OLEH : MYA AZLISHA
TERIK
panas kian membahang. Setelah membuka khemah dan meja, Kifayah tekun membantu
emaknya dengan mengikat bungkusan laksa, laksam, mee kari dan bihun sup
menggunakan getah kemudian menyusunnya di atas meja jualan.
Kemudian
dia membungkuskan kuah-kuah makanan yang di jual itu pula. Ramai betul peniaga
yang berniaga di tapak pasar malam di depan Sekolah Menengah Tsung Wah.“Dah siap bungkuskan semua?” Soal emaknya yang baru balik dari berbual dengan
Doyah, pesaingnya dalam berniaga.
“Dah.”
Jawab Kifayah bersahaja.
“Mak
dah tanya Doyah, resepi kuah laksa dia. Alah, lebih kurang sama je macam kuah
mak. Mak sempat jeling bungkusan dia tadi, sikitnya, lagi sikit dari bungkusan
mak. Jangan Kifa risaulah! Bungkusan kita ni lagi banyak, mesti puas pelanggan
makan.
Eh,
apasal anak Doyah si Naim tu asyik dok tengok Kifa dari tadi? Kifa, jangan nak
menggatal ya?” Emaknya mula membebel apabila mendapat anak bujang, Doyah
seringkali memerhatikan Kifayah.
“Mak,
Kifa tengah sibuk membungkus kuah ni, tak ada masa nak mengatal kat sini!”
Jawab Kifayah dengan muka masam.
“Tengok
tu, orang tegur tarik muka. Ingat, kalau nak mengatal cari yang senonoh sikit.
Setakat anak Doyah tu, buat malu mak ja nanti. Sekolah pun tak habis, berniaga
pasar malam saja! Tak bertokoh nak buat suami!”
“Mak,
apa mak merepek ni? Kifa baru 19 tahun, apasal cakap pasal 'suami' pula ni?”
Kifayah benar-benar sakit hati, tapi sebagai anak apa lah daya untuk membentak.
“Tak adalah, mak cuma nak ingatkan Kifa je?
Jodoh Kifa biar mak dan ayah yang tentukan. Tak payahlah nak fikir....” Kifayah
mengelengkan kepalanya. Perbualan itu terhenti apabila pelanggan mula
membanjiri gerai emaknya.
“Err,
laksa sepuluh bungkus, bihun sup lima, laksam tujuh bungkus!” Man Boroi
memberitahu Rafeah.
Matanya tertancap pula pada Kifayah. Terlopong
mulutnya. Fuyooo, cunnya budak ni!
“Ini,
anak Kak Peah yang mana pula?” Tegur Man Boroi dengan ramah.
“Ini
anak Kak Peah yang nombor tiga, Kifayah namanya. Rihanna kan dah kahwin,
sekarang ni giliran adiknya pula yang membantu.” Beritahu Rafeah dengan mesra.
Man Boroi mengangguk dan tersenyum pada Kifayah.
Kifayah
buat-buat tidak nampak. Menyampah melihat senyuman gatal lelaki itu. Gigi
sudahlah rongak! Ingat molek sangat muka dia tu? Tak sukanya.....
Man
Boroi menyambung lagi. Dia memang jenis bermulut manis dan pandai mengayat.
“Anak-anak
Kak Peah semuanya cantik-cantik, macam Kak Peah juga! Tapi Kifayah ni, saya
rasa yang paling cantik sekali dari yang lain. Sekolah lagi ke Kak Peah?” Tanya
Man Boroi yang berminat. Rafeah yang mendengar pujian bertambah kembang
semangkuk. Tidak muat rasanya kain yang dipakainya ini. Hampir terkoyak pula.
“Tahun
ni nak ambil STPM. Lepas ni, giliran dia pula nak dikahwinkan.” Khabar Rafeah
dengan senyum.
Bulat
mata Kifayah mendengarnya. Eee, dia masih muda trang tang tang, mak dia dah
sibuk menjaja soal nikah kahwinnya. Man Boroi melirik gatal pada Kifayah yang
sedang membungkuskan kuah itu. 'Amboi, buat kerja penuh tertib anak dara ni!
Ishh, dia jeling-jeling pula. Aduhai, berkocak jantung den! Kalau dapat buat
bini ni, sure tak keluar rumah seminggu!'
“Banyak
membeli hari ni Man?” Tanya Rafeah lagi. Man Boroi segera mengeluh.
“Biasalah,
orang rumah saya tu, pemalas sungguh memasak. Asyik nak besarkan badan je kerja
dia. Makan sampai berpuluh-puluh pinggan sehari. Letih saya nak bela bini macam
tu. Pembantu rumah kan ada dua orang, itu yang semakin naik lemak dia tu! Pecah
kepala saya dibuatnya!!!” Man Boroi mengutuk isterinya yang gemuk gedempol itu.
Anak-anaknya yang seramai tiga orang itu pun, ikut jejak isterinya. Semuanya kuat-kuat makan dan sihat sungguh tubuh badan.
Kifayah
mencebik, mengutuk bini dia bukan main lagi! 'Yang badan dia gemuk, tak
sedar-sedar? Perut boroi kalah perempuan mengandung 9 bulan, kepala bulat, pipi
bertimbun macam kuih apam, selamba hina bini dia, memang dasar jantan tak sedar
diri!' Rafeah pula mendengar dengan penuh minat.
“Ishh,
ishhh, kesiannya Man. Tak bolehlah macam tu, isteri ni kena jaga makan pakai
suami. Anak-anak Kak Peah, memang kak Peah didik dari sekolah rendah lagi buat
kerja-kerja rumah. Kifayah ni, memang kerja rumah A plus lah! Jangan kata
habuk, kuman pun susah nak jumpa dalam rumah Kak Peah tu! Rajin sungguh lah.
Memasak lagilah, kalah masakan kat hotel lima bintang! Lebih kurang macam
master chef yang masak.” Puji Rafeah yang begitu berbangga memuji anak-anaknya.
Kifayah
menarik muka masam. Wajah Rafeah direnungnya.
'Eee,
tak sukanya dengar! Apasal mak aku ni, menyemakkan nama aku pula? Dahlah puji
melambung tak kena tempat pula tu? Buat malu betul lah! Bagi nasihat bukan main
lagi, tapi makan minum ayah selama ni, kakak-kakak, aku dan adik yang ambil
tahu. Dia asyik sibuk siapkan barang-barang berniaga je kat rumah!'
Man
Boroi yang mendengar bertambah teruja untuk mengenali anak ke tiga Kak Rafeah
yang cun melecun ini.
'Sudahlah
cantik, pandai buat kerja-kerja rumah, rajin pula tu! Memang bertokoh nak buat
bini ni. Tapi si badak berendam kat rumah aku tu nak campak mana? Alah buang
jelah, bukan berguna lagi? Dah berkedut, berlemak sana-sini. Nak tengok pun
padam selera aku.' Man Boroi mengutuk isterinya.
“Iya
ke? Bertuah lah lelaki yang dapat kahwin dengan Kifa nanti. Beruntung sungguh!
Saya ni Kak Peah, dah semakin bosan mengadap bini saya tu. Balik rumah serabut
betul tengok penampilan dia. Rambut dia dah macam kilang kutu. Pemalas pula tu
nak mandi, busuk jangan dok katalah. Kalah kerbau Mat Soud!
Tapi
sebab itu je bini yang ada terpaksa lah Kak Peah, tutup biji mata dan lubang
hidung ni, menjalankan tanggungjawab saya dengan rela hati! Dah berbuih mulut
bagi nasihat. Macam tu juga jadinya. Dia nak apa semua saya bagi, gelang emas
sampai ke bahu, rantai emas sebesar tali ikat kapal selam, sampai berbirat
leher dia pakai itu pun, nak membeli lagi barang kemas bulan ni, duit poket
lagilah sebulan sampai RM5, 6 ribu!
Itu
pun kadang-kadang lebih dari tu saya bagi! Sedih sungguh saya, sebab isteri
saya tu, tetap tak mau berubah, makin teruk lagi ada lah. Entahlah Kak Peah
apalah malang nasib saya ni.” Man Boroi mengutuk bini dia lagi tanpa sedar, bau
badannya pun lebih kurang kerbau Mat Soud.
Kifayah yang mendengar semakin jelek rasanya. Bertambah meluat dengan lelaki ini. Lelaki jenis apa, suka memburuk-burukkan isteri sendiri.
“Sabarlah
Man. Bertuah sungguh bini kamu tu, dapat suami bertanggungjawab macam kamu.
Macam-macam yang kamu bagi ya walaupun bini kamu tu busuk macam kerbau!” Rafeah
menasihatkan Man Boroi. Man Boroi mengangguk berulang kali.
“Err,
okeylah. Saya balik dulu, menganggu Kak Peah pula nak buat kerja. Bukan apa dah
lama saya pendam masalah saya ni, saya dah tak sanggup lagi nak bertahan. Dah
lama saya menderita. Anak-anak saya dah telefon banyak kali, lapar kat rumah
tu. Nak harap mak dia, kebulurlah tak makan jawabnya. Jangan kata nak masak,
nak pergi beli lauk kat kedai yang dah siap tu pun, pemalas. Asyik makan,
tidur!
Hmm,
tak sabar nak makan laksa Kak Peah. Saya ni pun kalau tak pekena laksa Kak
Peah, mahunya meroyan saya dibuatnya. Berapa semua?” Soal Man Boroi mengerling
gatal ke arah Kifayah.
Di
bukanya dompetnya yang tebal dengan duit itu dengan tujuan ingin
menunjuk-nunjuk pada Kifayah dan Rafeah. Rafeah apalagi, hampir juling biji
mata dibuatnya melihat duit sebanyak itu. Rasa begitu berbangga dengan Man
Boroi.Kifayah mula mengira dengan malas. Menyampah betul dengan sikap Man Boroi
yang suka menunjuk-nunjuk itu.
“Semuanya RM55.OO.” Beritahu Kifayah dengan muka serius pada Man Boroi yang tidak jemu memandang wajahnya.
“Amboi,
sedapnya suara! Ini kalau menyanyi, mesti macam buluh perindu. Kalau Siti Nur
Haliza dengar, merajuk tak nak nyanyi dah!” Puji Man Boroi yang dirasakan tidak
tentu hala oleh Kifayah itu. Man Boroi menghulurkan RM 100 untuk Kifayah. Cepat
Kifayah menarik tangannya sebelum lelaki itu menyentuhnya. Dasar jantan miang!
Menyampahnya.
“Tak
apalah Kak Peah, simpanlah baki tu. Sedekah dari saya, Kifa kan sekolah lagi.
Ini untuk belanja sekolah dia, ambil lah saya sangat ikhlas," Man Boroi sengaja
menampilkan sifat terpujinya.
Rafeah
tersenyum sampai telinga.Membulat mata Kifayah mendengarnya. Segera memprotes
kebaikan lelaki itu.
“Eh,
tak payah. Kalau nak bersedekah, bukan kat sini tempatnya. Ouchhh!!!” Kifayah
menahan sakit apabila pahanya ditampar oleh emaknya. Rafeah segera mengawal
situasi.
“Ya
Allah, terima kasihlah Man. Semoga murah rezeki Man.” Ucap Rafeah terharu.
Tersengih-sengih Rafeah biarpun Man Boroi sudah pun berlalu. Not Rm 100 yang dipegangnya dipandang dengan teruja.
Tersengih-sengih Rafeah biarpun Man Boroi sudah pun berlalu. Not Rm 100 yang dipegangnya dipandang dengan teruja.
“Mak
ni, suka hati dia je terima duit orang,” tegur Kifayah yang sangat tidak
berkenan dengan perangai emaknya ini. Kalau fasal duit, memang tiada kompromi.
“Biarlah,
dah orang nak sedekah. Kifa, err...duit baki yang Man bagi Kifa ni, Kifa bagi
kat mak je lah! Kan hari tu, mak yang bayar yuran STPM Kifa? Kiranya settle lah
yea,” pinta Rafeah yang Kifayah cukup faham sangat dengan perangai berkira dan
kedekutnya. Kifayah melepas keluhan dan mengelengkan kepalanya.
“Ambillah,
Kifa pun tak nak duit lelaki tu,” balas Kifayah. Apalagi sengihan Rafeah
bertambah lebar. Untungnya mempunyai anak-anak yang cantik-cantik. Sekarang
ini, dia akan menanti mana-mana lelaki kaya yang bakal berkenan dengan Kifayah.
Semakin senang hidupnya nanti.
BERSAMBUNG... :D
No comments:
Post a Comment