“Di
sebabkan keterlajuran Uncle Ihsan
kamu menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa dulu dan keegoan Tok Wan kamu yang
lebih pentingkan keturunan dan darjat sanggup menuntup kebenaran dengan hanya
mendiamkan diri.”
“Tapi
pa..Amm yakin yang Tok Wan tak macam tu!”
“Amm
tak percaya pa..!” Sambung Megat Ammar. Tak mungkin Tok Wan macam itu. Dia
kenal Tok Wan.
“Masa
tu Amm dan Fika kecik lagi mungkin tak akan ingat kejadian 12 tahun yang
lalu.Tapi papa yakin Fika pasti ingat tiap bait perkataan yang Tok Wan kamu
lemparkan pada ibunya. Papa yakin itu, luka lama susah untuk di sembuhkan
Amm..” Megat Ilman mengeleng. Kesal bila perkara itu terjadi.
Kilat
sedang sambar-menyambar kelihatan seorang ibu muda menuntun anaknya yang
berusia lima tahun memasuki banglo mewah yang dibatasi pagar besi enam kaki.
Dalam keadaan basah kuyup dia menekan loceng berkali-kali tetapi tiada orang
yang membuka pagar itu untuk mereka. Ditekan lagi sekali lonceng tapi masih
tiada sahutan dari dalam. Baru saja di hendak menekan buat kali ketiga di lihat
pintu pagar itu terbuka dengan sendiri dari dalam.
Seorang
kanak-kanak kecil lelaki kelihatan di satu sudut pintu utama. Kanak-kanak
lelaki itu segera melarikan diri apabila dia menyedari ibu muda dan
anaknya menuju ke arahnya. Dalam keadaan menggigil kesejukan dan basah kuyup
ibu muda menyuruh anaknya menunggunya di satu bangku yang berada di halaman
rumah mewah itu.
“Sayang
…boleh sayang tunggu ibu di sana kita tak boleh masuk sebab kita basah” Ibu
muda itu mengarahkan anaknya duduk di bangku yang ada di luar banglo mewah itu.
“aik..bu,
dik unggu ibu kat ane..”Ibu muda itu tersenyum nasib baik anaknya tidak banyak
bertanya seperti selalu. Dia mula bangun dan melangkah ke pintu utama.
“Kau?”
Wanita separuh abab muncul dari pintu utama.
“Mamaa..,maaf
Lissa datang tak bagi tahu mama dulu.”
“Tapi
Lissa datang ini nak minta tolong mama. Tolong jelaskan pada Abang Ihsan yang
Lissa tak bersalah Ma!” Tanpa segan silu Rahmah Khalissa melutut sambil
memaut betis Engku Habibah. Dia tidak peduli, demi kebahagian yang dibina
selama 6 tahun dia sanggup melutut sedekian. Dia sanggup melakukan apa saja
asal Engku Habibah menolong dia menjelaskan pekara sebenarnya yang menyatakan
dia tidak bersalah. Dia tidak pernah curang. Engku Habibah sahaja satu-satunya
harapan untuk menyelamatkan rumahtangganya.
“Mama..tolong
Lissa mama! Hanya mama yang dapat bantu Lissa selamatkan rumahtangga Lissa dan
hanya mama yang dapat selamatkan anak kembar Lissa dari berpisah dari ayah dan
kakak kembarnya.
“Tolong
Lissa mama…” Rahmah Khalissa terus merayu. Anak kembar yang
dibawanya duduk tidak jauh dari pandangan memandang ke arah ibunya yang sedang
melutut memaut betis wanita separuh abab yang di panggil ‘Tok Wan’. Mata anak
kembarnya memandang, dia tidak pasti mengapa ibunya perlu merayu sehina itu
untuk sebuah kebenaran dan simpati dalam menyelamatkan rumahtangganya dari
wanita angkuh. Kenapa ‘Tok Wannya sanggup memperlakukan ibunya sedemikian?
Engku
Habibah ketawa puas apabila menantunya sanggup memaut kakinya untuk dia
bersuara menyatakan sesuatu pada anaknya Megat Ihsan. Dia tidak akan sesekali
melepas peluang seperti ini. Sudah lama dia memikirkan dan pelbagai cara
bagaimana hendak memisahkan Rahmah Khalissa dari anaknya tapi mereka tetap
untuh walaupun segala cara digunakannya. Cinta anaknya pada Rahmah Khalissa
sangat kuat tapi tidak pada kali ini. Dia tersenyum sinis.
“Baru
kau tahu.Selama ini aku dah pernah berpesan yang cinta kau dan anak aku tak
akan kekal lama. Cuba kau tengok sekarang, kalau dari dulu kau ambik duit yang
aku tawarkan kat kau mesti sekarang kau tak menderita sangat sebab anak aku dah
halau kau” angkuh sekali ucapan Engku Habibah pada Rahmah Khalissa.
“Mana
pergi cinta yang kau kata itu?”
“Tolong
Lissa Mama… Tolong Lissa. Hanya untuk kali ini Lissa mohon pertolongan dari
mama!”
“Pergi
kau dari sini!” Herdik Engku Habibah lagi sambil menolak tubuh Rahmah Khalissa
dengan kakinya hingga Rahmah Khalissa terjelepuk di muka pintu.
“Ibu!”
Anak kembar yang belum cukup mengerti terus berlari ke arah Rahmah Khalissa
dengan tergesa-gesa.
“Hei..kau
dengan ibu kau sama je menyusahkan orang! Baik kau bawak ibu kau keluar dari
rumah aku ini balik! Kat sini tak ada tempat macam korang nak menumpang!” Jerkah
Engku Habibah pada anak Rahmah Khalissa yang cuba membantu ibunya bangun.
“nape
Tok Wan ahat engan ibu? Apa alah ibu?”
“Kau
jangan panggil aku Tok Wan kau! Aku bukan Tok Wan kau!” Terlalu jengkal dia
menerima panggilan Tok Wan dari anak-anak Rahmah Khalissa. Selama ini hatinya
bagai disiat-siat apabila anak-anak Rahmah Khalissa memanggilnya dengan gelaran
Tok Wan padanya, dibiarkan anak-anak Rahmah Khalissa memanggilnya begitu
disebabkan anaknya Megat Ihsan kalau tidak jangan harap dia sanggup mendengar
mereka memanggilnya.
Kanak-kanak
yang di herdik oleh Engku Habibah merenung tajam ke arah Engku Habibah seperti
tiada rasa gentar yang bersarang di hati si kecil itu.
“Tok Wan ahat…ahat uat ibu adik akit !” ulang
anak kecil itu bangkit dan derdiri tegak di hadapan Engku Habibah.
“Aku
kata jangan panggil aku Tok Wan ! Aku bukan Tok Wan kau !Kau dengan ibu kau
memang tak guna ! Pasal ibu kau anak aku melawan kata aku ! Pasal ibu kau aku
halau anak bongsu aku dari rumah ! Pasal ibu kau anak aku sanggup bela ibu kau
dari aku kau tahu tak ! Berambus kau dari sini bawak ibu kau sekali ! Kau dan
ibu kau hanya bawak sial dalam keluarga aku !” Jerit Engku Habibah pada anak
Rahmah Khalissa.Melihat anak Rahmah Khalissa yang masih tidak berganjak
itu,mula menaikan api kemarahan di hatinya.Tangan Engku Habibah laju menarik
telinga Fika Farisya dengan kasar.
“Akit…akit..Tok
Wan…elinga adik akit…”rintih Fika Farisya.
Namun
tanpa ada sekelumit perasaan sayang mahupun kasih pada anak kecil itu,Engku
Habibah terus menarik telinga Fika Farisya lalu didorongnya tubuh kecil itu
dengan kasar.Nasib baik Rahmah Khalissa sempat menyambut tubuh anaknya dari
tersembam ke lantai mamar yang berkilat.Rahmah Khalissa memeluk erat anaknya
yang mula menangis di dalam pelukannya.Diusap belakang anaknya.
“Jangan
nangis sayang…jangan nangis ibu ada ! Ibu sayang adik !”Lembut suara Rahmah
Khalissa memujuk anaknya.
“Ata
Tok Wan ibu ngan adik tak guna ngan sial ke ibu?”Soal Fika Farisya yang lurus
pada ibunya.Mata yang berwarna coklat hazel itu memandang tepat ke wajah Rahmah
Khalissa menangih jawapan.
Bersambung :D....
ala,pendeknya..nk yg panjang2..hehe..smbg2..:D
ReplyDeleteinsyallah arifuka kang DJ minta FN bg n3 panjang sikit... :D
Deletebest
ReplyDeleteterima kasih... :D
Deletejahat nyee Tok Wan dia!! eeerrr, geerraammmm! **n3 pendek la!, panjangkan sikit ye??** :D
ReplyDeleteerkk~~ jahat erkk Tok Wan dia..jom kita cepuk dia... :D terima kasih dik sokong FN insyallah kang DJ minta FN bg panjang sikit....
Delete