Followers

Tuesday, 8 January 2013

BERILAH SAYANG PELUANG BAB 8




 OLEH: NUR DAEYA

Ketika fajar menyinsing, kelihatan cahaya matahari kemerahan mula untuk menerangi alam. Suasana yang begitu damai dan nyaman sekali untuk manusia memulakan aktiviti harian. 

Tatkala pagi sedang menyinarkan cahayanya, Nur Adriana masih lagi tidak berganjak dari tempat duduk didalam kereta mewah milik Zeril Iskandar. Tidur dan tidur! Orang yang ke hulu ke hilir datang ke tempat parking kereta tidak diendahkan.

Sementara itu, di luar bilik kecemasan...Wan Zubair kelam-kabut mencari kelibat Nur Adriana yang tidak kelihatan di tempat duduknya semalam. Adakah tunangnya sudah pulang ke rumah?

‘Sayang…where are you?’Hatinya merintih sayu.  Dia kecewa. Kecewa kerana tunangnya tiada disitu.

Selepas beberapa jam dibilik kecemasan yang menempatkan pesakit lelaki yang masih tidak diketahui nama penuhnya, akhirnya dia keluar menghirup udara segar pada waktu pagi. Prof.Dr.Azmi awal-awal lagi sudah keluar berjumpa dengan Pakar Radiologi untuk mendapatkan kepastian tentang penyakit sebenar lelaki itu. Nasib baik pakar radiologi itu tidak pulang ke rumah lagi.

Walaupun hatinya resah dan gelisah. Dia tidak mahu pesakitnya mati. Apa gunanya menjadi doktor jika tidak dapat menyelamatkan pesakit? Itu sudah menjadi tugasnya. Dan dia tidak mahu melepaskan tanggungjawabnya begitu sahaja.

Setiap masa, jam dan minit…ada sahaja yang datang dan masuk ke dalam wad kecemasan ini. Orang awam yang lalu-lalang tidak dihiraukan, setiap pelosok wad kecemasan & trauma itu dipandang sebelah mata sahaja. Yang penting kini adalah tunangnya! Biarlah dia bekerja lebih masa hari ini, asalkan lelaki itu membuka mata dan dapat melihat persekitaran seperti biasa.

Secara jujurnya, dia langsung tidak mengetahui nama pesakit lelaki itu. Dia terlupa untuk bertanya kepada Nur Adriana. Tunangnya hanya menyebut ‘dia’ sahaja. Nama penuh lelaki itu langsung tidak disebut. 

Apabila dia bertanya pula kepada Fatyn, perempuan itu hanya mengelengkan kepala. Information berkenaan lelaki itu memang tidak lengkap! Mungkin dia perlu berjumpa tunangnya semula untuk mendapatkan maklumat tentang pesakit lelaki itu. Tapi mana pulak sayangku ini? Dia berehat ke? Kalau berehat, dia berehat kat mana? Soalan itu bermain difikirannya. 

Dia duduk dikerusi lobi utama, tempat dimana pelawat dan pesakit datang. Dia meraup wajahnya penuh kekesalan. Dia tidak mahu lelaki itu mati. Jika Prof.Dr.Azmi berkata inilah pertama kali dalam kerjayanya dia berjumpa dengan pesakit sebegini, dia pun turut begitu juga. Kebiasaannya, bila dia merawat atau memeriksa pesakit yang sudah sedar, pesakit itu akan kembali seperti biasa. 

“Manalah sayang ni…”keluhnya. Matanya masih mencari seraut wajah Nur Adriana.

****
Prof.Dr.Azmi berjumpa dengan pakar radiologi, doktor Mohd Arif di klinik tumpangan yang terletak di tingkat bawah bangunan poliklinik untuk mengkaji jantung pesakit lelaki yang dalam keadaan kritikal tadi. Ternyata, jantung pesakit itu memang bermasalah. Strok yang diperkatakan tengah malam semalam kepada doktor Wan Zubairsebenarnya hanyalah jangkaan sahaja.Penyakit sebenar pesakit lelaki itu adalah penyakit jantung!

Kadang-kadang dia khuatir dengan keadaan pesakit lelaki itu. Sekejap sedar, sekejap pejam  mata kembali. Dia rasa pelik sangat. Ada sesuatu yang tersirat kah dihati pesakit lelaki itu yang dia tidak tahu? Selama ini, jarang dia berjumpa orang yang berkelakuan sebegitu. Apa yang dikatakan oleh doktorMuhd Arif tadi perlu dimaklumkan kepada doktor Wan Zubair agar tidak berlaku sebarang kekeliruan.

Selesai berbincang dengan doktor Muhd Arif, dia mencari doktor Wan Zubair didalam bilik kecemasan yang mereka melakukan rawatan terhadap pesakit lelaki tadi. Ditangannya pula memegang kukuh x-ray yang diberikan doktor Muhd Arif.  X-ray itulah menjadi bukti untuk diberikan kepada doktor Wan Zubair dan tunang doktor tersebut.

Namun sayang, doktor Wan Zubair tiada di bilik itu. Yang ada hanyalah pesakit yang masih terbaring diatas katil serta Fikri Johari yang sedang mengelap tubuh badan Zeril Iskandar. Dia keluar semula dari bilik itu. ‘Mungkin doktor Wan Zubair ada diluar mencari tunangnya kut.’desis hatinya.
****
Akhirnya, pencarian Prof.Dr.Azmi berakhir juga. Dia melihat doktor Wan Zubair sedang duduk di kerusi hijau bersebelahan dengan pintu lobi utama. Dihampiri doktor muda itu. Kelihatan doktor Wan Zubair berkeadaan resah. Pasti sebab pesakit lelaki itu!

“Doktor…”katanya perlahan.

Wan Zubair mengangkat muka. Prof! Wajah mendungnya hanya mampu tersenyum nipis. Dia tunduk kembali memandang bawah. Terserlah kekecewaannya.

Prof.Dr.Azmi faham perasaan yang dialami doktor itu. Dia duduk di sebelah Wan Zubair sambil tangan kasarnya menyentuh lembut bahu lelaki itu. Mententeramkan hati doktor  yang bersama-sama membantunya memulihkan pesakit lelaki tadi.

“Awak dah jumpa tunang awak?”

Wan Zubair hanya mengelengkan kepala. Dia bermain dengan jemarinya. 

“Dia dah balik ke?”Soal Prof.Dr.Azmi lagi. Wan Zubair mengangkat bahu. Tanda tidak tahu. Sememangnya dia tidak tahu sama ada Nur Adriana sudah pulang atau masih berada dikawasan ini.

“Saya nak beritahu awak sesuatu.”katanya dengan riak tegas. Perkara sebegini memang tidak boleh dibawa main. Sememangnya ia perkara yang serius. Prof.Dr.Azmi melepaskan tangannya dari bahu Wan Zubair. Dia memandang tepat wajah sisi doktorWan Zubair yang masih menunduk. Tidak mengangkat wajah.

“Apa dia?”tanya Wan Zubair. Dia mengangkat wajah. Matanya membalas pandangan mata Prof.Dr.Azmi. Adakah Prof.Dr.Azmi telah menerima keputusan dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi berkenaan x-ray didada pesakit lelaki itu?

“Sebenarnya…saya baru sahaja berjumpa dengan pakar radiologi, Doktor Muhd Arif. Dia melaporkan kepada saya bahawa jantung lelaki ini perlu dibedah segera, tetapi memerlukan seseorang untuk memberikannya semangat supaya dia terus berjuang melawan kesakitan didada.

What do you mean, Prof? I don’t understand,”

I mean, dia perlukan semangat untuk teruskan hidup. Pakar Radiologi mendapati pesakit lelaki itu menelan hampir separuh pil ekstasi dan arak. 

Wan Zubair terkejut. Subhanallah…pil ekstasi dan arak? Dia sebagai seorang islam tidak berani menyentuh mahu pun memegang arak dan pil-pil yang memudaratkan.

“Bila due untuk pembedahan itu?”

“Kita perlu jalankan pembedahanas soon as possible. Saya harap tunang awak boleh dapatkan maklumat berkaitan keluarga pesakit lelaki itu.”jelasnya lagi.

“Prof…my fiancée doesn’t know about her family. This is the first time she saw him. I didn't think that she can find her profile.”ujar Wan Zubair tegas. Dia tidak mahu Nur Adriana terlalu mengambil tahu akan perihal keluarga lelaki itu.

“Jangan begitu, Doktor Wan Zubair. Manalah tahu…jika kita sampaikan pada family dia, mereka akan datang dan berikan sokongan pada pesakit itu. Sekarang ini, dia dalam keadaan kritikal. Awak kena faham! Kita tak boleh teruskan operation selagi family dia tak sign surat perjanjian.”

“Macam mana sekiranya lelaki itu tiada ahli keluarga atau orang terdekat? Takkan kita nak biarkan dia terbaring tanpa sedar?”

Come on, Doktor Wan Zubair. Semua orang ada family masing-masing. Lelaki itu juga tidak terkecuali. Saya faham mungkin awak tidak berpuas hati jika your fiancée diminta untuk mencari maklumat lelaki itu. Tapi ini tak boleh dibiarkan berlarutan, doktor.”

“Sejujurnya, saya memang tak satisfied bila tunang saya terlibat dalam hal ini. Dia hanya membantu lelaki itu datang ke sini sahaja.No more than that!”jawabnya dengan tegas.

“Saya harap awak tolong saya sekali ini sahaja. Ini antara hidup dan mati. Kita tak boleh biarkan dia terdampar begitu sahaja diatas katil. Sekarang ini jantungnya bergerak perlahan. Hanya tunang awak yang saya harapkan.”rayu Prof.Dr.Azmi.

Wan Zubair mendiamkan diri seketika.Dia menongkat dagu. Memikirkan secara logik kata-kata Prof.Dr.Azmi. Hati lelakinya memang tidak suka tunangnya terlalu mengambil berat akan hal lelaki lain. Tapi takkan nak biarkan lelaki itu mati kan? Betul jugak cakap Prof itu. Ada baiknya dia memberi kebenaran kepada Nur Adriana untuk mencari maklumat berkaitan lelaki itu.

Prof.Dr.Azmi dapat merasakan doktor Wan Zubair dalam keadaan berbelah-bagi.Dia tahu doktor Wan Zubair sukar untuk melepaskan tunangnya kepada orang lain. Kalau hati dah sayangkan seorang perempuan itu, dia akan sayang sepenuh hatinya dan tidak akan sekali-kali memberi peluang lelaki lain untuk mendekati.

“Saya harap awak fikirkanlah mana yang baik dan mana yang buruk.. Jangan pentingkan diri sendiri!”pesan Prof.Dr.Azmi selamba seraya bangun berlalu dari situ. Hendak memberi nasihat lebih-lebih, dia bukannya pakar dalam bab itu! Dia hanyalah seorang Proffesor! Lantas, dia masuk kembali ke dalam lobi utama tanpa memandang muka doktor Wan Zubair. Selepas ini, dia perlu melihat keadaan pesakit lelaki itu. 

Wan Zubair mengeluh perlahan. Kata-kata dari Prof.Dr.Azmi sedikit merobekkan hatinya. Adakah dia seorang yang mementingkan diri? Tidak! Dia hanya mahu menegakkan kebenaran sahaja. Cukuplah tunangnya menghantar lelaki itu ke hospital ini. Tidak perlulah Nur Adriana membantu berlebih-lebihan.Apa?

Tidak ada orang lain lagi kah yang boleh membantu mencari maklumat lelaki itu?

Harapannya, biarlah sampai di sini sahaja!

***
Suara yang riuh-rendah diluar kereta Lamborghini Aventador milik Zeril Iskandar menenggelamkan bayangan indah didalam tidur Nur Adriana. Dia terkejut! Jam kereta sudah menunjukkan pukul 8.15 pagi. Aduhai…terlupa nak set jam. Akibatnya, solat subuh tertinggal! Dalam terpaksa, dia bangun untuk 
mengetahui siapakah yang mengacaunya.Dia belum puas tidur, ada pula yang datang menganggu. Bencilah!
Kedua belah matanya digosok-gosok supaya nampak terang persekitaran sekelilingnya. Cermin tingkap kereta disisinya dibuka. Terdapat 6 orang lelaki ditepi kereta ini. Tetapi siapa mereka? Takkan perompak kut? 

Dengan teragak-agak, Nur Adriana memulakan kata. “Maaf. Kamu semua ini siapa?

Salah seorang pemuda yang memakai cermin mata coklat membalas senyuman kearahnya. “Ini kereta awak ke cik adik manis?”

Terkebil-kebil mata Nur Adriana tatkala lelaki itu menuturkan kata. Erk! Dia panggil aku cik adik manis? Gelilah wei!

Nur Adriana tidak membalas senyuman lelaki itu sebaliknya mengerutkan dahi. Soalan apakah ini?.  Buat apa dia nak tahu tentang kereta ini. Kalau nak rompak, tak ada maknanya nak tanya kereta ini kereta siapa.“Ini kereta saya, kenapa? Ada yang tak kena ke?Sengaja dia berkata inilah kereta dia, padahal hanya penumpang sahaja! Jika Zeril Iskandar tahu aku tidur kat dalam kereta dia, mesti dia mengamuk sakan. Tak pun menjerit macam gorilla!

“Kereta awak cunlah. Awak mesti anak orang kaya kan?Pakai kereta mewah macam ini. First time saya jumpa perempuan macam awak pakai kereta mewah seperti ini. Lamborghini Aventador pulak tu.”kata salah seorang kawannya lagi. 3 orang kawannya yang lain hanya tersenyum.

Tergeleng-geleng kepala Nur Adriana melihat 4 orang pemuda dihadapannya. Pagi-pagi macam inilah ada orang yang nak bergurau senda dengannya. Dahlah dia tidak puas berehat lagi, ada pulak mamat mamat yang datang mengacau.

“Memang kereta saya pun.Jadi apa yang boleh saya bantu kamu semua?”Nur Adriana mengangkat kening.
“Ala, cik adik manis ni…kita orang nak tengok kereta ni pun tak boleh ke? Lagipun kami datang sini sekadar nak tengok kereta edisi terhad ini sahaja.”sambungnya lagi.

“So, korang dah tengok kan kereta ni secara depan-depan kan? Hah! Apalagi..korang blah lah dari sini.”Ini sudah kali kedua dia dipanggil adik manis, dia mula rasa bengang. Rasanya umur aku lagi tua daripada mereka.

“Wah, wah, wah!! Cik adik manis ni dah pandai nak tunjuk lagak lah pulak.Minah ni tak sedar yang dia bercakap dengan siapa sekarang, kita orang lelaki, awak seorang aje perempuan…jadi jangan nak perasan diri tu bagus sangat sebab ada kereta limited edition!”

Kemarahan Nur Adriana naik mendadak. “Aku ni ada tahap kesabaran jugak, kau ingat aku seorang aje perempuan kat sini, aku takutlah? Sorry naik lori lah, bro. Sikit pun aku tak takutlah.”Lantas, dia keluar tanpa berpakaian kasut. Dihempas pintu kereta Zeril Iskandar dengan kasar sehingga tergerak mereka ke belakang.  Dia bersandar  dengan selamba dipintu kereta itu.

“Woii, apa ni? Main kasar pulak dia.”jerkah lelaki yang berkata cik adik manis itu.

“Dah tengok kereta ni kan? Pergilah berambus. Cari kereta lain yang lebih cantik dari kereta ni. Mengacau aje. Orang nak tidur pun susah. Get lost!”balas Nur Adriana dengan jeritan nyaring.

Lelaki itu membeliakkan mata. Mulut perempuan ini memang tak ada insurans betullah! Dia mula mengepal penumbuk. Kalau kena tumbuk, baru perempuan ini diam kut. Dia mahu melayangkan tangannya kearah perempuan itu. Baru sahaja tangannya diangkat ke langit, untuk memberi penampar sulung kepada perempuan itu, tidak semena-mena tangan kasarnya ditarik kuat. Dia mengaduh kesakitan.

Nur Adriana yang memejamkan matanya, takut dari ditampar lelaki itu terbuka luas apabila lelaki didepannya menghentikan aksi penampar. Rupa-rupanya, Wan Zubairmenyelamatkan dia!

“Kau orang buat apa ni?Dah tak ada kerja lain ke nak mengacau tunang orang?”

Wan Zubair berkata kasar.Mencerlung matanya melihat lelaki itu ingin melayangkan penampar kepada tunang tersayang.Tangan lelaki itu ditolak kebawah dengan kasar. Menandakan dia tidak suka dengan perbuatan lelaki itu yang berani-berani hendak tampar muka tunangnya.

Nur Adriana melarikan diri ke belakang badan Wan Zubair. Melindungi dirinya agar tidak ditampar lelaki itu. Dia hanya bergantung harap pada tunangnya sahaja.

“Errr…tunang?”Tergagap-gagap lelaki itu berkata. Lelaki itu memandang kawan-kawannya yang lain. 

“Ya. Tunang aku. Yang kau nak kacau tunang aku pagi-pagi buta ni kenapa? Dah tak ada kerja lain nak buat?”kata Wan Zubair dengan matanya yang masih terbeliak. Dia mencekak pinggang.

“Woi, beb! Jomlah kita blah dari sini. Tunang dia tu.”ajak lelaki itu sambil memandang kawan-kawannya yang lain. Mereka yang lain hanya mengangguk dan meninggalkan perkarangan itu dengan segera dengan keadaan kelam-kabut.

Setelah mereka beredar dari situ, Nur Adriana mengeluh kelegaan. Nasib baik Wan Zubair datang tepat pada masanya. Jika tidak, pipinya sudah menjadi kemerah-merahan akibat ditampar. Wan Zubair yang masih lagi dalam mood marahnya, berpaling ke belakang. Matanya tajam memandang Nur Adriana. Dia menanti jawapan dari tunang tersayang.

Erk! Wan Zubair marah ke? Aku tak buat salah apa-apa pun, mereka yang datang kat kereta Zeril Iskandar. “Abang jangan salah anggap ya. Dia orang yang datang kat sini nak tengok kereta ini. Bukan nak mengorat sayang.”jelasnya dengan nada takut-takut.

“Kenapa sayang ada kat sini?Abang cari sayang merata-rata tempat. Nasib baik abang terpandangkan sayang bila abang kat kerusi lobi utama tadi.”masam muka Wan Zubair.

Nur Adriana tersenyum nipis.“Maafkan sayang, abang. Mereka yang mulakan dulu. Sayang tidur kat sini tadi. Dalam kereta ni.”Ditunjukkan kereta yang menjadi tempat tidur sementaranya. Wan Zubair menoleh kearah Lamborghini Aventador itu.

“Kereta ini milik pesakit lelaki yang sakit itu ke?”Matanya memerhatikan keseluruhan kereta mewah itu. Ini antara kereta idamannya! Limited edition pulak tu. Berani pula tunangnya tidur didalam kereta ini. 

“Aah, bang. Sayang tidur dalam kereta ni sebab tak ada tempat yang selesa untuk sayang baring. Jadi sayang tidur sini sajalah.”kata Nur Adriana dengan jujur. Dia berasa tidak selesa tidur dengan tempat yang kotor.

“Sayang ada minta kebenaran dia tak nak tidur dalam kereta ni?”soal Wan Zubair. Mukanya masih masam. 
Tiada senyuman meniti dibibirnya.

Nur Adriana menggelengkan kepala. Macam mana nak minta kebenaran kalau Zeril Iskandar dah masuk wad kecemasan? Kunci kereta ada ditangannya, lebih baik dia tidur dalam kereta itu. Senang! Tak payah nak pergi singgah mini hotel.

“Lain kali sayang jangan memandai nak tidur dalam kereta orang lain. Kan ada banyak tempat lain boleh tidur, kenapa pulak kereta ini yang dipilih sebagai tempat istirehat? Surau kat belakang kan ada?Rehat aje kat situ.”balas Wan Zubair dengan nada tidak berpuas hati. Nur Adriana sudah menarik muka. Muncung bibirnya mendengar ‘ceramah’ pendek tunangnya.

“Haa..buat bibir macam itu selalu. Abang gigit nanti.”ugut Wan Zubair. Makin muncung bibir Nur Adriana dibuatnya. Wan Zubair geram. Ditolak perlahan badan tunangnya sehingga bersandar disisi kereta. Mukanya dirapatkan ke wajah Nur Adriana. Nur Adriana tergamam! 

“Orang tak ramai sekarang ni, nak kena cium ke?”kata Wan Zubair dengan penuh perasaan. Bibirnya hanya tinggal sesipi sahaja dengan bibir Nur Adriana. Dia sengaja berbuat begitu. Ingin menghilangkan debaran didada. Mata Nur Adriana tidak berkelip memandang tunang tersayang. Terpaku tanpa kata melihat aksi Wan Zubair yang sukar dijangka.

Untuk tidak mengelakkan orang yang lalu-lalang memandang serong terhadap mereka, dia menolak kasar tubuh badan Wan Zubair. Terdorong Wan Zubair ke belakang. Kasar jugak Nur Adriana ini.

“Apalah abang ni, malu tau orang lain tengok kita berdua begini.”berkerut muka Nur Adriana.

“Haa..dah tu, kenapa muncung aje bibir tu. Abang membebel sikit, dah tarik muka. Kalau kita dah kahwin nanti, sayang mesti banyak merajuk ni.”kata Wan Zubair selamba.

“Mana ada.”Ada nada rajuk dalam diri Nur Adriana. Tidak suka apabila Wan Zubair berkata sedemikian. Dia bukan tidak suka dengar orang membebel, tapi dia tidak suka orang bersuara tanpa tahu apa kisah disebaliknya. Dia tidur didalam kereta Zeril Iskandar kerana lebih selesa serta tidak terlalu kotor dan berdebu. 

Wan Zubair ketawa berdekah-dekah. Dia suka apabila melihat Nur Adriana merajuk. Sifat itulah yang membuatkan dia berasa sayang pada tunangnya.

“Ala…ala…merajuk pulak. Nak kena cium lagi ke?”sakat Wan Zubair. Nur Adriana mencebikkan bibir. Nakal betullah tunang dia ni. 

“Abang buat macam tadi lagi, sayang lari.”jawab Nur Adriana sambil mengugut. Jika Wan Zubair boleh mengugut, dia pun boleh. Suka sangat menyakat dia. Sebelum dia dimasukkan ke penjara pun, Wan Zubair kerap kali mengusiknya sampai dia menangis. 

“Amboi, sayang dah pandai main ugut-mengugut ni. Tadi abang ugut, sekarang sayang pulak. Abang tahu sayang takkan lari jauh dari abang sebab…”kata Wan Zubair terhenti disitu. Ingin melihat reaksi Nur Adriana seterusnya.

Nur Adriana mencebik.“Sebab apa? Abang ingat sayang tak boleh jauhkan diri dari abang ke?Sorry sikit. Sayang boleh tau.”balasnya dengan nada berlagak.

Wan Zubair mendekati tunangnya semula. Dirapatkan dirinya pada Nur Adriana lalu diucapkan kata-kata romantik ditelinga tunangnya. “ Sebab…abang sayang tunang abang sangat-sangat. Perempuan lain takkan dapat kalahkan juwita abang ini kerana sayang adalah perempuan terakhir dalam hidup abang. 

Forever.”sambungnya dengan penuh perasaan.

Terkaku Nur Adriana disitu. Dibisikkan dengan kata-kata indah dan romantik, dirinya terasa berada diawang-awangan. Begitu indah percintaan diantara dia dan Wan Zubair.

Prof.Dr.Azmi yang melilau mencari doktor Wan Zubair terpana seketika melihat drama sebabak yang berlaku tidak jauh dari lobi utama ini. Segera dia berlari anak ke arah pasangan itu. Dia perlu berjumpa mereka berdua. Ada hal yang perlu dilaksanakan dengan segera!

“Doktor Wan Zubair…”tanpa bertangguh lagi, dia memulakan perbualan. Tersentak Wan Zubair dan Nur Adriana. Mereka saling berpandangan diantara satu sama lain. Prof.Dr.Azmi datang ke sini. Apa yang perlu diperkatakan lagi dari Pengurus Jabatan Kecemasan ini?

“Dan awak juga…”kata-kata itu ditujukan kepada Nur Adriana. 

“Saya?”Nur Adriana hairan.

Prof.Dr.Azmi mengangguk.”Ya, awak. Kebetulan kamu semua ada disini, saya perlu katakan sesuatu pada kamu berdua.”jawabnya dengan sedikit gelabah.

Wan Zubair dan Nur Adriana kembali berpandangan sesama sendiri. Ternyata, ini mesti ada kaitan dengan Zeril Iskandar!



BERSAMBUNG... :D

 PSSTT... Saya x dlah pndai BI sangat, tapi saya cuba belajar menjadi yang terbaik
salam sayang dari Nur Daeya


























6 comments:

  1. Love u too..hehe <3 tq sbb sdi bce en3 terbaru ni dik.. ;)

    ReplyDelete
  2. hehe..tq Domi Nisa..smoga perkataan good job 2 akn mnjadi lebih baik drpd yg sebelumnya.. ;)

    ReplyDelete
  3. suke3....
    <---akn mnunggu yg strusnya...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aalhamdulilah jika adik Ziqa ske..
      akk akn bg bab seterusnya nnt.. ;)

      Delete