Followers

Monday 3 December 2012

KASIH SI KEMBAR BAB 13




 “Di sebabkan keterlajuran Uncle Ihsan kamu menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa dulu dan keegoan Tok Wan kamu yang lebih pentingkan keturunan dan darjat sanggup menuntup kebenaran dengan hanya mendiamkan diri.”

“Tapi pa..Amm yakin yang Tok Wan tak macam tu!”

“Amm tak percaya pa..!” Sambung Megat Ammar. Tak mungkin Tok Wan macam itu. Dia kenal Tok Wan.

“Masa tu Amm dan Fika kecik lagi mungkin tak akan ingat kejadian 12 tahun yang lalu.Tapi papa yakin Fika pasti ingat tiap bait perkataan yang Tok Wan kamu lemparkan pada ibunya. Papa yakin itu, luka lama susah untuk di sembuhkan Amm..” Megat Ilman mengeleng. Kesal bila perkara itu terjadi.

Kilat sedang sambar-menyambar kelihatan seorang ibu muda menuntun anaknya yang berusia lima tahun memasuki banglo mewah yang dibatasi pagar besi enam kaki. Dalam keadaan basah kuyup dia menekan loceng berkali-kali tetapi tiada orang yang membuka pagar itu untuk mereka. Ditekan lagi sekali lonceng tapi masih tiada sahutan dari dalam. Baru saja di hendak menekan buat kali ketiga di lihat pintu pagar itu terbuka dengan sendiri dari dalam.

Seorang kanak-kanak kecil lelaki kelihatan di satu sudut pintu utama. Kanak-kanak lelaki  itu segera melarikan diri apabila dia menyedari ibu muda dan anaknya menuju ke arahnya. Dalam keadaan menggigil kesejukan dan basah kuyup ibu muda menyuruh anaknya menunggunya di satu bangku yang berada di halaman rumah mewah itu.

“Sayang …boleh sayang tunggu ibu di sana kita tak boleh masuk sebab kita basah” Ibu muda itu mengarahkan anaknya duduk di bangku yang ada di luar banglo mewah itu.

“aik..bu, dik unggu ibu kat ane..”Ibu muda itu tersenyum nasib baik anaknya tidak banyak bertanya seperti selalu. Dia mula bangun dan melangkah ke pintu utama.

“Kau?” Wanita separuh abab muncul dari pintu utama.

“Mamaa..,maaf Lissa datang tak bagi tahu mama dulu.”

“Tapi Lissa datang ini nak minta tolong mama. Tolong jelaskan pada Abang Ihsan yang Lissa tak bersalah Ma!” Tanpa segan silu Rahmah Khalissa melutut sambil memaut betis Engku Habibah. Dia tidak peduli, demi kebahagian yang dibina selama 6 tahun dia sanggup melutut sedekian. Dia sanggup melakukan apa saja asal Engku Habibah menolong dia menjelaskan pekara sebenarnya yang menyatakan dia tidak bersalah. Dia tidak pernah curang. Engku Habibah sahaja satu-satunya harapan untuk menyelamatkan rumahtangganya.

“Mama..tolong Lissa mama! Hanya mama yang dapat bantu Lissa selamatkan rumahtangga Lissa dan hanya mama yang dapat selamatkan anak kembar Lissa dari berpisah dari ayah dan kakak kembarnya.

“Tolong Lissa mama…” Rahmah Khalissa terus  merayu. Anak kembar yang dibawanya duduk tidak jauh dari pandangan memandang ke arah ibunya yang sedang melutut memaut betis wanita separuh abab yang di panggil ‘Tok Wan’. Mata anak kembarnya memandang, dia tidak pasti mengapa ibunya perlu merayu sehina itu untuk sebuah kebenaran dan simpati dalam menyelamatkan rumahtangganya dari wanita angkuh. Kenapa ‘Tok Wannya sanggup memperlakukan ibunya sedemikian?

Engku Habibah ketawa puas apabila menantunya sanggup memaut kakinya untuk dia bersuara menyatakan sesuatu pada anaknya Megat Ihsan. Dia tidak akan sesekali melepas peluang seperti ini. Sudah lama dia memikirkan dan pelbagai cara bagaimana hendak memisahkan Rahmah Khalissa dari anaknya tapi mereka tetap untuh walaupun segala cara digunakannya. Cinta anaknya pada Rahmah Khalissa sangat kuat tapi tidak pada kali ini. Dia tersenyum sinis.

“Baru kau tahu.Selama ini aku dah pernah berpesan yang cinta kau dan anak aku tak akan kekal lama. Cuba kau tengok sekarang, kalau dari dulu kau ambik duit yang aku tawarkan kat kau mesti sekarang kau tak menderita sangat sebab anak aku dah halau kau” angkuh sekali ucapan Engku Habibah pada Rahmah Khalissa.

“Mana pergi cinta yang kau kata itu?”

“Tolong Lissa Mama… Tolong Lissa. Hanya untuk kali ini Lissa mohon pertolongan dari mama!”

“Pergi kau dari sini!” Herdik Engku Habibah lagi sambil menolak tubuh Rahmah Khalissa dengan kakinya hingga Rahmah Khalissa  terjelepuk di muka pintu.

“Ibu!” Anak kembar yang belum cukup mengerti terus berlari ke arah Rahmah Khalissa dengan tergesa-gesa.

“Hei..kau dengan ibu kau sama je menyusahkan orang! Baik kau bawak ibu kau keluar dari rumah aku ini balik! Kat sini tak ada tempat macam korang nak menumpang!” Jerkah Engku Habibah pada anak Rahmah Khalissa yang cuba membantu ibunya bangun.

“nape Tok Wan ahat engan ibu? Apa alah ibu?”

“Kau jangan panggil aku Tok Wan kau! Aku bukan Tok Wan kau!” Terlalu jengkal dia menerima panggilan Tok Wan dari anak-anak Rahmah Khalissa. Selama ini hatinya bagai disiat-siat apabila anak-anak Rahmah Khalissa memanggilnya dengan gelaran Tok Wan padanya, dibiarkan anak-anak Rahmah Khalissa memanggilnya begitu disebabkan anaknya Megat Ihsan kalau tidak jangan harap dia sanggup mendengar mereka memanggilnya.

Kanak-kanak yang di herdik oleh Engku Habibah merenung tajam ke arah Engku Habibah seperti tiada rasa gentar yang bersarang di hati si kecil itu.

 “Tok Wan ahat…ahat uat ibu adik akit !” ulang anak kecil itu bangkit dan derdiri tegak di hadapan Engku Habibah.

“Aku kata jangan panggil aku Tok Wan ! Aku bukan Tok Wan kau !Kau dengan ibu kau memang tak guna ! Pasal ibu kau anak aku melawan kata aku ! Pasal ibu kau aku halau anak bongsu aku dari rumah ! Pasal ibu kau anak aku sanggup bela ibu kau dari aku kau tahu tak ! Berambus kau dari sini bawak ibu kau sekali ! Kau dan ibu kau hanya bawak sial dalam keluarga aku !” Jerit Engku Habibah pada anak Rahmah Khalissa.Melihat anak Rahmah Khalissa yang masih tidak berganjak itu,mula menaikan api kemarahan di hatinya.Tangan Engku Habibah laju menarik telinga Fika Farisya dengan kasar.

“Akit…akit..Tok Wan…elinga adik akit…”rintih Fika Farisya.

Namun tanpa ada sekelumit perasaan sayang mahupun kasih pada anak kecil itu,Engku Habibah terus menarik telinga Fika Farisya lalu didorongnya tubuh kecil itu dengan kasar.Nasib baik Rahmah Khalissa sempat menyambut tubuh anaknya dari tersembam ke lantai mamar yang berkilat.Rahmah Khalissa memeluk erat anaknya yang mula menangis di dalam pelukannya.Diusap belakang anaknya.

“Jangan nangis sayang…jangan nangis ibu ada ! Ibu sayang adik !”Lembut suara Rahmah Khalissa memujuk anaknya.

“Ata Tok Wan ibu ngan adik tak guna ngan sial ke ibu?”Soal Fika Farisya yang lurus pada ibunya.Mata yang berwarna coklat hazel itu memandang tepat ke wajah Rahmah Khalissa menangih jawapan.



Bersambung :D....

6 comments:

  1. ala,pendeknya..nk yg panjang2..hehe..smbg2..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah arifuka kang DJ minta FN bg n3 panjang sikit... :D

      Delete
  2. jahat nyee Tok Wan dia!! eeerrr, geerraammmm! **n3 pendek la!, panjangkan sikit ye??** :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk~~ jahat erkk Tok Wan dia..jom kita cepuk dia... :D terima kasih dik sokong FN insyallah kang DJ minta FN bg panjang sikit....

      Delete