OLEH : FR
Sungguh
malu tidak terhingga. Banyak mata memandang ke arahnya. Tidak ketinggalan juga
ada yang ketawa bagaikan dirinya bahan jenaka. Kalau ikutkan hati, mahu saja
dia menangis. Menangis kerana dia digelakkan. Orang tengah sakit, boleh pulak
gelak.
Dua
minit sebelum kejadian....
"Alahai
Sos Cili dah habis...", Arina mengadu. Sos yang dijadikan pencicah kentang
goreng itu sudah kehabisan.
"Biar
saya ambilkan”, Taufik bangun untuk mengambil Sos Cili, namun Arina dengan
pantas menghalang.
"Tak
apa, tak apa", ujar Arina. Dia sempat menjeling kelibat Miqael yang duduk
tidak tidak jauh dari tempat duduknya. ‘Macamlah aku tak nampak yang dia
skodeng aku. Arina mengerling buat tidak tahu. "Saya ambil sendiri, awak
duduk je”, ungkap Arina dan terus melangkah untuk mengambil Sos Cili.
Kedebuk!
Aarrgghhh!
Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Dia tahu itu semua rancangan Miqael dan Ezery.
‘Tak habis-habis buat aku malu’. Dulu dekat libary,
sekarang dekat McDonalds. Lepas nie
dekat mana pulak?. Eh.. aku nie macam meminta pula untuk dikenakan.
"Miqa...! Rina
jatuh la", Ezery memberitahu Miqael.
Miqael
sudah nampak kejadian itu. Tetapi apa yang dia boleh buat, bukan dirinya yang
berada di sebelah Arina. ‘Biarkanlah dia, mungkin aku nie dah tak penting dalam
hidupnya’, Miqael hanya mampu menyaksikan insiden itu dari jauh.
"Ya,
aku nampak”, jawab Miqael selamba. Seperti tidak ada apa yang berlaku.
"Takkan
kau tengok je?", tanya Ezery kehairanan. Dia mencuit lengan Miqael. Miqael
menarik nafas lalu dihembuskannya perlahan-lahan.
"Kau
habiskan burger tu dulu, sambil tu kita tengok apa Mamat Korea tu nak buat”,
ungkap Miqael sambil memerhatikan gelagat Taufik dan Arina.
"Burger
aku dah habis dah”, kata Ezery sambil mengunyah. Dalam mulutnya sudah penuh.
Miqael
menyedut air berkarbonat itu sehingga habis. ‘Hendak saja aku pergi dekat dia,
tapi... Biar je dulu aku nak tengok sejauh mana kepandai Mamat Korea tu
mengorat Arina. Kau ingat Arina tu siapa? Nanti tau la nasib kau Mamat
Korea...’, desis hati Miqael.
Ezery
pula seperti tidak berpuas hati. Maklum sahajalah semenjak Mamat Korea itu
masuk ke kolej, populariti Miqael jatuh merudum. Perkara itu tidak boleh
dibiarkan. Miqael lebih layak digelar lelaki paling seksi di dalam kolej ini
dan bukannya Mamat Korea itu.
"Bertenang...
kita aim dulu..." Beritahu
Miqael sambil terangguk-angguk.
"Miqa
kau boleh bersabar tengok awek kau dipegang orang? Isyy kan aku dah pernah
beritahu kau, yang Rina tu begitu mudah bagi orang pegang dia. Aku suruh kau
cari awek lain kau tak nak. Awek kerja pam minyak tu pun okay jugak, tak pun
minah yang kerja dekat kafe tu. Aku tengok cun jer awek tu", Ezery memberi
saranan pada Miqael.
"Dua-dua
tu kau ambik, aku cuma nak Rina je. Takkan ada orang lain. Hanya Arina",
dengan selamba Mikail berkata. Ezery pula kecewa dan hampa. Cadangannya ditolak
mentah-mentah oleh Miqael.
Kereta
yang dipandu Miqael meluncur laju meninggalkan perkarangan shopping complex.
Ezrey yang berada disebelah tempat duduk pemandu sudah kecut perut. 140 km/j.
Laju tak lajulah Miqael bawa kereta.
Ezrey
pelik melihat perubahan pada wajah Miqael. ‘Aikk, tadi muka dia punyalah kelat
dan masam. Sekarang nie tersenyum-senyum, tersengih-sengih. Macam kerang busuk
dah aku tengok muka dia nie’, gumam Ezrey dalam hati.
Miqael
terus dengan sengihannya itu. Dalam diam dia sudah merancang sesuatu. Dia tidak
sanggup melihat Arina bersama Taufik atau mana-mana lelaki lain. Bagi Miqael,
hanya dia sahaja yang boleh mendampingi Arina.
‘Arina
you will be mine. Forever and ever’, bisik hatinya sambil
tersengih. Ezrey disebelah hanya melihat rakannya itu tersenyum sendiri. Ezrey
tahu yang Miqael sedang merancang sesuatu, tapi dia tidak boleh meneka
rancangan apakah itu?
Kereta
milik Miqael terus meluncur membelah jalan raya. Hari semakin gelap.
Kereta itu berhenti di parking lot yang
disediakan oleh pemilik kelab itu. Selepas meletakkan kereta. Miqael dan Ezrey
terus keluar dari kereta dan melangkah memasuki kelab itu untuk berhibur.
Hampir setiap hari mereka akan berada di kelab itu. Mereka merupakan pungunjung
dan pelanggan tetap di kelab itu.
Bunyi
muzik yang kuat itu sedikit pun tidak mengganggu Miqael yang sedang mengelamun.
Mengelamun? Aishh, apalah yang dilamunkan oleh Miqael ye? Hurmm... Maybe dia
tengah fikirkan pasal rancangannya itu.
“Woiii!
Miqa... Aku tengok dari tadi kau asyik tersengih-sengih. Dah macam orang gila
pun ada jugak. Kau apasal senyum sorang-sorang nie? Ceritalah dekat aku apa
yang sedang kau fikirkan, sampai senyum memanjang”, ujar Ezrey di telinga
Miqael.
“Aku
tahu kau sedang merancang sesuatu. Sesuatu untuk mengenakan Arina. Apa lagi
yang kau nak buat dekat Rina, Miqa?”, belum sempat Miqael mahu menjawab
pertanyaan kawannya itu, Ezrey sudah membuka mulut bertanyakan soalan lain pada Miqael. Miqael hanya tersenyum mendengar
soalan kawannya itu.
“Ezrey
aku ada satu tugas untuk kau. Aku nak kau awasi setiap pergerakan Arina serta
kawan dia Fika. Pasal duit kau jangan bimbang. Aku dah sediakan kau duit”, ujar
Miqael pada Ezrey bersungguh-sungguh. Ezrey pula tanpa berfikir terus
menganggukkan kepalanya, tanda bersetuju mahu membantu Mikail memerhatikan
segala pergerakan Arina dan kawannya itu.
“Miqa..
Nie aku nak tanya kau nie. Kenapa dah lama kau tak balik rumah? Kau tau tak
betapa bingitnya telinga aku nie sebab kena membebel dengan mama kau? Kau tau
tak, mama kau asyik call aku jer tanya pasal kau. Aishh, aku dah tak tahan lah dengar mama kau membebel. Kau yang tak
balik rumah, aku pulak yang kena. Tak balik rumah satu hal. Nie lagi satu hal,
mama kau suruh kau ambil alih perniagaan papa kau. Bila lagi kau nak ambil alih
perniagaan papa kau?”, ujar Ezrey kegeraman. Mama Miqael membebel dekat Ezrey.
Sekarang Ezrey pula membebel dekat Miqael. Hehehe. Mama Miqael dan Ezrey sama
sahaja. Dua kali lima, sepuluh.
“Ahhh!
Malas aku dengan mama. Asyik dia jer yang betul. Apa yang aku buat semuanya
salah dimata dia. Kau nie Ezrey buat spoil
jer mood aku. Aku datang sini nak
enjoy, bukannya nak dengar pasal mama aku”, ungkap Miqael geram. Marah pun ada
juga.
“Miqa..
Kau marah kat aku ke Miqa? Aku mintak maaf yer. Ke kau dah bosan tengok muka
aku dekat rumah kau. Yelah aku kan menumpang jer dekat rumah kau”, dengan
tiba-tiba Ezrey bersuara sedih. Moodnya bertukar menjadi sedih malam itu.
“Aku
tak kisah lah kau tumpang rumah aku ke, tido ke, mati ke, sikit pun aku tak
kisah. Cuma kalau kau tak ada dalam rumah aku tu, bosanlah aku. Duduk seorang
diri.”, kata Miqael.
“Weii...
Miqa! Kau nak aku mati cepat ke? Mulut kau nie kan memang tak ada insurans
betullah. Isshh”, marah Ezrey. Marah-marah sayang jer tu.
“Woii..
Ezrey. Setahu akulah kan. Dalam dunia nie memang tak ada lagi orang buat
insurans mulut. Insurans nyawa adalah. Kalau kau nak, aku boleh tolong buatkan
untuk kau. Hahahahah”, jawab Miqael sambik ketawa terbahak-bahak. Ezrey yang
mulanya marah akhirnya turut sama ketawa. Dan mereka menganggukkan kepala
mereka mengikut rentak yang dimainkan oleh DJ kelab itu.
****
Arina
mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus mendail nombor Fika. Dia mahu tahu
keberadaan kawannya itu. “Isshh, mana Fika nie? Mesti dia tak cas telefon
bimbitnya, sebab tu aku call tak dapat”, Rina sudah merungut.
‘Ahh,
biarkan je lah. Mungkin dia tengah sibuk siapkan assignment kot. Mungkin juga
deadline assignment itu semakin hampir, jadi dia terpaksa menyiapkannya’, gumam
hati kecil Arina. “Baik aku tunggu Fika dekat dalam rumah. Bahaya kalau aku
duduk lama-lama dekat luar nie”, ujar Arina sambil mengambil kunci rumah
didalam beg tanganya.
Belum
sempat Arina hendak melangkah masuk kedalam rumah. Dia merasa ada orang yang
telah menolaknya masuk kedalam rumah. Rina jatuh ke lantai. Bila Arina
berpaling menghadap pintu. Alangkah terkejutnya dia dan hampir-hampir dia tidak
mempercayai apabila melihat seraut wajah yang amat dia kenali.
“Mi...mi..qa...,
Ez..rey...”, ujar Arina kegugupan. Dia amat takut memikirkan kemungkinan yang
bakal terjadi. Dia tertanya-tanya kenapa Mikail dan Ezrey datang ke rumahnya.
Tanpa mempedulikan Miqael dan Ezrey, dia terus mengambil telefon bimbitnya dan
terus mendail nombor Fika. Namun belum sempat panggilan itu berjawab, Miqael
dengan pantasnya merampas telefon itu dan menghempaskannya ke lantai. Berkecai
telefon itu. Bunyi hempasan yang kuat itu juga membuatkan Arina semakin kaget
dan seluruh tubuhnya menggigil ketakutan.
“Miqa...,
Ezrey.. Apa yang kau orang nak hah?”, tanya Rina terketar-ketar kerana
ketakutan. Arina memejamkan matanya apabila wajah Miqael semakin mendekat. Deru
nafas lelaki itu dapat dirasanya. “Kau tanya apa yang kami nak? Kau rasa kita
orang nak apa?” tanya Miqael sambil ketawa kuat. Ketawa yang sengaja
dibuat-buat.
‘Ya
Allah selamatkanlah hambamu ini Ya Allah. Bantulah hambamu ini Ya Allah.
Lindungilah hambamu ini dari mereka berdua yang tidak berhati perut’, doa Rina
dalam hati. Ketika itu Rina hanya mampu berdoa dan berserah kepada penciptaNya.
Dia tidak berdaya untuk melarikan diri, kerana keadaannya yang begitu lemah
akibat ketakutan yang teramat.
Ezrey
dengan beraninya menyentuh pipi Rina namun pantas ditepis oleh Miqael. “Kau
jangan sesekali sentuh Rina. Dia milik aku. Hanya aku yang boleh sentuh dia.
Kau faham Ezrey”, ungkap Miqael sambil menjengkilkan matanya pada Ezrey. Dan
Ezrey mengangkat tangan tanda mengalah, lalu dia keluar dari rumah itu.
Meninggalkan Miqael dan Rina berdua-duaan didalam rumah itu.
Arina
melihat Miqael sedang mengelamun. Kesempatan itu dia ambil untuk melarikan
dirinya menuju tingkat atas. Dia masuk ke dalam bilik tidurnya. Belum sempat
dia hendak menutup pintu, Miqael lebih pantas menolak pintu itu.
Kereta
Fika meluncur laju membelah jalan raya. Laju seperti pelesit. Itulah gaya Fika
membawa kereta. Suka bawa kereta laju. Semasa Fika berada di perpustakaan,
hatinya tidak tenang. Dia asyik memikirkan Rina. Dia dapat merasakan ada
sesuatu yang terjadi pada Rina. Jantungnya jadi tidak keruan apabila memikirkan
Rina.
Fika
berdoa di dalam hati semoga rakannya itu dalam keadaan baik. ‘Ya Allah, Kau
lindungilah saudaraku Ya Allah. Jauhilah dia dari sebarang bahaya. Amin
Yarabbalalamin’, doa Fika dalam hati.
‘Ini
semua salah aku. Suka sangat tak cas telefon. Kan dah susah nak call Rina.
Mungkin juga Rina dah banyak kali miscall aku. Kesian dekat Rina. Maafkan aku
ye Rina’, gumam Fika dalam hati. Dia sebal dengan sikapnya yang suka tidak cas
telefon bimbitnya.
“Miqa...
Tolonglah Miqa... Janganlah buat saya macam nie”, tutur kata Rina tidak teratur
disebabkan ketakutan menguasai dirinya. “Miqa.. Jangan buat macam nie Miqa.
Awak tahukan saya sayangkan awak? Sanggup ke awak buat macam nie pada saya?”,
tanya Rina pada Miqael. Dalam masa yang sama dia cuba memujuk Miqael untuk
tidak melakukan perkara yang tidak baik.
BERSAMBUNG.... :D
No comments:
Post a Comment