Tepat pukul 9malam, Nur Adriana mempercepatkan langkah
memasuki semula lorong sunyi lagi gelap yang dirasakan sudah dipenuhi penagih
dadah. Hatinya berdebar-debar juga ingin melangkahkan kaki ke situ. Takut ada
penagih yang membuat sesuatu yang tidak elok pada dirinya. Namun, untuk mencari
seorang lelaki yang bernama Zeril Iskandar itu, dia sanggup! Asalkan habuan itu
digenggamnya. Bolehlah dia meneruskan kehidupan seterusnya tanpa mengharapkan
pertolongan daripada orang lain seperti ayahnya.
Sengaja dia keluar masjid pukul 9 malam, dapatlah dia
meneruskan solat isyak di masjid itu.Tidaklah berulang-alik dari lorong sunyi
ke masjid.Jarak dari masjid ke lorong ini pun sudah mengambil masa 1
kilometer.Memang penatlah kaki dia nak ulang-alik.
Aku kena kuat demi RM10,000! Jangan mengaku kalah Nur
Adriana! Itu janjinya. Sesal pendapatan, sesal kemudian tidak berguna! Dia
tidak mahu usahanyalupus begitu sahaja.
Tadi dia sudah berjanji kepada Datin Zafiah bahawa anaknya akan diawasi
sebaik mungkin. Takkanlah janji itu mahu diingkari kan?Bukankah manusia
selalunya berpegang pada janji? Dan Nur Adriana tidak akan mengingkari janji
itu.
Biarlah dia berpenat untuk satu hari ini. Esok lusa dia akan
kembali memulakan perjalanan hidupnya tanpa berfikir hal-hal yang berat.
Harap mamat itu masih ada lagi.Janganlah kau pergi dari situ
lagi.Hilang kau…hilang habuan itu. Tidak kira apa dugaan yang datang apabila
memasuki lorong sunyi ini, dia akan tempuhi walau apa jua yang berlaku. Ilmu
persilatan yang dipelajari sewaktu dia masih tingkatan 5 akan dipraktikkan
sebaik mungkin.
Apa yang Nur Adriana perlu lakukan sekarang adalah membuka
kasut tumit tingginya. Dia takut kasut tingginya akan menganggu penagih-penagih
tegar yang sedang khusyuk menghisap dadah. Dia tidak mahu diganggu sesiapa pun
buat masa ini.Biarlah penagih-penagih itu menghisap dengan tenang.Bukan dia
tidak mahu menelefon Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk memberikan
maklumat tentang ada golongan penagih tegar dikawasan ini.Dia mahu, cuma masa
tidak mengizinkannya untuk menelefon.Dia mana ada duit syiling yang banyak
untuk menelefon orang sekarang ini.Tadi dia menelefon Datin Zafiah ditelefon
awam sudah menelan dua ringgit.Baru berapa minit aje pun. Bayangkan jika AADK
ingin mendapatkan lebih lanjut tentang kawasan ini, tidakkah ia sesuatu yang
menyusahkan bagi dirinya sehingga terpaksa melaburkan sebahagian wangnya
semata-mata untuk AADK?
Beg galas dan kasut tumit tinggi dipaut seerat mungkin. Nur
Adriana memerhati penuh asyik sekeliling lorong sunyi ini yang lebih gelap
daripada biasa.Hanya ada cahaya yang samar-samar sahaja. Nur Adriana ingatkan
ada cahaya yang akan menerangi lorong ini. Tidaklah dia merasa terlalu takut.
Nur Adriana mengetap bibir.Janganlah ada penagih dadah yang
perasan kehadirannya.Biarlah dia berjalan dengan tenang didalam lorong ini.
Bolehlah dia bertemu Zeril Iskandar secepat mungkin.Matanya dikecilkan sedikit
supaya dapat melihat apa yang berada dihadapan. Dapat melihat sedikit pun tidak
mengapalah.
Tatkala dia menderapkan langkah yang seterusnya, bunyi yang
agak kuat kedengaran ditelinganya.Nur Adriana tersentak. Bunyi kuat itu datang
dari mana ya?fikirnya sejenak.Dia cuba menangkap bunyi tersebut. Dia merasa
bunyi itu seperti bunyi eksoz yang sedang mengaum hebat.
Bunyi ekzos? Maknanya bunyi dari kereta lah kan? Haa..ini
tak lain tak bukan mesti bunyi kereta Zril Iskandar! Nur Adriana hairan.
Kenapa mesti mamat ego itu menguatkan bunyi eksoz pada
kereta sendiri? Adakah pemuda itu sengaja menguatkan volumeLamborghini Aventador nya supaya penghuni disini dapat
mengetahui bahawa eksoznya lebih hebat
daripada orang lain? Kalau Zeril Iskandar berfikiran sebegitu, dia memang
pemuda yang tiada akal fikiran! Mana ada penagih kat sini akan dengar jika
benda yang sedap sudah masuk ke dalam tubuh? Sudah semestinya penagih disitu
akan leka dengan dunia masing-masing.
Nur Adriana tersenyum lebar.Hari ini adalah hari yang
mengembirakan untuknya. Lagi gembira dari apa yang pegawai penjara katakan
padanya semasa dia boleh keluar dari penjara. Sikit masa lagi dia akancall Datin Zafiah dan memberitahu
anaknya akan pulang sebentar lagi. Nasib kaulah Zeril Iskandar! Kakinya
mempercepatkan langkah. Dia akan senyap-senyap lalu dari belakang kereta Zeril
Iskandar supaya pemuda itu tidak mengecam dirinya.
Sampai sahaja di kereta Zeril Iskandar, bunyi eksoz masih
lagi mengaum hebat.Menyakitkan telinga Nur Adriana sewaktu menghampiri kereta
milik pemuda itu.
“Apa bendalah mamat ni.Malam-malam macam ini pun masih nak
tunjuk hebat.Ingat kereta dia paling mahal kat dunia? Sorry sikit! Ada banyak lagi kereta yang mewah dan lagi hebat dari
dia.
Baru dia hendak
menuju kearah pintu kereta yang diduduki Zeril Iskandar, tiba-tiba bunyi
ngauman itu terhenti. Aik? Apasal pulak ni? Tadi bukan main nak mengaum, kenapa
pulak dihentikan secara tiba-tiba?Pelik betullah.Mamat ego itu tahu ke yang dia
berada disini?Harap janganlah.Dia tidak mahu Zeril Iskandar tahu kemunculannya
semula ditempat ini.
****
Zeril Iskandar menghentikan bunyi eksoz yang sengaja
dikuatkan.Dirinya tidak larat untuk meneruskan. Memang sengaja dia berbuat
begitu kerana itulah satu-satunya cara untuk mendapatkan perhatian daripada
orang-orang disini.
Tangannya lincah mengurut dada yang terasa sakit itu
menggunakan minyak cap kapak. Kerusi pemandu diangkat tinggi sedikit supaya
dapat melihat siapakah gerangan yang akan datang menolongnya disebalik side mirroritu.
Memang ada orang yang datang menghampiri keretanya.Tetapi
siapa?Nampak macam seorang perempuan yang berambut panjang.Takkan perempuan itu
datang balik semula ke sini semata-mata untuk bertemu dengannya?Zeril Iskandar
tidak puas hati.Apa sebenarnya yang perempuan ini mahukan? Adakah dia mahu
membalas dendam semula setelah apa yang dibuatnya petang tadi?
Jantungnya mula berdegup kencang.Rasa sakit menghantui
dirinya.Diramas-ramas dadanya dengan kuat.Aduhai… masa inilah dia nak sakit
balik. Ingatkan bila letak minyak cap kapak disekitar dadanya, kesakitannya
akan berkurangan. Ini tidak, makin bertambah teruk jadinya.Dia rasa mahu pergi
ke hospital sekarang ini.Tetapi dia tidak mampu membawa kereta saat ini.
Kesakitannya bertambah teruk dan dia memerlukan pertolongan daripada perempuan
itu untuk membawanya ke hospital sekarang juga! Biarlah perempuan itu nampak
tubuhnya yang tidak berbaju.Asalkan perempuan itu sanggup menolongnya.
Tangan kanannya mengetuk kuat pintu cermin kereta.Dicuba
juga untuk menguatkan dirinya walhal dirinya tidak terdaya untuk mengetuk
cermin sekuat itu.Harap perempuan itu dapat mendengar dan seterusnya datang ke
tempatnya.Nur Adriana yang masih lagi di belakang tersentak mendengar ketukan
bertalu-talu di pintu kereta Zeril Iskandar.
‘Mamat ego itu tahu ke aku ada kat belakang kereta dia?’Nur
Adriana mengetap bibir.
Kalau mamat itu tahu aku pegang kereta mewah dia, habislah!
Tak pasal-pasal kena marah sekali lagi.Bukan dia tidak tahu perangai mamat ego
itu.Marah macam tak ingat dunia. Walaupun dia kenal pemuda itu baru beberapa
jam yang lepas, tapi dia sudah dapat tangkap perangai Zeril Iskandar yang agak
melampaui batas. Asal ada yang tidak kena sahaja, pasti nak marah-marah.
Zeril Iskandar berasa penat.Tangannya sudah naik
lenguh.Kenapalah perempuan itu masih tidak faham ketukan yang kuat di pintu
keretanya.Aku nak suruh dia tolong aku, dia buat selamba badak saja.Masih jugak
nak tercongok kat belakang kereta aku. Datang ajelah kat sini perempuan!! Dia
hanya berkata didalam hati.Suaranya sukar untuk meluahkan ketika waktu sedang
tenat ini.
Dadanya berombak kencang.Nafasnya turun naik.Zeril Iskandar
merasakan kehidupannya bakal berakhir malam ini.
‘Cepatlah perempuan…datang sini. Aku dah tak tahan sangat
ni.”matanya terpejam.
Nur Adriana menggaru kepalanya yang tidak gatal.‘Aik?Tadi
ketuk punyalah kuat, tiba-tiba aje mamat ego itu tidak mahu teruskan.Dia nak
suruh aku jumpa dia ke?’ Hatinya mula berdebar-debar. Masa sekarang sudah
menginjak ke pukul 10 malam.Dia tidak boleh membuang masa lagi.Lantas, dia
pergi ke pintu kereta pemandu yang diduduki Zeril Iskandar.Terkedu dia tatkala
berdiri dihadapan pintu kereta pemandu.
Badan Zeril Iskandar tidak berbaju!
Gulp! Nur Adriana menelan air liur.Matanya membulat.Seksi
betul badan dia… ada six peck lagi.
Dilihat Zeril Iskandar sedang membaringkan diri sambil
memejamkan mata dikerusi pemandu.Aik?Dia sakit ke?Hatinya mula risau.
Pintu kereta cuba dibuka namun tidak berjaya. Zeril Iskandar
telah mengunci dari dalam! Nur Adriana gelisah. Macamana ni?
Wajahnya didekatkan ke cermin kereta mewah itu.Zeril
Iskandar bertarung nyawa, menyelamatkan diri.Mana dia nak cari kunci?Dirinya
semakin gelisah dan risau melihat keadaan Zeril Iskandar yang agak lemah itu.
Kalau Datin Zafiah tahu yang anaknya sedang sakit ketika ini, nahas dia!
Bukankah awal-awal tadi Datin Zafiah telah memesan padanya supaya menjaga
keselamatan anaknya dan awasi Zeril isakndar dimana sahaja dia berada?
Sekarang ini, dia yang menggalas tanggungjawab itu.Dan,
apabila Zeril Iskandar sakit, dirinya pulak dalam keadaan serba salah.
Akalnya berfikir bagaimana mahu membuka pintu kereta ini
tanpa menggunakan alat yang tajam. Kalau menggunakan alat-alat yang tajam,
pasti akan mencacatkan kereta mewah ini.
‘Hmm..apa yang perlu aku buat ya?’detik hatinya. Masalah…masalah..
Ke hulu ke hilir dia berjalan memikirkannya, namun satu
jawapan tidak ditemui.‘Perlu ke aku suruh Zeril Iskandar yang membukanya
sendiri?Ataupun aku cari dawai halus supaya senang buka?Tapi nak cari
dimana?’Dirinya buntu.Sudahlah gelap lorong sunyi ini, nak cari dikedai
berhampiran, malas pulak rasanya.Ada baiknya dia suruh sahaja si mamat ego itu
yang membukanya.
Tanpa melengahkan masa, dia mengetuk cermin kereta mewah itu
dengan sekuat hatinya.
“Zeril Iskandar…Please,
open the door!!”
Biar pemuda itu sedar
akan kehadirannya disini. Zeril Iskandar yang masih bertarung nyawa melawan
kesakitannya, cuba untuk bangun walaupun tatkala ini dia dalam keadaan lemah.
“Kau datang pun..Sekejap, aku cuba buka pintu ni.” Namun,
bila Zeril Iskandar bangun, kesakitannya makin kuat menyerang.Dia terbaring
semula.
Argh!! Nyaring suaranya.Nur Adriana terkejut.
“Ya Allah!! Zeril Iskandar, wake up!!jeritnya kuat.Nur Adriana sudah mula gelabah.Airmatanya
jatuh tiba-tiba.Janganlah Zeril Iskandar menghembuskan nafas terakhir didalam
kereta ini. Dia tidak mahu Zeril Iskandar mati sekarang!
“Zeril Iskandar, please!!
Saya harap sangat awak bangun! Jangan begini!Cuba bertahan.”jeritnya sekali lagi. Zeril
Iskandar membuka matanya perlahan-lahan.
Perempuan itu masih disini! Tangannya mengigil-gigil membuka pintu
kereta.Sedaya upaya dia membuka pintu itu.
Nur Adriana tergamam! Zeril Iskandar masih bernafas.Dia
bangga dengan usaha yang dilakukan Zeril Iskandar semata-mata untuk membuka
pintu ini.Memang payah hendak menggapai sesuatu benda jika kesakitan berlaku.
Zeril Iskandar..what’s
wrong with you? Are you okay? Tangannya menyentuh badan Zeril Iskandar
tanpa rasa malu dihati.Jiwanya sekarang ini hanyalah memikirkan keadaan Zeril
Iskandar yang sarat sahaja.Tidak memikirkan apa-apa yang tiada kaitan.
Zeril Iskandar mengangguk perlahan.Tangannya mencengkam
tangan perempuan itu dan dibawa ke dadanya.Dia tidak mampu berkata-kata, hanya
perilakunya sahaja yang dapat membuat perempuan disebelahnya faham dengan
situasinya.
Nur Adriana terkejut.Tangannya dibawa ke dada mamat ego
itu.Dia hanya membiarkan sahaja kelakuan Zeril iskandar walaupun hatinya
meronta-ronta untuk dilepaskan.Rasa berdosa dengan apa yang dilakukannya
sekarang.
“Awak sakit dada ke?”
Zeril Iskandar tidak menjawab.Matanya terpejam.Nur Adriana
mengetap bibir.Mungkin Zeril Iskandar membawa tangannya ke dada supaya dia
dapat meneka kesakitan pemuda itu.Adakah kerana pengambilan pil ekstasi dan
arak yang menyebabkan Zeril Iskandar menjadi seteruk ini?
“Awak, saya tak boleh tunggu lagi.Awak kena buat rawatan
sekarang jugak.Harap awak benarkan saya membawa kereta awak.”Nur Adriana tidak
boleh berlengah lagi.Tangannya dilepaskan. Kunci kereta sudah ada ditempat yang
terletak elok disebelah stereng kereta, maka dia perlu mengarahkan Zeril
Iskandar agar duduk disebelah pemandu dan dia akan membawa kereta.
Zeril Iskandar hanya menurut perintah perempuan itu. Demi
menyelamatkan dirinya, dia sanggup berbuat apa sahaja untuk selamat. Biarlah
hari ini sahaja dia menurut perintah orang, esok lusa bila dia sihat semula,
dia akan menyuruh orang mentaati perintahnya.
Dialihkan dirinya ke tempat duduk sebelah.Nur Adriana
tersenyum. Ikut jugak katanya! Dia terus melabuhkan diri didalam kereta mewah
itu. Dengan lesen kereta yang masih lagi berada didompetnya, dia akan membawa
kereta ini dengan sebaik mungkin.Hospital yang dia rasakan paling dekat setakat
ini hanyalah Hospital Serdang.Hospital itulah yang kerap kali dia pergi.Ada
sebab dia pergi ke situ.
Sebabnya..lelaki yang berada dihospital itu pernah
menjalinkan hubungan istimewa dengannya…
Ah! Tidak patut dia memikirkan pasal lelaki itu! Lelaki yang
disebelahnya lagi penting buat masa ini.
Pandangannya melekat pada wajah mamat ego yang masih
memejamkan mata.“Dah sedia, Zeril Iskandar?Kita bergerak sekarang. Awak jangan
takut, saya ada lesen kereta.”ujarnya lembut. Nur Adriana hanya menjelaskan
kepada Zeril Iskandar walaupun dia tidak mahu mendengar apa yang diperkatakan.
We will start now, Zeril Iskandar!” Denagan lafaz bismillahirahmanirahim…kereta
mewah itu meninggalkan lorong sunyi ini.
***
Setengah jam kemudian,
Nur Adriana tiba di Wad Kecemasan Hospital Serdang. Diberhentikan
betul-betul kereta Zeril Iskandar ditengah lobi utama.Terdapat juga tiga van
kecemasan yang berwarna merah putihZeril Iskandar dipandang dengan penuh belas
kasihan.Mata lelaki ini dari tadi tidak dibuka.Hanya mendengar hembusan nafas
sahaja.
Dada Zeril Iskandar disentuh.Alhamdulilah..nampaknya
kesakitan Zeril Iskandar tidaklah teruk seperti tadi yang agak
membimbangkannya.
“Awak tunggu sini, saya pergi panggil nurse sekejap.”katanya seorang diri tanpa menanti jawapan Zeril
Iskandar.Tanpa memakai kasut tinggi, Nur Adriana pantas keluar dari kereta itu
dengan tergesa-gesa.Orang yang lalu-lalang disitu agak pelik melihatnya berkaki
ayam. Tapi, dia peduli apa? Dia tidak
ganggu pun hidup orang.
Sampai di kaunter pertanyaan, Nur Adriana menegur salah
seorang pekerja yang berada dikaunter itu.
“Nurse, bantu
saya.”termengah-mengah suara Nur Adriana bersuara. Pekerja yang bernama Nur
Aisyah itu bangun dari tempat duduknya.
“Ada apa, cik?”soal Nur Aisyah lembut.
“Kawan saya, dia sakit tenat sekarang ini.Boleh panggilkan
doktor secepat mungkin?”
“Dia berada dimana sekarang?Nur Aisyah mula kelam kabut.
Patutlah perempuan ini termengah-mengah bila bercakap.Rupa-rupanya kawan sakit.
“Dia ada didalam kereta.Panggilkan doktor cepat ya.”
“Cik bertenang dulu ya, kami akan panggil penolong pegawai
perubatan untuk rawatan seterusnya.”
“Cepat sikit. Kawan saya sakit sangat tu.” Nur Adriana
memang tidak boleh bersabar lagi.Jika boleh dia mahu Zeril Iskandar kembali
seperti sediakala.
“Sabar ya, saya panggil kawan saya kejap.”
“Fikri Johari, meh sini jap.”
Fikri Johari yang sedang membetulkan katil pesakit terhenti perbuatannya.Terus
dituju ke arah pekerja dikaunter itu.
“Ada apa kak?”Matanya bertembung dengan mata Nur Aisyah.
“Ada pesakit sedang tenat diluar sana, tolong sediakan
apa-apa yang patut.Panggilkan sekali penolong pegawai perubatan.Secepat mungkin
ya, adik.”jelas Nur Aisyah.
Nur Adriana hanya mendiamkan diri sahaja.Malas mahu
menyampuk.
“Baik kak”.Fikri Johari hanya mengangguk kepala.Pandangannya
tertumpu pada susuk tubuh yang tidak memakai kasut disebelahnya.Nampak agak
kalut.Biasalah, bila ada yang sakit, semuanya serba tidak kena hingga pakaian
pun tidak lagi mencerminkan keterampilan seseorang itu.
“Cik, pergi sedarkan kawan cik dulu, saya akan menyusul
kemudian membawa katil
“Baiklah.Cepat sikit ya.”katanya dengan sedikit kelam-kabut.
Nur Adriana berpatah semula ke kereta.Pintu kereta belah kiri dibuka.Kelihatan
Zeril Iskandar masih memejamkan mata.Dada lelaki itu disentuh.Masih berdenyut
dengan kuat.
“Kuatnya jantung dia berdenyut. “Nur Adriana mula risau. Harap-harap janganlah ada apa-apa
yang berlaku pada mamat ego ini.
“Tepi cik, Saya nak angkat dia diatas sini.Nur Adriana
pantas memberi laluan kepada 4 orang yang bakal memapah Zeril Iskandar diatas
katil yang disediakan tanpa memikirkan apa-apa lagi. Nyawa Zeril Iskandar perlu
diselamatkan sekarang juga!
Bantuan pernafasan telah diberikan.Selimut putih menutupi
sebahagian badan Zeril Iskandar yang terdedah.
Nur Adriana lega.Hatinya sedikit demi sedikit menjadi lebih
tenang apabila Zeril Iskandar sudah mendapatkan rawatan selanjutnya.
Alhamdulilah…
***
“Nur Aisyah, awak ada nampak perempuan yang bawa seorang
lelaki tadi?”kata doktor lelaki yang bernama Wan Zubair itu.Ketika ini, Nur
Aisyah dan rakannya sedang asyik berbual.Terpana Nur Aisyah mendengar suara
itu.Lantas dia berdiri tegak. Matanya bersatu dengan mata doktor itu. Suara
doktor ini yang boleh membuatkan jiwanya resah dan gelisah.Bertembung dengan
doktor ini seakan-akan memberi semangat untuknya bekerja keras di unit
ini.Sudah hampir 2 tahun dia bekerja disini, siang malam asyik terkenangkan lelaki
ini sahaja.Beruntung siapa yang dapat menakluki hati lelaki ini.
“Nur Aisyah..saya tanya awak ni..”suara doktor ini
membuatkannya terpukau sekali lagi. Ternyata aura doktor ini sememangnya
kuat.Tidak terpejam matanya dari memandang doktor ini.Fatyn yang berada
disebelah mula rasa seram sejuk dengan tingkah kawannya yang kurang siuman
apabila bertemu doktor ini.Bawah baju Nur Aisyah ditarik kuat.Memberi amaran
agar tidak bersikap mengada-ngada didepan doktor Wan Zubair.
“Dia ada diluar doktor Wan.Katanya, jika doktor sudah
memberi keputusan tentang masalah kesihatan yang berlaku pada kawannya,
cepat-cepat maklumkan pada dia.”
“Dia tak mahu temankan kawan dia?”
Nur Aisyah menggeleng-geleng.“Dia kata lebih baik tunggu
diluar kerana didalam ini agak kelam-kabut dan dipenuhi dengan pesakit yang
sedang bertarung nyawa.”kata Nur Aisyah dengan hormat. Namun, matanya masih
lagi tidak mampu menepis wajah doktor Wan Zubair yang nampak berseri-seri
dimatanya.
“Ooo..kalau macam itu, saya cari dia di luar dulu. Ada perkara
yang saya mahu katakan padanya.”Muncung mulut Nur Aisyah apabila doktor Wan
Zubair berkata begitu.Didalam kepala terbit rasa cemburu yang amat sangat. Dia
memang tak suka jika doktor ini bercakap dengan perempuan lain yang jauh lebih
cantik darinya. Tapi, rasanya doktor Wan Zubair takkan pandang perempuan itu
kot.Sebab masa perempuan yang menyelamatkan lelaki itu datang menerjah ke
kaunter ini, mulutnya sedikit ternganga melihat kelakuan perempuan itu yang
tidak berpenampilan langsung.Kasut pun tidak dipakai, apatah lagi rambut yang
berserabut macam Pontianak harum sundal malam ditambah lagi dengan sikap
kalutnya yang tidak tentu arah itu menjadikan perempuan itu bukan saingannya.
Selepas doktor Wan Zubair berlalu dari situ, Fatyn terus
menyiku lengan Nur Aisyah sehingga mengaduh kesakitan.“Kau ni kenapa hah?
Tergedik-gedik dengan doktor Wan tu. Eei..geli aku tau tak!”
“Ala..macam kau tak biasa pulak.”Nur Aisyah menjeling
kawannya.Digosok-gosok lengannya yang dipukul Fatyn.
“Janganlah terlampau gedik sangat mak cik oii! Kau mesti
ingat..kau tu dah bertunang, tak lama lagi nak kahwin. Karang tak pasal-pasal
aku call si Amar tu. Cakap yang kau main kayu tiga belakang dia.”Fatyn mula
mengugut.
“Aku minat pun tak boleh ke?”Terjengil mata Nur Aisyah
membuatkan Fatyn mencebik bibir.Kalau boleh, semua lelaki hensem dia nak kebas
dulu.Macamanalah jika Amar tahu yang tunangnya ini mengedik dengan doktor kat
unit ini. Pasti Nur Aisyah akan menangis tak berlagu..
“Dah..dah.Tukar topik. Sekarang ini settlekan apa yang penting dulu. Bawa cawan yang kau minum ni pergi
singki kat belakang. Aku nak kemas kaunter. Menyemak aje fail atas ni. Dari
tadi bersepah-sepah.Macam tongkang pecah!”Rungut Fatyn geram.
“Saja lah tu nak tukar topik.Benci betul!”Nur Aisyah
mengambil cawan yang dihiasi dengan mawar merah. Terus dia pergi ke belakang
tanpa memandang kawannya yang tersengih-sengih!
***
“Ehem..ehem”satu suara yang memberi teguran dari belakang
mengejutkan Nur Adriana yang sedang duduk memerhatikan langit yang berkelipan diatas.
Kereta Zeril Iskandar ditinggalkan ditempat parking kereta.
Suara siapa pulak
yang menganggu aku ni?Baru nak tenangkan diri, dah ada orang datang
menganggu.Nur Adriana berpaling ke belakang.Terkejut bukan kepalang apabila
melihat lelaki dihadapannya.
Doktor Wan Zubair terkedu! Perempuan ini! Dia kenal
perempuan ini!
Matanya terkebil-kebil memandang jejaka didepannya ini.Rasa
macam pernah tengok lelaki ini, tapi di mana erk?
“Nur Adriana?”
Memang sah lelaki ini
mengenalinya!
BERSAMBUNG... :D
best2
ReplyDeletetq dik Ruuna..nnt akk up lg y
DeleteWah ni ada cerita lain ni sebalik kisah adriana. Cinta lama
ReplyDeletei2 kena tunggu kak..hehe
Deletetq y kak sbb sudi bce karya eya slama ni..appreciate sgt2.. :)
Best.....
ReplyDeletePlease cepat2 sambung dear... #^_^
tq y Atiza..appreciate sgt..
Deletennt eya smbung lg y..
NAK LAGI..BEST..:D
ReplyDeletealhamdulilah..tq y arifuka kashirin sbb sudi bce karya eya.. :)
Deletejalan crita semakin menarik..
ReplyDeletenk lgi2...heeeee
haha..nanti akk up lg y.. ;)
Delete