Rahmah
khalissa tidak dapat menahan perasaannya di kalai ini,terus jemarinya mengusap
pipi anaknya lalu dipeluk sekali lagi.Kepala anaknya dikucup-kucup berkali-kali
airmata Rahmah khalissa merembas kembali.
“Tak
adik…tak sayang anak ibu bukan pembawa sial dan tak berguna.”dicium pipi montel
anaknya.
“api
Tok Wan akap acam itu adi….adik tak una ngan sial..”teresak-esak Fika Farisya
meluahkan rasa di hatinya.
“Tak
sayang…adik pandang ibu sayang.”pinta Rahmah Khalissa.Anak kecil itu menurut
arahan,dipandang wajah ibunya.
“Ibu
yakin sebenarnya Tok Wan tak ada niat nak cakap macam itu kat adik.Mungkin
sekarang Tok Wan tengah marah jadi adik tak payah dengar apa yang Tok Wan cakap
kat adik tadi.Ibu yakin anak-anak ibu akan menjadi orang yang berguna
kelak.Sayang kena yakin yang Tok Wan sayang dekat adik.’” Terang Rahmah
Khalissa,dia tahu anaknya yang masih berumur 5 tahun itu tidak akan memahami
apa yang terjadi sekarang pasti tidak tahu apa yang dimaksudkannya.
Fika
Farisya terus memeluk ibunya dengan seerat-erat.Terdengar keluhan perlahan
dilepaskan oleh Rahmah Khalissa.Rahmah Khalissa terus membisikan seseuatu ke
telinga anaknya.
“Satu
saat ibu yakin yang adik akan faham apa yang berlaku,dan kasih anak ibu bakal
akan terbalas Cuma ibu nak adik tahu yang adik bukan anak sial yang macam Tok
Wan kamu katakana.”perlahan tutur Rahmah Khalissa.
‘Sampai
hati mama buat anak Lissa macam ini’ detik hati Rahmah Khalissa sambil
mendongak melihat muka Engku Habibah yang penuh kebencian.Rahmah Khalissa masih
memeluk anaknya,dia akan mencuba merayu lagi.
“Tolong Lissa mama! Hanya mama yang dapat
selamatkan rumahtangga Lissa dari musnah, akibat fitnah mama.” Tawa yang
dibuat-buat Engku Habibah kedengaran lagi. Hatinya kini puas melihat kehancuran
rumahtangga Megat Ihsan dan Rahmah Khalissa.
“Aku
peduli apa? Rumahtangga kau nak bahagia ke, nak hancur ke itu bukan aku punya
hal!” Rahmah Khalissa yang duduk di atas lantai sambil memaut betis Engku
Habibah mendongak sayu.
Begitu
kerasnya hati ibu mertuanya pada saat ini. Kenapa tidak ada sifat simpati di
dalam hati wanita yang berdiri dihadapannya? Besar sangat ke kesalahan dia? Dia
hanya menyintai anak lelaki Engku Habibah sampai sekarang kehadiarannya sebagai
menantu dinafikan?
“Pergi
! Aku tak mahu lihat muka kau dan anak kau lagi dalam keluarga aku. Jangan kau
jejak kaki kau ke rumah aku sampai bila-bila.Ingat itu !”
“Mama !” Megat Ilman dan Aina Ainur yang tiba
dari bilik atas turun ke ruang tamu bersama anak lelakinya. Megat Ilman tidak sanggup
melihat adik iparnya diperlakukan seperti orang asing oleh mamanya. Dia nampak
Lissa memaut betis mamanya, lalu dia menoleh ke arah isterinya Aina Ainur. Aina
Ainur yang melihat mata suaminya mengisyaratkan sesuatu mula faham dan kakinya
segera melangkah ke arah pintu tapi belum sempat kakinya melangkah lebih jauh.
Engku Habibah bersuara.
“Ainur,
Ilman kau orang jangan masuk campur” Ainur yang hendak menolong Rahmah Khalissa
dan anaknya terhenti melangkah. Gerun bila mendengar suara ibu mertuanya menegah
dia dari menolong besannya yang kebasahan.
Megat
Ilman yang berdiri serta-merta menunduk padangan. Masakan dia sanggup menentang
kata-kata mamanya. Sebagai anak dia terpaksa mengalah biarpun tindakan mamanya
sudah melampaui batas. Dia bukan Megat Ihsan yang sentiasa menentang kata-kata
mamanya, dia tidak berani. Dia takut melawan mamanya.
Sejak
kecil lagi ,bila papanya meninggal lagi mamanya sangat tegas terhadap mereka
berdua beradik. Siapa tidak kenal tokoh perniagaan yang memimpin syarikat
papanya. Sejak mamanya mengambil alih syarikat papanya mama terus berubah dari
seorang mama yang lembut bertukar tegas dan garang tiada siapa yang boleh
membantah jika mamanya sudah membuat keputusan. Ramai rakan –rakan seperniagaan
mamanya mengelarkan Engku Habibah ‘Singa Wanita’.
“Siapa
auntie itu mama?”
Soal anak kecil yang berada disamping Aina Ainur. Lidahnya kelu
untuk menjawab.Aina Ainur gusar jawapannya nanti akan membangkitkan kemarahan
Engku Habibah.
“Salah
seorang saudara kita Amm.”
“Tapi
kenapa Tok Wan marah dia mama? Tu sampai Tok Wan tendang auntie itu?”Mulut Megat Ammat menjuih menunjuk ke arah Rahmah
Khalissa.
“Tok
Wan tak marah, sayang. Tok Wan cuma tak sedar yang sebenarnya Tok Wan dah
sayang kat auntie itu tapi ego Tok Wan menindakkan perasaan
itu.” Pujuk Aina Ainur penuh pengertian. Dia tahu Megat Ammar tidak memahami
ungkapan tersebut.
“Kalau
Tok Wan sayang kenapa dia pukul auntie
tu mama?”
“Amm kat dunia ini ada banyak cara
kita nak tunjukkan sayang kita pada seseorang. Pukul itu tak semestinya benci
!”
“Mama
Amm tak pahamlah.” Kening Megat Ammar berkerut mendengar penjelasan mamanya.
Aina Ainur tersenyum dengan kepetahan puteranya.
“Takpe
nanti suatu hari nanti bila anak mama yang kacak ini dah dewasa nanti mesti Amm
paham apa yang mama maksudkan.”
“Mama
nak Amm janji dengan mama yang Amm akan menjaga Fika Farisya bila besar nanti
jadi pelindung dia dan balas kasih dia.” Megat Ammar yang masih tidak paham
ungkapan mamanya hanya mengangguk kepalanya sahaja.
“Tolong
Lissa mama !”
“Aku
dah cakap aku tak nak tolong kau! Berambus aku kata!” Herdikan Engku Habibah
bersambung semula.
Megat
Ilman yang mendengar herdikan mamanya tidak dapat berbuat apa-apa. Aina Ainur
yang mendengar terus memeluk Megat Ammar yang terkejut dan segera memujuk
anaknya.
“Mari sayang kita masuk ,Amm.!” Aina
Ainur mendukung anaknya ke dalam rumah. Jika Megat Ammar menyaksikan peristiwa
itu pasti akan mendatangkan kesan yang buruk padanya nanti.
Rahmah
Khalissa yang masih terjelepuk di kaki Engku Habibah mengusap airmatanya
perlahan-lahan. Di tenung wajah ibu mertuanya penuh sayu. Sebegitu bencinya
wanita ini padanya. Sampai tega menafikan kebenaran yang sepatutnya yang dapat
menyelamatkan rumahtangganya. Dia tahu wanita ini tidak akan menolongnya. Engku
Habibah menoleh ke arah lain sebaik sahaja Rahmah Khalissa merenungnya.
Keegoannya harus dipertahankan.
“Maafkan
Lissa mama.Terima kasih sudi menerima Lissa dalam keluarga ini buat
seketika.Itu dah buat Lissa bahagia mama walaupun Lissa tahu mama benci dengan
Lissa.”
“Halalkan
makan minum Lissa anak beranak selama ini. Terima kasih mama kerana bertahan
keegoaan yang mama junjung. Lissa janji pada mama. Lissa dan Fika Farisya tak
akan jejak kaki lagi ke sini lagi seperti kemahuan mama. Tapi Lissa nak minta
sesuatu tolong jangan layan cucu-cucu mama seperti dia orang asing di rumah ini
dan jangan nafikan gelaran yang patut anak-anak Lissa panggil mama. Tolong jaga
Rissa untuk Lissa mama. Lissa cuma bawak Fika sahaja yang mengikut Lissa, Rissa
akan tinggal dan pasti mama akan berjumpa lagi dengan anak Lissa yang lagi satu
jadi tolong jangan marah atau apa-apakan dia.”
“Selamat
tinggal mama.”
“Abang
Ilman, Lissa minta diri dulu. Sampaikan salam Lissa buat Kak Ainur dan Megat
Ammar dan tolong tengok-tengokkan anak Lissa, Fhyka Arissa.” Engku Habibah
mengeluh kasar.
Hatinya
seperti terpujuk dengan kata-kata terakhir dari menantu bukan pilihannya. Tapi
keegoaan dan keangkuhannya yang bersarang di dalam hati tidak membenarkan dia
termakan rayuan dari Rahmah Khalissa begitu mudah.
“Adik..sayang
mari kita pulang. Dekat sini tak ada lagi apa yang tinggal untuk kita” dengan
perasaan sayu Rahmah Khalissa merangkul anaknya yang berusia lima tahun. Dalam
keadaan berat hati Rahmah Khalissa menuntun anaknya di dalam hujan yang kian
lebat meninggalkan halaman rumah banglo mewah tersebut.
‘Kita
pulang, adik! Ibu akan menjaga adik dan akan mencari tempat tinggal di mana
orang sekeliling dia akan menerima kita. Mari kita pergi dari sini ibu tidak
akan menjejaki kaki lagi di banglo mewah itu. Cukup hanya untuk sekali
maruahnya dipijak-pijak sebegitu hina.’ Detik hati Rahmah Khalissa.
Megat
Ilman hanya dapat melihat Rahmah Khalissa dan anaknya pergi. Alangkah beratnya
hati melepaskan kedua beranak itu pergi. Kemana mereka pergi? Dimana mereka
hendak berteduh? Dia tahu Rahmah Khalissa tidak mempunyai sesiapa lagi di dunia
ini dia hanya sebatang kara. Matanya terpaku ketika sepasang mata kecil
berwarna hazel Fika Farisya merenung dia dan Engku Habibah.
‘Maafkan uncle
sayang…’detik hati Megat Ilman.
BERSAMBUNG... :D
best.anda telah berjaya membuatkan saya menangis.huhuhu.next entry pleaseeeeeeeeee....
ReplyDeletenak lagi..cpt2 kak DJ upkan entry..:D
ReplyDeletemenangis farra kt umah! hilang semangat gangster n pembuli farra! hihihi! sambung lagi ye kak!
ReplyDelete