Followers

Saturday 24 November 2012

CINTA MATA HATI BAB 4



OLEH : HIDAYATUL AHMAD

Pejam celik pejam celik dah nak hujung persekolahan.Ini menandakan juga peperiksaan SPM hampir tiba.Hari ni pelajar-pelajar tingkatan lima dan enam atas ada kelas tambahan.Sampai ke petang baru aku sampai di rumah.Alhamdulillah untuk pengetahuan korang,tahap kesihatan aku pun makin baik.

  “Letihnya badan.Kepala pun mulalah nak berdenyut.” Aku mengadu dengan mak.

“Hurm…kenalah tahan sikit.Tambah-tambah dekat nak periksa ni.Jagalah kesihatan sama.Nanti sakit,semua orang susah.” Mak menjawab.

“Tahan dahlah ni mak,nasib baiklah badan Zahra ni masih kuat imunisasinya.Kalau masuk wad dekat-dekat nak exam,susahlah.” Aku mengeluh.

“Dugaan semua tu Zahra oii.Jangan selalu mengeluh.Kuatkan semangat.Doa banyak-banyak biar semakin sihat.” Lagi nasihat mak beri.Tak putus-putus member aku kata-kata semangat.Sayang mak!

“Yalah mak.Oklah mak,Zahra nak masuk bilik dulu.Nak tidur.Rasa letih pulak badan ni.” Terus aku melangkah menuju ke bilik aku.Perkara pertama yang aku buat,tulis dairi! Ada cerita best nak dilakarkan untuk dijadikan kenangan.Dairi kuning air yang terselit antara buku-buku latihan aku ambil.Peristiwa petang tadi selepas habis kelas tambahan terlayar difikiran aku.


            Ahad,9.52pm.

            Assalamualaikum dairi.Jumpa lagi kita ya.Aku ada ‘hot story’ nak dikongsi disini.Semuanya mengenai ‘secrect admire’ aku dekat sekolah,Mohd Mukhris nama dia.Aku selalu dok usha-usha dia dari kelas aku.Oh ya,kelas kami bertentangan.Dia pelajar tingkatan enam atas.Memang dia pun terlibat dengan kelas tambahan jugak hari ini.Pasal Mukhris ni,aku tengok sejak dua,tiga bulan ni apasal dia suka usha aku? Dah tu semacam aje! Macam dia tahu-tahu aje aku pun suka usha dia jugak.Aku bukan apa,hairan aje dengan perangai dia.Dah tu petang tadi (tak tahulah pulak aku dia tunggu siapa),aku rasa kelas dia habis awal.Aku dok sembang dengan Zandra dan Izra masa on the way nak balik.Aku bising-bisinglah sebab aku ingat Mukhris dah balik sebabnya sewaktu aku lalu di hadapan kelasnya tadi,kelas itu dah kosong.Melepaslah aku nak tatap muka handsome dia tu huhu.Tup-tup aku ternampak dia elok aje duduk terpacak atas motor dia.Kebetulan aku pula berjalan dihadapan dari Zandra dan Izra.Mengelabah aku! Lepas aku terkejut tengok si dia elok aje duduk di atas motor dia,aku apa lagi kelam-kabut patah balik pergi dekat diorang.Ceh..ceh..boleh pulak kantoi! Aku berpura-pura tanya diorang padahal aku nak cover malu.Entah-entah dia dengar tak apa yang aku bisingkan tadi? Dahlah sunyi aje kawasan sekolah.Kami tiga orang jalan buat bodoh aje time lalu depan dia.Tapi yang aku hairan,dia tunggu siapa? Yang itu tak apa lagi.yang buat aku makin hairan plus perasan,bila kami tiga orang turun dari kelas dan berjalan balikke pintu pagar utama,dia pun start motor lepas tu blah terus.Mek dua orang tu termasuk aku dok lawan tanya dia tunggu siapa.Yang jebonnya,Zandra dan Izra teka dia tunggu aku.Ni yang tak best ni.Buat malu aku aje.Aku tayang muka toya aje tapi dalam hati kalau betul dia tunggu aku,yabedabeduu!! Bertuahnya aku.Oklah,aku nak buat kerja sekolah pulak.Bye dairi.

            Aku terus menutup dan menyimpan kenbali dairi kesayangan aku tu.Kemudian,terus mencapai buku-buku yang perlu aku sudahkan tugasannya.Huarghhhh…banyaknya!

Tengah sedap-sedap membuat kerja sekolah,tetiba muncul wajah si dia di kepala otak aku.Aku sempat layan blues kejap.Parah betul aku ni! Tengah asyik layan blues,tiba-tiba pintu bilik aku diketuk.Potong stim betullah! Baru nak berangan.

“Lahh…mak rupanya.Ada apa mak?” Apahal mak ketuk pintu bilik aku ni? Bukan mak dah masuk tidur ke tadi?

“Kau tak tidur lagi rupanya.Aku ingat kau dah tidur tapi lampu tak tutup.Tak apalah kalau macam tu.” Lepas memastikan keadaan,mak aku terus berlalu ke biliknya.

“Nak tidur macam mana mak oii,kerja sekolah tak siap-siap lagi.Asyik berangan aje.” Aku bercakap sendirian.

Setelah membuat tugasan yang tak pernah nak habis,aku mula rasa letih yang teramat sangat.Lantas aku terus mencapai jam loceng diatas meja sisiku.

“Mak aihh..dah pukul dua belas tengah malam! Patut rasa mengantuk semacam aje.” Lepas berkemas buku-buku,aku terus makan ubat kemudian tidur.Sekelip mata aku terus hanyut.

“Awak,sudikah awak jadi teman hidup saya?” Mukhris melutut sambil menghulurkan cincin kearahku.

“Giler tak sudi? Dah lama saya tunggu lamaran dari awak.” Giler gelojoh jawapan aku.

“Heiii…berani kau mencuba merampas bakal suami aku ya? Tak takut kena hempuk dengan badan aku yang mantap ni ke hah?” Tiba-tiba kena sergah.Terkejut aku!

‘Ah sudah! Suara gergasi betina mana pulak ni?’ aku dan Mukhris sudah mengelabah tapir.

  “Awak,itu macam suara tunang paksaan saya.Saya tak nak dia jadi isteri saya.Tolong selamatkan saya dari dia,awak.” Mendayu-dayu aje suara tuan putera aku ni meminta pertolongan dari aku.Bangga beb!

“Tak apa,awak jangan bimbang.Saya akan lindungi awak dari anasir jahat lagi kejam itu.” Aku menjawab.Ini siapa hero siapa heroin ni? Aku pulak kena protect putera charming yang sorang ni.

“Mari cepat kita larikan diri.Saya bilang sampai tiga,kita lari sama-sama ya.Satu,dua,tiga..lari awak!!” Kami terus memulakan acara larian beratus-ratus kilometer.

Tiba disebuah rumah kosong,aku mengajak Mukhris bersembunyi didalam sana.Sukanya dapat tolong tuan putera aku ni!

Tiba-tiba,kami dikejutkan dengan bunyi ketukan diluar rumah.Kuat sangat! Nasib baik bukan ketuk pintu rumah aku,kalau tidak aku ketuk-ketuk kepala orang yang tengah mengetuk pintu rumah ini dengan kuat! Hish…boleh pulak aku membebel dalam keadaan tegang macam ni.

Selepas ketukan yang kuat tak mendapat reaksi dari orang yang berada didalam rumah iaitu kami,aku terdengar pula jeritan ala-ala gergasi betina yang lapar menjerit nama aku dan Mukhris.Alamak! Bala dah datang! Macam mana ni? Fikir Zahra fikir.Putera Mukhris memerlukan perlindungan dari kau ni.Kang tak kahwin pulak aku kalau si gergasi betina tu dapat rampas Putera Mukhris dari aku.

Ting! Hah…idea dah dapat.Jaga kau gergasi.Panglima Izz Zahra akan sembelih kau buat satay baru tahu.

“Kau nak apa hah? Baik kau pergi sebelum aku karate kau.” Aku menyoal.Garang!

“Aku nak Putera Mukhris.Mana dia?” Si gergasi menyoal aku kembali.

Hek eleh…suka-suki kau aje nak Tanya bakal suami aku.Nak kena ajar ni!

“Dia tak ada.Dia dah lari bersembunyi sebab takutkan kau.Kau tak kesiankan dia ke? Terlari sana-sini sebab tak nak jumpa kau.Kau cari ajelah gergasi lai buat ganti.Kau pun lawa ap Cuma saiz momentum aje yang terlebih dari biasa.” Aku bermain physicology! Cuba nasib mana tahu berjaya.Kalau nak test siapa lebih kuat,memang automatic aku kalah.Memang tak berdaya.

“Betul ke dia lari sebab takutkan aku? Bukan dia cintakan aku ker?” Si gergasi menyoal tak puas hati.

Cintakan kau? Memang ‘bukan’ sangat! Cinta? Buwekk…nak muntah aku.

“Betullah.Dia sendiri yang mengaku.tak percaya? Cuba kau tanya dia sendiri.Tuan Putera!!” Aku menjerit memanggil Putera Mukhris untuk keluar dari persembunyiannya.

“Ya.Beta tak sukakan kau,beta tak cintakan kau dan beta takut untuk bertemu dengan kau.Kau carilah pengganti yang sepadan dan lebih baik untuk kau!” Putera Mukhris bersuara.Tapi masih dari tempat persembunyiannya.Cehh..penakut sangat rupanya prince charming aku ni!

“Baiklah kalau macam itu,kau pun takkan dapat Tuan Putera Mukhris.Biar sama-sama tidak merasa.Padan muka!” Terus sang gergasi betina itu dengan tiba-tiba menjatuhkan dirinya keatas tubuhku.

“Arghh…mana aci main tipu! Pukul curi.Aku tak bersedia lagilah!” Bentakku tak puas hati.

“Hahaha…ada aku kisah?” Gergasi itu menjawab tanpa rasa bersalah dan kasihankan aku yang dah hampir terpenyek.Siot betul!

Aku dengan sekuat tenaga dan usaha berhabis-habisan melawan sang gergasi itu.Sehinggakan kami bergolek-golek macam dalam filem Hindustan bezanya itu hero dan heroin,aku heroin dengan raksaksa! Si hero pula bersembunyi.Agak-agak drama genre apa yang patut diklasifikasikan untuk situasi kami sekarang? Aku tak peduli dah.Janji aku menang!

Golek punya golek,sedar-sedar aku dah tergolek atas lantai.Sekali mimpi da! Lepas itu,aku sambung tidur balik.Buat drama lain pulak.






Bersambung.... :)






No comments:

Post a Comment