Followers

Thursday 6 December 2012

KASIH SI KEMBAR BAB 14




 Rahmah khalissa tidak dapat menahan perasaannya di kalai ini,terus jemarinya mengusap pipi anaknya lalu dipeluk sekali lagi.Kepala anaknya dikucup-kucup berkali-kali airmata Rahmah khalissa merembas kembali.

“Tak adik…tak sayang anak ibu bukan pembawa sial dan tak berguna.”dicium pipi montel anaknya.

“api Tok Wan akap acam itu adi….adik tak una ngan sial..”teresak-esak Fika Farisya meluahkan rasa di hatinya.

“Tak sayang…adik pandang ibu sayang.”pinta Rahmah Khalissa.Anak kecil itu menurut arahan,dipandang wajah ibunya.

“Ibu yakin sebenarnya Tok Wan tak ada niat nak cakap macam itu kat adik.Mungkin sekarang Tok Wan tengah marah jadi adik tak payah dengar apa yang Tok Wan cakap kat adik tadi.Ibu yakin anak-anak ibu akan menjadi orang yang berguna kelak.Sayang kena yakin yang Tok Wan sayang dekat adik.’” Terang Rahmah Khalissa,dia tahu anaknya yang masih berumur 5 tahun itu tidak akan memahami apa yang terjadi sekarang pasti tidak tahu apa yang dimaksudkannya.

Fika Farisya terus memeluk ibunya dengan seerat-erat.Terdengar keluhan perlahan dilepaskan oleh Rahmah Khalissa.Rahmah Khalissa terus membisikan seseuatu ke telinga anaknya.

“Satu saat ibu yakin yang adik akan faham apa yang berlaku,dan kasih anak ibu bakal akan terbalas Cuma ibu nak adik tahu yang adik bukan anak sial yang macam Tok Wan kamu katakana.”perlahan tutur Rahmah Khalissa.  

‘Sampai hati mama buat anak Lissa macam ini’ detik hati Rahmah Khalissa sambil mendongak melihat muka Engku Habibah yang penuh kebencian.Rahmah Khalissa masih memeluk anaknya,dia akan mencuba merayu lagi. 
            
        “Tolong Lissa mama! Hanya mama yang dapat selamatkan rumahtangga Lissa dari musnah, akibat fitnah mama.” Tawa yang dibuat-buat Engku Habibah kedengaran lagi. Hatinya kini puas melihat kehancuran rumahtangga Megat Ihsan dan Rahmah Khalissa.

“Aku peduli apa? Rumahtangga kau nak bahagia ke, nak hancur ke itu bukan aku punya hal!” Rahmah Khalissa yang duduk di atas lantai sambil memaut betis Engku Habibah mendongak sayu. 

Begitu kerasnya hati ibu mertuanya pada saat ini. Kenapa tidak ada sifat simpati di dalam hati wanita yang berdiri dihadapannya? Besar sangat ke kesalahan dia? Dia hanya menyintai anak lelaki Engku Habibah sampai sekarang kehadiarannya sebagai menantu dinafikan?

“Pergi ! Aku tak mahu lihat muka kau dan anak kau lagi dalam keluarga aku. Jangan kau jejak kaki kau ke rumah aku sampai bila-bila.Ingat itu !”

 “Mama !” Megat Ilman dan Aina Ainur yang tiba dari bilik atas turun ke ruang tamu bersama anak lelakinya. Megat Ilman tidak sanggup melihat adik iparnya diperlakukan seperti orang asing oleh mamanya. Dia nampak Lissa memaut betis mamanya, lalu dia menoleh ke arah isterinya Aina Ainur. Aina Ainur yang melihat mata suaminya mengisyaratkan sesuatu mula faham dan kakinya segera melangkah ke arah pintu tapi belum sempat kakinya melangkah lebih jauh. Engku Habibah bersuara.

“Ainur, Ilman kau orang jangan masuk campur” Ainur yang hendak menolong Rahmah Khalissa dan anaknya terhenti melangkah. Gerun bila mendengar suara ibu mertuanya menegah dia dari menolong besannya yang kebasahan. 

Megat Ilman yang berdiri serta-merta menunduk padangan. Masakan dia sanggup menentang kata-kata mamanya. Sebagai anak dia terpaksa mengalah biarpun tindakan mamanya sudah melampaui batas. Dia bukan Megat Ihsan yang sentiasa menentang kata-kata mamanya, dia tidak berani. Dia takut melawan mamanya. 

Sejak kecil lagi ,bila papanya meninggal lagi mamanya sangat tegas terhadap mereka berdua beradik. Siapa tidak kenal tokoh perniagaan yang memimpin syarikat papanya. Sejak mamanya mengambil alih syarikat papanya mama terus berubah dari seorang mama yang lembut bertukar tegas dan garang tiada siapa yang boleh membantah jika mamanya sudah membuat keputusan. Ramai rakan –rakan seperniagaan mamanya mengelarkan Engku Habibah ‘Singa Wanita’.

“Siapa auntie itu mama?” Soal  anak kecil yang berada disamping Aina Ainur. Lidahnya kelu untuk menjawab.Aina Ainur gusar jawapannya nanti akan membangkitkan kemarahan Engku Habibah.

“Salah seorang saudara kita Amm.”

“Tapi kenapa Tok Wan marah dia mama? Tu sampai Tok Wan tendang auntie itu?”Mulut Megat Ammat menjuih menunjuk ke arah Rahmah Khalissa.

“Tok Wan tak marah, sayang. Tok Wan cuma tak sedar yang sebenarnya Tok Wan dah sayang kat auntie  itu tapi ego Tok Wan menindakkan perasaan itu.” Pujuk Aina Ainur penuh pengertian. Dia tahu Megat Ammar tidak memahami ungkapan tersebut.

“Kalau Tok Wan sayang kenapa dia pukul auntie tu mama?”

            “Amm kat dunia ini ada banyak cara kita nak tunjukkan sayang kita pada seseorang. Pukul itu tak semestinya benci !”

“Mama Amm tak pahamlah.” Kening Megat Ammar berkerut mendengar penjelasan mamanya. Aina Ainur tersenyum dengan kepetahan puteranya.

“Takpe nanti suatu hari nanti bila anak mama yang kacak ini dah dewasa nanti mesti Amm paham apa yang mama maksudkan.”

“Mama nak Amm janji dengan mama yang Amm akan menjaga Fika Farisya bila besar nanti jadi pelindung dia dan balas kasih dia.” Megat Ammar yang masih tidak paham ungkapan mamanya hanya mengangguk kepalanya sahaja.

“Tolong Lissa mama !”

“Aku dah cakap aku tak nak tolong kau! Berambus aku kata!” Herdikan Engku Habibah bersambung semula.

Megat Ilman yang mendengar herdikan mamanya tidak dapat berbuat apa-apa. Aina Ainur yang mendengar terus memeluk Megat Ammar yang terkejut dan segera memujuk anaknya.

          “Mari sayang kita masuk ,Amm.!” Aina Ainur mendukung anaknya ke dalam rumah. Jika Megat Ammar menyaksikan peristiwa itu pasti akan mendatangkan kesan yang buruk padanya nanti.

Rahmah Khalissa yang masih terjelepuk di kaki Engku Habibah mengusap airmatanya perlahan-lahan. Di tenung wajah ibu mertuanya penuh sayu. Sebegitu bencinya wanita ini padanya. Sampai tega menafikan kebenaran yang sepatutnya yang dapat menyelamatkan rumahtangganya. Dia tahu wanita ini tidak akan menolongnya. Engku Habibah menoleh ke arah lain sebaik sahaja Rahmah Khalissa merenungnya. Keegoannya harus dipertahankan.

“Maafkan Lissa mama.Terima kasih sudi menerima Lissa dalam keluarga ini buat seketika.Itu dah buat Lissa bahagia mama walaupun Lissa tahu mama benci dengan Lissa.”

“Halalkan makan minum Lissa anak beranak selama ini. Terima kasih mama kerana bertahan keegoaan yang mama junjung. Lissa janji pada mama. Lissa dan Fika Farisya tak akan jejak kaki lagi ke sini lagi seperti kemahuan mama. Tapi Lissa nak minta sesuatu tolong jangan layan cucu-cucu mama seperti dia orang asing di rumah ini dan jangan nafikan gelaran yang patut anak-anak Lissa panggil mama. Tolong jaga Rissa untuk Lissa mama. Lissa cuma bawak Fika sahaja yang mengikut Lissa, Rissa akan tinggal dan pasti mama akan berjumpa lagi dengan anak Lissa yang lagi satu jadi tolong jangan marah atau apa-apakan dia.”

“Selamat tinggal mama.”

“Abang Ilman, Lissa minta diri dulu. Sampaikan salam Lissa buat Kak Ainur dan Megat Ammar dan tolong tengok-tengokkan anak Lissa, Fhyka Arissa.” Engku Habibah mengeluh kasar.

Hatinya seperti terpujuk dengan kata-kata terakhir dari menantu bukan pilihannya. Tapi keegoaan dan keangkuhannya yang bersarang di dalam hati tidak membenarkan dia termakan rayuan dari Rahmah Khalissa begitu mudah. 

“Adik..sayang mari kita pulang. Dekat sini tak ada lagi apa yang tinggal untuk kita” dengan perasaan sayu Rahmah Khalissa merangkul anaknya yang berusia lima tahun. Dalam keadaan berat hati Rahmah Khalissa menuntun anaknya di dalam hujan yang kian lebat meninggalkan halaman rumah banglo mewah tersebut.

‘Kita pulang, adik! Ibu akan menjaga adik dan akan mencari tempat tinggal di mana orang sekeliling dia akan menerima kita. Mari kita pergi dari sini ibu tidak akan menjejaki kaki lagi di banglo mewah itu. Cukup hanya untuk sekali maruahnya dipijak-pijak sebegitu hina.’ Detik hati Rahmah Khalissa.

Megat Ilman hanya dapat melihat Rahmah Khalissa dan anaknya pergi. Alangkah beratnya hati melepaskan kedua beranak itu pergi. Kemana mereka pergi? Dimana mereka hendak berteduh? Dia tahu Rahmah Khalissa tidak mempunyai sesiapa lagi di dunia ini dia hanya sebatang kara. Matanya terpaku ketika sepasang mata kecil berwarna hazel Fika Farisya merenung dia dan Engku Habibah.

 ‘Maafkan uncle sayang…’detik hati Megat Ilman.



BERSAMBUNG... :D

3 comments:

  1. best.anda telah berjaya membuatkan saya menangis.huhuhu.next entry pleaseeeeeeeeee....

    ReplyDelete
  2. nak lagi..cpt2 kak DJ upkan entry..:D

    ReplyDelete
  3. menangis farra kt umah! hilang semangat gangster n pembuli farra! hihihi! sambung lagi ye kak!

    ReplyDelete