA tak apa Risya boleh…”belum sempat dia
menghabiskan kata-katanya Mak Siah memotong percakapannya.
“Aku pun izinkan
kau kerja jadi PA”potong Mak Siah.Farisya terkesima.Maria yang fikir ibunya
akan membelanya terkejut beruk.Dia menepuk-nepuk pipinya. ‘Aku bermimpi ke ni?’soal hatinya.Jelas dia
tidak bermimpi.Ibunya benar-benar menyetujui kata-kata Arisa dan keputusan
Farisya.Dia mendengus kasar lalu meninggalkan mereka bertiga.Arisa sudah
tersenyum kemenangan.Dia mencebik.
Farisya yang
terkejut dengan kata-kata ibunya tersenyum.Dia betul-betul gembira ibunya
menyokong keputusannya.Selama ini ibunya selalu menolak segala
permintaannya.Tapi hari ini? ‘terima kasih yaallah’doa Farisya dalam hati.
Dia tersenyum
kepada Arisa.Kakaknya membalas senyumannya dengan ikhlas.Terpegun Farisya
melihat senyuman kakak sulungnya.Tidak pernah dia melihat Arisa tersenyum
begitu padanya. ‘terima kasih’bisik Farisya
perlahan.Hanya anggukan dibalas Arisa.Dia dapat membaca apa yang ingin
dikatakan Farisya.
Sudahkah dia memaafkan adiknya ini?ya..dia sudah memaafkan
adiknya ini kerana gadis ini tidak ada salah apa-apa pun kepadanya.Ibu dan
Maria, harus merasai apa yang dia rasai kini.Perasaan lega dan lapang dada bila
rasa benci tiada dalam hati.Dia tersenyum lagi.Mak Siah yang duduk disebelahnya
dipandang.
‘buanglah
perasaan benci mu itu ibu’bisik
hatinya.Satu keluhan dilepaskan bila melihat Mak Siah berlalu pergi meninggalkan
mereka berdua.Selepas itu Arisa pula mengundur diri menuju
kebiliknya.Tinggallah Farisya keseorangan.Dia tersenyum lega.
Dia menuju
kebiliknya,gitar kapok pemberian paksunya dicapai kemudian dia duduk bersila
diatas kerusi usang ditepi tingkap lalu gitarnya petik sambil melihat bintang
diluar tingkapnya.Minggu depan mulalah kisah baru dalam hidupnya.Dia mendengus
kecil.Tak sangka dia akan menjadi pembantu musuhnya sendiri.Perlahan-lahan
gitarnya dipetik.
Aku
datang kepada mu,
Aku datang
mencarimu,
Tapi kau
pergi dariku,
Bagai bayu
dijari-jariku~
Aku datang
dengan rindu,
Aku datang
dengan pilu,
Tapi..kau
terus membisu,
Bagai
bintang dingin menjauh~
Kemanakah
perginya…Kasih kita!
Kemanakah
hilangnya erti setia,
Berlari ku
mengejar,
Namun
cahayanya makin terujar~
Kemanakah
harusku bawa,
CINTA!
Kemanakah
harusku cari,
SYURGA!
Andai ku kan
pada mu,
Kemana lagi
harusku tuju~
Kemanakah
perginya kasih kita!
Kemanakah
hilangnya erti setia!
Berlari ku
mengejar,
Namun
cahayanya makin terujar~
Kemanakah
harus ku bawa,
CINTA!
Kemanakah
harusku cari,
SYURGA!
Andai ku kan
pada mu,
Kemana lagi
harusku tuju~
Aku datang
kepada mu~kepadamu!
Petikan gitar
dan nyanyian Farisya dibawa pergi oleh angin malam yang dingin.Lagu ‘Aku
Datang’ nyanyian tomok betul-betul menusuk kehatinya.Tanpa diundang airmatanya
mengalir dari kelopak matanya.Mak Siah yang kebetulan lalu terdengar petikan
dan nyanyian Farisya.Dia terdiam.Tiada kata yang mampu diluahkan.Hatinya
betul-betul tersentuh mendengar nyanyian anak yang dibencinya. ‘salahkah aku
membencinya,dosakah aku melayannya sebegini yaallah?’Terasa air mata mengalir
dipipinya tuanya.Dia berlalu pergi membawa seribu rasa.
BERSAMBUNG.... :D
No comments:
Post a Comment