OLEH : FIKA NAJWA
Luar tingkap kapal terbang rendah sedikit memasuki ruang udara, boleh di lihat dari
tingkap kapal terbang memandang ke bawah bangunan pencakar langit
dan deretan kereta yang sibuk di bandaraya Kuala Lumpur. Bersediakah dia
bersemuka dengan Mak Engku dan Megat Ammar? Bagaimana kehidupan dia di sini
nanti? Pelbagai-bagai persoalan bermain di fikirannya. Satu persatu bayangan
silam memasuki kotak memorinya sebelum dia berangkat ke UK dulu.Teringat
kembali waktu dia mula-mula menjejaki kakinya ke rumah banglo yang tidak pernah
dia jejaki selepas peristiwa pada hujan lebat itu.
“Fika..Mari
masuk rumah Uncle.” ramah Megat Ilman
mempelawa Fika Farisya merenung rumah banglonya sejak kereta Mercedes 5 series
memasuki perkarangan rumah. Dia tahu apa yang di fikirkan oleh Fika Farisya
waktu ini.
“Fika…”
Fika Farisya tersentak.
“Mari
nak..Kita jumpa Tok Wan kamu dekat dalam.” Megat Ilman melihat Fika Farisya
hanya menurutnya tanpa bersuara.
Fika
Farisya menarik nafas panjang. Kini dia kembali semula ke banglo mewah ini
lagi. Cuma beza kedatangan dia kali ini adalah kerana amanah yang telah di
wasiatkan untuk dirinya. ‘Ibu kenapa harus adik ke sini lagi?Adik belum
bersedia nak bertemu dengan ayah?Ayah dah boleh terima Adik ke?’Desis hati Fika
Farisya.
Engku
Habibah yang duduk di ruang tamu banglo mewah itu sudah memandang ke arah Fika
Farisya tanpa berkelip. Matanya jelas tersinar api kebencian sebaik sahaja
anaknya dan Fika Farisya menapak masuk ke dalam. Fika Farisya hanya menundukkan
kepalanya. Dia tidak mahu bertentangan pandangan dengan Mak Engku, dia takut
dia akan melawan pandangan mata tua itu.
“Ilman
buat apa kau bawak dia ke sini?”
“Mama
nanti sahaja kita bincang soal ini, biarkan Fika berehat di bilik dulu.”
Perlahan suara Megat Ilman memujuk mamanya.
Engku
Habibah merengus marah.
“Ilman
kamu jangan nak jadi anak derhaka! Mama tanya buat apa kau bawak anak Lissa ini
ke banglo kita?”
“Mama…Man
rasa mama mesti tahu kenapa Man jemput Fika ke sini. Mama dah dengarkan apa
kata Fuad tempoh hari?”Sengaja Megat Ilman tekankan nama Fuad di situ. Fuad
adalah peguam yang memegang amanah arwah isterinya sebelum isterinya
menghembuskan nafas yang terakhir.
Engku
Habibah terkelu.Terdiam.
“Mak
Leha…!” Panggil Megat Ilman.
“Ya,
saya tuan.” Jawab Mak Leha yang berlari-lari anak dari dapur.
“Mak
Leha ini Fika Farisya adik kembar Fhyka Arissa. Mak Leha dah buat apa yang saya
suruh pagi tadi? Sediakan bilik untuk Fika?” Soal Megat Ilman pada Mak Leha. Mak
Leha hanya mengangguk tanda dia sudah siap melaksanakan tugas yang Megat Ilman
beri padanya pagi tadi.
“Terima
kasih Mak Leha,tolong bawak Fika berehat. Dia mungkin letih.” arah Megat Ilman.
“Mari
Cik Fika saya tunjuk bilik cik..”Fika Farisya yang mendengar mengangguk dan
menurut saja di belakang Mak Leha sambil mengangkat beg galasnya. Dia hanya
membawa beg galasnya sahaja kerana dia tahu dia tidak akan lama di banglo mewah
milik Mak Engku.
“Silakan
Cik Fika…”pelawa Mak Leha pada Fika Farisya.
“Mak
Leha tak payah nak bercik-cik dengan Fika.Tak biasalah Mak Leha saya hanya
rakyat jelata je.” seloroh Fika Farisya yang cuba berlagak selamba, padahal
kekok dia berada di banglo mewah Mak Engku.
“Janji
erkk….”Fika Farisya mengenyitkan matanya pada Mak Leha.
Mak
Leha tertawa kecil dengan karenah Fika Farisya. Dia fikir gadis yang di
hadapannya ini diigin tapi sebaliknya di rasakan, hati tuanya senang dengan
sikap merendah diri Fika Farisya. Dia mengangguk tanda bersetuju dengan Fika
Farisya yang dia akan memanggil Fika sahaja.
“Cik…Fii
eehh Fika berehatlah dulu.Nanti Mak Leha hantarkan makanan untuk Fika.”
“Mak
Leha…Tak payah nanti Fika turun makan kat dapur, tak payah susah-susah bawak
makanan kat atas ini kang terbakar pulak kalori mak Leha, nanti dari berisi
terus jadi kurus.”
“Kamu
ini ada-ada je, nak sakat Mak Leha. Hmm..Mak
Leha tunggu kamu kat dapur.”
Fika
Farisya tersenyum dan melihat kelibat Mak Leha keluar dari bilik yang di
sediakan untuknya. Dia melepas nafas yang panjang. Fika Farisya merebahkan
tubuhnya ke tilam empuk, di tangannya ada sepucuk surat yang selalu di bawa ke
mana sahaja dia pergi. Di buka lipatan surat itu, surat arwah ibunya. Entah
bila ibunya menulis surat itu untuk dia, Fika Farisya tidak pasti.
Assalamualaikum sayang Puteri Fika
Farisya…
Kalau adik membaca surat ibu ini,
bermakna ibu dah tinggalkan alam ini untuk selama-lamanya. Ibu dapat rasa akan
keadaan ibu tak akan bertambah baik dengan penyakit yang ibu alami selama ini.
Ibu reda dan pasrah. Ibu mohon jutaan kemaafan daripada adik kerana ibu tidak
dapat melihat kejayaan adik di menara gading ibu mohon maaf tidak dapat melihat
keluarga kita bersatu kembali tapi ibu yakin adik tabah dan sabar, paklong
Ilman kamu akan menjemput kamu tidak lama lagi, ambil kesempatan itu untuk
menyatukan keluarga kita yang dah terpisah jauh selama ini dekatkan kembali
ikatan keluarga kita sayang….Maafkan ibu sayang tidak dapat menemani adik
seperti yang selalu ibu janjikan.
Adik…
Ibu nak adik tahu setiap yang
bernyawa pasti akan merasa mati dan ibu salah satu dari mereka. Adik selalu
kata ayah dan Tok wan jahat sebab buang kita dan buat hidup kita merana selama
ini. Sebenarnya ayah hanya khilaf sayang ayah tidak tegar sebenarnya cuma cara
ayah salah buat kita macam ini,tapi adik kena yakin yang ayah sayang ibu dan
adik.Tok Wan tidak pernah membenci ibu, adik dan kakak ibu minta adik tidak
membenci Tok Wan ,kasih seorang ibu yang begitu dalam untuk ayah kamu telah
membuat dia khilaf dan tersalah jalan. Setiap manusia tidak pernah terlepas
dari membuat kesilapan dan khilaf selagi dia bergelar manusia.Ibu mohon agar
adik boleh buat keluarga kita bersatu kembali walaupun ibu tidak lagi berada di
samping adik.
Adik..
Ibu nak adik tahu yang adik bakal
berkahwin dengan Megat Ammar Syah anak maklong Ainnur dan paklong Ilman, maafkan
ibu sayang kerana membuat percaturan hidup adik tanpa bertanya dulu. Ibu yakin
suatu saat nanti adik pasti faham kenapa maklong dan ibu buat begini. Ibu harap
adik dapat tunaikan hasrat ibu dan maklong Ainnur. Jika saat itu datang jangan
sekali-kali adik bertanya kenapa ibu dan maklong kamu buat amanat ini untuk kamu
berdua. Ibu pasti suatu hari adik akan tahu kenapa ibu dan maklong buat begitu.
Adik…
Ibu bangga dengan adik, walaupun
kita susah dan di hina tapi adik kuat hadapinya. Ibu bangga sebab di kurniakan
seorang anak yang matang sebelum usianya. Ibu yakin suatu hari nanti yang Tok
Wan akan sayang pada adik percayalah hari itu bakal tiba. Beritahu pada mereka
yang ibu sayang mereka semua. Gantikan peluk cium ibu buat mereka. Biar di mana
pun ibu selepas ini,adik dan kakak tetap di hati ibu buat selama-lamanya.
Adik,
Ingat pesan ibu ini…
Sekalipun Allah membiarkan kita
keseorangan dijalan yang penuh duri dan berliku,
Jangan bersedih teruslah
tersenyum…mungkin Allah sedang merancang sesuatu yang akan memberi kita
kebahagian kelak.Yakin dirimu sayang…
Kasihmu akan terbalas
jua.Kebahagian pasti akan menjadi milikmu kelak.Insyallah.
Adik,
Jaga diri adik baik-baik.Ibu yakin
anak ibu tegar semangat dan tabah menghadapi hari-hari yang mendatang.Ibu amat
menyayangi adik….
Salam
sayang dari ibumu
Rahmah Khalissa
Di
saat ini, Fika Farisya sudah tidak dapat mengawal perasaannya. Airmata yang
cuba di tahan akhirnya mengalir jua membasahi pipinya. Surat di tangan dipeluk
seerat mungkin.
“Adik
janji ibu...adik akan satukan keluarga kita semula…Adik akan tunaikan
permintaan ibu walaupun nanti ada halangan yang adik terpaksa hadapi nanti. Adik
tidak akan sekali mengalah bu….adik lakukan ini semua untuk ibu…adik rela
lakukan apa sahaja untuk buat ibu tersenyum dari jauh…adik sayang ibu..adik
rindu ibu...”
Deringan
telefon bimbit yang di hadiah oleh Paklong Ilman tempohari di biarkan
berdering, dia tiada hati hendak menjawab panggilan di saat ini. Deringan
telefon bimbit mati jua, tapi kembali berdering kembali dengan malas Fika
Farisya menekan punat hijau dan menjawab. Di tarik nafasnya dan di sapu
airmatanya yang berbaki. Dia harus kuat.
“Woii…aku
call kau banyak kali kenapa kau tak
angkat? Aku dah duk risau dari tadi? Bebel pemanggil.Fika Farisya tersenyum
sendiri.
“Assalamualaikum….kau
ini ya pun kau nak sergah aku cuba bagi salam sikit, ini tak main sergah je
nasib aku tak ada penyakit jantung kalau tak mahu lalu aku tadi.”
“Err…aku lupa nak bagi salam
pulak.Waalaikumusalam sahabatku.” Zafril Zafuan membalas kembali.
“Ada
apa kau call aku ini?Kau rindu aku erkk…?” Tebak Fika Farisya.
“Mana
ada aku rindu kau,tolong sikit dari aku rindu kau baik aku rindu bekas awek
aku. Aku sekarang dah sampai KL ini, tapi aku tak tahu nak tidur kat mana kat
sini. Aku bukan ada sedara pun kat sini. Kau tolonglah aku Fika..”
“What! Kau ada kat KL sekarang? Kau ikut
aku ke Zaf?” Fika Farisya menyoal Zafril Zafuan.
“A’ahh...aku
ikut kau sebab ibu aku yang suruh. Ibu aku risau kalau kau di apa-apakan oleh
Mak Engku nanti.”
“Hmmm….kau tunggu aku kat sana nanti aku
minta tolong paklong Ilman jemput kau kat sana.”
“Ingat
kau jemput aku tau..” Zafril Zafuan mengiingatkan kembali sahabatnya.
“Ya….ya…okay
aku jemput kau kat sana nanti.Kau ini tak habis-habis dengan perangai mak nenek
kau tu..” sakat Fika Farisya.Baru sahaja Fika Farisya hendak bangun mencari
Paklong Ilman,pintu biliknya terkuak dari luar.
“Boleh
Uncle masuk?” Megat Ilman menyoal
Fika Farisya.
“Masuklah
Paklong…” Berkerut dahi Megat Ilman mendengar Fika Farisya membahasakan dirinya
‘Paklong’ bukan ‘Uncle’. ‘Budak ini memang berbeza dengan Rissa, kakak kembar
dia.’ Desis hati Megat Ilman.
“Esok,
Fika tahukan yang Uncle Fuad akan datang ke rumah kita membaca wasiat yang
telah di buat oleh arwah isteri Uncle...”Megat
Ilman memulakan kata.Di lihat Fika Farisya mengangguk faham apa yang hendak dia
sampaikan.
“Paklong
boleh tak Fika panggil Paklong gantikan ‘Uncle’?”
“Boleh…sayang.”
“Paklong
jangan risau Fika dah siap dari semua segi, Fika reda dan pasrah mungkin apa
yang Maklong Ainnur dan ibu buat adalah untuk kebahagian kita bersama. Fika
yakin itu.” Fika Farisya cuba menyakinkan Megat Ilman walaupun dia sendiri
masih tidak boleh menerima apa yang sudah di rancang buat dirinya dan Megat
Ammar.
Megat
Ilman terasa lapang bila anak buahnya sudah berkata begitu.Hati tuanya yakin
yang suatu hari nanti kasih si kembar ini akan terbalas kebahagian pasti
menjadi milik mereka kelak. Di tepuk perlahan bahu Fika Farisya.
“Fika
berehatlah dulu. Nanti Mak Leha sediakan makan malam untuk Fika.”
“Okay…paklong.”
Fika Farisya melihat paklong berdiri dan berlalu ke pintu.
“Paklonggg…tunggu!!”
“Boleh
tak Fika minta tolong paklong?”
Dahi
Megat Ilman berkerut. “Fika nak minta tolong apa dengan paklong?”
“Hmm…Fika
nak minta tolong paklong hantarkan Fika kat stesen bas. Sebab Zafril anak Hajah
Tijah ada kat sana?Boleh ke paklong?”
“Boleh..nanti
paklong minta Pak Abu jemput kawan Fika.”
“Terima
kasih paklong.” Dilihat Megat Ilman mengangguk dan membalas senyuman dia dan
menuntup pintu kembali.
********
Fika Farisya
dan Zafril Zafuan sedang makan di dapur bersama Mak Leha terhenti suapan
masing-masing apabila ada orang memberi salam di luar banglo mewah itu. Mak
Leha memandang Fika Farisya menyatakan yang Megat Ilman sudah berada di pintu
dapur.
“Fika…
Mari nak kita ke ruang tamu. Uncle Fuad dah sampai.” Megat Ilman memberitahu
Fika Farisya. Fika Farisya mengangguk dan mula bangun dari kerusi yang di
duduki. Fika yang mengikut dari belakang terus menyalami Fuad dengan sopan. Fika
duduk menanti Mak Engku dan Megat Ammar. Fika yang mula bosan menunggu mencapai
akhbar yang berada di atas meja. Di baca akhbar itu, sedang leka Fika Farisya
membaca akhbar kelibat Engku Habibah dan Megat Ammar yang menuruni tangga
menganggu bacaannya. Mata Fika Farisya jatuh melorot ke wajah Megat Ammar yang
sedang memimpin ‘Tok Wan’.
Mata
Engku Habibah tajam menjeling Fika Farisya yang duduk di sebelah anaknya, Megat
Ilman. Megat Ammar yang sudah duduk di sebelah Tok Wannya turut menjeling
tajam. Matanya di pegang terasa sakit lagi matanya di tumbuk gadis yang berada
di sebelah papanya kini.
“Hmm…nampaknya
Megat Ihsan dan Arissa belum sampai lagi. Tak mengapa kita tunggu mereka
sekejap.” Fuad selaku peguam keluarga Engku Habibah bersuara memecahkan
kesepian di ruang tamu.
Di
kala ini berdebar-debar rasa hati Fika Farisya bila Fuad menyebut nama ayah dan
kakak kembarnya. Bagaimana reaksi ayahnya bila tahu yang dia ada disini? Ayah
masih sayang pada dia lagi ke?
“Assalamualaikum…maaf
kami lambat.” Tersentak Fika Farisya mendengar suara yang di rinduinya selama
12 tahun ini, terus dia menoleh ke arah pintu melihat ayah dan kakaknya seiring
berjalan masuk. Ditatap wajah tua itu masih segak bergaya lagi, kakaknya
seperti seorang model dan bintang begitu ‘vouge’.
“Waalaikumusalam…masuk
Ihsan, Rissa.”pelawa Megat Ilman, di kerling sekejap Fika Farisya yang berada
di tepinya.Dia tahu bertapa rindunya anak gadis yang duduk di sebelah ini.
Fhyka
Arissa yang ternampak kelibat adiknya yang duduk di sebelah uncle Ilman terus
meluru memeluk adiknya. Dicium pipi adik kembarnya. Airmata mengalir di pipi
Fhyka Arissa bila tercapai jugak hajat dia mahu memeluk adiknya, Fika Farisya. Lama
mereka berpelukan. Fika Farisya menolak sedikit tubuh kakaknya, dia tersenyum
dan tangannya menyapu airmata yang mengalir di pipi Fhyka Arissa.
“Ayah…
adik dah balik yah…” Fhkya Arissa memberitahu ayahnya.
Megat
Ihsan yang terkejut lagi dengan kehadiran anak kembarnya yang satu lagi terus
melabuhkan duduk di sofa tanpa membalas. Diam, matanya terus terarah ke Fuad.
“Emmm…memandangkan semua dah ada disini, eloklah
saya mulakan ye.”Fuad berdeham beberapa kali. “Semua pasti tahu kenapa semua di
kumpulkan disini, lebih baik kita
mulakan dengan pembacaan wasiat beliau. Sebelum arwah, Aina Ainnur mama
MegatAmmar menghembuskan nafas yang terakhir, Ainnur ada membuat satu wasiat
yang akan saya bacakan sebentar lagi. Saya harap semua mendengar apa yang saya
sampaikan nanti. Ainuur sempat berpesan sesuatu pada saya dan Megat Ilman.” Megat
Ammar diam dan memasang telinga. Sekali-sekala dia terpandang juga ke arah Fika
yang masih duduk di hadapannya sambil dipeluk oleh Arissa. Kelihatan gadis itu
kusyuk mendengar setiap butir bicara dari Uncle Fuad. Dia sendiri masih
tertanya-tanya apa wasiat yang mamanya amanatkan pada peguam keluarga.
“Ammar…
mama Ammar ada amanatkan sesuatu yang penting untuk kamu,”ujar Fuad tenang.
“Apa
yang dia amanatkan tu mungkin akan mengubah hidup Ammar kelak.”
Megat
Ammar mengerutkan dahinya. Dia sedikit berdebar dengan nada serius dari peguam
keluarganya.Apa maksud uncle Fuad bakal mengubah hidup. Adakah dia di suruh
menjaga kedua-dua kembar yang berada di hadapannya ini?
“Apa
maksud Uncle Fuad? Ammar tidak dapat menyembunyikan rasa ingin tahunya.Fuad
mengeluh perlahan sebelum matanya memandang semua tetamu yang berada di ruang
tamu banglo mewah. Sungguh berat lidahnya untuk menyampaikan permintaan arwah
Aina Ainur. Dia pasti Engku Habibah dan Megat Ammar akan membantah tentang
amanat yang akan dikeluarkan sebentar lagi.
“Perkara
ini ada melibatkan salah satu anak uncle Ihsan kamu,Amm.”
Fika
Farisya yang dari tadi menunduk tidak menunjukan riak terkejut kerana dia sudah
tahu melalui surat ibunya. Megat Ammar terpempan, terkejut dengan apa yang
singgah di telinganya dan mereka yang berada di situ.
“Err..apa maksud kau Fuad?Kenapa dia
harus melibatkan anak-anak kembar aku?” Megat Ihsan bersuara setelah dari masuk
tadi tidak bersuara.
“Macam
ini Ihsan, Ilman, Engku, Fika, Arissa dan Ammar.Fuad memandang tetamu yang
berkumpul di ruangan itu silih berganti.Ainnur mewasiatkan Ammar untuk menjaga
Fika Farisya sampai bila-bila, ini juga telah di persetujui oleh ibu Fika Farisya
iaitu Rahmah Khalissa.”
Megat
Ammar terlopong. Spontan Megat Ammar bingkas bangun. Hampir putus nyawanya
mendengar amanat yang mamanya minta. Apa mamanya gila suruh Fika Farisya
menjadi isterinya. Duduk sehari pun di dalam rumah ini habis lebam-lebam dia di
buat inikan pula seumur hidup dia mahu menjaga atau lebih tepat mengangkat Fika
Farisya sebagai isterinya. Dia tidak mahu! Walaupun apa berlaku dia tidak akan
mengikut amanat yang telah dibuat oleh arwah mamanya. Never!
BERSAMBUNG... :D
Best.... #^_^
ReplyDeletenk lagi kak fika..:D
ReplyDelete