Arina keluar sambil menolak trolinya yang sarat ke tempat letak kereta.Ketika
dia terpandang keretanya,dia terus menolak troli menuju ke tempat letak kereta.
Langkah kakinya dicepatkan supaya cepat sampai ke situ.Riak di wajahnya risau
akan Fika.
Setelah Arina sampai di tempat letak kereta,dia langsung tidak ternampak kelibat Fika di situ.Arina mula memandang di sekeliling tempat letak kereta.Tiba-tiba dia terpandang susuk tubuh yang sangat dikenali sedang membelakanginya.
“Tu Fika,dia dengan siapa tu?” Arina mengerutkan dahinya.
Arina menyeberang jalan dan menuju ke arah gerai goreng pisang. Dia nampak Fika berbual mesra dengan seorang lelaki tua. Troli yang penuh tadi tinggalkan begitu sahaja di tepi kereta.
“Pakcik berapa semuanya?”.Fika bertanya sambil melemparkan senyuman mesra.
“Semuanya RM 6.00 nak”. Kata penjual pisang goreng.
“Nah. Baki selebihnya pak cik simpan lah ya”. Fika
menyuruh pakcik yang menjual pisang goreng supaya tidak mengembalikan duit
bakinya. Dia ikhlas memberinya.
“Eehh..tak boleh macam tu nak. Duit anak ini ada berbaki 4 ringgit ini.”
“Takpe pak cik saya ikhlas bagi duit baki tu dekat pakcik. Kalau pakcik tak nak duit tu pakcik bagi je kat anak pakcik yang nak beli Donut kat dalam Tesco itu.”
“Terima kasih nak. Semoga tuhan melindungi dan murah rezeki anak kelak”. Ujar pakcik penjual pisang goreng kepada Fika.
“Sama-sama pakcik,kalau macam itu saya minta diri dulu la. Nanti kawan saya tunggu pulak kat tempat letak kereta.”
Fika berlalu sambil tersenyum kepada penjual pisang goreng dan anaknya. Semasa dia hendak menoleh ke belakang dia terjerit kecil.
“Oh mak kau meletup! Kau ni Rina kalau nak berhenti tu cuba bagi bunyi sikit. Taklah kau buat aku terkejut. Nasib baik pisang goreng aku tak terjatuh ke tanah. Kalau tak alamatnya kempunan cacing-cacing dalam perut aku nak makan.”
Sambil ketawa Fika menarik tangan Arina mengikut langkahnya menuju kereta. Arina yang melihat perubahan Fika terasa seolah-olah senyuman dan ketawa Fika hanya bagi menutup perasaan sedihnya. Berpura-pura ceria, ketawa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Dia sangat memahami sikap Fika yang satu ini. Arina
hanya memandang Fika yang lincah memasukan semua barang yang mereka beli
ke boot keretanya.
Ketika mereka berada di dalam kereta, suasana didalam kereta sunyi sepi. Mereka hanya di temani DJ radio yang bising berceloteh sambil memutarkan lagu-lagu permintaan dari para pendengar. Arina memalingkan wajahnya sepintas lalu ke arah wajah Fika yang sedang memandu.
Dia melihat wajah Fika kelihatan sangat tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi. Timbul persoalan di hatinya. Apa Fika tidak ada perasaan marah atau dendam kepada Ezery? Di mana Fika mendapat ketenangan itu? Tetapi sejak dia mengenali Fika,dia memang tidak pernah melihat Fika marah atau menangis.

“Dimana Fika mendapatkan ketenangan dan kesabaran
selepas apa yang berlaku didalam Tesco tadi.” Arina menyoal dirinya sendiri.
Pendek kata semua persoalan yang timbul di minda dijawab oleh dirinya sendiri.
Arina mula gelisah melihat semakin lama dia terasa kereta yang dipandu oleh Fika semakin laju.Dia dapat merasa denyutan jantungnya semakin laju. Dia memandang sekilas kepada Fika. Dia nampak betapa seriusnya wajah Fika ketika ini.
Kini apa yang dia takuti telah terjadi. Satu perangai Fika apabila dia dalam keadaan marah,dia akan membawa kereta dengan laju. Tetapi yang cukup mengerikan cara pemanduan Fika yang suka memotong jika kereta dihadapannya lambat atau lampu isyarat sedang kuning, dia akan menekan minyak untuk melajukan kereta sebelum lampu bertukar merah.
“Kurus semangat aku kalau macam ini,” Gumam Arina.
Arina hanya mampu berdoa di dalam hati. Minta-minta mereka selamat sampai di rumah mereka di Taman Cahaya.

Tidak sampai setengah jam mereka
telah tiba di hadapan rumah mereka. Padahal jarak Tesco dari rumah mereka boleh
tahan jauhnya.
“Tengok aku dah cakap. Fika ini kalau
bawak kereta laju-laju memang confirm
sampai cepat ke rumah,” hati Arina berkata-kata.
*************
Sampai
saja di rumah, Fika terus keluar dari kereta menuju ke boot belakang dan
mengambil semua barang, tanpa menghiraukan Arina yang berada di sebelahnya.
Fika terus mengangkat semua barang yang di belinya tadi ke ruangan dapur.
Arina
mengekori Fika dari belakang dan menuju ke dapur, tapi belum sempat dia menuju
ke dapur langkah kakinya terhenti apabila tendengar deringan telefon rumah
berdering ketika itu. Dengan langkah malasnya Arina menuju ke sudut meja kecil
yang di khaskannya untuk telefon rumah.
“Helo..siapa di talian?” Lagak dah macam
opereter pulak.
“Assalammualaikum…..Rina!
Ini mama” ujar Puan Sri Qasidah Qaseh pada anaknya.
“Waalaikummussalam
mama” ada apa mama telefon ni?”
“Rina,
mana Fika?. Mama telefon dia tak dapat-dapat, kamu pun sama macam Fika. Mama
telefon kamu tak berangkat, telefon Fika pula tak berjawab. Apa nak jadi dengan
kamu berdua ni” marah Puan Sri Qasidah Qaseh pada anaknya.
“Huurmm…..maaf mama, Rina
punya handphone tertinggal tadi. Fiii….kaaa pulak handphone dia terjatuh
dan pecah, alamatnya kena beli barulah untuk dia mama...” Arina cuba
bergurau dengan mamanya.
“Pecah!
Macam mana boleh pecah?” , tanya Puan.Sri Qasidah Qaseh.
“Jatuhlah
mama, tak sengaja masa Fika langgar orang kot” ujar Arina selamba.
“Langgar
orang? Habis orang yang Fika langgar tu cedera tak? Dekat mana? Kamu dengan
Fika ada cedera tak? Nak mama pergi sana bawak kamu ke hospital?” Tanya Pn.Sri
Qasidah Qaseh risau.
“Mama
ni, tanya lah satu-satu. Ni tak , macam peluru je mama
tanya soalan dekat Rina. Rina pun dah pening nak jawab yang mana satu soalan
mama ”
“Bukan
langgar pakai keretalah mama. Fika terlanggar orang tadi masa bercakap dengan
mama. Itu yang terputus talian, sebab Handphone dia
terjatuh. Fika terlanggar orang tu dengan troli je mama dekat TESCO tadi. Orang
tu tak apa-apa.” terang Arina pada mamanya.
“Okeylah
mama, Rina nak tolong Fika kat dapur. Rina dan Fika baru balik dari Tesco ni
mama. Kami nak masak, untuk makan malam kejap lagi. Mama janganlah risau, kami
berdua berada dalam keadaan yang baik dan sihat. Hujung minggu ni
kami balik rumah ye mama.” ujar Rina kepada mamanya.
“Hurmm…lega
hati mama bila dengar suara kamu dan penjelasan kamu tadi. Nanti kalau nak
datang sini, telefon mama dulu tau. Boleh mama suruh Mak Jah tolong
mama masak makanan kegemaran kamu berdua.” kata Puan.Sri Qasidah Qaseh.
“Baik
Madam berita faham, roger and out “,
ujar Arina pada mamanya.
“Ada
pulak roger and out . Hmmm….Assalammualaikum.”, ujar Puan Sri Qasidah
Qaseh. Rina yang mendengarnya tersengih sambil menepuk dahinya sendiri.
“Waalaikummussalam
mama, Rina sa.....yang......mama.” Ujar Rina mengakhiri perbualan dengan
mamanya.
Arina
melangkah ke dapur dan dia melihat Fika sedang membasuh sayur. Semua barang
yang mereka beli tadi telah di masukan oleh Fika ke dalam peti sejuk. Arina
mengeluh melihat perubahan Fika Najwa, jika ada masalah pasti gadis itu akan
mendiamkan diri daripada meluahkan kepadanya. Arina terus memerhatikan Fika.
Memang tidak dapat dinafikan kecekapan Fika di dapur. Baru sebentar tadi dia
melihat Fika sedang membasuh sayur dan sekarang Fika sedang
memerap ayam yang baru saja diperap dengan rempah.
“Tengok
punyalah cepat dia buat kerja, walaupun hati dia sakit tapi masih boleh masak
lagi, kalau aku mahu sehari suntuk nak cari mood ceria” omel Arina
antara dengar dan tidak. Arina masih terpaku di pintu dapur sambil memerhatikan
segala tingkah laku Fika Najwa tanpa gadis itu sedari.
‘Fika..aku
kagum dengan kau, kalau aku mahu aku tak masak kalau hati aku tengah
sakit or aku tengah sedih. Tapi kau sebaliknya, kau tetap masak
walaupun hati kau tengah sakit. Aku kagum dan bangga dengan kau’ kata Arina
dalam hati.
Bersambung :D.....
smbng lgi..
ReplyDeleteinsyallah ada sambungan yg akan DJ up.... :D
Delete