OLEH : HIDAYATUL AHMAD
Dalam kesibukan sehari-hari dengan pelbagai aktiviti di sekolah dan aktiviti keluar masuk wad, akhirnya tiba juga hari yang terpenting dalam hidup aku,SPM!
Setelah meminta mak mendoakan aku untuk permudahkan dalam menjawab soalan,aku
mendapatkan pula ayah aku untuk dihantar ke sekolah.Degup jantung aku,hanya
Tuhan sahaja yang tahu betapa gementarnya aku ketika ini.Dengan persiapan pun
tunggang-terbalik.Lepas itu, tiba masa untuk menjawab soalan nanti,memang aku
serah diri sahaja.Tawakal.Buat setakat mampu.
Apabila tiba diperkarangan sekolah, aku terus bergegas mendapatkan kawan-kawan
aku,si Zandra dan Izra.Cuak juga aku tengok teman-teman pelajar yang lain beria
benar menghafal nota. Aku? Tak mampu nak buka buku pun.Hanya mendengar nota
dari hafalan kawan-kawan sekeliling sahaja.Moga-moga ada yang melekat.
“Perhatian kepada semua murid tingkatan lima, sila masuk ke dalam dewan
sekarang kerana peperiksaan akan bermula sebentar lagi.Dan pastikan anda semua
tidak membawa masuk nota-nota ke dalam dewan.” Pengumuman masuk ke dalam dewan
sudah dibuat oleh Ketua Pengawas Peperiksaan.
Setelah memastikan kesemua kelengkapan alat tulis sudah disemak termasuk ubat,
aku mengatur langkah menuju ke dalam dewan.Dengan lafaz Bismillaahir rohmaanir
rohiim, aku mula menjawab soalan.
Sedar tak sedar, sudah sampai ke kertas terakhir aku duduki sebentar
tadi.Walaupun beban yang digalas dah ringan tetapi aku sedikit cuak menanti
keputusan yang akan keluar nanti kerana aku tidak dapat menjawab soalan sebaik
mungkin.Perkara dah lepas, jadinya nak tak nak.aku tawakal dan berserah
sajalah.
“Zahra,jom ikut aku balik rumah tok aku dekat Langkawi.Lagipun kau bukan ada
buat kerjakan?” Shira bertanya kepada aku ketika aku berkunjung ke rumahnya
petang tadi.
Si Shira ni jiran aku merangkap bestfriend aku di kampung.Keluarga dia memang
rapat sangat dengan aku.Aku selalu juga pergi tidur di rumah dia walaupun rumah
kami sekampung.
‘Bercuti ke Langkawi?’ Macam menarik saja.Lagipun jemu juga asyik memerap di
rumah saja cuti sekolah ni.Aku bermonolog sendiri.
“Wei,macam menarik saja.Teringin juga aku nak pergi.Kebetulan tempat tinggal
free, makan minum free kemudian transport kalau nak bergerak free,ish…
boleh sangatlah tu.Nanti aku tanya aku dulu.Apa-apa hal aku bagitahu lain.” Aku
membalas.
“Ok,kau tanya dulu ayah kau.Kalau dia bagi pergi, kita boleh pergi hari Sabtu
ini.Aku tak sabar nak pergi bercuti ni.” Jawab Shira dengan perasaan
teruja.Jangan kata Shira,aku lagi ‘over’ teruja.Hehe…
“Malam ini aku bagitahu kau ya.”
“Ikut suka kaulah Zahra.Lagi cepat lagi bagus.” Shira membalas.Amboi… macam tak
pernah pergi Langkawi pulak budak ni,desis Izz Zahra.
Malam itu tanpa berlengah lagi, aku mula meneruskan misi meminta
kebenaran.’Fuh…harap-harap mood ayah baiklah sekarang,Amin.’aku berdoa dalam
hati.
“Ayah,petang tadi Shira ada ajak Zahraikut dia pergi rumah tok dia dekat
Langkawi.Zahra nak ikut boleh tak ayah?” ayat mukadimah dan dah masuk tayang
muka kesian sekali disitu.Penuh berharap.
“Nak buat apa? Biar dia sudahlah pergi.Rumah tok dia kan? Yang kau sibuk nak
mengekor jugak kenapa?” ayah menyoal kembali.Tegas saja bunyinya.Huhu…
“Alaa…bolehlah ayah.Lagipun Zahra pergi bercuti saja.Dah alang-alang dapat
tumpang dia, Zahra pulunlah nak ikut.Bukan senang nak pergi bercuti siap pakej
tempat tidur,makan minum dan kenderaan free ayah.Bolehlah ya? Zahra bawa duit
tiket dengan duit belanja sikit saja.” Tak putus asa aku mengayat ayah.Nak
pergi jugak.Tak kira!
“Hurm…bila kamu berdua nak pergi?” wah… ayat macam bagi izin saja.Sayang ayah!
“Shira kata kalau jadi,minggu depan nak pergilah.”
“Nak pergi berapa hari?”
“Entah.Zahra pun tak tahu.Zahra ikut saja.”
“Kalau macam itu,pergilah.Tapi jangan pergi lama-lama.Kang susahkan orang
pula.” Ayah memberi nasihat sekaligus memberi keizinan kepada aku.Memberi izin?
Yahoo…Langkawi,here I come!
Aku dan Shira akhirnya berkesempatan juga hajat masing-masing untuk pergi
bercuti di Pulau Langkawi.Kami menaiki feri dari jeti Kuala Perlis.Perjalanan
dari Kuala Perlis ke Langkawi mengambil masa hampir empat puluh lima
minit.Sepanjang perjalanan, aku sangat teruja.Al-maklumlah, dah lama tak
bercuti ke Pulau Langkawi.Pulau-pulau kecil berhampiran dengan Pulau Langkawi
sangat menarik perhatian aku.Juga keindahan bukit batu kapur yang sedikit
terhakis juga menambahkan keindahan disepanjang perjalanan kami.Akhirnya,empat
puluh lima minit perjalanan sudah pun tamat.Selamat datang ke Pulau Langkawi!
Aku dan Shira mengambil keputusan untuk menaiki van tambang saja.Lebih murah
berbanding teksi.Bajet kenalah dititik beratkan.Kalau dah lari bajet,jenuh pula
aku nak ligan!
Perjalanan kami ke rumah tok Shira hanya memakan masa selama lima belas minit
saja dari jeti memandangkan kampungnya terletak di daerah Pekan Kuah juga.
“Pak cik, berhenti dekat bawah pokok besar dekat lorong itu ya.Berapa
tambangnya pak cik?” Tiba-tiba si Shira bersuara.
“Aik…kita dah sampai ke rumah tok kau ke Shira?” lah…sekejap sangat perjalanan
dari jeti.Belum sempat aku nak menghayati pemandangan.
“Dah sampailah.Ini duitnya pak cik.” Shira terus menghulurkan duit tambang
keada pak cik van itu.Terus dicapainya beg lalu melangkah keluar dari perut
van.Tinggal aku termangu-mangu.Tak patut betul.
“Kau nak ikut pak cik ni pergi hantar dan ambil orang ke? Kita dah sampai di
rumah tok aku ni.Kau tak nak turun ke?” Shira tak habis-habis nak buli aku.
Apabila aku tersedar Shira sudah mengatur langkah kea rah rumah toknya, aku apa
lagi, terus melompat turun dari van setelah mengucapkan terima kasih kepada pak
cik van tadi.
“Eh… Shira, sunyi saja rumah tok kau ni.Tak ada orang ke?” Aku bertanya kepada
Shira.Musykil juga.Penat saja dating kalau tuan rumahnya tak ada.
“Banyak bunyilah ka uni, tok aku ada lah dekat dalam.Nama pun tinggal
seorang,nak riuh apa kebendanya.Adoyai kau ni.” Selamba saja aku kena templak
dengan Shira.
“Assalamualaikum tok.” Kami berdua serentak memberi salam apabila tiba
dihadapan halaman rumah tok Shira.
“Waalaikumsalam… lah dah sampai budak-budak ni.Tak dengar pun teksi masuk.” Tok
Shira menjawab.Ramah.Kami terus mendapatkanya lalu bersalaman.
“Shira suruh pak cik van tu hantar kami dekat lorong depan tu saja,tok.Lepas tu,
kami jalanlah kaki sampai depan rumah.” Jawab Shira.
“Eh… tok seorang saja ke? Pak cik Zul mana? Sunyi saja rumah ni.” Belum sempat
tok dia jawab soalan pertama, sudah diaju pula soalan ketiga dan keempat.Apalah
si Shira ni,bebel aku dalam hati.
“Pak cik kau pergi bawa tok Arab ronda Langkawi.Eh… marilah masuk
Shira,Zahra.Ada pula sembang dekat luar.Mari Zahra masuk.Mesti penatkan? Dengan
beg berat lagi.” Ramah saja tok Shira ni.Terharu aku.
Kami pun ‘check-in’ lah di rumah tok Shira.Tok Shira bernama Tok Zah.Semua
orang panggil dia macam itu.Tok Zah ini ibu tunggal selepas kematian suami dia
a.k.a tok wan si Shira.Dia tinggal dengan anak bujang lelaki dia iaitu pak cik
si Shira ni, kami panggil pak cik Zul saja.Masa cuti-cuti macam ini, memang
jadi kerja dia bawa tok Arab pusing pulau.
Setelah selesai makan tengah hari, kami meminta diri untuk berehat di dalam
bilik.Aktiviti kami pada hari pertama apabila tiba di Langkawi adalah
berehat.Ya… merehatkan diri masing-masing setelah penat
bermusafir.Cewahhh…hehe…
Pada hari kedua dan ketiga ketibaan kami di Pulau Langkawi ini, aktiviti kami
masih sama.Berehat dan melepak di rumah tok Shira! Bukan tak ada naluri untuk
melancong tetapi kami ada masalah penggangkutan dan ‘tourist guard’ sebab pak
cik si Shira tu masih gunakan satu-satunya kenderaan yang ada untuk kerja
dia.Huhuhu…datang berehat betul ni.
BERSAMBUNG.... ;)
No comments:
Post a Comment